PANDUAN UNTUK FILING SENDIRI KES SYARIAH (Selangor)

Siapa yang duduk Selangor dan nak handle sendiri (tak pakai lawyer) kes mahkamah syariah, tak susah, boleh je download borang kat:-

https://www.jakess.gov.my/index.php/ms/muat-turun-borang

(🇲🇾 Kalau negeri lain nak guna pun boleh, tapi sebagai panduan bolehlah. Sebab rujukan kepada enakmen/akta tak sama untuk semua negeri, dan sesetengah negeri tak sama prosedur seperti selangor. Especially kes cerai. Macam-macam prosedur, beza setiap negeri. Borang pun lain2. Boleh rujuk website Mahkamah untuk negeri masing-masing, kebanyakannya ada sediakan borang untuk dimuat turun)

Sebelum nak isi borang tu, check dulu alamat tempat tinggal semasa masuk bidangkuasa mahkamah mana (refer cukai taksiran rumah bayar pada majlis mana, contohnya kalau bayar kat MPAJ, maksudnya mahkamah ampang lah tu yg in-charge).

‼️ Tak semua alamat rumah, walaupun description di KL (contohnya cheras, ampang, gombak, wangsa maju) mesti confirm bidangkuasa mahkamah syariah KL tau. Kebanyakan alamat KL masuk bawah selangor juga. so find out bayar cukai taksiran ke majlis mana. DBKL or selainnya. If DBKL yg keluarkan cukai taksiran then mahkamah KL lah tu. tapi kalau bayar ke MPAJ, Hulu langat, selayang, dll, then sila ke mahkamah selangor.

Cuma time Pkpb ni, court selangor tak boleh main terjah je. Kena buat appointment dulu. Cari nombor mahkamah dalam website tu. call dulu utk appointment atau isi appointment online. Kalau kes masuk bawah bidangkuasa mahkamah KL, hanya yg ada persetujuan bersama je atau yg urgent saja boleh filing masa PKPB ni. Kes2 lain, sila patah balik dan duduk diam2 sampai dah habis Pkpb.

‼️ Jangan lupa check alamat tempat tinggal semasa ni sama ke tidak dengan alamat IC. Kalau tak sama, download borang mastautin tu dan carilah pegawai masjid yang boleh sahkan tempat tinggal pada alamat semasa. Kena cari pulak siapa pegawai in charge, masjid mana etc. Dan kena bawa bil air atau bil elektrik sebagai bukti, atau perjanjian sewa. Selamat hunting pegawai masjid. Diorang pun kebanyakannya duduk di rumah 😅

💡 Paling mudah sekali, tukar je lah alamat ic tu kepada alamat semasa, di mana2 cawangan JPN. Sekarang kena bawa proof bil utiliti juga. memang sepatutnya kalau ikut undang2, bila duduk di satu tempat lebih 90 hari, kita kena tukar alamat. (🔰 Rujuk peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990) Kita je yg ramai tak ikut sebab tak tahu. 😬 nak balik mengundi pun jadi payah.

Ok dah pening dah??? 🥵 Kalau kepala pening tak tahu nak lengkapkan, atau tak ada masa nak buat sendiri, boleh je upah lawyer untuk isi, lawyer lebih arif apa elemen nak kena comply dan dokumen macamana nak guna. Atau pergi mahkamah dan tanya pun boleh juga, ramai staf yang rajin membantu.

Apa2 nak tanya, boleh contact 0103520090 (WhatsApp sahaja).

#SharingIsCaring #UntukYangRajinDanNakSaving #TapiMestiBanyakSabar #KalauTakCukupSabarCariLawyerSudah #JanganMarahMahkamahPulak #SemuaProsedurAdaSebabnyaTersendiri

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *