NAK RUJUK TAKNAK RUJUK

Lafaz rujuk sama seperti lafaz cerai.


Boleh dilafaz tanpa persetujuan isteri. Tetap sah jika sempurna rukun dan syarat.


Cuma, undang-undang Malaysia beri peluang kepada isteri untuk tidak setuju hidup bersama semula.


Jika isteri tidak setuju hidup bersama semula, tidak menjadikan rujuk itu tidak sah.


Namun isteri boleh memilih untuk bercerai semula apabila tidak setuju hidup bersama semula.


Jadi, isteri yang tak setuju hidup bersama semula, tidak perlu ikut suami pergi pejabat agama untuk daftar rujuk.


Suami yang perlu failkan kes pengesahan rujuk di Mahkamah.


Di Mahkamah nanti, Mahkamah akan suruh pasangan ke jawatankuasa pendamai jika isteri menyatakan tak setuju hidup bersama semula.


Jika masih tak dapat berdamai, pasangan akan melalui proses cerai yang baru, yang menambahkan bilangan talaq sedia ada.


Jika sebelum itu sudah bercerai dua kali, maka cerai baru akan jadi talaq ketiga.


Jadi untuk suami, sebelum nak lafaz rujuk tu, biarlah dalam keadaan isteri memang setuju nak hidup bersama semula. jika tidak, tak pasal2 tambah pula bilangan talaq. kalau dah sampai tiga kali, habis dah peluang.


Pujuklah sampai dia sudi. bukan dengan paksaan.


Jangan ceraikan sesuka hati dan nak rujuk pun sesuka hati.


Be a man.


Kin Rahim

6-10-2021

Sebarang pertanyaan atau untuk melantik Peguam Syarie, sila klik https://wa.link/gnrupa

Comments (2)

  1. araa

    Reply

    assalammualaikum , saya nak bertanya kalau lelaki dah cakap ‘ lebih baik aku lepaskan kau’ dann tak lama kemudian dia suruh saya balik rumah mak saya . tak lama lepastu dia lafazkan ‘aku ceraikan kau dgn talak satu’ dalam chat whatsapp ….. Adakah jatuh talak ataupon tidak ye ?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam, pada pandangan saya, lafaz ‘lebih baik aku lepaskan kau’ dan juga menyuruh untuk balik ke rumah mak itu adalah lafaz cerai berbentuk kinayah yang perlukan kepada penjelasan niat suami sama ada niat untuk bercerai atau tak semasa melafazkannya. Sekiranya berniat, maka jatuh talak. Bagi lafaz ‘aku ceraikan kau dgn talak satu’ pula adalah lafaz cerai soreh (jelas). Maka jatuh talak walaupun dihantar oleh suami melalui whatsapp. Maka, saya nasihatkan untuk isteri failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim siasat fakta kes dan mengesahkan sama ada berlaku perceraian atau tidak.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *