APABILA SUAMI ATAU ISTERI TIDAK SETUJU BERCERAI….

Assalamualaikum warah matullah wabarakatuh,

Penulisan kami kali ini adalah untuk menerangkan secara serba ringkas berkenaan proses yang perlu dilalui oleh suami isteri apabila salah seorang tidak bersetuju untuk bercerai selepas kes cerai secara talaq difailkan di Mahkamah. Entri ini juga adalah sambungan kepada artikel “Cerai Secara Baik / Cerai Dalam Mahkamah” yang pernah kami tulis sebelum ini.

Secara ringkasnya, kami ceritakan proses di Mahkamah yang biasa berlaku dengan kehadiran suami/isteri untuk kes cerai secara talaq:-

  • Apabila suami atau isteri telah memfailkan kes cerai secara talaq dalam Mahkamah, Mahkamah akan memberikan satu tarikh untuk kedua-dua suami isteri hadir di hadapan Hakim.
  • Pada tarikh tersebut, sekiranya kedua-duanya hadir, Hakim akan bertanya kepada Plaintif (iaitu pihak yang memfailkan kes tersebut) berkenaan alasan memohon perceraian.
  • Kemudian, Hakim akan bertanya kepada Defendan (iaitu pihak kedua samaada suami/isteri dalam kes tersebut) samaada Defendan bersetuju untuk bercerai dengan Plaintif.
  • Sekiranya Defendan bersetuju, dan isteri dalam keadaan suci dan tidak mengandung, Hakim akan memberi kebenaran kepada suami untuk melafazkan talaq di hadapan Hakim, dan kes akan terus selesai. Pihak-pihak hanya perlu menunggu perintah termeterai dikeluarkan Mahkamah, barulah boleh dikemukakan kepada Pejabat Agama untuk mendapatkan Sijil Perakuan Cerai.
  • Bagaimana pula jika suami atau isteri enggan hadir atau hadir tetapi enggan bercerai? Itulah proses yang akan kita ceritakan kali ini.

 

DEFENDAN TIDAK HADIR

  • Apabila tiba tarikh di hadapan Hakim, dan Defendan tidak hadir, Mahkamah akan bertanya kepada Plaintif samaada dokumen Mahkamah yang difailkan sudah diserahkan secara sempurna kepada Defendan. Cara penyerahan hendaklah secara langsung di hadapan Defendan, tidak boleh melalui wakil atau ditinggalkan di rumah sekalipun Defendan duduk serumah.
  • Sekiranya Hakim berpuas hati bahawa penyerahan sudah sempurna, Hakim akan menangguhkan kes untuk memberi peluang Defendan hadir pada tarikh lain.
  • Sekiranya Plaintif adalah isteri, Hakim kadangkala menasihatkan Plaintif untuk menarik-balik kes cerai secara talaq dan menasihatkan Plaintif untuk memfailkan kes secara taklik, fasakh, atau khulu’, bergantung kepada alasan untuk bercerai. Sila rujuk di Internet untuk alasan-alasan untuk bercerai secara taklik dan secara fasakh bagi mendapatkan maklumat kesesuaian perceraian secara apa yang sepatutnya Plaintif failkan terhadap Defendan.
  • Sekiranya alasan utama bercerai adalah kerana kegagalan suami memberi nafkah melebihi 4 bulan qamariah, dinasihatkan isteri failkan kes bercerai secara taklik kerana ia lebih mudah dibuktikan, dan isu tersebut lebih fokus kepada satu perkara sahaja. Tetapi hendaklah memastikan sememangnya suami memang tidak memberi walau sesen nafkah dalam tempoh tersebut, sekiranya suami ada beri nafkah cuma jumlahnya tidak mencukupi atau tidak menentu, sebaiknya failkan kes fasakh.

Manakala apabila suami/isteri hadir ke Mahkamah tetapi salah seorang tidak bersetuju untuk bercerai:-

  • Mahkamah akan mengarahkan pihak-pihak untuk hadir pada satu tarikh lain (“Tarikh Sebutan Kedua”) dengan membawa wakil masing-masing yang terdiri dari ahli keluarga terdekat (sebaiknya lelaki, dan ada pertalian darah dengan pihak tersebut) atau jika tiada, kawan rapat yang tahu berkenaan masalah rumahtangga suami isteri tersebut.
  • Hakim akan merujuk Tarikh Sebutan Kedua ini sebagai tarikh lantikan wakil JKP (JKP adalah singkatan untuk Jawatankuasa Pendamai)
  • Pada Tarikh Sebutan Kedua tersebut, hendaklah Plaintif dan Defendan hadir bersama wakil masing-masing, dengan membawa salinan IC wakil masing-masing dan Hakim akan mengambil maklumat mereka. Seterusnya, Hakim akan memberi Tarikh Sebutan Ketiga untuk mendapatkan laporan dari perjumpaan JKP ini.
  • Antara tarikh kedua dan ketiga ini, pihak Jabatan Agama Islam akan menerima surat arahan dari Mahkamah untuk memanggil suami/isteri ke perjumpaan JKP yang akan dipengerusikan oleh seorang pegawai dari Jabatan tersebut. Peguam tidak boleh hadir. Hanya pihak2 dan wakil2 mereka akan hadir ke perjumpaan ini. Selepas kesemua mereka ini berbincang, barulah pengerusi JKP tersebut akan membuat laporan kepada Mahkamah samaada pendamaian tersebut berjaya atau tidak. Jika ada pihak yang gagal hadir, juga akan dilaporkan sebagai tidak berjaya. Kadangkala JKP tidak sempat mengatur perjumpaan sebelum Tarikh Sebutan Ketiga. Jika itu berlaku, tarikh lain akan diberikan oleh Mahkamah, sehinggalah laporan JKP sedia dan telah dihantar oleh pengerusi JKP secara terus ke fail Mahkamah.
  • Jika pihak masih belum berdamai, pada tarikh Sebutan Ketiga ini, Hakim akan mengarahkan pihak-pihak datang pada tarikh Sebutan Keempat dengan membawa Hakam (wakil untuk berbincang di Majlis Hakam dipanggil “Hakam”) masing-masing. Hakam boleh terdiri dari wakil yang sama yang dilantik ke JKP tetapi pelantikan Hakam perlu dibuat secara rasmi semula di hadapan Hakim kerana Hakam perlu diberikan kuasa yang spesifik.
  • Selepas Hakam masing-masing dilantik oleh suami dan isteri pada Sebutan Keempat, (Hakam perlu hadir dan bawa salinan IC), Mahkamah akan menetapkan Sebutan Kelima untuk mendapatkan laporan Hakam pula. Hakam peringkat pertama adalah untuk cuba mendamaikan pihak-pihak.
  • Jika tidak berjaya, Hakim akan mengarahkan perjumpaan Hakam peringkat kedua di mana pihak-pihak akan berbincang mengenai samaada perbalahan suami isteri patut berakhir dengan perceraian. Jika ya, Hakam yang diberi kuasa menceraikan isteri bagi pihak suami boleh meneruskan dengan lafaz cerai setelah diberi kebenaran oleh Hakim untuk berbuat demikian.

Begitulah sedikit sebanyak penerangan berkenaan proses perceraian dalam Mahkamah. Sekiranya yang memohon untuk bercerai adalah si isteri, adalah lebih baik memohon saja perceraian secara taklik atau fasakh jika ada alasan-alasan untuk memohon perceraian secara demikian. Cuma, beza bercerai secara taklik / fasakh dengan bercerai dalam mahkamah secara talaq adalah cerai secara talaq ini tidak mengaibkan pihak-pihak kerana semua perbincangan JKP dan Hakam adalah tertutup, manakala perceraian secara taklik / fasakh memerlukan perbicaraan di mahkamah terbuka di mana semua orang boleh melihat dan mengetahui masalah yang melanda pihak-pihak tersebut. Juga, cerai secara talaq ini tidak memerlukan kepada alasan yang diharuskan syarak untuk bercerai sepertimana alasan untuk mendapat taklik / fasakh. Untuk bercerai secara talaq, cukuplah sekadar suami atau Hakam suami bersetuju untuk melafazkan talaq dan selesailah kes selepas talaq dilafazkan dengan kebenaran Hakim.

 

Spread the word. Share this post!

Comments (89)

  1. anas

    Reply

    assalamualaikum..sy ingin mnta pndapat dr phak tuan/puan mngenai kes sy..sy sdah berkahwin selama 5 thun dan masih blom mmpnyai cahaya mata..pd tahun ke 3 sy mngalami kemalangan yg trok shngga kaki sy patah..sy hlang pekerjaan.sy tdak mmpu utk mmberi nafkah lg pd isteri sy.rumah tdak lg kami sewa..kami tgl berasingan,tetapi pd hjung mgu sy akn ambil isteri sy utk tgl bersama sy dirumah ibu sy..utk lbh jelas,diwktu inila kami slalu bergaduh..sy pernah mngajak isteri sy utk tgl bersama sy di rumah ibu sy..tetapi isteri sy tdak stuju dgn alasan,jauh kos tggi utk ulang alik kr tpt kerja(sbb dia yg akn mnanggung kos2 trsebut) dan xselesa di rumah ibu sy..berulangkali isteri sy mntk sy lepaskn dia,namun sy tdk endahkn..yg sy hairan wlupon dia marah n benci pd sy dia xpnh abaikn tggjwb dia sbgai isteri..sy kagum dgn sifat murni dia..tp kdgkala dia pnh mlampaui batas dgn mngeluarkn kata2 sprti mnjatuhkn maruah sy sbgai suami..hngga trcetusnya pergaduhan yg besar..nmun sekejap saja..lpas tu smua ok..bru2 ni sy di uji dgn pnyakit yg sy alami..sy rse serba salah krn dia pnh ucapkn xkn jengok n jga sy klu sy ditahan wad..sbb sy ada lakukn prkra yg dia tdak ska..iaitu merokok…tmbul rsa kasihan pd dia..sy pnh ajukn prtnyaan,adakh dia syg or cntakn sy..jwpn yg sy dpt adalh kesian pd dri sy..tlg bntu sy..sy sygkn dia..tp pd mse sama sy tak mahu trus menerus mnyeksa isteri sy..krn dia yg menanggung sgalanya..nafkah mmg sy dh lme sgt sy tdk bg pd dia..kami sepakat utk pergi ke mhkamah lpas dia suci haid yg akn dtg..sy maseh dlm keadaan serba salah..sy akui salh sy..adakah ada cra lain utk sy selamatkn rmhtgga sy?sy masih blom blh bekerja krn slalu ulang alik ke hospital dan keadaan kaki sy yg kurg sempurna dr org lain akibat kmlgan dlu..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Kami bersimpati dengan ujian yang Allah berikan kepada Encik. Encik, tujuan perkahwinan adalah supaya suami isteri dapat hidup bahagia, dan suami wajib menanggung nafkah isteri melainkan isteri redha untuk menanggung diri sendiri. Dalam keadaan Encik, sekiranya Encik sudah tidak mampu menanggung isteri dan isteri tidak redha dengan keadaan tersebut, isteri layak untuk memohon perceraian daripada Encik. Cuba lah berbincang dengan isteri dari hati ke hati supaya dapat mengetahui sebenarnya perasaan dan kehendak dia. Walaupun Encik sayangkan isteri tetapi Encik mempunyai tanggungjawab kepadanya, jika Encik tidak mampu untuk menanggungnya, Encik perlu memberikan kata putus kepadanya samaada boleh kekal atau tidak untuk bersama dengan Encik supaya tidak menganiaya dirinya.

  2. Puan a

    Reply

    Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Saya dan suami sudah berkahwin selama 5 tahun dikurniakan seorang anak. Pada 21 Sept 2016 suami dengan tidak sengaja melafazkan cerai dgn jelas kpd si isteri. Dalam tempoh iddah, si suami tidak mahu berbincang dengan hadir ke jabatan agama yg terdekat utk mendapatkan kaunseling supaya menyatukan semula keluarga. Alasannya dia telah move on dan suka merasa bujang semula. Namun selama tempoh iddah itu si isteri telah pulang meminta ampun dan ingin berbaik semula namun pada mulanya si suami enggan menerima, lama kelamaan selama masih dlm tempoh iddah tersebut, suami ada menyatakan hasrat utk kembali berdamai tanpa melafaz rujuk dgn jelas, setelah itu hubungan mereka menjadi baik dan telah melakukan hubungan intim lebih dari 4 kali sampai isterinya mengandung. Selama tempoh iddah itu si suami masih lagi tidak melafazkan rujuk dengan jelas. Sampai suatu hari isterinya gugur dan telah habis iddahnya pada 31st December 2016. Sekarang si suami dan isteri telah merujuk kes penceraian mereka di makhamah dan selepas itu si suami telah bersumpah akan rujuk semula si isteri dengan menyesal. Namun disebabkan pertelingkahan yg berlaku si suami tidak mahu bersama kembali atas alasan dia ingin move on padahal si isteri tidak setuju utk bercerai. Kalau kes begini apakah keputusan yg sewajarnya diberi kepada suami dan isteri yang tidak tahu samada rujuk yg dilakukan secara perbuatan dan tidak jelas itu sah atau tidak. Selepas mendapatkan nasihat pendaftar cerai rujuk semula, penasihat mengatakan hanya hakim yg dapat menentukan sama ada rujuk itu sah atau tidak. Boleh jelaskan? Terima kasih

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, memang benar, hanya Hakim boleh memutuskan samaada rujuk itu sah bergantung kepada keterangan pihak-pihak dan fakta kes serta kesanggupan pihak2 bersumpah di hadapan Hakim. Jadi sebaiknya jelaskan semua fakta kepada Hakim dan Hakim akan memutuskan berdasarkan keadaan kes tersebut. berkenaan rujuk secara perbuatan ada khilaf ulamak, mazhab syafie mewajibkan lafaz rujuk secara sah tetapi mazhab lain membenarkan secara perbuatan sahaja. keputusan kes untuk mengikut mazhab yang mana akan bergantung kepada hakim yang membuat keputusan.

      • Puan A

        Reply

        Assalamualaikum admin,

        Untuk pengetahuan admin, hakim telah mengesahkan rujuk kami SAH dan kami masih lagi suami isteri.

        Namun sehari sebelum perbicaraan kes pengesahan rujuk tu, sekali lagi kami ada bertengkar sehingga suami ada mengatakan yg dia “nak ceraikan saya”. Punca gaduh sbb saya tidak berpuas hati dgn tindakan yg diambil oleh keluarga suami terutama ibu mertua sy yang mencadangkan suami buat report polis krn tuduh sy pecah masuk rumahnya. Sedangkan status sbnr sy ketika tu masih seorg isteri. Keluarga suami ingat sy ni dah xde hak utk masuk sbb tergantungnya status rujuk kami yg blm dapat keputusan. Mmg saya rasa masa tu sy berhak lagi utk masuk ke rumah tu sbb sy dan suami dah menetap di sana sejak mula berkahwin lagi, lagipun barang2 hak peribadi, pakaian saya dan anak masih byk di sana.

        Keesokan hari selepas pergaduhan, hari kami dpt keputusan rujuk SAH. Suami ada meminta maaf pada saya sbb dia tak tahu yg saya ni isteri yg sah selama ni. Suami telah menarik semula report polis yg dibuat dan kami telah bersetuju semasa sesi memberi keterangan kes polis dijalankan. Saya masih ingat lagi masa Pegawai siasatan tu tanya suami ” apa keputusan status rujuk kamu?” Saya dengar jelas suami cakap “rujuk kami sah dan masih suami isteri” sbb tu pegawai polis telah menasihati kami utk berdamai semula dan suami setuju.

        Bila semuanya dah selesai sy ingatkan suami tak mengabaikan saya lagi. Rupa2 keluarga suami tidak mahu menerima sy lagi sbb pertengkaran kami telah menjatuhkan maruah keluarga suami. Saya masih lagi diasingkan sbb suami Assalamualaikum,

        Masalah yg saya hadapi lebih kurang sama dengan masalah awak. Masa bergaduh, suami sy ada cakap “aku nak ceraikan kau”. Sejak dr tu, Sy dihalang utk balik ke rumah kelamin sbb keluarga suami memandai putuskan hukum lafaz cerai tersebut telah sah jatuh ke atas saya. Sedangkan suami hanya berdiam diri x ckp apa2 dan tak pula mahu pg pejabat agama secepat mungkin utk dptkan pengesahan status kami. Saya tak pernah putus asa utk mengajak suami dapatkan nasihat pihak Jawi dan cuba meyakinkan suami apa yg dia cakap pada saya blm tentu sah. Skrg dah nak masuk hampir setahun duduk berasingan, suatu hari bula Feb lepas, saya dapat saman utk hadir kes mal.pengesahan lafaz cerai luar makhamah. suami kata dia dah xde hati pada sy lagi. Saya sedih dan tak setuju untuk bercerai sbb dari awal lagi ibu bapa suami yang paksa saya balik ke rumah mak saya. Skrg hubungan sy dgn sumi jd tegang bila suami anggap saya xhormat ibu bapa dia. Sy ada bgtau suami, sy bukan xhormat tp saya tak boleh mentaati bila mereka menyuruh sy keluar dr rumah tu sedangkan suami tak suruh pun. Smp skrg sy masih turun naik Court. Kes sy jadi lama sbb sy amik lawyer buat pembelaan. Saya ada pergi kaunseling di pejabat agama dan mereka bgtau saya boleh saman ibu atau bapa suami di bawah kesalahan menghalang suami isteri untuk tinggal bersama. Ia juga tindakan menghalang adanya peluang untuk pasangan berdamai. kalau saya amik tindakan terhadap mereka, suami mesti lagi benci pada sy. Walaupun suami tak syg sy lagi, dia masih berdosa dan dianggap suami yg nusyuz kerana mengabaikan tanggungjawab dia pd sy. Apakah saya dianggap nusyuz bila saya dipaksa klua dr rumah tu walaupun tanpa izin suami? Saya tahu tindakan suami sy tu dikategorikan sbg dayus sbb dia tak dpt berbuat apa2 utk mengawal rumah tangga sendiri. Secara tak langsung ibu bapa suami telah masuk campur dlm kes ini sbb kami dah 5 tahun tinggal di rumah ibu bapa, jadi suami rasa dia tak berhak nak bersuara dan terus membiarkan ibu bapanya buat keputusan mengasingkan kami utk menjaga hati mereka. Sekarang dah bulan 6 saya masih tak tahu status sy ni masih isteri atau mmg dah lama habis iddah. Sy harap status kami masih sah suami isteri dan sy nak tau boleh ke sy mohon dr makhamah untuk dapatkan perintah hidup berasama semula?was2 dgn apa yg dia cakap masa kami gaduh tu dia ada cakap “aku nak ceraikan kau”.

        Skrg ni buat kali kedua suami telah meletakkan status kami tergantung sbb masih menunggu pengesahan lafaz kali kedua tersebut. Kini suami dah tiada hati dgn saya lagi sbb tindakan was2 dia sendiri. keluarganya juga menyokong suami dan tidak memberi peluang pada saya utk tinggal bersama. Saya kini mengandung 6 bln dan masih tidak tahu status sy. Bg sy ini satu penganiayaan kerana suami tidak jlnkan tanggungjawabnya sbg suami. Dia telah bersikap Zalim dan meninggalkan sy dlm keadaan mengandung tanpa suami.

        1. Apakah yg boleh makhamah lakukan jika lafaz suami dilakukan dlm keadaan isteri sedang suci dan disetubuhi? Dan kemudian baru dpt tau isteri mengandung.

        2. Kalau lafaz tersebut sah, adakah makhamah akan menangguhkan kes selepas isteri selesai melahirkan anak? Atau keluarkan perintah cerai serta merta?

  3. Maria

    Reply

    Assalamulaikum.
    Saya ada beberapa solan.
    1.Adakah prosedurnya sama bagi kes khuluk?
    2. Sepanjang tempoh perbicaraan ini, adakah suami isteri perlu tinggal bersama, atau tidak mengapa jika tinggal berasingan? Cntoh, isteri y mintak cerai sbb dia x berjaya terima suaminya sejak awal perkahwinan lagi dan isteri khuatir kl tinggal sekali akan mengundang perbuatan derhaka.
    3. Jika suami ada kekurangan dari segi kecerdikan, susah memahami perkara2 basic, tiada common sense, dan merasakan perbuatan dia x salah wl semua org dan bukti menunjukkan dia salah (dia pergi kerja sesuka hari dan bagi dia itu bukan salah sedangkan bossnya sendiri kata dia bermasalah), dlm erti kata lain jenis y lurus dan slow, tapi degil x blh diajar…jadi, dlm kes mcm ni, suami termasuk dlm kategori ape, dan apa proses y sesuai dlm tuntutan cerai. Isteri tidak diberi tahu tentang kekurangan suami ini dan sekarang, setelah setahun, isteri masih gagal menerima suami dan suami tiada tanda2 boleh berubah.

    Mohon pencerahn. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      1. Bagi kes khuluk, kedua2 suami isteri perlu setuju bercerai secara tebus talaq, kemudian jika ada amaun dipersetujui, boleh dinyatakan dalam permohonan tersebut. Kemudian, jika amaun yg diminta suami atau ditawarkan isteri tidak dipersetujui, Mahkamah akan menentukan jumlah tersebut berdasarkan keadaan pihak-pihak, melihat kepada kemampuan dari segi kewangan dan sebagainya.

      2. Sekiranya isteri memilih tinggal berasingan tanpa sebab yang dibenarkan syarak seperti suami memukul isteri, maka isteri boleh disabitkan nusyuz sekiranya suami membuat tuntutan nusyuz. Sekiranya disabitkan nusyuz, isteri tidak berhak mendapat nafkah dan mutaah.

      3. keadaan mental suami perlu dibuktikan melalui medical examination, jika suami tidak waras sepenuhnya, hanya doktor pakar psikiatri boleh mengesahkan keadaan tersebut. tanpa bukti ini, isteri tidak boleh mendakwa suami tidak sihat akal. jadi jika isteri masih mahu menuntut cerai, tuntutlah secara fasakh di bawah alasan isteri telah lazim disakiti secara mental atau fizikal, tetapi hendaklah isteri pula membuktikan secara medical oleh pakar psikiatri bahawa isteri mengalami gangguan emosi akibat perbuatan suami.

      • Maria

        Reply

        Terima kasih, sy masih ada beberapa soalan.

        1. Dlm erti kata lain, isteri tidah blh tebus talak jika suami tidak bersetuju? Dlm hal ni bagaimana? Perlu tuntut talak biasa kah?
        2. Hakam hanya dilantik jika majlis pendamai gagal?hanya ketika sebutan kes ke empat? Hakam x blh dilantik dr awal ke?
        3. Dalam kes isteri bertugas di luar negeri..suami nk ikut, tapi xde kerja dan memerlukan isteri mencari rumah sewa dan kerja untuk dia. Untuk makluman tempat kerja isteri di pedalaman dan menyukarkan cari kerja. Bukankah tanggungjawab suami mencari rumah dan kerja sendiri, tanggungjawab itu tidak berubah kepada isteri. Dlm kes ini, isteri blh disabit nusyuz ke jika enggan mencari kerja dan rumah? Jika isteri tidak balik disebabkan suami tidak menanggung perbelanjaan balik disebabkan enggan atau tidak mampu, bagaimana?

        Tq.

  4. Ahmad

    Reply

    Mohon minta pandangan pakar syariah. untuk meningkatkan kefahaman saya tentang Islam dan prosedur yang sebenarnya dalam Islam berkaitan tempoh masa kes penceraian di mahkamah syariah.

    Adakah ada sebarang rujukan bacaan bahwa PROSEDUR dan TEMPOH kes penceraian mahkamah Syariah telah diubahsuai pengamal syariah Malaysia?.

    Nampaknya pihak wanita yang rugi jika berlanjutan lebih enam bulan. Prosedur yang lama ini seperti undang-undang penceraian yang tiada bezanya seperti yang diamalkan di United Kingdom sehingga ramai yang tidak lagi berkahwin tapi bersekedudukan.

    Adakah prosedur Mahkamah Syariah menepati kehendak Islam yang sebenarnya.Proses penceraian terlalu lama. Zalim kepada kaum wanita yang berada pada pihak yang benar jika terlalu lama. Zaman Rasulullah dan para sahabat atau pun sebelum wujudnya mahkamah syariah di Malaysia, berapa lamakah proses penceraian jika salah satu suami atau isteri tidak bersetuju dengan penceraian?

    bagaiman pula kes penceraian di negara lain?Bagaima kes pernikahan di Thailand tetapi tidak berdaftar di Malaysia. Bagaimana proses penceraiannya? Adakah perlu melalui proses Mahkamah Syariah? Bagaimana perlaksanaan di negara lain?Adakah prosedur dan tempoh kes mahkamah pun berbeza.
    Di negara bukan Islam yang tiada Mahkamah syariah, bagaimana prosedur dan tempoh kes penceraian dilaksanakan?

    Soalan ingin memeprtingkatkan kefahaman Hukum Syariah. Saya percaya ramai yang yang mempunyai soalan yang sama seperti saya.
    terima kasih

    • admin

      Reply

      Encik,

      1) tiada ketentuan masa sekalipun ada Standard Operating Procedure di mahkamah masing-masing, namun semuanya bergantung kepada pelbagai faktor seperti kedatangan pihak-pihak ke mahkamah, pematuhan kepada prosedur, kelapangan tarikh peguam dan hakim, dan sebagainya. ia tidak bergantung kepada mahkamah semata-mata dan perlukan kerjasama semua untuk mempercepatkan penyelesaian kes. sekarang juga sudah ada cerai fast track di mana kes diselesaikan dalam masa kurang 6 jam dari tarikh difailkan.

      2) perceraian di negara lain juga bergantung kepada faktor-faktor yang hampir sama. jika peruntukan sesebuah negeri itu lebih banyak, bilangan hakim yang mencukupi juga akan membantu mempercepatkan kes.

      3) pernikahan di Thailand perlu dibuat pengesahan nikah di mahkamah syariah dahulu barulah boleh memohon perceraian. prosedur di negara lain bergantung kepada undang-undang negara tersebut.

  5. siti

    Reply

    salam admin. sy sudah naik turun mahkmah hampir 4tahun. Hampir 2tahun untuk proses pernikahan luar negara. disebabkan sy mendaftarkan perkahwinan seorg diri. kemudian proceed untuk cerai skrg sdh 2thun lebih.. sy daftr nikah sini sebenarnya tuk menuntut cerai. jadi sy minta pendapat biro guaman awam sugestion pihak trsebut minta sy bukak fasaskh. sy ada bertnya untuk mengemukakan dokumen hospital dan report polis ats kes pukul tp biro guaman menolak sbb alasan ni kes fasakh bkn taklik pukul.. prosiding berlansung hampir 2thun.. dlm pada tu sy juga ada bertnya direct pd tokhakim blhkah sy mengemukakan dokumen berkenaan tp tidak jugk diendahkan. bila tiba hari keputusan tokhakim berkenaan reject kes fasakh sy ats alasan pembuktian tidak cukup. ayat last tuanhakim berkenaan salah satu pembuktian yg blh dibuktikan ada seperti memudaratkan isteri seperti pukul. bila sy ingin bersuara tidak dibenarkan ats alasan hari tersebut adalah hari KEputusan mahkmah. kemudian hakim meminta kes sy dan meminta membawa seorg hakam. tuk pengetahuan admin sepnjg hampir 4thun sy naik turun mhkmh pihak suami tidak pernh hadir. sy bwk hakam lantik dan bwk berjumpa keluarga pihak suami.. balik bg report pd mahkmh.. pd kali 3 hadir tuk kes hakam ni. makmh memutuskan tuk membatalkan kes ni kerana alasan pihak suami tidak hadir.. allahhhhh luluh hati sy hampir 4thun sy naik turun ke mhkmh dan diperkotakkatikkan mcm ni. hakim meminta sy membuka fail fasakh kembali dan memgemukakan kembali report polis dan medical.. dan memulakan kembali prosedur taat 14hari dan sebagainya. apa hak sy admin. sy dah penat naik turun mhkamah. hakim seperti memperbodohkan sy. habis masa dan wang ringgit. sy perlu tanggung 2org ank tanpa nafkah suami.. dan masih perlu naik turun mhkmh menyelesaikan masalah ini. apa perlu sy buat admin.. rsa seperti diperbodohkan

    • admin

      Reply

      Puan siti, saya bersimpati atas kejadian yang menimpa puan. saya pasti ada hikmahnya mengapa Allah menguji semua ini ke atas Puan. untuk cubaan seterusnya, saya nasihatkan puan rujuk alasan-alasan fasakh di bawah seksyen 53 enakmen selangor (atau seksyen yang berkenaan untuk negeri lain) dan kenalpasti terlebih dahulu kesemua alasan yang relevan dengan situasi perkahwinan Puan. Pastikan untuk setiap alasan yang puan pilih itu ada saksi atau bukti dokumentari yang lengkap seperti penyata akaun bank (menunjukkan suami tak pernah bank in duit), laporan polis dan medical report (untuk kes pukul), laporan pakar psikiatri beragama islam (untuk penderaan emosi), dan sebagainya.

      Pastikan setiap alasan yang puan gunakan ini dinyatakan secara jelas dalam penyataan tuntutan puan dalam kes fasakh mengikut perenggan yang dinyatakan dalam seksyen fasakh berkenaan. Pastikan juga serahan dokumen mahkamah ke atas suami dibuat dengan sempurna. Jika boleh serahkan sendiri ke tangan defendan adalah lebih baik, kerana menggunakan khidmat penghantar serah mahkamah mungkin memakan masa kerana mereka sibuk dengan banyak penghantaran dokumen untuk kes lain.

      Apabila hadir di hadapan Hakim, cuba dapatkan tarikh awal untuk setiap sebutan seterusnya. Ini akan mempercepatkan kes puan selesai.

      Saya juga nasihatkan puan failkan nafkah anak segera, tidak perlu tunggu kes cerai selesai kerana nafkah anak boleh dituntut pada bila-bila masa. ini akan mengelakkan ketidakadilan kepada anak-anak dan puan.

  6. Raziq

    Reply

    Salam, saya suami yg isteri minta cerai under Sekyen 47 dgn alasan tiada persefahaman mawaddah dan rahmah. Isteri dan keluarga tidak pernah ada inisiatif nak berbincang berjumpa angkat call.

    Saya tidak hadir sebutan pertama. Mereka senyap sampai sekarang. Tak tahu dah keluar waran tangkap ke talak dah jatuh ke.

    Apa perlu saya buat? Saya tak pergi sbb sy sygkan dia dan perkahwinan. Dia asik minta cerai sahaja dan paling mengecewakan bapa (wali) yang sokong siap bayar peguam terkenal. Dengan alasan2 bodoh yg tak boleh diterima.

    Saya tak nak pergi da tak akan lafazkan sebab ini bkn main2 dan sekali terlafaz sy takut akan menyesal di kemudian hari dan tak nak lafaz itu menjadi kebiasaan.

    Saya juga plan tak nak hadir apa2 kalai ade JKP atau Hakam. Mcm mana klo kne pergi sbb waran dan sy xbagi kuasa kat hakam? Perkahwinan baru 4 bulan.

    • admin

      Reply

      Encik Raziq sepatutnya kena hadir ke Mahkamah kerana jika hadir, barulah boleh encik maklumkan kepada Hakim bahawa encik tidak mahu bercerai dan Mahkamah akan rujuk ke Jawatankuasa Pendamai yang akan membantu Encik memulihkan hubungan dengan isteri. peguam tidak boleh hadir dalam semua meeting Jawatankuasa dan meeting Hakam, jadi perbincangan tersebut boleh dibuat antara encik dan isteri bersama wakil masing-masing. Sekiranya tidak hadir dengan sengaja, mahkamah ada kuasa untuk lantik panel hakam untuk mewakili encik dan hakim boleh memberi kuasa kepada panel hakam ini untuk melafazkan talaq bagi pihak encik. mahkamah akan menganggap encik tidak berminat lagi untuk mempertahankan perkahwinan ini sekiranya berterusan gagal untuk hadir.

  7. Zulaika

    Reply

    Assalamualaikum puan.
    Saya ingin menfailkan perceraian dengan suami kerana suami tidak member nafkah sepanjang perkahwinan dan tidak berlaku adil. Saya mempunyai sepasang anak berusia 3tahun 5 bulan (lelaki) dan 1 tahun 8 bulan(perempuan)
    Apa yang membimbangkan saya adalah apabila berlaku perceraian suami mengugut untuk menuntut kedua-dua anak saya..
    Saya ingin bertanya hak penjagaan anak akan berpihak kepada siapa kerana suami mempunyai isteri pertama yang mana jika hak diberikan kepada suami, emosi dan keselamatan anak adalah punca kebimbangan saya.
    Mohon penjelasan mengenai hak penjagaan anak.untuk makluman puan saya bekerja sendiri (kontraktor)

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah Puan,

      Memandangkan usia anak-anak yang masih sangat kecil, Mahkamah kebiasaannya akan memberikan hak jagaan kepada ibu tetapi bapa akan mendapat hak lawatan dan bermalam bersama anak-anak tersebut. Tetapi perlulah diingat bahawa perintah hak jagaan ini boleh diubah di masa akan datang sekiranya anak tersebut sudah mencapai umur mumayyiz dan suami mahu menuntut hak jagaan ke atas mereka pula. Berkenaan isteri pertama, dia berhak untuk turut bersama anak-anak tersebut semasa hak lawatan dan bermalam suami kerana dia isteri yang sah kepada suami puan. Melainkan puan sudah ada bukti yang isteri pertama tersebut memang pernah menganiaya anak-anak tersebut barulah Mahkamah akan mempertimbangkan untuk menghadkan akses isteri pertama kepada anak-anak tersebut. Dalam apa-apa keadaan, hubungan bapa-anak tidak boleh dipisahkan dan Mahkamah tetap akan memberi akses kepada bapa untuk bersama anak-anak tersebut melainkan Puan boleh membuktikan yang suami puan membahayakan keselamatan anak-anak tersebut seperti memukul mereka atau mengabaikan mereka.

  8. Dila

    Reply

    Slm..sy dh brkahwin selama 10 thn & mmpunyai spsg ank lelaki _3tahun & perempuan_8 thn..spnjg prkahwinan suami tidak mmberikn nafkh & duit blnja yg sckupnya..suami juga bkn seorg family man..masanya bnyk d habiskn d luar rumah dgn melepak d kdai brsama kwn2 dgn alasan mncari side income tuk sy& ank2..tp itu cuma alasannya sj tuk kaburkn mata sy..sbrnya dia sbuk melayan msg,wtsap,weechat dll aplikasi intrnet dgn prmpuan lain &-prnh kuar brsama..kami sering brgaduh d sbbkn sikapnya yg suka lepak d luar,sikapnya yg plauboy & d sbbkn duit yg x prnh ckup.pd thn 2010 sy dpt tangkap suami ada affair dgb prmpuan kristian shingga snggup checkin hotel tuk berzina..prempuan trsebut mngakui keterlanjuran tersbut..suamipun turut mgakuinya..hnacur lebur hati sy & kprcayaan sy pdnya..slama 1 thn sy rujuk kes ke pej agama &-akhirnya dia hadir mngakui sikapnya &minta sy beriknnya peluang skali lg & brjnji tidak akn wat hal lg..demi ank yg msh kecil sy bgnya peluang..tp dia xprnh brubah..sy hidup trseksa.sy d sakiti ati & perasaan.pd bln puasa 2016-skali lg hati sy d sakiti dgn pengakuan dia tlh brkahwin lain..sy cuba terima takdir hidup sy yg trpaksa brmadu..tp isteri barunya seorg yg.bijak & jahat bg sy sbb mngumpan suami dgn duit smpaikn suami terlupa trs pngorban sy..sdgjn sy banker dia .xde duit nk run side job sayalah yg brsusah payh meminjam duit dgn bank..kuarkn duit saving..bg brg2 kemas tuk d gadaikn tuk dptkn duit shibggakn skrg sy di bebani dgn hutang..duit saving &-brg kemas smua abis & hilang begitu sj.. sejak brkahwin br suami brubah 360′..trbaru dia brtindak memukul sy..mcmb sy nk tntut fasakh d mhkmh sbb suami bkn lnsung x bg duit tp xckup..cuma sy xdpt nafkh..sjk brpologami bkn suami x blk trs tp dia akn drag ms tuk blk ke umh sy..blk tp x mnjlnkn.tggjwbnya sbgai seorh suami.kami brteeusan brgaduh d sbbkn dia suka mbndingkn isteri barunya..bg dia sy bkn isteri yh baik.hnya isteri barunya yh trrbaik..tp yg peliknya dia xnk lpskn sy..xnk ceraikn sy..ape harus sy buat?sy dh x snggup hidup memikul biawak hidup..xsnggup lg tuk d maki hamun.xsnggup lg d sakiti ati lg..

    • admin

      Reply

      Puan boleh mohon fasakh atas alasan lain seperti suami lazim menyakiti sehingga menyebabkan penderaan emosi (dapatkan pengesahan pakar psikiatri), dan suami tidak adil dalam poligami, dan suami berperangai keji kerana pernah berzina.

  9. hamba allah

    Reply

    Assalamualaikum
    Sy dah brkahwin ngan suami sy selama 5 tahun dan Kami mempunyai 3 org ank..rumah tngga kmi selalu bermasalah tiap2 ari bergduh..selama 5 tahun sy kwin ngan dye mcm2 dye wt hal tp sy diam kn diri demi ank2 sy..sekarang sy dh x boleh tahan lgyy ngan dye..sy cbe buat baik tp hati sy tetap x boleh terima..ble sy mintak lepaskn sy dye bg alsn ank2..sy x mnta ape2 dri dyee..sy cme nk brcerai ngan dyee
    Boleh bg pndpt x..kalau boleh sy nk lps kn dri dari dyee..dh xdew prasaan syg lgyy dlm ati sy..ble brjmp msty brgduh..tlg Bantu..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Puan, sekiranya Puan ada alasan dan bukti yang kuat untuk bercerai di bawah fasakh atau taklik, maka Puan berhak untuk menuntut cerai dari suami. Namun, sekiranya suami tidak melakukan mana-mana perbuatan di bawah seksyen berkenaan fasakh atau taklik, maka perceraian hanya boleh berlaku dengan persetujuan suami untuk melafazkan talaq. sekiranya suami enggan, sebaiknya, puan berbincanglah secara baik dengan beliau, dan cuba gunakan orang tengah untuk membantu puan menjelaskan perasaan puan sebaiknya kepadanya. Jika masih tidak berjaya, cubalah rundingkan masalah ini secara kaunseling sukarela di pejabat agama islam terdekat. Jika masih tidak berjaya, barulah langkah terakhir diteruskan dengan pergi ke mahkamah rendah syariah terdekat dan failkan permohonan cerai di bawah seksyen 47, rujuk artikel saya berkenaan “cerai secara baik”. Puan perlu melalui proses ini untuk menentukan samaada Puan boleh mendapat perceraian secara talaq.

  10. Mr Puyuh

    Reply

    Assalamu’alaikum
    Sy ingin mengetahui lebih lanjut mengenai flow isteri minta cerai melalui fasakh,
    Isteri sy ada failkn cerai fasakh dan saman telah sy terima, sy dapati kebyakn dlm saman tu adalah tidak benar dan dia telah lantik peguam utk suruh sy ceraikan isteri.
    Tp sy tidak setuju. Sy tidak mempunyai pekerjaan tetap dan ini menguatkan lagi isteri sy utk minta fasakh.
    Sebelum ini, isteri ada minta kebenaran untuk dia bekerja dan sy bersetuju memandang sy tidak bekerja tetap dan isteri ada menyebut, disebabkan sy telah byk membantu dia mendapatkan pekerjaan, dia tak kisah pun untuk perbelanjaan bersama. Sy bersyukur sgt2.
    Tp setelah dia mula bekerja, pd awalnya tiada masalah tp lama kelamaan dia jd tak menentu, selalu minta cerai dan kata dkt sy mcm2, sy TAK PERNAH bg nafkah, sy TAK PERNAH pedulikan anak, dll. Smp skrg pn sy masih boleh bersabar.
    Mungkin Allah nk uji sy, sy telah dpt kerja dgn gaji RM3000, isteri dapat tahu, terus dia berubah sikap tetapi pd masa sy dapat kerja tu sy masih ada pekerjaan lain dan sy telah kemalangan dan terus diberhentikan kerja. Sy redha dgn ketentuan mungkin belum masanya lg, tetapi isteri terus jd negatif dgn sy smp la skrg, walaupun kami duduk serumah tp xpernah sekali bertegur.
    Jd skrg apa yg perlu sy buat, disebabkn sy tak setuju, isteri buat byk provokasi dan sy dpt surat peguam dia yg sy ganggu n buat tohmahan pd keluarga dia, sy masih bersabar.
    Bagaimanakah cara flow cerai fasakh dijalankn, adakah sy perlu bukti disebabkn sy tak setuju cerai. Terima kasih

    • admin

      Reply

      Encik perlu failkan dokumen dinamakan pembelaan, dalam pembelaan tersebut, nyatakan setiap penafian dan fakta sebenar yang berkenaan dengan dakwaan plaintif dalam pernyataan tuntutan. Selepas selesai pertukaran dokumen, Hakim akan menetapkan kes untuk perbicaraan di mana isteri akan beri keterangan dan panggil saksi2 kemudian giliran encik pula beri keterangan dan panggil saksi (jika ada). Kemudian barulah Hakim akan berikan keputusan samaada boleh sabit fasakh atau tidak.

  11. Siti

    Reply

    Salam, nak tnye satu perkara
    Situasinya: saya berkahwin baru 3 minggu, sblom berkhwin sy sudah tidak ada hati lagi gan bakal suami sy, tapi sy teruskn jugak majlis atas sbb sygkn family sy.
    Setelah majlis. Perasaan happy suka uh smua tiada. Saya benci dan bertmbah benci dgn dy. Sy telah berbncang dgn dy supaya lepaskn sy, sbb sy khuatir sy derhaka sy xdpat jlnkn tnggungjwb sbgai seorang isteri dari segi zahir dan batin. Dan dy bersetuju. Apa yg perlu sy lakukan

    • admin

      Reply

      Jika suami sudah bersetuju melafazkan talaq, puan boleh terus ke mahkamah rendah syariah terdekat dan ikut prosedur yang dinyatakan dalam artikel “cerai secara baik”

  12. Ena

    Reply

    salam,

    kalau isteri yang failkan permohonan cerai, kemudian sebelum hari perbicaraan, isteri decides untuk batalkan permohonan cerai, bagaimana prosedurnya?

    • admin

      Reply

      Isteri hanya perlu mengisi notis penarikan balik kemudian datang ke mahkamah pada tarikh yang seterusnya di hadapan Hakim dan maklumkan keputusan untuk tarik balik. Hakim akan membenarkan jika suami tiada bantahan.

  13. Mariam

    Reply

    Salam..mohon bertanya.
    Saya telah berkahwin hampir 4 tahun & melahirkan anak kedua 3bln lalu. Kami berasal dr pantai timur dan bekerja di selangor. Sy seorang anak tunggal, oleh itu sy bawa ibu(ibu tunggal) tinggal bersama di rumah yg dibeli suami. Sy bwk ibu krana ibu bersendirian di kg & mempunyai pnyakit darah tggi, namun cara suami seolah2 ingin menjadikan ibu sy sperti org gaji utk mnjaga anak kami dll.

    Suami tidak menyukai ibu sy & kami sering bergaduh. Suami juga sering menghina & mngeluarkan kata2 kesat kpd sy & ibu. Scara terangan di hadapan sy n sindiran di depan ibu. Sy juga bukanlah isteri yg sempurna dimata suami krana suami seorg yg terlalu cerewet dlm smua perkara terutama bab kebersihan sehingga sy juga dilayan sperti anak kecil, tetapi sy tidak tahan dihina sehingga diungkit sluruh ahli kluarga sy. Sy sekarang serba salah krana suami & ibu tidak bertegur sapa dr awal perkahwinan hingga skarang.

    Nafkah zahir sudah bertahun xdiberikan dgn alasan membayar ansuran kereta yg sy naiki. Manakala sy sy sbagai seorang isteri tidak boleh memandai2 krana sy &ibu hanya menumpang di rumahnya. Gaji sy dikawal, n pbelanjaan dapur,kperluan anak n diri sndiri smua mggunakan gaji sy krana katanya suami isteri mst bkongsi gaji 50-50

    Sy terseksa & makan hati dr segi emosi dgn kata2 dan sikapnya terhadap sy & ibu membuatkan kami sering bertengkar & sy mnjadi isteri derhaka. Sy ingin dia ceraikan sy, krana tidak mahu menderhaka lg kpd suami & sy memlih ibu berbanding suami. Dia mengatakan ibu menghasut sy n dia sering berprasangka. Oleh itu, dia tidak mahu menceraikan sy sampai bila2 dgn alasan sy mempunyai anak dengannya.

    Apa yg perlu sy lakukan? krana dia mengawal pergerakan sy dgn ketat utk sy keluar apatah lg ke mahkamah & menjerkah sy tanpa mengira tempat jika sudah marah. Sy malu dgn org lain. Mohon pendapat, trima kasih.

    • admin

      Reply

      Puan, jika perceraian adalah langkah terakhir untuk puan, puan perlu failkan kes di mahkamah syariah terdekat. Puan sendiri perlu hadir ke mahkamah. Jika suami mengawal puan sehingga mencederakan puan, puan boleh keluar dari rumah dan tinggal di tempat lain. Puan tidak perlu menanggung keluarga, itu tanggungjawab suami. Cuba dapatkan bantuan ahli keluarga lain atau orang luar yg dihormati suami untuk membantu puan.

  14. insan kesedihan

    Reply

    salam admin..sy baru berkahwin 3 bulan..
    sepanjang perkahwinan sy tak bahagia
    bersama suami..kami sering bergaduh..sy
    hilang rasa hormat n percaya pada suami..
    suami tak bekerja..dia hanya membantu
    sy berniaga..segala kos kehidupan keluarga
    kami menggunakan duit berniaga..saya dah
    tak tahan hidup bersama dia..sebab setiap
    kali bergaduh dia akan mengeluarkan kaya kata kesat yg menyakitkan hati..jiwa sy tak tenang ..dan perasaan sy selalu ingin mntk cerai..hampir tiap tiap hari sy menangis kerana
    kami bergaduh hampir setiap hari..patot kah sy mntk cerai dari suami ?

    • admin

      Reply

      Puan patut cuba berbincang dulu dengan suami agar menghentikan penderaan emosi terhadap puan. Jika masih berterusan, puan berbincanglah dengan suami berkenaan niat puan untuk bercerai, mungkin itu akan menyedarkannya. Jika masih tidak berubah dan menyeksakan puan, puan boleh pujuk suami untuk melepaskan puan secara baik. Jika dia enggan, eloklah puan failkan cerai secara fasakh atas alasan suami telah lazim menyakiti puan dengan melakukan penderaan emosi, dan telah cuai menyediakan nafkah.

      • Lina

        Reply

        Askm .saya tya..situasi saya..suami mengatakan xmampu utk..menjga saya ank.
        Dan menyuruh saya ke makhamah uruskan sendri penceraian ..
        Semasa berasama saya tidak endahkannya..sering kali bergaduh..
        Sehinggu memikul..
        Saya bersabar…
        Utk dia cuba ubah sikapnya
        ..setelah berubah…alasan diberi xmampu utk.menjga…suruh pulang ke kampung….tanpa memberi nafkah..
        Apa patut sya buat

        • admin

          Reply

          Waalaikumussalam warah matullah.

          Jika puan tidak mahu bercerai, tidak perlu failkan perceraian. Jika masalah nafkah membebankan puan, terus failkan tuntutan nafkah isteri dan nafkah anak. Tidak perlu bercerai jika isu utama hanyalah nafkah. Tetapi jika puan setuju bercerai untuk mengelakkan penganiayaan berterusan, failkan perceraian mengikut langkah yang dinyatakan dalam artikel kami “cerai secara baik”

  15. Noor

    Reply

    Salam, sy bru brkhwin sbln sebelum berkahwin,
    Semasa tunang sy sudah mula tidak sukakn suami krna dy berbau yg mnyakitkn hidung ( bau yg tdk sdap) tapi sy rase itu bleh berubah, smggu lbh sblom majlis sy ad mndiamkn diri , sbb sy xleh nk terima dy.. tapi family sudah sngguh3 wat persiapan, sy xnk fmily malu. Spnjg tmpoh sy snyap, dy pon snyap. Hnye prgi jmpe mak sy tnye sy ad org lain ke ? Tiada jmpe sy. Dy tiada bncg gan sy, hnye bncg gan family saje.
    Selapas majlis, sy dok xleh terima dy lagi, bau badan dy wat sy stress, tertekan. Pergi keje balik keje smua bau badan dy, sy ad kata sy xskekn dy, lpskn sy, dy bersetuju. Dy kuat agama, dh keje di majlis agama
    Sy mnx tido asing, slps itu ddk berasing
    Kecoh fmily yg sy mnx cerai dripd dy, sy makin bertmbh bnci, sbb xda bncg dlu gn sy
    Fmly push sy, kata yg sy pntingkn diri,
    Slps itu sy gn dy bergaduh besar, sy tertmpr dy, dy marah sy, kata sy xbau syurga masok neraka smua,dy antar sy ke umah family.

    Ad kata sblom penceraian perlu bncg antara fmly dy dn saya,perlukah?

    Bolehkah sy mnx cerai dgn alasan bau badan dy dn tiada keserasian lagi?

    Klu dy xnk lepas kn sy gan gantung bertali, xmngape ke?

    Klu dy ceraikn sy gan sbb nusyuz, ad ke denda smpai 2x hntaran?

    Kes penceraian memakan masa yg lama ke?

    • admin

      Reply

      puan, alasan bercerai puan ini tidak terkandung dalam alasan yang dibenarkan untuk bercerai secara taklik atau fasakh jadi satu satunya cara ialah dengan memohon suami lafazkan talaq dengan rela. Jika suami tidak mahu, puan perlu melalui proses jawatankuasa pendamai dan majlis hakam di mahkamah. Hakim akan memutuskan samaada puan layak dapat talaq atau tidak, jika layak, hakim akan menasihati suami untuk melafazkan talaq atau meminta hakam suami atau hakam mahkamah untuk melafazkan bagi pihak suami.

      Perbincangan antara keluarga tidak wajib tetapi digalakkan terutama apabila masih ada peluang untuk berdamai. Puan ada cuba rawatan alternatif atau minta suami berubat untuk mengatasi masalah bau badannya? Jika masalah ini boleh diselesaikan dengan rawatan, sebaiknya cuba penyelesaian ini dulu. Perceraian sepatutnya jadi langkah terakhir. Saya cadangkan puan juga patut dapatkan rawatan alternatif kerana bimbang ada simptom seperti puan terkena gangguan sihir. Wallahua’lam.

      Jika suami mendapatkan perintah nusyuz, tiada bayaran denda dikenakan cuma puan tidak layak dapat nafkah iddah dan mutaah. Juga berdosa besar menjadi isteri yang nusyuz dan puan dikehendaki bertaubat untuk membatalkan perintah nusyuz itu. Jika enggan, masih perlu meminta maaf dengan suami dan bertaubat supaya selamat dunia dan akhirat. Wallahua’lam.

      Proses perceraian boleh jadi panjang antara 6 bulan hingga setahun jika suami enggan melafazkan talaq secara sukarela.

  16. suba

    Reply

    Salam, saya berkhawin lebih dua tahun dan tidak mempunyai anak. 17 bulan sebelum ( lebih 1 tahun ), suami paksa saya ikut dia dan tinggalkan saya dirumah ayah untuk majlis perkhawinan adik saya.
    Selepas majlis perkhawinan adik, suami call abang saya dan memberitahu bahawa nak menceraikan saya. Selepas issue itu, saya cuba call suami dan cuba messej tapi dia tidak jawab kesemua call saya. Saya juga cuba untuk balik kerumah suami saya, tapi ibu mertua saya meghalang saya dengan megatakan ” akan buat apa-apa terhadap kamu, kalau kamu datang balik ” bila cuba balik kerumah suami saya. Saya tak nak masalah kecil menjadi besar, jadi saya tak balik kerumah suami saya dan tunggu kemarahan dia berkurang. Selama lebih satu tahun, saya cuba call dia dan messej dia untuk megurangkan kemarahan dia dan meminta untuk bercakap dengan suami saya. Tetapi saya tak dapat apa-apa balas dari suami saya. Salah seorang kawan karib suami dan mak mertua telah call saya memaklumkan bahawa suami saya akan mengadakan perbincangan tetapi tidak tahu bila. Saya tunggu lebih satu tahun tapi tidak sesiapa datang untuk perbincangan tentang apa masalahnya. Cuma saya yang dapat ialah surat cerai dari peguam.
    ( masa kami suami isteri hidup serumah, sememangnya mempunyai masalah yang terlalu kecil, tetapi saya banyak kali pernah perasan Seperti dia tak sukakan saya )

    soalan saya :
    – sekarang kes cerai dalam proses stage 1, dapat surat dari peguam. saya berfikir, saya dapat tukar keputusan diambil oleh suami kalau saya tinggal serumah dengan suami saya sehingga dapat judgment dari hakim. Tapi bila saya cuba pergi ke rumah suami saya, dia tak benarkan saya masuk dalam rumah. Adakah saya boleh tinggal serumah dengan suami saya sehingga final judgment ?
    Adakah saya masih ada hak untuk tinggal di rumah suami saya. Kalau saya ada hak untuk tinggal di rumah suami, bagaimana cara legal untuk masuk kerumah suami saya walaupun dia tak benarkan saya masuk. Saya tak nak rumahtangga kami pecah. Saya mesti kena cuba tukar fikiran dia, satu-satunya cara ialah, saya mesti tinggal serumah dengan dia.
    harap saya dapat solution.

    – jika suami saya berpegang sehingga akhir nak bercerai tapi saya tak nak. Alasan untuk bercerai diberi oleh suami saya terlalu silly reason, adakah makamah terpaksa ceraikan kami ?
    Apakah tindakkan seharusnya saya diambil untuk tidak dapat penceraian ?

    – berapa lamakah paling lambat untuk dapat judgment cerai. Paling lambat Adakah judgment cerai mesti dapat dalam masa 1 tahun. Boleh ke melambatkan judgment lebih 3 tahun. Saya nak tukar decision suami saya, untuk itu saya nak masa lebih 1 tahun. Harap saya dapat jawapan yang positive.

    • admin

      Reply

      Puan,

      Berbeza dengan kedudukan seorang isteri, seorang suami boleh menghalang isteri balik ke rumah tetapi wajib menyediakan tempat tinggal lain untuk isteri dan menanggung dosa jika isteri tidak berbuat apa2 kesalahan besar seperti nusyuz tetapi telah dihukum sedemikian.

      Puan boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk nafkah isteri yang termasuk nafkah tempat tinggal, dan jika suami tidak mampu sediakan rumah lain, suami boleh diperintahkan untuk benarkan isteri balik ke rumah kelamin.

      Kuasa talaq di tangan suami, itulah hukum Allah, dan dia boleh lafaz di mana sahaja jika dia nekad bercerai. Namun jika dia masih belum lafaz dan mengikut prosedur yang betul untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu, di Mahkamah nanti jika puan tidak setuju bercerai, boleh maklumkan hakim dan hakim akan rujuk puan dan suami ke jawatankuasa pendamai. Inilah forum untuk puan cuba pujuk suami agar boleh berdamai.

      Prosiding Mahkamah tidak wajar dilambatkan dengan sengaja, kerana ia merupakan satu ketidakadilan kepada pihak2 dan masyarakat kerana pembaziran masa dan kos pihak mahkamah untuk mengurus kes tersebut. Jika masih ada peluang berdamai, puan yakinkan pihak jawatankuasa pendamai untuk memberi beberapa sesi perjumpaan agar lebih banyak peluang untuk cuba berdamai.

      Wallahua’lam. Saya doakan isu puan dan suami selesai dengan cara yang terbaik, dan berdoalah serta berserah kepada Allah kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri puan dan suami. InsyaAllah

  17. nooraini binti yaakob

    Reply

    as salam,

    saya telah berkahwin selama 22tahun. anak seorang umur 9 tahun. saya bekerja kerajaan dengan gaji 3k sbln. suami bekerja sendiri. masalah sekarang selepas 5tahun berkahwin. suami makin kurang bekerja dalam setahun dapat la income dlm 2k. segala perbelanjaan saya yang tanggung sewa rumah, ansuran kereta, bayar pengasuh anak dan keperluan sekolah.

    suami gagal beri nafkah secara tetap dan saya perlu beri beliau wang untuk makan minum dan rokok. suami suka melepak di kedai kopi dan main judi nombor ekor.

    saya dah penat untuk minta suami cari kerja yang tetap dan mesti berakhir dengan pertengkaran.

    pada tahun 2013 suami bekerja dengan syarikat dan bergaji tetap setahun sahaja dan kembali bekerja sendiri.

    pada 2014 saya pergi mengadu pada pejabat agama dan dinasihatkan bercerai kerana suami enggan berubah dan ingin fail penceraian. namun begitu beliau tidak fail penceraian tersebut.

    perkara ini berlanjutan sehingga sekarang beliau hanya duduk rumah tanpa bekerja. saya hanya diam dan mula buat hal sendiri kerana dah penat suruh suami cari kerja dan telah hilang rasa hormat pada suami.

    pada dis 2016 beliau dapat keluar duit epf hasil kerja sebelum berkahwin. beliau beri saya 3k duit belanja.

    kini saya makin tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini.

    berdasarkan situasi ini saya mohon pencerahan apakah permohonan cerai yang paling sesuai iaitu taklik atau fasakh.

    terima kasih.

    • admin

      Reply

      Taklik lebih sesuai dan lebih cepat, jika suami langsung tidak pernah beri satu sen dalam tempoh 4 bulan berturut.

  18. Yg tersiksa jiwa....

    Reply

    Salam sejahtera, saya dah suami telah berkahwin selama hampir 18 tahun…pada tahun 2012, suami excident dan koma serta Lumpur sementara selama 4 bulan. Dlm tempoh 4 bulan tu, hanya saya sebagai isteri yg menjaga dia tanpa bantuan Dari pihak keluarga suami. Anak2 juga masih kecil 5 tahun dan 3 tahun. Selepas beliau pilih dan boleh bekerja , Allah swt uji saya dgn kecurangan dia bersama bekas kekasihnya…..Saya hanya dpt tahu kecurangan suami setelah setahun beliau buka akaun FB tanpa pengetahuan saya…
    Demi Allah, sejak hari Itu, saya jadi seorang yg pendendam kpd suami, walaupun berkali2 mohon maaf… mungkin kerana anak2, saya cuba bertahan sehingga sekarang, hampir 5 tahun bertahan dan “berlakon” depan anak2 seolah-olah saya sudah memaafkan suami…malah hampir setiap tahun kami bercuti ke luar negara utk “pulihkan” perasaan dendam dan marah saya kpd suami atas kecurangan dia….
    Malah suami juga enggan menghantar saya ke hospital atas alasan kerja Dan says pernah ke hospital sendirian dgn bas dgn pendarahan di rahim selepas operation.
    Tetapi pada hari ini, saya telah membuat tuntutan cerai fasakh…tambahan saya juga baru mengetahui bahawa family suami juga tidak suka menerima saya sebagai menantu dan hanya menyukai bekas kekasih suami saya dulu… malah suami juga telah menyebelahi family dia dan saya dipersalahkan….
    Adakah “penderaan mental” yg saya alami selama 18 tahun ini boleh diambil kira sebagai alasan utk tuntutan fasakh kerana suami tetap enggan menceraikan saya dan sering ugut saya utk pastikan anak kami hanya dia yg dpt jika saya tuntut cerai….
    terima kasih…

    • admin

      Reply

      Penderaan mental boleh diterima sebagai alasan fasakh tetapi mesti ada laporan psikiatri dari pakar yang beragama islam.

  19. salina

    Reply

    Hamba Allah.puan saya pernah memohon perkhidmatan guaman.sini saya sungguh kecewa kerana pihak Tidak dapat membantu sekiranya seorang terbabit dalam dadah.terjadi pun begini disebabkan Isteri telah curang dibelakang saya .sekarang apabila saya Tidak mewaikili Peguam kes INI berat sebelah .patutkah sebagai suami hak untuk guman diketepikan.APA kah saya patut buat setiap Kali ke bantuan guaman perkara yang sama Tidak dapat Bantu kerana.dadah.

    • admin

      Reply

      Encik, saya tidak pasti apakah jenis kes yang encik maksudkan dan sebabnya dadah menjadi halangan. Mungkin Encik boleh ceritakan lebih detail akan kes encik dan saya akan kongsikan apa yang saya tahu berkenaan kes tersebut.

  20. Azizah Azmi

    Reply

    Salam Puan

    Saya telah 4 tahun berkahwin dan mempunyai 2 org anak (3 tahun & 1 tahun).

    Saya ingin bertanya apakah jenis perceraian yang patut saya failkan untuk sebab2 berikut:

    1. Suami tidak memberi nafkah disebabkan bergaji kecil dan beban personal loan yg banyak (personal loan utk bershopping dan memenuhi keperluan peribadi)

    2. Tidak bersefahaman dan sering bergaduh (saya sering dimaki dan dihamun spt bodoh, bongok, bangang, pegi mampos, sial, dan kim*k)

    3. Suami tidak menunaikan perkara wajib agama (amat liat utk bersolat, dan sering ponteng ketika ramadhan). Krn suami pernah bersekolah pondok, semua tertipu di sebalik perwatakannya. Hakikatnya hanya saya yg tahu betapa leka nya dia meninggalkan waktu solat sehingga berlalu.

    4. Suami suka menonton video lucah (sebelum ini di CD, skrg di HP. Hp nye sentiasa di password, dan katanya itu hak privasi dia. Anak saya pernah terbuka video lucah di dlm hp suami ketika menonton kartun)

    5. Suami mengambil duit anak-anak (di dlm simpanan sy di rumah) secara senyap dan hanya memberitahu selepas mengambilnya. Bila saya minta ganti, saya dihamun nya.

    7. Suami pernah terkantoi menghendap adik perempuan saya mandi ketika awal kehamilan anak pertama.

    8. Perihal anak semua di atas bahu saya termasuk menghantar dan mengambil anak2 dari taska dan pengasuh, mandi, memberi makan sehinggalah tidur. Akibatnya anak2 tidak berapa mahu dengan suami. Jadi kesukaran pada saya, krn menyukarkan saya utk makan, mandi dan mengemas krn anak2 sentiasa mahu saya di depan mata. Disebabkan ini, saya tidak dpt menjalankan tugas2 isteri spt menyedia dan menggosok pakaian suami dan memasak dgn sempurna. Suami menyalahkan saya kerana tidak menjaga pakai dan makan nya. Walhal saya sudah tidak cukup tangan dgn mengurus anak di rumah.

    Mohon pencerahan. Terima kasih.

  21. Buntu

    Reply

    Salam puan. saya mempunyai 2 org anak ( 2tahun dan 9bulan) . saya ingin bertanya kan tentang proses bercerai sekira nya saya ingin bercerai untuk kali ke 3 dan suami enggan memfailkan perceraian…perceraian pertama pada 2014 suami rujuk semula.. kedua pada tahun 2015 dan rujuk semula..
    tapi kali ini, suami enggan cerai kan saya kerana saya baru mendapat tahu si suami berkahwin secara senyap2 di thailand dan mempunyai seorg anak dalam lingkungan 1tahun.. Baru2 ini si suami membuat pengakuan sudah berkahwin dan mempunyai anak,tapi sudah bercerai.., suami ingin rujuk balik dengan perempuan itu..
    saya sangat kecewa dan ingin bercerai utk kali ke 3 nya. tetapi suami enggan ke mahkamah untuk memfailkan cerai. si suami berkata, kalau saya ingin bercerai dan ingin ke mahkamah, suami suruh saya pergi sendri. si suami juga memberitahu, dia akan mengambil kedua2 anak saya. kerana saya tidak lagi bekerja,, tapi saya tidak bersetuju memberi nya kerana adik saya mahu menjaga kedua-dua anak2 saya.
    harap Puan dapat membantu saya. terima kasih.

    • admin

      Reply

      Puan boleh mohon cerai tapi jika suami enggan, proses akan jadi panjang kerana perlu melalui jawatankuasa pendamai dan hakam. Manakala jika suami ada melakukan kesalahan di bawah lafaz taklik atau fasakh, mohonlah cerai cara ini berbanding cara biasa iaitu talaq dalam mahkamah. Anak2 puan boleh tuntut hak jagaan, tidak timbul isu puan tidak bekerja kerana suami tetap wajib beri nafkah anak jika puan yg menjaga. Jika ibu puan masih hidup, minta bantuan ibu untuk jadi penjaga bersama kerana keutamaan diberi kepada ibu kandung dan nenek sebelah ibu.

  22. suami buntu

    Reply

    aslkm Puan.masalah sy ada lah isteri selalu minta cerai apabila bertengkar sy tak sanggup untuk lpskan isteri sy kerana sy masih syg rumahtangga.di awal perkahwinan sy tinggal bersama mertua dan telah di halau ibu mertua yg hya nampak kesalahan sy.ibu mertua hya nampak keburukan sy dan akan menhasut isteri dan tidak benarkan sy berjumpa isteri sy dan isteri sy terlalu dgr ckp org tuanya.sudah 6bln sy hanya jumpa isteri sy di dpn rumah mertua dan baru2 ni kami bertengkar dan isteri menggunakan alasan hatinya sudah mati dan dia tak sanggup hadap rumahtangga ni lg dan skrg isteri tak benarkan sy berjumpa dia dgn alasan ibunya tak benarkan kami berjumpa kerana dia tinggal di rumah ibunya.sy dlm tekanan kerana 6bln sy tak dapat bersama isteri seperti pasangan suami isteri dan perkara ini terus berlanjutan.sy pernah minta isteri supaya kami sama2 ke pejabat agama untuk minta nasihat ustaz2 di sana tp di tolak.sy buntu dan sy masih syg rumahtangga sy ni.adakah cara2 yg dapat sy betulkan untuk selamatkan rumahtangga sy ni?dan apakah hak2 sy sebagai suami apabila menghadapi masalah seperti ini?di harap Puan dapat membantu..

  23. HAMBA ALLAH

    Reply

    Assalamualaikum , saya ingin bertanya kalau suami langsung tidak balik selama 4 bulan tetapi nafkah tak beri dan suami hidup dgn perempuan lain dan isteri nya dan anak2 nya ditinggal di rumah mak mertuanya tanpa di beri nafkah . apa kah patut sy buat?? saya sudah berkali suruh suami tinggal kan sy , tapi dia enggan dan dia masih dgn perempuan lain . dan dia penah melafazkan cerai pada saya ? tapi suami sy langsung tidak selesai kan hal ini dimahkamah ? dgn pada masa tu , sy masih syg suami sy dan sy pk kan anak2 sy . andai dia selesai hal penceraian tanpa saya kerana sya xnak dia lepaskan saya ? adakah suami boleh pergi tanpa isteri untk selesai kan hal penceraian atas hal sbb kukuh sy xnak suami sy lepaskan sy ? sy mengaku sy bnyak salah pada dia , tidak persefahaman , sy bermeseg lelaki lain diblakang suami sy , berjumpa lelaki lain , bersikap kurang ajar dan berkata kesat pada suami sya bila bertengkaran , tidak masak , sya mengaku salah saya . dan saya sudah memintak maaf tapi dia tetap ingin meninggalkan sya dan melafazkan cerai . kesimpulanya , sy enggan ikut suami sy untk selesai kan hal penceraian , tetapi suami saya menguruskan sendiri tanpa saya dia hanya bawa sijil nikah ? adakah boleh tanpa isteri untk selesaikan ??

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Hakim boleh membenarkan suami hadir tanpa isteri untuk kes pengesahan cerai kerana utk lafaz cerai, keterangan suami yg paling utama kerana lafaz talaq itu kuasa suami dan tidak perlu kepada persetujuan isteri. Tetapi jika hakim masih mahu isteri datang, hakim boleh mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa isteri hadir.

  24. diya

    Reply

    Salam puan, saya telah berkahwin pada April 2016 dan masih belum dikurniakan anak. Sebelum berkahwin, saya tinggal di Johor manakala tunang tinggal di Putrajaya. Dalam tempoh tersebut saya telah mengenali seorang lelaki. Hal ini diketahui oleh tunang saya dan kami telah pun berbincang, saya telah memilih tunang untuk dijadikan suami. Saya berhenti menghubungi lelaki tersebut. Namun entah bagaimana, saya telah berhubungan semula dengan lelaki tersebut dan telah sampai ke pengetahuan suami. Peluang demi peluang telah diberi oleh suami dan suami telah memaafkan saya. Pada penghujung November 2016 saya telah berhenti berjumpa dengan lelaki tersebut tetapi masih berhubung cuma tidak sekerap sebelumnya memandangkan saya telah bertukar mengikut suami. Pada Feb 2017 suami telah menjumpai panggilan telefon lelaki tersebut di telepon saya (selepas hampir sebulan tidak berhubung) . Suami telah membawa saya berjumpa dengan kaunselor di Pejabat Agama dan saya berjanji tidak akan menghubungi lelaki tersebut. Alhamdulillah sehingga sekarang saya tidak berhubung lansung dengan lelaki tersebut. Namun, Allah Maha Kuasa gambar2 keintiman saya bersama lelaki tersebut telah dijumpai oleh suami di hp saya pada 27 April 2017. Demi Allah, saya sudah tidak mahu untuk ingat kenangan lama dan ingin membuang segala kekotoran yang pernah saya lakukan. Saya tidak menyimpan sebarang gambar bersama lelaki tersebut, saya khuatir gambar tersebut adalah gambar yang telah dipadam dan naik semula atau gambar tersebut telah dihantar oleh lelaki tersebut. Silap saya tidak berterus terang di hadapan suami dan kaunselor bahawa saya pernah berjumpa lelaki tersebut kerana saya khuatir hal tersebut akan memudaratkan hubungan kami suami isteri dan saya sudah pun menyesal atas perbuatan. Suami menyatakan bahawa saya adalah isteri yang nusyuz walhal, semenjak kami berjumpa kaunselor saya tidak lagi mempunyai sebarang perhubungan dengan lelaki tersebut. Adakah saya memang isteri yang masih nusyuz? Suami ingin memfailkan pensabitan nusyuz ke atas saya dan segala nafkah telah diberhentikan ke atas saya . Saya ingin mencari jalan perdamaian agar rumahtangga kami dapat diselamatkan.

    • admin

      Reply

      Suami boleh mendapatkan perintah nusyuz bagi tempoh masa puan ada menjalinkan hubungan dgn lelaki lain, sekalipun sekarang puan sudah tiada hubungan itu lagi. Nusyuz itu terhad kepada tempoh masa itu sahaja.

      Tetapi perintah nusyuz boleh dibatalkan sekiranya puan menyatakan telah bertaubat dan tidak akan mengulangi. Setelah itu suami wajib menyambung memberi nafkah isteri kepada puan.

      Cubalah berbincang secara baik dgn suami dalam kaunseling untuk mengembalikan kepercayaannya kepada puan.

  25. Hanna

    Reply

    Salam. Saya ingin meminta pendapat. Saya sgt buntu. Saya telah berkahwin selama 5tahun dan mempunyai seorang anak. Sejak mula2 berkahwin hingga skrg suami amat jarang memberi nafkah batin kepada saya. Nafkah batin ni termasuk tidur bersama, belaian kasih sayang dan sbginya amat2lah jarang. Bila saya dikurniakan anak itupun saya agak terkejut kerana kami hanya bersama sekali sahaja bulan itu. Kami jarang bersama bkn kerana jarak jauh. Kami tinggal bersama tetapi dari mula kahwin smpi skrg suami akan memberi alasan penat, letih, mengantuk dan sbginya. Saya selalu menangis memikirkan apa masalahnya dan apa gunanya saya berkahwin kalau tidur bersendirian dan suami suka tido di ruang tamu dgn alasan senang nk bangun tahajud. Suami saya juga merupakan seorang yg baran dan mudah melenting. Dia pantang kalau sesiapa yg tidak bersetuju dgn dia tak kiralah siapa org tersebut. Dia juga pernah meninggikan suara seperti menengking kepada bapa saya sehingga bapa saya menangis dan selalu juga bertekak dgn ibu saya. Malah dia juga pernah menampar adik lelaki saya yg berumur 14tahun kerana cemburu. Saya berasa semua ini sudah keterlaluan terutama sekali apabila ia melibatkan keluarga saya. Saya selalu berfikir apa salah kami semua smpi dia sanggup berbuat demikian sedangkan keluarga saya byk membantu dia terutama dalam masalah wang dan perniagaan. Lebih menyedihkan lagi apabila dia selalu memikirkan yg ramai lelaki akan mengurat saya dan akhirnya saya akan tinggalkan dia. Saya sgt kecewa kerana wpun sudah mempunyai seorg anak dia masih tidak berubah dgn sikap cemburu buta dan obsessivenya itu. Dia seperti memfitnah saya sdgkan saya sedikit pun tidak memandang mana2 lelaki lain apatah lagi melayan. Dan kerana dia jugalah saya jadi trauma pada lelaki. Skrg hidup saya jadi sgt tertekan. Apabila dia penat atau marah pada benda lain, saya yg jadi mangsa utk dia puaskan amarah dia. Dia akan cari psl dgn saya dgn perkara2 remeh dah menjadikan ia sgt besar sehingga saya menangis dan menjerit2 meracau2 baru dia akan berhenti dan puas. Setiap kali mcm tu. Makin hari saya rasa makin tertekan dan bimbang akhirnya saya yg jadi gila kerana dia. Dari segi nafkah zahir dia jalankan tamggungjwb semampu dia boleh. Dgn anak wpun dia jarang membantu tetapi dia layan dgn baik. Tetapi skrg saya benar2 dah tak tahan. Bolehkan dlm keadaan saya ini saya memohon cerai hakam?

    • admin

      Reply

      Saya berpendapat suami puan sebenarnya ada masalah psikologi dan perlukan bantuan perubatan untuk memulihkan sikapnya yang negatif terhadap puan dan keluarga. Mungkin dia ada mengalami trauma dalam hidup yang menyebabkan dia menderita emosi dan sukar mempercayai dan menyayangi orang lain.

      Jika rawatan suami masih tidak berjaya, berbincanglah secara terbuka dengannya atau gunakan orang tengah yang dihormatinya, agar dia tahu perasaan dan penderitaan yang puan alami.

      Jika masih tidak berjaya, Puan boleh dapatkan laporan pemeriksaan psikiatri untuk dapatkan pengesahan doktor pakar bahawa suami telah mendera emosi puan. Kemudian bukti ini dijadikan alasan untuk bercerai secara fasakh.

  26. tidak ingin bercerai

    Reply

    assalam.. sekiranya isteri tidak mahu bercerai namun suami tetap dengan pndirian utk bercerai, adakah mereka akan bercerai?

    • admin

      Reply

      Suami boleh melafazkan pada bila2 masa kerana kuasa talaq di tangan suami. Tetapi jika suami hanya mahu melafazkan dengan kebenaran mahkamah supaya tidak didenda kerana melafazkan di luar mahkamah, suami perlu failkan permohonan cerai dan jika isteri tidak setuju, mahkamah akan merujuk ke jawatankuasa pendamai. Akhirnya tetap akan mendapat cerai jika suami tetap dengan pendirian sehingga ke peringkat hakam selepas jawatankuasa pendamai. Perkara yang sama juga akan berlaku jika situasi ini terbalik dan isteri yang ingin bercerai tetapi suami tidak mahu. Cuma proses ini panjang dan memakan masa.

  27. saufi

    Reply

    assalammualaikum
    1)saya nak betanya…baru ni isteri saya keluar rumah tanpa izin saya buat kali kedua..sudah 3hari isteri belum pulang lagi kerumah…isteri membuat report polis mengatakan dia keluar dengan rela hati..apa hukum nya…

    2)kami sering kali bergaduh kerana isteri saya kurang melakukan tanggungjwb sbg isteri…alasan nye pnat mjaga anak sedangkan beliau suri rumah

    3)isteri sy tidak dapat menerima nasihat saya sebagai suami…

    4)saya dulu nikah di daerah tampin tapi tinggal di kuala lumpur..jika saya hendak pergi ke pejabat agama islam untuk membuat kaunseling supaya isteri saya ingat tanggungjawab sbg isteri pergi pejsbat agama yang terdekat ker..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah

      1. Isteri boleh menjadi nusyuz jika keluar tanpa sebab yang diizinkan syarak

      2. Menjadi surirumah dan menjaga anak memang lebih letih dari bekerja overtime di pejabat. Suami isteri perlu hidup bermuasyarah dgn baik, iaitu saling memahami dan membantu dalam semua urusan rumahtangga. Berbincanglah secara terbuka antara suami isteri agar sama2 dapat membantu dan meringankan beban agar sama2 dapat menjalankan tanggungjawab hakiki sbg suami isteri.

      3. Isteri wajib ikut nasihat suami selagi tidak melanggar syarak

      4. Pergi ke pej agama terdekat dgn tempat mastautin semasa. Tempat nikah tidak penting, asalkan ada sijil nikah dari mana2 negeri di malaysia.

  28. suami teraniaya

    Reply

    Salam..sy ad masalah d mana isteri saya tak menjalankan tanggungjawab ke atas sy..sudah 3 bulan dia xpulang kerumah dan dy sndri menetapkan tarikh bila dy mau pulang…sy sgt marah sebab sy da ckp agak kasar demi dy ikut tuntutan agama islam…akhirny semua ugutan itu berakhir dgn dy sndri menfailkan penceraian ke atas sy..sudah 3 bulan st xdpt lihat anak kandung sy kerana bersamany…sy xpenah putus memberi nafkah setiap bulan kepada anak sy dn dy…pada masa yg sama isteri sy jugak xpenah gembirakan kuarga saya…selalu cari gaduh sama kuarga sy…tp sy sgt hormati kuargany sehingga lama sy d tgglkan sy makin membenci kuarga ny kerana berniat menahan anak bini sy dr kembali pada sy….apakah carany tuk sy tidak bercerai tp sy nak dy d nasihat sehingga sedar…kerana isteri sy lbh pentingkan kuargany dr sy…sehingga sy terabai sbg suami ny…klulah bercerai…adkah isteri sy nusyuz…kerana selama 3 bulan dy xpulang xjaga kewajipan dn adkh isteri sy perlu bayr sy atas sikap nusyuzny

    • admin

      Reply

      Encik boleh memfailkan tuntutan kembali taat dan nusyuz terhadap isteri di mahkamah rendah syariah terdekat atas alasan isteri berpindah dan menjauhkan diri tanpa keizinan suami.

  29. izzu

    Reply

    assalamualaikum wbt.. sy ingin bertanya.. jika sy diceraikan kerana ibu suami tidak suka kpd sy bagaimana pula…seyangkan sy tidak ada melanggar segala hukum syarak atau derhaka atau nusyuz kpd suami sepanjg menjadi isteri n sy tidak redha dgn perceraian ini

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Jika cerai sudahpun berlaku, maka tiada apa yang boleh dibetulkan kerana kuasa talaq di tangan suami dan tidak memerlukan kepada alasan. Tetapi suami bertanggungan di hadapan Allah sekiranya bersikap dayus dan menuruti kemahuan ibu tanpa sebab yang dibenarkan syarak.

      Tetapi jika cerai belum berlaku, isteri boleh menyatakan tidak setuju bercerai dan hakim akan merujuk pasangan ke jawatankuasa pendamai. Penyelesaian masalah boleh dirunding dalam forum tersebut.

  30. Insan Teraniaya

    Reply

    Assalamualaikum admin,

    Tempoh perkhawinan hanya 3-4 bulan dan tinggal berasingan atas sebab isteri tidak mahu berpindah mengikut suami. Isteri dengan tiba tiba berperangai agresif dan mencari point meminta utk dilepaskan. Di dalam tempoh kaunseling (atas aduan saya sendiri) isteri tidak dapat memberi alasan kepada kaunselor dan didalam tempoh itu isteri telah nusyuz dan tidak menjalankan kewajiban beliau seperti keluar tanpa minta izin dan sebagainya. Call dan msj diendahkan dan jikalau msj tidak ada jalan penyelesaian dan terus tergantung. Selaku suami yang teraniaya. Apakah yang wajar saya lakukan dan adakah saya boleh menuntut kembali kerugian saya?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Suami boleh membuat tuntutan kembali taat atau nusyuz terhadap isteri. Utk gantirugi, terpulang kepada fakta kes encik, boleh tuntut tetapi terpulang kepada hakim samaada ingin membenarkan.

  31. Didda

    Reply

    Assalamualaikum admin,
    Sy ingin bertanya mengenai 2 perkara;
    1) adakah jatuh talak apabila suami bersumpah kpd diri sendiri “sekiranya isteri membuka telefon bimbit (hp) suami utk periksa hp suami, maka jatuhlah talak satu” sedangkan isteri tidak tahu langsung sumpahan yg dibuat oleh suami itu. Isteri hanya dapat tahu mengenai perkara tersebut apabila suami mendapat tahu isteri ada membuka dan memeriksa hp nya dan memberitahu bahawa suami ada membuat sumpahan tersebut.

    2) suami pernah membuat taklik, “sekiranya isteri mempunyai facebook, instagram, weechat dan whatsapp group, maka jatuhlah talak 3 ke atas isteri tersebut”. Jd sejak dr tarikh suami membuat taklik tersebut, isteri tidak ada lg kesemua yg dimaklumkan td. Berkaitan dgn soalan no 1, jika talak satu td jatuh, maka adakah taklik ini masih lg diguna pakai ataupun ia terbatal selepas isteri dan suami rujuk semula.

    Terima kasih

    • admin

      Reply

      Puan, utk soalan2 ini, saya nasihatkan puan rujuk kepada pejabat agama islam kerana pegawai syariah lebih berpengetahuan untuk menasihati puan berkenaan isu-isu ini. manakala saya boleh membantu mengenai prosedur di mahkamah. Jika puan ingin lebih kepastian, boleh terus rujuk kepada mahkamah syariah berkenaan lafaz2 taklik ini dengan membuat pengesahan cerai. Hakim akan memberi sabitan samaada jatuh talaq atau tidak.

  32. Orkid

    Reply

    Assalam….sy tlh bkahwin dgn suami 13 thn….untuk makluman skrg sy telah memfailkan fasakh ke atas suami sy…..dan 2 org saksi telah dipanggil oleh biro guaman untuk keterangan…
    Apakah langkah seterusnye yg akan dilakukan oleh mahkamah?
    Dan brape lama proses ini shgga mahkamah mbubarkan perkahwinan sy?
    Hampir 1 thn dia xbg nafkah dkat sy….

    • admin

      Reply

      Puan, berapa lama selesai itu bergantung kepada kesesuaian tarikh mahkamah, peguam biro, saksi2 dan puan sendiri. Kes yang melibatkan bicara memang mengambil masa kerana perlukan pembuktian melalui saksi. Jika suami hadir dan melantik peguam, maka akan lebih panjang lagi kerana suami pula akan menyoal balas puan dan saksi2 kemudian suami mungkin akan bawa saksi2 suami pula. Jadi kes biasanya akan selesai sekurang-kurangnya dalam masa 6 bulan tetapi jika banyak saksi terlibat, suami lantik peguam atau peguam puan atau mahkamah tiada banyak tarikh lapang, maka kes mungkin memakan masa lebih setahun. Semuanya bergantung kepada keadaan kes masing2.

  33. wanita dilema

    Reply

    Assalamualaikum wbt. puan, terima kasih sb ada kan ruangan komen ini utk kami yg mempunyai masalah rumahtgga bertanya sebarang kemusykilan. puan, sy telah berkahwin dgn suami sy pada 5 june 2015. tp sy kahwin bukan sebab cinta. sy memang mengenali suami selama 2 tahun lebih. kami cuma berkawan. tapi dalam masa yg sama suami menaruh perasaan terhadap sy. jadi beliau dtg merisik dan nyatakn hasrat utk menikahi sy. pd masa itu, sy mengenali beliau seorang lelaki yg baik dari segi agama dan tingkah laku. jd sy bersetuju utk terima beliau dan pikir mungkin dah sampai jodoh sy. setelah berkahwin kami duduk berasingan. sy bekerja di johor bahru manakala suami di kuala lumpur. selama berkahwin sy cuba utk mencintai suami. tp tidak tahu mengapa sy masih lagi susah utk menerima suami kerana suami mula berubah. kami belum mempunyai cahaya mata. suami susah hendak menerima teguran. dan sy terpaksa menegur kesilapan yg sama berulang kali sehingga sy rsa bosan. ketika sy sakit beliau juga tidak mengambil berat. sedangkan kami jauh. tahun lepas beliau ada bagi pinjam rm2000 kepda staff perempuan tmpt beliau bekerja. tp saya dpt tahu setelah Allah gerakkn hati sy utk melihat fon beliau pd hujung bulan 12 2016. selama ini sy jrang menyentuh fon beliau. tp pd hari itu Allah gerakkn hati sy utk menyentuh. dan sy lihat ada msej prempuan yg hanya tulis nama suami “a…..” sy hairan lalu sy buka. tp tiada tulis apa2 slain nama suami. sy tnya dgn elok pd suami siapa wanita itu. die ckp staff tmpt keje. dan baru beritahu sy beliau pnah bg pinjam duit. bila sy tnya berapa die ckp rm1000. beliau ckp wanita itu urgent dan suruh beliau bjanji jgn bgtau sesapa. (sekali dgn sy suami tak beritahu). bila sy msej wanita itu pula die ckp die pinjam dgn suami rm2000. jd sy btnya smula pd suami mana satu betol. jwapannye suami lupa suami bg pinjam berapa. adakah layak sy tidak puas hati kpd suami krn memberi pinjam wang kpd wanita lain tnpa pgtahuan sy? dan memberi alasan lupa hndak britahu. dan lupa berapa jumlah sbenar suami bg pjam pd wanita tsebut. adakah sy tidak layak tahu ke mana wang suami habis? sekrang puan, sy betol2 tidak dapat meneruskn perkahwinan ini. sy tiada perasaan langsung. bagaimana sy hendak menjalankn tugas sy sbgai isteri apabila sy tiada langsug hati dgn beliau? terutama tgwjab batin. sy betol2 tidak dapat jalankn. dan sy tidak boleh buat dlm keadaan terpaksa kerana sy sendiri yg sakit. ibarat contoh mcm dirogol. jika kite tak mahu, tp dipaksa. tentu sakit. pernah satu ketika sy tgh sakit perut(bkn sb nk membuang tp mmg sllu terjadi dari remaja), beliau ingin bersama. tp sy ckp sy x dpt jalankn sb sy betol2 tgh sakit. dlm sy tgh sakit, beliau tnya sy bila die boleh bsama dgn sy. sy rsa geram msa tu. bkn kesian dgn sy tgh sakit. tp tnya pula bila bole bsama dgn sy. skrang sy betol2 ingin berpisah dgn suami krna sy betol2 dah tak boleh terima die. hati sy betol2 tertutup utk suami. dia pernah menyuruh sy berhenti kerja. tapi sy tidak mahu kerna sy perlu mbyar hutang ptptn, dan belanja mak ayah di kampung. dan sy perlu ada duit sy sdri. beliau terus ckp sy nusyuz. dan beliau ckp lagi, akhirat nati sy memang akn masuk neraka. puan, apa perlu sy buat, sb lebih baik sy berpisah dgn beliau dpd sy terus jd isteri nusyuz dan tanggung dosa. tpi beliau tidak mahu lepaskn sy. 6 june 2017 ini akan ada bicara di mahkamah sb sy dah failkn permohonan cerai. suami ckp beliau akn dtg. tapi beliau tak mahu ceraikan. mak ayah saya juga sudah tidak dapat menerima beliau lagi sbgai menantu kerana beliau pernah meninggi suara dgn mak sy. apa perlu sy buat puan?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah wabarakatuh,

      Saya sebagai perempuan faham perasaan puan yang perlukan cinta sebelum boleh menjalankan tanggungjawab sebagai isteri tetapi sebagai seorang isteri, konsep itu sebenarnya tidak tepat. Apabila kita sudah redha dinikahi, tanggungjawab sebagai isteri perlu didahulukan sebelum hati dan perasaan. Hati itu bersifat subjektif dan boleh berubah bila2 masa manakala tanggungjawab kekal selagi mana kita bergelar isteri dan selagi suami tidak menganiaya isteri. Kerana kita hidup untuk mencari redha Allah, bukan untuk kepuasan hati kita yang tidak pernah puas.

      Suami betul kerana perlukan puan di sisinya, selalu masalah perkahwinan berlaku kerana isteri duduk berjauhan, tanggungjawab isteri kepada rumahtangga dan suami tidak dapat dijalankan jika terpaksa berjauhan tanpa redha suami.

      Saya nasihatkan puan cubalah berpindah ke tempat suami atau bincang dengan suami agar berpindah ke tempat puan. InsyaAllah apabila duduk bersama dan saling menjalankan tanggungjawab, perasaan sayang akan timbul dengan sendirinya kerana pasangan sama2 mentaati Allah dan menghayati amanah yang Allah sudah berikan kepada kita.

      Suami mengharapkan nafkah batin itu juga tidak salah, kerana itu hak beliau, dan beliau tidak memaksa untuk terus melakukannya pada masa puan sakit, cuma cara bertanya yang tidak sensitif itu memang melukakan hati mana2 perempuan pun. Saya simpati. Tapi saya juga tidak merasakan itu alasan yang kuat untuk menuju perceraian.

      Puan sebenarnya perlu berbincang lagi secara mendalam dengan suami, ada banyak ketidakpuasan hati yang masih belum selesai menyebabkan masalah puan dan suami semakin serius. Jika suami seorang yg tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai suami, memberi nafkah secukupnya dan patuh perintah Allah, puan wajib taat kepadanya.

      Apabila puan hadir ke mahkamah bersama suami dan suami menyatakan tidak setuju cerai, mahkamah akan minta puan dan suami untuk ke jawatankuasa pendamai. Gunakanlah forum ini untuk berbincang secara telus dengan suami dengan ikhlas dan perasaan ingin taat kepada Allah. Nyatakan perasaan tidak puas hati puan kerana suami memberi pinjam wang pada perempuan lain kerana pastinya suami juga akan terluka jika puan membuat perkara yang sama. Sebaiknya selesaikan dulu secara perbincangan sebelum terus menuju perceraian kerana lebih banyak buruk berbanding baiknya.

      Wallahua’lam

  34. Swetha kumaran

    Reply

    Hai puan…saya nak bertanya…saya non muslim…baru baru ni suami ada hantar petisyen cerai pada saya..sebelum ni telah hadiri tribunal kaunseling di jpn dan jawapan suami adalah untuk bercerai dengan saya..dalam petisyen cerai dia ada bagitahu syarat iaitu anak akan berada dibawah jagaan saya, kemudian seminggu sekali dia perlu lawat anak saya dan yuran utk proses penceraian dibahagi sama rata kalau sama sama setuju utk bercerai..untuk makluman puan saya tidak mahu bercerai dgn suami..apa yang perlu saya lakukan dan sekiranya saya ignore surat dari lawyer pihak beliau adakah tiada masalah..sebab dia menggunakan khidmat guaman swasta..dan saya rasa selagi saya tidak terima surat dari mahkamah saya rasa saya tidak perlu tergesa gesa utk membalas surat tersebut..betul tak puan?? Mohon bagi pencerahan..terima kasih puan..

    • admin

      Reply

      Puan, jika puan tidak membalas, mahkamah masih boleh memberikan perintah cerai kepada suami kerana dikira puan telah terima dokumen tetapi dengan sengaja enggan membalas atau hadir.

      Cuma jika puan tidak bersetuju dengan terma berkenaan hak lawatan dan tidak membalas apa2, mahkamah hanya akan merekodkan berkenaan perintah cerai sahaja manakala tentang hak penjagaan dan lawatan anak2 hendaklah dimohon secara berasingan oleh suami.

      • SWETHA KUMARAN

        Reply

        maksudnya puan perlu ke saya membalas surat tersebut? katakan saya tidak membalas surat tersebut, apa tindakan seterusnya daripada pihak suami? sebab saya terima surat dari guaman swasta dan bukannya daripada mahkamah..

  35. sha

    Reply

    Assalammualaikum, saya berkahwin pdh may 2014 dan suami lafaz cerai pdah November 2014,, masa suami lafaz cerai,sya masih belajar di U.. Suami selalu tuduh saya curang,smpai satu tahap saya tidak tahan,minta dia lpaskan sya.. Masa itu juga kami selalu betengkar.. Sya dgn suami dua² masih blajar, suami di sarawak dn sya di smenanjung.. Lepas dia lafazkan cerai,,sya duduk dgn mak ayah..dan sya bawak mak ayah pergi Jabatan agama untuk pastikan pencerai itu sah atau tidak.. Pihak jbtan agama menyatakan pencerian itu sah wlaupun dlm msj.. Mereka menyuruh sya membuat pemohonan cerai.. Dan hantar pemohonan tersebut bersama suami.. Tapi suami tak pernah bagi kerjasama..smpai lah cuti semester sya habis dan terpaksa blik semenanjung.. Lpas blit smnanjung suami langsung tak contact sya..klau blik srwak baru dia cari sya.. Smpai ayah marah dgn sya sebab jumpe dia.. Dia juga tak pernah tgok anak kami alasan sebab dia belajar… Sekarang sya tak tahu nak buat apa.. Saya takut nak blik sarawak sebab taknak jumpa dan saya takut bergaduh dgn ayah lagi.. Sya juga pernah ajak dia pergi mahkamah..untuk selesaikan kes ini.. Tapi dia kata dia sudah pergi jbatan agama tanya tentang kes kami..dah dia kata,, pihak jabtan agama menyatakan pnceraian itu tdak sah kerna dia dlam keadaan marah.. Saya sendiri tidak pasti penceraian ini sah atau tidak.. Saya betul² keliru.. Saya juga fikir nak buat tuntut fasakh dkat smnanjung.. Tapi daftar kahwin di sarwak.. Bagaimana pendapan tuan/puan?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Pengesahan cerai perlu dibuat. Panggil suami ke mahkamah atau hakim akan keluarkan waran tangkap jika suami enggan hadir. Jika dia menggunakan lafaz soreh, mengucapnya dikala marah tetap jatuh talaq. Melainkan lafaz kinayah yang perlu kepada niat. Jadi ceritakan lafaz sebenar yang diucap kepada hakim nanti.

      Jika hakim memutuskan lafaz 2014 itu tidak menjatuhkan talaq barulah puan boleh decide untuk failkan fasakh pula.

      Kes pengesahan cerai atau mohon bercerai boleh difailkan di mana2 mahkamah rendah syariah yang terdekat dengan tempat mastautin semasa, tidak perlu balik ke tempat asal bernikah.

  36. BELUM BERSEDIA

    Reply

    assalamualaikum. saya ingin bertanya samada ada denda perlu di bayar selepas suami bersetuju dgn alasan2 yg dikemukakan oleh isteri dan bersetuju utk bercerai? jika ada berapa? bila perlu bayar? kalau tak mampu bayar kena masuk lokap?
    Tolong bagi pencerahan. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Tidak ada bayaran denda melainkan perceraian disebabkan suami ada lafaz cerai di luar mahkamah. Juga hanya ada bayaran jika isteri mohon cerai secara khuluk, amaun akan ditentukan hakim sekiranya suami meminta terlalu tinggi dan isteri tidak bersetuju membayar amaun tersebut. Amaun perlu dibayar sebelum suami melafaz talaq. Jika tidak bayar, suami berhak tidak melafazkan talaq.

  37. mohd faisal muhamad jaffar

    Reply

    Assalamualaikum….
    Sy suami/istri sudh tidk tido brsme,tidk brtegur sape!sy hnya suruh 3 prkara iaitu brhenti kerja(tukar kerja),brhenti isap rokok dan sy suruh solat.Istri enggan buat ape yg sy suruh maka dngn itu sy asingkn dri tido brsame.Sehingga kami tidak brtegur sape ddlm rmh hnya ank2 mnjdi posmen.Pada tahun n isteri mengadu mohon cerai d pejbt agama kami d kaunsling.Sy mohon pandangan tuan/puan dlm masalh ini!

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,
      Suami memang boleh memilih untuk asing tempat tidur bagi tujuan mengajar isteri tetapi ada had yang ditetapkan dalam islam dan tidak terlalu lama sehingga isteri tidak mendapat nafkah batin.

      Jika isteri mohon kaunseling di pejabat agama belum bermakna itu untuk bercerai. Perceraian difailkan di mahkamah rendah syariah dan bukan di pejabat agama. Lokasinya saja yang kadangkala dalam bangunan atau kawasan yang sama.

  38. salina

    Reply

    Salina,ingin bertanya Isteri fail kan faskah,sebelum INI Isteri ingkar kembali taat.salah saya hanya dadah ,istri mempunyai orang lain.patutkah penceraian berlaku jika suami tidal setuju ,selama INI suami yang tanggung dosa kenapa mahkmah mewakili penceraian jika suami tidak setuju ,adakah Org yang membubarkan meanggung dosa kami sebelum INI
    .sedangkan yang kahwin saya dengan Isteri bukan Org yang mewaikili penceraian,bukan kah dosa bila menjatuhkan masjid orang.

  39. suba

    Reply

    Salam, saya telah bertanya beberapa soalan tentang seharusnya saya buat untuk tidak dapat penceraian disini pada 14 April 2017.
    Selepas baca jawapan dari puan, saya telah tunggu sehingga counseling untuk cuba explain dan pujuk suami saya dengan pertolongan counselors. Pada hari counseling suami saya tidak hadir. Counselor tanya beberapa soalan sahaja. Saya dapat tahu bahawa counseling season for each couples cuma 15min – 20min sahaja untuk 3 kali. Adakah counseling season 15min – 20min cukup untuk explain masalah dari pihak saya, explain masalah dari pihak suami saya dan advice dari pihak counselor ?
    Adakah pihak counselor cukup masa untuk faham masalah kami dan memberikan advice yang sepatutnya untuk percubaan pendamaian ?
    Sebagai seorang manusia saya faham bahawa jawatankuasa pendamaian terpaksa set timing untuk menghabiskan counseling untuk setiap couples walaupun masa tak mencukupi untuk percubaan mendamaikan suami isteri. Saya faham bahawa saya bukannya hanya 1 kes untuk dirujuk oleh pihak jawatankuasa.
    Tapi ini adalah percubaan terakhir oleh saya untuk pendamaian. I really need counseling season where me and my husband could share everything, and where we both could get best advice regarding our problems, what is marriage, what is marriage life, what is husband and wife life.
    saya ingin tahu pendapat puan tentang producer counseling pendamai.

    – adakah saya boleh mendapatkan perintah dari pihak Makamah untuk mendapatkan sekali lagi counseling season di pihak private marriage counselors ?
    Saya sedia bayar untuk private marriage counseling season.
    Saya cuma nak legally perintah dari makamah untuk private marriage cunseling. Sebab tanpa perintah dari makamah, suami saya tidak akan hadir walaupun saya arrange for counseling.
    Dengan cara ini saya tidak tahu dapat pujuk dia atau tidak. Tapi saya nak dia dan saya faham apa itu marriage life dan apa tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri.

    ( harap maaf sebab saya terpaksa guna 2 bahasa )

  40. Ali

    Reply

    Assalamualaikum Admin,

    Saya pernah curang kepada isteri saya selama setahun dan saya telah memutuskan perhubungan dengan wanita tersebut setelah isteri saya mengetahui perhubungan saya dan wanita itu walaupun sebelum ini saya pernah cuba memutuskan hubungan itu tetapi gagal kerana saya diugut untuk dimalukan kerana kami sepejabat. Setelah kejadian tersebut, saya amat menyesal kerana saya telah menghancurkan perkahwinan yg telah dibina selama 5 tahun dan kemudian saya telah berubah dan insaf diatas perlakuan saya. Sewaktu isteri saya mengetahui kecurangan saya, dia pernah berkata jika sayangkan keluarga kembalilah kepada dia dan anak kami, jika tidak saya boleh melepaskan dia dan pergi kepada teman wanita saya. Namun saya memutuskan untuk bersama isteri saya kerana saya memang sayangkan isteri saya. Sejak daripada itu, saya berusaha kembali unutk menambat hati isteri saya. Setelah hampir tiga tahun berlalu, keadaan kami masih lagi tidak berubah dan setiap kali pertengkaran, pasti isteri saya mengugut untuk meminta cerai dan ingin menunjukkan bukti sms saya dan gambar saya bersama bekas teman wanita saya kepada pihak mahkamah. Isteri juga sering memaki hamun saya. saya hanya blh bersabar dan sering menyalahkan diri saya akibat kesalahan saya yang lalu. Walaupun kadangkala terasa ingin berpisah, tetapi saya risau akan kehilangan anak saya. Apa yang membuatkan kami bertahan adalah anak kami. Sejak isteri saya bekerja, dia juga sering merasakan tidak perlu bergantung kepada saya. Malah dia pernah menyatakan yang dia tidak bergantung kepada saya kepada sahabat baiknya dan dia sering menugnkit kesalahan saya setiap kali ditegur sedangkan selama ini saya berusaha keras untuk memenuhi segala keinginannya asalkan dia gembira. Isteri saya juga pernah menyatakan bahawa menyesal berkahwin dengan saya kerana tindakan saya yang lalu dan menyatakan bekas teman lelakinya lebih baik dan menyesal tidak berkahwin dengan bekas teman lelakinya. Adakah saya seorang yang dayus dan pentingkan diri sendiri? Bagaimana cara untuk kami selesaikan secara baik? Adakah jalan unutk kami terus bersama? Apakah dari segi hukum saya mmg bersalah sedangkan saya sudah berubah dan cuba bersabar sebaik mugkin? isteri saya juga menolak untuk bersama. saya sering dimarah jika cuba memegang isteri saya. Mintak pendapat pihak yang leih arif.

    • admin

      Reply

      Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh

      Setiap manusia tidak terlepas dari kesalahan dan encik sudah berubah demi keluarga, itulah yang terbaik, namun hati perempuan juga memang diketahui sukar melupakan walaupun senang memaafkan.

      Cuba encik ajak isteri ke kaunseling rumahtangga. Biarlah diluahkan sehabisnya kekecewaan yang kedua2 kalian hadapi akibat perbuatan masing2, kemudian bolehlah sama2 mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang masih ada dan melakar hidup baru yang lebih harmoni.

  41. ina

    Reply

    Assalammualaikum, Sy sudah bkhwin dlm 7 tahun,mpunyai 3 org ank.. sblm nie sy dgn suami pnh hadir ke mahkamah untuk pengesahan cerai dan suami menafikan ada niat semasa lafaz sms itu dihntar.Selepas kami disahkan masih suami isteri sy kembali kepada die dan beri dia peluang untuk berubah.Walaupun hati saya semakin tawar sy beri die peluang lagi.Tapi dalam masa sebulan kami tinggal bersama,sikapnya semakin teruk dan semakin kejam.Saya larikan diri dgn anak-anak kerana sudah tak sanggup lagi kena pukul dan hadap sikap panas baran dan cemburu buta dia.Dia juga ada ambil sejenis dadah,suka cari gaduh dengan orang luar dan dan mencari keseronokan dgn perempuan lain.Sekarang kami sudak tidak bersama selama 6 bulan lebih.Sepanjang tempoh ini,dia tidak memberi nafkah selama 4 bln dan 2 bln selebihnya dia bagi tapi tidak mencukupi.Saya sudah menuntut talak atas persetujuan bersama .Namun dia tarikh perbicaraan dia tidak hadir.Apa yang patut saya lakukan sy sekarang?mohon pencerahan.

    • admin

      Reply

      Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh. Jika puan ada bukti kekasaran suami seperti medical report dan laporan polis, atau saksi yg mengetahui kejadian pukul dan lain2 perbuatan suami tersebut, bolehlah failkan fasakh. Fasakh tidak perlu kepada kehadiran suami ke mahkamah. Tetapi hendaklah cukup bukti dokumen atau saksi berkenaan perkara2 yg didakw dilakukan oleh suami.

  42. Manjalara

    Reply

    Assalamualaikum..
    Sy telah menfailkn cerai secara fasakh atas sbb suami tidak memberi nfkh kpd sy sjak april 2016. Suami sy prnh beritahu yg die xhadir ke mhkmh sbb tiada duit krn die tidak bekerja..sy ade ke pjbt bantuan guaman tp sy xlayak utk mendptkn khidmat peguam d sana, sy ade mencari peguam swasta tp sy mampu utk mmbyr kos peguam…jd, adakah mustahil utk sy bercerai secara fasakh jika tidak menggunakan peguam?

    • admin

      Reply

      Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh. Puan tidak perlu khidmat peguam melainkan hakim yg menyuruh puan mencari. Jika hakim suruh puan lantik peguam, puan beritahu kenapa puan tak boleh nak melantik peguam. InsyaAllah hakim akan benarkan puan teruskan kes tanpa perlu menggunakan peguam. Tapi hendaklah ikut semua prosedur yg mahkamah arahkan

  43. supian

    Reply

    Assalamualaikum Admin,
    Sy igin bertanya. Isteri sy telah failkan cerai ke atas saya. Jadi sy kalau sebolehnya tidak ingin melepaskan isteri saya. Soalan saya ialah sekiranya saya terpaksa bersetuju didepan hakim seperti “saya bersetuju dengan permintaan isteri saya untuk bercerai tetapi ada 1 syarat. Saya mau hak penjagaan anak ke atas saya”. Utk pengetahuan kami ade seorng anak lelaki umur
    6thn. Sekiranye isteri sy bersetuju pada masa tersebut dah hakim mengesahkn penceraian tersebut. (1) dengan perceraian bersyarat ini adakah saya akan dpt hak penjagaan anak itu krn isteri telah bersetuju didepan hakim? (2) adakah cerai bersyarat ini, sy dan isteri boleh ruju’ kembali dlm tempoh edah 3 bln?

    Mohon beri pencerahan Admin. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Encik dan isteri boleh buat perjanjian begitu tapi hakim di mahkamah rendah yg mengendalikan kes cerai tidak boleh merekodkan persetujuan berkenaan hak jagaan kerana di luar bidangkuasa mahkamah rendah, ia hendaklah direkodkan di mahkamah tinggi. Jadi sekalipun ada persetujuan, tiada jaminan isteri akan laksanakan kerana tiada perintah direkodkan. Boleh rujuk dalam tempoh iddah jika isteri bersetuju, hanya daftarkan rujuk di pejabat agama tapi jika isteri tidak setuju rujuk, encik perlu failkan permohonan rujuk di mahkamah rendah syariah.

      • SUPIAN

        Reply

        Assalamualaikum Admin,

        Terima kasih untuk pencerahan. Disini saya ada lagi pertanyaan :

        1) Sehari setelah memfailkan penceraian, isteri saya telah tidak pulang ke rumah dan tidak tinggal bersama saya tetapi dia tinggal bersama ibunya. Walaupon saya tau tetapi disebabkan konflik yg berlaku sy jadi tidak redha. Kerana itu membataskan peluang dan masa saya untuk berbincang dengan isteri saya berkaitan kes fail penceraian. Saya telah memujuk dia pulang hampir setiap hari.

        2) Jadi disini, sekiranya pd hari sebutan di Mahkamah, saya tidak bersetuju untuk melepaskan isteri saya dengan sebab “Masih tidak bersedia kerana masih ingin cuba cari jalan damai”, dan mengikut artikel di atas kes ini akan ditunda ke tarikh sebutan yg lain. Jadi jika ini berlaku, bolehkan saya minta di dalam mahkamah supaya ‘mengarahkan isteri saya balik tinggal bersama saya sepanjang perjalanan kes’.. tujuannya adalah memudahkan perbincangan bersama dalam masa sama saya mahu cuba mencari jalan damai di luar kerana saya masih percaya masih ade ruang untuk kami.

        3) Berapa lamakah tempoh kes akan selesai sekiranya saya memilih untuk tidak bersetuju untuk bercerai (dari sebutan pertama sehingga kelima dan sebagainya) dan adakah tindakan ini disarankan

        4) Boleh terangkan proses yg akan berlaku sekiranya saya kemukakan permohonan rujuk (sekiranya bercerai)

        Terima Kasih Admin, Mohon Pencerahan saya dalam keadaan buntu kerana sebutan kes saya adalah esok 17-Jul.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *