MAJLIS SULH – APA TU?
Assalamualaikum… Pastinya kalau kita ke Mahkamah Syariah akan terdengar berkenaan satu terma yang dipanggil “Majlis Sulh”. Banyak pihak masih tidak faham apakah yang dimaksudkan sebagai Majlis Sulh. Apakah dia Majlis Sulh? Ia adalah satu mesyuarat WAJIB di antara pihak-pihak yang berbalah dengan dipengerusikan oleh seorang pegawai Mahkamah. Peguam atau mana-mana orang yang bukan pihak yang
Hak Penjagaan Anak (Hadhanah) Menurut Undang-Undang
Assalamualaikum para pembaca yang budiman.
Kali ini kami nak berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan mengenai undang-undang berkenaan tuntutan hak penjagaan anak di sisi undang-undang Islam di Malaysia. Setiap negeri mempunyai peruntukan yang hampir sama, cuma ada sedikit perbezaan dari segi rujukan nombor seksyen yang berkenaan. Untuk memudahkan perbincangan, kami menggunakan seksyen di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (“EUUKIS”). Peruntukan penuh seksyen boleh didapati dari laman web www.esyariah.gov.my
Soalan yang sering ditanya oleh masyarakat kepada kami adalah apakah keperluan undang-undang dalam menuntut suatu hak penjagaan atau hadhanah. Perlu diingat bahawa undang-undang memperuntukkan keperluan yang berbeza sekiranya yang menuntut adalah ibu atau ayah.
Untuk memudahkan pemahaman semua, kami cuba ringkaskan keperluan perundangan ini kepada soalan-soalan berikut yang perlu ditanya mengikut turutan.
Sekiranya anak itu masih kecil dan secara anggapannya ibu adalah orang yang paling berhak, adakah ibu itu memenuhi KESEMUA kriteria dalam seksyen 83 EUUKIS? Iaitu hendaklah si ibu itu seorang Islam, sempurna akal, berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu, berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani. Selalunya, kehendak berkenaan “kelakuan baik dari segi akhlak islamiah” ini yang sering menjadi perbahasan si bapa untuk menidakkan kelayakan si ibu.
Read More