Hak Penjagaan Anak (Hadhanah) Menurut Undang-Undang

Assalamualaikum para pembaca yang budiman.

Kali ini kami nak berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan mengenai undang-undang berkenaan tuntutan hak penjagaan anak di sisi undang-undang Islam di Malaysia. Setiap negeri mempunyai peruntukan yang hampir sama, cuma ada sedikit perbezaan dari segi rujukan nombor seksyen yang berkenaan. Untuk memudahkan perbincangan, kami menggunakan seksyen di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (“EUUKIS”). Peruntukan penuh seksyen boleh didapati dari laman web www.esyariah.gov.my

Soalan yang sering ditanya oleh masyarakat kepada kami adalah apakah keperluan undang-undang dalam menuntut suatu hak penjagaan atau hadhanah. Perlu diingat bahawa undang-undang memperuntukkan keperluan yang berbeza sekiranya yang menuntut adalah ibu atau ayah.

Untuk memudahkan pemahaman semua, kami cuba ringkaskan keperluan perundangan ini kepada soalan-soalan berikut yang perlu ditanya mengikut turutan.

  1. Berapakah umur anak yang ingin dituntut hak jagaannya? Sekiranya anak itu masih kecil (tafsiran “kecil” ini berbeza-beza, tetapi boleh dibahaskan untuk merangkumi umur di bawah 7 tahun untuk kanak-kanak lelaki dan di bawah 9 tahun untuk kanak-kanak perempuan, supaya konsisten dengan kehendak seksyen 85 EUUKIS), maka yang paling berhak menjaga adalah si ibu, menurut kehendak seksyen 82 (1). Sekiranya ibu hilang kelayakan (sila rujuk point 3), maka turutan penjaga seterusnya adalah seperti yang disenaraikan dalam seksyen 82 (2), di mana nenek sebelah ibu lebih layak berbanding si bapa. Tetapi seksyen ini tertakluk kepada kehendak seksyen 83 EUUKIS iaitu hendaklah si ibu itu memenuhi kriteria kelayakan di bawah seksyen 83 EUUKIS. Sekiranya anak itu bukan lagi anak kecil, sila skip ke point no. 4. Baby-Blanket

  2. Sekiranya anak itu masih kecil dan secara anggapannya ibu adalah orang yang paling berhak, adakah ibu itu memenuhi KESEMUA kriteria dalam seksyen 83 EUUKIS? Iaitu hendaklah si ibu itu seorang Islam, sempurna akal, berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu, berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani. Selalunya, kehendak berkenaan “kelakuan baik dari segi akhlak islamiah” ini yang sering menjadi perbahasan si bapa untuk menidakkan kelayakan si ibu.   maternal-love-clipart-3


  3. Sekiranya si ibu memenuhi kriteria kelayakan dalam seksyen 83 EUUKIS, soalan seterusnya yang hendak ditanya adalah adakah si ibu itu telah hilang hak untuk menjaga, dengan melakukan SALAH SATU atau LEBIH perbuatan yang disenaraikan dalam seksyen 84 EUUKIS? Iaitu jika si ibu berkahwin lain DAN perkahwinan itu menjejaskan kebajikan anak, jika ibu berkelakuan buruk secara terbuka, jika ibu menukar pemastautinan ke negeri atau negara selain tempat asal si ibu dengan tujuan untuk menjauhkan anak dari ayah, jika ibu murtad ATAU jika ibu mencuaikan atau menganiaya si anak. Kesemua alasan hilang kelayakan ini sering digunakan oleh para bapa tetapi si bapa perlu membuktikan mana-mana alasan ini jika mahu mengambil alih penjagaan dari si ibu. Contohnya, ibu berkahwin semula tidak semestinya menghilangkan hak jagaan, si bapa perlu membuktikan bagaimana perkahwinan itu menjejaskan kebajikan anak, contohnya, ibu berkahwin dengan suami baru yang merupakan bekas penjenayah. “Kelakuan buruk secara terbuka” juga hendaklah dibezakan dengan perbuatan dosa secara umum, kerana bukan semua kelakuan buruk dikira menghilangkan kelayakan si ibu, contohnya si ibu yang sering solat subuh lewat boleh dibahaskan untuk tidak melakukan perbuatan buruk itu secara terbuka walaupun perbuatan itu berdosa. Contoh perbuatan buruk terbuka adalah sekiranya si ibu itu bekerja sebagai GRO.   prostitute_in_newyork

  4. Siapakah pilihan anak? Jika anak itu sudah berumur melebihi 7 tahun untuk lelaki dan 9 tahun untuk perempuan, maka si bapa mempunyai peluang lebih cerah untuk menjaga anak, tetapi ia bukanlah satu jaminan. Seksyen 85 EUUKIS menyatakan bahawa jika kanak-kanak itu mumayyiz, dia boleh memilih untuk tinggal bersama ibu atau bapa. Jadi, sekalipun anak itu mungkin sudah melebihi umur 7/9 tahun, kanak-kanak itu masih boleh memilih untuk tinggal bersama si ibu. Umur mumayyiz ini tidak tetap, ia bergantung kepada anak itu masing-masing. Sesetengah anak sudah matang/mumayyiz pada umur yang muda (lebih awal dari 7 atau 9 tahun), manakala sesetengah anak hanya mumayyiz pada umur belasan tahun (akibat lambat perkembangan, OKU dan sebagainya). Sekiranya anak itu memilih untuk bersama ibu, maka pertimbangan yang sama seperti dalam point 2 dan 3 di atas akan diberi perhatian. Manakala jika anak memilih untuk bersama bapa, pertimbangan dalam point 2 akan diambil kira kerana bapa juga perlu memenuhi keperluan yang sama. Pemilihan oleh anak ini juga tidaklah wajib, ia hanya diberi pertimbangan sahaja, kadangkala hakim tidak memerlukan anak ditanya sekalipun telah mumayyiz, semuanya bergantung kepada keseluruhan pertimbangan yang perlu untuk kes tersebut. Contohnya, jika si bapa tidak hadir dalam prosiding dengan sengaja, kadangkala hakim tidak perlu meminta pemilihan anak kerana sudah ternyata si bapa itu tidak berminat untuk mendapatkan hak jagaan anak tersebut kerana tidak hadir dengan sengaja ke prosiding tersebut.  symbolic-illustration-custody-battle-man-woman-silhouette-39876810

  5. Apakah yang terbaik untuk kebajikan anak? Satu peruntukan penting yang akan dipertimbangkan dalam suatu tuntutan hak penjagaan adalah seperti yang disenaraikan dalam seksyen 87 EUUKIS. Walau apapun kehendak kesemua seksyen yang dijelaskan dalam point 1 hingga 4 di atas, Mahkamah akan mengambil kira KEBAJIKAN anak sebagai pertimbangan yang paling utama. Setiap kes akan memberi impak yang berbeza berkenaan apa yang terbaik untuk kebajikan seseorang anak kerana setiap kes mempunyai fakta latar belakang yang berbeza. Contohnya, tidak semestinya seorang ibu yang tidak bekerja tidak layak menjaga anak (kerana bapa wajib menanggung nafkah anak sekalipun anak dijaga oleh si ibu), dan tidak semestinya anak yang dijaga ibu yang sudah berkahwin lain akan terjejas kebajikannya kerana mungkin si bapa berperangai buruk dan boleh menjejaskan kebajikan anak, dan tidak semestinya anak yang dijaga ibu kandung akan lebih terjamin kebajikannya. Jadi, seksyen inilah yang memberi tafsiran terbesar dalam menentukan samaada seseorang ibu atau bapa lebih patut untuk menjaga seseorang anak. Kebiasaannya, jika si anak sudah dijaga oleh salah seorang ibu atau bapa untuk suatu tempoh yang lama sebelum tuntutan hadhanah diputuskan, Mahkamah akan mengekalkan jagaan tersebut kerana tidak mahu menjejaskan kebajikan anak dari segi persekolahan beliau, persekitaran beliau dan sebagainya.  best-interests-of-child-video-crop

Kes hak jagaan anak adalah sangat panjang untuk dihuraikan, tetapi secara asasnya, inilah pertimbangan yang akan diberikan menurut undang-undang. Moga bermanfaat. Wallahua’lam. Assalamualaikum.

Ashikin Rahim

16 Januari 2018

Sebarang pertanyaan atau untuk melantik Peguam Syarie, boleh click WhatsApp Link: https://wa.link/gnrupa

Comments (20)

  1. Achmad firdaus

    Reply

    Assalamualaikum
    Saya sudah bercerai dengan isteri kerana isteri curang. Cuma waktu dekat mahkamah sya tidak nyatakan sebab utk mengelakkan dia malu. Alasan tidak bersefahaman sahaja. Utk menjaga aib dia dengan keluarga dia. Lagipun sya fikir utk anak2. 3 org anak dia yg jaga. Atas alasan kewangan sya tidak kukuh. Kami ada rumah atas nama bekas isteri. Orang beli rumah tu secara ansuran. Duit tu saya tidak minta tapi amanahkan sikit utk anak2.
    Tidak lama lepas tu dia kahein dengan lelaki yg dia curang tu di thailand tanpa pengetahuan ibu bapa atau keluarga. Dan brlum register lagi di malaysia. Soalan sya, boleh kah sya tuntut hak penjagaan anak. Dia dengan lelaki tu tinggal serumah walaupun belum register nikah malaysia. Fyi. Lelaki tu ada 3 osteri termasuk bekas isteri. Boleh kah sya tuntut penjagaan anak dalam financial tidak stabil tapi bagi sya masih mampu untuk besarkan anak. Adakah duit dari prnjualan rumah ansuran itu termasuk dalam harta sepencarian walaupun atas nama dia dan tolak gaji dia sebelum ni? Terimah kasih. Mohon sangat2 pencerahan

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam, maaf atas kelewatan respon, berkenaan dengan hak jagaan anak, sekiranya berpandukan kepada peruntukan undang-undang, sememangnya ibu adalah diutamakan untuk menjadi penjaga kepada anak-anak. Walaubagaimanapun, ia bukanlah suatu perkara yang mutlak kerana encik selaku bapa kandung anak-anak tersebut juga boleh menuntut hak jagaan anak dengan memfailkan kes terhadap bekas isteri di Mahkamah Tinggi Syariah. Encik boleh mengemukakan kesemua alasan sepertimana yang encik nyatakan tersebut di dalam tuntutan dengan terperinci untuk menyatakan sebab ketidaklayakan bekas isteri untuk menjaga anak-anak tersebut. Mahkamah akan mengambil kira kebajikan dan keselamatan anak-anak dalam menentukan siapa yang lebih layak untuk menjaga anak-anak tersebut.

      Berkenaan dengan rumah atas nama bekas isteri tersebut, ia boleh dikira sebagai harta sepencarian sekiranya rumah tersebut diperolehi dalam tempoh perkahwinan pihak-pihak. Sekiranya encik mempunyai sumbangan langsung terhadap rumah tersebut (seperti pembayaran deposit rumah, kos guaman, fi penyelenggaraan, cukai dan lain-lain berkaitan), maka encik berhak untuk menuntut hak encik di dalam rumah tersebut meskipun rumah tersebut adalah atas nama bekas isteri encik seorang. Kesemua bukti sumbangan encik terhadap rumah tersebut mestilah dikemukakan di mahkamah untuk menyokong tuntutan encik tersebut.

  2. Ais kacang

    Reply

    Sekiranya bekas suami bukan warganegara dan sudah hilang tanpa boleh dikesan. Apa prosedur utk mohon hak hadhanah anak?

    • admin

      Reply

      Assalamualaikum, maaf atas kelewatan respon, dalam situasi begini, si ibu boleh sahaja memfailkan tuntutan hadhanah di Mahkamah Tinggi Syariah seperti biasa tanpa keberadaan/kehadiran bapa. Proses bicara kebiasaannya akan jadi lebih singkat sekiranya bapa tidak hadir memandangkan bicara akan dilakukan secara sebelah pihak.

  3. Arif

    Reply

    Assalamualaikum, saya baru b’kahwin 3 Bulan Lepas… Secara Tiba semasa sye baru b’pindah b’sama isteri ke Kuala Lumpur Bulan Lepas.. isteri saya Hilang Kan Diri beberapa Hari Kemudian baru balik Selama 5 Hari.. Selepas itu, Sama Balik Sehari Hilang Lagi keluar Rumah 5 Hari… Pada Hari kepulangan isteri saya b’cadang Untuk pulang ke Kampung.. Selepas itu, Di Rumah Nya (Keluarga Mertua) pada Malam tersebut si isteri Meminta cerai? Atas sebab Ada Hasutan orang ketiga… Jadi Kami berbalah, kerana tidak setuju Untuk saya lepaskan… si isteri sudah mula memfailkan process Nya tapi tempoh Hari dia Ada Ajak saya bersama2 ke pejabat agama … Saya Masih Engga. Jadi apa yg perlu saya buat sekiranya saya yg Di tuduh Atas sebab Nafkah? Perlu ke saya lawan atau mendiamkan Diri?

    • admin

      Reply

      Wassalam, berkenaan prosedur perceraian, ia adalah bermula di mahkamah rendah syariah. sekiranya isteri ajak encik pergi ke pejabat agama, berkemungkinan hanya untuk proses rundingan dan kaunseling dengan pegawai syariah untuk mendamaikan pihak-pihak. Sekiranya isteri memfailkan apa-apa kes tuntutan nafkah ke atas encik, adalah lebih baik untuk encik cuba berbincang dengan isteri dan selesaikan dengan cara baik melalui persetujuan bersama dan diendorskan di mahkamah. Namun begitu, sekiranya isteri disabitkan nusyuz melalui perintah mahkamah syariah, isteri boleh ditarik haknya daripada mendapat nafkah.

  4. Vanney

    Reply

    Assalammualaikum puan
    Sy ingin bertnya,sy dan suami dah tak sebumbung dah 8bulnn,kmi dah tak perselisih faham tapi bila sy mintak dia ceraikn sy dia tknk,sy masih berumur 20tahunn apa perlu sy buat?
    Terima kasihh

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, sekiranya masih ada ruang untuk berdamai, maka puan boleh usahakan untuk berdamai. Sekiranya tidak dapat berkomunikasi secara langsung dengan suami, maka boleh cuba melalui orang tengah sama ada sudara mara atau ahli keluarga, ataupun cuba alternatif lain seperti sesi kaunseling di pejabat agama untuk selesaikan perselisihan faham yang berlaku. Namun, sekiranya puan merasakan sudah tidak ada lagi jalan lain untuk memulihkan hubungan puan dan suami, dan berpisah adalah jalan yang terbaik, maka puan boleh failkan tuntutan perceraian di mahkamah rendah syariah. Mahkamah akan melihat kepada sama ada wujud (syiqaq) pecah belah dalam perkahwinan pihak-pihak untuk membenarkan talak dijatuhkan ke atas isteri sekiranya suami masih enggan untuk melafazkan talaq.

  5. Nor

    Reply

    Salam puan. Bolehkah wanita yang habis iddah keluar dari rumah bekas suami bersama anak-anak sebelum hak hadanah diputuskan? Dan anak-anak sendiri sememangnya mahu tinggal dengan ibu mereka.

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya boleh sahaja selagi mana tiada apa-apa perintah dari mahkamah yang menghalang tindakan tersebut.

  6. Siti

    Reply

    Assalamualaikum Puan,

    seorang bapa memaksa anaknya yang berumur 17 tahun tinggal bersamanya, sedangkan sepanjang 16 tahun yang lalu anak tersebut di jaga oleh ibu dan bapa tirinya tanpa sebarang masalah. Bolehkah si ibu dapatkan perintah mahkamah untuk mengambil semula hak jagaan anak.

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya boleh untuk ibu tuntut hak jagaan anak di mahkamah syariah selagi mana anak tersebut belum mencapai umur 18 tahun.

  7. Anne

    Reply

    Assalamualaikum.. saya baru berpisah dengan suami secara tebus talak dan saya masih dlm iddah. Masalah di sini ank2 saya berumur dari 7yr-15yr .4org. Yg sulung perempuan,yg lainnya lelaki. Ank perempuan sy ialah ank tidak sah taraf.masalah di sini, bekas suami telah mengambil anak dari saya. Saya tidak dapat berjumpa dan bercakap dengan ank2. Apa² perlu melalui dia. Saya telah meminta dia hantar ank saya ke rumah ibu saya,tetapi dia menyatakan yang ank2 tidak mahu tinggal duduk dengan saya. Hal ini menyebabkan saya marah,akhirnya saya mengambil keputusan untuk memfailkan tuntutan hak jagaan ank2 di mahkamah tinggi. Perkara yg merisaukan saya, anak saya di psycho oleh suami saya supaya bencikan saya. Dalam hal ini apakah yang harus saya lakukan agar saya mendapat tuntutan hak jagaan ke atas anak² nanti?

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, puan boleh kemukakan bukti kukuh bahawa suami telah menghasut anak untuk bencikan isteri. Boleh juga bawa saksi-saksi yang tahu dan nampak atau dengar sendiri berkenaan hal tersebut. Selain itu, puan juga boleh kemukakan bukti seperti dokumen, gambar, rakaman video dan lain-lain sekiranya suami tersebut ada melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan beliau hilang kelayakan untuk mendapat hak penjagaan anak. Kesemua ini ada diperuntukkan di dalam enakmen undang-undang keluarga islam negeri-negeri di bawah peruntukan Hadhanah. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan kerja. Semoga puan dikurniakan ketenangan hati dan segala urusan puan dipermudahkan.

  8. Fthh

    Reply

    Puan saya nak tanya jika hak untuk anak oku siapa lagi berhak ibu atau bapa.. Jika ibu nya tidak menjaga kebajikan anak.

    • admin

      Reply

      Salam, pada pandangan saya, sekiranya mengikut susunan penjaga di dalam undang-undang dan hukum syarak, ibu adalah orang paling layak, diikuti dengan nenek sebelah ibu dan seterusnya turun ke bapa (Boleh rujuk undang-undang keluarga islam – bab penjagaan/hadhanah). Namun, sekiranya ibu tidak mampu menjaga kebajikan anak tersebut, maka boleh sahaja hak jagaan itu diberikan kepada bapa sekiranya terdapat persetujuan antara kedua-dua pihak tanpa perlu melalui proses bicara di mahkamah. Tetapi, sekiranya telah diketahui ibu tidak menjaga kebajikan anak dengan baik dan ibu juga tidak mahu melepaskan hak penjagaan tersebut, maka bapa berhak untuk membuat tuntutan terhadap hak penjagaan anak tersebut sekiranya penyelesaian secara persetujuan bersama tidak dapat dicapai. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan kerja.

  9. Nor Shuhada

    Reply

    Assalamualaikum Puan, saya ingin bertanya arwah kakak saya telah meninggal dunia pada 01/07/2018 yang lalu. arwah telah meninggalkan seorang anak lelaki yang berumur 8 bulan. Sepanjang empat bulan arwah meninggal dunia, ibu saya yang menjaga anak lelaki arwah tersebut. saya ingin bertanya kepada puan, sekiranya mengikut hukum, siapakah yang layak menjaga anak saudara saya. sama ada si bapa atau pun ibu saya iaitu nenek kepada anak arwah. mohon penjelasan daripada pihak puan. terima kasih

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Jika mengikut kepada peruntukan seksyen enakmen keluarga islam, nenek (sebelah ibu) adalah lebih utama berbanding bapa, untuk menjaga anak yg masih kecil.

  10. AINI HAKIMAH BT HASSIM

    Reply

    SALAM PUAN,

    ssaya adaalah salah seorang mangsa perceraian… telah 16 tahun berkahwin dan telah diceraikan. mempunyai anak sseramai 7 orsng 5 lelaki dan 2 perempuan… telah diperintahan hak jagaan sementara kesemu anak lelaki pergi bersama bapanya, sedangkan saya tahu, banyak kelonggaran jika tinggal bersama bekas suami. semasa bicara, kesemua keterangan di pihak defendan menyatakan saya tidak layak disebabkan saya menjaga ibu saya di mana bekas suami menyatakan tak sesuai untuk anak-anaak tinggal bersama saya disebabkan saya menjaga ibu yang mengalami tekanan jiwa…

    bagaimanakan caranya puan untuk membolehkan kesemua anak lelaki saya yang berusia antara 15 -8 tahun memihak kepada saya…

    • admin

      Reply

      Anak2 yg sudah mumayyiz akan diberi pilihan untuk pilih ibu atau bapa. Mahkamah akan beri pertimbangan pada pilihan anak.

      Juga perlu buktikan kenapa suami tak layak jaga anak. Adakah terdapat sebarang kelakuan buruk secara terbuka yg dilakukan suami seperti melanggan pelacur atau menagih dadah

Leave a Reply to admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *