“Saya nak cerai tapi suami tak setuju macamana?”

Antara soalan paling kerap dapat:-

“Saya nak cerai tapi suami tak setuju macamana?”

  1. Check dengan Mahkamah rendah syariah terdekat dengan tempat tinggal samaada ada proses cerai hakam di negeri dan daerah tersebut atau tidak.
  2. Jika mahkamah sahkan ada disediakan proses hakam di negeri dan daerah berkenaan, failkan kes cerai bawah seksyen 47. Untuk kes sebegini, walaupun suami tak setuju, isteri boleh dapat cerai melalui hakam. Tapi kena lalui proses jawatankuasa pendamai, hakam keluarga dan hakam panel. Kena sabar sikit, tapi insyaAllah akhirnya dapat cerai. Tak perlu bicara. Tak perlu dokumen or saksi. Hanya kemukakan salinan ic, salinan sijil nikah dan salinan surat beranak anak2 (jika ada anak).
  3. Jika tak ada proses hakam di negeri dan daerah tempat tinggal anda, boleh failkan kes fasakh. Atau kalau suami tak dijumpai, skip langkah 1 & 2 dan terus failkan fasakh.
  4. Fasakh boleh proceed sebelah pihak, walaupun suami tak datang, cuma kena pastikan dokumen mahkamah diserahkan kepada suami ikut kehendak undang2. Dia taknak sign takde masalah, asalkan dah serah depan dia. Kalau suami tak dijumpai, boleh mohon serahan ganti secara iklan di suratkhabar. Kemudian hakim boleh dengar bicara sebelah pihak. Jika bukti dan saksi lengkap, insyaAllah boleh dapat cerai cara fasakh.
  5. Nak mudah lagi, lantik peguam syarie. Peguam uruskan semua. Tapi client still kena hadir mahkamah bila diminta. Takde istilah sebab dah bayar peguam, confirm boleh dapat cerai tanpa perlu hadir.

Nak tanya lebih lanjut, boleh WhatsApp 010-3520090. WhatsApp saja ye, nanti kami reply bila sempat. call tak mampu kami nak angkat dan cakap panjang. Kalau 10 orang call dalam sehari, sorang cakap setengah jam, total dah 5 jam. Bila masa nak buat keje hakiki 😫 nak pergi tandas pun tak sempat mcm ni. 😅 Kalau boleh nak bantu semua, tapi masa pun terhad, family pun ada.

Kalau nak lantik peguam, baru kita fix meeting k. 👌🏻

Moga bermanfaat.

Kin
2-7-2021

Sebarang pertanyaan atau untuk melantik Peguam Syarie, boleh click WhatsApp Link: https://wa.link/gnrupa

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *