APA NAK BUAT BILA BERLAKU KEMATIAN AHLI KELUARGA? (Urusan Pusaka)

  1. JANGAN TANGGUH urusan pembahagian harta. Urus cepat bukan bermaksud kita tak sayang pada org yg meninggalkan kita. Bahkan sebab kita sayang, kita cepat2 nak selesaikan urusan hutangnya, agihkan pada warisnya yg memerlukan dan urus amanah, waqaf, hibah dll jika ada. Yg lebih penting, kita nak elak ada waris yg meninggal pula sebelum sempat urus, nanti lagi serabut sebab dah jadi faraid berlapis.
    .
    .
  2. KUMPUL DOKUMEN PENTING masa berkumpul ahli keluarga selepas kematian. Masa doa selamat arwah ke, lepas dah kebumi ke. Alang2 dah semua ada, masa ni lah paling sesuai nak minta salinan ic masing2, maklumat harta si mati yg diketahui, dsb. Masa ni juga boleh bincang dengan SEMUA waris tentang cara nak urus, ada yg nak sama rata, ada yg nak lepaskan hak, apa2 boleh walaupun tak ikut faraid, dengan syarat SEMUA WARIS MESTI SETUJU. Walaupun sorang tak setuju, then wajib ikut faraid ye.
    .
    .
  3. DAPATKAN SEMUA MAKLUMAT ASET SI MATI. Cari geran2 rumah/tanah, geran kereta, timbangan atau barang kemas yg ada dll. Pergi setiap cawangan bank yg ada dan buat carian di sana samaada si mati ada akaun di bank tersebut. Kena isi borang dan hanya waris yg boleh mohon maklumat. Bawa salinan sijil mati ke bank. Kalau tak dapat kumpul semua maklumat pun takpe, proceed dulu urusan apa yg tahu dulu, kemudian nanti baru tambahkan maklumat kalau dapat tahu maklumat aset lain kemudian hari.
    .
    .
  4. KETAHUI SIAPA WARIS YG LAYAK utk terima faraid. Walaupun ada 25 kategori waris faraid tapi bukan semua layak terima ya. Contoh, kalau si mati cuma ada anak perempuan, bukan automatik adik beradik si mati akan dapat. Hanya kalau bapa si mati dah meninggal sebelum si mati, barulah adik beradik ada bahagian faraid, selain isteri dan anak perempuan si mati. Nak tahu siapa yg layak, rujuk peguam syarie atau pejabat agama.
    .
    .
  5. SELESAIKAN HUTANG sesegera mungkin. Siapa yg dahulukan duitnya utk selesaikan hutang si mati dan bayaran pengebumian si mati, boleh tuntut bayaran balik semasa pembahagian harta dibuat kemudian.
    .
    .
  6. FAILKAN PERMOHONAN pembahagian atau surat kuasa mentadbir samaada di Amanah Raya, Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil (bergantung kepada apakah aset si mati dan nilai keseluruhan aset). Kalau di mahkamah tinggi, wajib pakai lawyer. Di amanah raya atau pejabat pusaka, tak wajib pakai lawyer. Tapi kalau tak reti buat sendiri, engage je. Lawyer buatkan semua. Kita cuma sediakan dokumen yg diminta saja.
    .
    .
  7. SIJIL FARAID di mahkamah syariah bukan wajib ye. Hanya wajib didapatkan jika melibatkan kes pengurusan seterusnya di mahkamah tinggi sivil. Atau jika nak keluarkan KWSP selain cara penama, maka perlukan sijil faraid ATAU surat kuasa mentadbir. So yang terpakai cuma salah satu kaedah saja (untuk KWSP). Tapi kalau dah kes faraid berlapis (sebab dah ada waris lain yg meninggal), eloklah ada sijil faraid sebab pengiraannya rumit sedikit.
    .
    .
  8. HARTA SEPENCARIAN utk isteri atau suami si mati perlu dituntut di mahkamah tinggi syariah SEBELUM harta si mati dibahagikan secara faraid. Semua pasangan boleh mohon, utk aset yg dibeli atau dibangunkan dalam tempoh kawin. So failkan cepat2 dan bahagian pasangan akan dibayar dulu mengikut perintah, barulah bakinya dibahagi ikut faraid. So isteri atau suami dapat dua kali: harta sepencarian campur faraid.
    .
    .
    Ada juga artikel berkaitan di laman web ini, cari tajuk “pembahagian-harta-pusaka-bagi-orang-islam”
    .
    Moga bermanfaat. Terima kasih sudi membaca.

Ashikin Rahim

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *