MENGENALI NOMBOR KES ANDA

Anda terima satu notis kehadiran ke Majlis Sulh, atau satu surat Saman, atau satu Notis Permohonan yang memanggil anda ke Mahkamah Syariah pada hari tertentu?

 

Pada kebanyakan orang awam, sukar mengetahui apakah tuntutan yang telah dibuat oleh Plaintif/Pemohon terhadap anda sebagai Defendan/Responden dalam kes tersebut.

 

Sebenarnya, jika anda lihat kepada nombor kes anda, anda boleh mengetahui apakah kes yang telah difailkan terhadap anda.

 

Rujuk pada nombor Saman/Permohonan, bukan nombor sulh (nombor sulh agak panjang dan ada sistem tersendiri)

 

Biasanya nombor Saman akan tertulis begini: 12345-123-1234-2018 (bagi contoh tahun ni)

 

5 nombor yang pertama tu menunjukkan kod negeri dan kod mahkamah apa di negeri tersebut.

3 nombor kedua tu menunjukkan jenis kes yang difailkan (contohnya, 024 ialah nafkah anak, 028 ialah hak jagaan anak)

4 nombor ketiga adalah bilangan kes tersebut mengikut pendaftaran di mahkamah tersebut

4 nombor terakhir adalah tahun kes tersebut difailkan.

 

 

Untuk panduan secara umum, boleh google “arahan amalan no. 1 tahun 2000 kod pendaftaran kes”, anda akan jumpa satu arahan amalan yang menceritakan nombor2 tersebut secara terperinci. tapi ada nombor yang tiada kerana mahkamah sudah update bilangan dewan dan sebagainya, dan ada juga kod tambahan untuk jenis2 kes.

 

Saya nasihatkan, jika anda dah terima Saman atau Notis untuk hadir ke Mahkamah, datanglah ke Mahkamah pada tarikh yang berkenaan, jangan sengaja tidak datang, kerana bagi sesetengah kes, Plaintif/Pemohon boleh meminta Hakim mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa anda datang. Malah sengaja tidak hadir juga merupakan satu penghinaan Mahkamah. Hadirlah dan ketahui apa yang ingin dibincangkan dan bagi kebanyakan kes, anda boleh failkan pembelaan/afidavit jawapan anda bagi kes tersebut.

 

Wallahua’lam

 

Ashikin Rahim

5 November 2018

 

Spread the word. Share this post!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *