Kes cerai secara baik atau cerai dalam Mahkamah boleh dikatakan merupakan jenis kes syariah yang paling banyak difailkan di Mahkamah-Mahkamah Syariah seluruh Malaysia. Kes ini melibatkan pasangan yang masih berkahwin tetapi berniat untuk bercerai, di mana suami dan/atau isteri ingin talaq dilafazkan di dalam Mahkamah.
Sememangnya sekiranya ingin bercerai, Enakmen negeri masing-masing mengkehendaki perceraian dibuat di dalam Mahkamah, tidak kira dalam bentuk talaq, fasakh, khulu’, li’an dan sebagainya. Talaq yang dilafazkan di luar Mahkamah adalah sebenarnya suatu kesalahan syariah.
Kenapa? Ada dua kebaikannya:
- Sekiranya lafaz talaq tersebut tidak jelas (seperti “aku pulangkan kau kepada ibubapa kau”, “aku tidak mahu bersama kau lagi”), akan berlaku banyak masalah semasa pasangan ingin mendapatkan pengesahan lafaz cerai kerana suami dikehendaki berterus-terang tentang niatnya semasa membuat lafaz tersebut. Hakikatnya, terdapat banyak kes di mana apabila ditanya Hakim, suami tidak mahu mengakui bahawa dia sememangnya berniat untuk menceraikan isteri semasa membuat lafaz tersebut. Maka isteri akan sentiasa dalam keadaan berasa serba-salah kepada Allah sekiranya suami tidak berlaku jujur semasa menjelaskan niat kepada Mahkamah dan mereka kembali hidup sebagai suami isteri dalam keadaan ketidaktentuan itu.
- Prosedur cerai dalam Mahkamah memberi masa kepada suami isteri untuk benar-benar memikirkan semula samaada mereka patut berpisah. Sekiranya difailkan prosedur cerai dalam Mahkamah di bawah seksyen 47, sekiranya salah satu pihak tidak mahu bercerai, Mahkamah akan memberi peluang kepada pasangan untuk berbincang di hadapan jawatankuasa pendamai (lebih dikenali sebagai “JKP”), dan jika masih tidak berjaya, kes akan dirujuk pula kepada “Hakam”, iaitu perbincangan lanjut antara wakil pihak-pihak supaya dapat berdamai atau masih meneruskan dengan cerai.
Oleh itu, eloklah sekiranya pihak yang sudah memutuskan untuk bercerai (baik isteri atau suami), memfailkan permohonan cerai secara baik atau cerai dalam Mahkamah (biasanya dirujuk sebagai cerai seksyen 47). Proses cerai sebegini (berbeza dengan fasakh) adalah lebih mudah dan kebanyakannya tidak memerlukan peguam, kerana ia tidak melibatkan proses perbicaraan. Hanya sekiranya proses ini tidak berjaya, contohnya kerana suami atau wakil enggan memberikan kerjasama atau hadir ke Mahkamah, maka Hakim sering menasihatkan isteri untuk memfailkan kes di bawah ta’liq atau fasakh (sekiranya sebab-sebab untuk ta’liq atau fasakh sememangnya wujud).
Baiklah, pada minggu ini, penulis ingin memberikan serba-sedikit panduan / proses berkenaan cerai secara baik ini. Untuk penulisan kali ini, mari kita anggap yang kedua-dua suami isteri setuju untuk bercerai. Perbincangan mengenai suami tidak setuju menceraikan (proses JKP dan Hakam) akan diteruskan di minggu yang lain.
Langkahnya mudah sahaja, dan tidak perlu peguam pun. Kadangkala boleh juga selesai dalam hari yang sama, dan di sesetengah negeri dipanggil ‘fast track’ (tapi mesti datang awal pagi lah ye, bersama pasangan, dan bawa dokumen asal dan salinan yang perlu). Step-by-step proses tersebut adalah begini (langkah-langkah di bawah adalah untuk Negeri Selangor, ia sedikit berbeza untuk negeri-negeri lain):-
- Tentukan siapa yang ingin jadi Pemohon (dirujuk sebagai Plaintif di Mahkamah), boleh jadi suami, boleh juga isteri;
- Tengok alamat yang tertera di kad pengenalan Plaintif. Penentuan Mahkamah mana yang akan mendengar kes anda bergantung kepada alamat dalam kad pengenalan Plaintif. Jika masih alamat lama (selalunya alamat kampung halaman), pergilah tukar dahulu alamat anda ke alamat mastautin yang sebenar. jika tidak, akan merumitkan keadaan kerana Mahkamah perlukan surat akuan mastautin dari masjid terdekat sekiranya alamat kad pengenalan tidak sama dengan alamat mastautin. Cuba google lamanweb Mahkamah Syariah bagi negeri yang ingin difailkan, kebiasaannya akan disediakan borang mastautin yang boleh dimuat turun dan dilengkapkan termasuk mendapatkan tandatangan penghulu atau pegawai masjid yang mengesahkan alamat mastautin.
- Kemudian, Plaintif boleh ke Mahkamah Rendah Syariah terdekat di mana Plaintif itu tinggal. Seeloknya call dulu Mahkamah tersebut untuk sahkan samaada sememangnya Mahkamah itu yang bertanggungjawab untuk mengadili kes tersebut berdasarkan tempat tinggal Plaintif. Sebab pernah saya jumpa seorang ibu tua yang datang all the way ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam sedangkan dia tinggal di Rawang dan sepatutnya kes dia difailkan di Mahkamah Rendah Syariah di Kuang. Kesian datang jauh-jauh tapi salah tempat. Please, call dulu ye. Semak nombor telefon di laman web Mahkamah bagi negeri masing-masing.
- Selepas sudah pasti hendak ke Mahkamah mana, kumpulkan dokumen penting (bawa salinan asal dan fotostat 4 salinan setiap satu): kad pengenalan suami, kad pengenalan isteri, surat beranak dan MyKid anak-anak, surat akuan nikah (oh ya, untuk pasangan yang bernikah di luar negara, mesti dapatkan pengesahan nikah di negeri mastautin terlebih dahulu barulah boleh failkan permohonan cerai. Jadi kena failkan kes permohonan pengesahan nikah terlebih dahulu). Sediakan juga sekitar rm30-50 tunai untuk bayaran fi Mahkamah dan lain-lain fi.
- Kalau nak terus bercerai hari yang sama, datang ke Mahkamah pada awal pagi bersama pasangan (elakkan hari Jumaat sebab Mahkamah biasanya tidak dengar kes pada hari Jumaat). Tetapi mesti ingat, isteri mestilah dalam keadaan suci pada masa itu, dan tidak berlaku persetubuhan sepanjang tempoh suci tersebut. Juga, hendaklah hubungi Mahkamah terlebih dahulu untuk sahkan samaada ada Hakim yang berkelapangan untuk mendengar kes anda pada hari yang dicadangkan.
- Isi borang cerai di Mahkamah (untuk kebanyakan negeri boleh tulis tangan tapi kalau di Kuala Lumpur, perlu bertaip, ada jurutaip di Mahkamah KL tapi perlu bayar khidmat jurutaip, jika nak taip sendiri, kena cari cyber cafe atau ambil borang dahulu dan taip di rumah siap-siap).
- Semasa isi surat akuan, Mahkamah akan minta Plaintif tuliskan samada sudah ambil langkah untuk cuba berdamai atau belum. Sesetengah Hakim akan tolak permohonan cerai jika Plaintif hanya bagi alasan ingin bercerai kerana “tiada persefahaman” (alasan paling popular). Oleh itu, surat akuan tersebut perlu nyatakan alasan yang lebih kukuh seperti sudah tidak bersekedudukan melebihi setahun, sudah tidak bertegur sapa, berlaku kecederaan fizikal, dan sebagainya. Jika mahu menjaga aib dari menceritakan keburukan pasangan, maka sekurang-kurangnya tulislah sudah berlaku pecah-belah dalam rumahtangga yang tidak boleh diselamatkan lagi. Kemudian, semasa perbicaraan, jika Hakim meminta alasan yang lebih spesifik, barulah diterangkan sebabnya. Kadangkala ada Hakim yang boleh terus menerima apa jua alasan anda, asalkan si suami juga hadir dan memberikan persetujuan untuk bercerai.
- Plaintif akan dihendaki untuk tandatangan surat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah (untuk kes di Selangor) (bagi negeri lain seperti Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan, hanya perlu tandatangan borang iqrar di hadapan Pendaftar, jadi tidak perlu cari Pesuruhjaya Sumpah di luar).
- Failkan kes tersebut dan bayar fi yang dikehendaki.
- Mohon didengar terus pada hari yang sama jika pasangan hadir dan mahu terus bercerai (tapi kalau nasib anda kes Mahkamah dah penuh atau Hakim tiada pada hari tersebut, Mahkamah akan bagi tarikh lain tapi pastikan pada tarikh tersebut isteri akan dalam keadaan suci dan tiada persetubuhan selepas suci dari haid. jika haid isteri tak teratur, maka agak-agak sahajalah tarikh yang sesuai, kalau hari pendengaran nanti isteri sedang haid, kena mohon tarikh pendengaran lain). Sebaiknya datang pagi, supaya urusan pendaftaran kes boleh diselesaikan sebelum boleh diteruskan dengan permohonan bercerai di hadapan Hakim. Selalunya akan ada ramai orang di kaunter Mahkamah, jadi sampailah di sana seawal yang mungkin dan telefon terlebih dahulu untuk mendapatkan kesesuaian tarikh.
- Sekiranya didengar di hari yang lain atau sekiranya anda tidak datang bersama pasangan, maka Mahkamah akan minta Plaintif (atau wakil Plaintif) untuk serahkan Saman yang telah dimeterai Mahkamah kepada Defendan iaitu pasangan anda. Ada juga pilihan untuk meminta Mahkamah membuat serahan dengan sedikit bayaran tambahan semasa memfailkan kes, namun cara ini tidak dinasihatkan kerana selalunya Mahkamah akan cuba menyerahkan Saman pada waktu pejabat, dan selalunya Defendan tiada di alamat Defendan semasa waktu pejabat kerana berada di tempat kerja. Serahan mesti secara tangan ye, tak kiralah melalui orang ketiga atau secara sendiri, tetapi mesti pastikan Defendan sememangnya terima (jangan hanya letak dalam bilik tidur atau atas meja makan, walaupun anda tahu mesti Defendan akan baca). Kalau dapat dia tandatangan pada salinan Saman untuk membuktikan sudah terima adalah lebih baik, asalkan dah bagi di tangan Defendan sudah cukup. Kemudian, rekodkan masa dan tarikh dan tempat di mana anda serahkan Saman tersebut. Jika Defendan tidak mahu tandatangan pun tak apa, tapi mesti nyatakan dalam Afidavit Penyampaian nanti bahawa dia enggan tandatangan. Sebaiknya ada saksi lain semasa serahan dibuat agar saksi itu boleh memaklumkan Mahkamah sekiranya Defendan enggan menurunkan tandatangan membuktikan penerimaan.
- Sebelum kes boleh didengar, Mahkamah akan suruh anda isi afidavit penyerahan (atau afidavit penyampaian) Saman. Masa ini perlu nyatakan bila masa tarikh hari dan tempat anda serahkan. Kalau anda suruh orang lain tolong serah, maka orang tersebut kena datang ke Mahkamah dan tandatangan afidavit penyerahan tersebut.
- Kemudian semasa sebutan di hadapan Hakim, Hakim akan soal-balas tentang sebab bercerai, keadaan isteri samaada haid atau tidak, ada bersetubuh atau tidak. Jika suami tidak mahu hadir atau enggan bercerai, Hakim akan samaada menasihatkan Plaintif untuk memfailkan fasakh, atau menetapkan tarikh lain untuk memberi peluang suami hadir, atau isteri boleh memohon waran tangkap untuk memaksa suami hadir.
- Kalau sekiranya ada perjanjian antara suami isteri berkenaan nafkah dan penjagaan anak, elok juga dimaklumkan kepada Hakim supaya boleh direkodkan bersekali dengan perintah cerai (tapi Hakim Mahkamah Rendah hanya akan merekodkan terma-terma yang jatuh bawah bidangkuasa Mahkamah Rendah. Manakala terma berkenaan hak jagaan anak, hak lawatan anak, harta sepencarian dan mutaah melebihi suatu amaun tertentu, hendaklah direkodkan di Mahkamah Tinggi dengan memfailkan kes lain pula). Tapi penulis menasihatkan agar sebarang perjanjian hendaklah dirujuk kepada Peguam Syarie masing-masing kerana banyak masalah berlaku di kemudian hari apabila suami isteri tidak merujuk peguam terlebih dahulu atau hanya merujuk kepada satu Peguam sahaja untuk mewakili kedua-duanya. Ini kerana terma yang dipersetujui kadangkala tidak merangkumi kesemua isu antara pasangan dan tidak memudahkan urusan sekiranya berlaku masalah di kemudian hari terutamanya berkenaan hak lawatan anak.
- Sekiranya Hakim berpuas hati bahawa pasangan tidak boleh berbaik semula, Hakim akan memerintahkan cerai dibenarkan, dan Mahkamah akan bagi satu surat lafaz untuk dibaca oleh suami.
- Suami akan baca lafaz tersebut dan surat lafaz itu akan ditandatangani oleh suami dan isteri selepas suami melafazkan talaq mengikut surat itu.
- Hakim akan membacakan perintah mengesahkan cerai telah dilafazkan di dalam Mahkamah dan akan memerintahkan surat akuan nikah dibatalkan (mesti bawa surat akuan nikah yang asal ye!) dan cerai didaftarkan di pejabat agama yang berdekatan.
- Dokumen perintah cerai biasanya akan dikeluarkan Mahkamah selepas 30 hari, bila sudah terima, perlulah bawa dokumen perintah itu ke pejabat agama yang berkenaan supaya surat akuan cerai boleh dikeluarkan.
Itu sahaja prosedurnya, lebih kurang. Kalau salah satu pihak tak setuju bercerai, maka akan lebih panjang lagi artikel ini. Itu kita bincangkan di kemudian hari pula.
Sekian tulisan santai pada hari ini. Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh hubungi penulis. Klik pada ‘CONTACT US’ di dalam website ini.
Assalamualaikum.
Yang Benar,
Ashikin Rahim
27-4-2016 dikemaskini pada 3-3-2018
Earlmod
admin
Balqis
nur
admin
Ani
admin
Maidhia
admin
ahmad aizat
admin
Amy
admin
Hyzer
admin
Sukor
admin
umie
admin
salina
anas
admin
Aisyah
admin
Su
admin
the lonely
admin
mimi
admin
FATIN
admin
Ana
admin
ida
admin
No more chance
admin
Azi
admin
intan
Wardayati
admin
wahida
admin
marimar
admin
Faris
admin
Mastura
admin
syamiera
admin
Zakiah
admin
Nurhasni
admin
Ainol
admin
Mohon Tunjukkan Jalan
admin
Azlina
admin
rie
admin
Aisyah
admin
Cik Lizz
admin
Wanita
admin
Nurul
admin
mohd kareem
admin
mohd kareem
aminah
admin
Hani
admin
Mia
admin
nona
mohd
admin
nurul
admin
Yaya
admin
ezlin
admin
ORKID
admin
Muhammad Zarifi
admin
Yang buntu
admin
mathu
admin
Fazura
admin
Dadu
admin
shaz
admin
Sha
admin
Iron Chef Pozzo
admin
ila
admin
Orkid
admin
Nurul
admin
Nadia
admin
nik
admin
Rizzman
admin
zura
admin
zura
Mysha
admin
Sarah
admin
ANA
admin
soleil
admin
soleil
ad_maisara86@yahoo.com.my
admin
Loqman
admin
j
admin
fareza
admin
Azlan hussin
admin
Earnie Suzie bt Baharudin
admin
min
admin
Aishah
admin
Insan yg lemah
Insan yg lemah
admin
admin
ITA
admin
Nur Cahaya
admin
Nur
admin
Nur
admin
Zulaika
admin
Insan Derita
admin
Diyalove
admin
Azizah
admin
pak bil
admin
Azlan hussin
Inayri
admin
Amy
admin
Amiirul
admin
Miss
admin
Hanya pasrah
admin
Fiqa
admin
ingin tahu
admin
Aisyah
admin
Ace
admin
Puannor
admin
wardah
admin
MR
admin
ana
admin
ALIM
admin
Liza
admin
Me
admin
Inayri
admin
Ayie
admin
Muhammad nul
admin
Dewi
admin
Yaya
admin
moana
admin
Liza azura
admin
Fy
admin
Salmah
admin
hafiz
admin
Nurshashida Ahmad Sanusi
admin
Hairi
admin
HAIRI
Nisa
admin
Ieja
admin
NA
admin
Nurin
admin
Farah
admin
bella
admin
Isteri Kecewa
admin
Su
admin
izie
admin
Mizz Mina
admin
shiraz
admin
AZIAN
admin
Han Abr
admin
Syazni Atiqah
admin
Nurul
admin
Liana
admin
Nas
admin
dina
admin
Jamil
admin
Amy
admin
Mimi
admin
Sudina
admin
Puteri
admin
Sudina
ALYANA
admin
Mimi
admin
Yus
admin
Puteri
admin
Puteri
as
admin
Rushdee Ibrahim
admin
PN. SITi
admin
Sal
admin
Mohd nazir
admin
hash
admin
im
admin
LARA
admin
Mohd nazir
admin
Noor
admin
Eya
admin
Eya
Mazelin
admin
Ahmad
admin
puan ida
admin
LARA
raihanah
admin
Bunga
admin
liana zainudin
admin
bro din
admin
einashaabdul
admin
Insan kecewa
admin
Srwar
admin
Patung
admin
Ejah
admin
Ejah
Loqman
Suami terluka
admin
farhah binti fadzil
admin
rose
admin
Isteri Malang & Keliru
admin
Isteri Malang & Keliru
Isteri Malang & Keliru
Adwiah
admin
Azira
admin
DANIA
admin
Lin
admin
Zue
admin
Az
admin
lunamaya
admin
Zahra amira
linda84
admin
Askar sedih
admin
Pn. Fid
admin
Wati
admin
Pn Yana
admin
Mama
admin
Khalil bin Ahmad
admin
Che
admin
eira
admin
Hakimi
admin
Wawa
admin
Puan Dee
admin
Lilian
admin
Alia
admin
Assalamualaikum
admin
dayah
admin
lin
admin
John doe
admin
Izzati
admin
Eiyad
admin
TAMINA
admin
j
admin
Nurain
admin
Laila
admin
Noname
admin
syu
admin
Laila
TAMINA
NELLISA
admin
ina
admin