CERAI SEKSYEN 47&48 (CERAI TALAQ/CERAI HAKAM) – APABILA SUAMI ATAU ISTERI TIDAK SETUJU BERCERAI….

Assalamualaikum warah matullah wabarakatuh,

Penulisan kami kali ini adalah untuk menerangkan secara serba ringkas berkenaan proses yang perlu dilalui oleh suami isteri apabila salah seorang tidak bersetuju untuk bercerai selepas kes cerai secara talaq difailkan di Mahkamah. Entri ini juga adalah sambungan kepada artikel “Cerai Secara Baik / Cerai Dalam Mahkamah” yang pernah kami tulis sebelum ini.

Secara ringkasnya, kami ceritakan proses di Mahkamah yang biasa berlaku dengan kehadiran suami/isteri untuk kes cerai secara talaq:-

  • Apabila suami atau isteri telah memfailkan kes cerai secara talaq dalam Mahkamah, Mahkamah akan memberikan satu tarikh untuk kedua-dua suami isteri hadir di hadapan Hakim.
  • Pada tarikh tersebut, sekiranya kedua-duanya hadir, Hakim akan bertanya kepada Plaintif (iaitu pihak yang memfailkan kes tersebut) berkenaan alasan memohon perceraian.
  • Kemudian, Hakim akan bertanya kepada Defendan (iaitu pihak kedua samaada suami/isteri dalam kes tersebut) samaada Defendan bersetuju untuk bercerai dengan Plaintif.
  • Sekiranya Defendan bersetuju, dan isteri dalam keadaan suci dan tidak mengandung serta tiada persetubuhan sepanjang tempoh suci sejak datang haid kali terakhir, Hakim akan memberi kebenaran kepada suami untuk melafazkan talaq di hadapan Hakim, dan kes akan terus selesai. Pihak-pihak hanya perlu menunggu perintah termeterai dikeluarkan Mahkamah, barulah boleh dikemukakan kepada Pejabat Agama untuk mendapatkan Sijil Perakuan Cerai.
  • Bagaimana pula jika suami atau isteri enggan hadir atau hadir tetapi enggan bercerai? Itulah proses yang akan kita ceritakan secara panjang lebar kali ini.

DEFENDAN TIDAK HADIR

  • Apabila tiba tarikh di hadapan Hakim, dan Defendan tidak hadir, Mahkamah akan bertanya kepada Plaintif samaada dokumen Mahkamah yang difailkan sudah diserahkan secara sempurna kepada Defendan. Cara penyerahan hendaklah secara langsung di hadapan Defendan, tidak boleh kepada wakil Defendan (seperti orang gaji atau pekerja) atau ditinggalkan di rumah sekalipun Defendan duduk serumah. Hendaklah diserahkan secara tangan, samaada melalui si pemohon (Plaintif) sendiri, atau wakil Plaintif menyerahkan secara langsung kepada Defendan, atau melalui penghantar Saman dari Mahkamah. Sebaiknya serahkanlah sendiri kerana Mahkamah hanya menyerahkan pada waktu pejabat, dan sekiranya alamat Defendan yang diberikan adalah alamat rumah, sudah tentulah Defendan tiada di rumah, dan ini akan melambatkan perjalanan prosiding cerai anda.
  • Sekiranya Hakim berpuas hati bahawa penyerahan sudah sempurna, manakala Defendan diketahui keberadaannya tetapi Defendan dengan sengaja tidak mahu hadir ke Mahkamah, Hakim akan menangguhkan kes untuk memberi peluang Defendan hadir pada tarikh lain. Hakim juga boleh mengeluarkan notis amaran untuk Defendan hadir, atau mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa kehadiran Defendan.
  • Sekiranya Plaintif adalah isteri, manakala si suami tidak diketahui keberadaannya, Hakim kadangkala menasihatkan Plaintif untuk menarik-balik kes cerai secara talaq dan menasihatkan Plaintif untuk memfailkan kes secara taklik atau fasakh, bergantung kepada alasan untuk bercerai. Sila rujuk di Internet untuk alasan-alasan untuk bercerai secara taklik dan secara fasakh bagi mendapatkan maklumat kesesuaian perceraian secara apa yang sepatutnya Plaintif failkan terhadap Defendan.

APABILA DEFENDAN TIDAK BERSETUJU BERCERAI:-

Apabila suami dan isteri telah hadir ke Mahkamah tetapi si Defendan tidak bersetuju untuk bercerai:-

  • Mahkamah akan mengarahkan pihak-pihak untuk hadir pada satu tarikh lain dengan membawa wakil masing-masing yang terdiri dari ahli keluarga terdekat (sebaiknya lelaki, dan ada pertalian darah dengan pihak tersebut) atau jika tiada, kawan rapat yang tahu berkenaan masalah rumahtangga suami isteri tersebut.
  • Hakim akan merujuk tarikh seterusnya ini sebagai tarikh lantikan wakil JKP (“JKP” adalah singkatan untuk Jawatankuasa Pendamai)
  • Pada tarikh lantikan wakil JKP tersebut, hendaklah Plaintif dan Defendan hadir bersama wakil masing-masing, dengan membawa IC wakil JKP masing-masing dan Hakim akan mengambil maklumat wakil mereka. Seterusnya, Hakim akan memberi tarikh sebutan seterusnya untuk mendapatkan laporan dari perjumpaan JKP ini. (Sekiranya Defendan enggan hadir pada peringkat ini atau enggan memberikan kerjasama dalam pelantikan wakil JKP, Mahkamah boleh melangkau peringkat JKP dan terus ke peringkat Hakam untuk menyelesaikan perceraian dengan pantas, tetapi Plaintif hendaklah terlebih dahulu memuaskan hati Hakim bahawa telah berlaku pecah belah (syiqaq) dalam rumahtangga oleh itu hendaklah menceritakan secara terperinci kepada Hakim berkenaan apakah alasan-alasan memohon cerai)
  • Sebelum tiba tarikh sebutan seterusnya ini, pihak Jabatan Agama Islam akan menerima surat arahan dari Mahkamah untuk memanggil suami/isteri ke perjumpaan JKP. Kemudiannya, Jabatan Agama Islam akan mengeluarkan surat kepada pihak-pihak dan kepada wakil masing-masing yang mengarahkan kesemua mereka untuk hadir ke satu mesyuarat JKP yang akan dipengerusikan oleh seorang pegawai dari Jabatan tersebut, dan akan diadakan di pejabat Jabatan Agama Islam yang berkenaan. Peguam tidak boleh hadir. Hanya pihak2 dan wakil2 mereka akan hadir ke perjumpaan ini. Selepas kesemua mereka ini berbincang, barulah pengerusi JKP tersebut akan membuat laporan kepada Mahkamah samaada pendamaian tersebut berjaya atau tidak. Jika ada pihak yang gagal hadir tanpa sebab yang munasabah, juga akan dilaporkan sebagai JKP tidak berjaya. Kadangkala JKP tidak sempat mengatur perjumpaan sebelum tarikh sebutan seterusnya. Jika itu berlaku, tarikh lain akan diberikan oleh Mahkamah, sehinggalah laporan JKP sedia dan telah dihantar oleh pengerusi JKP secara terus ke fail Mahkamah.
  • Jika pihak tidak berjaya berdamai dan JKP memutuskan syiqaq berterusan antara mereka, pada tarikh sebutan untuk laporan JKP ini, Hakim akan mengarahkan pihak-pihak datang pada tarikh sebutan seterusnya dengan membawa Hakam Keluarga masing-masing (wakil untuk berbincang di Majlis Hakam dipanggil “Hakam”). Hakam Keluarga boleh terdiri dari wakil yang sama yang dilantik ke JKP tetapi pelantikan Hakam Keluarga perlu dibuat secara rasmi semula di hadapan Hakim kerana Hakam Keluarga perlu diberikan kuasa yang spesifik. Hakam Keluarga juga wajib LELAKI, tidak boleh perempuan. Jadi, jika wakil JKP sebelum itu adalah perempuan, pihak yang berkenaan perlu membawa orang lain, iaitu seorang lelaki, sebagai Hakam Keluarga pihak tersebut, dan hendaklah dari kalangan ahli keluarga atau teman rapat.
  • Selepas Hakam Keluarga masing-masing dilantik oleh suami dan isteri (Hakam Keluarga perlu hadir dan bawa  IC), Mahkamah akan menetapkan sebutan seterusnya untuk mendapatkan laporan Hakam Keluarga pula. Hakam Keluarga ini bertujuan untuk cuba mendamaikan pihak-pihak. Selepas pelantikan mereka, Hakam-Hakam ini perlu berjumpa di Mahkamah atau di mana-mana tempat dan cuba mendamaikan pihak-pihak, sebelum tarikh laporan Hakam Keluarga yang ditetapkan Mahkamah.
  • Jika masih tidak berjaya berdamai, Hakam Keluarga akan melaporkan sedemikian kepada Hakim di sebutan seterusnya dan Hakim akan mengarahkan sebutan lain ditetapkan untuk pelantikan Hakam peringkat kedua dikenali sebagai Hakam Panel. Di peringkat ini, Mahkamah akan melantik Hakam Panel baru dari kalangan ahli panel Hakam yang disediakan pihak Mahkamah untuk mewakili pihak-pihak.
  • Hakam Panel setiap pihak bersama pihak-pihak akan kemudiannya bertemu dalam satu majlis di Mahkamah sebelum tarikh laporan Hakam Panel di mana mereka akan berbincang mengenai samaada perbalahan suami isteri patut berakhir dengan perceraian, dan apakah jenis perceraian tersebut.
  • Cerai yang diputuskan dalam Majlis Hakam Panel adalah samaada cerai talaq biasa atau tebus talaq (khulu’). Jenis talaq yang akan ditentukan Hakam Panel ini bergantung kepada siapakah punca perceraian yang bakal berlaku. Sekiranya jenis talaq yang dipersetujui Hakam-Hakam Panel adalah talaq jenis khulu’, jumlah yang perlu dibayar sebagai tebus talaq juga akan ditentukan oleh Hakam Panel dan bukannya sesuka hati ditentukan oleh si suami. Kadangkala isu jumlah ini juga akan ditentukan oleh Hakim sekiranya Hakam Panel tidak dapat mencapai persetujuan atau ada pihak yang tidak bersetuju. Biasanya jumlah khulu’ adalah dalam lingkungan RM 300 dan ke bawah sahaja.
  • Pada sebutan yang dijadualkan untuk Laporan Hakam Panel, Hakam Panel yang diberi kuasa menceraikan isteri bagi pihak suami boleh meneruskan dengan lafaz talaq setelah diberi kebenaran oleh Hakim untuk melafazkan. Yang akan melafaz talaq adalah Hakam Panel tersebut, dan bukannya suami.

Begitulah sedikit sebanyak penerangan berkenaan proses perceraian dalam Mahkamah secara talaq / atau secara Hakam. Bercerai dalam mahkamah secara talaq ini tidak mengaibkan pihak-pihak kerana semua perbincangan JKP dan Hakam adalah tertutup, manakala perceraian secara taklik / fasakh memerlukan perbicaraan di mahkamah terbuka di mana semua orang awam boleh melihat dan mendengar masalah yang melanda pihak-pihak tersebut. Juga, cerai secara talaq ini tidak memerlukan kepada alasan yang diharuskan syarak untuk bercerai sepertimana alasan untuk mendapat taklik / fasakh. Untuk bercerai secara talaq, cukuplah sekadar suami bersetuju untuk melafazkan talaq atau Hakam suami diberi kebenaran melafazkan talaq dan selesailah kes selepas talaq dilafazkan dengan kebenaran Hakim. Secara puratanya juga, cerai secara hakam ini lebih cepat selesai berbanding cerai secara fasakh atau taklik sekiranya prosedur Mahkamah diikuti dan keadaan-keadaan tertentu berlaku untuk kes tersebut.

Sekian,

Ashikin (Kin) Rahim

Sebarang pertanyaan atau untuk melantik Peguam Syarie, boleh click WhatsApp Link: https://wa.link/gnrupa

Comments (172)

  1. Murni Asya

    Reply

    Assalamualaikum maaf saya bertanya bagi pihak kakak saya. Sekarang ini dia dalam proses failkan penceraian di mahkamah kerana dia merupakan seorang ibu tunggal 2 orang anak hasil pernikahan terdahulu. Selepas bernikah dengan suami baru pasangan nya seolah tidak menerima kedua anak tersebut dan beberapa kali berkata ‘lepas ni jangan nak minta apa-apa lagi dengan ibu kamu’ menyebabkan ketika ini mereka dijaga oleh kedua ibu bapa kami yang telah berusia di kampung. Si suami juga kerap menganggu emosi isterinya ketika tahun isteri telah memfailkan perceraian dan beberapa kali mengugut mahu memecahkan pintu bilik sekiranya isteri tidak mahu bersama Dan adakalanya dia akan memaksa menolak isteri untuk bersama dan setelah itu dia akan memberikan alasan syaitan telah merasukinya. Persoalannya boleh kah isteri meminta perintah dari mahkamah ketika perbicaraan pertama mereka supaya si suami keluar dari rumah itu (si isteri yang bayar duit rumah tiap bulan) kerana apabila diminta untuk keluar duduk asing si suami memberi alasan masih suaminya dan tak akan lepas kan nya sampai si isteri terseksa sekalipun.

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, sekiranya pihak-pihak di dalam proses perceraian, adalah sebaiknya untuk tinggal berasingan. Sekiranya suami tersebut jelas mendatangkan kemudharatan kepada isteri dan anak-anak, maka isteri boleh membuat permohonan injunksi iaitu tegahan kacau ganggu kepada mahkamah. Namun, adalah lebih baik untuk isteri memohon protection order daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mana ia adalah tertakluk di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga kerana perintah tersebut boleh didapati dalam kadar segera yang sememangnya boleh menghalang suami daripada terus menerus melakukan kacau ganggu dan boleh juga menghalang suami dari tinggal di rumah tersebut. Puan boleh membuat rujukan berkaitan di laman sesawang ini untuk maklumat lanjut: https://wao.org.my/laws-on-domestic-violence/

      Semoga segala urusan puan dan keluarga dipermudahkan.

  2. Nur lailatul syahira

    Reply

    Asslmkm saya dan suami gaduh , waktu mrah dy ckp jgn bt bnda tu klau saya buat cerai , tpi sya buat buat jugak . Adakah betul bercerai ? Sbb sy xyakin benda tu . Benda ni jdi 18 feb 2023 . Kalau betul cerai macam mana saya nak rujuk semula . Sya baik2 ja sekarang dengan suami .

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, sekiranya lafaz taklik yang dibuat suami itu adalah jelas dan syarat takliknya telah dilanggar, maka jatuh talak. Oleh itu, saya nasihatkan puan dan juga suami untuk memfailkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah dengan kadar segera sekiranya masih belum berbuat demikian di mana hakim akan membuat siasatan terperinci mengenai fakta kes dan perkara-perkara yang berkaitan dalam mensabitkan keesahan lafaz cerai tersebut. Sekiranya disabitkan telah jatuh talak ke atas isteri, maka pihak-pihak boleh ke pejabat agama islam daerah untuk mendaftarkan rujuk sekiranya masih lagi di dalam tempoh iddah.

  3. Suharni Ajmain

    Reply

    Assalamualaikum. Saya seorang isteri yang sedang buntu. Suami ada mendesak untuk setuju cerai di hadapan hakim. Suami berpendapat bahawa selepas kes pengesahan cerai pertama (tidak jatuh talak dan meneruskan hubungan sebagai suami isteri). Sepanjang tempoh untuk memperbaiki perhubungan, suami dan isteri masing-masing sibuk dengan komitmen. Ada pergaduhan dan perselisihan faham lagi yang berlaku membuatkan suami terus tawar hati dan tidak yakin lagi untuk menyelamatkan perkahwinan. Tambahan pula, kehadiran orang ketiga yang memang ON TIME memburukkan lagi keadaan. Segala ruang perbincangan, ruang untuk membuat keputusan secara rasional tertutup kerana suami agak berdegil untuk tidak memaafkan kesalahan isteri yang menyebabkan pergaduhan. Suami pula tidak boleh meninggalkan pihak ketiga dan mengaku sendiri semuanya dihadapan isteri. Pada pendapat saya sebagai isteri, suami semacam tidak boleh lagi berfikiran rasional buat masa ini kerana tuntutan kerja, sambung belajar, hal rumahtangga, hal keluarga sebelah suami dan kini, perhatian kepada orang ketiga. Sebagai seorang isteri saya amat risau dengan keadaan kesihatan suami yang tidak memberansangkan dan risau akan mental breakdown. Saya sedang menunggu suatu tarikh untuk berjumpa dengan kaunselor dibawah Pejabat Agama Islam dan masih bertahan dan bersabar dengan apa jua yang berlaku. Suami bersetuju untuk berjumpa dengan kaunselor walaupun dia nekad mengatakan, pendiriannya tidak akan berubah. Suami tidak balik ke rumah pada hari raya kedua dan ketiga seperti mana yang biasa dilakukan oleh kami. Isteri masih nekad menyelamatkan perkahwinan walaupun perhubungan ini tinggal nyawa-nyawa ikan. Untuk pengetahuan, jika suami berada disamping saya, kami masih boleh berkomunikasi seperti biasa, buat perkara yang kami suka bersama-sama dan saya terutamanya akan sedaya upaya akan mengelakkan pergaduhan. Kerana saya tahu dan kenal personaliti suami saya. Selagi saya tidak dipukul atau dicederakan, selagi makan dan pakai cukup, saya tidak ada sebab untuk meninggalkan rumah kediaman kami. Saya juga seorang suri rumah sepenuh masa yang selama ini bergantung kepada pendapatan suami untuk meneruskan kehidupan. Bagaimana cara untuk saya adukan perkara ini kepada yang berkenaan dan kepada professional? Perkara pertama yang saya lakukan untuk selamatkan juga ikatan perkahwinan ini adalah dengan memujuk suami menghadiri sesi kaunseling. Adakah terdapat apa-apa nasihat guaman sekiranya perpisahan tidak dapat dielakkan? Mohon Yang lebih arif di dalam hal perundangan memberikan pendapat. Terima Kasih.

    • admin

      Reply

      Wassalam, saya amat bersimpati dengan apa yang terjadi kepada puan. Sekiranya puan merasakan perceraian adalah jalan terakhir dan yang terbaik untuk kedua-dua pihak, maka puan atau suami boleh memfailkan tuntutan perceraian di mahkamah rendah syariah di kawasan puan dan suami bermastautin. Dari segi hak-hak selepas perceraian pula, puan mempunyai hak untuk menuntut nafkah iddah, mutaah (saguhati perkahwinan), harta sepencarian, hutang perkahwinan (sekiranya wujud apa-apa hutang suami terhadap puan dalam tempoh perkahwinan). Semoga segala usaha dan urusan puan dipermudahkan keseluruhannya.

  4. Ali

    Reply

    Assalamualaikum puan maaf nak tanya isteri saya selalu marah dan tinggi suara dengan. Serta sentiasa paksa saya untuk ceraikan dia.. Alasan dia.. Dia tak ada hati dengan saya lagi.. Punca jadi semua kerana saya terlalu sibuk dengan urus perniagaan saya. Bila saya ada masa saya ajak bersama Jalan2.. Tapi dia tak nak.. Bergaduh dengan dia ajak family saya dan family dia untuk berbincang untuk cerai kan dia.. Tali tetap enggan nak lepas.. Lepas tu saya cakap dengan dia. Kalaw lepas ni awak keluar dan saya tak ikut saya akan lepaskan awak. Time tu saya tak niat untuk cerai.. Tp hanya utk pulihkn keadaan. Tp mak dia kata tu jatuh talak talik. Sendangkan saya tak tahu talak taklik mcm tu. Sekarang ni dia dah keluar tanpa izin saya dan duduk rumah mak dia.. Saya dah pujuk banyak kali utk balik. Tp still tak nak balik saya ada ckp dkt msg. Klw apa sy kata jatuh talak talik saya rujuk awak isteri sy balik. Puan apa patut sy buat. Dia nak failkn cerai dkt mahkamah.

    • admin

      Reply

      Wassalam, saya bersimpati dengan situasi encik tersebut. Usaha yang encik lakukan untuk menyelamatkan hubungan rumahtangga encik tersebut adalah amat baik. Sekiranya encik masih lagi ingin memulihkan hubungan perkahwinan encik dan isteri, encik boleh memohon kepada mahkamah syariah untuk tuntutan isteri kembali taat memandangkan isteri telah meninggalkan rumah kelamin. Berkenaan dengan lafaz taklik tersebut, pada pandangan saya tidak jatuh talak kerana wujud perkataan ‘akan’ di dalam lafaz tersebut yang bermaksud, talak akan jatuh sekiranya encik melafazkan semula talak ke atas isteri. Sekiranya, isteri masih meneruskan dengan tuntutan perceraian, beberapa proses perdamaian akan dijalankan bagi pihak-pihak untuk mengenalpasti sama ada masih ada ruang untuk mendamaikan pihak-pihak dan dalam masa yang sama ada wujud syiqaq (pecah belah) dalam perkahwinan dan punca tersebut adalah dari suami atau isteri. Proses perdamaian ini hanya akan berlaku sekiranya salah satu pihak tidak bersetuju untuk bercerai. Semoga encik diberikan ketenangan hati dan segala urusan encik dipermudahkan.

  5. Izlan

    Reply

    Assalamualaikum, saya hendak bertanya pendapat.

    Soalan ini mungkin mengaibkan saya.
    Kami telah berkahwin selama 3 tahun .saya menikah denganya atas dasar kasihan .kerana dia telah mengandung dibawah umur dan tanpa suami ,saya tolong sanggupkan.dan sekarang dia masih lagi di bawah umur.saya menikahi dia kerana saya melihat keluarganya ibarat tidak ambil kesah sehingga perkara itu berlaku.kami menikah juga berwalikan hakim.cuma setelah dia bersalin keluarganya selalu memujuk nya untuk meningalkan saya.tetapi dia masih sayangkan saya.cuma sekarang sudah tidak lagi .selama kami bersama sudah lebih berbelas kali dia lari dari rumah .dan saya selalu memujuk dia balik .dan dia balik bersama saya .cuma kali ini saya sudah tidak dapat untuk pujuk dia lagi .saya pernah ajak dia untuk sama2 ke sesi kaunseling .tetapi dia tidak mahu.cuma setahu saya sejak lebih kurang setahun kebelakangan ini dia ada melayan lelaki lain .dan saya pernah menegur dia .tetapi dia hanya minta diceraikan .bagi saya sebelum saya menikahi dia perangai nya adalah sama dengan kebelakangan ini .apabila saya mengadu pada keluarga nya .mereka hanya berdiam .dan mereka ibarat sengaja membiarkan .saya cuma hendak menyelamatkan isteri saya kerana tidak mahu dia terus hanyut .tetapi saya sudah buntu untuk melakukan bagaimana .adakah cara nya yang saya boleh lakukan .sebenar nya cara mereka adalah memang seperti itu .jenis keluarga dia adalah pergaulan bebas..bagaimana saya hendak menyelamatkan isteri dan ank nya .
    Mohon pendapat tuan

    • admin

      Reply

      Wassalam, saya bersimpati dengan apa yang ujian yang terjadi kepada encik. Secara undang-undangnya, encik dan isteri boleh membuat aduan ke pejabat agama islam berkenaan kacau ganggu yang disebabkan oleh mana-mana orang ketiga termasuk ahli keluarga. Selain itu, selagimana tidak ada sebarang kes tuntutan perceraian yang difailkan oleh mana-mana pihak, maka ikatan perkahwinan encik dengan isteri adalah masih sah dan tidak terjejas. Dalam keadaan ini, saya nasihatkan supaya encik sentiasa berdoa, mohon petunjuk dan bantuan daripada Allah untuk membantu menyelamatkan perkahwinan encik dan isteri sekiranya itu yang terbaik untuk pihak-pihak di samping terus berusaha untuk memulihkan keretakan yang muncul di dalam rumahtangga encik. In shaa Allah sekiranya itu yang terbaik, maka akan ada jalan penyelesaiannya. Semoga usaha dan doa encik tersebut dimakbulkan Allah dan segala urusan encik dipermudahkan keseluruhannya.

  6. hanafi

    Reply

    assalamualaikum bagaimana nak menggelakkan penceraian berlaku. isteri saya sudah tawar hati dgn saya dan nekad utk teruskan penceraian tetapai saya taknak lepaskan dia. saya tahu saya byk buat salah dgn dia dan sekarang saya dah insaf dah berubah tapi dia tetap taknak terima saya. adakah kalau menggunakan hakam kerana kesilapan saya tetapi saya dah berubah. boleh tak beri pandangan

    • admin

      Reply

      Wassalam, perceraian di Mahkamah hanya akan berlaku sekiranya suami atau isteri bertindak memfailkan kes perceraian. Sekiranya, tiada sebarang kes difailkan maka status pihak-pihak masih lagi sebagai suami isteri yang sah. Hakam pula adalah peringkat terakhir dalam proses perceraian di mahkamah sekiranya perdamaian sememanganya gagal untuk dicapai dan perceraian adalah solusi terakhir bagi kedua-dua pihak.

      Namun, sekiranya tiada sebarang kes perceraian difailkan, mungkin encik boleh terus berusaha untuk mendamaikan perkahwinan encik ini dengan mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga atau kenalan/kawan rapat yang mengetahui berkenaan permasalahan dalam perkahwinan encik dan isteri untuk membantu selesaikan isu yang berlaku dan memulihkan hubungan antara encik dan isteri. Di samping itu, teruskan juga berdoa dan bertawakal kepada Allah. Sekiranya ini jalan yang terbaik, semestinya Allah akan membantu memudahkan urusan encik dan isteri untuk berdamai.

  7. Sha

    Reply

    Saya baru bernikah 4 bulan. Mengenali suami dalam masa yang singkat ketika dia dalam proses perceraian. Perkahwinan saya tidak direstui keluarga suami kerana sayangkan bekas isteri suami. Selama perkenalan, suami tak selalu jenguk anaknya kerana bekas isteri menghalang untuk berjumpa dan tidak menghiraukan ikatan bapa dan anak. Setelah bernikah, bekas isteri mengfailkan hak jagaan anak sepenuhnya pada dirinya dan memberi hak lawatan dan bermalam pada suami hanya cuma di rumah ibu suami sahaja. Anak tidak boleh dibawa keluar kerana takut bawa berjumpa dengan saya. Kini bekas isteri sering update pada suami soal anak yang rindukan ayahnya, dan hampir setiap hari anaknya akan memujuk suami untuk pulang dan tidur bersama di rumah ibu suami. Suami yang sememangnya memanjakan anak dari dulu terpaksa membahagikan hari antara tidur dengan saya dan tidur dengan anaknya dirumah ibunya. Suami kini pernah berkata ingin rujuk semula dengan bekas isteri kerana simpatikan anak dan desakan keluarganya. Sekiranya saya tidak mahu bercerai kerana sayangkan perkahwinan ini, apa patut saya lakukan?

    • admin

      Reply

      Salam, dalam keadaan ini, sekiranya suami dan bekas isteri bersetuju untuk bernikah semula, dan puan juga bersetuju dengan keputusan tersebut, maka tiada masalah untuk perkara ini diteruskan dan puan juga tidak perlu memohon perceraian. Namun, sekiranya suami sememangnya tidak bersetuju untuk bernikah semula dengan bekas isteri dan punca permasalahan adalah disebabkan oleh terma hak melawat/bermalam dengan anak-anak yang membataskan tempat perjumpaan dengan anak tersebut, maka suami puan boleh memfailkan kes ubah perintah hak jagaan anak. Mahkamah akan menilai semula terma-terma yang dibuat tersebut sama ada masih relevan dengan cara kehidupan pihak-pihak sekarang dan mempertimbangkan sebarang kemudharatan yang berlaku kepada anak tersebut mahupun ibu dan bapa anak tersebut.

  8. Fitri

    Reply

    Assalamualaikum cik/puan.isteri saya ingin saya lepaskan dia disebabkan salah faham.nafkah zahir batin semua mencukupi.tetapi isteri cakap sudah tawar hati dengan saya.saya sudah cuba pujuk dan merayu tetapi dia tetap nak berpisah.bila saya ajak oergi kaunseling dia cakap taknak yang dia nak saya pisahkan dia saja.bolehkah saya menuntut hak kembali taat kepada isteri saya?

    • admin

      Reply

      Wassalam, ya encik boleh memfailkan tuntutan kembali taat terhadap isteri di mahkamah. Dengan syarat, encik sememangnya menjalankan kesemua tanggungjawab encik selaku suami kepada isteri dan tidak menyebabkan sebarang kemudaratan kepada isteri kerana perkara ini akan dipertimbangkan oleh mahkamah dalam meluluskan tuntutan encik tersebut.

  9. Jamaliah

    Reply

    Assalamualaikum,

    Suami dah rujuk sbb dan ikut igatan si isteri dia pernah kata nak kembali padanya. Namun setelah rujuk suami berkeras mengatakan tidak pernah berkata sedemikian. Suami berkeras mengatakn dia tidak pernah kata sedemikian dan suami telah meninggal isteri dan anak2 dirumah tanpa ada berita dan mengikuti perempuan lain. (Suami Curang).

    Adakah rujuk tersebut tidak sah? Jika sah..adakah isteri perlu memohon penceraian di mahkamah dan bagaimana pula dengan tempoh iddah.. kerana isteri terpaksa bekerja untuk menyara anak2 dan menghantar anak kesekolah.

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, dalam keadaan ini, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz rujuk di mahkamah syariah untuk hakim teliti fakta kes tersebut. Sekiranya hakim mensabitkan bahawa tiada sebarang lafaz rujuk yang berlaku, maka status perceraian pihak-pihak adalah kekal dan isteri perlu sambung iddah sehingga tamat. Sekiranya mahkamah mengesahkan lafaz rujuk berlaku dan sah, isteri boleh memohon perceraian di mahkamah sekiranya masih ingin meneruskan dengan perceraian. Tempoh iddah bercerai talak raji’e tidak memberi apa-apa kesan kepada rutin harian isteri sekiranya perlu bekerja mahupun menguruskan anak-anak sekolah selagimana masih menjaga batas yang ditetapkan oleh syarak.

  10. Natasha

    Reply

    Salam. Sy nk tnye . boleh ke time mengandung isteri failkan cerai atas sbb suami selalu beri tekanan emosi dan mental kepada isteri dan tidk mmberikan nafkah dn tiada sefahaman antara kami. Mohon oenjelasan . sy tertekan hdup dengan dia dengan mngndung lagj .

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, sekiranya sudah tiada jalan perdamaian di antara puan dan suami dan berpisah adalah solusi terakhir, maka puan boleh sahaja memfailkan tuntutan perceraian di mahkamah rendah syariah walaupun dalam keadaan mengandung. Cuma tempoh iddah puan akan menjadi lebih panjang berbanding perceraian biasa kerana iddah perempuan mengandung adalah sehingga melahirkan anak. Semoga puan sentiasa diberikan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.

  11. AZ

    Reply

    Asalamualaikum Encik..saya ada soalan untuk bertanya.. Sekiranya si suami membuat Rujuk semula ke atas isterinya dalam keadaan terpaksa dan bukannya dengan kerelaan hati si suami..bukan dipaksa tetapi terpaksa atas sebab tertentu..adakah Rujuk tersebut Sah atau tidak? Rujuk tersebut dilafazkan jelas akan tetapi niat dari hati si Suami tersebut adalah dalam keadaan terpaksa.. saya mohon penjelasan serba sedikit boleh?

    • admin

      Reply

      Wassalam Encik, pada pandangan saya, sekiranya lafaz rujuk yang dibuat itu adalah soreh (jelas), maka niat suami adalah tidak relevan kerana lafaz rujuk tersebut adalah jelas. Walaubagaimanapun, suami isteri yang telah rujuk hendaklah melaporkan rujuk tersebut di pejabat agama islam daerah (PAID) untuk direkodkan. Pendaftar di PAID akan menjalankan siasatan ringkas untuk memastikan sama ada rujuk tersebut adalah sah sebelum ia direkodkan.

  12. Fat

    Reply

    Kalau saya dah taknak teruskan perkhawinan kerana betul betul tawar hati dengan tingkah laku suami sejak berbelas tahun, tetapi suami berkeras tidak mahu melepaskan saya, bagaimana ye puan?penceraian yang bagaimana saya boleh tuntut di mahkamah? Boleh bagi penerangan…..

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, puan boleh membuat tuntutan perceraian di bawah seksyen 47 mahkamah syariah. Secara umumnya, prosedur tuntutan perceraian ini melibatkan kaedah perdamaian dan sekiranya tidak berjaya dan suami masih enggan untuk lafazkan talaq, hakam akan dilantik untuk menilai sama ada benar-benar wujud syiqaq (pecah belah) di antara suami dan isteri. Hakam akan menilai mengenai unsur syiqaq ini puncanya adalah dari siapa. Sekiranya puncanya datang dari suami, maka hakam akan melafazkan talaq bagi pihak suami. Sekiranya punca syiqaq itu datangnya dari isteri, maka perceraian tersebut adalah secara khulu’ (tebus talak). Sekiranya tuntutan perceraian tidak berjaya, puan boleh teruskan dengan tuntutan fasakh (boleh rujuk seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor) atau tuntutan pengesahan ta’liq (ta’liq akad nikah). Namun, kedua-dua jenis tuntutan ini memerlukan pembuktian yang lebih kukuh dan alasan-alasan tertentu kerana ia melibatkan proses bicara. Bagi tuntutan perceraian, tidak perlu kepada proses bicara maka prosedurnya lebih mudah.

  13. ASA

    Reply

    assalamualaikum, saya nak bertanya , saya perkahwinan saya baru sahaja mencecah hanpir 9 bulan , dan sekarang saya mengandung hampir 4bulan .. tetapi selepas 2 bulan perkahwinan saya mendapati suami saya curang dengan saya dan mereka berniat untuk berkahwin .. suami saya pun sudah jujur dengan saya yang dia sayangkan wanita itu dan akan menghalalkan wanita itu .. dia sudah bercinta dengan wanita itu sebelum saya dan suami bertunang .. saya rasa ditipu .. sudah beberapa kali saya bg peluang kepada suami saya untuk berubah tetapi dia masih meneruskan niat untuk menghalalkan wanta itu .. selalu membangga2kan wanita itu dihadapan saya .. seolah2 kedudukan saya sebagai seorang isteri terlalu rendah dimata suami .. baru berkahwin tapi saya tak merasa kemanisan rumahtangga .. makin lama hati saya makin tawar .. suami saya sering tak pulang ke rumah .. oleh kerana saya dapat tahu yang suami saya mempunyai kunci rumah wanita itu .. saya beranggapan kemungkinan dia selalu bermalam di sana .. segala bukti kecurangan suami saya .. saya ada .. mohon pencerahan ya

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, sekiranya puan merasakan sudah tidak ada lagi jalan atau cara untuk memulihkan hubungan dan kasih sayang antara puan dan suami, dan berpisah adalah jalan terbaik, maka puan boleh teruskan dengan memfailkan tuntutan perceraian. Di dalam tuntutan itu, puan boleh kemukakan alasan telah tiada persefahaman dan wujud pecah belah dalam rumahtangga. Semoga puan dikurniakan ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

  14. Im

    Reply

    Assalamualaikum.. Sy Nk tnya.. Isteri sy telah failkan cerai.. Pada mula sy sbgai suami dh bersetuju.. Mkhamah dh tetap kn tarikh utk sbutan ceraii.. Tetapi boleh tak sy tukar tuntutan tu kepada tidak setuju.. Sy bercadang nk hadir sesi kaunseling dulu..boleh ke

    • admin

      Reply

      Salam encik, pada pandangan saya, boleh sahaja untuk tidak bersetuju kerana sebelum mahkamah perintahkan suami untuk lafaz cerai, mahkamah akan tanya pihak-pihak terlebih dahulu tentang keputusan masing-masing sama ada benar-benar bersetuju atau tidak untuk teruskan dengan proses cerai. Sekiranya salah satu pihak tidak bersetuju, mahkamah akan perintahkan untuk dilantik wakil jawatankuasa pendamai dari pihak suami dan juga isteri.

  15. Yatie

    Reply

    Assalamualaikum… Saya nak tanya pendapat.. Saya dengan suami saya tak tinggal sebumbung.. Dalam masa 2 mggu.. Saya keluar rumah.. Sebab sakit hati.. Saya dah buat fail makhamah.. Suami saya tak ank lepas kan saya.. Dalam masa yang sama saya tak nak berpisah.. Keluarga saya tak restu saya kembali dengan suami.. Sekarang.. Tengah tunggu keputusan mkhamah.. Tapi suami saya nk berdamai.. Saya keliru nak pilih keluarga atau pun suami.. Sebab kluarga saya daha bagi tahu kalau sya trus dgn suami.. Keluarga saya buang sya.. Tapi skrg.. Saya belum cerai lagi..

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, sekiranya kedua-dua pihak masih ada ruang untuk memulihkan hubungan dan kasih sayang, maka sebaiknya berbaiklah. Di dalam proses tuntutan perceraian juga ada proses perdamaian yang melibatkan wakil dari kedua-dua pihak. Mungkin satu kata sepakat boleh dicapai antara keluarga masing-masing untuk mendamaikan semua pihak. Mahkamah pula dalam membuat pertimbangan untuk menentukan sama ada wajar untuk dibenarkan talak dijatuhkan ke atas isteri, akan melihat kepada sama ada wujud syiqaq (pecah belah) dalam perkahwinan pihak-pihak. Maka, sekiranya suami tidak bersetuju untuk cerai, ia adalah terletak pada mahkamah untuk menentukan sama ada alasan yang puan kemukakan itu munasabah atau tidak untuk membuktikan sama ada benar-benar wujud pecah belah yang mewajarkan perceraian berlaku. Sekiranya puan tidak mahu bercerai, puan boleh sahaja menarik balik kes. Semoga puan dikurniakan ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

  16. ibu sakura

    Reply

    Assalammualaikum, maaf menganggu.

    1.jika suami kerap halau isteri dari rumah (berambus la kau sana, aku tak nak tengok muka kau lagi(isteri tak pasti, suami lafazkan ayat dengan niat menceraikan atau x)) apa perlu dibuat ?

    2.jika isteri failkan cerai, sementara tunggu tarikh ke mahkamah bole ke serumah dan sibilik atau serumah sahaja.

    3.jika penceraian disahkan, anak² bawah 18tahun layak ke dapat pada isteri beserta nafkah anak² ?

    • admin

      Reply

      Salam puan, berdasarkan situasi puan, pada pandangan saya lafaz yang dibuat oleh suami tersebut adalah lafaz yang tidak jelas dan perlu dipastikan niat sebenar suami semasa lafaz tersebut dibuat. Oleh itu, ia perlu dirujuk di mahkamah untuk hakim menyiasat lebih teliti tentang keesahan lafaz tersebut sama ada jatuh talak atau tidak. Sepanjang proses perceraian di mahkamah, saya sarankan adalah lebih baik untuk kedua-dua suami dan isteri tinggal secara berasingan sehingga proses cerai selesai. Sekiranya perceraian telah disahkan, isteri boleh membuat tuntutan hak jagaan anak (tuntutan hadhanah) dan tuntutan nafkah anak di mahkamah syariah. Mengikut peruntukan undang-undang, secara umumnya ibu adalah paling berhak untuk mendapat hak jagaan anak selagimana si ibu memenuhi kriteria dan kelayakan yang telah ditetapkan dalam enakmen undang-undang keluarga islam serta tertakluk kepada kebajikan dan pilihan anak sendiri bagi anak yang telah mencapai umur mumayyiz.

  17. Izan

    Reply

    Assalamualaikum, suami pernah lafazkan ‘kita berpisah’ dan dia berniat kejadian berlaku pada tahun lalu tapi sehingga ke hari ini tiada pendaftaran dbuat kerana dia juga menyelsali perbuatan nya itu, saya juga dari awal memang tak nak bercerai. Apakah yg harus kami lakukan adaka sy boleh mbela diri untuk tidak bercerai?

    • admin

      Reply

      Salam puan, untuk situasi puan ini saya berpendapat sekiranya suami mengaku yang dia berniat untuk cerai semasa lafazkan kita berpisah itu, maka talak adalah jatuh. Malah, lafaz ‘kita berpisah’ tersebut adalah lafaz soreh (jelas) yang menjadikan niat suami semasa lafazkan cerai itu adalah tidak relevan. Jadi saya nasihatkan puan dan suami untuk pergi ke mahkamah dan failkan pengesahan lafaz cerai untuk hakim siasat fakta kes dengan teliti.

  18. Yg ingin bahagia

    Reply

    Assalamualaikum..
    Saya dan suami telah berkahwin selama hampir 9 tahun dan dikurniakan 3 orang anak. Kami berkahwin atas dasar cinta tapi dari hari ke hari perasaan itu hilang disebabkan perangai2 suami yang tidak disenangi. Antaranya ialah:

    1. Hampir semua kerja2 rumah dan memenuhi keperluan harian anak dilakukanoleh saya sendirian. Walhal saya juga bekerja.
    2. Apabila saya meminta suami melakukan sesuatu, adakalanya langsung tak dihiraukan.(Suruh pasang rail langsir pun sampai sekarang dah 5 tahun tak dipasang.Padahal rail tu ade je)
    3. Suami sejenis manusia yang takkan buat apa2 tanpa disuruh. Biasanya selesai berpantang di kampung, apabila pulang semula ke rumah, rumah macam tongkang pecah. Dapur sampai berkulat! Tandas dan bilik air tu jangan cakapla.
    4.Suami tidak solat.Ini memang saya paling tidak suka. Dia boleh habiskan masa sepanjang malam bermain games, tapi xboleh nak tolong buatkan susu anak waktu malam sedangkan dia belum tidur.
    5. Saya tak boleh terima suami suka mencarut. Anak2 pun kadang2 dicarutnya. memang panas hati saya bila dengar.

    Pada awalnya saya masih menegur(membebel) kepadanya tapi suami sentiasa mengulangi perangai tersebut. Sejak 2 tahun yang lepas saya memilih untuk berdiam diri. Bercakap apabila ada hal2 penting sahaja. Dan sekarang saya langsung tidak bertegur sapa dan memandang wajahnya sebab rasa benci makin tebal. Sekarang, saya menganggap dia sudah tiada dan hanya memenuhi keperluan anak2 walaupun kami tinggal serumah.

    Tiada lagi persefahaman antara kami. Saya amat2 tertekan kerana saya tahu dosa seorang isteri jika tidak mentaati suami. Tapi hati saya sudah mati untuknya. Oleh sebab itu, saya ingin memohon cerai tetapi tidak pasti cerai yang bagaimana. Bolehkah saya terus memohon fasakh atas sebab2 dibawah:

    1. Suami tidak memenuhi nafkah batin. Bukan sekadar tiada gurau senda malah kami tidak bersama sudah lebih2 tahun. Kali terakhir adalah Februari 2020, di mana saya mengandungkan anak bongsu yang kini berusia 16 bulan.
    2. Kami tidak lagi tidur sebilik sejak saya melahirkan anak bongsu.

    Saya benar2 ingin keluar dari penyiksaan batin ini dan mencari sinar baru dalam hidup saya. Saya mohon pandangan puan tentang kes saya ini. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Salam puan, berdasarkan situasi puan ini, saya berpendapat puan boleh membuat tuntutan fasakh atas alasan suami tidak penuhi nafkah batin kerana alasan ini ada diperuntukkan di dalam enakmen undang-undang keluarga islam yang mana, isteri boleh mohon fasakh jika suami tidak memenuhi keperluan nafkah batin untuk tempoh lebih setahun tanpa sebab munasabah. Namun begitu, saya cadangkan sekiranya puan ingin bercerai dengan suami, adalah lebih baik untuk puan teruskan dengan tuntutan perceraian di bawah seksyen 47 kerana ia tidak melibatkan proses perbicaraan yang panjang sepertimana fasakh.

  19. Reply

    Assalamualaikum, encik. Saya ingin bertanya, bolehkah sekiranya saya tidak bersetuju untuk di ceraikan suami di mahkamah? Suami ingin menceraikan saya kerana ingin berkahwin lain. Saya rasakan perceraian adalah hukuman yg tidak adik dan zalim untuk saya sedangkan saya tiada berbuat salah pada suami.

    • admin

      Reply

      Salam puan, ya puan ada hak untuk tidak bersetuju terhadap perceraian di mahkamah. Sekiranya, salah satu pihak tak bersetuju, terdapat beberapa prosedur yang akan dilakukan dan mahkamah juga akan siasat fakta kes dan melihat kepada aspek tertentu dalam menentukan sama ada perceraian adalah wajar ke atas pihak-pihak. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa.

  20. norsiah kamis

    Reply

    assalammualaikum. sy pernah ckp dengan suami mahu ke pejabat agama untuk failkan cerai tapi pada masa tu sbb sy terlalu marah dan keluarkan perkataan seperti itu.. baru2 ni suami telah berkata kepada sy untuk menyuruh ke pejabat agama untuk membuat apa yg telah sy katakan sebelum ni.. apakah jatuh talak ketika suami berkata seperti ini kepada? apakah nasihat puan untuk sy bagi kes seperti ini. terima kasih.

    • admin

      Reply

      Salam puan, berkenaan tuntutan perceraian, ia perlu dibuat di mahkamah rendah syariah di kawasan pemohon bermastautin dan bukan di pejabat agama. Pejabat agama hanya akan keluarkan sijil cerai setelah mahkamah mengeluarkan perintah sabitnya perceraian. Seterusnya, berdasarkan situasi puan pula, pada pandangan saya, lafaz yang diucapkan suami itu adalah berbentuk kinayah iaitu memerlukan penjelasan niat suami sama ada berniat untuk cerai atau tidak semasa suami mengucapkan ayat tersebut. Maka, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah untuk hakim siasat fakta lafaz yang diucap suami serta niat beliau dalam mengesahkan berlakunya perceraian atau tidak. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa dan kerja.

  21. Reply

    Assalamualaikum..

    Saya ingin bertanya jika perceraian secara hakam bolehkah si isteri membuat tuntutan seperti perceraian talak iaitu tuntutan mutaah, nafkah edah, nafkah anak dan lain-lain. Terima kasih

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, isteri tidak layak mendapat mutaah dan nafkah iddah. Namun, isteri boleh membuat tuntutan lain seperti harta sepencarian, tuntutan nafkah anak dan jagaan anak kerana ia tidak berkaitan dengan isu perceraian.

  22. Ahmad Sabidi

    Reply

    Saya berumur 37 thn dan mempunyai 2 orang isteri. Saya baru berkahwin dengan isteri kedua lebin kurang 2 bulan. Masalah yang berlaku skrg adalah isteri kedua saya berumur 27 thn ini terlalu kurang ajar dan terlalu jahat kepada saya akibat daripada perasaan cemburunya yang keterlaluan.

    Beliau sayang kepada saya dan dalam masa yang sama tidak mahu berkongsi kasih dengan isteri pertama saya. Beliau sanggup memfitnah saya akibat perasaan cemburu yang keterlaluan ini. Saya tidak dihormatinya sekiranya saya pulang ke rumah isteri pertama. Beliau juga akan melakukan keganasan rumahtangga seperti memecahkan barang rumah, menjerit seperti orang gila, berkelakuan gila sehingga sanggup keluar tingkap dan menggugut untuk terjun bunuh diri akibat marah sekiranya permintaannya tidak dipenuhi oleh saya (cth: tidak teman dia makan, lambat balas mesej, tidak membelikan barang yang dia nak, dan macam2 lagi)

    Beliau kerap memalukan saya dikhalayak ramai walaupun hanya disebabkan perkara2 kecil.

    Saya skrg sperti seorang suami dayus diperlakukannya dan teruk dimaki hamun dengan kata2 yang terlampau kesat. Beliau tahu saya mempunyai isteri dan seorang anak semasa diawal perkenalan kami.

    Sekarang, beliau mengongkong segala pergerakan saya dan jika tidak, beliau akan mengamuk, menjerit seperti orang gila.

    Saya berasa terlalu tertekan dan ingin memohon penceraian tetapi beliau tidak mahu bercerai dan beliau mengugut untuk merosakkan karier saya kerana baru-baru ini, beliau telah membuat laporan polis ke atas saya dengan menuduh saya menolaknya sehingga jatuh. Apabila beliau mengamuk, saya perlu memegangnya supaya beliau tenang dan tidak menjadikan keganasannya bertambah teruk. Akibat saya memegangnya dan beliau agresif, tangan nya menjadi lebam dan beliau mengambil kesempatan tersebut untuk mendapatkan laporan doktor yg mengatakan bahawa kesan lebam tersebut adalah akibat keganasa rumah tangga yang dibuat oleh saya. Beliau terlalu kerap menipu.

    Apa perlu saya bt supaya saya dapat melepaskan beliau dari ada apa-apa ikatan dengan saya?

    Beliau membuatkan saya trauma dan terlalu benci kepadanya. Beliau banyak kali bercakap bahawa beliau tidak kisah walaupun saya membencinya dan yang penting baginya, saya wajib memberikan wang dan melayan nafsu gila nya.

    Apa perlu saya buat? Tiada lagi jalan untuk saya mengubahnya kerana beliau tidak akan dengar nasihat. TIDAK AKAN DENGAR NASIHAT SAYA.

    • admin

      Reply

      Salam Encik. Saya bersimpati dengan keadaan encik dan mungkin ini ujian untuk Encik dalam berpoligami. Encik cuba dahulu perbaiki keadaan, banyakkan solat berjemaah, makan berjemaah, buat kerja rumah berjemaah, adakan sesi taalim(berkongsi ilmu) bersama-sama, doa, dan solat malam. Mudah-mudahan isteri kedua encik dapat lembut hati, boleh berfikiran rasional dan berubah. Namun, sekiranya keadaan masih sama, encik failkan permohonan cerai di mahkamah. Sekiranya isteri membuat ugutan, abaikan sahaja dan boleh buat laporan polis untuk kegunaan pada masa akan datang.

  23. Muhammad Akmal b.alyas

    Reply

    Saya tidak tahu dimana isteri dan sudah 1tahun dia tidak hubungi saya..mcm fail kan cerai

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Encik boleh teruskan pemfailkan kes permohonan cerai di mahkamah. Gunakan alamat terakhir isteri yang diketahui ataupun mana-amana alamat yang berkemungkinan isteri dapat menerima dokumen mahkamah.

  24. Dila

    Reply

    Assalamualaikum…saya nak bertanya..bila isteri meminta cerai atas sebab kesalahan suami,,selepas itu boleh ke suami meminta ganti rugi apa apa?

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Tiada gantirugi boleh dituntut oleh suami. Hak selepas perceraian adalah hak isteri untuk menuntut nafkah iddah, mutaah, dll. Sekiranya suami merasakan isteri nusyuz, suami perlu memfailkan kes nusyuz untuk mahkamah tentutakan samada isteri nusyuz atau sebaliknya, dan kesan isteri nusyuz adalah isteri tidak berhak mendapat nafkah dalam tempoh nusyuz tersebut.

  25. Siti dzaliza

    Reply

    Assalamualaikum suami failkan cerai terhadap sya pd 11/9/2019 ini tetapi sy tidak mahu bercerai dengan ape perlu sy buat jika sya tidak hadir ke makamah nt adkah kes ini akan dilanjutkan tanpa kehadiran sya sebagai defenden

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Untuk situasi begini, Mahkamah berhak meneruskan kes tanpa kehadiran Defendan. Maka, nasihat saya untuk mana-mana orang yang telah dinamakan sebagai Defendan/Responden dalam sesuatu kes untuk hadir ke setiap prosiding mahkamah agar tidak terlepas dari perkembangan kes dan dapat membela diri atas tuntutan Plaintif.

  26. Along

    Reply

    Jika isteri sye ingin bercerai tetapi sye xnk…adakah mse sbelum bicara itu menjadi haram untuk sye dan dye tnggal bersama???

    • admin

      Reply

      Salam encik, boleh sahaja untuk tinggal bersama selagimana belum melafazkan cerai kerana kedua-dua pihak masih lagi suami isteri.

  27. Amy

    Reply

    Salam puan. Kalau isteri dh fail kn penceraian atas lafaz yg dibuat oleh suami. Tp sblm tarikh perjumpaan kedua pihak, isteri telah bertanya semula sama ada suami mmg berniat tetapi suami ckp xberniat dan telah berdamai. Ada kah boleh utk membatalkan permohonan yg telah dibuat atau bagaiman?

    • admin

      Reply

      Wassalam, isteri boleh memohon untuk menarik balik kes di mahkamah. Namun, saya berpandangan, sebaiknya teruskan sahaja dengan kes tersebut untuk hakim siasat sendiri niat sebenar suami kerana pengakuan niat tersebut hanya boleh dibuat di hadapan hakim sahaja.

  28. Insan Keliru

    Reply

    Assalamualaikim… ada tak.kemungkinan proses penceraian n tuntutan selesai sehingga 4 tahun?

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, kes tuntutan perceraian kebiasaannya paling lama adalah setahun dan tidak lebih dari itu kerana tuntutan perceraian tidak melibatkan perbicaraan di antara pihak-pihak. Prosedur yang terlibat hanyalah jawatankuasa pendamai, hakam keluarga dan hakam panel.

  29. Nasiha

    Reply

    My story is like this. I berkahwin dengan suami pada 22/12/2017. At that time, my family, his family and I are aware that he is duda. When he submitted the documents for us to get married, he declared himself as duda. Actually this is the 3rd marriage of him. I attached surat kebenaran bernikah, sijil cerai kali kedua beliau, dan surat akuan duda.

    Our marriage was fine at the beginning. Until I found out that my husband still jumpa his ex wife (second ex wife.). I found a video of him and his ex wife on bed, video dekat club menari dan minum, pergi bercuti bersama behind my back and photos of them together. Mulanya I nak buat report berkenaan dengan gangguan orang ketiga under section 32,33 and 34 of Enakmen Jenayah Sayriah.

    Tapi pada bulan November 2018, he made a confession saying that they were actually dah rujuk even before we get married. It just that mereka tak register rujuk tu dekat pejabat agama dan hanya rujuk dalam waktu iddah. I don’t know how they rujuk (probably by having sex during iddah, so they assumed that they are rujuk already). My husband hanya register perceraian mereka yang ke dua sahaja dekat court. Dan tak register about their rujuk.

    I rasa teraniaya dan tertipu dengan perbuatan dia tu. If I know from the beginning dia suami orang, I tak akan proceed dengan perkahwinan ni. He admitted that he lied, cheated and betrayed me because otherwise I surely tak akan berkahwin dengan dia kalua I tahu dia dah rujuk semula. Fyi, his family menentang perkahwinan dia dengan ex wife dulu. Sebab tu dia hanya failkan cerai untuk kaburi mata keluarga dia bahawa dia dah bercerai.

    I told him to make a decision whether nak teruskan perkahwinan dengan I atau nak proceed dengan ex wife dia. But he doesn’t want to make decision because he wants to keep both. In which I tak nak bermadu. Even he wants to practice polygamy pun, it is against the law due to these reasons :-

    1. He declared himself as duda bila kami berkahwin – section 38 akta undg2 keluarga islam (pemalsuan dokumen utk mendapatkan perkahwinan)
    2. He didn’t register his rujuk with his ex wife in court. In fact the rujuk happened before we got married. Adakah rujuk tu sah? – section 51 akta undg2 keluarga islam (hidup semula sbg suami isteri atau rujuk)
    3. To practice polygamy – section 123 akta undg2 keluarga islama (poligami tanpa kebenaran mahkamah)
    4. Section 131 (Bersedudukan dan persetubuhan luar nikah antara org bercerai)

    I really need your help and seek for your advice on what should I do. He told me he doesn’t want to let me go and want to keep both of us. I tak rela untuk hidup bermadu and I want to file for divorce since dia tak nak make any decision. I believe if I didn’t take any action, this thing will drag and takda kesudahan. I want it to be stop dan perbetulkan apa yang tak betul especially bila dia tak daftar rujuk dan tipu berkenaan status beliau.

    My planning nak file divorce dalam minggu ni but my frens told me need to engage a lawyer since this case is really complicated. In fact dia tak bagi I keluar dari rumah tu selagi court tak decide and make any order. He told me he has the rights to counter claim in court and can challenge my petition to divorce.

    Secara legal and on paper, memang im the only wife. Tetapi behind my back he is actually got another wife. I tak nak bersubahat diatas dosa yang mereka lakukan behind me. I nak tahu apa hak I sebagai isteri di atas perbuatan beliau. And if we are divorce, I nak claim ganti rugi sebab dah musnahkan hidup dan masa depan I atas penipuan tersebut. If I tahu dia suami orang, I tak akan risk my life to be with him.

    • admin

      Reply

      Salam puan, maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa dan kerja. Berkenaan dengan isu ruju’, peruntukan undang-undang di Malaysia hanya mengktiraf ruju’ secara lisan sahaja kerana kita berpegang dengan mazhab shafie. Pengesahan ruju’ juga mesti dibuat di mahkamah syariah dan didaftarkan sepertimana pernikahan dan perceraian. Dalam situasi puan ini, saya berpandangan, sekiranya puan nekad untuk bercerai, puan boleh sahaja meneruskan dengan tuntutan perceraian di mahkamah syariah dan puan boleh kemukakan segala bukti yang puan ada untuk mengukuhkan lagi alasan tuntutan perceraian tersebut. Walaupun suami mendakwa beliau berhak untuk counter claim dan sebagainya, pertimbangan masih terletak pada mahkamah untuk menentukan sama ada pihak-pihak wajar bercerai atau tidak dengan melihat kepada keterangan pihak-pihak. Sekiranya mahkamah berpuas hati bahawa wujud pecah belah dalam perkahwinan, maka hakam boleh menjatuhkan talak ke atas isteri sekiranya suami enggan untuk bercerai. Berkenaan ganti rugi pula, puan boleh membuat tuntutan muta’ah (wang saguhati kepada isteri bagi perceraian yang berpunca daripada suami) setelah pihak-pihak telah bercerai. Semoga puan dikurniakan ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

  30. Nasiha

    Reply

    My story is like this. I berkahwin dengan suami pada 22/12/2017. At that time, my family, his family and I are aware that he is duda. When he submitted the documents for us to get married, he declared himself as duda. Actually this is the 3rd marriage of him. I attached surat kebenaran bernikah, sijil cerai kali kedua beliau, dan surat akuan duda.

    Our marriage was fine at the beginning. Until I found out that my husband still jumpa his ex wife (second ex wife.). I found a video of him and his ex wife on bed, video dekat club menari dan minum, pergi bercuti bersama behind my back and photos of them together. Mulanya I nak buat report berkenaan dengan gangguan orang ketiga under section 32,33 and 34 of Enakmen Jenayah Sayriah.

    Tapi pada bulan November 2018, he made a confession saying that they were actually dah rujuk even before we get married. It just that mereka tak register rujuk tu dekat pejabat agama dan hanya rujuk dalam waktu iddah. I don’t know how they rujuk (probably by having sex during iddah, so they assumed that they are rujuk already). My husband hanya register perceraian mereka yang ke dua sahaja dekat court. Dan tak register about their rujuk.

    I rasa teraniaya dan tertipu dengan perbuatan dia tu. If I know from the beginning dia suami orang, I tak akan proceed dengan perkahwinan ni. He admitted that he lied, cheated and betrayed me because otherwise I surely tak akan berkahwin dengan dia kalua I tahu dia dah rujuk semula. Fyi, his family menentang perkahwinan dia dengan ex wife dulu. Sebab tu dia hanya failkan cerai untuk kaburi mata keluarga dia bahawa dia dah bercerai.

    I told him to make a decision whether nak teruskan perkahwinan dengan I atau nak proceed dengan ex wife dia. But he doesn’t want to make decision because he wants to keep both. In which I tak nak bermadu. Even he wants to practice polygamy pun, it is against the law due to these reasons :-

    1. He declared himself as duda bila kami berkahwin – section 38 akta undg2 keluarga islam (pemalsuan dokumen utk mendapatkan perkahwinan)
    2. He didn’t register his rujuk with his ex wife in court. In fact the rujuk happened before we got married. Adakah rujuk tu sah? – section 51 akta undg2 keluarga islam (hidup semula sbg suami isteri atau rujuk)
    3. To practice polygamy – section 123 akta undg2 keluarga islama (poligami tanpa kebenaran mahkamah)
    4. Section 131 (Bersedudukan dan persetubuhan luar nikah antara org bercerai)

    I really need your help and seek for your advice on what should I do. He told me he doesn’t want to let me go and want to keep both of us. I tak rela untuk hidup bermadu and I want to file for divorce since dia tak nak make any decision. I believe if I didn’t take any action, this thing will drag and takda kesudahan. I want it to be stop dan perbetulkan apa yang tak betul especially bila dia tak daftar rujuk dan tipu berkenaan status beliau.

    My planning nak file divorce dalam minggu ni but my frens told me need to engage a lawyer since this case is really complicated. In fact dia tak bagi I keluar dari rumah tu selagi court tak decide and make any order. He told me he has the rights to counter claim in court and can challenge my petition to divorce.

    Secara legal and on paper, memang im the only wife. Tetapi behind my back he is actually got another wife. I tak nak bersubahat diatas dosa yang mereka lakukan behind me. I nak tahu apa hak I sebagai isteri di atas perbuatan beliau. And if we are divorce, I nak claim ganti rugi sebab dah musnahkan hidup dan masa depan I atas penipuan tersebut. If I tahu dia suami orang, I tak akan risk my life to be with him.

    • admin

      Reply

      Salam puan, maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa dan kerja. Berkenaan isu ruju’, undang-undang Malaysia hanya mengiktiraf ruju’ secara lisan sahaja dan MESTI dibuat pengesahan di mahkamah syariah serta perlu didaftarkan sepertimana pernikahan dan perceraian. Berkenaan perceraian pula, sekiranya puan nekad untuk bercerai, maka puan boleh sahaja teruskan dengan failkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah. Boleh juga kemukakan alasan-alasan sepertimana yang puan nyatakan dan masukkan juga disebabkan alasan itu telah wujud pecah belah dalam perkahwinan. Memang betul suami berhak untuk counter claim tuntutan tersebut. Namun, mahkamah akan mempertimbangkan alasan kedua-dua pihak dalam menentukan sama ada wujud pecah belah di antara suami dan isteri yang mewajarkan untuk dibenarkan talak jatuh ke atas isteri atau sebaliknya. Berkenaan tuntutan ganti rugi pula, puan boleh membuat tuntutan muta’ah (wang saguhati kepada isteri bagi perceraian yang berpunca daripada suami) terhadap suami selepas berlakunya perceraian. Semoga puan dikurniakan ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

  31. Cda

    Reply

    Salam admin. Bolehkah seoranh isteri meninggalkan rumah setelah memfailkan perceraian? Atau perlu tinggal bersama sehingga mahkamah memutuskan mereka sah bercerai?

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Untuk situasi sebegini, sekiranya suami tidak mendatangkan kecederaan fizikal kepada puan, saya nasihatkan untuk terus tinggal di rumah yang sama. Sekiranya suami menggunakan kekerasan fizikal, puan boleh keluar dari rumah dan dalam masa yang sama membuat laporan polis.

  32. Pulau

    Reply

    Adakah Dalam proses penceraian Di mana kes belum Di failkan Di mahkamah isteri boleh meninggalkan rumah atas alasan tidak mahu bersama.

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Pada pandangan saya, selagi suami tidak menggunakan kekasaran fizikal, adalah lebih baik untuk isteri masih tinggal di rumah yang sama.

  33. Wardah.

    Reply

    ASSALAMUALAIKUM PUAN, BAGAIMANA UTK SY MEMBELA DIRI? SUAMI SY TERMAKAN HASUTAN ORANG DAN DIA INGIN MENCERAIKAN SY? TETAPI SY ENGGAN BERCERAI DGN NYA 19/11/18 TARIKH PEMBICARAAN. MACAM MANA SY INGIN BAGITAHU BAHAWA SY TIDAK MAHU BERCERAI. KERANA HUBUNGAN SY DAN SUAMI SEBELUM NI TIADA APA APA MASALAH. DAN KAMI TIDAK BERGADUH ANATRA SATU SAMA LAIN. DIA SUDAH MENFAILAKN PENGESAHAN UTK BERCERAI? M,ASIH ADA PELUANG UTK SY MEMBELA DIRI KE PUAN?

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Puan boleh maklumkan yang puan tak mahu bercerai jadi hakim akan rujuk ke jawatankuasa pendamai dan hakam. Tapi jika suami masih bertegas nak bercerai, hakim tetap akan benarkan selepas prosiding jawatankuasa pendamai.

  34. Nisa

    Reply

    Assalamualaikum, sy hendak bertanya, mcm mana sy hendak memfail kn kes cerai, baru2 ni sy dah ambik borang cerai di mahkamah au2,tapi pegawai bg arahan untuk serah kn fail cerai ke alamat ic,.suami pada mula nya setuju akan bekerja sama,tpi bile sy bg location mahkamah berdekatan alamat ic dia taknak hadir plk,dia suruh sy uruskn sndri..mcm mana ye admin?? Sy memang dh tekat ingin bercerai dgn nye,taknak ada ikatan lg

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Puan failkan saja di mahkamah yang terdekat dengan alamat tempat tinggal puan sekarang. Jika alamat puan sekarang tidak sama dengan alamat ic puan, pergi tukar dulu ic kepada alamat terkini kemudian failkan di mahkamah yang berbidangkuasa berdasarkan alamat terkini puan. Tak perlu tunggu suami. Nanti dah dapat tarikh perlu hadir ke Mahkamah, serahkan dokumen pada suami supaya dia datang. Jika dia enggan hadir, puan boleh mohon mahkamah keluarkan waran tangkap untuk memaksa dia hadir

  35. NORWAFAEZI IDAYU BINTI ABDULLAH

    Reply

    Assalamualaikum, saya ingin bertanya . suami pernah menyatakan bahawa (sekiranya saya hisap dadah lagi , saya ceraikan awak dengan talak 1) . suami sudah berkali2 dipenjara dan dia seorang penagih . dia pernah melafazkan itu kepada saya dan saya merakamnya didalam talifon bimbit . seminggu kemudian dia memadam rakaman video tersebut dan saya tiada salinan dan ketika itu tiada saksi .hanya saya dan dia . saya ragu2 akan status saya . kerana sikap dan perlakunya seperti masih mengambil dadah . cuma saya tiada bukti dan saksi . adakah talak saya jatuh dan apa yang perlu saya lakukan ?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam. Puan perlu buktikan dia menagih selepas lafaz dibuat atau dia sendiri perlu mengaku yg dia ada menagih, barulah lafaz talaq itu boleh jatuh. Jika tiada bukti lafaz dibuat, failkan saja kes pengesahan cerai di mahkamah dan biar suami menafikan di bawah sumpah depan hakim. Jika dia menipu, dia akan dilaknat Allah dunia akhirat kerana sumpah yg diambil. Bagi puan pula, tanggungan puan dgn Allah selesai kerana puan sudah buat aduan. Jika tidak jatuh talaq kerana suami buat pengakuan palsu, puan tidak berdosa untuk teruskan perkahwinan kerana puan sudah buat aduan berdasarkan apa yg puan tahu. Jika puan nak bercerai, puan kena failkan kes cerai baru.

  36. jue

    Reply

    assalamualaikum..sy nk tanya…sy nk bercerai dgn suami secara cerai taklik sbb dia cekik sy…..mcm mana sy nk tahu masa suci sy sedangkan sy sudah 2 tahun x dtg period disebabkan injection perancang keluarga….

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله
      Untuk perempuan yang tak datang haid, ikut tempoh 3 bulan qamariah

  37. Aie

    Reply

    1) Assalamualaikum..puan..sy ingin bertanya…sy pernah melakukan kesalahan pada isteri sy…iaitu..berhubung dgn perempuan lain..melalui app wechat utk mencari perasaan di layan keinginan…tp bukan atas sbb ingin kan 1 hubungan kekal @ berjumpa…tp sekadar utk melepaskan keinginan sebagai seorang lelaki…di atas alasan..bagi mengelakkan isteri dilaknat kerana menolak hubungan…utk pengetahuan puan..sy memberi alasan ini..berikutan isteri sy akan menolak bila sy inginkan..dngan niat bagi mengelakkan isteri dilaknat sepanjang menolak permintaan sy…sy mengambil jalan utk tidak meminta pada isteri..tp sy mecari jalan lain…kerana syg dan tidak mahu dia susah di akhirat kelak…dan sy tidak buat perkara tersebut secara berhari-hari secara berterusan..cuma beberapa kali dlm lingkungan 5-6 kali sepanjang perkahwinan…dan bila isteri sy mengetahui perbuatan sy…sy telah menyatakan sbb² yg sama seperti yg diatas….dan bila sy telah berhenti dari perbuatan tersebut..isteri sy masih tidak lagi menunaikan tanggungjawab pada sy…malah sy telah bertubat..dn meninggal kan perbuatan tersebut sekarang..di bawah penerangan bagi kejadian yg sy sebutkan di atas
    2) selepas isteri sy mengetahui perbuatan tersebut..sy cuba memujuk dn terus memujuk dn pada akhirnya sy mengambil keputusan..utk menulis sepucuk surat yg mengatakan jika sy mengulangi perbuatan yg sama maka akan jatuh la talaq dan sy menulis surat trsebut bukan la atas kerelaan hati..tp sekadar utk memujuk kembali isteri…dan isteri bersetuju…selepas berbaik…isteri sy masih susah utk di ajak bersama…dn sy kembali membuat perkara yg sama bagi kali terakhir sebelum sy benar² bertaubat dn meninggalkan perbuatan tersebut
    3) Dan kini sy telah berubah..walaupun sy ada keinginan tp sy tidak meminta.sy sibukkn diri dengan ke masjid bagi mengelakan mengulangi perbuataan yg sama…dn bila sy telah berubah..telah berlaku 1 perkara yg sy tk ingini berlaku..isteri sy berlaku curang dengan menjalinkan hibungan dgn lelaki lain…walaupun sy telah tahu..sy telah menegur dn sy telah memarahi lelaki tersebut…tp di belakang sy perkara tersebut masih lagi nerlangsung…sy syg kan rumahtangga sy…dn tidak mahu menceraikan isteri sy…sy telah memaafkan dia…dn sy ingin die kembali taat kepada ay..dn membuang segala hubungan dgn lelaki tersebut..

    Soalan sy…
    1) adakah jatuh talaq akibat surat yg sy tulis tersebut walaupum bukan kerelaan hati tp utk memujuk…dan di sebbkan isteri sy kuatir….sy tetap telah melafaz kan rujuk…dn melalukan hubungan badan sekali dlm tempoh tidak sampai sebulan suci (kiraan bagi waktu eddah)

    2) bagaiman cara utk sy bersatu kembali bersama isteri dgn perintah mahkamah…sekiranya sy tidak mahu menceraikan isteri sy..kerana sygkan rumahtangga..dn sy juga telah memafkan isteri sy..walaupun isteri sy masih ingin bercerai…

    Harap puan dapat membantu sy

    • admin

      Reply

      1) sekiranya sudah ada melafaz rujuk secara lisan, tak ada masalah untuk teruskan kehidupan seperti biasa. Jika was2 jatuh talaq atau tidak, failkan pengesahan cerai bersekali pengesahan rujuk di mahkamah syariah terdekat. Hakim akan pertimbangkan fakta secara teliti serta perlu angkat sumpah.

      2) jika isteri gagal taat, failkan kes nusyuz atau kes kembali taat.

  38. Am

    Reply

    Assalam…mslh sy…sy tlh mmbuat tuntutan perceraian di mhkamh trhdp isteri sy..spnjg perkhwinn kami tiada peesefahaman. Malangnya sy diberitahu oleh pihak mhkmh kes sy trpksa digantung dulu atas kehendak kluaga isteri. Sy trkjut kerana sy tidak dihubungi oleh pihak mhkmh..apa patut sy buat..sy buntu…toling sy

    • admin

      Reply

      Biasanya kes tidak digantung begitu saja melainkan mohon ditangguh ke tarikh lain bagi membolehkan pihak2 hadir ke mahkamah. Datang saja pada tarikh berikutnya yang ditetapkan. Kes akan diteruskan seperti biasa.

  39. Sister

    Reply

    Salam,
    Saya ada beberapa kemusykilan seperti dibawah:

    1. Suami telah memfailkan kes pengesahan lafaz cerai luar mahkamah. suami pernah berkata dia pernah melafazkan lafaz seperti ” saya lepaskan kamu kepada kedua ibu bapa kamu”& “sekembalinya kita ke rumah kedua org tua kita, maka berpisahlah kita”. Bila ditanya, dia berkata lafaz itu berserta dgn niat. adakah jatuh talak tersebut?

    2. Apakah prosedur di mahkamah sekiranya saya enggan bercerai?

    3. Sekiranya talak telah jatuh, bagaimanakah pengiraan tempoh eddah and sekiranya saya berpindah keluar dari rumah kelamin semasa dalam tempoh eddah, adakah rumah sewa baru saya ditanggung oleh suami?

    4. Apakah tuntutan lain yang boleh saya kemukakan?

    • admin

      Reply

      1. Jika ada niat cerai, lafaz itu jatuh cerai.

      2. Untuk lafaz luar mahkamah, tidak mengambil kira isteri setuju atau tidak. Sebab talaq adalah hak suami.

      3. Iddah bermula dari tarikh lafaz pertama dibuat dan jika ada syarat, selepas syarat itu berlaku. Contohnya bila balik rumah orang tua. Failkan kes pengesahan cerai. Hakim akan sahkan tarikh sebenar jatuh cerai.

      Jika isteri pindah tanpa disuruh suami, maka suami tak wajib bayar nafkah tempat tinggal. Sebab hukum asal, wajib isteri kekal dalam rumah kelamin atau rumah lain yg suami sediakan.

  40. Nurul

    Reply

    Apa hukum dan apa tindakan mahkamah syariah sekiranya begini :

    1) Suami memukul isteri sehingga meninggalkan lebam di anggota badan. Isteri telah mengfailkan khidmat nasihat di pejabat agama.

    2) Suami tidak berpuas hati kerana terima teguran daripada ahli keluarga isteri yang mengetahui dipukul oleh suami.

    3) Jatuhkan talak sekiranya suami memukul isteri

    • admin

      Reply

      Maaf saya bukan ustazah jadi saya tak sentuh berkenaan hukum secara detail.

      1) Untuk proses di Mahkamah, isteri boleh failkan cerai secara talaq atau failkan cerai secara fasakh. Talaq lebih cepat jika ada kaedah hakam diamalkan di negeri berkenaan.

      2) itu pilihan suami utk terima atau tidak teguran

      3) sesetengah negeri memang masukkan talaq taklik selepas akad nikah seperti yg tercatat dalam sijil nikah. Jadi jika isteri ada bukti medical report menunjukkan dipukul, boleh mohon cerai di mahkamah dan lampirkan bukti medical report, police report dan gambar kecederaan.

  41. PUAN A

    Reply

    Assalamualaikum, saya ingin kepastian.

    -Pasangan pernah melafazkan cerai luar makhamah pada 21 Sept 2016 kemudian hadir bersama ke makhamah menfailkan pengesahan lafaz cerai tersebut pada 17 November 2016. Namun disebabkan Isteri sedang haid, Makhamah telah menetapkan pendengaran kes tersebut pada 26 Januari 2017.

    -Pasangan telah melakukan rujuk secara perbuatan pada 27 November 2016 setelah bersetuju utk berdamai semula, namun tiada lafaz rujuk secara jelas dilakukan oleh suami sepanjang tempoh 3 bln.

    -Pada 10 Januari 2017, Pasangan telah hadir bersama ke PAID untuk membuat pengesahan rujuk perbuatan yg telah berlaku. Namun pegawai NCR tidak dapat mengesahkan rujuk tersebut sehingga makhamah memutuskan lafaz cerai yg dibuat luar dan tanpa kebenaran makhamah adalah sah menjatuhkan talaq dan berapa bilangan talaq yg masih berbaki. Pegawai tersebut juga menegaskan bahawa, selagi lafaz cerai blm disahkan, Hanya hakim shj yg berkuasa menentukan samada telah berlaku peceraian atau tidak. Disebabkan lafaz cerai telah berlaku lebih daripada 3 bulan, pasangan dinasihatkan agar tinggal berasingan sementara menunggu keputusan cerai kerana dikhuatiri melakukan wati syubhah.

    -Pasangan juga cuba menfailkan kes pengesahan rujuk di makhamah. Namun pasangan hanya dibenarkan menfailkan kes pengesahan rujuk setelah ada perintah cerai oleh hakim.

    -Isteri kecewa trhadap suami kerana walaupun telah bersetuju utk berdamai pada 27 November 2016, suami sering memberi alasan tiada masa utk mengesahkan rujuk di PAID sehingga habisnya waktu eddah. Suami juga pernah mengaku, dia masih belum bersedia utk melafazkan rujuk.

    -Suami adakalanya meragui rujuk perbuatan yg dilakukan bersama isteri mungkin tidak sah, namun masih berkeinginan utk bersama isteri sehingga kali terakhir pada 9 Januari 2017 setelah isteri suci daripada haid. Pasangan hanya mengetahui hubungan mereka dlm syubhah selepas berjumpa dgn Pegawai PAID. Keluarga suami tidak mengetahui hal ini dan telah menganggap pasangan tidak pernah melakukan rujuk. Isteri telah dihalau oleh keluarga suami pada 14 Januari 2017 dan tidak membenarkan keluar bersama. Mereka telah menganggap isteri sudah selesai eddah sejak lafaz cerai 21 September 2016. Keluarga suami sesuka hati meletakkan hukum mengatakan pasangan haram keluar bersama walaupun ditemani anak. Sedangkan pengesahan cerai pun masih belum diputus oleh Hakim ketika itu.

    -Semenjak itu, hubungan isteri dengan keluarga suami menjadi tegang kerana perselisihan tanpa pengetahuan yg sah. Suami hanya berdiam diri dan tidak memaklumkan rujuk yg pernah berlaku kepada keluarga kerana masih tidak dapat disahkan lagi.

    – Isteri cuba mempertahankan status perkahwinan mereka, malangnya dikatakan perempuan meroyan dan gila talak serta dituduh memaksa suami merujuk semula. Isteri hanya memaksa suami mengaku dan memaklumkan hal sbnr. Namun dia hanya mendiamkan diri dan membiarkan Isteri dihalau oleh adik iparnya sendiri.

    -Pada 26 Januari 2017, hakim mensabitkan lafaz “aku ceraikan kau” yg dibuat pada 21 Sept 2016, sah menjatuhkan talaq 1. Suami ada menerangkan kepada hakim bahawa, dia tidak berniat utk menalaq atau menceraikan isteri. Namun lafaz tersebut lafaz yg soreh yg tidak memerlukan niat lagi.

    -isteri juga ada memberitahu hakim mereka telah melakukan rujuk semasa dlm tempoh eddah. Namun hakim telah mengarah supaya menfailkan permohonan berasingan.

    -Sejurus keputusan, isteri telah meminta suami mengisi borang pengesahan rujuk atas nasihat pegawai NCR namun suami menyuruh isteri shj yang menjadi org yg memohon. Setelah menfailkan pengesahan rujuk, Isteri memujuk suami utk mendapatkan khidmat kaunseling di PAID, namun suami enggan dan mengatakan ia membuang masa dan pasangan telah bergaduh di dalam kereta kerana suami cuba menelefon keluarganya utk mmberitahu isteri masih memaksa untuk rujuk sehingga terjadi pergelutan dan suami terpaksa mmberhentikan kereta di tepi jalan.

    -pihak keluarga suami telah menyuruh suami membuat report polis ke atas bekas isteri dan mendakwa telah menggigit dan mengasarinya sehingga butang baju tercabut semasa pergelutan.

    -Isteri terpaksa menggigit lengan suami kerana cuba menggunakan telefon bimbit sambil memandu dgn sgt laju. Suami hanya memberhentikan kereta apabila isteri mengatakan telah buang telefon bimbit di luar tingkap dan cuba mencarinya di dalam semak. Suami telah menelefon keluarganya untuk mengambil di tempat pasangan berhenti. Lalu keluarganya dtg bersama anak.

    -Pada mulanya isteri cuba dihalang utk mengambil anak utk pulang bersama, namun keluarganya tidak berjaya lalu suami telah meninggalkan isteri dan anak blk bersama keluarganya. Sepanjang tempoh menunggu pengesahan rujuk, suami telah tidak menjalankan tanggubgjawab sbg bapa.

    -Isteri pernah membaca perbualan whatsapp suami dan makcik saudara yg bertarikh 25 Januari 2017. Dalam perbualan tersebut, ibu saudara telah menggunakan kata2 dorongan yg menghina kuasa suami serta memberi nasihat yg berbaur fitnah dan bercerita keburukan isteri kepada suami supaya menjauhi isterinya. Makcik saudaranya selama ini tipak pernah memasuki campur hal rumahtangga pasangan dan segala hal yg terjadi antara pasangan sepatutnya tidak disampaikan kepada org lain yg lagi2 tinggal berjauhan, melainkan ibu mertua telah menceritakan segala peril suami Isteri tersebut. Isteri yakin perbualan ini sengaja dihantar kepda suami sehari sebelum pengesahan lafaz cerai kerana suami tiba2 berkata kepada isteri dia tidak pernah merujuk isteri dengan lafaz yg jelas. Hal ini menjadi pergaduhan besar diantara pasangan kerana isteri merasa suami mempermain soal perdamaian yg dipersetujui pernah berlaku.

    -Di dalam report polis, suami menggunakan panggilan bekas isteri kerana dia yakin tiada lafaz rujuk yg berlaku dan pasangan tidak dapat mengesahkan rujuk perbuatan yg pernah berlaku di depan pegawai NCR. Isteri sangat kecewa dan tetap menfailkan pengesahan rujuk pada hari yg sama dan meminta hakim berikan tarikh segera. Makhamah telah menetapkan tarikh bicara 31 Januari 2017.

    -pada 30 Januari 2017, isteri telah memberitahu dia hendak pulang ke rumah kelamin utk mengambil brg2 keperluan. Namun kelurga suami telah mengugut utk menelefon polis dan sekali lagi mereka telah mendesak suami membuat report polis mengatakan bekas isteri telah memecah masuk rumah tersebut. Dan mencuri kereta bekas suami. Sedangkan isteri telah mmberitahu dia akan ambil kereta suami supaya pada hari esok dapat pergi dan blk bersama ke makhamah selepas pengesahan rujuk. Isteri yakin rujuk telah berlaku kerana itu isteri rasa tidak salah memasuki rumah di kelamin dan mengambil harta suami iaitu kereta yg selama perkahwinan menjadi kebiasaan isteri mengambil kereta tersebut tanpa memberitahu.

    -Pasangan telah bergaduh kerana hal yg salah faham kerana keluarga suami tidak percaya mereka masih suami isteri yg sah. Sehinggalah pada jam lebih kurang 1.00 pagi bertarikh 31 Januari 2017. Suami telah melafazkan “aku nak ceraikan kau!” Kepada isteri yg dia sangkakan bekas isteri. Hal ini tidak akan berlaku pergaduhan jika suami pada masa itu mengetahui yg isterinya itu masih isteri.

    -pada jam 10:00 pagi 31 Januari 2017. Pasangan telah mendapat tahu bahawa rujuk perbuatan mereka adalah sah kerana adanya persetejuan damai suami pada 27 November 2016. Suami yg sebelum ini tidak mengaku telah berlaku rujuk mengatakan kepada hakim dia tidak setuju. Namun hakim menasihatkan jika tidak setuju, sila buat rayuan dlm masa 7 hari sebelum perintah dikeluarkan. Namun suami tidak pula memohon rayuan dan telah sedar dia tersalah sangka kepada isteri dan berkata “i minta maaf, i taktahu u masih isteri i” isteri memaafkan suami dan mereka telah setuju utk berdamai semula. Suami juga telah menarik semula report polis yg dilakukan pada malam sebelumnya. Isteri telah menganggap suami tidak jadi utk menceraikannya dan mereka telah tinggal bersama sehingga pertengahan bulan Februari 2017.

    -Pada suatu hari, isteri telah membaca perbualan whatsapp suami dengan makciknya lagi. Suami ada mengatakan dia akan membuat permohonan selepas sijil rujuk didaftarkan dan kene tggu sehingga sijil tersebut dikeluarkan. Pasangan telah bergaduh sekali lagi sehingga isteri dihalau keluar oleh ibu bapa suami pulang ke rumah keluarga isteri. pada 2 March 2017, isteri telah mendapat surat saman makhamah supaya hadir ke makhamah bg mendengar pengesahan lafaz cerai yg dituntut oleh suami. Di dalam tuntutan tersebut, suami telah menggunakan lafaz “aku nak ceraikan kau” pada 31 Januari 2017 yg lalu. Isteri tidak setuju ianya lafaz cerai yg telah berlaku kerana ada perkataan “nak” yg digunakan suami itu menunjukkan dia lafaz belum berlaku. Suami juga dalam tuntutan itu meminta makhamah mengesahkan jika lafaz tersebut telah menjatuhkan talaq atau tidak. Ini menunjukkan dia tidak meniatkan bilangan talaq. Namun dia meminta hakim mengesahkan jika lafaz itu sah, dan peguam suami telah menentukan lafaz tersebut adalah lafaz yg memerlukan pengakuan suami samada dia berniat atau pun tidak. Suami telah mengakui dia mempuyai niat semesa kejadian. Isteri tidak setuju kerana semasa lafaz tersebut diucapkan, suami terlalu marah sehingga dia tidak sedar apa yg dia ucapkan. Semasa lafaz itu diucap. Suami lupa dia telah menuduh bekas isteri tanpa kebenaran yg sah dan tidak tahu status perkahwinan mereka ketika itu. Mustahil seorg masih mempunyai niat utk menceraikan bekas isteri yg ketika itu telah habis tempoh eddah. Namun hakim telah mensabitkan talaq 1 telah jatuh kerana telah cukup rukun talaq. Isteri telah membuat rayuan agar perkara ini dapat menjelaskan status sebenar isteri. Adakah lafaz tersebut benar telah menjatuhkan talaq kerana suami dlm keadaan yg terlampau marah dan luar dari kebiasaan. Akal fikirannya juga tidak waras.

    Minta penjelasan. Terima kasih.

  42. supian

    Reply

    Assalamualaikum Admin,
    Sy igin bertanya. Isteri sy telah failkan cerai ke atas saya. Jadi sy kalau sebolehnya tidak ingin melepaskan isteri saya. Soalan saya ialah sekiranya saya terpaksa bersetuju didepan hakim seperti “saya bersetuju dengan permintaan isteri saya untuk bercerai tetapi ada 1 syarat. Saya mau hak penjagaan anak ke atas saya”. Utk pengetahuan kami ade seorng anak lelaki umur
    6thn. Sekiranye isteri sy bersetuju pada masa tersebut dah hakim mengesahkn penceraian tersebut. (1) dengan perceraian bersyarat ini adakah saya akan dpt hak penjagaan anak itu krn isteri telah bersetuju didepan hakim? (2) adakah cerai bersyarat ini, sy dan isteri boleh ruju’ kembali dlm tempoh edah 3 bln?

    Mohon beri pencerahan Admin. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Encik dan isteri boleh buat perjanjian begitu tapi hakim di mahkamah rendah yg mengendalikan kes cerai tidak boleh merekodkan persetujuan berkenaan hak jagaan kerana di luar bidangkuasa mahkamah rendah, ia hendaklah direkodkan di mahkamah tinggi. Jadi sekalipun ada persetujuan, tiada jaminan isteri akan laksanakan kerana tiada perintah direkodkan. Boleh rujuk dalam tempoh iddah jika isteri bersetuju, hanya daftarkan rujuk di pejabat agama tapi jika isteri tidak setuju rujuk, encik perlu failkan permohonan rujuk di mahkamah rendah syariah.

      • SUPIAN

        Reply

        Assalamualaikum Admin,

        Terima kasih untuk pencerahan. Disini saya ada lagi pertanyaan :

        1) Sehari setelah memfailkan penceraian, isteri saya telah tidak pulang ke rumah dan tidak tinggal bersama saya tetapi dia tinggal bersama ibunya. Walaupon saya tau tetapi disebabkan konflik yg berlaku sy jadi tidak redha. Kerana itu membataskan peluang dan masa saya untuk berbincang dengan isteri saya berkaitan kes fail penceraian. Saya telah memujuk dia pulang hampir setiap hari.

        2) Jadi disini, sekiranya pd hari sebutan di Mahkamah, saya tidak bersetuju untuk melepaskan isteri saya dengan sebab “Masih tidak bersedia kerana masih ingin cuba cari jalan damai”, dan mengikut artikel di atas kes ini akan ditunda ke tarikh sebutan yg lain. Jadi jika ini berlaku, bolehkan saya minta di dalam mahkamah supaya ‘mengarahkan isteri saya balik tinggal bersama saya sepanjang perjalanan kes’.. tujuannya adalah memudahkan perbincangan bersama dalam masa sama saya mahu cuba mencari jalan damai di luar kerana saya masih percaya masih ade ruang untuk kami.

        3) Berapa lamakah tempoh kes akan selesai sekiranya saya memilih untuk tidak bersetuju untuk bercerai (dari sebutan pertama sehingga kelima dan sebagainya) dan adakah tindakan ini disarankan

        4) Boleh terangkan proses yg akan berlaku sekiranya saya kemukakan permohonan rujuk (sekiranya bercerai)

        Terima Kasih Admin, Mohon Pencerahan saya dalam keadaan buntu kerana sebutan kes saya adalah esok 17-Jul.

  43. Manjalara

    Reply

    Assalamualaikum..
    Sy telah menfailkn cerai secara fasakh atas sbb suami tidak memberi nfkh kpd sy sjak april 2016. Suami sy prnh beritahu yg die xhadir ke mhkmh sbb tiada duit krn die tidak bekerja..sy ade ke pjbt bantuan guaman tp sy xlayak utk mendptkn khidmat peguam d sana, sy ade mencari peguam swasta tp sy mampu utk mmbyr kos peguam…jd, adakah mustahil utk sy bercerai secara fasakh jika tidak menggunakan peguam?

    • admin

      Reply

      Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh. Puan tidak perlu khidmat peguam melainkan hakim yg menyuruh puan mencari. Jika hakim suruh puan lantik peguam, puan beritahu kenapa puan tak boleh nak melantik peguam. InsyaAllah hakim akan benarkan puan teruskan kes tanpa perlu menggunakan peguam. Tapi hendaklah ikut semua prosedur yg mahkamah arahkan

  44. ina

    Reply

    Assalammualaikum, Sy sudah bkhwin dlm 7 tahun,mpunyai 3 org ank.. sblm nie sy dgn suami pnh hadir ke mahkamah untuk pengesahan cerai dan suami menafikan ada niat semasa lafaz sms itu dihntar.Selepas kami disahkan masih suami isteri sy kembali kepada die dan beri dia peluang untuk berubah.Walaupun hati saya semakin tawar sy beri die peluang lagi.Tapi dalam masa sebulan kami tinggal bersama,sikapnya semakin teruk dan semakin kejam.Saya larikan diri dgn anak-anak kerana sudah tak sanggup lagi kena pukul dan hadap sikap panas baran dan cemburu buta dia.Dia juga ada ambil sejenis dadah,suka cari gaduh dengan orang luar dan dan mencari keseronokan dgn perempuan lain.Sekarang kami sudak tidak bersama selama 6 bulan lebih.Sepanjang tempoh ini,dia tidak memberi nafkah selama 4 bln dan 2 bln selebihnya dia bagi tapi tidak mencukupi.Saya sudah menuntut talak atas persetujuan bersama .Namun dia tarikh perbicaraan dia tidak hadir.Apa yang patut saya lakukan sy sekarang?mohon pencerahan.

    • admin

      Reply

      Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh. Jika puan ada bukti kekasaran suami seperti medical report dan laporan polis, atau saksi yg mengetahui kejadian pukul dan lain2 perbuatan suami tersebut, bolehlah failkan fasakh. Fasakh tidak perlu kepada kehadiran suami ke mahkamah. Tetapi hendaklah cukup bukti dokumen atau saksi berkenaan perkara2 yg didakw dilakukan oleh suami.

  45. Ali

    Reply

    Assalamualaikum Admin,

    Saya pernah curang kepada isteri saya selama setahun dan saya telah memutuskan perhubungan dengan wanita tersebut setelah isteri saya mengetahui perhubungan saya dan wanita itu walaupun sebelum ini saya pernah cuba memutuskan hubungan itu tetapi gagal kerana saya diugut untuk dimalukan kerana kami sepejabat. Setelah kejadian tersebut, saya amat menyesal kerana saya telah menghancurkan perkahwinan yg telah dibina selama 5 tahun dan kemudian saya telah berubah dan insaf diatas perlakuan saya. Sewaktu isteri saya mengetahui kecurangan saya, dia pernah berkata jika sayangkan keluarga kembalilah kepada dia dan anak kami, jika tidak saya boleh melepaskan dia dan pergi kepada teman wanita saya. Namun saya memutuskan untuk bersama isteri saya kerana saya memang sayangkan isteri saya. Sejak daripada itu, saya berusaha kembali unutk menambat hati isteri saya. Setelah hampir tiga tahun berlalu, keadaan kami masih lagi tidak berubah dan setiap kali pertengkaran, pasti isteri saya mengugut untuk meminta cerai dan ingin menunjukkan bukti sms saya dan gambar saya bersama bekas teman wanita saya kepada pihak mahkamah. Isteri juga sering memaki hamun saya. saya hanya blh bersabar dan sering menyalahkan diri saya akibat kesalahan saya yang lalu. Walaupun kadangkala terasa ingin berpisah, tetapi saya risau akan kehilangan anak saya. Apa yang membuatkan kami bertahan adalah anak kami. Sejak isteri saya bekerja, dia juga sering merasakan tidak perlu bergantung kepada saya. Malah dia pernah menyatakan yang dia tidak bergantung kepada saya kepada sahabat baiknya dan dia sering menugnkit kesalahan saya setiap kali ditegur sedangkan selama ini saya berusaha keras untuk memenuhi segala keinginannya asalkan dia gembira. Isteri saya juga pernah menyatakan bahawa menyesal berkahwin dengan saya kerana tindakan saya yang lalu dan menyatakan bekas teman lelakinya lebih baik dan menyesal tidak berkahwin dengan bekas teman lelakinya. Adakah saya seorang yang dayus dan pentingkan diri sendiri? Bagaimana cara untuk kami selesaikan secara baik? Adakah jalan unutk kami terus bersama? Apakah dari segi hukum saya mmg bersalah sedangkan saya sudah berubah dan cuba bersabar sebaik mugkin? isteri saya juga menolak untuk bersama. saya sering dimarah jika cuba memegang isteri saya. Mintak pendapat pihak yang leih arif.

    • admin

      Reply

      Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh

      Setiap manusia tidak terlepas dari kesalahan dan encik sudah berubah demi keluarga, itulah yang terbaik, namun hati perempuan juga memang diketahui sukar melupakan walaupun senang memaafkan.

      Cuba encik ajak isteri ke kaunseling rumahtangga. Biarlah diluahkan sehabisnya kekecewaan yang kedua2 kalian hadapi akibat perbuatan masing2, kemudian bolehlah sama2 mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang masih ada dan melakar hidup baru yang lebih harmoni.

  46. suba

    Reply

    Salam, saya telah bertanya beberapa soalan tentang seharusnya saya buat untuk tidak dapat penceraian disini pada 14 April 2017.
    Selepas baca jawapan dari puan, saya telah tunggu sehingga counseling untuk cuba explain dan pujuk suami saya dengan pertolongan counselors. Pada hari counseling suami saya tidak hadir. Counselor tanya beberapa soalan sahaja. Saya dapat tahu bahawa counseling season for each couples cuma 15min – 20min sahaja untuk 3 kali. Adakah counseling season 15min – 20min cukup untuk explain masalah dari pihak saya, explain masalah dari pihak suami saya dan advice dari pihak counselor ?
    Adakah pihak counselor cukup masa untuk faham masalah kami dan memberikan advice yang sepatutnya untuk percubaan pendamaian ?
    Sebagai seorang manusia saya faham bahawa jawatankuasa pendamaian terpaksa set timing untuk menghabiskan counseling untuk setiap couples walaupun masa tak mencukupi untuk percubaan mendamaikan suami isteri. Saya faham bahawa saya bukannya hanya 1 kes untuk dirujuk oleh pihak jawatankuasa.
    Tapi ini adalah percubaan terakhir oleh saya untuk pendamaian. I really need counseling season where me and my husband could share everything, and where we both could get best advice regarding our problems, what is marriage, what is marriage life, what is husband and wife life.
    saya ingin tahu pendapat puan tentang producer counseling pendamai.

    – adakah saya boleh mendapatkan perintah dari pihak Makamah untuk mendapatkan sekali lagi counseling season di pihak private marriage counselors ?
    Saya sedia bayar untuk private marriage counseling season.
    Saya cuma nak legally perintah dari makamah untuk private marriage cunseling. Sebab tanpa perintah dari makamah, suami saya tidak akan hadir walaupun saya arrange for counseling.
    Dengan cara ini saya tidak tahu dapat pujuk dia atau tidak. Tapi saya nak dia dan saya faham apa itu marriage life dan apa tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri.

    ( harap maaf sebab saya terpaksa guna 2 bahasa )

  47. salina

    Reply

    Salina,ingin bertanya Isteri fail kan faskah,sebelum INI Isteri ingkar kembali taat.salah saya hanya dadah ,istri mempunyai orang lain.patutkah penceraian berlaku jika suami tidal setuju ,selama INI suami yang tanggung dosa kenapa mahkmah mewakili penceraian jika suami tidak setuju ,adakah Org yang membubarkan meanggung dosa kami sebelum INI
    .sedangkan yang kahwin saya dengan Isteri bukan Org yang mewaikili penceraian,bukan kah dosa bila menjatuhkan masjid orang.

  48. mohd faisal muhamad jaffar

    Reply

    Assalamualaikum….
    Sy suami/istri sudh tidk tido brsme,tidk brtegur sape!sy hnya suruh 3 prkara iaitu brhenti kerja(tukar kerja),brhenti isap rokok dan sy suruh solat.Istri enggan buat ape yg sy suruh maka dngn itu sy asingkn dri tido brsame.Sehingga kami tidak brtegur sape ddlm rmh hnya ank2 mnjdi posmen.Pada tahun n isteri mengadu mohon cerai d pejbt agama kami d kaunsling.Sy mohon pandangan tuan/puan dlm masalh ini!

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,
      Suami memang boleh memilih untuk asing tempat tidur bagi tujuan mengajar isteri tetapi ada had yang ditetapkan dalam islam dan tidak terlalu lama sehingga isteri tidak mendapat nafkah batin.

      Jika isteri mohon kaunseling di pejabat agama belum bermakna itu untuk bercerai. Perceraian difailkan di mahkamah rendah syariah dan bukan di pejabat agama. Lokasinya saja yang kadangkala dalam bangunan atau kawasan yang sama.

  49. BELUM BERSEDIA

    Reply

    assalamualaikum. saya ingin bertanya samada ada denda perlu di bayar selepas suami bersetuju dgn alasan2 yg dikemukakan oleh isteri dan bersetuju utk bercerai? jika ada berapa? bila perlu bayar? kalau tak mampu bayar kena masuk lokap?
    Tolong bagi pencerahan. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Tidak ada bayaran denda melainkan perceraian disebabkan suami ada lafaz cerai di luar mahkamah. Juga hanya ada bayaran jika isteri mohon cerai secara khuluk, amaun akan ditentukan hakim sekiranya suami meminta terlalu tinggi dan isteri tidak bersetuju membayar amaun tersebut. Amaun perlu dibayar sebelum suami melafaz talaq. Jika tidak bayar, suami berhak tidak melafazkan talaq.

  50. sha

    Reply

    Assalammualaikum, saya berkahwin pdh may 2014 dan suami lafaz cerai pdah November 2014,, masa suami lafaz cerai,sya masih belajar di U.. Suami selalu tuduh saya curang,smpai satu tahap saya tidak tahan,minta dia lpaskan sya.. Masa itu juga kami selalu betengkar.. Sya dgn suami dua² masih blajar, suami di sarawak dn sya di smenanjung.. Lepas dia lafazkan cerai,,sya duduk dgn mak ayah..dan sya bawak mak ayah pergi Jabatan agama untuk pastikan pencerai itu sah atau tidak.. Pihak jbtan agama menyatakan pencerian itu sah wlaupun dlm msj.. Mereka menyuruh sya membuat pemohonan cerai.. Dan hantar pemohonan tersebut bersama suami.. Tapi suami tak pernah bagi kerjasama..smpai lah cuti semester sya habis dan terpaksa blik semenanjung.. Lpas blit smnanjung suami langsung tak contact sya..klau blik srwak baru dia cari sya.. Smpai ayah marah dgn sya sebab jumpe dia.. Dia juga tak pernah tgok anak kami alasan sebab dia belajar… Sekarang sya tak tahu nak buat apa.. Saya takut nak blik sarawak sebab taknak jumpa dan saya takut bergaduh dgn ayah lagi.. Sya juga pernah ajak dia pergi mahkamah..untuk selesaikan kes ini.. Tapi dia kata dia sudah pergi jbatan agama tanya tentang kes kami..dah dia kata,, pihak jabtan agama menyatakan pnceraian itu tdak sah kerna dia dlam keadaan marah.. Saya sendiri tidak pasti penceraian ini sah atau tidak.. Saya betul² keliru.. Saya juga fikir nak buat tuntut fasakh dkat smnanjung.. Tapi daftar kahwin di sarwak.. Bagaimana pendapan tuan/puan?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Pengesahan cerai perlu dibuat. Panggil suami ke mahkamah atau hakim akan keluarkan waran tangkap jika suami enggan hadir. Jika dia menggunakan lafaz soreh, mengucapnya dikala marah tetap jatuh talaq. Melainkan lafaz kinayah yang perlu kepada niat. Jadi ceritakan lafaz sebenar yang diucap kepada hakim nanti.

      Jika hakim memutuskan lafaz 2014 itu tidak menjatuhkan talaq barulah puan boleh decide untuk failkan fasakh pula.

      Kes pengesahan cerai atau mohon bercerai boleh difailkan di mana2 mahkamah rendah syariah yang terdekat dengan tempat mastautin semasa, tidak perlu balik ke tempat asal bernikah.

  51. Swetha kumaran

    Reply

    Hai puan…saya nak bertanya…saya non muslim…baru baru ni suami ada hantar petisyen cerai pada saya..sebelum ni telah hadiri tribunal kaunseling di jpn dan jawapan suami adalah untuk bercerai dengan saya..dalam petisyen cerai dia ada bagitahu syarat iaitu anak akan berada dibawah jagaan saya, kemudian seminggu sekali dia perlu lawat anak saya dan yuran utk proses penceraian dibahagi sama rata kalau sama sama setuju utk bercerai..untuk makluman puan saya tidak mahu bercerai dgn suami..apa yang perlu saya lakukan dan sekiranya saya ignore surat dari lawyer pihak beliau adakah tiada masalah..sebab dia menggunakan khidmat guaman swasta..dan saya rasa selagi saya tidak terima surat dari mahkamah saya rasa saya tidak perlu tergesa gesa utk membalas surat tersebut..betul tak puan?? Mohon bagi pencerahan..terima kasih puan..

    • admin

      Reply

      Puan, jika puan tidak membalas, mahkamah masih boleh memberikan perintah cerai kepada suami kerana dikira puan telah terima dokumen tetapi dengan sengaja enggan membalas atau hadir.

      Cuma jika puan tidak bersetuju dengan terma berkenaan hak lawatan dan tidak membalas apa2, mahkamah hanya akan merekodkan berkenaan perintah cerai sahaja manakala tentang hak penjagaan dan lawatan anak2 hendaklah dimohon secara berasingan oleh suami.

      • SWETHA KUMARAN

        Reply

        maksudnya puan perlu ke saya membalas surat tersebut? katakan saya tidak membalas surat tersebut, apa tindakan seterusnya daripada pihak suami? sebab saya terima surat dari guaman swasta dan bukannya daripada mahkamah..

  52. wanita dilema

    Reply

    Assalamualaikum wbt. puan, terima kasih sb ada kan ruangan komen ini utk kami yg mempunyai masalah rumahtgga bertanya sebarang kemusykilan. puan, sy telah berkahwin dgn suami sy pada 5 june 2015. tp sy kahwin bukan sebab cinta. sy memang mengenali suami selama 2 tahun lebih. kami cuma berkawan. tapi dalam masa yg sama suami menaruh perasaan terhadap sy. jadi beliau dtg merisik dan nyatakn hasrat utk menikahi sy. pd masa itu, sy mengenali beliau seorang lelaki yg baik dari segi agama dan tingkah laku. jd sy bersetuju utk terima beliau dan pikir mungkin dah sampai jodoh sy. setelah berkahwin kami duduk berasingan. sy bekerja di johor bahru manakala suami di kuala lumpur. selama berkahwin sy cuba utk mencintai suami. tp tidak tahu mengapa sy masih lagi susah utk menerima suami kerana suami mula berubah. kami belum mempunyai cahaya mata. suami susah hendak menerima teguran. dan sy terpaksa menegur kesilapan yg sama berulang kali sehingga sy rsa bosan. ketika sy sakit beliau juga tidak mengambil berat. sedangkan kami jauh. tahun lepas beliau ada bagi pinjam rm2000 kepda staff perempuan tmpt beliau bekerja. tp saya dpt tahu setelah Allah gerakkn hati sy utk melihat fon beliau pd hujung bulan 12 2016. selama ini sy jrang menyentuh fon beliau. tp pd hari itu Allah gerakkn hati sy utk menyentuh. dan sy lihat ada msej prempuan yg hanya tulis nama suami “a…..” sy hairan lalu sy buka. tp tiada tulis apa2 slain nama suami. sy tnya dgn elok pd suami siapa wanita itu. die ckp staff tmpt keje. dan baru beritahu sy beliau pnah bg pinjam duit. bila sy tnya berapa die ckp rm1000. beliau ckp wanita itu urgent dan suruh beliau bjanji jgn bgtau sesapa. (sekali dgn sy suami tak beritahu). bila sy msej wanita itu pula die ckp die pinjam dgn suami rm2000. jd sy btnya smula pd suami mana satu betol. jwapannye suami lupa suami bg pinjam berapa. adakah layak sy tidak puas hati kpd suami krn memberi pinjam wang kpd wanita lain tnpa pgtahuan sy? dan memberi alasan lupa hndak britahu. dan lupa berapa jumlah sbenar suami bg pjam pd wanita tsebut. adakah sy tidak layak tahu ke mana wang suami habis? sekrang puan, sy betol2 tidak dapat meneruskn perkahwinan ini. sy tiada perasaan langsung. bagaimana sy hendak menjalankn tugas sy sbgai isteri apabila sy tiada langsug hati dgn beliau? terutama tgwjab batin. sy betol2 tidak dapat jalankn. dan sy tidak boleh buat dlm keadaan terpaksa kerana sy sendiri yg sakit. ibarat contoh mcm dirogol. jika kite tak mahu, tp dipaksa. tentu sakit. pernah satu ketika sy tgh sakit perut(bkn sb nk membuang tp mmg sllu terjadi dari remaja), beliau ingin bersama. tp sy ckp sy x dpt jalankn sb sy betol2 tgh sakit. dlm sy tgh sakit, beliau tnya sy bila die boleh bsama dgn sy. sy rsa geram msa tu. bkn kesian dgn sy tgh sakit. tp tnya pula bila bole bsama dgn sy. skrang sy betol2 ingin berpisah dgn suami krna sy betol2 dah tak boleh terima die. hati sy betol2 tertutup utk suami. dia pernah menyuruh sy berhenti kerja. tapi sy tidak mahu kerna sy perlu mbyar hutang ptptn, dan belanja mak ayah di kampung. dan sy perlu ada duit sy sdri. beliau terus ckp sy nusyuz. dan beliau ckp lagi, akhirat nati sy memang akn masuk neraka. puan, apa perlu sy buat, sb lebih baik sy berpisah dgn beliau dpd sy terus jd isteri nusyuz dan tanggung dosa. tpi beliau tidak mahu lepaskn sy. 6 june 2017 ini akan ada bicara di mahkamah sb sy dah failkn permohonan cerai. suami ckp beliau akn dtg. tapi beliau tak mahu ceraikan. mak ayah saya juga sudah tidak dapat menerima beliau lagi sbgai menantu kerana beliau pernah meninggi suara dgn mak sy. apa perlu sy buat puan?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah wabarakatuh,

      Saya sebagai perempuan faham perasaan puan yang perlukan cinta sebelum boleh menjalankan tanggungjawab sebagai isteri tetapi sebagai seorang isteri, konsep itu sebenarnya tidak tepat. Apabila kita sudah redha dinikahi, tanggungjawab sebagai isteri perlu didahulukan sebelum hati dan perasaan. Hati itu bersifat subjektif dan boleh berubah bila2 masa manakala tanggungjawab kekal selagi mana kita bergelar isteri dan selagi suami tidak menganiaya isteri. Kerana kita hidup untuk mencari redha Allah, bukan untuk kepuasan hati kita yang tidak pernah puas.

      Suami betul kerana perlukan puan di sisinya, selalu masalah perkahwinan berlaku kerana isteri duduk berjauhan, tanggungjawab isteri kepada rumahtangga dan suami tidak dapat dijalankan jika terpaksa berjauhan tanpa redha suami.

      Saya nasihatkan puan cubalah berpindah ke tempat suami atau bincang dengan suami agar berpindah ke tempat puan. InsyaAllah apabila duduk bersama dan saling menjalankan tanggungjawab, perasaan sayang akan timbul dengan sendirinya kerana pasangan sama2 mentaati Allah dan menghayati amanah yang Allah sudah berikan kepada kita.

      Suami mengharapkan nafkah batin itu juga tidak salah, kerana itu hak beliau, dan beliau tidak memaksa untuk terus melakukannya pada masa puan sakit, cuma cara bertanya yang tidak sensitif itu memang melukakan hati mana2 perempuan pun. Saya simpati. Tapi saya juga tidak merasakan itu alasan yang kuat untuk menuju perceraian.

      Puan sebenarnya perlu berbincang lagi secara mendalam dengan suami, ada banyak ketidakpuasan hati yang masih belum selesai menyebabkan masalah puan dan suami semakin serius. Jika suami seorang yg tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai suami, memberi nafkah secukupnya dan patuh perintah Allah, puan wajib taat kepadanya.

      Apabila puan hadir ke mahkamah bersama suami dan suami menyatakan tidak setuju cerai, mahkamah akan minta puan dan suami untuk ke jawatankuasa pendamai. Gunakanlah forum ini untuk berbincang secara telus dengan suami dengan ikhlas dan perasaan ingin taat kepada Allah. Nyatakan perasaan tidak puas hati puan kerana suami memberi pinjam wang pada perempuan lain kerana pastinya suami juga akan terluka jika puan membuat perkara yang sama. Sebaiknya selesaikan dulu secara perbincangan sebelum terus menuju perceraian kerana lebih banyak buruk berbanding baiknya.

      Wallahua’lam

  53. Orkid

    Reply

    Assalam….sy tlh bkahwin dgn suami 13 thn….untuk makluman skrg sy telah memfailkan fasakh ke atas suami sy…..dan 2 org saksi telah dipanggil oleh biro guaman untuk keterangan…
    Apakah langkah seterusnye yg akan dilakukan oleh mahkamah?
    Dan brape lama proses ini shgga mahkamah mbubarkan perkahwinan sy?
    Hampir 1 thn dia xbg nafkah dkat sy….

    • admin

      Reply

      Puan, berapa lama selesai itu bergantung kepada kesesuaian tarikh mahkamah, peguam biro, saksi2 dan puan sendiri. Kes yang melibatkan bicara memang mengambil masa kerana perlukan pembuktian melalui saksi. Jika suami hadir dan melantik peguam, maka akan lebih panjang lagi kerana suami pula akan menyoal balas puan dan saksi2 kemudian suami mungkin akan bawa saksi2 suami pula. Jadi kes biasanya akan selesai sekurang-kurangnya dalam masa 6 bulan tetapi jika banyak saksi terlibat, suami lantik peguam atau peguam puan atau mahkamah tiada banyak tarikh lapang, maka kes mungkin memakan masa lebih setahun. Semuanya bergantung kepada keadaan kes masing2.

  54. Didda

    Reply

    Assalamualaikum admin,
    Sy ingin bertanya mengenai 2 perkara;
    1) adakah jatuh talak apabila suami bersumpah kpd diri sendiri “sekiranya isteri membuka telefon bimbit (hp) suami utk periksa hp suami, maka jatuhlah talak satu” sedangkan isteri tidak tahu langsung sumpahan yg dibuat oleh suami itu. Isteri hanya dapat tahu mengenai perkara tersebut apabila suami mendapat tahu isteri ada membuka dan memeriksa hp nya dan memberitahu bahawa suami ada membuat sumpahan tersebut.

    2) suami pernah membuat taklik, “sekiranya isteri mempunyai facebook, instagram, weechat dan whatsapp group, maka jatuhlah talak 3 ke atas isteri tersebut”. Jd sejak dr tarikh suami membuat taklik tersebut, isteri tidak ada lg kesemua yg dimaklumkan td. Berkaitan dgn soalan no 1, jika talak satu td jatuh, maka adakah taklik ini masih lg diguna pakai ataupun ia terbatal selepas isteri dan suami rujuk semula.

    Terima kasih

    • admin

      Reply

      Puan, utk soalan2 ini, saya nasihatkan puan rujuk kepada pejabat agama islam kerana pegawai syariah lebih berpengetahuan untuk menasihati puan berkenaan isu-isu ini. manakala saya boleh membantu mengenai prosedur di mahkamah. Jika puan ingin lebih kepastian, boleh terus rujuk kepada mahkamah syariah berkenaan lafaz2 taklik ini dengan membuat pengesahan cerai. Hakim akan memberi sabitan samaada jatuh talaq atau tidak.

  55. Insan Teraniaya

    Reply

    Assalamualaikum admin,

    Tempoh perkhawinan hanya 3-4 bulan dan tinggal berasingan atas sebab isteri tidak mahu berpindah mengikut suami. Isteri dengan tiba tiba berperangai agresif dan mencari point meminta utk dilepaskan. Di dalam tempoh kaunseling (atas aduan saya sendiri) isteri tidak dapat memberi alasan kepada kaunselor dan didalam tempoh itu isteri telah nusyuz dan tidak menjalankan kewajiban beliau seperti keluar tanpa minta izin dan sebagainya. Call dan msj diendahkan dan jikalau msj tidak ada jalan penyelesaian dan terus tergantung. Selaku suami yang teraniaya. Apakah yang wajar saya lakukan dan adakah saya boleh menuntut kembali kerugian saya?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Suami boleh membuat tuntutan kembali taat atau nusyuz terhadap isteri. Utk gantirugi, terpulang kepada fakta kes encik, boleh tuntut tetapi terpulang kepada hakim samaada ingin membenarkan.

  56. izzu

    Reply

    assalamualaikum wbt.. sy ingin bertanya.. jika sy diceraikan kerana ibu suami tidak suka kpd sy bagaimana pula…seyangkan sy tidak ada melanggar segala hukum syarak atau derhaka atau nusyuz kpd suami sepanjg menjadi isteri n sy tidak redha dgn perceraian ini

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Jika cerai sudahpun berlaku, maka tiada apa yang boleh dibetulkan kerana kuasa talaq di tangan suami dan tidak memerlukan kepada alasan. Tetapi suami bertanggungan di hadapan Allah sekiranya bersikap dayus dan menuruti kemahuan ibu tanpa sebab yang dibenarkan syarak.

      Tetapi jika cerai belum berlaku, isteri boleh menyatakan tidak setuju bercerai dan hakim akan merujuk pasangan ke jawatankuasa pendamai. Penyelesaian masalah boleh dirunding dalam forum tersebut.

  57. suami teraniaya

    Reply

    Salam..sy ad masalah d mana isteri saya tak menjalankan tanggungjawab ke atas sy..sudah 3 bulan dia xpulang kerumah dan dy sndri menetapkan tarikh bila dy mau pulang…sy sgt marah sebab sy da ckp agak kasar demi dy ikut tuntutan agama islam…akhirny semua ugutan itu berakhir dgn dy sndri menfailkan penceraian ke atas sy..sudah 3 bulan st xdpt lihat anak kandung sy kerana bersamany…sy xpenah putus memberi nafkah setiap bulan kepada anak sy dn dy…pada masa yg sama isteri sy jugak xpenah gembirakan kuarga saya…selalu cari gaduh sama kuarga sy…tp sy sgt hormati kuargany sehingga lama sy d tgglkan sy makin membenci kuarga ny kerana berniat menahan anak bini sy dr kembali pada sy….apakah carany tuk sy tidak bercerai tp sy nak dy d nasihat sehingga sedar…kerana isteri sy lbh pentingkan kuargany dr sy…sehingga sy terabai sbg suami ny…klulah bercerai…adkah isteri sy nusyuz…kerana selama 3 bulan dy xpulang xjaga kewajipan dn adkh isteri sy perlu bayr sy atas sikap nusyuzny

    • admin

      Reply

      Encik boleh memfailkan tuntutan kembali taat dan nusyuz terhadap isteri di mahkamah rendah syariah terdekat atas alasan isteri berpindah dan menjauhkan diri tanpa keizinan suami.

  58. saufi

    Reply

    assalammualaikum
    1)saya nak betanya…baru ni isteri saya keluar rumah tanpa izin saya buat kali kedua..sudah 3hari isteri belum pulang lagi kerumah…isteri membuat report polis mengatakan dia keluar dengan rela hati..apa hukum nya…

    2)kami sering kali bergaduh kerana isteri saya kurang melakukan tanggungjwb sbg isteri…alasan nye pnat mjaga anak sedangkan beliau suri rumah

    3)isteri sy tidak dapat menerima nasihat saya sebagai suami…

    4)saya dulu nikah di daerah tampin tapi tinggal di kuala lumpur..jika saya hendak pergi ke pejabat agama islam untuk membuat kaunseling supaya isteri saya ingat tanggungjawab sbg isteri pergi pejsbat agama yang terdekat ker..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah

      1. Isteri boleh menjadi nusyuz jika keluar tanpa sebab yang diizinkan syarak

      2. Menjadi surirumah dan menjaga anak memang lebih letih dari bekerja overtime di pejabat. Suami isteri perlu hidup bermuasyarah dgn baik, iaitu saling memahami dan membantu dalam semua urusan rumahtangga. Berbincanglah secara terbuka antara suami isteri agar sama2 dapat membantu dan meringankan beban agar sama2 dapat menjalankan tanggungjawab hakiki sbg suami isteri.

      3. Isteri wajib ikut nasihat suami selagi tidak melanggar syarak

      4. Pergi ke pej agama terdekat dgn tempat mastautin semasa. Tempat nikah tidak penting, asalkan ada sijil nikah dari mana2 negeri di malaysia.

  59. tidak ingin bercerai

    Reply

    assalam.. sekiranya isteri tidak mahu bercerai namun suami tetap dengan pndirian utk bercerai, adakah mereka akan bercerai?

    • admin

      Reply

      Suami boleh melafazkan pada bila2 masa kerana kuasa talaq di tangan suami. Tetapi jika suami hanya mahu melafazkan dengan kebenaran mahkamah supaya tidak didenda kerana melafazkan di luar mahkamah, suami perlu failkan permohonan cerai dan jika isteri tidak setuju, mahkamah akan merujuk ke jawatankuasa pendamai. Akhirnya tetap akan mendapat cerai jika suami tetap dengan pendirian sehingga ke peringkat hakam selepas jawatankuasa pendamai. Perkara yang sama juga akan berlaku jika situasi ini terbalik dan isteri yang ingin bercerai tetapi suami tidak mahu. Cuma proses ini panjang dan memakan masa.

  60. Hanna

    Reply

    Salam. Saya ingin meminta pendapat. Saya sgt buntu. Saya telah berkahwin selama 5tahun dan mempunyai seorang anak. Sejak mula2 berkahwin hingga skrg suami amat jarang memberi nafkah batin kepada saya. Nafkah batin ni termasuk tidur bersama, belaian kasih sayang dan sbginya amat2lah jarang. Bila saya dikurniakan anak itupun saya agak terkejut kerana kami hanya bersama sekali sahaja bulan itu. Kami jarang bersama bkn kerana jarak jauh. Kami tinggal bersama tetapi dari mula kahwin smpi skrg suami akan memberi alasan penat, letih, mengantuk dan sbginya. Saya selalu menangis memikirkan apa masalahnya dan apa gunanya saya berkahwin kalau tidur bersendirian dan suami suka tido di ruang tamu dgn alasan senang nk bangun tahajud. Suami saya juga merupakan seorang yg baran dan mudah melenting. Dia pantang kalau sesiapa yg tidak bersetuju dgn dia tak kiralah siapa org tersebut. Dia juga pernah meninggikan suara seperti menengking kepada bapa saya sehingga bapa saya menangis dan selalu juga bertekak dgn ibu saya. Malah dia juga pernah menampar adik lelaki saya yg berumur 14tahun kerana cemburu. Saya berasa semua ini sudah keterlaluan terutama sekali apabila ia melibatkan keluarga saya. Saya selalu berfikir apa salah kami semua smpi dia sanggup berbuat demikian sedangkan keluarga saya byk membantu dia terutama dalam masalah wang dan perniagaan. Lebih menyedihkan lagi apabila dia selalu memikirkan yg ramai lelaki akan mengurat saya dan akhirnya saya akan tinggalkan dia. Saya sgt kecewa kerana wpun sudah mempunyai seorg anak dia masih tidak berubah dgn sikap cemburu buta dan obsessivenya itu. Dia seperti memfitnah saya sdgkan saya sedikit pun tidak memandang mana2 lelaki lain apatah lagi melayan. Dan kerana dia jugalah saya jadi trauma pada lelaki. Skrg hidup saya jadi sgt tertekan. Apabila dia penat atau marah pada benda lain, saya yg jadi mangsa utk dia puaskan amarah dia. Dia akan cari psl dgn saya dgn perkara2 remeh dah menjadikan ia sgt besar sehingga saya menangis dan menjerit2 meracau2 baru dia akan berhenti dan puas. Setiap kali mcm tu. Makin hari saya rasa makin tertekan dan bimbang akhirnya saya yg jadi gila kerana dia. Dari segi nafkah zahir dia jalankan tamggungjwb semampu dia boleh. Dgn anak wpun dia jarang membantu tetapi dia layan dgn baik. Tetapi skrg saya benar2 dah tak tahan. Bolehkan dlm keadaan saya ini saya memohon cerai hakam?

    • admin

      Reply

      Saya berpendapat suami puan sebenarnya ada masalah psikologi dan perlukan bantuan perubatan untuk memulihkan sikapnya yang negatif terhadap puan dan keluarga. Mungkin dia ada mengalami trauma dalam hidup yang menyebabkan dia menderita emosi dan sukar mempercayai dan menyayangi orang lain.

      Jika rawatan suami masih tidak berjaya, berbincanglah secara terbuka dengannya atau gunakan orang tengah yang dihormatinya, agar dia tahu perasaan dan penderitaan yang puan alami.

      Jika masih tidak berjaya, Puan boleh dapatkan laporan pemeriksaan psikiatri untuk dapatkan pengesahan doktor pakar bahawa suami telah mendera emosi puan. Kemudian bukti ini dijadikan alasan untuk bercerai secara fasakh.

      • Lyna

        Reply

        Admin,
        Saya ingin bertanya…suami saya pergi fail di makamah saman tuntut cerai,ttp tidak memaklumkan atau berbincg apa2 dgn sya..jika tidak bersetuju …mohon pencerahan

        • admin

          Reply

          Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Untuk situasi begini, Mahkamah berhak meneruskan kes tanpa kehadiran Defendan. Maka, nasihat saya untuk mana-mana orang yang telah dinamakan sebagai Defendan/Responden dalam sesuatu kes untuk hadir ke setiap prosiding mahkamah agar tidak terlepas dari perkembangan kes dan dapat membela diri atas tuntutan Plaintif. Sekiranya puan tidak bersetuju untuk bercerai, Hakim kebiasaannya akan mengarahkan pihak-pihak untuk melantik wakil jawatankuasa pendamai untuk tujuan mencari pendamai antara pihak-pihak. Saya doakan urusan puan dipermudahkan.

  61. diya

    Reply

    Salam puan, saya telah berkahwin pada April 2016 dan masih belum dikurniakan anak. Sebelum berkahwin, saya tinggal di Johor manakala tunang tinggal di Putrajaya. Dalam tempoh tersebut saya telah mengenali seorang lelaki. Hal ini diketahui oleh tunang saya dan kami telah pun berbincang, saya telah memilih tunang untuk dijadikan suami. Saya berhenti menghubungi lelaki tersebut. Namun entah bagaimana, saya telah berhubungan semula dengan lelaki tersebut dan telah sampai ke pengetahuan suami. Peluang demi peluang telah diberi oleh suami dan suami telah memaafkan saya. Pada penghujung November 2016 saya telah berhenti berjumpa dengan lelaki tersebut tetapi masih berhubung cuma tidak sekerap sebelumnya memandangkan saya telah bertukar mengikut suami. Pada Feb 2017 suami telah menjumpai panggilan telefon lelaki tersebut di telepon saya (selepas hampir sebulan tidak berhubung) . Suami telah membawa saya berjumpa dengan kaunselor di Pejabat Agama dan saya berjanji tidak akan menghubungi lelaki tersebut. Alhamdulillah sehingga sekarang saya tidak berhubung lansung dengan lelaki tersebut. Namun, Allah Maha Kuasa gambar2 keintiman saya bersama lelaki tersebut telah dijumpai oleh suami di hp saya pada 27 April 2017. Demi Allah, saya sudah tidak mahu untuk ingat kenangan lama dan ingin membuang segala kekotoran yang pernah saya lakukan. Saya tidak menyimpan sebarang gambar bersama lelaki tersebut, saya khuatir gambar tersebut adalah gambar yang telah dipadam dan naik semula atau gambar tersebut telah dihantar oleh lelaki tersebut. Silap saya tidak berterus terang di hadapan suami dan kaunselor bahawa saya pernah berjumpa lelaki tersebut kerana saya khuatir hal tersebut akan memudaratkan hubungan kami suami isteri dan saya sudah pun menyesal atas perbuatan. Suami menyatakan bahawa saya adalah isteri yang nusyuz walhal, semenjak kami berjumpa kaunselor saya tidak lagi mempunyai sebarang perhubungan dengan lelaki tersebut. Adakah saya memang isteri yang masih nusyuz? Suami ingin memfailkan pensabitan nusyuz ke atas saya dan segala nafkah telah diberhentikan ke atas saya . Saya ingin mencari jalan perdamaian agar rumahtangga kami dapat diselamatkan.

    • admin

      Reply

      Suami boleh mendapatkan perintah nusyuz bagi tempoh masa puan ada menjalinkan hubungan dgn lelaki lain, sekalipun sekarang puan sudah tiada hubungan itu lagi. Nusyuz itu terhad kepada tempoh masa itu sahaja.

      Tetapi perintah nusyuz boleh dibatalkan sekiranya puan menyatakan telah bertaubat dan tidak akan mengulangi. Setelah itu suami wajib menyambung memberi nafkah isteri kepada puan.

      Cubalah berbincang secara baik dgn suami dalam kaunseling untuk mengembalikan kepercayaannya kepada puan.

  62. HAMBA ALLAH

    Reply

    Assalamualaikum , saya ingin bertanya kalau suami langsung tidak balik selama 4 bulan tetapi nafkah tak beri dan suami hidup dgn perempuan lain dan isteri nya dan anak2 nya ditinggal di rumah mak mertuanya tanpa di beri nafkah . apa kah patut sy buat?? saya sudah berkali suruh suami tinggal kan sy , tapi dia enggan dan dia masih dgn perempuan lain . dan dia penah melafazkan cerai pada saya ? tapi suami sy langsung tidak selesai kan hal ini dimahkamah ? dgn pada masa tu , sy masih syg suami sy dan sy pk kan anak2 sy . andai dia selesai hal penceraian tanpa saya kerana sya xnak dia lepaskan saya ? adakah suami boleh pergi tanpa isteri untk selesai kan hal penceraian atas hal sbb kukuh sy xnak suami sy lepaskan sy ? sy mengaku sy bnyak salah pada dia , tidak persefahaman , sy bermeseg lelaki lain diblakang suami sy , berjumpa lelaki lain , bersikap kurang ajar dan berkata kesat pada suami sya bila bertengkaran , tidak masak , sya mengaku salah saya . dan saya sudah memintak maaf tapi dia tetap ingin meninggalkan sya dan melafazkan cerai . kesimpulanya , sy enggan ikut suami sy untk selesai kan hal penceraian , tetapi suami saya menguruskan sendiri tanpa saya dia hanya bawa sijil nikah ? adakah boleh tanpa isteri untk selesaikan ??

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Hakim boleh membenarkan suami hadir tanpa isteri untuk kes pengesahan cerai kerana utk lafaz cerai, keterangan suami yg paling utama kerana lafaz talaq itu kuasa suami dan tidak perlu kepada persetujuan isteri. Tetapi jika hakim masih mahu isteri datang, hakim boleh mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa isteri hadir.

  63. suami buntu

    Reply

    aslkm Puan.masalah sy ada lah isteri selalu minta cerai apabila bertengkar sy tak sanggup untuk lpskan isteri sy kerana sy masih syg rumahtangga.di awal perkahwinan sy tinggal bersama mertua dan telah di halau ibu mertua yg hya nampak kesalahan sy.ibu mertua hya nampak keburukan sy dan akan menhasut isteri dan tidak benarkan sy berjumpa isteri sy dan isteri sy terlalu dgr ckp org tuanya.sudah 6bln sy hanya jumpa isteri sy di dpn rumah mertua dan baru2 ni kami bertengkar dan isteri menggunakan alasan hatinya sudah mati dan dia tak sanggup hadap rumahtangga ni lg dan skrg isteri tak benarkan sy berjumpa dia dgn alasan ibunya tak benarkan kami berjumpa kerana dia tinggal di rumah ibunya.sy dlm tekanan kerana 6bln sy tak dapat bersama isteri seperti pasangan suami isteri dan perkara ini terus berlanjutan.sy pernah minta isteri supaya kami sama2 ke pejabat agama untuk minta nasihat ustaz2 di sana tp di tolak.sy buntu dan sy masih syg rumahtangga sy ni.adakah cara2 yg dapat sy betulkan untuk selamatkan rumahtangga sy ni?dan apakah hak2 sy sebagai suami apabila menghadapi masalah seperti ini?di harap Puan dapat membantu..

  64. Buntu

    Reply

    Salam puan. saya mempunyai 2 org anak ( 2tahun dan 9bulan) . saya ingin bertanya kan tentang proses bercerai sekira nya saya ingin bercerai untuk kali ke 3 dan suami enggan memfailkan perceraian…perceraian pertama pada 2014 suami rujuk semula.. kedua pada tahun 2015 dan rujuk semula..
    tapi kali ini, suami enggan cerai kan saya kerana saya baru mendapat tahu si suami berkahwin secara senyap2 di thailand dan mempunyai seorg anak dalam lingkungan 1tahun.. Baru2 ini si suami membuat pengakuan sudah berkahwin dan mempunyai anak,tapi sudah bercerai.., suami ingin rujuk balik dengan perempuan itu..
    saya sangat kecewa dan ingin bercerai utk kali ke 3 nya. tetapi suami enggan ke mahkamah untuk memfailkan cerai. si suami berkata, kalau saya ingin bercerai dan ingin ke mahkamah, suami suruh saya pergi sendri. si suami juga memberitahu, dia akan mengambil kedua2 anak saya. kerana saya tidak lagi bekerja,, tapi saya tidak bersetuju memberi nya kerana adik saya mahu menjaga kedua-dua anak2 saya.
    harap Puan dapat membantu saya. terima kasih.

    • admin

      Reply

      Puan boleh mohon cerai tapi jika suami enggan, proses akan jadi panjang kerana perlu melalui jawatankuasa pendamai dan hakam. Manakala jika suami ada melakukan kesalahan di bawah lafaz taklik atau fasakh, mohonlah cerai cara ini berbanding cara biasa iaitu talaq dalam mahkamah. Anak2 puan boleh tuntut hak jagaan, tidak timbul isu puan tidak bekerja kerana suami tetap wajib beri nafkah anak jika puan yg menjaga. Jika ibu puan masih hidup, minta bantuan ibu untuk jadi penjaga bersama kerana keutamaan diberi kepada ibu kandung dan nenek sebelah ibu.

  65. Azizah Azmi

    Reply

    Salam Puan

    Saya telah 4 tahun berkahwin dan mempunyai 2 org anak (3 tahun & 1 tahun).

    Saya ingin bertanya apakah jenis perceraian yang patut saya failkan untuk sebab2 berikut:

    1. Suami tidak memberi nafkah disebabkan bergaji kecil dan beban personal loan yg banyak (personal loan utk bershopping dan memenuhi keperluan peribadi)

    2. Tidak bersefahaman dan sering bergaduh (saya sering dimaki dan dihamun spt bodoh, bongok, bangang, pegi mampos, sial, dan kim*k)

    3. Suami tidak menunaikan perkara wajib agama (amat liat utk bersolat, dan sering ponteng ketika ramadhan). Krn suami pernah bersekolah pondok, semua tertipu di sebalik perwatakannya. Hakikatnya hanya saya yg tahu betapa leka nya dia meninggalkan waktu solat sehingga berlalu.

    4. Suami suka menonton video lucah (sebelum ini di CD, skrg di HP. Hp nye sentiasa di password, dan katanya itu hak privasi dia. Anak saya pernah terbuka video lucah di dlm hp suami ketika menonton kartun)

    5. Suami mengambil duit anak-anak (di dlm simpanan sy di rumah) secara senyap dan hanya memberitahu selepas mengambilnya. Bila saya minta ganti, saya dihamun nya.

    7. Suami pernah terkantoi menghendap adik perempuan saya mandi ketika awal kehamilan anak pertama.

    8. Perihal anak semua di atas bahu saya termasuk menghantar dan mengambil anak2 dari taska dan pengasuh, mandi, memberi makan sehinggalah tidur. Akibatnya anak2 tidak berapa mahu dengan suami. Jadi kesukaran pada saya, krn menyukarkan saya utk makan, mandi dan mengemas krn anak2 sentiasa mahu saya di depan mata. Disebabkan ini, saya tidak dpt menjalankan tugas2 isteri spt menyedia dan menggosok pakaian suami dan memasak dgn sempurna. Suami menyalahkan saya kerana tidak menjaga pakai dan makan nya. Walhal saya sudah tidak cukup tangan dgn mengurus anak di rumah.

    Mohon pencerahan. Terima kasih.

  66. salina

    Reply

    Hamba Allah.puan saya pernah memohon perkhidmatan guaman.sini saya sungguh kecewa kerana pihak Tidak dapat membantu sekiranya seorang terbabit dalam dadah.terjadi pun begini disebabkan Isteri telah curang dibelakang saya .sekarang apabila saya Tidak mewaikili Peguam kes INI berat sebelah .patutkah sebagai suami hak untuk guman diketepikan.APA kah saya patut buat setiap Kali ke bantuan guaman perkara yang sama Tidak dapat Bantu kerana.dadah.

    • admin

      Reply

      Encik, saya tidak pasti apakah jenis kes yang encik maksudkan dan sebabnya dadah menjadi halangan. Mungkin Encik boleh ceritakan lebih detail akan kes encik dan saya akan kongsikan apa yang saya tahu berkenaan kes tersebut.

  67. Yg tersiksa jiwa....

    Reply

    Salam sejahtera, saya dah suami telah berkahwin selama hampir 18 tahun…pada tahun 2012, suami excident dan koma serta Lumpur sementara selama 4 bulan. Dlm tempoh 4 bulan tu, hanya saya sebagai isteri yg menjaga dia tanpa bantuan Dari pihak keluarga suami. Anak2 juga masih kecil 5 tahun dan 3 tahun. Selepas beliau pilih dan boleh bekerja , Allah swt uji saya dgn kecurangan dia bersama bekas kekasihnya…..Saya hanya dpt tahu kecurangan suami setelah setahun beliau buka akaun FB tanpa pengetahuan saya…
    Demi Allah, sejak hari Itu, saya jadi seorang yg pendendam kpd suami, walaupun berkali2 mohon maaf… mungkin kerana anak2, saya cuba bertahan sehingga sekarang, hampir 5 tahun bertahan dan “berlakon” depan anak2 seolah-olah saya sudah memaafkan suami…malah hampir setiap tahun kami bercuti ke luar negara utk “pulihkan” perasaan dendam dan marah saya kpd suami atas kecurangan dia….
    Malah suami juga enggan menghantar saya ke hospital atas alasan kerja Dan says pernah ke hospital sendirian dgn bas dgn pendarahan di rahim selepas operation.
    Tetapi pada hari ini, saya telah membuat tuntutan cerai fasakh…tambahan saya juga baru mengetahui bahawa family suami juga tidak suka menerima saya sebagai menantu dan hanya menyukai bekas kekasih suami saya dulu… malah suami juga telah menyebelahi family dia dan saya dipersalahkan….
    Adakah “penderaan mental” yg saya alami selama 18 tahun ini boleh diambil kira sebagai alasan utk tuntutan fasakh kerana suami tetap enggan menceraikan saya dan sering ugut saya utk pastikan anak kami hanya dia yg dpt jika saya tuntut cerai….
    terima kasih…

    • admin

      Reply

      Penderaan mental boleh diterima sebagai alasan fasakh tetapi mesti ada laporan psikiatri dari pakar yang beragama islam.

  68. nooraini binti yaakob

    Reply

    as salam,

    saya telah berkahwin selama 22tahun. anak seorang umur 9 tahun. saya bekerja kerajaan dengan gaji 3k sbln. suami bekerja sendiri. masalah sekarang selepas 5tahun berkahwin. suami makin kurang bekerja dalam setahun dapat la income dlm 2k. segala perbelanjaan saya yang tanggung sewa rumah, ansuran kereta, bayar pengasuh anak dan keperluan sekolah.

    suami gagal beri nafkah secara tetap dan saya perlu beri beliau wang untuk makan minum dan rokok. suami suka melepak di kedai kopi dan main judi nombor ekor.

    saya dah penat untuk minta suami cari kerja yang tetap dan mesti berakhir dengan pertengkaran.

    pada tahun 2013 suami bekerja dengan syarikat dan bergaji tetap setahun sahaja dan kembali bekerja sendiri.

    pada 2014 saya pergi mengadu pada pejabat agama dan dinasihatkan bercerai kerana suami enggan berubah dan ingin fail penceraian. namun begitu beliau tidak fail penceraian tersebut.

    perkara ini berlanjutan sehingga sekarang beliau hanya duduk rumah tanpa bekerja. saya hanya diam dan mula buat hal sendiri kerana dah penat suruh suami cari kerja dan telah hilang rasa hormat pada suami.

    pada dis 2016 beliau dapat keluar duit epf hasil kerja sebelum berkahwin. beliau beri saya 3k duit belanja.

    kini saya makin tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini.

    berdasarkan situasi ini saya mohon pencerahan apakah permohonan cerai yang paling sesuai iaitu taklik atau fasakh.

    terima kasih.

    • admin

      Reply

      Taklik lebih sesuai dan lebih cepat, jika suami langsung tidak pernah beri satu sen dalam tempoh 4 bulan berturut.

  69. suba

    Reply

    Salam, saya berkhawin lebih dua tahun dan tidak mempunyai anak. 17 bulan sebelum ( lebih 1 tahun ), suami paksa saya ikut dia dan tinggalkan saya dirumah ayah untuk majlis perkhawinan adik saya.
    Selepas majlis perkhawinan adik, suami call abang saya dan memberitahu bahawa nak menceraikan saya. Selepas issue itu, saya cuba call suami dan cuba messej tapi dia tidak jawab kesemua call saya. Saya juga cuba untuk balik kerumah suami saya, tapi ibu mertua saya meghalang saya dengan megatakan ” akan buat apa-apa terhadap kamu, kalau kamu datang balik ” bila cuba balik kerumah suami saya. Saya tak nak masalah kecil menjadi besar, jadi saya tak balik kerumah suami saya dan tunggu kemarahan dia berkurang. Selama lebih satu tahun, saya cuba call dia dan messej dia untuk megurangkan kemarahan dia dan meminta untuk bercakap dengan suami saya. Tetapi saya tak dapat apa-apa balas dari suami saya. Salah seorang kawan karib suami dan mak mertua telah call saya memaklumkan bahawa suami saya akan mengadakan perbincangan tetapi tidak tahu bila. Saya tunggu lebih satu tahun tapi tidak sesiapa datang untuk perbincangan tentang apa masalahnya. Cuma saya yang dapat ialah surat cerai dari peguam.
    ( masa kami suami isteri hidup serumah, sememangnya mempunyai masalah yang terlalu kecil, tetapi saya banyak kali pernah perasan Seperti dia tak sukakan saya )

    soalan saya :
    – sekarang kes cerai dalam proses stage 1, dapat surat dari peguam. saya berfikir, saya dapat tukar keputusan diambil oleh suami kalau saya tinggal serumah dengan suami saya sehingga dapat judgment dari hakim. Tapi bila saya cuba pergi ke rumah suami saya, dia tak benarkan saya masuk dalam rumah. Adakah saya boleh tinggal serumah dengan suami saya sehingga final judgment ?
    Adakah saya masih ada hak untuk tinggal di rumah suami saya. Kalau saya ada hak untuk tinggal di rumah suami, bagaimana cara legal untuk masuk kerumah suami saya walaupun dia tak benarkan saya masuk. Saya tak nak rumahtangga kami pecah. Saya mesti kena cuba tukar fikiran dia, satu-satunya cara ialah, saya mesti tinggal serumah dengan dia.
    harap saya dapat solution.

    – jika suami saya berpegang sehingga akhir nak bercerai tapi saya tak nak. Alasan untuk bercerai diberi oleh suami saya terlalu silly reason, adakah makamah terpaksa ceraikan kami ?
    Apakah tindakkan seharusnya saya diambil untuk tidak dapat penceraian ?

    – berapa lamakah paling lambat untuk dapat judgment cerai. Paling lambat Adakah judgment cerai mesti dapat dalam masa 1 tahun. Boleh ke melambatkan judgment lebih 3 tahun. Saya nak tukar decision suami saya, untuk itu saya nak masa lebih 1 tahun. Harap saya dapat jawapan yang positive.

    • admin

      Reply

      Puan,

      Berbeza dengan kedudukan seorang isteri, seorang suami boleh menghalang isteri balik ke rumah tetapi wajib menyediakan tempat tinggal lain untuk isteri dan menanggung dosa jika isteri tidak berbuat apa2 kesalahan besar seperti nusyuz tetapi telah dihukum sedemikian.

      Puan boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk nafkah isteri yang termasuk nafkah tempat tinggal, dan jika suami tidak mampu sediakan rumah lain, suami boleh diperintahkan untuk benarkan isteri balik ke rumah kelamin.

      Kuasa talaq di tangan suami, itulah hukum Allah, dan dia boleh lafaz di mana sahaja jika dia nekad bercerai. Namun jika dia masih belum lafaz dan mengikut prosedur yang betul untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu, di Mahkamah nanti jika puan tidak setuju bercerai, boleh maklumkan hakim dan hakim akan rujuk puan dan suami ke jawatankuasa pendamai. Inilah forum untuk puan cuba pujuk suami agar boleh berdamai.

      Prosiding Mahkamah tidak wajar dilambatkan dengan sengaja, kerana ia merupakan satu ketidakadilan kepada pihak2 dan masyarakat kerana pembaziran masa dan kos pihak mahkamah untuk mengurus kes tersebut. Jika masih ada peluang berdamai, puan yakinkan pihak jawatankuasa pendamai untuk memberi beberapa sesi perjumpaan agar lebih banyak peluang untuk cuba berdamai.

      Wallahua’lam. Saya doakan isu puan dan suami selesai dengan cara yang terbaik, dan berdoalah serta berserah kepada Allah kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri puan dan suami. InsyaAllah

  70. Noor

    Reply

    Salam, sy bru brkhwin sbln sebelum berkahwin,
    Semasa tunang sy sudah mula tidak sukakn suami krna dy berbau yg mnyakitkn hidung ( bau yg tdk sdap) tapi sy rase itu bleh berubah, smggu lbh sblom majlis sy ad mndiamkn diri , sbb sy xleh nk terima dy.. tapi family sudah sngguh3 wat persiapan, sy xnk fmily malu. Spnjg tmpoh sy snyap, dy pon snyap. Hnye prgi jmpe mak sy tnye sy ad org lain ke ? Tiada jmpe sy. Dy tiada bncg gan sy, hnye bncg gan family saje.
    Selapas majlis, sy dok xleh terima dy lagi, bau badan dy wat sy stress, tertekan. Pergi keje balik keje smua bau badan dy, sy ad kata sy xskekn dy, lpskn sy, dy bersetuju. Dy kuat agama, dh keje di majlis agama
    Sy mnx tido asing, slps itu ddk berasing
    Kecoh fmily yg sy mnx cerai dripd dy, sy makin bertmbh bnci, sbb xda bncg dlu gn sy
    Fmly push sy, kata yg sy pntingkn diri,
    Slps itu sy gn dy bergaduh besar, sy tertmpr dy, dy marah sy, kata sy xbau syurga masok neraka smua,dy antar sy ke umah family.

    Ad kata sblom penceraian perlu bncg antara fmly dy dn saya,perlukah?

    Bolehkah sy mnx cerai dgn alasan bau badan dy dn tiada keserasian lagi?

    Klu dy xnk lepas kn sy gan gantung bertali, xmngape ke?

    Klu dy ceraikn sy gan sbb nusyuz, ad ke denda smpai 2x hntaran?

    Kes penceraian memakan masa yg lama ke?

    • admin

      Reply

      puan, alasan bercerai puan ini tidak terkandung dalam alasan yang dibenarkan untuk bercerai secara taklik atau fasakh jadi satu satunya cara ialah dengan memohon suami lafazkan talaq dengan rela. Jika suami tidak mahu, puan perlu melalui proses jawatankuasa pendamai dan majlis hakam di mahkamah. Hakim akan memutuskan samaada puan layak dapat talaq atau tidak, jika layak, hakim akan menasihati suami untuk melafazkan talaq atau meminta hakam suami atau hakam mahkamah untuk melafazkan bagi pihak suami.

      Perbincangan antara keluarga tidak wajib tetapi digalakkan terutama apabila masih ada peluang untuk berdamai. Puan ada cuba rawatan alternatif atau minta suami berubat untuk mengatasi masalah bau badannya? Jika masalah ini boleh diselesaikan dengan rawatan, sebaiknya cuba penyelesaian ini dulu. Perceraian sepatutnya jadi langkah terakhir. Saya cadangkan puan juga patut dapatkan rawatan alternatif kerana bimbang ada simptom seperti puan terkena gangguan sihir. Wallahua’lam.

      Jika suami mendapatkan perintah nusyuz, tiada bayaran denda dikenakan cuma puan tidak layak dapat nafkah iddah dan mutaah. Juga berdosa besar menjadi isteri yang nusyuz dan puan dikehendaki bertaubat untuk membatalkan perintah nusyuz itu. Jika enggan, masih perlu meminta maaf dengan suami dan bertaubat supaya selamat dunia dan akhirat. Wallahua’lam.

      Proses perceraian boleh jadi panjang antara 6 bulan hingga setahun jika suami enggan melafazkan talaq secara sukarela.

  71. insan kesedihan

    Reply

    salam admin..sy baru berkahwin 3 bulan..
    sepanjang perkahwinan sy tak bahagia
    bersama suami..kami sering bergaduh..sy
    hilang rasa hormat n percaya pada suami..
    suami tak bekerja..dia hanya membantu
    sy berniaga..segala kos kehidupan keluarga
    kami menggunakan duit berniaga..saya dah
    tak tahan hidup bersama dia..sebab setiap
    kali bergaduh dia akan mengeluarkan kaya kata kesat yg menyakitkan hati..jiwa sy tak tenang ..dan perasaan sy selalu ingin mntk cerai..hampir tiap tiap hari sy menangis kerana
    kami bergaduh hampir setiap hari..patot kah sy mntk cerai dari suami ?

    • admin

      Reply

      Puan patut cuba berbincang dulu dengan suami agar menghentikan penderaan emosi terhadap puan. Jika masih berterusan, puan berbincanglah dengan suami berkenaan niat puan untuk bercerai, mungkin itu akan menyedarkannya. Jika masih tidak berubah dan menyeksakan puan, puan boleh pujuk suami untuk melepaskan puan secara baik. Jika dia enggan, eloklah puan failkan cerai secara fasakh atas alasan suami telah lazim menyakiti puan dengan melakukan penderaan emosi, dan telah cuai menyediakan nafkah.

      • Lina

        Reply

        Askm .saya tya..situasi saya..suami mengatakan xmampu utk..menjga saya ank.
        Dan menyuruh saya ke makhamah uruskan sendri penceraian ..
        Semasa berasama saya tidak endahkannya..sering kali bergaduh..
        Sehinggu memikul..
        Saya bersabar…
        Utk dia cuba ubah sikapnya
        ..setelah berubah…alasan diberi xmampu utk.menjga…suruh pulang ke kampung….tanpa memberi nafkah..
        Apa patut sya buat

        • admin

          Reply

          Waalaikumussalam warah matullah.

          Jika puan tidak mahu bercerai, tidak perlu failkan perceraian. Jika masalah nafkah membebankan puan, terus failkan tuntutan nafkah isteri dan nafkah anak. Tidak perlu bercerai jika isu utama hanyalah nafkah. Tetapi jika puan setuju bercerai untuk mengelakkan penganiayaan berterusan, failkan perceraian mengikut langkah yang dinyatakan dalam artikel kami “cerai secara baik”

  72. Mariam

    Reply

    Salam..mohon bertanya.
    Saya telah berkahwin hampir 4 tahun & melahirkan anak kedua 3bln lalu. Kami berasal dr pantai timur dan bekerja di selangor. Sy seorang anak tunggal, oleh itu sy bawa ibu(ibu tunggal) tinggal bersama di rumah yg dibeli suami. Sy bwk ibu krana ibu bersendirian di kg & mempunyai pnyakit darah tggi, namun cara suami seolah2 ingin menjadikan ibu sy sperti org gaji utk mnjaga anak kami dll.

    Suami tidak menyukai ibu sy & kami sering bergaduh. Suami juga sering menghina & mngeluarkan kata2 kesat kpd sy & ibu. Scara terangan di hadapan sy n sindiran di depan ibu. Sy juga bukanlah isteri yg sempurna dimata suami krana suami seorg yg terlalu cerewet dlm smua perkara terutama bab kebersihan sehingga sy juga dilayan sperti anak kecil, tetapi sy tidak tahan dihina sehingga diungkit sluruh ahli kluarga sy. Sy sekarang serba salah krana suami & ibu tidak bertegur sapa dr awal perkahwinan hingga skarang.

    Nafkah zahir sudah bertahun xdiberikan dgn alasan membayar ansuran kereta yg sy naiki. Manakala sy sy sbagai seorang isteri tidak boleh memandai2 krana sy &ibu hanya menumpang di rumahnya. Gaji sy dikawal, n pbelanjaan dapur,kperluan anak n diri sndiri smua mggunakan gaji sy krana katanya suami isteri mst bkongsi gaji 50-50

    Sy terseksa & makan hati dr segi emosi dgn kata2 dan sikapnya terhadap sy & ibu membuatkan kami sering bertengkar & sy mnjadi isteri derhaka. Sy ingin dia ceraikan sy, krana tidak mahu menderhaka lg kpd suami & sy memlih ibu berbanding suami. Dia mengatakan ibu menghasut sy n dia sering berprasangka. Oleh itu, dia tidak mahu menceraikan sy sampai bila2 dgn alasan sy mempunyai anak dengannya.

    Apa yg perlu sy lakukan? krana dia mengawal pergerakan sy dgn ketat utk sy keluar apatah lg ke mahkamah & menjerkah sy tanpa mengira tempat jika sudah marah. Sy malu dgn org lain. Mohon pendapat, trima kasih.

    • admin

      Reply

      Puan, jika perceraian adalah langkah terakhir untuk puan, puan perlu failkan kes di mahkamah syariah terdekat. Puan sendiri perlu hadir ke mahkamah. Jika suami mengawal puan sehingga mencederakan puan, puan boleh keluar dari rumah dan tinggal di tempat lain. Puan tidak perlu menanggung keluarga, itu tanggungjawab suami. Cuba dapatkan bantuan ahli keluarga lain atau orang luar yg dihormati suami untuk membantu puan.

  73. Ena

    Reply

    salam,

    kalau isteri yang failkan permohonan cerai, kemudian sebelum hari perbicaraan, isteri decides untuk batalkan permohonan cerai, bagaimana prosedurnya?

    • admin

      Reply

      Isteri hanya perlu mengisi notis penarikan balik kemudian datang ke mahkamah pada tarikh yang seterusnya di hadapan Hakim dan maklumkan keputusan untuk tarik balik. Hakim akan membenarkan jika suami tiada bantahan.

  74. Siti

    Reply

    Salam, nak tnye satu perkara
    Situasinya: saya berkahwin baru 3 minggu, sblom berkhwin sy sudah tidak ada hati lagi gan bakal suami sy, tapi sy teruskn jugak majlis atas sbb sygkn family sy.
    Setelah majlis. Perasaan happy suka uh smua tiada. Saya benci dan bertmbah benci dgn dy. Sy telah berbncang dgn dy supaya lepaskn sy, sbb sy khuatir sy derhaka sy xdpat jlnkn tnggungjwb sbgai seorang isteri dari segi zahir dan batin. Dan dy bersetuju. Apa yg perlu sy lakukan

    • admin

      Reply

      Jika suami sudah bersetuju melafazkan talaq, puan boleh terus ke mahkamah rendah syariah terdekat dan ikut prosedur yang dinyatakan dalam artikel “cerai secara baik”

  75. Mr Puyuh

    Reply

    Assalamu’alaikum
    Sy ingin mengetahui lebih lanjut mengenai flow isteri minta cerai melalui fasakh,
    Isteri sy ada failkn cerai fasakh dan saman telah sy terima, sy dapati kebyakn dlm saman tu adalah tidak benar dan dia telah lantik peguam utk suruh sy ceraikan isteri.
    Tp sy tidak setuju. Sy tidak mempunyai pekerjaan tetap dan ini menguatkan lagi isteri sy utk minta fasakh.
    Sebelum ini, isteri ada minta kebenaran untuk dia bekerja dan sy bersetuju memandang sy tidak bekerja tetap dan isteri ada menyebut, disebabkan sy telah byk membantu dia mendapatkan pekerjaan, dia tak kisah pun untuk perbelanjaan bersama. Sy bersyukur sgt2.
    Tp setelah dia mula bekerja, pd awalnya tiada masalah tp lama kelamaan dia jd tak menentu, selalu minta cerai dan kata dkt sy mcm2, sy TAK PERNAH bg nafkah, sy TAK PERNAH pedulikan anak, dll. Smp skrg pn sy masih boleh bersabar.
    Mungkin Allah nk uji sy, sy telah dpt kerja dgn gaji RM3000, isteri dapat tahu, terus dia berubah sikap tetapi pd masa sy dapat kerja tu sy masih ada pekerjaan lain dan sy telah kemalangan dan terus diberhentikan kerja. Sy redha dgn ketentuan mungkin belum masanya lg, tetapi isteri terus jd negatif dgn sy smp la skrg, walaupun kami duduk serumah tp xpernah sekali bertegur.
    Jd skrg apa yg perlu sy buat, disebabkn sy tak setuju, isteri buat byk provokasi dan sy dpt surat peguam dia yg sy ganggu n buat tohmahan pd keluarga dia, sy masih bersabar.
    Bagaimanakah cara flow cerai fasakh dijalankn, adakah sy perlu bukti disebabkn sy tak setuju cerai. Terima kasih

    • admin

      Reply

      Encik perlu failkan dokumen dinamakan pembelaan, dalam pembelaan tersebut, nyatakan setiap penafian dan fakta sebenar yang berkenaan dengan dakwaan plaintif dalam pernyataan tuntutan. Selepas selesai pertukaran dokumen, Hakim akan menetapkan kes untuk perbicaraan di mana isteri akan beri keterangan dan panggil saksi2 kemudian giliran encik pula beri keterangan dan panggil saksi (jika ada). Kemudian barulah Hakim akan berikan keputusan samaada boleh sabit fasakh atau tidak.

  76. hamba allah

    Reply

    Assalamualaikum
    Sy dah brkahwin ngan suami sy selama 5 tahun dan Kami mempunyai 3 org ank..rumah tngga kmi selalu bermasalah tiap2 ari bergduh..selama 5 tahun sy kwin ngan dye mcm2 dye wt hal tp sy diam kn diri demi ank2 sy..sekarang sy dh x boleh tahan lgyy ngan dye..sy cbe buat baik tp hati sy tetap x boleh terima..ble sy mintak lepaskn sy dye bg alsn ank2..sy x mnta ape2 dri dyee..sy cme nk brcerai ngan dyee
    Boleh bg pndpt x..kalau boleh sy nk lps kn dri dari dyee..dh xdew prasaan syg lgyy dlm ati sy..ble brjmp msty brgduh..tlg Bantu..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Puan, sekiranya Puan ada alasan dan bukti yang kuat untuk bercerai di bawah fasakh atau taklik, maka Puan berhak untuk menuntut cerai dari suami. Namun, sekiranya suami tidak melakukan mana-mana perbuatan di bawah seksyen berkenaan fasakh atau taklik, maka perceraian hanya boleh berlaku dengan persetujuan suami untuk melafazkan talaq. sekiranya suami enggan, sebaiknya, puan berbincanglah secara baik dengan beliau, dan cuba gunakan orang tengah untuk membantu puan menjelaskan perasaan puan sebaiknya kepadanya. Jika masih tidak berjaya, cubalah rundingkan masalah ini secara kaunseling sukarela di pejabat agama islam terdekat. Jika masih tidak berjaya, barulah langkah terakhir diteruskan dengan pergi ke mahkamah rendah syariah terdekat dan failkan permohonan cerai di bawah seksyen 47, rujuk artikel saya berkenaan “cerai secara baik”. Puan perlu melalui proses ini untuk menentukan samaada Puan boleh mendapat perceraian secara talaq.

  77. Dila

    Reply

    Slm..sy dh brkahwin selama 10 thn & mmpunyai spsg ank lelaki _3tahun & perempuan_8 thn..spnjg prkahwinan suami tidak mmberikn nafkh & duit blnja yg sckupnya..suami juga bkn seorg family man..masanya bnyk d habiskn d luar rumah dgn melepak d kdai brsama kwn2 dgn alasan mncari side income tuk sy& ank2..tp itu cuma alasannya sj tuk kaburkn mata sy..sbrnya dia sbuk melayan msg,wtsap,weechat dll aplikasi intrnet dgn prmpuan lain &-prnh kuar brsama..kami sering brgaduh d sbbkn sikapnya yg suka lepak d luar,sikapnya yg plauboy & d sbbkn duit yg x prnh ckup.pd thn 2010 sy dpt tangkap suami ada affair dgb prmpuan kristian shingga snggup checkin hotel tuk berzina..prempuan trsebut mngakui keterlanjuran tersbut..suamipun turut mgakuinya..hnacur lebur hati sy & kprcayaan sy pdnya..slama 1 thn sy rujuk kes ke pej agama &-akhirnya dia hadir mngakui sikapnya &minta sy beriknnya peluang skali lg & brjnji tidak akn wat hal lg..demi ank yg msh kecil sy bgnya peluang..tp dia xprnh brubah..sy hidup trseksa.sy d sakiti ati & perasaan.pd bln puasa 2016-skali lg hati sy d sakiti dgn pengakuan dia tlh brkahwin lain..sy cuba terima takdir hidup sy yg trpaksa brmadu..tp isteri barunya seorg yg.bijak & jahat bg sy sbb mngumpan suami dgn duit smpaikn suami terlupa trs pngorban sy..sdgjn sy banker dia .xde duit nk run side job sayalah yg brsusah payh meminjam duit dgn bank..kuarkn duit saving..bg brg2 kemas tuk d gadaikn tuk dptkn duit shibggakn skrg sy di bebani dgn hutang..duit saving &-brg kemas smua abis & hilang begitu sj.. sejak brkahwin br suami brubah 360′..trbaru dia brtindak memukul sy..mcmb sy nk tntut fasakh d mhkmh sbb suami bkn lnsung x bg duit tp xckup..cuma sy xdpt nafkh..sjk brpologami bkn suami x blk trs tp dia akn drag ms tuk blk ke umh sy..blk tp x mnjlnkn.tggjwbnya sbgai seorh suami.kami brteeusan brgaduh d sbbkn dia suka mbndingkn isteri barunya..bg dia sy bkn isteri yh baik.hnya isteri barunya yh trrbaik..tp yg peliknya dia xnk lpskn sy..xnk ceraikn sy..ape harus sy buat?sy dh x snggup hidup memikul biawak hidup..xsnggup lg tuk d maki hamun.xsnggup lg d sakiti ati lg..

    • admin

      Reply

      Puan boleh mohon fasakh atas alasan lain seperti suami lazim menyakiti sehingga menyebabkan penderaan emosi (dapatkan pengesahan pakar psikiatri), dan suami tidak adil dalam poligami, dan suami berperangai keji kerana pernah berzina.

  78. Zulaika

    Reply

    Assalamualaikum puan.
    Saya ingin menfailkan perceraian dengan suami kerana suami tidak member nafkah sepanjang perkahwinan dan tidak berlaku adil. Saya mempunyai sepasang anak berusia 3tahun 5 bulan (lelaki) dan 1 tahun 8 bulan(perempuan)
    Apa yang membimbangkan saya adalah apabila berlaku perceraian suami mengugut untuk menuntut kedua-dua anak saya..
    Saya ingin bertanya hak penjagaan anak akan berpihak kepada siapa kerana suami mempunyai isteri pertama yang mana jika hak diberikan kepada suami, emosi dan keselamatan anak adalah punca kebimbangan saya.
    Mohon penjelasan mengenai hak penjagaan anak.untuk makluman puan saya bekerja sendiri (kontraktor)

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah Puan,

      Memandangkan usia anak-anak yang masih sangat kecil, Mahkamah kebiasaannya akan memberikan hak jagaan kepada ibu tetapi bapa akan mendapat hak lawatan dan bermalam bersama anak-anak tersebut. Tetapi perlulah diingat bahawa perintah hak jagaan ini boleh diubah di masa akan datang sekiranya anak tersebut sudah mencapai umur mumayyiz dan suami mahu menuntut hak jagaan ke atas mereka pula. Berkenaan isteri pertama, dia berhak untuk turut bersama anak-anak tersebut semasa hak lawatan dan bermalam suami kerana dia isteri yang sah kepada suami puan. Melainkan puan sudah ada bukti yang isteri pertama tersebut memang pernah menganiaya anak-anak tersebut barulah Mahkamah akan mempertimbangkan untuk menghadkan akses isteri pertama kepada anak-anak tersebut. Dalam apa-apa keadaan, hubungan bapa-anak tidak boleh dipisahkan dan Mahkamah tetap akan memberi akses kepada bapa untuk bersama anak-anak tersebut melainkan Puan boleh membuktikan yang suami puan membahayakan keselamatan anak-anak tersebut seperti memukul mereka atau mengabaikan mereka.

  79. Raziq

    Reply

    Salam, saya suami yg isteri minta cerai under Sekyen 47 dgn alasan tiada persefahaman mawaddah dan rahmah. Isteri dan keluarga tidak pernah ada inisiatif nak berbincang berjumpa angkat call.

    Saya tidak hadir sebutan pertama. Mereka senyap sampai sekarang. Tak tahu dah keluar waran tangkap ke talak dah jatuh ke.

    Apa perlu saya buat? Saya tak pergi sbb sy sygkan dia dan perkahwinan. Dia asik minta cerai sahaja dan paling mengecewakan bapa (wali) yang sokong siap bayar peguam terkenal. Dengan alasan2 bodoh yg tak boleh diterima.

    Saya tak nak pergi da tak akan lafazkan sebab ini bkn main2 dan sekali terlafaz sy takut akan menyesal di kemudian hari dan tak nak lafaz itu menjadi kebiasaan.

    Saya juga plan tak nak hadir apa2 kalai ade JKP atau Hakam. Mcm mana klo kne pergi sbb waran dan sy xbagi kuasa kat hakam? Perkahwinan baru 4 bulan.

    • admin

      Reply

      Encik Raziq sepatutnya kena hadir ke Mahkamah kerana jika hadir, barulah boleh encik maklumkan kepada Hakim bahawa encik tidak mahu bercerai dan Mahkamah akan rujuk ke Jawatankuasa Pendamai yang akan membantu Encik memulihkan hubungan dengan isteri. peguam tidak boleh hadir dalam semua meeting Jawatankuasa dan meeting Hakam, jadi perbincangan tersebut boleh dibuat antara encik dan isteri bersama wakil masing-masing. Sekiranya tidak hadir dengan sengaja, mahkamah ada kuasa untuk lantik panel hakam untuk mewakili encik dan hakim boleh memberi kuasa kepada panel hakam ini untuk melafazkan talaq bagi pihak encik. mahkamah akan menganggap encik tidak berminat lagi untuk mempertahankan perkahwinan ini sekiranya berterusan gagal untuk hadir.

  80. siti

    Reply

    salam admin. sy sudah naik turun mahkmah hampir 4tahun. Hampir 2tahun untuk proses pernikahan luar negara. disebabkan sy mendaftarkan perkahwinan seorg diri. kemudian proceed untuk cerai skrg sdh 2thun lebih.. sy daftr nikah sini sebenarnya tuk menuntut cerai. jadi sy minta pendapat biro guaman awam sugestion pihak trsebut minta sy bukak fasaskh. sy ada bertnya untuk mengemukakan dokumen hospital dan report polis ats kes pukul tp biro guaman menolak sbb alasan ni kes fasakh bkn taklik pukul.. prosiding berlansung hampir 2thun.. dlm pada tu sy juga ada bertnya direct pd tokhakim blhkah sy mengemukakan dokumen berkenaan tp tidak jugk diendahkan. bila tiba hari keputusan tokhakim berkenaan reject kes fasakh sy ats alasan pembuktian tidak cukup. ayat last tuanhakim berkenaan salah satu pembuktian yg blh dibuktikan ada seperti memudaratkan isteri seperti pukul. bila sy ingin bersuara tidak dibenarkan ats alasan hari tersebut adalah hari KEputusan mahkmah. kemudian hakim meminta kes sy dan meminta membawa seorg hakam. tuk pengetahuan admin sepnjg hampir 4thun sy naik turun mhkmh pihak suami tidak pernh hadir. sy bwk hakam lantik dan bwk berjumpa keluarga pihak suami.. balik bg report pd mahkmh.. pd kali 3 hadir tuk kes hakam ni. makmh memutuskan tuk membatalkan kes ni kerana alasan pihak suami tidak hadir.. allahhhhh luluh hati sy hampir 4thun sy naik turun ke mhkmh dan diperkotakkatikkan mcm ni. hakim meminta sy membuka fail fasakh kembali dan memgemukakan kembali report polis dan medical.. dan memulakan kembali prosedur taat 14hari dan sebagainya. apa hak sy admin. sy dah penat naik turun mhkamah. hakim seperti memperbodohkan sy. habis masa dan wang ringgit. sy perlu tanggung 2org ank tanpa nafkah suami.. dan masih perlu naik turun mhkmh menyelesaikan masalah ini. apa perlu sy buat admin.. rsa seperti diperbodohkan

    • admin

      Reply

      Puan siti, saya bersimpati atas kejadian yang menimpa puan. saya pasti ada hikmahnya mengapa Allah menguji semua ini ke atas Puan. untuk cubaan seterusnya, saya nasihatkan puan rujuk alasan-alasan fasakh di bawah seksyen 53 enakmen selangor (atau seksyen yang berkenaan untuk negeri lain) dan kenalpasti terlebih dahulu kesemua alasan yang relevan dengan situasi perkahwinan Puan. Pastikan untuk setiap alasan yang puan pilih itu ada saksi atau bukti dokumentari yang lengkap seperti penyata akaun bank (menunjukkan suami tak pernah bank in duit), laporan polis dan medical report (untuk kes pukul), laporan pakar psikiatri beragama islam (untuk penderaan emosi), dan sebagainya.

      Pastikan setiap alasan yang puan gunakan ini dinyatakan secara jelas dalam penyataan tuntutan puan dalam kes fasakh mengikut perenggan yang dinyatakan dalam seksyen fasakh berkenaan. Pastikan juga serahan dokumen mahkamah ke atas suami dibuat dengan sempurna. Jika boleh serahkan sendiri ke tangan defendan adalah lebih baik, kerana menggunakan khidmat penghantar serah mahkamah mungkin memakan masa kerana mereka sibuk dengan banyak penghantaran dokumen untuk kes lain.

      Apabila hadir di hadapan Hakim, cuba dapatkan tarikh awal untuk setiap sebutan seterusnya. Ini akan mempercepatkan kes puan selesai.

      Saya juga nasihatkan puan failkan nafkah anak segera, tidak perlu tunggu kes cerai selesai kerana nafkah anak boleh dituntut pada bila-bila masa. ini akan mengelakkan ketidakadilan kepada anak-anak dan puan.

  81. Ahmad

    Reply

    Mohon minta pandangan pakar syariah. untuk meningkatkan kefahaman saya tentang Islam dan prosedur yang sebenarnya dalam Islam berkaitan tempoh masa kes penceraian di mahkamah syariah.

    Adakah ada sebarang rujukan bacaan bahwa PROSEDUR dan TEMPOH kes penceraian mahkamah Syariah telah diubahsuai pengamal syariah Malaysia?.

    Nampaknya pihak wanita yang rugi jika berlanjutan lebih enam bulan. Prosedur yang lama ini seperti undang-undang penceraian yang tiada bezanya seperti yang diamalkan di United Kingdom sehingga ramai yang tidak lagi berkahwin tapi bersekedudukan.

    Adakah prosedur Mahkamah Syariah menepati kehendak Islam yang sebenarnya.Proses penceraian terlalu lama. Zalim kepada kaum wanita yang berada pada pihak yang benar jika terlalu lama. Zaman Rasulullah dan para sahabat atau pun sebelum wujudnya mahkamah syariah di Malaysia, berapa lamakah proses penceraian jika salah satu suami atau isteri tidak bersetuju dengan penceraian?

    bagaiman pula kes penceraian di negara lain?Bagaima kes pernikahan di Thailand tetapi tidak berdaftar di Malaysia. Bagaimana proses penceraiannya? Adakah perlu melalui proses Mahkamah Syariah? Bagaimana perlaksanaan di negara lain?Adakah prosedur dan tempoh kes mahkamah pun berbeza.
    Di negara bukan Islam yang tiada Mahkamah syariah, bagaimana prosedur dan tempoh kes penceraian dilaksanakan?

    Soalan ingin memeprtingkatkan kefahaman Hukum Syariah. Saya percaya ramai yang yang mempunyai soalan yang sama seperti saya.
    terima kasih

    • admin

      Reply

      Encik,

      1) tiada ketentuan masa sekalipun ada Standard Operating Procedure di mahkamah masing-masing, namun semuanya bergantung kepada pelbagai faktor seperti kedatangan pihak-pihak ke mahkamah, pematuhan kepada prosedur, kelapangan tarikh peguam dan hakim, dan sebagainya. ia tidak bergantung kepada mahkamah semata-mata dan perlukan kerjasama semua untuk mempercepatkan penyelesaian kes. sekarang juga sudah ada cerai fast track di mana kes diselesaikan dalam masa kurang 6 jam dari tarikh difailkan.

      2) perceraian di negara lain juga bergantung kepada faktor-faktor yang hampir sama. jika peruntukan sesebuah negeri itu lebih banyak, bilangan hakim yang mencukupi juga akan membantu mempercepatkan kes.

      3) pernikahan di Thailand perlu dibuat pengesahan nikah di mahkamah syariah dahulu barulah boleh memohon perceraian. prosedur di negara lain bergantung kepada undang-undang negara tersebut.

  82. Maria

    Reply

    Assalamulaikum.
    Saya ada beberapa solan.
    1.Adakah prosedurnya sama bagi kes khuluk?
    2. Sepanjang tempoh perbicaraan ini, adakah suami isteri perlu tinggal bersama, atau tidak mengapa jika tinggal berasingan? Cntoh, isteri y mintak cerai sbb dia x berjaya terima suaminya sejak awal perkahwinan lagi dan isteri khuatir kl tinggal sekali akan mengundang perbuatan derhaka.
    3. Jika suami ada kekurangan dari segi kecerdikan, susah memahami perkara2 basic, tiada common sense, dan merasakan perbuatan dia x salah wl semua org dan bukti menunjukkan dia salah (dia pergi kerja sesuka hari dan bagi dia itu bukan salah sedangkan bossnya sendiri kata dia bermasalah), dlm erti kata lain jenis y lurus dan slow, tapi degil x blh diajar…jadi, dlm kes mcm ni, suami termasuk dlm kategori ape, dan apa proses y sesuai dlm tuntutan cerai. Isteri tidak diberi tahu tentang kekurangan suami ini dan sekarang, setelah setahun, isteri masih gagal menerima suami dan suami tiada tanda2 boleh berubah.

    Mohon pencerahn. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      1. Bagi kes khuluk, kedua2 suami isteri perlu setuju bercerai secara tebus talaq, kemudian jika ada amaun dipersetujui, boleh dinyatakan dalam permohonan tersebut. Kemudian, jika amaun yg diminta suami atau ditawarkan isteri tidak dipersetujui, Mahkamah akan menentukan jumlah tersebut berdasarkan keadaan pihak-pihak, melihat kepada kemampuan dari segi kewangan dan sebagainya.

      2. Sekiranya isteri memilih tinggal berasingan tanpa sebab yang dibenarkan syarak seperti suami memukul isteri, maka isteri boleh disabitkan nusyuz sekiranya suami membuat tuntutan nusyuz. Sekiranya disabitkan nusyuz, isteri tidak berhak mendapat nafkah dan mutaah.

      3. keadaan mental suami perlu dibuktikan melalui medical examination, jika suami tidak waras sepenuhnya, hanya doktor pakar psikiatri boleh mengesahkan keadaan tersebut. tanpa bukti ini, isteri tidak boleh mendakwa suami tidak sihat akal. jadi jika isteri masih mahu menuntut cerai, tuntutlah secara fasakh di bawah alasan isteri telah lazim disakiti secara mental atau fizikal, tetapi hendaklah isteri pula membuktikan secara medical oleh pakar psikiatri bahawa isteri mengalami gangguan emosi akibat perbuatan suami.

      • Maria

        Reply

        Terima kasih, sy masih ada beberapa soalan.

        1. Dlm erti kata lain, isteri tidah blh tebus talak jika suami tidak bersetuju? Dlm hal ni bagaimana? Perlu tuntut talak biasa kah?
        2. Hakam hanya dilantik jika majlis pendamai gagal?hanya ketika sebutan kes ke empat? Hakam x blh dilantik dr awal ke?
        3. Dalam kes isteri bertugas di luar negeri..suami nk ikut, tapi xde kerja dan memerlukan isteri mencari rumah sewa dan kerja untuk dia. Untuk makluman tempat kerja isteri di pedalaman dan menyukarkan cari kerja. Bukankah tanggungjawab suami mencari rumah dan kerja sendiri, tanggungjawab itu tidak berubah kepada isteri. Dlm kes ini, isteri blh disabit nusyuz ke jika enggan mencari kerja dan rumah? Jika isteri tidak balik disebabkan suami tidak menanggung perbelanjaan balik disebabkan enggan atau tidak mampu, bagaimana?

        Tq.

  83. Puan a

    Reply

    Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Saya dan suami sudah berkahwin selama 5 tahun dikurniakan seorang anak. Pada 21 Sept 2016 suami dengan tidak sengaja melafazkan cerai dgn jelas kpd si isteri. Dalam tempoh iddah, si suami tidak mahu berbincang dengan hadir ke jabatan agama yg terdekat utk mendapatkan kaunseling supaya menyatukan semula keluarga. Alasannya dia telah move on dan suka merasa bujang semula. Namun selama tempoh iddah itu si isteri telah pulang meminta ampun dan ingin berbaik semula namun pada mulanya si suami enggan menerima, lama kelamaan selama masih dlm tempoh iddah tersebut, suami ada menyatakan hasrat utk kembali berdamai tanpa melafaz rujuk dgn jelas, setelah itu hubungan mereka menjadi baik dan telah melakukan hubungan intim lebih dari 4 kali sampai isterinya mengandung. Selama tempoh iddah itu si suami masih lagi tidak melafazkan rujuk dengan jelas. Sampai suatu hari isterinya gugur dan telah habis iddahnya pada 31st December 2016. Sekarang si suami dan isteri telah merujuk kes penceraian mereka di makhamah dan selepas itu si suami telah bersumpah akan rujuk semula si isteri dengan menyesal. Namun disebabkan pertelingkahan yg berlaku si suami tidak mahu bersama kembali atas alasan dia ingin move on padahal si isteri tidak setuju utk bercerai. Kalau kes begini apakah keputusan yg sewajarnya diberi kepada suami dan isteri yang tidak tahu samada rujuk yg dilakukan secara perbuatan dan tidak jelas itu sah atau tidak. Selepas mendapatkan nasihat pendaftar cerai rujuk semula, penasihat mengatakan hanya hakim yg dapat menentukan sama ada rujuk itu sah atau tidak. Boleh jelaskan? Terima kasih

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, memang benar, hanya Hakim boleh memutuskan samaada rujuk itu sah bergantung kepada keterangan pihak-pihak dan fakta kes serta kesanggupan pihak2 bersumpah di hadapan Hakim. Jadi sebaiknya jelaskan semua fakta kepada Hakim dan Hakim akan memutuskan berdasarkan keadaan kes tersebut. berkenaan rujuk secara perbuatan ada khilaf ulamak, mazhab syafie mewajibkan lafaz rujuk secara sah tetapi mazhab lain membenarkan secara perbuatan sahaja. keputusan kes untuk mengikut mazhab yang mana akan bergantung kepada hakim yang membuat keputusan.

      • Puan A

        Reply

        Assalamualaikum admin,

        Untuk pengetahuan admin, hakim telah mengesahkan rujuk kami SAH dan kami masih lagi suami isteri.

        Namun sehari sebelum perbicaraan kes pengesahan rujuk tu, sekali lagi kami ada bertengkar sehingga suami ada mengatakan yg dia “nak ceraikan saya”. Punca gaduh sbb saya tidak berpuas hati dgn tindakan yg diambil oleh keluarga suami terutama ibu mertua sy yang mencadangkan suami buat report polis krn tuduh sy pecah masuk rumahnya. Sedangkan status sbnr sy ketika tu masih seorg isteri. Keluarga suami ingat sy ni dah xde hak utk masuk sbb tergantungnya status rujuk kami yg blm dapat keputusan. Mmg saya rasa masa tu sy berhak lagi utk masuk ke rumah tu sbb sy dan suami dah menetap di sana sejak mula berkahwin lagi, lagipun barang2 hak peribadi, pakaian saya dan anak masih byk di sana.

        Keesokan hari selepas pergaduhan, hari kami dpt keputusan rujuk SAH. Suami ada meminta maaf pada saya sbb dia tak tahu yg saya ni isteri yg sah selama ni. Suami telah menarik semula report polis yg dibuat dan kami telah bersetuju semasa sesi memberi keterangan kes polis dijalankan. Saya masih ingat lagi masa Pegawai siasatan tu tanya suami ” apa keputusan status rujuk kamu?” Saya dengar jelas suami cakap “rujuk kami sah dan masih suami isteri” sbb tu pegawai polis telah menasihati kami utk berdamai semula dan suami setuju.

        Bila semuanya dah selesai sy ingatkan suami tak mengabaikan saya lagi. Rupa2 keluarga suami tidak mahu menerima sy lagi sbb pertengkaran kami telah menjatuhkan maruah keluarga suami. Saya masih lagi diasingkan sbb suami Assalamualaikum,

        Masalah yg saya hadapi lebih kurang sama dengan masalah awak. Masa bergaduh, suami sy ada cakap “aku nak ceraikan kau”. Sejak dr tu, Sy dihalang utk balik ke rumah kelamin sbb keluarga suami memandai putuskan hukum lafaz cerai tersebut telah sah jatuh ke atas saya. Sedangkan suami hanya berdiam diri x ckp apa2 dan tak pula mahu pg pejabat agama secepat mungkin utk dptkan pengesahan status kami. Saya tak pernah putus asa utk mengajak suami dapatkan nasihat pihak Jawi dan cuba meyakinkan suami apa yg dia cakap pada saya blm tentu sah. Skrg dah nak masuk hampir setahun duduk berasingan, suatu hari bula Feb lepas, saya dapat saman utk hadir kes mal.pengesahan lafaz cerai luar makhamah. suami kata dia dah xde hati pada sy lagi. Saya sedih dan tak setuju untuk bercerai sbb dari awal lagi ibu bapa suami yang paksa saya balik ke rumah mak saya. Skrg hubungan sy dgn sumi jd tegang bila suami anggap saya xhormat ibu bapa dia. Sy ada bgtau suami, sy bukan xhormat tp saya tak boleh mentaati bila mereka menyuruh sy keluar dr rumah tu sedangkan suami tak suruh pun. Smp skrg sy masih turun naik Court. Kes sy jadi lama sbb sy amik lawyer buat pembelaan. Saya ada pergi kaunseling di pejabat agama dan mereka bgtau saya boleh saman ibu atau bapa suami di bawah kesalahan menghalang suami isteri untuk tinggal bersama. Ia juga tindakan menghalang adanya peluang untuk pasangan berdamai. kalau saya amik tindakan terhadap mereka, suami mesti lagi benci pada sy. Walaupun suami tak syg sy lagi, dia masih berdosa dan dianggap suami yg nusyuz kerana mengabaikan tanggungjawab dia pd sy. Apakah saya dianggap nusyuz bila saya dipaksa klua dr rumah tu walaupun tanpa izin suami? Saya tahu tindakan suami sy tu dikategorikan sbg dayus sbb dia tak dpt berbuat apa2 utk mengawal rumah tangga sendiri. Secara tak langsung ibu bapa suami telah masuk campur dlm kes ini sbb kami dah 5 tahun tinggal di rumah ibu bapa, jadi suami rasa dia tak berhak nak bersuara dan terus membiarkan ibu bapanya buat keputusan mengasingkan kami utk menjaga hati mereka. Sekarang dah bulan 6 saya masih tak tahu status sy ni masih isteri atau mmg dah lama habis iddah. Sy harap status kami masih sah suami isteri dan sy nak tau boleh ke sy mohon dr makhamah untuk dapatkan perintah hidup berasama semula?was2 dgn apa yg dia cakap masa kami gaduh tu dia ada cakap “aku nak ceraikan kau”.

        Skrg ni buat kali kedua suami telah meletakkan status kami tergantung sbb masih menunggu pengesahan lafaz kali kedua tersebut. Kini suami dah tiada hati dgn saya lagi sbb tindakan was2 dia sendiri. keluarganya juga menyokong suami dan tidak memberi peluang pada saya utk tinggal bersama. Saya kini mengandung 6 bln dan masih tidak tahu status sy. Bg sy ini satu penganiayaan kerana suami tidak jlnkan tanggungjawabnya sbg suami. Dia telah bersikap Zalim dan meninggalkan sy dlm keadaan mengandung tanpa suami.

        1. Apakah yg boleh makhamah lakukan jika lafaz suami dilakukan dlm keadaan isteri sedang suci dan disetubuhi? Dan kemudian baru dpt tau isteri mengandung.

        2. Kalau lafaz tersebut sah, adakah makhamah akan menangguhkan kes selepas isteri selesai melahirkan anak? Atau keluarkan perintah cerai serta merta?

  84. anas

    Reply

    assalamualaikum..sy ingin mnta pndapat dr phak tuan/puan mngenai kes sy..sy sdah berkahwin selama 5 thun dan masih blom mmpnyai cahaya mata..pd tahun ke 3 sy mngalami kemalangan yg trok shngga kaki sy patah..sy hlang pekerjaan.sy tdak mmpu utk mmberi nafkah lg pd isteri sy.rumah tdak lg kami sewa..kami tgl berasingan,tetapi pd hjung mgu sy akn ambil isteri sy utk tgl bersama sy dirumah ibu sy..utk lbh jelas,diwktu inila kami slalu bergaduh..sy pernah mngajak isteri sy utk tgl bersama sy di rumah ibu sy..tetapi isteri sy tdak stuju dgn alasan,jauh kos tggi utk ulang alik kr tpt kerja(sbb dia yg akn mnanggung kos2 trsebut) dan xselesa di rumah ibu sy..berulangkali isteri sy mntk sy lepaskn dia,namun sy tdk endahkn..yg sy hairan wlupon dia marah n benci pd sy dia xpnh abaikn tggjwb dia sbgai isteri..sy kagum dgn sifat murni dia..tp kdgkala dia pnh mlampaui batas dgn mngeluarkn kata2 sprti mnjatuhkn maruah sy sbgai suami..hngga trcetusnya pergaduhan yg besar..nmun sekejap saja..lpas tu smua ok..bru2 ni sy di uji dgn pnyakit yg sy alami..sy rse serba salah krn dia pnh ucapkn xkn jengok n jga sy klu sy ditahan wad..sbb sy ada lakukn prkra yg dia tdak ska..iaitu merokok…tmbul rsa kasihan pd dia..sy pnh ajukn prtnyaan,adakh dia syg or cntakn sy..jwpn yg sy dpt adalh kesian pd dri sy..tlg bntu sy..sy sygkn dia..tp pd mse sama sy tak mahu trus menerus mnyeksa isteri sy..krn dia yg menanggung sgalanya..nafkah mmg sy dh lme sgt sy tdk bg pd dia..kami sepakat utk pergi ke mhkamah lpas dia suci haid yg akn dtg..sy maseh dlm keadaan serba salah..sy akui salh sy..adakah ada cra lain utk sy selamatkn rmhtgga sy?sy masih blom blh bekerja krn slalu ulang alik ke hospital dan keadaan kaki sy yg kurg sempurna dr org lain akibat kmlgan dlu..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Kami bersimpati dengan ujian yang Allah berikan kepada Encik. Encik, tujuan perkahwinan adalah supaya suami isteri dapat hidup bahagia, dan suami wajib menanggung nafkah isteri melainkan isteri redha untuk menanggung diri sendiri. Dalam keadaan Encik, sekiranya Encik sudah tidak mampu menanggung isteri dan isteri tidak redha dengan keadaan tersebut, isteri layak untuk memohon perceraian daripada Encik. Cuba lah berbincang dengan isteri dari hati ke hati supaya dapat mengetahui sebenarnya perasaan dan kehendak dia. Walaupun Encik sayangkan isteri tetapi Encik mempunyai tanggungjawab kepadanya, jika Encik tidak mampu untuk menanggungnya, Encik perlu memberikan kata putus kepadanya samaada boleh kekal atau tidak untuk bersama dengan Encik supaya tidak menganiaya dirinya.

Leave a Reply to admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *