ANTARA WASIAT, HIBAH DAN WAKAF – PENGURUSAN HARTA SI MATI DALAM ISLAM

Assalamualaikum warah matullah dan Selamat Sejahtera kepada sahabat-sahabat pembaca sekalian,

 

Terima kasih kerana sudi singgah di laman web kami untuk membaca entri kali ini. Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi secara ringkas berkenaan Wasiat/Hibah/Wakaf yang selalu dikaitkan dengan harta si mati. Sering juga saya mendapat soalan sebegini dari anakguam dan warga masyarakat yang musykil terutamanya apabila berlaku kematian ibu bapa atau saudara terdekat mereka. Dan ramai juga yang berminat untuk membuat wasiat atau hibah atau wakaf. Alhamdulillah, kesedaran tentang pentingnya menguruskan harta sebelum kematian kita semakin meninggi di kalangan masyarakat. Ingat ye, sekiranya ahli waris bergaduh kerana berebutkan harta kita, kita yang di dalam kubur ni yang akan diseksa, nau’zubillah.

 

Untuk berkongsi secara detail berkenaan tajuk ini mungkin terlalu idealistik dan tidak realistik, jadi saya hanya nyatakan apa yang utama dan selalu ditanya sahaja. Jika ingin tahu lebih lanjut, dipersilakan WhatsApp atau emel kami seperti butiran yang dinyatakan dalam “CONTACT US” di laman web ini. InsyaAllah, apa yang kami mampu bantu, akan dibantu.

 

APA BEZA WASIAT, HIBAH DAN WAKAF?

 

WASIAT

Last Will and testament document. sepia toned and vignette effect

Pernah tengok drama Melayu tentang si bapa bagi wasiat kepada anak angkat keseluruhan hartanya dan anak kandung tidak dapat sesen sehingga bergaduhlah satu keluarga? Atau si bapa mewasiatkan semua harta kepada badan kebajikan? Atau si ibu tiri rampas semua harta peninggalan untuk anak-anak tirinya dan hiduplah si anak tiri seperti cinderella? Sounds too familiar, isn’t it? Cuma jangan terkejut kalau saya bagitahu yang these stories tak tepat dari sudut undang-undang syariah dan tidak boleh berlaku pun kerana legally impossible. Untuk non-muslim sahaja dibolehkan mewasiat kesemua harta si mati kepada sesiapa yang dikehendaki.

 

Wasiat ni ada dua rule of thumb (syarat utama): Pertama, TAK BOLEH WASIAT KEPADA AHLI WARIS. Maknanya, nak wasiat harta kepada anak kandung atau ibu bapa atau isteri memang tak boleh. Hanya dibolehkan kepada orang yang takkan terima harta si mati melalui faraid, contohnya anak angkat atau saudara jauh. Kedua, Wasiat hanya boleh SETAKAT 1/3 NILAI KESELURUHAN HARTA sahaja, manakala baki 2/3 hendaklah dibahagikan secara faraid. So, penulis skrip drama Melayu, sila revise skrip anda. Hehe. Of course, ada pengecualiannya, hanya jika KESEMUA waris yang layak terima harta si mati bersetuju untuk membenarkan wasiat kepada seseorang ahli waris lain atau bersetuju memberi kadar wasiat melebihi 1/3 kepada seseorang yang dinyatakan dalam wasiat, barulah boleh wasiat itu dilaksanakan sekalipun ia melanggar kedua-dua rule of thumb tadi. Tapi, memang sangat jaranglah nak jumpa ahli waris yang rela beri harta macam ni, yang bergaduh tak bagi tu yang banyak……. tsk tsk tsk. Sedih.

 

HIBAH

buykidshouse

Disebabkan kekangan untuk sesuatu wasiat dilaksanakan, cara lain untuk memberi harta kepada seseorang yang kita kehendaki adalah melalui hibah. Beza hibah dan wasiat adalah, wasiat hanya boleh dilaksanakan selepas berlaku kematian orang yang membuat wasiat. Hibah pula boleh dilaksanakan serta-merta, dan boleh dipindah-milik kepada penerima hibah.

Tapi, bukan semua harta boleh dihibahkan. Kalau harta tu sebuah rumah, PADA MASA HIBAH DIBUAT, rumah tu mestilah milikan penuh si pemberi hibah, maksudnya bebas hutang bank atau sekurang-kurangnya mesti dilindungi takaful MRTA 100% sepenuhnya jika berlaku kematian. Jadi, kalau kereta yang masih ada loan, tak bolehlah dihibahkan sebab PADA MASA HIBAH DIBUAT, kereta tersebut bukan milikan penuh si pemberi tu lagi, technically kereta tu masih milik bank. Begitu juga harta lain seperti barang kemas dan sebagainya.

DAN, hibah kepada anak atau hibah kepada ibu bapa sahaja boleh ditarik-balik ye, manakala kepada selain anak atau ibu bapa, dah beri jangan buruk siku ye, Islam pun tak bagi tarik balik termasuklah hibah kepada suami/isteri. So, fikir baik-baik sebelum nak beri hibah. Manalah tahu, masa tengah harmoni, beri hibah semuanya pada suami, sekali dia kawin dua, haaaa kan dah menyesal. Huhu.

Hibah ni bolehlah ditangguhkan urusan pindah-miliknya, maksudnya, bila kita dah meninggal barulah dipindahkan hak milik kepada penerima hibah. Tetapi hendaklah kita ingat, janganlah hibahkan kesemuanya kepada orang tertentu sahaja sehingga tiada harta langsung yang tinggal untuk ahli waris lain yang layak terima harta secara faraid. Kan ada hadis Nabi yang melarang meninggalkan waris dalam keadaan papa. Kesian, kan. Jadi tinggalkan sedikit harta anda supaya boleh dibahagikan kepada waris lain yang tidak termasuk dalam hibah.

PESANAN PENTING: Jika Hibah melibatkan pemberian tanah atau rumah, MESTI dapatkan perintah Mahkamah Syariah yang mengesahkan hibah ye. Jadi, hanya buat dokumen hibah di agensi hibah atau di Amanah Raya belum mencukupi, kena juga ke Mahkamah Syariah di tempat bermastautin untuk sahkan dokumen hibah tersebut. Sudah keluar Perintah Mahkamah, barulah boleh tanah tersebut dipindah-milik kepada penerima. Jika tidak, Pejabat Tanah tak boleh nak buat urusan tersebut apabila pemilik berdaftar tanah tersebut sudah meninggal dunia. Terpaksalah difaraidkan jugak akhirnya.

 

WAQAF

masjid-pagaruyung-batusangkar-sumbar

Waqaf ni ada banyak jenis. Tujuan waqaf adalah untuk kebajikan, sebagai syer akhirat si pemberi. Ada waqaf khas yang ditujukan kepada ahli keluarga, kesannya seperti hibah juga, tetapi tak bolehlah si penerima tu jual pula harta tu melainkan untuk tujuan kebajikan juga. Kadangkala ada ibubapa yang nak waqaf kepada anak tertentu kerana anak yang berkenaan tak mampu nak beli rumah sendiri manakala anak yang lain sudah ada kereta dan rumah sendiri. Cuma untuk waqaf khas ni, seeloknya nyatakanlah tempoh khas sehingga bila harta tu diwaqafkan. selepas tamat tempoh tersebut, seeloknya harta itu diwaqafkan untuk kebajikan masyarakat Islam secara umum supaya bermanfaat sebagai saham akhirat si pemberi. Cuma di Malaysia, pelaksanaan waqaf khas masih asing, dan belum ada undang-undang yang mengawalnya, jadi untuk mengelakkan masalah untuk melaksanakan, seeloknya pilihlah dulu cara wasiat atau hibah untuk mencapai tujuan anda.

 

Waqaf yang selalu kita dengar seperti waqaf am adalah waqaf untuk tujuan agama seperti untuk membina masjid, sekolah agama, kubur dan sebagainya. Di Malaysia, jika ingin membuat waqaf sebegini, pastikan dokumen waqaf jelas dan maklumkan kepada Majlis Agama Islam di negeri di mana harta tersebut terletak. Majlis Agama yang akan mengambil alih milikan harta ini selepas kematian kita dan akan ditadbir mengikut kehendak si pemberi waqaf. Cuma jika ingin buat waqaf masjid, semak dulu samaada sudah ada masjid di kawasan yang sama ya, sebab dua masjid dalam satu kariah kan tak boleh sepatutnya.

 

Ok, that’s all for now, kalau nak cerita panjang memang tak habis artikel ni, nanti kita discuss lain kali berkenaan prosedur nak buat dokumen hibah atau wasiat atau waqaf.

 

Terima kasih kerana sudi membaca. Feel free to correct me kalau ada yang tersalah maklumat di sini. Wallahu’alam.

 

ASHIKIN RAHIM

16 Oktober 2016

Spread the word. Share this post!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *