Assalamualaikum warah matullah wabarakatuh,
Terima kasih kerana sudi singgah di laman web kami untuk membaca entri kali ini. Diharapkan ianya memberi manfaat kepada mereka yang mencari jawapan mengenai isu ini.
Pada kali ini kami akan berkongsi prosedur ringkas berkenaan dengan pembahagian harta si mati dalam Islam. Masih ramai yang belum tahu berkenaan cara membuat pengurusan harta ini, dan kami berharap panduan ini dapat memberi sedikit gambaran tentang bagaimana mahu memulakan dan menyempurnakan pembahagian harta setelah berlaku kematian si pemilik harta.
Di bawah ini disenaraikan prosedur ringkas berkenaan apa yang anda perlu lakukan selepas berlaku kematian seseorang yang memiliki harta yang perlu dibahagikan:-
PROSES AWALAN
- Pertamanya, lantiklah dulu seorang atau dua orang Pentadbir dari kalangan ahli waris si mati yang dipersetujui oleh semua waris untuk mengambil tanggungjawab membuat pembahagian ini. Jika tiada ahli waris yang sudah dewasa atau tiada ahli waris yang dipersetujui untuk dilantik sebagai Pentadbir, maka lantiklah mana-mana orang lain yang tidak mewarisi tetapi dipersetujui untuk dilantik oleh ahli waris, contohnya seorang pemegang amanah atau seorang peguam. Perlantikan Pentadbir sangat penting kerana dialah yang perlu membuat permohonan Sijil Faraid (jika Pentadbir adalah juga ahli waris) dan hanya dialah yang boleh menjual atau membahagikan hartanah bagi pihak si mati, mengeluarkan duit si mati dari syarikat insurans, bank, KWSP dan pelbagai institusi lain setelah Pentadbir tersebut mendapat surat kuasa mentadbir.
- Pentadbir hendaklah mengenalpasti KESEMUA waris yang ada yang layak mewarisi harta si mati. Waris-waris tersebut hendaklah masih hidup pada masa si mati meninggal dunia. Sekalipun waris tersebut meninggal sebelum harta sempat dibahagikan secara sempurna, waris itu masih berhak kepada bahagiannya dalam faraid, dan bahagian tersebut akan dibahagikan pula kepada ahli waris kepada waris yang meninggal tersebut. Jika si mati itu seorang lelaki, pastikan si mati tidak mempunyai lebih dari seorang isteri kerana kadangkala si mati merahsiakan perkahwinan poligami beliau dan tidak mendaftarkannya. Jika ada isteri lain dan anak-anak hasil perkahwinan tersebut, mereka semua juga layak mewarisi harta si mati tersebut DENGAN SYARAT perkahwinan yang tidak didaftarkan di Malaysia dibuat pendaftarannya terlebih dahulu dan status anak-anak tersebut diiktiraf sebagai anak si mati. Jika proses ini masih belum selesai, maka hendaklah permohonan faraid ditangguhkan sehingga pengenalpastian semua waris diselesaikan, termasuklah sehingga permohonan pengesahan nikah dan nasab anak selesai dibuat.
- Pentadbir ini juga hendaklah mengenalpasti KESEMUA harta milik si mati, buatlah siasatan dengan membuat carian di bank negara untuk mengetahui akaun-akaun bank milik si mati dan hutang-hutang bank yang ada, Pentadbir juga boleh bertanya kepada ahli waris yang mengetahui tentang harta dan hutang si mati, buatlah carian di pejabat tanah, carian di Amanah Saham, KWSP, Tabung Haji, bertanya kepada majikan di tempat si mati bekerja, bertanya kepada syarikat-syarikat insurans dan mana-mana lagi tempat yang dirasakan ada menyelenggara harta milik si mati atau mempunyai pengetahuan akan harta dan/atau hutang si mati.
- Bagi harta yang telah diberikan penama sebelum si mati meninggal dunia, contohnya duit simpanan KWSP dan duit simpanan Tabung Haji, Pentadbir hendaklah meminta penama tersebut mengeluarkan duit dari institusi berkenaan dan menyerahkannya kepada Pentadbir untuk dibahagikan secara faraid kerana duit tersebut WAJIB difaraidkan melainkan si mati pernah secara jelas dan nyata samaada melalui saksi atau melalui dokumen mengatakan bahawa wang di dalam akaun tersebut dihibahkan atau dihadiahkan kepada penama atau kepada orang tertentu.
- Setelah mengenalpasti kesemua harta dan waris si mati, maka Pentadbir hendaklah memfailkan permohonan sijil faraid di mahkamah syariah yang berdekatan dengan menyertakan salinan surat beranak setiap waris (untuk menunjukkan hubungan kekeluargaan) dan salinan kad pengenalan. Juga sertakan juga dokumen berkenaan harta-harta si mati seperti geran tanah, penyata akaun, dan sebagainya.
- Permohonan sijil faraid di mahkamah syariah boleh dibuat sekalipun hutang masih belum selesai dilangsaikan kerana kadangkala ahli waris tiada wang untuk melangsaikan kesemua hutang si mati, contohnya seperti pinjaman perumahan. Dalam hal ini, hendaklah disegerakan permohonan sijil faraid agar boleh diteruskan dengan pelantikan Pentadbir dan seterusnya harta-harta si mati boleh dijual untuk melangsaikan hutangnya, kemudian bakinya barulah difaraidkan.
- Sijil faraid ini hanya untuk mengenalpasti kesemua waris yang ada dan pembahagian yang perlu dibuat kepada setiap orang yang diiktiraf sebagai waris, oleh itu, permohonan sijil faraid hanya patut ditangguhkan jika ada masalah mengenalpasti waris sahaja. Selain dari itu, hendaklah permohonan ini diteruskan tanpa lengah. Tambahan pula, permohonan mengeluarkan surat kuasa mentadbir di Mahkamah Sivil (jika harta melebihi 2 juta atau harta tanpa tanah) tidak sepatutnya dibuat melebihi tempoh 3 tahun selepas kematian, jika lebih, maka penjelasan perlu diberikan kepada Mahkamah.
PENGGUNAAN HARTA SI MATI
Harta si mati hendaklah dimanfaatkan mengikut susunan keutamaan ini seperti yang digariskan syarak:
- Harta yang dipegang sebagai amanah sekalipun diletakkan atas nama si mati, hendaklah dipulangkan kepada yang berhak, dan tidak boleh dimasukkan dalam senarai harta untuk difaraidkan.
- Harta si mati boleh digunakan untuk menanggung kos pengebumian yang tidak keterlaluan. Sekiranya ada ahli waris yang telah menanggung kos ini terlebih dahulu, bolehlah menuntut kembali dari harta si mati sebagai hutang, sebelum harta-harta tersebut difaraidkan.
- Hutang-piutang si mati wajib diselesaikan terlebih dahulu. Oleh yang demikian, sebelum sesuatu harta itu difaraidkan, hendaklah hutang si mati dilangsaikan sepenuhnya. Haram sekiranya mengambil harta si mati sedangkan ahli waris mengetahui ada hutang yang masih tertunggak, melainkan si pemberi hutang secara nyata telah menghalalkannya. Maka selesaikanlah dahulu hutang kereta, hutang rumah, dan pelbagai hutang lain milik si mati, kemudian setelah yakin sudah habis semua hutangnya, barulah difaraidkan. Sekiranya ada pemiutang yang tidak dijumpai, bahagian dari harta untuk menyelesaikan hutang tersebut boleh diamanahkan kepada seorang yang lain, atau dihadiahkan kepada Baitulmal bagi pihak si mati.
- Wasiat si mati (jika ada) hendaklah juga dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pembahagian faraid boleh dibuat. Oleh itu, jika si mati ada membuat wasiat atau waqaf atau hibah atau sedekah dan sebagainya, hendaklah dibahagikan harta tersebut mengikut kehendak si mati melainkan ada isu yang perlu diselesaikan seperti pengesahan hibah, pengesahan wasiat dan sebagainya. maka pembahagian harta si mati akan ditangguhkan selepas isu tersebut selesai. Failkan permohonan di Mahkamah Syariah jika ada wasiat atau hibah atau sedekah atau wakaf atau sebagainya yang dipersoalkan di kalangan ahli waris. Ingat, wasiat TIDAK BOLEH kepada ahli waris dan TIDAK BOLEH melebihi 1/3 harta si mati, melainkan SEMUA ahli waris bersetuju untuk menolak syarat-syarat ini. Tanpa persetujuan SEMUA ahli waris, wasiat hendaklah terbatal setakat 1/3 harta si mati, dan terbatal di mana-mana sahaja ada pemberian diberikan kepada ahli waris yang bakal menerima harta secara faraid.
- Harta Sepencarian juga perlu dibahagikan sebelum faraid. Oleh yang demikian, pasangan si mati samaada isteri atau suami, boleh menuntut harta sepencarian dari harta si mati sebelum baki harta milik si mati boleh dibahagikan mengikut faraid. Maka pasangan si mati boleh mendapat dua kali harta si mati: pertama hasil dari tuntutan Harta Sepencarian (sekalipun tidak bercerai dengan si mati), kedua dari bahagiannya mengikut faraid. Rujuklah ke Mahkamah Syariah terdekat untuk mendapatkan harta sepencarian ini.
- Akhir sekali, barulah baki harta yang tinggal perlu difaraidkan kepada ahli waris yang ada mengikut sijil faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah.
LANTIKAN PENTADBIR
- Dapatkan Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah terdekat dengan tempat tinggal si mati atau tempat tinggal Pentadbir. Jika harta melebihi takat jumlah tertentu, kes tersebut akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi Syariah terdekat. Ikutlah prosedur yang diberikan oleh Mahkamah. Mahkamah akan memanggil saksi-saksi yang mengetahui berkenaan kematian si mati dan waris-waris si mati. Oleh itu, pastikan semua isu berkenaan ahli waris sudah selesai pada masa permohonan mendapatkan sijil faraid dibuat, dan semua dokumen pengenalan diri ahli waris sudah didapatkan. Jika ada ahli waris yang tidak dapat dicari lagi, maka maklumkan saja kepada Mahkamah. Mahkamah akan memberikan perintah sewajarnya. Permohonan Faraid boleh dibuat tanpa Peguam Syarie, tetapi jika mampu, eloklah mendapatkannya untuk memudahkan urusan mengumpulkan dokumen yang diperlukan dan tidak perlu turun naik Mahkamah berulang kali.
- Setelah mendapat Sijil Faraid, jika harta si mati ada melibatkan tanah atau rumah atau apa-apa hartanah lain seperti hartanah komersil dan sebagainya, DAN jumlah KESELURUHAN harta si mati termasuk wang tunai, barang kemas, KWSP, saham, dan semua harta lain TIDAK melebihi nilai RM 2 juta ringgit, maka permohonan surat kuasa mentadbir perlu dirujuk ke Pejabat Pesaka Kecil di Pejabat Tanah yang menguruskan hartanah tersebut. Mereka akan mengendalikan proses mengeluarkan surat pentadbir termasuklah untuk membuat pembahagian harta lain seperti wang tunai, saham dan harta-harta lain tersebut. Prosiding di pejabat tanah tidak memerlukan khidmat peguam tetapi masih boleh melantik peguam jika ingin memudahkan urusan suratcara, pemfailan dokumen, pengurusan kes dan sebagainya.
- Namun, sekiranya harta si mati ada melibatkan tanah atau rumah atau apa-apa hartanah lain seperti hartanah komersil dan sebagainya, DAN jumlah KESELURUHAN harta si mati termasuk wang tunai, KWSP, saham, dan semua harta lain MELEBIHI nilai RM 2 juta ringgit, maka permohonan surat kuasa mentadbir perlu dirujuk ke Mahkamah Tinggi Sivil terdekat dengan tempat kematian si mati atau tempat mastautin Pentadbir yang memohon. Untuk prosedur di Mahkamah Sivil memerlukan khidmat peguam.
- Jika harta si mati TIDAK melibatkan tanah atau rumah atau apa-apa hartanah lain seperti hartanah komersil dan sebagainya, maka TIDAK KIRA samaada jumlah KESELURUHAN harta si mati termasuk wang tunai, KWSP, saham, dan semua harta lain melebihi atau tidak melebihi nilai RM 2 juta ringgit tetapi TIDAK KURANG dari RM 600,000.00, perkara ini hendaklah juga dirujuk ke Mahkamah Tinggi Sivil terdekat dengan tempat kematian si mati atau tempat mastautin Pentadbir yang memohon. Untuk prosedur di Mahkamah Sivil memerlukan khidmat peguam. Ini kerana, Pejabat Tanah hanya ada kuasa mentadbir sekiranya ada hartanah yang terlibat dalam aset si mati sahaja.
- Manakala jika harta si mati TIDAK melibatkan tanah atau rumah atau apa-apa hartanah lain seperti hartanah komersil dan sebagainya, manakala jumlah KESELURUHAN harta si mati termasuk wang tunai, KWSP, saham, dan semua harta lain TIDAK MELEBIHI nilai RM 600,000, maka perkara ini hendaklah dirujuk ke Amanah Raya Berhad. Golongan aset ini dipanggil sebagai pesaka ringkas.
Berkenaan prosedur untuk setiap satu permohonan pentadbir ini hendaklah dirujuk kepada institusi yang terlibat masing-masing. Bagi urusan di Mahkamah Tinggi, peguam boleh membantu anda. Manakala untuk urusan di pejabat tanah dan Amanah Raya, prosedurnya ada dimaklumkan di pejabat-pejabat yang berdekatan.
Setelah surat kuasa mentadbir tersebut dikeluarkan, bolehlah harta si mati yang tinggal (selepas ditolak hutang, wasiat, harta sepencarian dan sebagainya yang dibenarkan oleh syarak) dibahagikan oleh Pentadbir mengikut pembahagian dalam Sijil Faraid. Hakim yang akan membuat kiraan ini sebelum mengeluarkan Sijil Faraid, tetapi jika ingin mengira sendiri sekadar untuk pengetahuan, bolehlah rujuk di laman web yang menyediakan kalkulator faraid seperti di laman web www2.esyariah.gov.my
Kami berharap informasi ini dapat membantu anda yang ingin mendapatkan gambaran awal tentang apa yang perlu dibuat selepas kematian pemilik harta. Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah juga merujuk kepada Puan Ashikin Rahim dari pejabat kami di talian 010-35 200 90 (WhatsApp sahaja).
Wallahua’lam.
ASHIKIN RAHIM
21 Disember 2016
Sebarang pertanyaan atau untuk melantik Peguam Syarie, boleh click WhatsApp Link: https://wa.link/gnrupa
Fatimah
admin
Hanis
admin
Puteri
admin
mira
admin
Adawiyah
admin
Marina Binte Sabtu
admin
Ismail
admin
Hidayah
admin
mohamad
admin
Norazak
admin
ahmad
admin
faieza
admin
Safwan
admin
Syaza
admin
Ali
admin
Nor khairulnisa rosli Nisa
admin
Nurul
admin
Juliana
admin
Zamri
admin
reen
admin
Shah Ahmad
admin
Mimi
admin
Norkamruzita Saadon
admin
Jaslina Yahya
admin
Jamal
admin
azariah
admin
NOOR
admin
Azmaizam Mohd Zain
admin
Lynna Azlina
admin
Nurulhawa
Nurulhawa
admin
zulkhairi mat akhir
admin
aishah
admin
rafiah
rafiah
Hamba Allah
Hamba Allah
admin
Wani
admin
Hadi esa
admin
Ina yusoff
Ina yusoff
admin
Samduddin bin Mat @ Mohamad
admin
fida
admin
adrina
admin
Rafiee Hassan
admin
Noraini
admin
rafiah
admin
Mohamad Izham
admin
Nordin Muda
admin
Hamba allah
admin
Mazura Bukhon
admin
Norzalina
admin
nurul
admin
rafiah
rafiah
admin
admin
hafiz
admin
Alias bin Md Zain
admin
Alias bin Md Zain
saudara
admin
Lin
admin
Nor Sara
admin
Pn ida
M Fauzi
admin
Hafiz
admin
Hafiz
Hafiz
norita
Muhaiedin Bakim
norita
admin
Ridzuan
admin
Muhaiedin Bakim
admin
Siti Aishah Shaaban
admin
Pn Sotinah Tariono
admin
azlina
admin
azlina
admin
Ridhwan
admin
mohdgazali
admin