PROSEDUR FARAID DAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA BAGI ORANG ISLAM

Assalamualaikum warah matullah wabarakatuh,

Terima kasih kerana sudi singgah di laman web kami untuk membaca entri kali ini. Diharapkan ianya memberi manfaat kepada mereka yang mencari jawapan mengenai isu ini.

Pada kali ini kami akan berkongsi prosedur ringkas berkenaan dengan pembahagian harta si mati dalam Islam. Masih ramai yang belum tahu berkenaan cara membuat pengurusan harta ini, dan kami berharap panduan ini dapat memberi sedikit gambaran tentang bagaimana mahu memulakan dan menyempurnakan pembahagian harta setelah berlaku kematian si pemilik harta.

studio_20150805_112802

Di bawah ini disenaraikan prosedur ringkas berkenaan apa yang anda perlu lakukan selepas berlaku kematian seseorang yang memiliki harta yang perlu dibahagikan:-

PROSES AWALAN

  1. Pertamanya, lantiklah dulu seorang atau dua orang Pentadbir dari kalangan ahli waris si mati yang dipersetujui oleh semua waris untuk mengambil tanggungjawab membuat pembahagian ini. Jika tiada ahli waris yang sudah dewasa atau tiada ahli waris yang dipersetujui untuk dilantik sebagai Pentadbir, maka lantiklah mana-mana orang lain yang tidak mewarisi tetapi dipersetujui untuk dilantik oleh ahli waris, contohnya seorang pemegang amanah atau seorang peguam. Perlantikan Pentadbir sangat penting kerana dialah yang perlu membuat permohonan Sijil Faraid (jika Pentadbir adalah juga ahli waris) dan hanya dialah yang boleh menjual atau membahagikan hartanah bagi pihak si mati, mengeluarkan duit si mati dari syarikat insurans, bank, KWSP dan pelbagai institusi lain setelah Pentadbir tersebut mendapat surat kuasa mentadbir.                          showpreview
  2. Pentadbir hendaklah mengenalpasti KESEMUA waris yang ada yang layak mewarisi harta si mati. Waris-waris tersebut hendaklah masih hidup pada masa si mati meninggal dunia. Sekalipun waris tersebut meninggal sebelum harta sempat dibahagikan secara sempurna, waris itu masih berhak kepada bahagiannya dalam faraid, dan bahagian tersebut akan dibahagikan pula kepada ahli waris kepada waris yang meninggal tersebut. Jika si mati itu seorang lelaki, pastikan si mati tidak mempunyai lebih dari seorang isteri kerana kadangkala si mati merahsiakan perkahwinan poligami beliau dan tidak mendaftarkannya. Jika ada isteri lain dan anak-anak hasil perkahwinan tersebut, mereka semua juga layak mewarisi harta si mati tersebut DENGAN SYARAT perkahwinan yang tidak didaftarkan di Malaysia dibuat pendaftarannya terlebih dahulu dan status anak-anak tersebut diiktiraf sebagai anak si mati. Jika proses ini masih belum selesai, maka hendaklah permohonan faraid ditangguhkan sehingga pengenalpastian semua waris diselesaikan, termasuklah sehingga permohonan pengesahan nikah dan nasab anak selesai dibuat.                  tabelwaris-sarwat
  3. Pentadbir ini juga hendaklah mengenalpasti KESEMUA harta milik si mati, buatlah siasatan dengan membuat carian di bank negara untuk mengetahui akaun-akaun bank milik si mati dan hutang-hutang bank yang ada, Pentadbir juga boleh bertanya kepada ahli waris yang mengetahui tentang harta dan hutang si mati, buatlah carian di pejabat tanah, carian di Amanah Saham, KWSP, Tabung Haji, bertanya kepada majikan di tempat si mati bekerja, bertanya kepada syarikat-syarikat insurans dan mana-mana lagi tempat yang dirasakan ada menyelenggara harta milik si mati atau mempunyai pengetahuan akan harta dan/atau hutang si mati. harta
  4. Bagi harta yang telah diberikan penama sebelum si mati meninggal dunia, contohnya duit simpanan KWSP dan duit simpanan Tabung Haji, Pentadbir hendaklah meminta penama tersebut mengeluarkan duit dari institusi berkenaan dan menyerahkannya kepada Pentadbir untuk dibahagikan secara faraid kerana duit tersebut WAJIB difaraidkan melainkan si mati pernah secara jelas dan nyata samaada melalui saksi atau melalui dokumen mengatakan bahawa wang di dalam akaun tersebut dihibahkan atau dihadiahkan kepada penama atau kepada orang tertentu.  img_0332
  5. Setelah mengenalpasti kesemua harta dan waris si mati, maka Pentadbir hendaklah memfailkan permohonan sijil faraid di mahkamah syariah yang berdekatan dengan menyertakan salinan surat beranak setiap waris (untuk menunjukkan hubungan kekeluargaan) dan salinan kad pengenalan. Juga sertakan juga dokumen berkenaan harta-harta si mati seperti geran tanah, penyata akaun, dan sebagainya.       mahkamah-syariah-1200x549-2
  6. Permohonan sijil faraid di mahkamah syariah boleh dibuat sekalipun hutang masih belum selesai dilangsaikan kerana kadangkala ahli waris tiada wang untuk melangsaikan kesemua hutang si mati, contohnya seperti pinjaman perumahan. Dalam hal ini, hendaklah disegerakan permohonan sijil faraid agar boleh diteruskan dengan pelantikan Pentadbir dan seterusnya harta-harta si mati boleh dijual untuk melangsaikan hutangnya, kemudian bakinya barulah difaraidkan.
  7. Sijil faraid ini hanya untuk mengenalpasti kesemua waris yang ada dan pembahagian yang perlu dibuat kepada setiap orang yang diiktiraf sebagai waris, oleh itu, permohonan sijil faraid hanya patut ditangguhkan jika ada masalah mengenalpasti waris sahaja. Selain dari itu, hendaklah permohonan ini diteruskan tanpa lengah. Tambahan pula, permohonan mengeluarkan surat kuasa mentadbir di Mahkamah Sivil (jika harta melebihi 2 juta atau harta tanpa tanah) tidak sepatutnya dibuat melebihi tempoh 3 tahun selepas kematian, jika lebih, maka penjelasan perlu diberikan kepada Mahkamah.

PENGGUNAAN HARTA SI MATI

Harta si mati hendaklah dimanfaatkan mengikut susunan keutamaan ini seperti yang digariskan syarak:

  1. Harta yang dipegang sebagai amanah sekalipun diletakkan atas nama si mati, hendaklah dipulangkan kepada yang berhak, dan tidak boleh dimasukkan dalam senarai harta untuk difaraidkan.
  2. Harta si mati boleh digunakan untuk menanggung kos pengebumian yang tidak keterlaluan. Sekiranya ada ahli waris yang telah menanggung kos ini terlebih dahulu, bolehlah menuntut kembali dari harta si mati sebagai hutang, sebelum harta-harta tersebut difaraidkan.
  3. Hutang-piutang si mati wajib diselesaikan terlebih dahulu. Oleh yang demikian, sebelum sesuatu harta itu difaraidkan, hendaklah hutang si mati dilangsaikan sepenuhnya. Haram sekiranya mengambil harta si mati sedangkan ahli waris mengetahui ada hutang yang masih tertunggak, melainkan si pemberi hutang secara nyata telah menghalalkannya. Maka selesaikanlah dahulu hutang kereta, hutang rumah, dan pelbagai hutang lain milik si mati, kemudian setelah yakin sudah habis semua hutangnya, barulah difaraidkan. Sekiranya ada pemiutang yang tidak dijumpai, bahagian dari harta untuk menyelesaikan hutang tersebut boleh diamanahkan kepada seorang yang lain, atau dihadiahkan kepada Baitulmal bagi pihak si mati.
  4. Wasiat si mati (jika ada) hendaklah juga dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pembahagian faraid boleh dibuat. Oleh itu, jika si mati ada membuat wasiat atau waqaf atau hibah atau sedekah dan sebagainya, hendaklah dibahagikan harta tersebut mengikut kehendak si mati melainkan ada isu yang perlu diselesaikan seperti pengesahan hibah, pengesahan wasiat dan sebagainya. maka pembahagian harta si mati akan ditangguhkan selepas isu tersebut selesai. Failkan permohonan di Mahkamah Syariah jika ada wasiat atau hibah atau sedekah atau wakaf atau sebagainya yang dipersoalkan di kalangan ahli waris. Ingat, wasiat TIDAK BOLEH kepada ahli waris dan TIDAK BOLEH melebihi 1/3 harta si mati, melainkan SEMUA ahli waris bersetuju untuk menolak syarat-syarat ini. Tanpa persetujuan SEMUA ahli waris, wasiat hendaklah terbatal setakat 1/3 harta si mati, dan terbatal di mana-mana sahaja ada pemberian diberikan kepada ahli waris yang bakal menerima harta secara faraid.
  5. Harta Sepencarian juga perlu dibahagikan sebelum faraid. Oleh yang demikian, pasangan si mati samaada isteri atau suami, boleh menuntut harta sepencarian dari harta si mati sebelum baki harta milik si mati boleh dibahagikan mengikut faraid. Maka pasangan si mati boleh mendapat dua kali harta si mati: pertama hasil dari tuntutan Harta Sepencarian (sekalipun tidak bercerai dengan si mati), kedua dari bahagiannya mengikut faraid. Rujuklah ke Mahkamah Syariah terdekat untuk mendapatkan harta sepencarian ini.
  6. Akhir sekali, barulah baki harta yang tinggal perlu difaraidkan kepada ahli waris yang ada mengikut sijil faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah.

LANTIKAN PENTADBIR

  1. Dapatkan Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah terdekat dengan tempat tinggal si mati atau tempat tinggal Pentadbir. Jika harta melebihi takat jumlah tertentu, kes tersebut akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi Syariah terdekat. Ikutlah prosedur yang diberikan oleh Mahkamah. Mahkamah akan memanggil saksi-saksi yang mengetahui berkenaan kematian si mati dan waris-waris si mati. Oleh itu, pastikan semua isu berkenaan ahli waris sudah selesai pada masa permohonan mendapatkan sijil faraid dibuat, dan semua dokumen pengenalan diri ahli waris sudah didapatkan. Jika ada ahli waris yang tidak dapat dicari lagi, maka maklumkan saja kepada Mahkamah. Mahkamah akan memberikan perintah sewajarnya. Permohonan Faraid boleh dibuat tanpa Peguam Syarie, tetapi jika mampu, eloklah mendapatkannya untuk memudahkan urusan mengumpulkan dokumen yang diperlukan dan tidak perlu turun naik Mahkamah berulang kali.
  2. Setelah mendapat Sijil Faraid, jika harta si mati ada melibatkan tanah atau rumah atau apa-apa hartanah lain seperti hartanah komersil dan sebagainya, DAN jumlah KESELURUHAN harta si mati termasuk wang tunai, barang kemas, KWSP, saham, dan semua harta lain TIDAK melebihi nilai RM 2 juta ringgit, maka permohonan surat kuasa mentadbir perlu dirujuk ke Pejabat Pesaka Kecil di Pejabat Tanah yang menguruskan hartanah tersebut. Mereka akan mengendalikan proses mengeluarkan surat pentadbir termasuklah untuk membuat pembahagian harta lain seperti wang tunai, saham dan harta-harta lain tersebut. Prosiding di pejabat tanah tidak memerlukan khidmat peguam tetapi masih boleh melantik peguam jika ingin memudahkan urusan suratcara, pemfailan dokumen, pengurusan kes dan sebagainya.House sitting on calculator isolated on white background
  3. Namun, sekiranya harta si mati ada melibatkan tanah atau rumah atau apa-apa hartanah lain seperti hartanah komersil dan sebagainya, DAN jumlah KESELURUHAN harta si mati termasuk wang tunai, KWSP, saham, dan semua harta lain MELEBIHI nilai RM 2 juta ringgit, maka permohonan surat kuasa mentadbir perlu dirujuk ke Mahkamah Tinggi Sivil terdekat dengan tempat kematian si mati atau tempat mastautin Pentadbir yang memohon. Untuk prosedur di Mahkamah Sivil memerlukan khidmat peguam.
  4. Jika harta si mati TIDAK melibatkan tanah atau rumah atau apa-apa hartanah lain seperti hartanah komersil dan sebagainya, maka TIDAK KIRA samaada jumlah KESELURUHAN harta si mati termasuk wang tunai, KWSP, saham, dan semua harta lain melebihi atau tidak melebihi nilai RM 2 juta ringgit tetapi TIDAK KURANG dari RM 600,000.00, perkara ini hendaklah juga dirujuk ke Mahkamah Tinggi Sivil terdekat dengan tempat kematian si mati atau tempat mastautin Pentadbir yang memohon. Untuk prosedur di Mahkamah Sivil memerlukan khidmat peguam. Ini kerana, Pejabat Tanah hanya ada kuasa mentadbir sekiranya ada hartanah yang terlibat dalam aset si mati sahaja.                                       This photo illustration shows Malaysian ringgit banknotes in Kuala Lumpur on June 29, 2015. Asian equities and the euro tumbled June 29 on fears Greece will crash out of the eurozone after Athens called off debt reform talks and announced a referendum on creditors' proposals next weekend, days after a repayment deadline. AFP PHOTO / MANAN VATSYAYANA
  5. Manakala jika harta si mati TIDAK melibatkan tanah atau rumah atau apa-apa hartanah lain seperti hartanah komersil dan sebagainya, manakala jumlah KESELURUHAN harta si mati termasuk wang tunai, KWSP, saham, dan semua harta lain TIDAK MELEBIHI nilai RM 600,000, maka perkara ini hendaklah dirujuk ke Amanah Raya Berhad. Golongan aset ini dipanggil sebagai pesaka ringkas.

1462417188

Berkenaan prosedur untuk setiap satu permohonan pentadbir ini hendaklah dirujuk kepada institusi yang terlibat masing-masing. Bagi urusan di Mahkamah Tinggi, peguam boleh membantu anda. Manakala untuk urusan di pejabat tanah dan Amanah Raya, prosedurnya ada dimaklumkan di pejabat-pejabat yang berdekatan.

Setelah surat kuasa mentadbir tersebut dikeluarkan, bolehlah harta si mati yang tinggal (selepas ditolak hutang, wasiat, harta sepencarian dan sebagainya yang dibenarkan oleh syarak) dibahagikan oleh Pentadbir mengikut pembahagian dalam Sijil Faraid. Hakim yang akan membuat kiraan ini sebelum mengeluarkan Sijil Faraid, tetapi jika ingin mengira sendiri sekadar untuk pengetahuan, bolehlah rujuk di laman web yang menyediakan kalkulator faraid seperti di laman web  www2.esyariah.gov.my

Kami berharap informasi ini dapat membantu anda yang ingin mendapatkan gambaran awal tentang apa yang perlu dibuat selepas kematian pemilik harta. Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah juga merujuk kepada Puan Ashikin Rahim dari pejabat kami di talian 010-35 200 90 (WhatsApp sahaja).

Wallahua’lam.

ASHIKIN RAHIM

21 Disember 2016

Sebarang pertanyaan atau untuk melantik Peguam Syarie, boleh click WhatsApp Link: https://wa.link/gnrupa

Comments (133)

  1. Marina Binte Sabtu

    Reply

    Asalammualaikum, Adik perempuan saya baru meninggal. Arwah titipkan anak kembar lelaki berumur 5tahun pada saya. Saya menjaga mereka semenjak mereka bayi lagi. Boleh kan harta penniggalan arwah dibahagikan kepada adik beradik arwah selain anak lelaki nya? Arwah tidak ada suami.
    Terimakasih.

    • admin

      Reply

      Wassalam, berdasarkan situasi ini, perlu dipastikan terlebih dahulu siapakah waris-waris lain yang masih hidup. Sekiranya, ibu dan bapa arwah sudah meninggal terlebih dahulu sebelum arwah, maka waris-waris yang layak mendapat pusaka arwah hanyalah anak kembar lelaki tersebut sahaja dan adik beradik arwah tidak layak mendapat pusaka tersebut.

  2. Ismail

    Reply

    Jika harta arwah terdiri dari hartanah dan kenderaan adalah 1.5 juta manakala simpanan kwsp ialah 0.6 juta iaitu keseleruhan harta ialah 2.1 juta. Waris mendapat sijil faraidh untuk mengenal pasti ahli waris, penama mengeluarkan simpanan kwsp dan membahagikan mengikut persetujuan semua waris. Baki harta iaitu hartanah dan kenderaan sebanyak 1.5 belum dibahagi kerana ia memerlukan surat perintah mahkamah. Bolehkah perintah pembahagian baki harta 1.5 juta dipohon di mahkamah pusaka kecil kerana wang kwsp telah selesai dibahagikan.

  3. Hidayah

    Reply

    Salam, saya ingin bertanya jika si mati (perempuan) tiada anak kandung tapi mempunyai anak angkat (yang merupakan anak saudara dari pihak suami dan telah ber-bin kan bapa angkat), namun si mati mempunyai seorang anak saudara lelaki daripada adik lelaki waris. tiada wasiat dikeluarkan oleh simati. bagaimana dgn urusan faraid tu ye?

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, sekiranya si mati sememangnya tiada waris utama (suami, ibu, bapa, anak) dan hanya mempunyai seorang adik lelaki seibu sebapa, maka adik lelaki si mati tersebut akan mendapat keseluruhan pusaka tersebut (sekiranya masih hidup). Anak saudara sebelah suami tidak mendapat pusaka kerana bukan dari keturunan isteri. Manakala anak saudara lelaki kepada adik lelaki si mati tersebut hanya akan mendapat keseluruhan pusaka sekiranya adik lelaki si mati tersebut telah meninggal sebelum kematian si mati. Walaubagaimanapun, perlu dipastikan terlebih dahulu waris-waris si mati yang masih hidup berapa orang untuk membuat kiraan faraid. Anak angkat tidak layak mendapat pusaka kerana hanya waris dengan pertalian darah dengan si mati sahaja yang boleh mewarisi harta si mati. Sekiranya tiada sebarang hibah atau wasiat yang dibuat, maka anak angkat tersebut tidak layak mewarisi harta si mati.

  4. mohamad

    Reply

    assalamualaikum w.r.t sy ingin menanyakan soalan berkaitan harta peninggalan arwah ayah saya ,arwah ayah sy meninggal pada tahun 2020,kini ibu sy sebagai pentadbir namun kesemua harta termasuk duit simpanan arwah ayah saya belum lg menjalankan agihan faraid,sedangkan kami telah menegur ibu sy tentang faraid namun ibu sy tidak mengindahkan tentang hal itu.bagaimanakah cara untuk sy menuntut bahagian sy?harap dapat membantu saya

    • admin

      Reply

      Wassalam, secara ringkasnya berdasarkan situasi encik, saya berpandangan sekiranya perintah sebagai pentadbir telah dikeluarkan, bermaksud perintah pembahagian sepatutnya telah dikeluarkan juga. Sekiranya encik tidak mengetahui atau tidak bersetuju berkenaan perintah pembahagian tersebut, encik boleh pergi ke pejabat pusaka/mahkamah yang berkenaan untuk membuat bantahan.

  5. Reply

    Assalamualaikum,
    Bapa saya baru meninggal dunia dan ada meninggalkan sejumlah wang tunai dalam simpanannya, dalam bank dan tabung haji. Saya telah diminta oleh ahli keluarga (ibu saya, dan 4 adik beradik yang lain) meminta saya menguruskan wang tunai yang tersimpan dalam jumlah lebih kurang RM 39,1777.00. Saya telah uruskan bayaran zakat untuk wang simpanan ini dan kami adik beradik dan ibu bersetuju untuk bahagikan sama rata walaupun ianya boleh dibahagikan mengikut faraid. Bolehkah dibahagikan secara begini. Untuk wang simpanan dalam bank dan tabung haji masih lagi belum diuruskan kerana perlu dibawa ke Pejabat Tanah.

    • admin

      Reply

      Wassalam, boleh untuk dibahagi sama rata tanpa ikut kadar pembahagian secara faraid sekiranya kesemua ahli waris bersetuju.

  6. Reply

    Salam,
    Macam mana nak laksanakan faraid berlapis?
    Adakah selesaikan faraid lapis pertama dahulu, selepas itu selesaikan pula faraid lapis ke dua ?
    Harap dapat pencerahan.
    Sekian, tk.

    • admin

      Reply

      Wassalam, ya betul, perlu selesaikan ikut lapisan untuk menetapkan bahagian setiap ahli waris.

  7. faieza

    Reply

    adakah permohonan faraid boleh dibuat sendiri tanpa perlantikan peguam.

  8. Safwan

    Reply

    Assalamualaikum admin..mohon pencerahan
    -sijil faraid telah dibuat..tapi bila dah buat sijil faraid ada sorang yg meninggal dlm sijil faraid tu pulak..kalau mcm tu nak buat mcm mana?harta xsempat nak agih..adakah Kena buat sijil faraid yg lain?

    • admin

      Reply

      Salam. Betul. Encik failkan permohonan sijil faraid baru untuk si mati kedua tersebut. Semasa urusan pembahagian harta si mati pertama di pejabat pusaka nanti, boleh lampirkan siil faraid si mati pertama bersekali dengan sijil kematian si mati kedua beserta sijil faraid si mati kedua. Jadi, bahagian si mati kedua dalam sijil faraid si mati pertama akan diagihkan kepada waris si mati kedua seperti dalam sijil faraid kedua.

  9. Reply

    Salam nak tanya
    Suami saya baru meninggal..duit simpanan yg arwah ada lebih kurang 10k dan duit kwsp arwah sy dan anak² adalah penama..adik beradik dan ibu kepada arwah melepaskan semuanya kepada saya dan anak²..dan adakah perlu saya membuat tuntutan faraid? Duit kwsp yang saya dan anak² dapat perlu di faraidkan juga atau tidak ya?.saya buntu..

    • admin

      Reply

      Salam. Penama bukanlah penerima harta. Sekiranya waris lain bersetuju untuk memberikan haknya pada puan dan anak-anak, tiada masalah. Perintah faraid hanyalah untuk menetukan siapakah waris dan bahagiannya, tidak details kepada bagaimana harta tersebut perlu dibahagikan. Pembahagian harta ditentukan oleh pusaka kecil atau mahkamah tinggi mengikut jumlah harta yang ditinggalkan.

  10. Ali

    Reply

    Assalamualaikum saya nk tahu macam mana nak faraid harta tok saya iaitu sebuah rumah sbb tok sy dh meninggal ank2 pun semua dh meninggal skrg tinggal cucu sahaja kami sepakat nk jual rumah tu dh bahagi 3 keluarga boleh ka kami buat mcm tu

    • admin

      Reply

      Salam. Disebabkan terdapat beberapa kematian telah berlaku setelah meninggalnya arwah tok tersebut, maka kes sudah menjadi faraid berlapis. Perlu failkan permohonan faraid di mahkamah agar siasatan boleh dibuat dan menentukan bahagian untuk setiap waris yang masih hidup. Sekiranya waris-waris setuju dan sepakat dengan untuk bahagi kepada 3 keluarga, tidak perlu ikut kadar faraid yang ditetapkan.

  11. Nor khairulnisa rosli Nisa

    Reply

    Maaf saya nak bertanya tentang pembahagian harta, kalau tiada kad pengenalan Si mati yang ada cuma sijil mati, boleh ke kalau nak tuntut hak dalam faraid, yg meninggal arwah ayah saya tapi selepas bercerai dengan mak saya,arwah ayah berkahwin lain dan ada 3 org anak dengan mak tiri, ayah semasa hidup tidak rapat dengan kami adik beradik, jadi kami tiada kad pengenalan ayah, boleh ke kami buat urusan faraid.

  12. Nurul

    Reply

    Salam… arwah ibu saya ada membeli rumah dan setelah meninggal baki pinjaman rumah itu terletak atas nama saya dan telah beberapa tahun memang bayaran bulanan pinjaman rumah saya yang langsaikan walaupun adik saya yang tnggal di rumah tersebut sekarang. Ayah saya telah meninggal, dan tanah tersebut masih diatas nama ibu dan memang dia telah berpesan agar saya dan adik lelaki berkongsi sama rata jika mahu menjual rumah tersebut. Adakah saya akan mendapat sebahagian kecil sahaja walaupun saya yang membayar pinjaman rumah tersebut selama ini? Saya ingin tahu apa pembahagian yang sebenarnya di dalam situasi ini. Masih mengikut faraid atau 50-50 seperti kata arwah ibu?

    • admin

      Reply

      Salam. Untuk pembahagian harta pusaka, sekiranya ada persetujuan sesama waris berkenaan beraa bahagian yang hendak diagihkan, tidak perlu ikut kadar faraid.

  13. Juliana

    Reply

    Salam puan,sy nk kepastian.. Abang saya ada membeli rumah geran atas nama dia sendiri,tp waris atas nama aruwah isteri seblom meninggal,abang saya ingin menjual rumah.. adakah harta yang nak dijual itu adalah harta farait jugak?sedangkan si pembeli rumah masih hidup lagi?adakah ini semua melibatkan anak2..

    • admin

      Reply

      Semua harta yg masih berdaftar atas nama si mati wajib difaraid, melainkan harta tersebut merupakan harta hibah/amanah/waqaf dan sebagainya yg dibuktikan menunjukkan harta itu dipegang bagi pihak orang lain. Harta seorang suami / isteri yg meninggal juga berhak dituntut sebagai harta sepencarian terlebih dahulu, bakinya barulah perlu difaraid. Jika transaksi harta belum sempurna pindahmilik, dan proses jual beli belum boleh dilengkapkan kerana meninggalnya penjual, harta perlu difaraid. Duit pembeli utk deposit hendaklah dipulangkan.

  14. Zamri

    Reply

    Adik lelaki saya (bujang) meninggal dn simpanan kwsp sebanyak 20k++ dn itu saja lah harta yg arwah ada..
    Perlukah sya dptkan sijil faraid jga untok proses pengeluaran

  15. reen

    Reply

    Assalamualaikum Puan.

    Abg sy meninggal dunia berstatus bujang.cuma ada ibu & 2 bradik prempuan.kami sudah mendapatkan sijil faraid & sedang dlm proses amanah raya.
    Memandangkan kami tiada waris lelaki,maka baitulmal ada 1/6 bahagian spt dlm sijil faraid.

    Persoalan sekarang,boleh ke kami membuat tuntutan ke baitulmal utk memdapatkan semula 1/6 tersebut?memandangkan arwah mempunyai hutang2 tertentu yg perlu dilunaskan.

    Jika boleh,bagaimana prosesnya?

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Hak baitulmal tidak boleh dihapuskan. Sepatutnya hutang diselesaikan sebelum harta dibahagikan. Jika hutang tidak diselesaikan lebih awal, semua waris perlu menyumbang dari bahagian masing2 ikut peratusan harta yang diterima.

  16. Shah Ahmad

    Reply

    Assalamualaikum puan.
    Saya ada sedikit kekeliruan berkaitan perlantikan pentadbir. Harap puan dapat membantu.

    1. Selepas kematian, waris2 sepakat untuk melantik pentadbir bagi harta pesaka mereka. Memadaikah sekadar surat yang dikarang dan ditandatangani oleh waris2 dalam melantik pentadbir atau ada format dan prosuder yang lain.

    2. Bagaimanakah waris2/pentadbir hendak mengetahui harta pesaka tersebut bernilai kurang 2 juta atau lebih, sebelum merujuk ke pejabat pesaka kecil atau mahkamah tinggi.

    Terimakasih puan.

    • admin

      Reply

      1. Surat kuasa mentadbir hanya boleh dikeluarkan oleh 3 badan: amanah raya atau pejabat pesaka atau mahkamah tinggi sivil

      2. Utk tanah dan kereta perlu sertakan dokumen penilaian harta samaada melalui sale and purchase agreement atau penilaian oleh valuer. Utk akaun bank, kwsp dan sebagainya kemukakan account statement. Utk barang kemas kemukakan dokumen penilaian oleh pajak gadai atau kedai emas

  17. Mimi

    Reply

    Assalammualaikum kakak saya tlh meninggal pada tahun 2015 dah memikiki sebuah kereta ygbbaru di beli. Apabila kakakeninggal adik saya telah sambung bayar kereta tersebut dgn pihak bank. Soalan saya:

    1) bagaimanakan proses tukar nama. Perlukah ke KPJ

    2) bagaimana kiraan faraidh nnt

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam. Proses tukar nama perlu dimulakan dengan ke amanah raya jika harga kereta tidak lebih 600 ribu. Dapatkan dulu surat kuasa mentadbir. Kemudian barulah pentadbir boleh jual atau tukar nama. Kereta tersebut perlu ditolak hutang sebelum boleh difaraidkan. Apa2 yang dibayar oleh adik adalah dikira hutang si mati jadi hasil jualan akan ditolak dulu semua bayaran yang dibuat oleh adik. Dan ditolak juga hutang bank. Jika ada baki barulah dibahagi antara waris mengikut faraid. Kebiasaannya kereta yang masih ada loan tiada baki yang tinggal.

  18. Norkamruzita Saadon

    Reply

    Assalamualaikum Puan.
    Saya wanita bujang. Ibu dan ayah telah meninggal dunia. Saya ada 2 orang adik beradik lelaki yang masih hidup dan 6 orang adik beradik perempuan (2 orang telah meninggal, 4 orang masih hidup). Bagaimanakah pembahagian faraid sekiranya saya meninggal dunia?

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله
      Sekiranya meninggal tanpa suami dan anak, maka adik beradik kandung yang masih hidup pada masa cik meninggal akan terima bahagian dari harta cik.

  19. Jaslina Yahya

    Reply

    Assalamualaikum , apakah langkah pertama yg patut Saya lakukan untuk membahagi simpanan arwah bapa saya secara farait.

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Sila baca teliti artikel berkenaan pembahagian harta. Mohon dulu sijil faraid di mahkamah syariah. Kemudian, Jika ayah tidak tinggalkan tanah, permohonan Pengeluaran surat kuasa mentadbir akan jatuh pada amanah raya atau mahkamah tinggi sivil, bergantung pada nilai wang yg ditinggalkan.

  20. Jamal

    Reply

    Assalamualaikum tuan. Berapa lama boleh selesai jika semua sudah lengkap dan diserahkan kepada pentadbir? Hartanah dan wang simpanan tidak lebih rm2 juta. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Kalau sudah keluar surat kuasa mentadbir, Bergantung kepada pentadbir itu sendiri untuk menjalankan tugasnya dan respon dari institusi yg menyimpan aset berkenaan.

  21. azariah

    Reply

    boleh jelaskan bagaimana pecahan pembahagian wang simpanan simati(bapa) secara faraid ? arawah masih mempunyai seorang ibu, isteri dan 5 anak perempuan. Selain itu arwah juga mempunyai seorg kakak dan seorang adik lelaki.

  22. NOOR

    Reply

    A salaam ustaz.

    Seorang suami mempunyai Anak Perempuan Tunggal dari perkahwinan pertama (dan bercerai).

    Perkahwinan kedua mempunyai 3anak Lelaki dan 1 anak Perempuan.

    Bagaimana perkiraan faraid bagi anak perempuan tunggal (hasil perkahwinan pertama).

  23. Azmaizam Mohd Zain

    Reply

    Salam Puan,
    Ibu saya baru meninggal dunia, semasa hayat arwah mengatakan kepada anak2 nya 5 lelaki dan 1 perempuan supaya di buat pembahagian sama rata.
    Adakah ini di kirakan sebagai wasiat. Pemahaman Saya tidak perlu lagi faraid. Betul ke Puan?
    Mohon penjelasan. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Salam.

      Wasiat tidak sah kepada ahli waris termasuk anak2, melainkan semua waris setuju dibahagi sama rata. Jadi tetap wajib ikut faraid.

  24. Lynna Azlina

    Reply

    Assalamualaikum Puan,
    Saya Lina dan hanya mempunyai anak perempuan. Suami tidak kisah jika semua harta yang ada diserahkan kepada isteri dan anak beliau. Masalah disini suami mempunyai 7 adik beradik dan difahamkan semua harta akan difaraidkan kerana adik beradik suami ada hak. Bagaimana jika semasa hidup suami ada arahkan adik beradik membuat SURAT AKUAN SUMPAH dan disaksikan Pesuruhjaya Sumpah menurut undang-undang akuan 1960, untuk digunakan sebagai bukti kelak. Adakah surat akuan tersebut sah sekiranya suami telah tiada. Terima Kasih.

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Seingat saya, persetujuan waris hanya sah jika diberi selepas berlaku kematian, bukan sebelum.

      Sekiranya berlaku kematian, barulah dapatkan mereka sahkan persetujuan untuk melepaskan hak. Jika mereka enggan beri, itu hak mereka di bawah faraid. Faraid itu hukum Allah. Sepertimana hukum Allah mewajibkan waris suami menjaga pula anak2 perempuan yg kematian ayahnya.

  25. Nurulhawa

    Reply

    Rumah itu pula masih ada mak duduk…dan warung tu adalah sumber pendapatan emak untuk terus kan hidup…

  26. Nurulhawa

    Reply

    Assalamualaikum saya nak tanya….ayah saya ada sebidang tanah…separuh dr tanah tu telah dibangunkan kedai makan & rumah…dan masih ada kosong lg dibahagian belakang….bole ke kalau ada salah satu dari kami 5 beradik ingin kan kawasan yg telah dibina untuk diroboh kan semata ingin membuat sesuatu tanpa persetujuan dari 4 org yg lain? Padahal tempat kosong dikawasan belakang dia x nak buat…dan sekiranya dia berdegil ape perlu kita buat?

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Sebaiknya untuk waris yang nak bahagian dia, hanya bayarkan saja nilai bahagian dia dalam tanah tersebut supaya dia tidak boleh usik apa2 bahagian dalam tanah itu. Untuk menentukan di mana dia patut bina juga bukan hak sesiapa kerana dalam keseluruhan tanah itu ada hak setiap waris. Jadi sebaiknya hanya bayar bahagian waris berkenaan supaya dia tiada kuasa untuk usik apa2. Hak dia terhadap nilai bahagian dalam tanah itu tetap perlu ditunaikan juga. Jika tak mahu dijual, itu saja penyelesaian lain yang tinggal.

  27. zulkhairi mat akhir

    Reply

    Assalamualaikum puan, ibubapa mertua sy telah meninggal. Sbelum meninggal sy telah membina sebuah kediaman bsambung dgn rumah mertua sy atas keizinan mertua sendiri (krn menjaga kbjikan mertua). Apabila mertua mati, adik bradik ipar hendak faraid tanah ini. Soalan. Bolehkah sy tuntut wang kos pembinaan rumah sy ini.

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Boleh cuba failkan kes pengesahan hibah untuk buktikan yang pembinaan rumah itu bukan sebagai hibah tapi sebagai pinjaman atau hutang kemudian tuntutlah nilai yang diizinkan Mahkamah jika Mahkamah membenarkan. Selagi tiada perintah Mahkamah, waris berhak jual keseluruhan kerana tanah itu didaftar atas nama si mati.

    • admin

      Reply

      Salam. Terima kasih sudi membaca dan atas doanya. May Allah bless you too.

  28. rafiah

    Reply

    rafi, 12.7.2017
    Assalamualaikum Puan,
    Saya nak pindahmilik tanah bahagian ibu saya yang mendapat bahagian (1/24 bahagian) untuk dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuan (4 orang anak perempuan) berapakah bahagian masing-masing dapat bahagiannya.
    (keluasan tanah 1.2141 Hektar, Kategori Penggunaan Tanah : Tiada, Syarat Nyata : Padi)

    Saya nak pindahmilik tanah bahagian ibu saya yang mendapat bahagian (1/8 bahagian) untuk dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuan (4 orang anak perempuan) berapakah masing-masing dapat bahagiannya.
    (keluasan 0.2958 Hektar (0.731 ekar), Kategori Penggunaan Tanah: Tiada, Syarat Nyata: Pertanian

  29. rafiah

    Reply

    Rafi, 11.7.2017
    Assalamualaikum Puan,

    Saya nak buat pembahagian tanah, ibu saya mendapat bahagian (1/24 bhg) untuk dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuan ( 4 orang anak perempuan) berapakah bahagian masing-masing dapat bahagiannya.
    (tanah ini tanah pertanian)

  30. Hamba Allah

    Reply

    As slm tuan… arwah ibu ada mnyebut pmbhgian hrta-hrtanya mngikut konsep sama rata antara ank lelaki dan perempuan…dan arwah menyebut kedudukan hrta (tanah@rumah) utk setiap anknya… tetapi nilai utk setiap anak dapat tidak sama (ada yg nilai tinggi, ada yg dpt nilai rendah)… adakah bersesuaian dgn konsep sama rata sbnr dalam islam? Setahu saya, pmbhgian yg arwah bt spt konsep hibah ttp arwah tidak pernah sebut perkataan hibah..yg disebut ialah sama rata… hrp tuan dpt bntu merungkai kemusyikilan ini.. terima kasih tuan

  31. Hamba Allah

    Reply

    As slm tuan/puan.. tlh 4 thn ibu mninggal… ibu meninggalkan rumah tnh serta brg kemas… antara brg kemas yg ditinggalkn ialah 8 urat gelang(sama saiz n bntuk) dan rntai kasar..kami 5 beradik.. 2lelaki n 3 perempuan.. rantai diambil oleh kakak sulung mnakala 8 gelang dibahagi kpd 4 yg lain… ikut nilai, rantai lebih tinggi nilai berbnding gelang… kakak berjnji utk mmbayar beza nilai kpd kami 4 beradik…utk mkluman, shingga skrg kakak tidak mmbayar beza nilai tersebut.. soalan sy..adakah nilai brg kmas itu perlu mengikut hrga emas semasa @ nilai emas 4 thn lpas jika kakak ingin bayar pd thn ini ??

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, nilai barang yang dibahagi adalah pada masa ianya difaraidkan iaitu 4 tahun lepas. Jika ia dibayar lambat, itu atas dasar ianya menjadi hutang. Jika hutang dibayar lebih kerana tempoh masa, perlu ada persetujuan antara pihak2 yang jelas membenarkan kenaikan hutang itu mengikut nilai emas semasa, jika tidak, bimbang menjadi riba. Jadi sebaiknya ikutlah kadar harga pada 4 tahun lepas.

  32. Wani

    Reply

    Assalamualaikum Puan,

    Saya ingin membantu ibu dan ayah membuat wasiat mengikut kehendak mereka dan tidak tahu bagaimana proses-prosesnya jika tidak mahu melalui mana-mana agen wasiat/hibah seperti Amanah Raya/Wassiyyah Shoppe dsb. Apakah langkah pertama yang perlu diambil? Bolehkan surat wasiat atau hibah ditaip mengikut contoh surat wasiat/hibah dari panduan buku/Internet dan kemudian disahkan dengan saksi melalui cara matikan setem/pesuruhjaya sumpah. Adakah surat wasiat/hibah ini sah disisi undang-undang kelak? Jika Puan tak keberatan, saya mohon Puan berikan cara-cara memproses wasiat/hibah yang ditulis sendiri secara ringkas. Jika perlu melalui peguam syarie, adakah kosnya mahal? Terima kasih

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Boleh buat sendiri wasiat tetapi keesahannya boleh dicabar jika tidak sempurna rukun. Banyak perkara perlu diambil tahu sebelum boleh mendraf wasiat dan mustahil berpandukan contoh boleh menjamin semua rukun wasiat atau hibah dipatuhi kerana dokumen tersebut bergantung kepada fakta kes masing2 seperti jumlah keseluruhan harta, siapa waris yang ada, siapa saksi yang boleh dan sebagainya. Semua institusi caj berbeza, sila dapatkan quotation dan buat perbandingan sebelum meneruskan dengan mana2 khidmat.

  33. Hadi esa

    Reply

    Salam. Arwah ayah dah 4 tahun meninggal. Masalah sekarang adik beradik wanita sibuk menuduh saya ingin memboikot harta arwah. Saya anak no 2 lelaki dan atas saya kakak. 4 x dibagi orang penukaran nama namun tiada apa2 tindakan dibuat namun baru2 ini masih lgi menuduh. Bagaimana cara saya nk memulakan prosedur farait walaupun mendapat tentangab dati si ibu dan anak2 perempuan…..

    • admin

      Reply

      Jika ada waris lain yang kurang mendapat tentangan, sebaiknya usulkan agar waris lain itu yang memohon sijil faraid dan surat kuasa mentadbir. Tidak semestinya waris lelaki yang memohon. Itu lebih baik jika dapat menghindarkan pergaduhan kerana harta si mati tidak sepatutnya menjadi punca putusnya hubungan mereka yang masih hidup. InsyaAllah mereka yang teraniaya dan bersabar akan berada di bawah lindungan Allah, jadi beralah itu lebih baik.

  34. Ina yusoff

    Reply

    Assalamualaikum
    Kiranya adik bradik sebapa dgn arwah ayah saya perlu dbhagikan juga…walaupun bapa saya dapat tanah sblm arwah datuknya meninggal dan tiada kaitan dgn merekA pada masa itu.termasuk lh tanah drp arwah ibu kpd bapa…tq

  35. Ina yusoff

    Reply

    Assalamualaikum
    Kami 3 bradik Perempuan..bapa saya meninggal..mcm mana Dgn pembahgian tanah getah…setahu saya. .tanah tersebut dberikan oleh arwah datuknya dulu.manakala tanah keduA diperolehi drp arwah ibunya.bapa saya ank tggal Dr satu ibu…Dari ibu lain Dan ayh samA..ada 4 bradik.
    Boleh saya tahu pembahagian harta tersebut turut melibatkan 4 Bradik lg(pksdara Dan mksdra saya? @mcm mana saya tidak jelas memndangkan kmi tiada adik bradik lelaki.mohon pencerahan…tq

    • admin

      Reply

      Adik beradik tiri bapa berhak kepada tanah dari arwah datuk pada masa datuk meninggal. Perlu buat pembahagian itu dahulu. Manakala tanah nenek hanya turun kepada arwah bapa seorang.

      Kemudian, apabila arwah bapa meninggal, harta2 arwah bapa (tanah datuk dan harta2 lain) perlu dibahagi lagi antara ibu (isteri arwah bapa), anak2 perempuan (termasuk puan) dan adik beradik tiri bapa.

  36. Samduddin bin Mat @ Mohamad

    Reply

    As salam

    Yang saya faham, pembahagian faraid adalah baki duit selepas ditolok segala hutang (hutang si mati, zakat, wasiat, upah haji (klu belum plrgi haji) kos pngkebumian), dibahagikan dg jumlah bahagian waris tingkat pertama. Bagaimana dg kos pengurusan tarekah (byaran lawyer, carian rasmi pej tanah, bayaran perintah selepas bicara dll) yg mana sepatutnya ditanggung bersama oleh semua waris tetapi telah didahulukan oleh saya.

    Apakah perlu ditolak dahulu sebelum dibuat pembahagian atau pun dikutip balik selepas pembahagian. Mohon pencerahan. Trima kasih.

    SAMSUDDIN

    • admin

      Reply

      Encik, upah haji tidak wajib jika si mati tidak mampu kerana hutang yang banyak. Jika ada lebihan selepas ditolak hutang barulah diketepikan untuk haji.

      Manakala utk fi peguam dan sebagainya perlu mendapat persetujuan waris2 sekiranya ingin dibahagikan sama rata. Kerana sebahagian kos ini adalah kos pilihan seperti lantikan peguam utk kes faraid sedangkan kes faraid boleh dilakukan sendiri. Manakala utk kos wajib seperti cukai tanah dan cukai taksiran boleh ditolak dari harta si mati sebagai hutang jika cukai tersebut tertunggak setakat tarikh kematian si mati. Wallahua’lam.

  37. fida

    Reply

    assalamualaikum..

    arwah ibu saya ada meninggalkan 2 buah kereta.. viva n kancil.. 1 kereta lg geran masih di bank. hutang pun baru saja selesai.. surat perintah faraid pun saya baru dapat yang mn tertera semua nama adik beradik ibu saya serta kami ank2nya.. bolehkah sy bawa surat tersebut untuk mengambil terus geran kereta di bank serta urusan di puspakom dan jpj?

    terima kasih

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Puan, ini bergantung kepada bank yang memegang geran tersebut. Sebahagian bank boleh memberikan kepada mana2 waris dalam sijil faraid tetapi kebanyakannya ingin melihat surat kuasa mentadbir terlebih dahulu. Jika harta ibu hanya kenderaan semata2, maka puan perlu rujuk ke amanah raya untuk mendapatkan surat kuasa mentadbir. Hanya pentadbir yang dilantik berkuasa mendapatkan geran dan menjual kenderaan tersebut kemudian wajib membahagikan mengikut pecahan faraid.

  38. adrina

    Reply

    Assalamualaikum, saya nak tanya,, contoh kalau

    syafik mempunyai dua isteri iaitu siti dan Nur. Beliau memiliki syarikat penyedia catering perkahwinan di Gombak. Isteri pertama beliau, Siti adalah seorang guru di sebuah sekolah menengah di kampong beliau manakala Nurfatimah seorang suri rumah. Perkahwinan kedua beliau dengan Nur tidak diketahui oleh isteri pertama beliau. Tanpa pengetahuan Siti dan anak-anak, dua orang pekerja beliau adalah anak dari hasil perkahwinan dengan Nur. Beliau mempunyai 5 orang anak dari kedua-dua perkahwinan iaitu 3 anak perempuan dari perkahwinan pertama dan 2 anak lekaki dari perkahwinan kedua. Beliau banyak menyimpan rahsia daripada keluarga dalam menjalani kehidupan seharian. Hasil usaha keras dalam perniagaan, beliau mempunyai tiga buah rumah dan setiap isteri memiliki sebuah rumah. Manakala, sebuah rumah lagi tidak diketahui oleh kedua-dua isteri beliau. Manakala rumah ketiga beliau menempatkan tiga orang anak yatim iaitu anak bekas kekasih beliau semasa di zaman universiti. Ketiga-tiga anak yatim tersebut bekerja di kilang membuat kuih muih melayu milik beliau yang terletak di Daerah Wangsa Maju. Selain itu, beliau turut memiliki dua buah kedai makan di Gombak dan Selayang. Kedua-dua kedai tersebut, beliau bercadang untuk memberikan kepada kedua isteri beliau setiap satu. Manakala, rumah ketiga beliau bercadang untuk menghadiahkan kepada anak-anak yatim tersebut.

    apa cadangan kepada syafik dalam penulisan wasiat beliau?
    apa cadangan kepada waris untuk menyelesaikan pembahagian harta tersebut?

    • admin

      Reply

      Wasiat hanya boleh kepada anak2 yatim itu sahaja kerana mereka bukan waris. Manakala jika ingin menghadiahkan mana2 harta kepada ahli waris hendaklah dalam bentuk hibah. Rujuklah kepada peguam syarie atau syarikat menyediakan perkhidmatan perjanjian hibah untuk memastikan syafik mematuhi semua rukun hibah dan wasiat yang ingin dilakukannya.

      Manakala pembahagian kepada waris wajib mengikut faraid jika tiada dokumen hibah dibuat. Pembahagian faraid adalah hukum Allah yang wajib diikuti. Namun jika syafik ingin mengelakkan pergaduhan selepas kematian dan ingin menghibahkan sebelum beliau meninggal, eloklah disegerakan perjanjian hibah tersebut. Dengan syarat semua harta itu bebas hutang atau diinsuranskan sepenuhnya supaya pemilikan harta itu jelas dan bukan bersyarat.

  39. Rafiee Hassan

    Reply

    Assalamualaikum Puan, mohon pencerahan ke atas status tanah arwah bapa saya.

    Arwah bapa saya ada 4 bidang tanah tetapi terdapat tunggakan cukai tanah yang tidak dijelaskan oleh arwah semasa dia hidup. Setelah arwah meninggal, pejabat tanah telah meminta untuk menjelaskan tunggakan cukai tanah kepada kami adik beradik jika tidak tanah tersebut akan diambil semula oleh pejabat tanah. Tanah tersebut telah kami tebus.

    Persoalan :
    1. Adakah tanah tersebut di kira tanah pusaka kerana jika tidak ditebus tanah tersebut akan dikembalikan kepada pejabat tanah.

    2. Arwah bapa saya telah berkahwin kali kedua (arwah Mak tiri meninggal sebelum pembahagian harta) semasa hayatnya setelah kematian ibu saya. Adakah mak tiri saya termasuk dalam pewaris sedangkan harta tersebut bukan harta sepencarian dan beliau tidak menyumbang kepada penebusan semula tanah tersebut.

    3. Jika Mak tiri saya pewaris kepada harta tersebut, beliau mempunyai 5 orang anak dan 1 orang anak dengan bapa saya. bagaimanakah pembahagian harta milik mak tiri saya.

    • admin

      Reply

      1. Harta tersebut adalah pusaka kerana masih berdaftar atas nama bapa. Cuma bayaran tunggakan cukai boleh ditolak dari hasil jualan tanah untuk dipulangkan kepada siapa yang membayar kerana dikira hutang si mati. Ikut status semasa tanah bukan status tanah “jika” ianya tidak ditebus kerana tanah tidak diambil oleh kerajaan. Itu belum berlaku.

      2. Ibu tiri adalah waris mengikut faraid kerana masih isteri pada masa si mati meninggal. Perwarisan faraid tiada kaitan dengan sumbangan.

      3. Bahagian ibu tiri akan dibahagi pula secara faraid kepada semua anak2 kandungnya, tidak kira dari suami manapun. Juga jika masih hidup bapa/datuk dan ibu/nenek kepada ibu tiri juga layak menerima. Jika semua anak perempuan, waris dari kalangan adik beradik ibu tiri itu juga layak menerima.

  40. Noraini

    Reply

    Salam sy puan noraini nk bertanya saya dan arwah abah sy ada membeli sebuah rumah arwah buat loan bank atas nama sy. Apabila arwah meninggal adakah sy pemilik tunggal. Geran tanah hanya nama sya seorang Adik adik sy boleh ke membuat faraid.semasa hidup arwah suruh sy jaga rumah tersebut bila ketiadaan beliau.

    • admin

      Reply

      Jika arwah ada secara spesifik mengatakan harta itu adalah hibah sepenuhnya kepada puan, barulah harta itu boleh disimpan sepenuhnya. Tetapi jika tidak mengatakan sedemikian, perlulah difaraidkan. Sebaiknya failkan dulu kes pengesahan hibah barulah diteruskan samaada perlu difaraid atau tidak.

  41. rafiah

    Reply

    RAFI, 17.5.2017
    Assalamulaikum puan, saya nak buat pembahagian, isteri mendapat bahagian tanah (1/8 Bhg.) hendak dibahagian kepada 4 orang anak perempuan sama rata berapa bahagian masing-masing dapat.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,
      Jika tanah itu tanah pertanian, ia mestilah bersaiz tidak kurang 1 ekar untuk 1 nama. Jika tanah lain, perlu lihat juga syarat2 lain yang mungkin ada. Rujuk dulu pejabat tanah yang berkenaan.

      Jika bahagian isteri ingin dijual, maka nilainya boleh dibahagi mengikut anak2. Jadi setiap anak perempuan akan mendapat 1/32 setiap seorang.

  42. Mohamad Izham

    Reply

    as Salam, jika harta tidak alih telah diletak nama pentadbir, dan pentadbir tidak menguruskan mengikut faraid, boleh atau tidak sebarang tindakan dilakukan oleh pewaris-pewaris sedia ada. Jika ya, apakah tindakan tersebut dan bagaimana caranya?

    • admin

      Reply

      Waris2 boleh memfailkan tuntutan pecah amanah di mahkamah sivil.

  43. Nordin Muda

    Reply

    Assalamualaikum, Arwah seorang ibu meninggalkan 2 anak lelaki, 5 anak perempuan, 1 orang adik lelaki, dan ramai cucu.
    Persoalan pertama, siapakah yang layak atas harta arwah dan berapa bahagian masing-masing.
    Persoalan kedua, pemberian tanah semasa hidup tapi tanah masih nama simati
    Persoalan ketiga, apakah setiap harta mesti dikira termasuk barang kemas yang telah dipakai oleh anak2 juga barang-barang lain seperti pekakas dalam rumah, pakaian dan lain2.
    Mohon pencerahan, sekian terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      1. Apabila ada anak lelaki, hanya anak2 (lelaki & perempuan), suami/isteri dan ibubapa si mati sahaja yang mewarisi. Cucu dan adik tiada bahagian.

      2. Tanah perlu ditukar nama sebelum boleh dihibah kepada org lain tetapi masih boleh diteruskan jika boleh buktikan hakmilik si pemberi itu sudah sempurna pada masa hibah dibuat semasa hidup, contohnya sudahpun dalam proses tukarmilik dari nama si mati kepada nama pemberi hibah.

      3. Barang kemas perlu dikira melainkan si mati sudah menghibah pada si pemakai, perabot yg berharga seperti lukisan mahal juga patut dikira tetapi barangan biasa yang dipersetujui semua ahli waris utk dibahagi tanpa perlu faraid boleh dikecualikan.

  44. Hamba allah

    Reply

    Assalamualaikum..
    Bekas suami tak pernah bagi nafkah anak sejak kami bercerai 6 tahun lalu.Dan saya anggap itu adalah hutang nafkah yang perlu dia bayar kepada saya.saya tak pernah halalkan hutang nafkah yg dia tak bayar tu.dan baru2 ni bekas suami meninggal.Boleh ke saya tuntut hutang ni,kepada waris arwah?Memandangkan waris arwah hendak buat perlantikan tadbir harta pusaka kecil arwah?Arwah ada meninggalkan sejumlah duit kwsp.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Hutang hendaklah dinyatakan kepada si penghutang semasa dia masih hidup lagi. Pernahkah arwah mengakui nafkah tertunggak itu sebagai hutang? Puan perlu buktikannya di mahkamah dengan memfailkan tuntutan tunggakan nafkah isteri terlebih dahulu, selepas dibuktikan barulah boleh dituntut sebagai hutang dari aset arwah.

  45. Mazura Bukhon

    Reply

    Assalammualaikum..Ibu saya telah meninggal dunia 2 tahun lepas..Ibu saya meninggalkan $15000 wang simpanan..sebuah rumah teres yg sudah habis bayar..dan juga sedikit barang kemas..sehingga kini kami adik beradik masih belum melakukan sebarang pembahagian faraidh..Rumah tersbt masih diduduki bapa saya..Mohon Puan jelaskan pembahagian harta arwah..Ibu saya meninggalkan suami..3 anak lelaki(seorang telah meninggal dunia..tapi beliau ada seorang anak lelaki) dan 3 orang anak perempuan..Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      perkiraan ini dibuat berdasarkan andaian anak lelaki itu meninggal selepas ibu meninggal. Jika dia meninggal sebelum ibu, warisnya tidak layak mendapat bahagian dalam harta ini. Pecahan ini hendaklah dibuat selepas nilai keseluruhan harta dikumpul, selepas ditolak segala hutang yang ada. Sebagai suami, Bapa puan juga layak memohon harta sepencarian utk harta2 si mati, dan bakinya barulah dibahagi secara faraid seperti berikut.

      Suami akan mendapat 3/12, 3 Anak lelaki akan mendapat 2/12 setiap seorang, manakala 3 anak perempuan mendapat 1/12 setiap seorang.

      Manakala bahagian 2/12 untuk anak lelaki yang meninggal itu dicampur dengan semua hartanya yang lain akan dibahagi pula kepada warisnya iaitu bapa puan, isteri beliau dan anak lelaki. Bapa mendapat 4/24, isteri 3/24, anak 17/24.

  46. Norzalina

    Reply

    Assalammualaikum …
    Saya hanya ingin bertanya berapa lama SIJIL FARAID boleh dikeluarkan?Sudah 2 bulan saya menunggu.
    Kalau di ikutkan yang diberitahu masa yang diambil hanya lah 2 minggu hingga sebulan.Betulkah?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Perintah atau penghakiman bergantung kepada mahkamah masing2, jika hakim hanya seorang dan fail di mahkamah pula banyak, maka tiada pilihan lain terpaksalah tunggu sehingga selesai. Tapi boleh sentiasa follow up dengan pembantu hakim untuk memastikan fail itu diberi perhatian sesegera mungkin.

  47. nurul

    Reply

    Assalamualaikum puan.
    saya nak tanya, sijil faraid dah keluar. dan terdapat kesalahan pada no ic ahli waris dan pemohon.mcm mana saya nak buat ye?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Pembetulan ini boleh dibuat secara pentadbiran sahaja. Hubungi semula mahkamah dan mohon dibetulkan dengan mengeluarkan sijil faraid baru.

  48. rafiah

    Reply

    Rafi, 30.4.2017
    As salam Puan,
    sekiranya simati meninggal sebidang tanah (1/1 Bahagian) untuk dibahagikan kepada anak-anak dan isteri pertama simati :-
    2 orang perempuan – dapat bahagian mengikut faraid – i. 1/16 bahagian ii. 1/16 bahagian
    2 orang llelaki – dapat bahagian mengikut farid – i. 2/16 bahagian ii. 2/16 bahagian
    Isteri Pertama – dapat bahagian mengikut faraid – i. 2/16 bahagian

    untuk isteri kedua bersama 3 anak lelaki telah menolak bahagian nya.
    macam mana saya nak bahagi tanah untuk isteri pertama (2/16 bhg) di tolak kepada anak-anak di bahagi sama rata. Dan berapa anak-anak nya dapat bahagian masing-masing bagi keseluruhan tanah tersebut.

    • rafiah

      Reply

      RAFI, 9.5.2017
      As salam Puan,
      Apa jawapan saya, harap beri jawapan dengan segera.

      • admin

        Reply

        Encik, maaf kerana kami sangat sibuk dengan urusan pejabat setiap hari dan cuba menjawab apabila masa membenarkan. Harap pembaca dapat memahami kerana khidmat nasihat ini percuma sahaja tetapi terhad kepada masa yang ada untuk peguam menjawab satu persatu. Sila whatsapp sekiranya ada pertanyaan yang urgent. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Jika isteri kedua dan anak2 sudah menolak bahagian mereka, jadi keseluruhan tanah tu dibahagi semula mengikut faraid menjadikan pembahagian:

      Isteri pertama – 6/48
      Anak perempuan – 7/48 setiap seorang
      Anak lelaki – 14/48 setiap seorang.

      Wallahua’lam.

  49. hafiz

    Reply

    assalam..duit arwah ayah ada 25k..ibu sy dh mninggal 34thn lpas.ayh berkahwin kali ke2dan bercerai.ada sorang ank prempuan.skrang ibu ke3.dh brkwin slme 20thn.ikot kate ibu3 sy ayh pnah ckp smua duit bg pd dia.tp kate lisan pd ibu3.dan kami tak tau.mcm mana tu ustzh?adk bradik sy 4 lelaki dan 6 prempuan tmasuk adik dr ibu ke2..

    • admin

      Reply

      Jika isteri ketiga beritahu duit diberi pada dia, dia perlu buktikan hibah itu di mahkamah terlebih dahulu. Jika dia dapat perintah itu barulah boleh dia simpan duit tersebut. Jika dia tidak berjaya buktikan hibah itu, duit arwah ayah wajib dibahagi ikut faraid kepada isteri ke3, dan kepada semua anak arwah dari kesemua isteri.

  50. Alias bin Md Zain

    Reply

    Assalamuallaikum Puan..Kakak se Bapa saya sudah meninggal dunia. Arwah tidak pernah berkahwin seumur hidupnya. Ada sedikit wang tunai arwah sekitar Rm25,000 saja untuk saya yg diarah untuk pembahagian adik beradik . Pecahan adik beradik arwah adalah seperti berikut:

    A. Se Bapa dan se Ibu ….1 orang perempuan.
    B. Se Bapa …(lain ibu) 2 lelaki dan 1 perempuan
    dan arwah ada adik2 se Ibu sahaja iaitu
    (lain bapa) 2 lelaki dan 1 perempuan
    Mohon pencerahan terhadap pembahagian. Sekian terima kasih

    • admin

      Reply

      Encik, boleh rujuk website http://www.faraidsys.org/faraid/distribution.jsp
      untuk masukkan pengiraan faraid. Menurut pengiraan saya, adik perempuan seibu sebapa dpt 30/70, adik lelaki seibu dapat 10/70 setiap seorang, adik perempuan seibu dapat 20/70. Manakala waris lain tiada bahagian dalam harta si mati melainkan ada bahagian yg telah dihibah atau diwasiat sebelum beliau meninggal.

    • Alias bin Md Zain

      Reply

      Bagaimana Puan pembahagian untuk adik beradik se bapa (lain ibu) . 2 lelaki dan 1 perempuan. Mohon bantuan penjelasan.

  51. saudara

    Reply

    Assalam,

    situasi 1
    terdapat urusan jual beli (hitam putih) arwah nenek dan arwah ayah saudara dimana arwah nenek bersetuju untuk menjual rumah dan tanah tersebut kepada arwah ayah saudara. menurut saksi, penjualan adalah bermotifkan pinjaman dimana duit yang dapat daripada hasil penjualan digunakan untuk perniagaan. ahli keluarga arwah ayah saudara menolak pandangan saksi tersebut kerana tiada hitam putih. menurut saksi lagi, rumah dan tanah itu diwasiatkan oleh nenek kepada arwah ayah kami iaitu abang sulong kepada arwah ayah saudara. sekarang mereka menuntut rumah dan tanah tersebut.

    situasi 2
    arwah ayah saudara telah meninggal dunia sebelum arwah datuk kami. sebelum arwah datuk meninggal, terdapat anak-anak beliau yang masih hidup (2 lelaki dan 2 perempuan) termasuklah arwah ayah kami. bagaimanakah pembahagian faraid rumah dan tanah dalam situasi 1 dilakukan?

    • admin

      Reply

      Wasiat tidak boleh kepada ahli waris melainkan semua waris lain bersetuju. Jadi, jika dapat dibuktikan sekalipun, hukum syarak tidak membenarkan wasiat dilaksanakan jika ada waris lain tidak setuju dengan wasiat tersebut.

      Harta yg sudah dipindahmilik akan dianggap milik pemilik berdaftar sehingga dibuktikan selainnya. Jadi jika mahkamah terima keterangan saksi bahawa pindahmilik itu hanya sementara dan untuk tujuan perniagaan, barulah hakmilik berdaftar itu boleh dipertikai.

      Harta yang berdaftar atas nama ayah saudara hanya boleh diwarisi oleh ibubapa beliau dan anak2 beliau (jika ada anak lelaki). Jika ayah saudara hanya ada anak perempuan atau tiada anak, barulah adikberadik kepada bapa saudara boleh mewarisi bahagian dalam hartanya. Kemudian bahagian yang diwarisi bapa kepada ayah saudara bolehlah dibahagi kepada waris2 bapa (datuk encik) tersebut pula.

  52. Lin

    Reply

    Assalamualaikum puan

    Waris arwah telah membuat faraid KWSP..Dan kini sijil faraid telah dapat..Dan tertulis nama dan bahagian ank2 arwah seramai dua org..Saya sebagai penjaga(ibu)kpada anak2 arwah..Untuk makluman,saya bercerai hidup dgn arwah..Dan soalan saya..Boleh ke saya,bawa salinan sijil faraid ke KWSP,untuk menuntut bahagian ank2 saya?Ank2 arwah berumur 12 tahun dan 9 tahun..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam. Puan, KWSP hanya akan beri kepada akaun penerima secara terus. Jika masih belum cukup umur, perlu tunggu sehingga sudah cukup umur. Puan boleh cuba buka satu akaun atas nama anak dan puan sebagai penjaga, mungkin KWSP boleh terima. Satu lagi cara adalah dapatkan surat kuasa mentadbir dari amanah raya, jadi duit KWSP boleh dipindahkan ke nama pentadbir seorang dan pentadbir itu yg perlu buat pembahagian ikut sijil faraid.

  53. Nor Sara

    Reply

    Salam, saya waris simati, ada 6 org adik beradik , 5 lelaki saya seorang perempuan. Saya hendak membuat pnegeluaran dari bank dan bank meminta saya utk mendptkan surat sokongan dari amanah raya atau pejabat tanah. Memandangkan simati ada rumah. Bagaimanakah pembahagian faraid untuk anak perempuan mendptkan hak, terima kasih

    • admin

      Reply

      prosedur memang seperti yg bank katakan, puan perlu buat sijil faraid dulu di mahkamah syariah. Kemudian pergi ke pejabat pesaka kecil yang menguruskan tanah arwah dan buat permohonan kuasa mentadbir. Hanya pentadbir boleh buat pengeluaran wang dari bank dan menjual tanah, kemudian hasilnya dibahagi secara faraid

  54. Reply

    Tuan blh saya berhubung dengan …sbb ada byk yg perlu saya tanya mengenai harta pusaka.. 0174178054

  55. M Fauzi

    Reply

    As salam Puan.
    Kawan saya (lelaki) baru meninggal, anak 3 lelaki dan 2 perempuan, tinggalkan sebuah rumah yg masih berhutang dgn bank dan dah bertanya bank bulan ini sahaja perlu di bayar ansuran. apakah perlu dibahagikan rumah tersebut mengikut faraid.

    • admin

      Reply

      Ya rumah tersebut wajib dibahagikan mengikut faraid selepas selesai urusan insurans menebus hutang dgn pihak bank, melainkan semua waris bersetuju utk harta tersebut diuruskan dengan apa2 cara yang lain, atau jika harta itu tertakluk kepada apa2 hibah atau tuntutan harta sepencarian, isu-isu berkenaan perlu diselesaikan terlebih dahulu barulah rumah tersebut (atau baki jika ada) akan dibahagikan secara faraid.

  56. Hafiz

    Reply

    Salam, nak tanya kes poligami, jika isteri kedua di ceraikan dan dalam tempoh iddah suami meninggal dunia. Adakah isteri yang diceraikan tu layak untuk dapat bahagian faraid.

    Isteri kedua juga semasa perkahwinan tak pernah daftar perkahwinan di Malaysia, hanya daftar di thailand.

    Mohon penjelasan.
    Terima Kasih

    • admin

      Reply

      Isteri dalam tempoh iddah, masih dikira isteri yang sah, kerana jika suami hidup, suami boleh rujuk beliau, kerana itulah suami masih wajib menanggung isteri dalam tempoh iddah walaupun telah diceraikan.

      Isteri kedua itu perlu failkan kes pengesahan nikah dan cerai terlebih dahulu barulah boleh menuntut haknya dalam harta si mati sebagai isteri.

      • Hafiz

        Reply

        Puan, jika isteri ke 2 tak buat pendaftaran kahwin dan cerai. Adakah boleh jika family isteri pertama buat keputusan untuk bagi bahagian faraid pada isteri kedua.

  57. norita

    Reply

    tq puan atas jwpn…bgmn pula sekiranya ibu mentua nak bg bhgn kepada cucu..tetapi nak kan namanya di dalam geran rumah

  58. norita

    Reply

    assalamualaikum puan…saya seorang ibu tunggal dengan 4 orang anak..2 lelaki 2 perempuan..arwah suami meninggalkan sebuah rumah..siapakah penama yg layak utk namanya diletak didalam geran rumah? ibunya? isterinya atau anak2nya?terima kasih…ini kerana ibunya mahu meletakkan namanya di dalam geran rumah tersebut

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam. Puan sebagai isteri boleh dapatkan dulu perintah harta sepencarian utk rumah tersebut, setelah mahkamah mengisytiharkan bahagian puan dalam rumah tersebut, bakinya boleh dibahagikan ikut faraid, jadi puan anak2 dan ibu suami dan waris2 lain (jika ada) akan dapat lagi bahagian masing2 ikut faraid. Jika puan nak terus tinggal di rumah tersebut, sebaiknya bayar kepada ibu suami dan waris2 lain (jika ada) nilai bahagian beliau mengikut faraid yang ada dalam peninggalan harta arwah tersebut kerana beliau memang berhak di sisi agama terhadap harta si mati mengikut faraid. Wallahua’lam

  59. Ridzuan

    Reply

    Puan,
    jika simati ada meninggalkan kenderaan atas nama simati , bagaimana prosedur untuk tukar nama milikan kenderaan tersebut? adakah perlu terus ke mhkamah syariah atau melantik wakil daripada amanah raya untuk membantu, sebab tak dapat nak hidupkan roadtax selepas kematian simati.

    • admin

      Reply

      Encik perlu dapatkan sijil faraid dari mahkamah syariah terlebih dahulu, kemudian dapatkan surat kuasa mentadbir samaada dari pejabat pesaka tanah atau pejabat amanah raya, atau mahkamah tinggi sivil, bergantung kepada jenis dan nilai keseluruhan harta si mati.

  60. Muhaiedin Bakim

    Reply

    Ayah ada 10 ekar tanah. Setelah ayah ibu meninggal, salah seorang waris yg mnjadi pentadbir (anak) membahagi2kan hasil tanah secara samarata kepada adik beradiknya yg lain seramai 6 orang – lelaki/perempuan (kerana ingin mengikut faraid) setelah ditolak segala kos terlibat utk menguruskan tanah.
    Soalannya,
    1. Adakah cara begini dikira telah melaksanakan tanggungjawab pembahagian pusaka/faraid oleh waris/pentadbir pusaka itu?

    2. Bagaimanakah nanti apabila waris/pentadbir itu telah meninggal dunia, hasil tanah itu akn dibahagikan.? Adakah kewajipan membahagi hasil itu jatuh pada anak waris/pentadbir?. Dan seterusnya bila anak waris/pentadbir itu pula meninggal dunia, jatuh pula kepada cucu, cicit dan seterusnya?

    3. Bagi mengelakkan urusan pembahagian hasil tanah secara faraid yg makin rumit sehingga cucu cicit dan berpanjangan serta berkembang itu, tidakkah menjadi wajib bagi waris waris untuk membahagikan terus hakmilik tanah kepada salah seorang waris sahaja (Iaitu dengan cara waris yang menerima hakmilik itu memberi imbuhan yang dipersetujui bersama kepada waris waris yang lain) atau membahagikan terus hakmilik tanah kepada 6 beradik itu? (Kewajipan membahagikan terus hakmilik itu – bukan membahagikan hasil tanah – adalah bagi mengelakkan kerumitan membahagikan hasil tanah yang berterusan sehingga cucu cicit dan dikhuatiri berlaku ketirisan kepada salah satu waris yang berhak kelak)

    • admin

      Reply

      Sepatutnya pentadbir membuat pindahmilik terus kepada semua ahli waris mengikut pembahagian faraid melainkan SEMUA waris setuju dengan cara pembahagian hasil semata. Jika setuju sekalipun, cara ini tidak digalakkan kerana jika ada mana2 waris meninggal dunia, waris kepada waris yang meninggal itu ada hak dalam tanah tersebut juga dan proses pindahmilik akan menjadi lebih rumit lagi.

      Jika pentadbir meninggal, perlu dapatkan sijil faraid yang baru dan lantik pentadbir yang baru, ia tidak automatik turun kepada anak atau cucu pentadbir.

  61. Siti Aishah Shaaban

    Reply

    Salam.
    Nama sya Aishah.Ibu & saya adalah pemilik bersama dalam perjanjian jual beli rumah PPR Kerinchi DBKL dimana ibu saya penama pertama & saya penama kedua.Sekiranya tidak ada surat wasiat dibuat sebelum kematian, adakah waris lain (seperti anak kandung lelaki pertama) boleh mempertikaikan status pemilikan saya dalam perjanjian jual beli. Dan mendapatkan hak pemilikan rumah ini dengan menggunakan sistem faraid.
    Harap puan/tuan boleh jelaskan.

    • admin

      Reply

      Jika puan tidak membuat pertukaran nama sebelum ibu puan meninggal atau ibu puan tidak membuat dokumen hibah sebelum meninggal, maka bahagian ibu wajib dibahagikan mengikut faraid kepada semua ahli waris yg ada

  62. Reply

    As salam Puan.. Suami sya telah meninggal dunia.. Sbelum dia meninggal dia telah menghibahkn tanah kebun dan tanah tpak umah kpada anak2 kami..melalui khidmat pguam sharii.. Dia melakukn demikian kerana kami mmpunyai seorng ank angkt OKU .. Masaalah pembelajaran.. Malangnya process tidak siap sehingga dia meninggal…. Semalam hari ke mahkamah tinggi untuk approval dokumnt klu tk silap… Maaf sya kurang faham.. Malangnya hakim mmberitau pda peguam yg kami lantik tu ada … Dojumnt tk lengkap… Tiada surat permohonan faraid… Soalan saya 1..Dgn faraid sudah pasti ank angkt saya tidak berhak. 2. Adakah adik beradik suami ada hak utk buat tuntutan 3. Adakah dokumnt hibah yg di buat oleh peguam still valid.. Untk pengetahuan puan ank kanding sya 4 org.. 3 perempuan n 1 lelaki… Kami d kehendaki mengambil borang faraid… Harap sangat puan dapt beri pndangan.. Tetima kasih

    • admin

      Reply

      Puan, saya percaya faraid sepatutnya tak diperlukan untuk pengesahan hibah, melainkan hibah itu sendiri tidak cukup syarat seperti tiada saksi, tiada ijab qabul, harta bebas gadaian atau cagaran, harta boleh dipindahmilik. Kemungkinan sebab mengapa Hakim meminta faraid, adalah kerana hibah itu tidak cukup syarat dan perlukan pengesahan semua waris barulah boleh diteruskan dengan pengesahan hibah.

      1. Benar, faraid tidak akan menyatakan anak angkat sebagai waris tetapi anak angkat masih boleh terima harta jika hibah berjaya dibuktikan.

      2. Adik beradik suami tidak layak terima harta jika puan ada anak lelaki kandung

      3. Rujuk syarat2 hibah seperti yang saya nyatakan di atas

  63. Reply

    SALAM PUAN,

    Dalam snp ada dua penama,suami dan mak ..mak sudah meninggal…bayaran a-z suami bayar,,,adik beradik buat pergaduhan …jadi kami buat keputusan pergi pejabat tanah…buat faraid…selepas faraid dikeluarkan..pentadbir tersebut tidak mahu membayar bahagian suami….apa harus kami lakukan.inginkan penjelasan dari pihak tuan/puan..sekian terima kasih.

    • admin

      Reply

      Puan, sepatutnya pergilah ke Mahkamah Syariah untuk buktikan hak suami dalam rumah tersebut, berapa bahagian beliau yang sepatutnya ditolak sebagai hutang jika suami memang berniat untuk menuntut semua bayaran yang pernah dibuat untuk harta tersebut. Perintah Mahkamah ini akan diiktiraf dan diambil kira oleh pejabat Tanah dalam membuat perkiraan yang selayaknya untuk suami Puan. Tanpa perintah ini, suami hanya layak ambil bahagian menurut faraid saja.

      • Reply

        untuk masalah ini perlu ke kami ambil peguam atau kami pergi sendiri ke mahkamah syariah.

        • admin

          Reply

          Jika puan ada kemampuan melantik peguam syarie, sebaiknya lantiklah peguam. Jika tidak mampu, boleh berbincang dengan pegawai di mahkamah berkenaan cara membawa sendiri prosedur ini.

  64. Ridhwan

    Reply

    as salam..benarkah rumah yg dibeli atas nama si mati tidak layak utk diduduki oleh anak2 dan isteri si mati kerana terdapat hak waris2 yg lain? benarkah rumah tersebut akan di bekukan dan tidak bole diduduki oleh sesiapa pn dan hanye bole dituntut oleh pentadbir harta utk dibahagikan mengikut faraid? mohon pencerahan

    • admin

      Reply

      Encik Ridhwan, kesemua waris perlu bersetuju sekiranya rumah peninggalan arwah ingin diduduki oleh mana-mana waris atau orang lain sementara menanti pembahagian harta menurut faraid. Sepatutnya isteri terus memfailkan permohonan harta sepencarian supaya bahagian isteri dapat diiktiraf dalam rumah tersebut dan kemudian barulah bakinya dibahagikan menurut faraid.

  65. mohdgazali

    Reply

    3 lelaki 1 perempuan.berapa percent tiap org dapat.trm ksh

    • admin

      Reply

      Encik perlu beritahu saya apa hubungan kesemua waris ni dengan si mati barulah boleh saya berikan maklumat selanjutnya. Jika kesemuanya anak-anak kandung si mati, maka lelaki dapat 28% setiap seorang dan perempuan dapat 14% setiap seorang. lebih tepat lagi, 2/7 untuk setiap lelaki, dan 1/7 untuk perempuan.

Leave a Reply to Hamba Allah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *