PENGESAHAN LAFAZ CERAI DI LUAR MAHKAMAH

Assalamualaikum warah matullah,

Perkongsian kali ini adalah berkenaan isu pengesahan lafaz cerai, baik secara lafaz soreh (seperti “aku ceraikan kau” atau “aku lepaskan kau”) atau lafaz kinayah (seperti “aku pulangkan kau” atau “abang ingin bercerai” apa-apa lafaz lain yang tidak jelas bermaksud cerai atau tidak).

j003-content-digital-divorce_lk

Adalah amat penting untuk seorang suami atau isteri untuk mengambil langkah berhati-hati dengan membuat permohonan pengesahan cerai di Mahkamah, sekiranya berlaku sesuatu lafaz yang diucapkan oleh suami, baik berbentuk ucapan di mulut, atau secara tulisan, atau di hadapan orang lain, atau pengakuan suami bahawa dia seorang bujang/duda, atau apa jua sekalipun yang membangkitkan keraguan di sisi suami atau isteri atau kedua-duanya samaada talaq telah jatuh atau tidak.

 

Ini amat penting kerana sekiranya talaq memang telah jatuh di sisi Hukum Syarak, perhubungan suami isteri adalah dilarang, apatah lagi jika yang jatuh itu adalah talaq tiga atau talaq yang ketiga. Janganlah kerana ingin menjaga maruah di hadapan masyarakat sehinggakan status hubungan suami isteri dipandang enteng. Kasihanilah anak yang mungkin lahir selepas itu kerana statusnya boleh jadi anak luar nikah, dan suami isteri mungkin menanggung dosa zina. Na’uzubillah.

 

Berikut beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam suatu permohonan pengesahan cerai:

Siapa yang boleh memfailkan permohonan ini?

  • Suami atau isteri atau kedua-duanya boleh memfailkan permohonan ini. Seorang akan menjadi Plaintif, seorang lagi akan menjadi Defendan. Sekiranya pihak ketiga yang mengetahui berkenaan lafaz tersebut, bolehlah pihak ketiga tersebut mengadu kepada Mahkamah atau pujuk suami/ isteri yang terlibat untuk datang ke Mahkamah dan membuat permohonan pengesahan cerai.

 

Di mana ianya boleh difailkan?

  • Di Mahkamah Rendah Syariah terdekat dengan tempat tinggal suami atau isteri atau kedua-duanya, mengikut siapa yang akan memfailkan permohonan tersebut sebagai Plaintif.

 

Apakah yang perlu dinyatakan dalam permohonan tersebut?

  • Tarikh, tempat, masa dan cara lafaz cerai tersebut dibuat (seperti secara WhatsApp, Facebook, SMS, dan sebagainya).

 

  • Termasuklah samaada suami mengucapkan lafaz tersebut dengan kerelaan sendiri atau dipaksa, kepada siapa suami mengucapkan lafaz tersebut. Perlulah diingat bahawa pengesahan cerai juga adalah perlu sekiranya suami membuat penyataan pengakuan bujang dalam borang berkahwin dengan perempuan lain, atau pengakuan bujang dalam borang BRiM, atau boleh jadi ucapan di hadapan kawan-kawannya walaupun secara gurauan.

 

  • Adakah saksi yang mendengar atau menyaksikan lafaz tersebut dibuat. sekiranya suami enggan hadir ke Mahkamah untuk pengesahan cerai ini, isteri hendaklah berusaha membawa saksi berkenaan ke Mahkamah untuk mengesahkan berkenaan lafaz ini di hadapan Hakim. Tetapi sekiranya suami hadir dan mengakui bahawa lafaz itu telah dibuat, maka tidak perlu untuk isteri membawa saksi.

cerai-sms

Apakah yang akan berlaku selepas kes difailkan?

  • Sekiranya hanya isteri yang mahu mengesahkan cerai, Mahkamah akan mengarahkan isteri untuk menyerahkan permohonan pengesahan cerai itu kepada suami.

 

  • Sekiranya suami gagal untuk hadir ke Mahkamah pada tarikh yang dinyatakan, Mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa suami hadir pada tarikh seterusnya.

 

  • Sekiranya isteri ada membawa dua orang saksi lelaki muslim yang mendengar lafaz oleh si suami, sekalipun suami tidak hadir, Mahkamah boleh meneruskan dengan perbicaraan pengesahan cerai itu dengan mendengar keterangan saksi-saksi.

 

  • Namun, jika saksi hanya seorang lelaki atau saksi adalah dua perempuan, tidak cukup untuk Mahkamah mensabitkan cerai telah jatuh atau tidak. Dalam hal ini, Mahkamah tetap akan memanggil suami untuk hadir bagi mengesahkan lafaz tersebut. Hanya sekiranya selepas waran tangkap dikeluarkan dan suami masih gagal hadir, barulah Mahkamah akan mempertimbangkan lafaz cerai itu dengan syarat isteri mengangkat sumpah (dipanggil sumpah mardudah).

 

  • Lafaz cerai yang menjadi isu akan diperiksa Mahkamah samaada merupakan lafaz soreh atau lafaz kinayah.

 

  • SEKIRANYA LAFAZ SOREH, dan suami melafazkan dengan kerelaan sendiri (bukan atas paksaan sesiapa, dan paksaan juga hendaklah paksaan yang melibatkan nyawa atau cedera), Mahkamah boleh mensabitkan bahawa talaq telah jatuh. Walaupun suami mengatakan dia dipaksa oleh isteri (tanpa ugutan cedera atau bunuh) atau melafazkan atas permintaan isteri, talaq tetap boleh jatuh. INGAT, lafaz soreh TIDAK PERLU kepada niat suami. Jadi, sekalipun suami hanya bergurau dengan kawannya dan mengatakan, sebagai contoh, “aku ceraikan isteri aku” atau “dia dah kena cerai talaq tiga”, cerai tetap boleh jatuh.

 

  • BAGI LAFAZ KINAYAH (iaitu apa jua lafaz selain “aku ceraikan kau” atau “aku lepaskan kau” atau “aku talaq kau”), suami akan ditanya berkenaan niatnya semasa membuat lafaz tersebut. Perbincangan berkenaan lafaz kinayah amatlah luas, kerana ia merangkumi lafaz berbentuk tulisan (sekalipun jika dibaca dengan lidah, ia berbentuk lafaz soreh), lafaz yang tidak pasti (seperti “aku INGIN ceraikan kau” atau “aku NAK cerai kau”), pengiktirafan bujang/duda, dan banyak lagi. Dalam keadaan-keadaan ini, sekalipun isteri amat yakin bahawa suami memang berniat untuk menceraikannya, namun Mahkamah hanya akan memberi perhatian kepada pengakuan suami itu sendiri, kerana hanya suami itu dan Allah sahaja benar-benar tahu apa niat sebenar si suami semasa membuat lafaz kinayah tersebut. Walaupun segunung bukti dapat dibawa oleh isteri untuk menunjukkan niat suami untuk menceraikannya, namun jika suami sanggup untuk mengangkat sumpah menafikan niatnya, maka Mahkamah hanya akan menghukum berdasarkan apa yang zahir dan akan memutuskan bahawa talaq tidak jatuh.

 

  • Suami yang beriman dan takut pada Allah tidak akan menipu niatnya di hadapan Mahkamah dan tidak akan sanggup mengangkat sumpah nafi sekiranya dia memang telah berniat menceraikan isterinya. Ini kerana lafaz sumpah nafi itu mengandungi lafaz suami rela dilaknat Allah dunia akhirat sekiranya dia berbohong berkenaan niatnya semasa membuat lafaz cerai kinayah. Takutlah kepada Allah akan akibat berbohong itu, dan ingatlah balasan Allah pasti menanti. Namun jika suami masih membuat sumpah itu, maka si isteri hendaklah redha dengan keputusan Mahkamah sekiranya Mahkamah memutuskan talaq tidak jatuh dengan lafaz tersebut kerana suami telah menafikan niatnya.

 

Perlukah melantik Peguam untuk pengesahan cerai?

  • Ini mungkin soalan cepumas untuk setiap kes syariah. Jujurnya, sekiranya lafaz yang dibuat adalah lafaz soreh dan suami DAN isteri sama-sama ingin membuat pengesahan cerai, maka tidak perlu kepada peguam dan kes boleh diselesaikan di hadapan Hakim dengan mudah kerana semua pihak boleh hadir.

 

  • Apa yang menjadi kerumitan dan mungkin memerlukan khidmat guaman adalah sekiranya suami enggan membuat pengesahan cerai sedangkan isteri mahu, atau suami telah hilang atau melarikan diri, atau suami di penjara, atau lafaz cerai adalah lafaz kinayah, dan lain-lain masalah yang melibatkan kehadiran suami ke Mahkamah atau keperluan kepada saksi, maka dinasihatkan dapatkanlah bantuan peguam (bagi yang mampu) atau bantuan Jabatan Bantuan Guaman (dahulunya dikenali sebagai Biro Bantuan Guaman) bagi yang berpendapatan kurang RM25ribu setahun (termasuk elaun dan bonus) atau rujuk nasihat dari Jabatan Agama Islam berdekatan.

 

  • Ini kerana prosedur Mahkamah mungkin menjadi panjang akibat keperluan kepada waran tangkap, atau penyediaan saksi, atau hujahan berkenaan sesuatu lafaz kinayah. Dalam hal-hal ini, bantuan peguam atau pihak yang lebih arif adalah diperlukan untuk memudahkan isteri mendapat pengadilan yang sebaiknya.

 

Wallahu’alam. Terima kasih kerana sudi membaca. Komen dan pertanyaan dialu-alukan.

Spread the word. Share this post!

Comments (189)

  1. Hayati

    Reply

    Assalamualaikum tuan
    Semasa bergaduh dengan suami. Suami dengan marah berkata ‘pergi balik rumah mak kau!’

    Adakah jatuh talak atau bagaimana?

    • admin

      Reply

      Puan perlu tanya suami berkenaan niat dia semasa melafazkan perkataan tersebut. sekiranya suami ada niat cerai sekalipun dalam keadaan marah, maka failkanlah permohonan pengesahan lafaz cerai dengan segera bagi mengesahkan status puan dan suami. Jika talaq jatuh, maka puan dan suami boleh terus rujuk semula. Tetapi status puan perlu diselesaikan di Mahkamah.

      • Suami Buntu

        Reply

        Salam, Admin.

        Saya telah ucapkan “kalau you share lagi masalah rumahtangga kita dengan lelaki bukan mahram, maka.. jatuhlah.”

        Dan kemudiannya saya baru tahu, isteri saya memang ada berkongsi masalah kami dengan lelaki ajnabi selepas lafaz tersebut.

        Niat saya memang jelas untuk menceraikan, walaupun tak sebut “talak” atau “cerai”. Adakah dikira jatuh?

        Dan jika jatuh, apa proses seterusnya?
        Dan perlukah saya keluar dari rumah sementara menunggu proses itu selesai?

        • admin

          Reply

          Jika encik memang niat cerai, lafaz itu boleh jatuh talaq. Encik tidak perlu keluar rumah jika mahu rujuk isteri. Boleh buat pengesahan rujuk bersekali dengan pengesahan cerai tersebut. Tetapi jika tidak mahu rujuk, encik dan isteri masih boleh duduk serumah sepanjang tempoh iddah, dan encik masih wajib tanggung isteri sepanjang tempoh iddah yang dikira dari tarikh lafaz dibuat, melainkan encik nak ambil tindakan nusyuz dan jika dapat sabitan nusyuz barulah tidak wajib bayar nafkah isteri, nafkah iddah dan mutaah.

  2. minah

    Reply

    salam. suami sy ckp pd 4 org bdk berumur 14 tahun “aku dah ceraikan bini aku” tnpa pengetahuan sy dan tidak membuat pengesahan dmahkamah. adakah budak2 ni boley jadi saksi untuk kes penceraian sy?

    • admin

      Reply

      Salam.

      Budak yang sudah baligh atau mumayyiz boleh menjadi saksi di Mahkamah. Failkan sahaja permohonan pengesahan cerai luar Mahkamah, dan hanya jika suami enggan mengakui ada membuat lafaz tersebut, barulah panggil saksi-saksi yang berkenaan untuk memberikan keterangan.

      • IZZ

        Reply

        ASSALAMUALAIKUM ADMIN SY INGIN BERTANYA ISTERI SY KELUAR DARI RUMAH PADA SEPTEMBER 2016 SAMPAI SEKARANG SY TAK DENGAR KHABAR BERITA SAYA INGIN TAHU APA YANG PATUT SAYA LAKUKAN … ISTERI SAYA KELUAR RUMAH DAN DIA DIHARAMKAN OLEH MAK DIA UNTUK KEMBALI KEPADA SAYA MALAH MAK NYA SEMBUNYIKAN ISTERI SAYA SAYA MEMPUNYAI DUA CAHAYA MATA DUA² SAYA YANG JAGA SORANG UMUR SATU TAHUN SORANG LAGI UMUR 3 TAHUN 4BULAN

        • admin

          Reply

          Waalaikumussalam. Encik boleh failkan nusyuz atau tuntutan kembali taat terhadap isteri, jika tidak tahu alamat isteri, gunakan alamat kampung halaman beliau atau alamat ibu mertua dan serahkan dokumen mahkamah di situ selepas kes difailkan.

  3. hamba Allah

    Reply

    salam.. sekiranya lafaz soreh itu tidak jelas samaada dilafaz atau tidak akibat penyakit was-was adakah dikira jatuh.. kawan saya ni mempunyai penyakit was-was dan lafaz itu dilafaz besendirian. bila ditanye kembali die tak pasti suara keluar atau tidak.
    2. adalah jatuh sekiranya beliau cube untuk mengingati lafaz tersebut tetapi terlafaz bersendirian dengan niat untuk menafikan lafaz tersebut dan menerangkan pada diri yang itu contoh..
    adakah jatuh dengan situasi begitu beliau sekarang dalam keadaan takut dan selalu bercakap bersendirian dalam hati dan mengulangi lafaz tersebut dalam hati

    • admin

      Reply

      Sebaiknya Encik nasihatkan kawan Encik untuk merujuk perkara ini kepada Pejabat Agama Islam terdekat untuk mendapatkan penjelasan dari pegawai agama islam yang terlatih.

      Namun sekiranya kawan Encik ingat secara jelas akan perkataan yang disebut serta tarikh dan masa lafaz itu dibuat, cuma hanya tidak pasti samaada ia jatuh atau tidak, maka rujuklah perkara ini ke Mahkamah. Dalam prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah, pihak-pihak mestilah ingat butiran berkenaan tarikh, masa, cara lafaz dibuat dan perkataan yang diucapkan. Jika mana-mana satu dari perkara ini tidak diketahui atau tidak pasti, maka boleh dirujuk kepada Pejabat Agama Islam sahaja.

  4. ManAli

    Reply

    As salam,
    saya telah melafazkan “i ceraikan u” keatas isteri saya dan 3 jam kemudian saya telah melafazkan “i rujuk u kembali” dan lafaz rujuk tersebut di persetujui kedua2 pihak
    1) adakah lafaz rujuk saya sah dan perkahwinan masih sah di sisi agama?
    2) adakah saya masih perlu pergi ke mahkamah shariah dan menfailkan cerai dan rujuk semula?
    Adakah memadai hanya dengan lafaz rujuk tersenut dan tidak perlu ke mahkamah shariah utk pemfsilan?

    Harap bantuan dari pihak tuan

    • admin

      Reply

      Kebiasaannya lafaz secara jelas begini adalah sah, namun penentuan sebegini hanya boleh dimuktamadkan oleh seorang Hakim yang diberi kuasa untuk berbuat demikian.

      Encik perlu ke Mahkamah Syariah untuk membuat pengesahan lafaz cerai bersekali dengan pengesahan lafaz rujuk. Hal ini sangat penting kerana Encik perlu ada rekod bertulis berkenaan sudah kali keberapa isteri diceraikan dan dirujuk semula. Sekiranya berlaku lagi perceraian di masa akan datang, Mahkamah akan merekodkan perceraian seterusnya sebagai perceraian kali kedua dan begitulah seterusnya (jika berlaku).

      Adalah merupakan satu kesalahan untuk Encik tidak bercerai dan rujuk melalui proses Mahkamah. Oleh yang demikian, saya nasihatkan agar teruslah melaporkan perkara ini ke Mahkamah Rendah Syariah terdekat sekalipun Encik sudah rujuk kembali.

  5. shahid

    Reply

    Assalamualaikum,

    Isteri saya telah menfailkan kes pengesahan lafaz cerai. Lafaz berbunyi ” Abg ali simpanlah dia saya tidak boleh tinggal dengan dia lagi” dihadapn 2 orang saksi lelaki abangnya dan bapanya. Sedangkan sy tidak lafazkan begitu. Saya telah cakap’ dia ni gila la, tak bole la’ dan niat saya bukanlah nak cerai. Jadi bagaimana saya nak buat pembelaan sebegini kerana sikap abangnya jugak yg suke memasuki campur urusan rumah tangga saya.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Oleh kerana lafaz yang dikatakan telah dibuat bukanlah lafaz soreh tetapi adalah lafaz kinayah, Encik boleh nafikan pernah buat lafaz sedemikian, dan nafikan ada niat cerai.
      Mahkamah akan suruh Encik bersumpah.
      Selepas bersumpah, kes akan dibuang. Tiada cerai akan jatuh.
      Melainkan isteri failkan pula cerai secara fasakh atau taklik.

      Wallahua’lam.

  6. Reply

    Assalamualaikum
    Saya dh berkahwin selama 4 tahun..
    Dalam tempoh perkahwinanbkami..suami tidak pernah membimbing saya ke jalan Allah..dia tidak pernah solat,puasa jarang2 ..
    Dalam tempoh 3 bulan kami berkahwin,dia pernah pukul sepak terajang saya..
    Berdasarkan diatas,boleh kah alasan saya diterima jika saya ingin memfailkan perceraian??

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Puan boleh memohon perceraian secara fasakh. Tetapi jika suami setuju menceraikan, lebih cepat untuk memfailkan cerai secara talaq depan hakim. Rujuk artikel kami “cerai secara baik/cerai dalam Mahkamah” untuk mendapatkan prosedurnya.

  7. Bintang hati

    Reply

    Salam..sya ingin mengajukn soalan..sya kliru adkh talak akn jatuh skireye dilafazkan dlm keadaan tidak waras ttpi ada saksi yg mendengar…

    • admin

      Reply

      Talaq boleh jatuh jika lafaz tersebut lafaz soreh (jelas, seperti “aku ceraikan kau”) melainkan tidak waras itu adalah gila yang disahkan secara perubatan. sebaiknya buatlah pengesahan cerai di mahkamah agar hakim boleh memutuskan.

  8. kath

    Reply

    Assalamualaikum.

    Sy mahu tanya kami da sah bercerai tp ex asben sy kena denda so sy nk tnya berapa lama proses kena panggil utk byr denda tu sbb da lama sy tunggu panggilan dr mahkamah tiada jugA
    Perluka sy merujuk ke mahkamah syariah atau hanya terus menunggu

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Puan perlu rujuk ke pejabat pendakwa syarie di jabatan agama islam terdekat dengan mahkamah yang mengeluarkan perintah cerai tersebut.

  9. Jannah

    Reply

    Ketika kami bertengkar, suami ada menyebut “nak abang ceraikan mlm ni?” Dan disusuli dgn ucapan “jangan sampai jatuh talak malam ni”. Adakah ianya dikira sbg lafaz yg sah? Saya ingin ke mahkamah utk buat pengesahan tp saya risau jika suami tidak mahu atau tidak izinkan. Bagaimana?

    Kedua, suami saya pernah sekali mengugut utk menjatuhkan talak ketika kami bertengkar 7 thn yg lalu. Kemudian lafaz tersebut tlh diputuskan sbg tidak sah oleh mahkamah. Saya kecewa krn selepas perkara itu, suami langsung tidak mengambil iktibar dr perkara itu malah setiap kali bergaduh, suami akan sebut perkataan cerai atau berpisah. Bagaimana saya ingin mendapatkan khidmat kaunseling agar suami tidak bersikap begitu lg? Saya amat takutkan balasan dr Allah akibat perbuatan mempermainkan hukum Nya.

    • admin

      Reply

      Puan, berdasarkan pengalaman saya, kedua-dua lafaz tersebut belum menjadi lafaz talaq secara jelas. Jadi berkemungkinan besar Hakim tidak akan mensabitkan telah berlaku cerai. Jika suami tidak mahu datang, mahkamah akan minta Puan bawa saksi. Jika tiada saksi, Puan perlu bersumpah depan Hakim.

      Puan boleh rujuk masalah kepada pejabat agama islam berdekatan dan mohon tarikh kaunseling dan ajaklah suami datang. proses ini adalah secara sukarela jadi jika suami tidak mahu datang, pejabat agama tidak dapat memaksa beliau.

  10. ida

    Reply

    pada 2009 kami telah bercerai talak satu dan rujuk kembali, pada 2013 pula suami lafaz talak luar mahkamah ” saya cerai awak dgn talak dua” tiada lafaz rujuk secars lisan … tapi selepas 7 hari kami bersama, dan hidup spt biasa smpai akrg.. masih tidak buat pengesahan di mahkamah.

    soalan : 1) adakah jatuh talak , jika jatuh talak berapa…
    2) adakah sah rujuk tersebut ..

    tq

    • admin

      Reply

      Puan, saya tidak boleh memberi kata putus berkenaan hukum kepada puan kerana keputusan sebegini hanya layak dibuat oleh seorang Hakim apabila Puan membuat tuntutan pengesahan cerai di Mahkamah. Ini kerana keputusan ini akan melibatkan banyak faktor seperti fakta yang berlaku, lafaz yang sebenarnya dibuat, niat suami, kenyataan bersumpah di hadapan Hakim, dan banyak lagi. Saya nasihatkan Puan failkan lah tuntutan pengesahan cerai dengan seberapa segera di Mahkamah Rendah Syariah terdekat dengan tempat mastautin Puan kerana amatlah bahaya sekiranya lafaz kedua tersebut diputuskan sebagai talaq tiga secara keseluruhan jumlahnya. Ini bermakna, suami tidak boleh merujuk Puan dan hubungan suami isteri adalah haram mulai saat itu.

  11. ain

    Reply

    Assalamualaikum tuan . sy nak bertanya suami saya telah hantar whatsapp kpd saya setelah bergaduh seperti ini , memang malam ni aku lepaskan kau .. dan saya tanya niat dia mmg nak cerai kan sy .. apa patut sy buat ya tuan

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, sebaiknya puan buatlah pengesahan cerai di mahkamah kerana lafaz secara bertulis perlu kepada pengakuan niat suami di hadapan hakim.

  12. Reply

    Assalamualaikum..saya nak tanya saya hanya bersangka buruk pada suami,,saya brkata pada suami ada perempuan lain,,sedangkan tidak pernah ada perempuan lain..masa saya tuduh dia tengah berkerja sampai lah dia balik kerja saya tuduh dia..dia balik kerja dalam keadaan penat dan marah kerana saya terus tuduh dkat dia dan dia kata saya talak 3.masa itu dia dalam keadaan marah..tetapi dia tiada niat untuk ceraikan saya..sekarang kami dah berbaik..tapi suami ada buat pemohonan pengesahan lafaz..bicara pada 7 mac..tetapi saya dan suami mahu bersama semula…dan dia tiada niat ceraikan saya..masa terjadi pergaduhan saya brsangka buruk pada suami dan tuduh bukan2..masa tu saya dalam nifas..anak kami masih kecil lagi dan kami mahu jaga anak bersama2..saya dan suami mahu bersama smula..boleh beri penjelasan

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Puan, hanya Hakim boleh mensabitkan samaada talaq jatuh atau tidak dan berapa talaq yang jatuh, bergantung kepada keterangan bersumpah Puan dan suami di Mahkamah. Sekiranya talaq 3 jatuh disebabkan suami terlepas cakap sebegitu, saya harap Puan bersabar dan pastinya ada hikmah atas apa yang terjadi.

    • intan

      Reply

      salam puan, boleh sy tahu keputusan mahkamah tak? dan proses mahkamah lama x kalau suami terlafaz talak 3 ni

      • admin

        Reply

        Proses mahkamah sepatutnya bergantung kepada pihak2 hadir atau tidak pada hari perbicaraan. Jika kedua2nya hadir,
        Hakim boleh terus beri keputusan selepas dengar keterangan atau Hakim akan tetapkan satu lagi tarikh untuk keputusan supaya beliau boleh semak lanjut peruntukan hukum syarak yang berkaitan dengan isu kes tersebut.

  13. Reply

    Suami dah buat pemohonan ke mahkamah…tetapi saya dan suami mahu rujuk semula..saya dalam pantang lagi,,anak kami masih kecil..kalau boleh nak rujuk kembali..tapi dia tiada niat untuk talak 3..boleh bg jawapan..masalah terjadi saya brsangka buruk sahaja pada suami..suami penat balik kerja dan keadaan marah kerana saya tuduh bukan2 pada suami..sekarang kami dah berbaik..tetapi bicara dimahkamah pada 7 mac nanti..suami dan saya mahu bersama semula..boleh beri pnjelasan

  14. Edlin

    Reply

    Askum saya IBU kepada 7 anak. Usia perkahwinan sy Dan suami 13tahun. Sy tidak bekerja Hanya Suri rumah memandang ank2 Masih bersekolah dan Masih kecil. Dahulu suami sy sgt bertanggungjawap setiap Bulan mmg ditetap nafkah kepada sy. Ketika itu kewangan suami sy agk kukuh. Semenjak setahun ni selepas dia mengikuti teman2 dia bermain golf ( Di Indonesia ) semenjak itu dia berubah kerana sudah tertarik dengan wanita Indonesia. Perilakunya berubah tidak lg memberi nafkah yg cukup tp sy faham ekonomi nya tidak berapa bagus. Tp semakin Hari dia semakin kemaruk sy dah Cuba berbuat mcm 2 untuk membetulkan keadaan di situ dia slalu nmpk semua Salah dari saya. Dikata nya sy tidak menjaga kebajikan nya sedangkan sy mengkorbankan Masa Dan tenaga sy sepanjang Masa untuk dia Dan anak2..Sy tidak dapat menerimanya lagi sebab kelakuan nya mmg tidak berubah dari dulu..Cukuplah bermacam peragai yg tak Baik dia buat kepada sy tidak perlu sy bercerita tentang aibnya. Persoalan nya sekarang sy tidak dapat menahan diri untuk Bersama dia sy ingin menuntut fasakh tetapi sy ingin menuntut nafkah untuk ank2/tempat tinggal Dan juga kenderaan bg memudahkan sy menguruskan ank2 yg Masih bersekolah..Bagaimana caranya? Sekian terima kasih

    • admin

      Reply

      Puan boleh tuntut nafkah isteri dan anak tanpa perlu memfailkan cerai. tuntutan nafkah adalah berasingan. nafkah anak juga tidak bergantung kepada prosiding cerai.

      berkenaan tuntutan cerai, pertamanya cuba berbincang dengan suami, jika masih tidak dapat berdamai, mintalah suami ceraikan secara baik kerana itu lebih cepat dan tidak menyusahkan puan untuk turun naik mahkamah banyak kali. jika suami enggan, puan perlu failkan fasakh dan cari bukti kukuh berkenaan kelakuan suami seperti saksi, bukti bergambar, bukti bertulis dan sebagainya. kesalahan-kesalahan lain di bawah fasakh yang ingin puan gunakan juga perlu disokong oleh bukti kukuh seperti saksi, laporan perubatan, laporan pakar psikiatri, penyata akaun, dan sebagainya, mengikut mana yang berkenaan dengan alasan fasakh yang puan ingin gunakan.

  15. Samad

    Reply

    Assalamualaikum.

    Sya telah bergaduh dgn isteri pda malam 2 Februari lalu. Dan isteri telah memfailkan pegesahan penceraian. Dan surat dri makamah telah sy dapati. Isteri ad mnyatakan sya membuat lafaz “ak cerai kau” sebaliknya yg sy igt sy ckp “sengaja je nak suruh ak ckp cerai”. Adakah jatuh?

    2. Semasa pagi sy lewat bangun dan.lewat utk ke tempat kerja kerana sy menjaga anak smpai pkul 5pg. Dan sy telah memarahi isteri kerana tidak tolong kejutkn sy bahkan bersembang dgn ibu dan adiknya dihadapan mereka sekali. Sy amat marah sekali kerana ibunya membela kesalahan isteri. Lalu sy berkata “lebih baik pisah dia dri rumah ni”. ( rumah mertua) Tetapi kenyataan dlm surat makamah dan saksi dengar lain. “Saya nak.cerai.dia sungguh muktamad” walahal ketika marah ayat ini janggal utk sy sebut. Sungguh muktamad. Sy pn was was. Btul ke sy ad lafaz mcm tuh. Sy mrah pda ibuny.

    Hal jdi rumit ayahnya suruh saya setuju ap yg tertulis dlm surat itu. Boleh kah sy mengadu pada hakim campur tangan ibu bapany yg tidak suka sy?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      1. encik perlu hadir ke mahkamah dan beri keterangan bersumpah depan hakim berkenaan apa sebenarnya lafaz yang encik katakan. jika isteri tiada saksi, maka hakim akan menerima pengakuan suami dan jika suami mengaku tidak melafazkan sedemikian, hakim tidak akan mensabitkan cerai.

      2. encik boleh mengadu berkenaan campurtangan tersebut tetapi hakim tidak akan beri sebarang hukuman kepada ibubapa mertua dalam kes pengesahan cerai. jika ibubapa mertua menjadi saksi, hakim akan menilai samaada kenyataan saksi boleh dipercayai atau kenyataan encik lebih dipercayai.

  16. Umar

    Reply

    Salam uztaz/uztazah
    Sy ad bergaduh dgn isteri, dan sy lafazkn” sy ceraikn awk dgn talaq 1 jika awk keluar dr rumah. Dn isteri sy tetap keluar rumah kerana nk pergi laksanakan tanggungjawab beliau sebagai pensyarah. Tetapi sy Kerana untuk mengertak dia utk tidak berbuat benda2 salah pd suami. Kerana sy berulang kali tegur isteri untuk tidak melawan kata2 sy,tidak boleh tinggi suara dgn suami, jgn bangkang apa sy ckp. Tp dia asyik buat berterusan.. Padahal sy memberi peringatan secara baik2 semenjak awal perkahwinan lg.Dn semalam sy lafazkn tp dgn keadaan marah. Soalan saya, Adakah jatuh talaq pada isteri sya.
    Soalan kedua, Jikalau sy sebut =sy ceraikn awk kalau awk kluar rumah tp si isteri tidak keluar dr rumah. Adakah jatuh talaq?

    • admin

      Reply

      Encik, saya tidak layak memberi keputusan berkenaan hukum, kerana saya bukan ustazah mahupun hakim yang berkuasa mensabitkan sesuatu perceraian. Saya nasihatkan encik failkan kes pengesahan cerai seberapa segera di mahkamah supaya hubungan suami isteri itu jelas statusnya. Sekiranya isteri tidak keluar rumah, tiada masalah kerana tidak berlaku pelanggaran syarat ta’liq tersebut tetapi agak mustahil seorang isteri tidak keluar rumah selama-lamanya memandangkan encik tidak menyatakan jangka masa larangan tersebut. Jadi sudah pasti pelanggaran yang berlaku memerlukan pengesahan samaada sudah jatuh talaq atau tidak.

  17. khusairi

    Reply

    Assalamualaikum.. sbelum ni sy & isteri pernah bercerai dluar mahkamah.. Sy melafazkan cerai didepan isteri.. slepas tu atas persetujuan bersama sy merujuk isteri kembali.. selepas 1 tahun, sy sekarang berniat ingin menceraikan isteri kembali, atas alasan isteri masih xberubah sikapnye yg sering mengaibkan suami di khayalak rmai serta beberapa alasan yg lain.. Sy bercadang ingin mengemukakan permohonan bercerai di mahkamah..
    Soalan sy adakah mahkamah akn teruskan segera kes permohonan bercerai sy ini atau sy perlu selesaikan pengesahan bercerai sy yg sebelum ini pd mahkamah??
    selain itu adakah sy akan dikenakan denda sbab melafazkn talak dluar mahkamah sebelum ini?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. encik wajib membuat pengesahan talaq terlebih dahulu kerana ia akan memberi kesan kepada jumlah talaq yang seterusnya. encik akan dikenakan denda kerana melafaz cerai di luar mahkamah. selepas selesai proses pengesahan tersebut, bolehlah teruskan dengan perceraian kedua.

  18. Zul

    Reply

    Assalamualaikum, isteri sy telah mengamuk dan memaksa sy untuk ceraikannya dan dgn berat hati tanpa niay, sy telah menyebut kita cerai, tp dlm masa sama isteri sy masih lg marah dan mengamuk mcm orang gila, dan dgn prasaan geram serta rasa marah yg amat sangat saya telah menerkam kearahnya dan menjerit talak tiga di telinganya, adakah telah jatuh talak/benar2 telah terjadi talak 3. Mohon tuan perjelaskan. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Saya nasihatkan encik failkan kes pengesahan cerai dengan seberapa segera di mahkamah. Hanya hakim yang boleh mensabitkan samaada situasi tersebut sah sebagai talaq satu atau tiga atau tidak jatuh talaq.

  19. khusairi

    Reply

    Assalamualaikum.. admin maaf sy nk betanye sdkit persoslan.. Baru2 ni sy & wife bergaduh, n lpas tu wife xbalik umah hmpir dlam 2 minggu.. semasa wife tiada di umah sy berniat utk menceraikannye tanpa ape2 lafaz(sekadar niat dhati).. tetapi sy pasang niat tu, adalah utk bercerai di mahkamah, bukan diluar mahkamah(mlalui prosedur mahkamah).. Sy dh bgtau wife, sy akn pg k pjbat agama utk permohonan bercerai..
    Tetapi baru2 ini kami telah berbaik kmbali, n sy tlah batalkan hasrat sy utk mnceraikan isteri sy..
    Soalan sy, adakah talak trlepas semasa sy berniat utk mnceraikan isteri dimahkamah itu??

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam. talaq tidak jatuh jika encik tidak melafazkannya secara lisan atau bertulis. apa yang di dalam hati hanya relevan sekiranya disertai dengan lafaz lisan atau bertulis.

  20. sha

    Reply

    Askm puan, sy dan suami bertengkar tempoh hari dan suami pula ada menyebut “jgn sampai aku haramkan kau pergi umah mak kau, kalau ko pegi jugak, aku ceraikan ko”.. Dan sy telah pon pergi kerumah mak saya… Adakah jatuh talak itu??

    • admin

      Reply

      Puan, puan perlu buat pengesahan cerai di mahkamah, suami perlu beri kenyataan bersumpah depan Hakim berkenaan lafaz sebenar yang dibuat dan apakah niatnya semasa membuat lafaz tersebut. kemudian, hakim akan putuskan samaada lafaz taklik itu sah, dan jika puan telah melanggar syarat, samaada jatuh atau tidak talaq tersebut.

  21. Sue Lan

    Reply

    Assalamualaikum.
    Saya dan suami kerap bergaduh sebab dia pertikaikan kemana pergi gaji saya. Sedangkan gaji dia lebih berganda2 dari saya. Sepatutnya saya yg tanya bahagian utk nafkah saya dari gaji dia tapi dia sebaliknya minta bahagian dari gaji saya. Bab agama sangat longgar. Kata2 kesat dah memang biasa dapat. Dia cakap saya berkerja tanpa redha dia. Tapi masa saya berhenti kerja dulu pun dia bising bila saya minta duit belanja.dia kata,dah la tak tolong tapi sibuk nak duit je. Apakah yang boleh saya harapkan dari perundangan. Tawar rasa hati ni. Nafkah zahir dan batin tertunggak. Bertahan sebab keaiankan dia dan demi anak2.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Jika isu antara Puan dan suami hanyalah berkenaan nafkah, demi kebaikan anak2 Puan sebaiknya tuntut nafkah di Mhakamah, tidak perlu melalui perceraian. Mahkamah akan menentukan jumlah yang wajib suami berikan kepada Puan setiap bulan untuk diri Puan dan anak-anak.

  22. sha

    Reply

    assalamualaikum..
    sy ada ckit prtanyaan..sy n suami ada gduh melalui wasap..msa gaduh tu sy wasap dia ceraikn aku..n suami blas ok nk sngt kn..adakh jatuh talak..

    • admin

      Reply

      Semua jenis lafaz yang dibuat secara tulisan, memerlukan kepada pengesahan niat oleh suami, oleh itu, buatlah permohonan pengesahan cerai di mahkamah rendah syariah terdekat untuk suami memberi keterangan bersumpah di hadapan Hakim samaada beliau yang menghantar SMS tersebut dan samaada memang ada niat untuk menceraikan pada masa lafaz itu dibuat.

  23. Me

    Reply

    Assalammualaikum. Sy nk bertanya, sy ad meminta suami duit utk pengasuh dan duit yg suami pnjm bernilai 500 jumlahnya…. Dan suami jwb, esok siang sy bg duitnya, klu sy xbg sy tunaikan ap yg awk nak selama ni.. Esok suami ad bg duit tp jumlahnya 200.jatuh talak ke tidak

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Puan.
      Tanyalah suami apa yang dimaksudkan apabila berbuat lafaz demikian dan jika niatnya untuk bercerai, failkan lah kes pengesahan cerai di Mahkamah agar Hakim boleh memutuskan samaada jatuh talaq taklik atau tidak.

  24. nurul

    Reply

    Assalamualaikum. saya ada dua soalan ingin bertanya:-
    1) bekas Suami telah melafazkan cerai “saya lepaskan ina” pada 18/10/2016 tetapi pengesahan lafaz cerai telah dibuat oleh suami tetapi dlm afidavit, tertulis “faizal lepaskan ina, dengan cerai”…. sebulan selepas itu, di mahkamah, semasa hakim menyoal suami, hakim minta ulang lafaz semula, suami membaca dalam afidavit “faizal lepaskan ina dgn cerai” tetapi lafaz sebenar hari kejadian ialah “saya lepaskan ina”….. semasa hakim menyoal pihak saya, saya ada membetulkan lafaz sebenar bekas suami, tetapi dlm sijil cerai, lafaz yg ditulis ialah ;faizal lepaskan ina dgn cerai”… mcm mana ya status itu?
    2) bagaima dengan denda lafaz luar mahkamah tersebut, adakah saya perlu failkan?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Puan. 1) isu yang penting adalah cerai tersebut telah disabitkan oleh Hakim. Jika memang suami berniat cerai dan telah mengakuinya depan hakim, maka sabitlah cerai tersebut. namun jika Puan tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, failkan lah rayuan tetapi hendaklah dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan dibuat. Jika sudah lebih masa, failkanlah semakan ke atas keputusan tersebut.
      2) denda akan dilakukan oleh pendakwa syarie, jadi suami yang akan membayar denda tersebut apabila disuruh berbuat demikian.

  25. Yusuf

    Reply

    Salam,
    Sy ingin bertanya. Dalam keadaan marah, saya telah melafazkan talak terdahap isteri saya, ‘kalau tak berhenti kerja bulan ni, abg ceraikan syg”. Dia tak dapat berhenti kerja dlm masa terdekat dan masih bekerja. Bagaimana?

    • admin

      Reply

      Encik Yusuf, lafaz yang encik buat tidak boleh ditarik balik dan sekiranya isteri memang melakukan perkara yang disyaratkan dalam taklik tersebut, sememangnya boleh jatuh talaq ke atas beliau walau apa pun sebabnya. Eloklah Encik segera failkan pengesahan cerai untuk menyelesaikan status encik dan isteri agar hubungan itu terjamin keesahannya.

  26. Ayuna

    Reply

    Assalam. Sy bergaduh dgn suami sbb katanya sy tetap tak ubah perangai. Suami menyebut ‘ kalau macam ni kita berpisah sajalah. Saya sanggup ceraikan awak’. Apakah dikira sudah jatuh talak. Terima kasih

    • admin

      Reply

      Eloklah Puan failkan pengesahan cerai dan biar suami mengaku di depan hakim berkenaan niat beliau. Lafaz itu bukanlah jelas dan langsung pada hemat saya, dan berkemungkinan besar tidak akan jatuh talaq disebabkan perkataan “sanggup” menunjukkan belum tetap niat untuk bercerai.

  27. Manja

    Reply

    Salam,adakah kaunseling tu perlu sebelum proses penceraian.adakah perlu persetujuan kedua2 pihak u kaunseling dan berapa lama tempoh kaunseling tersebut,sy tak mahu bercerai,tapi suami tetap dgn keputusan u bercerai

    • admin

      Reply

      Kaunseling adalah sukarela sahaja, puan, tidak wajib pergi dan jika tidak datang juga tiada kesan apa2. sesi kaunseling kebiasaannya satu atau dua kali sahaja. jika puan tidak setuju bercerai, maklumkan kepada hakim apabila suami memfailkan permohonan cerai di mahkamah, kemudian hakim akan rujuk puan ke jawatankuasa pendamai. sesi di jawatankuasa pendamai ini wajib dihadiri.

  28. Harap bantu

    Reply

    Assalam tuan, hubungan saya dan suami kurang baik sejak akhir tahun lepas. Kami cuba memperbaiki keadaan tetapi tidak menjadi. Kami juga ada berjumpa pejabat agama ttg mslh kami. Sy mtk kami bawa haluan masing2 setelah usaha yg telah kami lakukan tidak berhasil. Dan suami bersetuju dgn berat hati.
    Sudah 2@3 kali dia berjanji utk lepaskan sy. Satu hari dia cakap esok pagi sy ceraikan awak.
    Adakah jatuh talak wlaupun suami tidak melafazkan talak pd keesokkan harinya?
    Sebelum ni, suami ada ucapkan lepas ni awak buat lah suka hati awak, saya tak kisah. Bila sy tnya, dia tidak maksudkn cerai pada waktu itu.
    Tapi dia kerap berjanji utk lepaskn saya dgn syarat. Cthnya sy akan ceraikan awak esok tp awak kena tidur dengan saya. Dan sy buat apa yg suami minta. Adakah tertalak saya walaupun tanpa lafaz talak?

    • admin

      Reply

      Puan perlu failkan pengesahan cerai di mahkamah syariah. jika suami beri lafaz bersyarat dan puan ada lakukan syarat tersebut, maka ada kemungkinan hakim akan mensabitkan cerai tersebut, tetapi suami perlu hadir di hadapan Hakim, mengakui lafaz yang dibuat dan mengakui niat semasa membuat lafaz tersebut. Tanpa kehadiran suami, hakim tidak dapat mensabitkan lafaz tersebut samaada jatuh atau tidak, melainkan puan ada saksi yang mendengar.

  29. Ash

    Reply

    Assalamualaikum..

    Saya inginkan pencerahan.. suami ada melafazkan aku lepaskan kau noraishah musa dan saya ceritakan pd anak sulung saya yg berusia 19 tahun lalu anak saya bertanya kpd suami betulkah ayah ada cakap perkataan tu pada ibu tp suami mengatakan ayah tak cakap apa2 pn pada ibu.. apa yg patut saya lakukan skeg..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Puan patut terus failkan pengesahan cerai dan nyatakan lafaz yang dibuat suami. Lafaz itu lafaz yang jelas dan tidak perlu kepada niat. Suami hendaklah hadir depan hakim dan mengakui samaada telah membuat lafaz tersebut. Puan pula perlu bawa saksi iaitu anak puan. Hakim akan menyuruh suami sumpah nafi jika suami masih enggan mengaku. Jika hakim
      Memutuskan tidak berlaku cerai kerana sumpah nafi oleh suami, maka beban berbohong itu jatuh atas suami hingga hari akhirat manakala puan boleh bersandar kepada keputusan hakim. Jika hakim katakan puan masih suami isteri maka tidak berdosa meneruskan kehidupan suami isteri. Wallahua’lam

  30. dina

    Reply

    Salam.sy nk tnya,baru2 ni suami sy ada menghantar whatsapp berbunyi:
    1. ‘tunggu anak besar ckit,pastu kalo ko nk blah pon xde hal la’
    2.’kalo xde rezeki,,kite berpisah la
    3.’kalo xde penyelesaian mmg aku nk lepaskan ko pun’
    Bila sy bertanya balik maksud perkataan ‘blah’ tu makna cerai ke..dia jwb ye..so kt sini sy nk tanya adakah jatuh talak atau x dgn ayat2 di atas sbb suami dh jelaskan yg dia mmg berniat cerai.tkasih

    • admin

      Reply

      Puan, jika ada perkataan “kalau”, lafaz cerai itu belum muktamad, puan. Kebiasaannya tidak akan jatuh melainkan suami mengakui sudah jatuh.

    • Amelia

      Reply

      Assalamualaikum. Suami saya telah menceraikan saya diluar mahkamah dengan anak perempuan saya berumur 24 tahun sebagai saksi. Suami saya telahpun memfail kan kes di mahkamah. Saya nak tanya, jika saya tidak hadir waktu perbicaraan bolehkah perbicaraan diteruskan hanya demgan kehadiran saksi?

      • admin

        Reply

        Waalaikumussalam. Pengesahan cerai boleh diteruskan tanpa kehadiran isteri. Yg wajib adalah kehadiran suami. Tetapi mahkamah tetap boleh mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa isteri hadir, kerana tidak hadir dengan sengaja adalah satu penghinaan mahkamah. Kadangkala mahkamah masih mahu isteri hadir, bergantung kepada keperluan kes masing2. Wallahua’lam

  31. dina

    Reply

    Tkasih admin utk pencerahan..sy cuma ragu2 ttg status hbungan sy dn suami jika betul talak jatuh lps sy mmbaca whatsapp suami tu.maknanya sy tak perlu ke mahkamah la utk buat pengesahan lafaz cerai seperti dlm whatsapp tu?

  32. liza

    Reply

    Assalamualaikum Admin..saya ingin bertanya beberapa soalan

    1. Adakah Fasakh boleh jalan sebelah pihak? bedasarkan peruntukan apa?
    2. Sepertimana yang kita maklum kuasa talak atas lelaki, akan tetapi bagaimana Mahkamah boleh memfasakhkan sesuatu perkahwinan?Kuasa Mahkamah tersebut atas peruntukan apa?
    3. Berapa tempoh kuatkuasa sesuatu interim?
    4. Bagaimana hakim sabitkan lafaz cerai tanpa kehadiran suami?

    mohon pencerahan.terima kasih.

    • admin

      Reply

      1. Fasakh boleh jalan sebelah pihak. Sila rujuk peruntukan seksyen 121 enakmen tatacara mal negeri selangor sebagai contoh.

      2. Mahkamah membatalkan perkahwinan atas sebab telah berlaku kesalahan suami di bawah hukum syarak. Setiap alasan yang dinyatakan dalam seksyen fasakh telah ada sokongan dalil quran atau hadis yang menyokong. Perceraian ini bukan secara talaq tetapi secara pembatalan perkahwinan oleh hakim. Ia satu bentuk perceraian bain sughra dan tidak boleh rujuk dalam tempoh iddah, perlu nikah yang baru, berbeza dengan cerai talaq.

      3. Perintah Interim biasanya berkuatkuasa sehingga kes induk selesai atau jika ada perintah lain yang menukarnya

      4. Biasanya pengesahan cerai susah dilakukan tanpa kehadiran suami. Jadi hakim akan biasanya meminta isteri memohon cerai cara lain atau minta isteri bawa saksi yang mendengar lafaz cerai dibuat.

  33. Norshah

    Reply

    Assalamualaikum,

    Beberapa bulan lepas, suami ada melafazkan ‘ Sekiranya sy ada berhubung dengan mana2 lelaki dan memberikan gambar sy kepada lelaki, maka akan jatuh talak’ dan di takdirkan selepas itu sy ada berhubungan dengan lelaki lain dan memberi gambar sy kepadanya. Adakah sah jatuh talak itu? Perlukah sy ke mahkamah syariah untuk mengesahkannya? Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam Puan, ya, jika puan dengan sengaja melanggar syarat taklik tersebut, talaq boleh jatuh. puan perlu buat pengesahan cerai taklik di mahkamah dan suami perlu sahkan dulu depan hakim bahawa beliau ada buat lafaz taklik tersebut kemudian puan buktikan pula berkenaan pelanggaran syarat taklik tersebut. Hakim akan membuat sabitan berdasarkan keterangan puan dan suami.

  34. su

    Reply

    Salam,sy memaksa suami sy utk ceraikan sy secara ugutan atas sebab2 tertentu yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap sy,sebelum ini sy telah menfailkan permohonan cerai tetapi suami tidak mahu melepaskan sy sehinggalah sy memaksa dan mengugut beliau dan akhirnya suami sy melepaskan sy melalui sms..”sipolan bt sipolan aku lepaskan kau dgn talak stu” adakah sah jatuh talak? Kerana mggunakan bahasa singkatan SMS…terima kasih admin

    • admin

      Reply

      Puan, suami perlu mengaku depan hakim bahawa beliau yang hantar SMS tersebut dan memang ada niat cerai. Barulah talaq itu sah. Jadi buatlah pengesahan cerai di mahkamah seberapa segera. Isu paksaan tidak timbul jika tidak melibatkan kekerasan atau ugutan nyawa. Suami tetap dikira melafazkan dengan rela.

  35. Azman

    Reply

    Salam. Mohon untuk bertanya isteri sering bermasam degan ibu saya. Pernah sy berkata kepada ibu saya bagi kuasa talaq jika ibu tidak berpuas hati degan isteri. Baru2 ni ibu menegur sikap isteri dan isteri melawan lalu jadi ibu ada megatakan yg ubu tidak lagi mahu isteri menjadi menantu dan minta saya ceraikan isteri kerana sy telah memberi kuasa talaq kepada ibu. Sikap isteri sy amat keterlaluan sewaktu bertengkar ibu menyebut kepada isteri dan didepan saya akan jji sy kepada ibu. Jatuh atau tidak talaq tersebut. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Kuasa talaq tidak boleh dipindahkan kepada orang lain melainkan dalam kes perceraian secara hakam apabila suami mewakilkan hakam untuk melafazkan talaq. Namun ada juga kemungkinan berlaku cerai taklik bergantung kepada lafaz yang encik gunakan semasa memberi kuasa kepada ibu tersebut. Sebaiknya failkan saja kes pengesahan cerai di mahkamah supaya hakim boleh memberi keputusan kerana seorang hakim diberi kuasa untuk memutuskan berkenaan perkara ini.

  36. man

    Reply

    nak tanya, dah pergi pejabat agama islam yg berhampiran, dan pejabat agama islam kata, tidak jatuh talak, apabila seseorang itu melafazkan seorang diri( tiada siapa yg mendengar) cm tiba2 terpancul dri mulut dia.. sbb dia kata, di mahkamah memerlukan saksi yg mendengar(isteri atau sapa2)

    isunya, perlukah pergi buat pengesahan di mahkamah?

    • admin

      Reply

      Tidak tepat sebenarnya, lafaz talaq tetap boleh jatuh sekalipun tiada saksi, jika lafaz soreh tidak perlu kepada niat melainkan dilafazkan secara tidak sedar atau hilang akal sementara. Sebaiknya failkan pengesahan cerai di mahkamah agar boleh segera rujuk jika hakim mensabitkan memang jatuh talaq. Suami tidak patut mendiamkan jika memang ada terkeluar lafaz ini dari mulut, kerana ini soal halal atau tidak hubungan suami isteri dan anak yang bakal lahir boleh menjadi anak syubhah jika sebenarnya hubungan suami isteri itu sudah terputus akibat lafaz itu.

  37. Mina

    Reply

    Puan,
    Sekiranya saya ingin membuat permohonan pengesahan penceraian, apakah borang yang perlu saya isi dan apakah dokumen-dokumen yang perlu saya sediakan? Permohonan ini perlu dibuat di mahkamah tinggi atau mahkamah rendah shariah?

    • admin

      Reply

      Pergi ke mahkamah rendah syariah, failkan permohonan pengesahan cerai, kemukakan salinan ic puan, salinan sijil nikah dan salinan bukti lafaz jika dibuat secara bertulis

  38. Hidayah

    Reply

    Saya tau hanya hakim yg berhak tentukan pengesahan lafaz cerai. Tetapi saya dan suami nikah di luar negara dan belum mendaftarkan perkahwinan kami, jadi saya tidak dapat memohon pengesahan lafaz cerai di mahkamah dengan segera. Saya mohon pandangan admin. Dalam keadaan bergaduh besar, suami ada melafazkan ‘aku ceraikan kau’. Saya tanya ‘talak berapa?’. Suami jawab ‘tak ada talak2, yg penting cerai’. Saya desak kembali ‘ cakap la talak brp?’ Suami jawab ‘ok, talak 3 terus, senang’. Saya dan suami menyesal dan ingin rujuk kembali, tetapi kami risau dgn jumlah talak yg keluar. Pada pandangan admin, adakah talak yg jatuh adalah talak 3, kerana pada mulanya suami tidak nyatakan brp talak, hanya setelah didesak oleh saya, baru dia menyatakan talak 3.

    • admin

      Reply

      Puan, walaupun didesak, suami tetap dikira melafazkan perkataan tiga itu dengan rela, kerana paksaan dalam islam adalah yang melibatkan nyawa atau kecederaan. Jadi melainkan puan memegang pisau di lehernya (sebagai contoh) sewaktu berkata demikian, besar kemungkinan hakim akan mensabitkan jatuh talaq tiga ke atas puan.

      • Hidayah

        Reply

        Maaf bertanya lagi ye admin.
        Ketika suami menyatakan ‘aku ceraikan kau’, suami menyatakan niatnya hanyalah talak 1. Selepas saya brtanya talak berapa, dia juga tidak menyatakan terus talak brp. Suami jawab ‘tak ada berapa2 talaknye’. Perkataan talak 3 itu keluar bukan dgn satu lafaz ‘aku ceraikan kau talak 3’.

        Apa pandangan admin jika perkataan talak 3 bukan dicakapkan dengan 1 lafaz, malah diselang pula dgn perkataan ‘ tak ada berap2 talaknye’.

        Maaf banyak bertanya. Kami benar2 buntu sekarang. Ingin rujuk kerana fikirkn anak, tapi tidak dapat memutuskan perkara ini dihadapan hakim. Kami sedang dlm proses pengesahan perkahwinan dan perbicaraan mungkin berlanjutan kerana masalah dokumentasi.

  39. khairul

    Reply

    kenapa di Malaysia perkataan talak 3 sekali gus dikira sebagai talak 3, bukan talak 1? kebanyakan negara menetapkan lafaz talak 3, jatuh talak 1. Talak 3 betul2 jatuh ketika PENCERAIAN KALI KE3, bermakna setelah bercerai kali pertama, rujuk/nikah semula, bercerai kali ke2, rujuk/nikah semula, kemudian bercerai lagi kali ke3, maka barulah terjadinya talak 3 dan tidak boleh rujuk.

    • admin

      Reply

      Ada banyak perbahasan ulamak berkenaan talaq 3, ada kes di malaysia yang masih memutuskan talaq 3 dikira 1, tetapi ini semua bergantung kepada fakta kes masing2.

  40. Isteri terluka

    Reply

    Assalamualaikum,
    Saya merupakan isteri pertama. Suami saya bernikah kedua di Songkhla 2 thn lepas. Pada hari saya mengetahui saya dimadukan, mereka bergaduh besar dan suami tanpa sedar ada melafazkan talak 3 kepada isteri keduanya. Suami membayar nafkah iddah selama 3 bulan dan bayaran mutaah kepada isteri keduanya. Atas nasihat seorang peguam suami membuat pendaftaran nikah dahulu (kerana belum didaftarkan di Malaysia). Kemudian barulah dia membuat pengesahan lafaz cerai tersebut. Lafaz itu didapati tidak sah kerana suami tidak mengingati sepenuhnya lafaz yang diucapkan kerana terlampau marah. Kami menghormati keputusan mahkamah walaupun sebenarnya suami yakin dia telah menceraikan isteri keduanya itu terbukti dengan tindakan selepas itu.
    Persoalan nya adalah:
    Beberapa hari selepas suami melafazkan ‘talak 3’ tersebut dia ada menghantar beberapa SMS kepada saya dengan mengatakan:
    1) Kami dah tiada apa2.. (We’re done… Talak 3… kalau talak 1 dan 2.. dia akan ganggu lagi)
    2) She’s not my wife anymore
    3) I want her out of my life
    Kami ada memberikan bukti SMS ini kepada peguam tersebut. Malangnya peguam tersebut berkata bukti SMS itu tiada isu dan tidak boleh digunakan dan langsung tidak disahkan dimahkamah.
    Kami berjumpa peguam kedua dan dia juga turut berkata bahawa SMS itu tidak boleh digunakan kerana merupakan ‘secondary’ kepada lafaz yang tidak sah tersebut.
    Adakah betul jawapan yang kami terima? Adakah kami patut membuat pengesahan semula dimahkamah hanya berkaitan dengan lafaz melalui SMS itu sahaja kerana mengikut pemahaman kami itu merupakan lafaz berbentuk kinayah dan suami memang yakin dengan niatnya untuk menceraikan isteri keduanya itu. Sekiranya dapat ADMIN memberi penjelasan kepada masalah kami ini. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Puan, jika lafaz pertama sudah diadili di mahkamah, sepatutnya suami membuat rayuan dalam masa 14 hari dari keputusan jika tidak berpuas hati dengan keputusan hakim. Berkenaan SMS itu tidak begitu kuat kerana bukan lafaz yang jelas, dan bersangkutan dengan lafaz pertama yg sudah diputuskan mahkamah, jadi memang benar, jika diadili sekalipun, mahkamah berkemungkinan besar akan menolak kes tersebut kerana telah diputuskan sebelum ini. Sekiranya masih mahu meneruskan dengan perceraian, failkan saja permohonan cerai yang baru, di bawah seksyen 47 atau lebih dikenali sebagai cerai secara baik/ cerai dalam mahkamah.

      • Isteri yang kecewa

        Reply

        Assalamualikum ,saya nak bertanya masa selepas solat bersama suami terus melafazkan cerai,i divorce u,dua kali..sudah jatuh talak ka…time tue suami saya sedang marah…lepas keadaan reda dia minta ampun dan maaf mengatakan dia takdak niat nak ceraikan saya…boleh bagi pandangan kah kemushkilan saya ni…perlukah saya ke pejabat agama atau tidak jatuh talak

        • admin

          Reply

          waalaikumussalam warah matullah,

          Puan, lafaz i divorce u adalah lafaz soreh yang tidak perlu kepada niat. Jadi walaupun marah, masih jatuh. Puan perlu buat pengesahan cerai di mahkamah. Jika suami ingin atau telah rujuk, boleh nyatakan sekali dalam permohonan tersebut.

  41. Ingin bertanya

    Reply

    Sekiranya lafaz cerai di lafazkan di luar mahkamah…perlukah lagi pengesahan di lakukan di mahkamah?
    Adakah sah penceraian itu sekiranya telah di lafazkn dengan jelas di luar mahkamah?

    • admin

      Reply

      Lafaz sah jika sempurna rukun walaupun dibuat di luar mahkamah tetapi tanpa perintah pengesahan cerai dari mahkamah, pejabat agama tidak akan mengeluarkan sijil cerai.

  42. Sam

    Reply

    Assalamualaikum..
    Isteri saya selalu keluar tanpa pengetahuan saya.Pada waktu kejadian,isteri telah keluar lagi tanpa pengetahuan dan izin.Saya telah menghantar mesej “kalau tak balik dalam masa 15 minit maka jatuh talak saya pada awak”..(dengan niat).
    Kemudian isteri balas mesej ,dia keluar ke pasaraya.
    Kemudian saya fikir adalah mustahil dia sempat balik dalam tempoh 15minit .dan ternyata dia balik selepas itu lebih kurang setengah jam kemudian.
    Saya berpandangan ,telah jatuh talak saya dan menyuruh isteri balik ke rumah ibu beliau kerana tidak mahu duduk sebumbung dgn isteri yg difikirkan telah berlaku penceraian antara kami.
    Jadi,saya telah ke mahkamah dan diberi borang untuk pengesahan penceraian,cuma isteri tidak mahu hadir ke mahkamah.mohon tahu status perkahwinan saya dan apa tindakan perlu dibuat.
    Terima kasih tuan/puan

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Encik betul kerana telah mengakui lafaz bertulis itu dibuat dan memang jatuh talaq apabila disertai niat. Encik juga boleh rujuk isteri jika belum pernah bercerai sebelum ini. Tidak mengapa jika isteri tidak mahu hadir, hakim mungkin keluarkan waran untuk memaksa isteri datang atau hakim boleh teruskan dengan kehadiran encik seorang kerana dalam kes pengesahan cerai, kehadiran suami yang wajib.

  43. Hani

    Reply

    Assalamualaikum..
    Sy dan suami bertengkar. Ada pihak ketiga menyatakan suami akan ceraikan sy, sy kata kepada suami kalau betul,lepaskn sy sekarang dan dia lafaz ‘ya aku lepaskan’. Sy minta dia ulang dan dia lafaz ‘ya, ya aku lepaskan kau’. Kejadian disaksikan oleh pihak ketiga tersebut. Hari yg sama sy disahkan hamil.
    1) memandangkan sy hamil, adakah lafaz itu sah?
    2) masih boleh bersama?
    3) jika ya, adakah talak dua telah jatuh?
    4) adakah pihak ketiga tersebut akan dipanggil semasa perbicaraan?
    Sy telah mgemukakan pengesahan cerai dan tgu dibicara kn. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Puan, lafaz talaq sah semasa hamil walaupun hukumnya haram dan berdosa. Sebaiknya dipanggil pihak ketiga sebagai saksi. Lafaz sebegini boleh jadi satu dan boleh juga jadi dua talaq, ia bergantung kepada keterangan dan niat suami itu sepertimana yang dinyatakan depan hakim nanti. Puan dan suami masih boleh bersama jika tidak pernah bercerai sebelum ini,dan jika ada rujuk, boleh disahkan bersekali dengan kes pengesahan cerai tersebut.

  44. MIELA

    Reply

    assalamualaikum , saya inginkan pencerahan, apakah status hubungan, bila suami saya suda lafaz ‘aku lepaskan kau’ utk kali pertama d hadapan keluarga, dan lafaz ‘aku lepaskan kau’ kali ke2 d dalam bilik tidur , dan kali ketiga secara whatsapp ‘pergilah kemana pun kau suka,buat cara hidup masing2, dan c suami juga suda lafazkan ‘keluarla kau dari rumah ini,aku tidak ingin mihat muka kau lagi’ . dan masa yang sama di mahkamah rendah syariah suami saya menyatakan bahawa semuaa lafaz itu tidak ada niat ..

    • admin

      Reply

      waalaikumussalam warah matullah,

      Lafaz pertama dan kedua itu lafaz soreh yang tidak perlu kepada niat. Lafaz ketiga lafaz kinayah yang perlu kepada niat. Jadi jika suami menafikan, hakim masih boleh mensabitkan jatuh talaq berdasarkan lafaz pertama dan kedua.

  45. Azi

    Reply

    Salam,
    Tadi suami saya suruh saya isi borang cerai, dan dia whatsapp i lepaskan u. So, sekarang adakah saya atau dia yang perlu failkan cerai. Sekiranya saya failkan, adakah ada hak2 saya sebagai ibu dinafikan? Hak prnjagaan anak pula bagaimana? Saya ada ada 7 tahun, 6 tahun dan 2 tahun.

    • admin

      Reply

      Puan patut failkan kes pengesahan cerai dan bukan lagi permohonan cerai. Hak puan sebagai isteri dan ibu tidak terusik kerana suami sudah melafazkan dahulu cerai terhadap puan. Melainkan suami buktikan pula yg puan ada melakukan perbuatan nusyuz terhadapnya.

  46. Raihana

    Reply

    Asalamualaikum. Pd 29/4/17 kami telah bertengkar suami isteri sehingga berlaku kekasaran. Sy telah dicekik, ditendang dan ditampar oleh suami. Semasa kami bertengkar, suami ade melafazkan ‘ kalau kau tutup pintu ni kuat-kuat, aku akn ceraikan kau’. Dan sy pun tutup pintu dgn kuat. Selepas itu sy dihalau keluar oleh suami dr rumah.
    Soalan sy, adalah jatuh talak kpd sy? Dan apakah proses yg perlu sy lakukan.

    • admin

      Reply

      waalaikumussalam warah matullah,

      Bila suami guna perkataan “akan”, walaupun puan betul2 lakukan perbuatan tutup pintu, ia belum jatuh kerana ia hanya berbentuk cadangan yang tidak dinyatakan masa. Utk lebih pasti, boleh failkan pengesahan cerai di mahkamah kerana perbuatan suami menghalau dari rumah boleh jadi suami memang berniat utk menceraikan terus pada masa lafaz dibuat. Wallahua’lam

  47. mira

    Reply

    saya nk tnye sekirenya suami saya telah berkata kepada saya ‘aku lepaskan kau pergi’
    adakah saya telah diceraikan

    • admin

      Reply

      Lafaz “pergi” selepas aku lepaskan kau itu menjadikan lafaz itu seolah bukan lafaz soreh lagi. Kerana lepas itu seolah bermakna perkataan membenarkan isteri pergi ke suatu tempat, dan bukannnya membawa maksud lepas utk diceraikan. Jadi lafaz sebegini perlu kepada niat cerai. Jadi failkan pengesahan cerai di mahkamah supaya suami dapat sahkan apakah niatnya semasa membuat lafaz sedemikian. Wallahua’lam.

  48. Anne Khalid

    Reply

    Assalamualaikum

    Saya ingin bertanya. Situasinya begini . Suami saya pernah meletakkan syarat bahawa jika saya mencerita apa2 masalah kepada mak mertua, akan jatuh talak. Sudah pun terjadi tapi saya tk buat apa2 tindakan.

    Then kami prnh bergaduh lagi , suami saya lafaz cerai kepada saya. Benda jadi pada tahun lepas lagi tapi kami berdua tk lakukan apa2. Skrg bru terdetik untuk failkan benda ini. Saya ingin bertanya adakah suami saya akan didenda RM2,000 atas kesalahan jatuh talak dua ini? Kamii berniat untuk nikah balik. Sekarang kami tak duduk sebumbung dah sebab tahu bukan suami isteri yang sah. Kami ingin ke mahkamah syariah tapi tkut didenda begitu bnyk sekali sbb kami bukan la orang yg senang. Boleh tolong nasihat kami apa yg harus kami lakukan?

    Kami masih sayang perkahwinan kami, so kami mmg tekad untuk nikah balik selepas urusan ini selesai .

    • admin

      Reply

      Akan dikira melafaz cerai dua kali di luar mahkamah dan boleh didenda 2k tetapi jumlah ini boleh dirayu dan hakim boleh mengurangkan amaun jika berpuas hati dengan alasan yang diberikan. Sebaiknya jangan abaikan proses pengesahan cerai kerana jika berlaku perceraian kali ketiga akan jatuh talaq 3 dan rekod perceraian sebelum ini amatlah penting.

  49. Lina

    Reply

    Assalamualaikum,
    Kalau suami mengaku bujang/ single beria ria di media sosial, sehingga beritahu pada semua saya bekas isteri dia, tiada apa apa hubungan , dia suruh balik ke rumah mak saya, dia beritahu dekat media sosial benda buruk tentang saya sedangkan semuanya tak benar, dia jugak curang lebih dari 8 orang, walaupun tak jumpa, tapi dia call video call bersumpah demi Allah cakap takdak perasaan dekat saya, tunggu masa nak lepaskan saya, tak anggap saya isteri, tidak beri nafkah selama 1 tahun lebih, pernah pukul saya, maki hamun hina saya. Macam mana ya tu?
    Dia juga pernah cakap nak berpisah? Jumpa di makhamah beberapa kali, tapi dia tak buat jugak. Bagaimana dgn status hubungan kami?

    • admin

      Reply

      Puan perlu buat pengesahan cerai atas semua lafaz berbentuk cerai secara jelas atau kiasan dari suami. Hanya sekiranya kesemua lafaz itu telah diputuskan tidak jatuh talaq barulah patut puan teruskan dgn permohonan cerai secara talaq atau secara fasakh.

  50. ARA

    Reply

    assalammualaikum admin.. saya ada sedikit kegusaran.. tempoh hari saya ada bergaduh dengan suami.. dan dalam keadaan tertekan, saya menggertak suami dan minta dia ceraikan saya atau saya akan bunuh diri.. pada saat itu, saya memegang serpihan kaca dan mengacukan pada pergelangan tangan saya.. lalu suami, dalam keadaan risau meminta saya membuang serpihan tersebut dan berkata “buang dulu kaca tu, aku akan ceraikan kau”… adakah jatuh talak pada saat itu?? mohon penjelasan admin.. terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Tidak jatuh cerai dalam keadaan paksaan yang melibatkan nyawa, malah oleh kerana suami guna perkataan “akan” lebih membawa maksud yg belum berlaku, dan belum jatuh pada masa itu. Wallahua’lam

  51. Reply

    Salam admin..

    Kalu fail cerai dah d sah kan.. Brapa lama masa akan d ambil utk perbicaraan semula?? Dan adakah berkemungkinan si suami yg melafaz kan cerai “aku ceraikan kau….” Boleh membuat rayuan utk menentukan tarikh perbicaraan semula d hadapan hakim..?? D sebabkan atas sbb2 tertentu.. Si suami yg berkerja jauh dari tmpt kediaman isteri.. (Tmpt perbicaraan)??? Mohon penjelasan..

    • admin

      Reply

      Kalau sudah disahkan lafaz, tiada bicara semula. Apa yang ada ialah rayuan ke mahkamah tinggi. Proses bergantung kepada mahkamah tersebut masing2, ada rayuan selesai dalam masa kurang 6 bulan, ada yang lebih.

      Keputusan hakim boleh dirayu tetapi jika lafaz itu soreh, kemungkinan besar suami tetap akan kalah dalam rayuannya.

      Rayuan akan dibuat di mahkamah tinggi dalam negeri yg sama dengan mahkamah rendah syariah yang mengesahkan cerai sebelum itu. Jadi suami perlu dtg ke mahkamah apabila rayuan ditetapkan.

  52. Azad

    Reply

    Assalammualaikum. Saya nak bertanya . Bagaimana kalau bercerai dihadapan ibu bapa dn keluarga . Adakah sah ? Dan mereka berkahwin tidak berdaftar dengan majlis agama kerana status kerakyatan . Adakah perlu rujuk mahkamah atau majlis agama jugak untuk sah kan perceraian mereka ?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Cerai sah walaupun dilafaz bersendirian oleh suami, apatah lagi jika disaksikan oleh orang lain, asalkan cukup rukun dan sempurna lafaznya.

      pengesahan di mahkamah hanya utk mereka yang mempunyai sijil kahwin dari mana2 negeri di malaysia. Boleh memilih untuk tidak mengesahkan di mahkamah tetapi risikonya tidak diketahui samaada lafaz cerai itu benar2 menjatuhkan talaq melainkan disahkan oleh hakim, dan isteri juga tidak dapat menuntut hak2 lain selepas perceraian seperti nafkah iddah dan mutaah.

      Jadi sebaiknya buat pengesahan nikah supaya perintah pengesahan dan surat nikah malaysia boleh dikeluarkan kemudian diikuti dengan pengesahan cerai.

  53. Norafizza

    Reply

    Mohon penerangan .saya isteri ke2,saya sudah tidak sanggup dan tal mampu bersabar… Suami jarang balik nafkah jauh sekali.. Walaupon suami hakikatnya..tangungan makin ramai.. Isteri pe1 9org. Saya 3orang… Tanggungjawab terabai..baru ni saya mendesak suami saya melepaskan saya cara baik.. Maka jatuhlah 1talak ker atas saya… Saya sudah tidak sanggup hadapi semua ni… Tapi suami saya ingin merujuk saya semula.. Tapi keadaan masih tetap sama… Persoalanya.. Saya ingin membuat permohonan perceraian. Adakah bila hadir ker makamah.. Maka terjatuh nya 2kali talak…

    • admin

      Reply

      Perceraian secara fasakh adalah pembubaran perkahwinan oleh hakim dan tidak menambah bilangan talaq. Wallahua’lam.

  54. Fareast

    Reply

    Assalamualaikum… Baru baru ni saya bertengkar dengan isteri saya… Dia melakukan kesalahan sehingga menimbulkan kemarahan saya… Saya memarahinya… Sehingga dia mendesak saya menceraikanya… Tpi saya tak mahu… Lalu saya menyuruhnya turun dari kereta dan masuk ke dalam rumah dan berfikir dan bertenang… Tetapi dia tetap mendesak saya… Sehingga menaikan lagi kemarahan saya.. Setelah didesak berulang kali arkhirnya saya mengatakan aku lepaskan kamu dan kamu pergi masuk rumah dan berfikir dan bertenang… Saya memang tak ada niat lansung untuk bercerai.. Saya ucapkan supaya dia turun dari kereta dan masuk ke rumah untuk bertenang dan saya dapat bertenang.. Niat saya hanya untuk tidak memanjangkan pertengkaran dan untuk meredakan keadaan… Memang tak terniat lansung untuk bercerai walaupun saya marah ketika itu… Ucapan saya sekadar untuk memuaskan hatinya supaya dia masuk ke dqlam rumah agar keadaan reda… Adakah jatuh talak dalam keadaan begini..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Lafaz aku lepaskan kamu boleh menjadi lafaz soreh yang tidak perlu kepada niat. Sebaiknya encik failkan pengesahan cerai di mahkamah supaya hakim boleh memutuskan jatuh talaq atau tidak dan sekiranya ya, encik boleh rujuk isteri jika masih dalam tempoh iddah.

  55. leen

    Reply

    Assalamualaikum Puan,

    Maaf saya nak brtanya..sya da berumahtangga selama 22tahun dan mempuanyai 2 cahayamata seorg berumur 21tahun dan seorg 14tahun.. dipendek kan cerita saya xtahun mcmane saya nak kemukakan keaddan saya..suami selalu menuduh saya yg bukan2 silap nya hanya sekali kawan sekerja belanja makan sarapan pagi di mcdonald dan didlm mcd tu ade kwn yg lain tapi suami ckp saya curang mcm2 dikatakanya saya….kalau hendak diceritakan mmg pjg tapi penat saya selama ini tiada nilai dimata suami selalu dimaki dihina..
    1. Bagaimana jika suami dah bertahun duduk berlainan bumbung tidak balik kerumah kelamin.
    2. Bagaimana jika suami tidak memberi nafkah cth:- makan, pakaian dll
    (Nafkah batin hanya jika sya dtg ke kedainya saja)
    3. BAgaimana jika selalu menuduh saya bukan2 sedang kan bekerja ramai kawan opis melihat kdg2 kawan opis dpt mesej tanya yg macam2 pasal saya….cerita ini spai ketelinga pihak majikan…dan majikan siap ckp suami ko macam ape..malunya saya sedangkan saya da tua tak kuasa la nak buat perkara2 bodoh.
    4. Saya dahulu banyak hutang kad credit banyak habis semua saya amik duit utk tanggung ank2 sekolah, mkn hari2 duit sek anak2 bayar bill api air installment kereta miyak..dgn duit belanja raya..sampaikan saya ke AKPK.
    5. Bagaimamna saya ingin memohon cerai dgn beliau kerana saya sudah tidak tahan dengan perangai dia yg suka tuduh menuduh.
    6. Beliau pernah balik kerumah marah2 pecah kan barang rumah sampai Polis datang kerumah.

    Diharap puan dapat membantu saya dalam masaalah ni..saya berdiam selama 22tahun ingat nk pertahankan rumahtangga saya tapi apa yg saya dapat? hati saya pedih sgt2 adakala saya bertanya kenapa allah mguji saya begini?

    • admin

      Reply

      Puan, cuba berbincang dengan suami utk melepaskan puan secara baik. Jika dia enggan, puan boleh mohon cerai di bawah seksyen 47 dan teruskan dengan proses ke jawatankuasa pendamai dan hakam. Sebagai alternatif, Jika ada bukti tentang cuai nafkah dan penderaan emosi (seperti laporan psikiatri) atau ada saksi2 yang boleh memberi keterangan, maka boleh failkan fasakh.

  56. Fizah

    Reply

    Admin…kalau suami lafaz cerai talak 1 semasa isteri haid…tp telah rujuk semula di luara mahkamah.. perbicaraan mahkamah sama ada talak tersebut sah atau tidak adalah maseh menunggu tarikh…adakah hubungan suami isteri ini terlarang ataupun tidak semasa menunggu keputusan mahkamah???

    • admin

      Reply

      Cerai sah semasa haid walaupun hukumnya berdosa.

      Tiada masalah untuk rujuk dalam tempoh iddah walaupun belum dapat pengesahan mahkamah kerana iddah berjalan dari saat lafaz dibuat.

      Cuma maklumkan kepada hakim jika sudah rujuk supaya pengesahan boleh dibuat sekaligus dengan cerai.

  57. Pn. Fid

    Reply

    Assalamualaikum…
    Baru2 ni suami tertangkap mempunyai perempuan lain…saya membuka whatsapp & facebook messanger milik suami…dan terdapat ayat2 cinta didalammya. Sebelum ini…suami pernah bertaklik ke atas dirinya sendiri iaitu “kalau aku ada perempuan lain, maka jatuh talak 1 atas kau”…
    Utk pengetahuan tuan, suami & perempuan tersebut menafikan sekeras-kerasnya tentang hubungan mereka. Adakah sah taklik yang pernah suami ucapkan dulu walaupun mereka menafikan tentang hubungan mereka.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Suami perlu buat pengakuan pernah lafaz taklik terlebih dahulu. jika suami mengakui, hakim akan lihat pulanapa maksud “ada perempuan lain”, adakah suami maksudkan ada hubungan sehingga terlanjur atau hanya hubungan cinta pun sudah jatuh talaq.

      Kemudian jika suami nafikan ada perempuan lain, isteri kena bawa bukti atau saksi menunjukkan suami berbohong dan memang suami melanggar taklik.

      Sudah selesai pembuktian sebegini barulah boleh hakim mempertimbangkan untuk mensabitkan cerai.

  58. iza

    Reply

    Salam. Saya nak tanya.. Macam mana pulak kalau suami wasap. (xpela blik nanti absh lepas kan talak)kalau macam tu dah jtuh talak ke belom.

    • admin

      Reply

      Sepatutnya belum jatuh talaq kerana selepas “balik” itu perlu pula kepada lafaz talaq oleh suami barulah sempurna lafaz tersebut. Ini berbeza jika suami berkata “bila saya balik nanti, jatuh talaq atas kamu”

  59. Indah

    Reply

    Assalamualaikum..saya nak bertanya..baru2 ni saya bergadu dengan suami..dan saya betul2 suda tawar hati dengan nya..dan berkata “bawa haluan masing2″ selepas itu si suami pun berkata” ok lepas ni kau buat hal kau..saya buat hal saya..” adakah talak telah jatuh?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam. Puan, lafaz sebegini tidak menggunakan perkataan cerai yang jelas jadi talaq hanya jatuh jika suami memang berniat cerai pada masa itu. Oleh itu suami perlu buat pengakuan samaada beliau berniat cerai atau tidak barulah hakim boleh mensabitkan samaada cerai telah jatuh pada masa itu.

  60. cinta sesaat

    Reply

    salam,

    saya telah bertengkar dengan suami sy dan suami saya telah melafazkan “jika saya bawak benda ini keluar dr umah ini, maka talak 3 jatuh”

    lepas itu, dia bawak keluar benda tersebut tapi tiada niat utk ceraikan sy. dia bawak keluar kerana saya telah mengunci dia keluar dan dia tidak boleh masuk.

    memandangkan dia tidak cukup tidur dan lapar, beliau telah keluar membawa benda tersebut untuk mencari tempat rehat.

    adakah lafaz talak itu sah memandangkan saya tersilap cakap dengan memaksa beliau menceraikan sy.

    • admin

      Reply

      Puan, lafaz talaq itu boleh jadi jatuh kerana suami telah melakukan apa yang disebut dalam syarat talaq tersebut, tidak kira samaada dia sengaja atau tidak kerana lafaz itu sendiri tidak menyatakan secara terperinci bahawa talaq hanya jatuh jika dia sengaja membawa keluar benda itu.
      Oleh kerana ini adalah lafaz talaq tiga, saya sangat mensarankan agar puan dan suami terus membuat pengesahan lafaz cerai di mahkamah seberapa segera demi menyelesaikan status puan dan suami kerana hubungan puan dan beliau dalam status syubhah dan bimbang akan menjejaskan status anak yang lahir di kemudian hari.

  61. Puan Anie

    Reply

    Assalamualaikum….ustaz/ustazah..
    Suami saya melafazkan…kalau saya buat lagi apa yang awak tidak suka/judi saya ceraikan kau.
    Adakah talak jatuh ke atas saya..?
    Selepas bberapa minggu suami lafaz begitu dia berjudi tapi tidak mengaku wlaupun saya sendiri yang menyaksikan perbuatannya itu disebuah kedai cyber..
    Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam. Utk lafaz sebegini, puan perlu bawa bukti atau saksi yang menunjukkan suami telah melanggar taklik (saksi atau bukti yang suami ada melafaz taklik dan kemudian suami ada melanggar taklik tersebut, keterangan puan semata2 tidak mencukupi jika suami menafikan ada melakukannya) melainkan suami sendiri mengaku di hadapan Hakim bahawa dia telah menbuat lafaz taklik tersebut dan dia mengaku telah melanggar syarat taklik tersebut. Jika suami enggan mengaku, hakim kebiasaannya tidak akan mensabitkan jatuh cerai kerana dosa menipu itu ditanggung suami sedangkan hubungan suami isteri masih sah kerana hakim hanya perlu membuat keputusan dengan bersandar kepada apa yang zahir di hadapannya sahaja.

  62. Puan Anie

    Reply

    assalamualaikum…ustaz/ustazah..
    Saya telah memfailkan lafaz cerai kinayah suami ke mahkamah.Dalam masa yang sama suami telah menampar saya sebanyak 3x melibatkan pipi,telinga dan kepala sebelah kiri.Saya telah telah pergi ke hospital dn membuat laporan polis..
    Soalan saya…adakah saya boleh memfailkan kedua dua kes ini serentak di mahkamah atau satu persatu..? Terima kasih

    • admin

      Reply

      Waalaikumusslaam. Perlu selesai pengesahan lafaz kinayah tersebut terlebih dahulu barulah boleh mohon cerai secara fasakh atas alasan telah dicederakan suami. Ini kerana hakim perlu mengetahui samaada cerai secara fasakh itu menjadi cerai kali kedua sekiranya lafaz talaq kinayah itu sabit telah jatuh sebagai cerai kali pertama.

  63. hamba Allah

    Reply

    ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ ustaz/ustazah.

    saya pasangan muda yg baru berkahwin. konflik yg berlaku dekat saya dan pasangan. apabila isteri menyuruh saya menceraikan dia. dia memaksa saya berkali kali untuk ceraikan dia dalam keadaan dia marah. Namun saya hanya menjawab ” kita bincang dlu ambik masa perbetulkan yg mana yg salah. kalau tiada persetujuan nanti kita decide sama ada mahu berpisah atau tidak di kemudian hari? malah setiap kali bertengkar. saya akan menjawab benda yg sama seperti di atas?

    adakalah situasi ini dikira sebagai cerai atau tidak??

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Jawapan sebegitu tidak menjatuhkan talaq sekiranya suami tiada niat cerai kerana ianya bukan lafaz soreh. Wallahua’lam.

  64. Insan Ingin Tahu

    Reply

    Assalamualaikum.

    Bagaimana keadaan jika Isteri meminta cerai dalam keadaan marah. Situasi macam ini. “u lepaskan i sekarang jgak” dan banyak lagi ayat marah2 yg di lemparkan sehingga mendesak suami berkata ok?( tanpa menyebut aku ceraikan kau dengan talak 1) untuk mengelakkn pergaduhan yg lebih buruk. namun Suami dalam keadaan tidak rela. hanya menggunakan perkataan OK dan seterusnya memujuk isteri untuk berdamai semula..

    di sini apa pandangan pihak anda.
    Adakah cerai ini benar2 terjatuh atau tidak

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Pada pandangan saya tidak jatuh talaq dengan begitu kerana lafaz talaq soreh perlu datang dari mulut suami. Melainkan suami berkata ok dengan niat memang cerai nak dijatuhkan.

  65. ISTERI buntu

    Reply

    Salam ustazah/ustaz ..sy Ada pertanyaan..
    Saya ISTERI kedua ,Skrg tgh Hamil pernikahan sy bersama Suami 8bulan.. 2bulan lepas ISTERI pertamanya Suami Sy mgetahui Suami Sy berkhwin dgn Sy.. Mgamuk Dan Minta Di ceraikn. Tetapi Suami Sy enggan melepaskan .. Dan istri pertamanya Kata dia kene ceraikn saya ISTERI kedua jika mahu mereka bersama kmbali.. Suami Sy enggan melepaskan sy jgak.tapi bagi menyelamatkan hubungan Suami terpksa Bermaya pada ISTERI pertamanya yg Dia telah mnceraikan sy.. Suami Ada membwritahu sy ..katanya terpksa.. Tetapi dia tak akn ceraikn sy. Hnya berkata begitu terpksa menipu ISTERI pertamanya untuk meyelamatkan hubungan .sy kesihankn Suami Sy Dan tidak mahu memnjangkn masalah.. Kami still hidup sbagai Suami ISTERI .suami tidak pnh Lupa tnggungjwb nya pda sy walaupun Dia terpksa menipu ttg hubgn Kami pda ISTERI pertamanya. Baru2 ni ISTERI ptamanya text sy dn berkata sy dn Suami dh cerai.. Suami dh ceraikn sy Dan lafaz itu sah maka jatuh talak 1 pada sy ..sy tnya pada Suami Kata Suami tk sah ..sbb Dia tk pnh lafaz pun pada sy .dn tk terniat pun mnceraikan sy..hnya berkata demikian pada ISTERI pertamanya krana ingin myelamatkn perkhwinan Kami.

    • admin

      Reply

      Perkataan suami kepada isteri pertama itu memang boleh menjadi lafaz yang sah sekiranya ianya lafaz soreh seperti aku sudah ceraikan dia, sekalipun niatnya menipu kerana niat tidak penting untuk lafaz yang soreh. Jadi sebaiknya puan failkan pengesahan cerai di mahkamah dan suami perlu buat pengesahan di hadapan hakim. Itulah yang sebaiknya untuk menjamin kehalalan hubungan puan dan suami.

  66. Azrin ismail

    Reply

    Assalamualaikum…
    Ustaz/ustazah..

    Soalan saya,jika isteri pulak yg melafazkan cerai ketika marah??adakah dikira sah,atau d tuntut ke mahkamah..

    • Azrin ismail

      Reply

      Assalamualaikum…
      Ustaz/ustazah..

      Soalan saya,jika isteri pulak yg melafazkan cerai ketika marah??adakah dikira sah,atau d tuntut ke mahkamah..

      • admin

        Reply

        Waalaikumussalam warah matullah

        Lafaz cerai hanya hak suami. Tidak akan jatuh jika diucapkan oleh mana2 orang lain termasuk isteri. Melainkan hakim ada memberi kuasa kepada hakam untuk melafaz talaq bagi pihak suami.

  67. Hamba Allah

    Reply

    Assalamualaikum semasa kami berdua gadu dan dalam kemarahan saya lafazkan ” saya ceraikan awak esok” so isteri saya dah failkan kes di makhamah syariah. Bolehkah saya rujuk atau tidak.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Jika hakim memutuskan lafaz itu sah, encik boleh rujuk isteri sebelum tamat tempoh iddah selama 3 kali suci, tetapi sekiranya isteri enggan dirujuk, encik perlu membuat permohonan rujuk di mahkamah dan hakim akan merujuk encik dan isteri ke jawatankuasa pendamai.

  68. Nona

    Reply

    Assalamualaikum.
    Suami saya ada menghantar sms kepada ibu saya berbunyi begini “Nanti saya akan lepaskan (menyebut nama saya)” dan meminta maaf kerana tidak dapat mengotakan janji menjaga saya.
    Adakah perbuatan ini boleh menyebabkan jatuhnya talak?
    Terima kasih

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Pada pendapat saya “nanti” itu adalah satu syarat yang belum berlaku dan oleh yang demikian, belum jatuh talaq pada masa lafaz itu dibuat.

  69. nur

    Reply

    assalamualaikum ustaz
    saya dah melafas kan cerai di luar makamah.
    dlm masa yg sama, saya dgn isteri ingin berbaik. macam mn nak rujuk semula. saya di wajip kan atau tidak, membayar dendah kerna lafas di luar makamah. sekiranya di kenakan bayaran, bayaran tu bolh atau tidak di bayar secara ansur² ? apa tindakan² yg akan di kena kan pada saya dan isteri. ada kah ia kan mengambil masa yg lama tuk proses² ni semua. sekian terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Mengikut undang2, semua lafaz cerai dan rujuk perlu disahkan di mahkamah, jadi ia boleh difailkan serentak jika encik sudah merujuk isteri. Ya, mahkamah akan mengenakan denda jika melafazkan talaq di luar mahkamah tetapi amaun denda ini boleh dirayu untuk dikurangkan. Kebiasaannya bayaran adalah sekaligus barulah boleh dikeluarkan sijil perakuan cerai dan rujuk kepada pasangan.

  70. Reply

    Assalamualaikum,
    Saya dan suami ada bertengkar dan suami bercakap pada anak 6 thn,ibu dan ayah nak bercerai dah ni…adakah jatuh talak tu?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Lafaz “nak” berbentuk cadangan dan belum jatuh talaq.

      Wallahua’lam.

  71. Nazri

    Reply

    Assalamualaikum…… saya sebenarnya telah bergaduh dalam wasup dengan isteri saya.

    “Saya memang sudah tidak percaya lagi sama kau. Sebab kau buat suatu benda tidak berfikir akibatnya. Sekarang ni kita pendekan cerita saya mau keluar dr rumah. Saya bawa anak2 sekali. Semua brg abg pulangkan. Biar kami anak beranak mula hidup baru.”

    Masa saya cakap ayat ni, tidak ada niat apa apa kecuali saya mau tenangkan hati supaya masalah tidak bertambah teruk.

    Mohon pencerahan dr ustaz atau ustazah ada kah ini suda jatuh talak.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Jika encik tiada niat cerai, tak ada masalah kerana encik tidak gunakan perkataan cerai atau talaq.

  72. Puan Anie

    Reply

    Assalamualaikum….ustaz/ustazah..
    Lafaz kinayah suami…kalau saya buat lagi apa yang awak tidak suka saya ceraikan awak..
    Suami mengaku yang dia betul ada buat..kes sudah difailkan di mahkamah pada tarikh 25/05/17 (ditangguh pada 29 /05) namun apabila diketahui suami saya failkan kes ini di mahkamah syariah suami paksa saya tarik balik kes tersebut kerana beliau sanggup ceraikan secara baik kerana tidak mahu naik ke mahkamah.
    Pada pada pukul 11.25 malam tersebut suami lafazkan…kali terakhir kita bersama malam ini,esok selepas waktu subuh engkau bukan lagi isteri saya..Namun saya membantah sebab takut cerai luar mahkamah…saya cakap dengan dia supaya kita bercerai saja di mahkamah pada 25/05…saya bersetuju untuk tarik kes pertama iaitu lafaz kinayah itu terlebih dahulu dan baharulah kita ganti dengan perceraian biasa…Maka pada pukul 12.15 mnit tengah malam yang sama suami saya wsap saya dengan perkataan ini…saya ceraikan engkau talak 1 pada 25/05/17 mahkamah…namun pada esok harinya saya pergi ke mahkamah untuk menarik semula kes yang difailkan iaitu lafaz kinayah tersebut.. Sebab mengikut kehendak suami..tetapi apa yang berlaku mahkamah tidak membenarkan kes tersebut ditarik atas sebab mohon pengesahan lafaz cerai..
    Soalan saya..adakah jatuh talak ke atas saya dan talak berapa..?
    Terima kasih

  73. Tolong saya

    Reply

    Salam puan,
    Sy nak ty, klau sebulan lepas suami sy mengatakan yg “ok kita cerai hari ni” mmg dia berniat utk ceraikan sy ,adakah jatuh talaq?
    Tanpa rujuk n bersama, baru2 ni pula kerana sy memaksa dia ceraikan sy dgn talaq 3 dan semuanya dlm keadaan marah suami pula betul2 tertekan dgn sy pd ms tu krn memaksa dia ceraikan sy diA telah melafazkan ” aku cerai kau talaq 3″
    Ada kah talaq 3 dikira jatuh? Atau talaq yg mula2 jatuh?

    • admin

      Reply

      Lafaz yang pertama perlu kepada pengesahan cerai di hadapan Hakim. Suami perlu beri keterangan tentang lafaz dan niat tersebut. Jika jatuh talaq lafaz pertama dan telah habis iddah isteri, maka suami itu bukan suami lagi jadi lafaz kedua itu tidak membawa makna apa2.

      Tetapi jika lafaz pertama sah dan lafaz kedua dibuat sebelum habis tempoh iddah, maka boleh jatuh talaq 3 ke atas isteri sekalipun isteri yang memaksa. Kerana paksaan itu bukanlah paksaan sebenar melainkan isteri ada menggunakan ugutan bunuh atau cedera terhadap suami. Hakikatnya suami telah melafazkan talaq 3 itu dengan kerelaannya sendiri.

  74. admin

    Reply

    Waalaikumussalam. Pada pendapat saya, lafaz sedemikian perlu kepada pengesahan niat suami apabila beliau mengutarakannya kerana “bercerai” boleh ditafsirkan sebagai proses perceraian, berbeza dengan “aku ceraikan kau” yang membawa maksud jelas telah jatuh cerai.

    Jika telah jatuh talaq, suami boleh melafaz rujuk di luar mahkamah tetapi mesti membuat kedua2 pengesahan cerai dan rujuk di mahkamah. Saya nasihatkan kepada para isteri agar tidak mendiamkan lafaz cerai dan rujuk, hendaklah diadukan ke mahkamah seberapa segera sementara ingatan masih kuat supaya ada rekod telah berlaku perceraian pada sekian tarikh. Ini penting untuk rujukan masa akan datang sekiranya suami terlafaz cerai sekali lagi apatah lagi untuk kali ketiga.

  75. Puan Zila

    Reply

    Assalammualaikum,

    Saya ingin bertanya. Baru-baru ini kami suami isteri telah bergaduh pada 25/5/2017 kira-kira pukul 11 malam atas sebab salah faham. Dan suami saya telah bercakap begini ” Aku dah bosan dengan sikap kau, kita cerai jelah kalau macam ni”. Lepas tu bila dia dah ok dia cakap tak ada niat. Dia geram dan terpaksa cakap mcm tu untuk redakan keadaan. Bila kami rujuk hal ni ke Pejabat agama dan Kaunter Mahkamah. Katanya jatuh talak. Dan kami telah pun rujuk kembali dgn lafaz lisan suami iaitu “Saya rujuk awak kembali (nama saya). Adakah sah rujuk ni?

    Dan jika kami failkan ke mahkamah hal ini dan kami telah rujuk di luar mahkamah adakah suami saya akan dikenakan denda? Berapa kadar denda tu?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, rujuk tidak perlu didenda tetapi cerai luar mahkamah itu yang akan didenda. Denda cerai luar mahkamah adalah kebiasaannya 1k tetapi boleh dirayu jika tidak mampu.

  76. haqi

    Reply

    assalamualaikum

    jika terdapat keraguan sama ada talak kinayah yang dilafazkan beserta niat cerai atau niat lain ( marah atau menyakitkan hati isteri)…tidak pasti yang mana kerana dilafazkan dalam keadaan marah…bolehkan kita memilih keputusan yang membawa lebih kebaikkan iaitu niat bukan cerai? kerana terdapat keraguan yang jelas antara dua niat diatas…mohon penjelasan

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warahmatullah. Suami perlu memberi keterangan di bawah sumpah di hadapan hakim berkenaan niat beliau semasa membuat lafaz itu. Hanya Allah dan suami itu sendiri tahu apakah niat sebenar semasa melafazkan, jika tidak pasti, katakan tidak pasti. Jika memilih salah satu niat, tanggungan itu atas bahu suami sekiranya tidak benar atau salah.

      • haqi

        Reply

        jika saya mengatakan tidak pasti dihadapan hakim…bagaimana keputusan akan diambil kerana saya betul2 tidak pasti akan ucapan saya…pada masa yang sama saya tidak mahu menanggung dosa seumur hidup jika membuat keputusan yang salah

  77. Yang teraniaya

    Reply

    Salam ustaz dan ustazah..
    Saya merupakan isteri kedua dan tlh berpoligami selama 5 tahun.Sebelum ini byk kali saya terima sms cerai drp hp suami tetapi suami kata wife pertama yg hantar.bukan dia dan dia sumpah…ini kerana wife 1 kerap melenting mcm org gila.sbb sumph dia tu jadi kami terus bersama
    2 hari lps suami saya hantar sms ‘aku….ceraikan ko…..dengan talak 1’
    Kali ni dia tak nafikan..dia kata nak bincang dgn saya sbb situasi sgt sukar..saya rasa dia dipaksa oleh wife 1 dan mungkin dia mengalah…sbb itu dia hantar sms itu.
    Soalan saya…
    (1) adakah sah talak ini walaupun tidak dilafazkan
    (2)suami kata wife 1 selalu paksa dia ceraikan saya.dan suami kerap berjanji ingin ceraikan…adakah itu dikira talak juga?
    (3)Boleh ke suami dptkan pengesahan mahkamah tanpa kehadiran saya dan membawa wife 1 sbg saksi.. (sbb saya memang taknak bercerai)
    Mohon penjelasan..terima kasih byk…

    • admin

      Reply

      (1) talaq sah walaupun bertulis cuma perlu pengesahan di hadapan hakim tentang niat dan bahawa suami yg hantar sms. Jadi failkan kes pengesahan cerai.

      (2) puan perlu tahu apa lafaz sebenar suami semasa dia berjanji kepada isteri pertama. Jika tidak tahu, atau suami enggan memberitahu, bukan beban puan untuk membuktikan cerai itu berlaku atau tidak.

      (3) boleh, seorang suami boleh buat pengesahan cerai tanpa isteri kerana dalam kes pengesahan cerai, kehadiran suami yang paling penting.

  78. Yang teraniaya

    Reply

    Salam ustaz…
    Lanjutan dr soalan say a di atas…
    Hakikatnya saya memang tidak mahu bercerai.sayapercaya suami juga begitu.
    Jadi
    (1)apakah hak2 saya yg boleh saya tuntut slps ini.
    (2)boleh ke kami rujuk semula tanpa pengetahuan isteri pertama
    (3)bagaimana dgn sijil nikah yg saya ada..perlu ke diambil untuk cop batal..
    (4)boleh ke saya rahsiakan perceraian ini drp pengetahuan keluarga.Kerana saya tinggal bersama ayah ibu yg sakit…
    (5)selama ini suami tidak pernah bermalam di rumah yg saya tinggal.adakah salah jika dia masih dtg menjenguk anak saya setiap hari di rumah..dan rahsiakan perceraian demi anak2 dan ibu ayah..
    Harap bantu…tq much

  79. Miza

    Reply

    Assalamualaikum…
    Saya nk tanya adakah ia berbentuk lafaz soreh sekiranya saya terjumpa mesej suami saya dlm mesengger seperti ini…..
    Saya telah cerai isteri saya setahun dah..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Ya, lafaz itu boleh menjadi lafaz soreh tetapi oleh kerana ia bertulis, masih perlukan kepada pengakuan suami bahawa beliau ada mengucapnya dan ada niat untuk menceraikan.

  80. Miza

    Reply

    Sekranya dia mengaku hanya tulis sahaja tanpa niat…adakah jatuh talak?memandangkan kami sudah tidak tinggal serumah semenjak kejadian itu…

  81. ALIFF

    Reply

    Assalamualaikum.

    saya nak tanya, kalau saya bergaduh tetapi saya tak lafaz secara jelas “nanti aku ceraikan kau talak tiga, tengoklah”. mohon jelaskan. terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Lafaz “nanti” dan “tengoklah” itu pada pandangan saya tidak menjatuhkan cerai serta merta pada masa lafaz dibuat. Wallahua’lam

  82. Hamba abdi

    Reply

    Assalam admin..
    Sekirany lafaz cerai adalah berbentuk ugutan seperti isteri meletakkan pisau d leher suami dan memaksa suami melafazkan cerai adakah ianya sah?

  83. rdwan

    Reply

    assalamualaikum..sy akn lpaskn dia mak..adakah jatuh ustaz…sy xd niat dan msih waras

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Perkataan “akan” tidak menunjukkan jatuh cerai serta merta pada masa lafaz dibuat.

  84. Puteri sulong

    Reply

    Assalammualaikum…ada seorang sahabat btanya dgn sy…mereka sudah kawen 5tahun,dn masa mereka nikah,suami nye pinjam duit nya untuk membayar mas kawin nye…shingga skrg masih juga tidak membayar,ble dtanya suami akan kata nanti abang bayar,dan tanggungan pmbelanjaan bulanan,suami nye hanya membayar duit rumah sahaja,makan,minum,kereta dn keperluan dtanggung oleh isteri…blh sy tahu jawapan untk 2soalan ini..
    1-status pkahwinan mereka kerana suami xmembyar duit mas kawin
    2- tanggungjawap semua di atas isteri,adakah isteri blh meminta pceraian?

    • admin

      Reply

      Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh

      1- mas kahwin boleh dihutang. Tetapi wajib dibayar serta merta bila berlaku perceraian melainkan isteri menghalalkan.

      2- isteri perlu tuntut nafkah isteri,
      Tidak perlu terus kepada cerai jika isu hanya berkenaan wang.

  85. murhan

    Reply

    assalamualaikum, saya ingin bertanya, saya sudah lafaz cerai depan isteri saya dengan talak 1 dan ini pertama kali. setelah itu, kami bersetujuh untuk rujuk semula dalam tempoh iddah dan kami telah bersama. apakah rujuk kami sah dan perlukah kami membuat mengesahan di mahkamah berkaitan penceraian dan rujuk kami itu. mohon penjelasan.

    • admin

      Reply

      Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh

      Mengikut undang2, semua cerai perlu dengan kebenaran mahkamah, jadi jika telah berlaku di luar mahkamah, encik perlu buat pengesahan cerai dan rujuk itu di mahkamah kerana perlu ada rekod sudah berlaku berapa kali perceraian juga untuk mengesahkan bahawa memang talaq itu jatuh dan rujuk itu sah mengikut hukum dan rukun.

  86. pengetahuan. .suami saya seorang angota tentera dan tinggal berasingan. saya diletakkan dibawah pengawasan ibu suami dan segala tindaktanduk saya , adikberadik suami akan lapor pada suami.

    Reply

    untuk pengetahuan, suami saya seorang angota tentera dan tinggal berasingan sejak awal perkahwinan. Saya diletakkan dibawah Pengawasan ibu suami. Segala tindaktanduk saya ..adikberadik suami akan laporkan. .saya penah tinggal bersama seketika beberapa bulan.

    • admin

      Reply

      Maaf puan, saya tidak jelas dgn soalan puan. Boleh hantar semula yg lengkap ye, terima kasih.

      • pengetahuan. .suami saya seorang angota tentera dan tinggal berasingan. saya diletakkan dibawah pengawasan ibu suami dan segala tindaktanduk saya , adikberadik suami akan lapor pada suami.

        Reply

        Assalamualaikum. .sy dah 7th kawen. .dalam tempoh perkahwinan. .hanya beberpa bulan shj tinggal bersama. .sy diletkkan dibawah pegawasan ibu suami. .sy mempunyai dua org anak. Soalan sy. .adakah jatuh talak sekiranya suami bercakap pada adikberadiknya untuk tinggalkan sy sebabnya segala tindaktanduk sy ..adikberadiknya akan buat laporan. Tambahan pula. .adikberadiknya tidak suka sy tinggl dengan ibu suami sebab ibu suami x dpt bertandang ke rumah anak len disebabkan sy. Dekat sy. .suami hanya ckp jika suami dengar segala aduan dr adikberadiknya. ..sy jgn menyesal. .adakah jatuh talak. .hal ini sy tahu lpas mempunyai 2 org anak.

  87. fify

    Reply

    salam admin, saya nak tanya suami saya pernah jatuhkan talak pada 2015 dengan ayat
    “Lepas ni kalau awak tolong lagi family awak,saya ceraikan awak talak satu” suami saya tak nak saya membantu apa-apa jenis bantuan kepada keluarga saya. dan bila saya sedar talak tu jatuh selepas saya membantu adik saya, saya telah memberitahu suami saya dan di menyesal. akan tetapi kami tidak melaporkan kejadian ni ke mana mana pejabat agama sehingga sekarang 2017. tapi selang seminggu kami perasan tentang talak tersebut jatuh kami cuma rujuk di depan kawan suami saya dengan lisan rujuk dan niat.
    tolong berikan pencerahan dalam masalah saya ini.
    Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Puan perlu ke mahkamah syariah utk buat pengesahan cerai, semua lafaz taklik dan pelanggaran taklik perlu disahkan d mahkamah. Sesetengah lafaz taklik tidak sah jika tidak cukup syarat, jadi sekalipun dilanggar, masih tidak jatuh cerai. Tapi jika memang ia jatuh, rujuk yg puan dan suami lakukan di hadapan saksi boleh disahkan bersekali dgn lafaz taklik tersebut.

      • fify

        Reply

        rujuk yang kami buat cuma suami berkata”aku nak bersama ko semula” tanpa bacaan lafaz taklik. adaka ia sah?
        bagaimana talak yang telah lama jatuh tapi kami tidak pergi ke mahkakah.

  88. Puan Anie

    Reply

    Assalamualaikum…
    suami melafazkan esok selepas solat subuh awak bukan lagi isteri saya…dan suami mengulanginya sebanyak dua kali pada minit yang berbeza..adakah ini lafaz soreh atau kinayah..terima kasih.

  89. Ayuna

    Reply

    Assalam, Saya nak tanya kalau suami Saya kata begini ” kalau awak sampai je kampung awak jatuh talak 1″. Sy kata sampai hati cakap mcm tu sbb sy akan balik kg juga bila2 masa nanti. Dia jawab dia bukan cakap akan datang. Tapi masa ini dan malam ni. Apa kah jatuh talak SBB lepas 2 mggu sy blk kg kerana ayah sy sakit dan meninggal. T kasih

  90. Isteri terluka

    Reply

    Assalamualaikum,
    Suami pernah berkata kepada saya berkenaan isteri keduanya yang mengandung seperti berikut…
    “Tunggu lagi 2 bulan sehingga dia bersalin, kemudian saya akan hantar dia kepada emaknya” dengan niat untuk menceraikan isterinya tersebut. Apakah komen Admin dengan pernyataan demikian? Adakah perlu buat pengesahan di mahkamah?

    Terima kasih.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *