CERAI SECARA TA’LIQ

Kali ini, kami ingin berkongsi secara ringkas berkenaan satu jenis perceraian yang agak biasa didengar tetapi mungkin tidak semasyhur fasakh. Ini kerana fasakh mempunyai berbelas-belas alasan yang diterima Mahkamah untuk mensabitkan berlakunya pembubaran perkahwinan, manakala ta’liq lebih tertumpu kepada sesuatu syarat ta’liq yang dilanggar menyebabkan jatuh talaq.

Ta’liq hanya sah jika dilafazkan suami (dan bukan isteri), kerana sepertimana talaq itu hanya hak suami, begitu jugalah dengan ta’liq.

 

Ta’liq semasa nikah

baca-taklik

Perkataan ta’liq mungkin tidak asing kepada pasangan yang baru berkahwin mengikut undang-undang syariah negeri masing-masing kerana lafaz ta’liq akan dibaca suami sejurus selepas akad nikah dilafazkan. Lafaz ini akan direkodkan dalam sijil nikah suami dan isteri, untuk rujukan mudah sekiranya berlaku perlanggaran ta’liq.

Dalam hal ini, setiap negeri menetapkan ‘skrip’ lafaz ta’liq yang sedikit berbeza antara satu sama lain, tetapi maksudnya adalah hampir sama jika kita bandingkan antara negeri-negeri ini. Satu syarat yang sering kita dengar dalam lafaz ta’liq semasa nikah adalah sekiranya suami tidak memberikan nafkah selama 4 bulan berturut-turut maka isteri boleh mengadu ke Mahkamah dan jatuhlah talaq khulu’ jika Mahkamah mensabitkan aduan tersebut dan suatu bayaran diterima dari isteri.

 

Adakah sekiranya suami gagal bayar nafkah selama 4 bulan secara automatik jatuh talaq?

Jawapannya TIDAK, hanya sekiranya si isteri mengadu ke Mahkamah, barulah boleh jatuh talaq sekiranya Mahkamah mendapati aduan itu berasas. Untuk mensabitkan aduan tersebut, Mahkamah akan meminta suami datang untuk menunjukkan bukti bahawa dia ada memberi nafkah kepada isteri dalam tempoh 4 bulan, atau jika suami tidak hadir, isteri boleh membawa saksi-saksi (sebaiknya dua orang lelaki muslim) yang boleh memberi keterangan bahawa memang si suami tidak memberikan nafkah kepada isteri selama 4 bulan berturut. Kebiasaannya saksi yang mengetahui fakta ini adalah bapa atau adik beradik yang tinggal serumah dengan pasangan suami isteri tersebut (jika ada). Jika tiada saksi yang tahu berkenaan hal ini, bawalah bukti dokumentari seperti akaun bank yang menunjukkan tiada wang dimasukkan ke dalamnya oleh si suami, atau apa-apa bukti lain seperti perbualan WhatsApp dan sebagainya. Jika Mahkamah menerima bukti tersebut, talaq mungkin boleh dijatuhkan oleh Mahkamah mengikut lafaz ta’liq.

 

Ta’liq secara umum

Perlu kita ketahui bahawa bukan ta’liq semasa nikah sahaja merupakan ta’liq yang diperuntukkan oleh Hukum Syarak. Terdapat juga ta’liq yang tidak direkodkan dalam mana-mana dokumen, iaitu lafaz ta’liq yang dibuat suami secara lisan atau bertulis, yang boleh membawa kepada jatuh talaq sekiranya berlaku perlanggaran syarat ta’liq. Sebagai contoh “jika kamu keluar dari rumah malam ini, jatuh talaq tiga”.

step

Bagi tujuan mengawal daripada suami dengan sewenang-wenangnya membuat lafaz ta’liq umum ini, kebanyakan enakmen negeri memperuntukkan denda sebagai hukuman bagi suami yang membuat lafaz ta’liq umum ini.

 

Bila jatuh talaq?

Dalam hal ini, sekiranya telah berlaku lafaz ta’liq umum ini diikuti dengan perlanggaran ta’liq oleh mana-mana pihak sepertimana yang dinyatakan dalam lafaz tersebut, maka hendaklah perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah. Sekiranya Mahkamah mendapati lafaz ta’liq itu memang telah dibuat oleh suami, dan telah berlaku perlanggaran, maka Mahkamah akan mensabitkan jatuh talaq PADA MASA ta’liq tersebut dilanggar.

Ini lah perbezaan dengan ta’liq semasa nikah, kerana dalam kes ta’liq semasa nikah, talaq tidak jatuh sehinggalah Mahkamah mensabitkan aduan si isteri bahawa suami telah melanggar syarat yang dinyatakan dalam ta’liq semasa nikah tersebut. Sedangkan untuk ta’liq selain itu, talaq jatuh sebaik sahaja berlaku perlanggaran ta’liq, maka iddah isteri akan dikira dari tarikh talaq tersebut jatuh pada masa ta’liq dilanggar, dan bukan dari tarikh Mahkamah memberikan pensabitan.

 

Pandangan

Ta’liq sebenarnya lebih mudah diputuskan berbanding fasakh jika cukup bukti atau saksi yang menunjukkan perlanggaran ta’liq telah dibuat, contohnya, suami telah hilang melebihi 4 bulan dan tidak memberi nafkah sepanjang tempoh itu dan isteri ada saksi-saksi lelaki yang membuktikan perkara tersebut. Maka, penulis berpendapat para isteri yang teraniaya boleh menuntut pengadilan di Mahkamah di bawah perceraian ta’liq jika mereka terjatuh di bawah kategori ini.

 

Wallahu’alam.

Pandangan dan komen dialu-alukan.

 

Sekian.

ASHIKIN RAHIM

12/10/2016

 

Spread the word. Share this post!

Comments (24)

  1. Fara

    Reply

    Salam Puan,

    Suami telah meninggalkan saya dan anak selama 6 tahun ke Australia dan tidak pulang langsung ke Malaysia. Nafkah juga tidak penah diberikan dengan secara tetap malah saya terpaksa merayu kepada suami untuk meringgankan beban perbelanjaan. Tetapi pada tahun lepas saya berhenti berbuat demikian dan ingin memohon penceraian. Layakkah kes saya ini sekiranya saya memohon cerai secara Taliq

    • admin

      Reply

      Puan, untuk memohon taklik, puan perlu buktikan yang suami langsung tidak memberi nafkah walau sesen selama tempoh yang dinyatakan dalam lafaz taklik, dan puan juga masih isteri yang taat iaitu tidak dengan sengaja berjauhan darinya tetapi suami yang memilih berbuat demikian. Jika sukar membuktikan ini berlaku, sebaiknya puan memohon fasakh atas alasan telah ditinggalkan suami selama 6 tahun.

  2. aishah

    Reply

    Asssalammualaikum puan..suami saya nak lafaz tp sye cuma dgr nama saya aje..sye xdgr ap yg dye lafazkan
    Sbb sye trus tutup fon..adakah jatuh talak tu

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Talaq masih boleh jatuh walaupun isteri tidak mendengarnya, asalkan ia dilafaz. Sila Puan berbincang dengan suami dan dapatkan kepastian samaada ia dilafaz sepenuhnya dan jika ya, perlu buat pengesahan cerai di mahkamah rendah syariah terdekat

  3. Mar

    Reply

    Assalamualaikum.
    Puan, jika suami tidak memberi nafkah selama lebih 4 bulan, tapi kemudian, pada bulan kelima, suami memberi nafkah. Adakah isteri masih layak menfailkan taklik?
    Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, puan, untuk memohon taklik hendaklah berterusan kecuaian membayar nafkah tersebut. Jika bulan kelima ada bayar maka tidak boleh mohon lagi. Apa yg puan boleh mohon adalah fasakh atas alasan suami cuai nafkah tapi kes begini tidak kuat, kerana suami masih ada beri nafkah, perlukan alasan fasakh lain untuk menguatkan tuntutan.

  4. Ummu

    Reply

    Assalamualaikum,
    Suami saya tinggal bersama saya namun sejak kahwin dia sgt jarang menghulurkan wang kpd saya. sewa rumah dan bil2 semua saya tanggung. sekarang sudah setahun dia tidak ada pendapatan kerana tidak bekerja. Dia melayan saya dengan baik namun sikapnya yg suka mengambil duit saya tanpa pengetahuan saya (dan mengaku apabila ditanya) benar2 membuat saya rasa kecewa. Saya juga terpaksa menanggung hutangnya. Adakah permohonan fasakh dalam kes saya ini boleh dibuat?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam. Boleh, puan. Puan juga boleh mohon taklik atas alasan yg sama. Jika suami langsung tidak pernah beri walau sesen dalam jangka masa lebih 4 bulan, sedangkan puan tidak pernah ingkar sebagai isteri, lebih baik failkan taklik berbanding fasakh kerana ini kes straight forward.

      Sebaiknya bincang dulu dgn suami kerana mungkin suami ingin berubah jika tahu puan kecewa dengan sikapnya, jika masih mahu bercerai, minta suami lepaskan cara baik dengan lafaz talaq kerana boleh terus selesai dalam satu hari.

      Jika masih tidak berjaya dapat kerjasama barulah failkan taklik atau fasakh.

  5. Hnez2209

    Reply

    Salam..
    Sy ingin mohon penjelasan. Apakah yang dimaksudkan nafkah suami terhadap isteri dan anak. Sepanjang perkahwinan sy kebanyakan per belanjaan rumah ditanggung oleh saya tmasuklah makan n minum. Sy tidaklah berkira dlm soal mkn ni cuma suami seperti mngambil ringan ttg Hal ini.
    Sampai satu tahap sy seperti hilang rasa hormat kpdnya dsbbkan semua Hal keluarga dtanggung oleh sy. Bila berlaku perselisihan faham beliau slalu bkata sy xjlnkan tnggungjawab sbg isteri kerana tidak melayannya. Kdg kala sy terasa spt sy xpernah berbuat apa2 utk keluarga.
    Pernah juga dia kata sekiranya sy sudah jemu dgn beliau die mnyuruh sy memberinya minum racun (psycho) Di situ sy nmpk beliau hanya bergantung harap kepada sy sdgkan sepatutnya sy yg bergantung kepadanya.
    Dalam Hal ini bolehkah sy Menüntut cerai? Kerana keihlasan sy sudah tidak wujud lg.
    Mohon pencerahan.

      • admin

        Reply

        Maaf, kami cuba membalas seberapa segera namun masa amat terhad dan persoalan ada banyak. Jika ada pertanyaan urgent, boleh whatsapp ke nombor telefon bimbit yang dinyatakan dalam “contact us”

    • admin

      Reply

      Apa yg patut puan lakukan adalah buat tuntutan nafkah isteri dan nafkah anak terhadap beliau. Tidak perlu bercerai jika isu utama adalah nafkah. Sebagai isteri tanggungjawab hakiki adalah melayan suami dan mengurus keluarga manakala suami wajib menyediakan nafkah. Jadi berbincanglah secara baik agar masing2 faham tugas ini. Puan tidak perlu menanggung jika puan tidak redha dan tidak perlulah bekerja jika pendapatan suami mencukupi untuk menampung keluarga. Tetapi jika suami memang tidak mampu menanggung, puan patut berbincang dengannya agar bertolak ansur dengan tugasan puan kerana puan sudah sama2 memikul tugasan suami mencari nafkah.

  6. Nia

    Reply

    Assalammualaikum, saya Dan suami sering bergaduh
    Saya keluar dari rumah yang di huni oleh saya dan suami bersama ibu mertua dan abang ipar

    Separuh hati saya sedih sebab suami saya tidur d luar bilik dan tidak menghiraukan saya.
    Pertanyaan saya dan W. App pun tidak berbalas

    Selepas seminggu saya keluar rumah
    Saya ada w. App suami sebab ada berita menyatakan suami saya mencerita kan masalah rumah tangga kami

    Akibat Dari itu
    Suami saya ada membalas W. App saya
    ‘saya bebaskan kau ‘
    ‘supaya ko boleh cari kebahagian ko ‘

    Bila saya tanyakan maksud W. App tersebut dan adakah dia berniat mahu menceraikan saya

    Dia membalas – itu adalah keinginan saya

    Walhal saya tidak pernah menuntut cerai dari nya

    Adakah jatuh talak?
    Apakah yang patut saya adukan kepada pejabat agama?

    • admin

      Reply

      Lafaz suami ini perlu kepada pengesahan niat, Puan. puan perlu failkan kes pengesahan cerai di mahkamah rendah syariah terdekat dengan tempat mastautin dan suami perlu dipanggil untuk beri keterangan depan hakim.

  7. Hnez2209

    Reply

    Salam..
    Sy ingin mohon penjelasan. Apakah yang dimaksudkan nafkah suami terhadap isteri dan anak. Sepanjang perkahwinan sy kebanyakan per belanjaan rumah ditanggung oleh saya tmasuklah makan n minum. Sy tidaklah berkira dlm soal mkn ni cuma suami seperti mngambil ringan ttg Hal ini.
    Sampai satu tahap sy seperti hilang rasa hormat kpdnya dsbbkan semua Hal keluarga dtanggung oleh sy. Bila berlaku perselisihan faham beliau slalu bkata sy xjlnkan tnggungjawab sbg isteri kerana tidak melayannya. Kdg kala sy terasa spt sy xpernah berbuat apa2 utk keluarga.
    Pernah juga dia kata sekiranya sy sudah jemu dgn beliau die mnyuruh sy memberinya minum racun (psycho) Di situ sy nmpk beliau hanya bergantung harap kepada sy sdgkan sepatutnya sy yg bergantung kepadanya.
    Dalam Hal ini bolehkah sy Menüntut cerai? Kerana keihlasan sy sudah tidak wujud lg.
    Mohon pencerahan.

    • admin

      Reply

      Kewajipan suami menanggung isteri dan anak adalah bergantung kepada kemampuan suami dan keredhaan isteri. Jika isteri sudah redha untuk sama2 membantu kewangan keluarga, tidak mengapa jika suami tidak menanggung secukupnya. Tetapi jika isteri tidak redha, isteri sepatutnya berbincang secara terang dgn suami dan jika masih tidak selesai, isteri boleh failkan tuntutan nafkah isteri dan anak, tidak perlu terus kepada cerai. Inilah yang terbaik demi kebajikan anak2 yang perlukan kedua ibubapa dalam hidup mereka.

  8. Hnez2209

    Reply

    Puan,
    Bagaimana pula jika sy sudah tidak ada perasaan syg terhadap suami disebabkan perangai beliau seperti contoh tidak menunaikan solat? Pernah sy menegurnya berkenaan ini tetapi beliau mnyatakan bahawa solat tidak boleh di paksa dan atas masing-masing. Bukankah mendidik isteri dan anak menjadi salah satu tanggungjawab seorg suami & ayah?
    Selama 10 tahun perkahwinan tidak langsung pernah beliau mengimamkan sy.
    Banyak lagi kelakuan beliau yg kurang menyenangkan hati sy sebagai seorg isteri. Sy tahu berpisah adalah perkara yg dibenci dalam agama. Tapi sampai bila sy harus bertahan sedangkan hati sy memberontak. Pernah dulu sy terfikir untuk lari dr semua ni tp sy tidak tahu mcmana jalannya.
    Sy juga takut untuk berbincang dgn beliau tentang perkara ini kerana khuatir diapa apakan. Pernah sekali beliau mngambil pisau dan mnyuruh sy utk membunuhnya. Sy menjadi takut lalu terpaksa untuk slow down.
    Sy tak tahu apa yg harus sy lakukan.
    Mohon bantuan untuk penjelasan.

  9. Niz

    Reply

    Puan,
    Bagaimana pula jika sy sudah tidak ada perasaan syg terhadap suami disebabkan perangai beliau seperti contoh tidak menunaikan solat? Pernah sy menegurnya berkenaan ini tetapi beliau mnyatakan bahawa solat tidak boleh di paksa dan atas masing-masing. Bukankah mendidik isteri dan anak menjadi salah satu tanggungjawab seorg suami & ayah?
    Selama 10 tahun perkahwinan tidak langsung pernah beliau mengimamkan sy.
    Banyak lagi kelakuan beliau yg kurang menyenangkan hati sy sebagai seorg isteri. Sy tahu berpisah adalah perkara yg dibenci dalam agama. Tapi sampai bila sy harus bertahan sedangkan hati sy memberontak. Pernah dulu sy terfikir untuk lari dr semua ni tp sy tidak tahu mcmana jalannya.
    Sy juga takut untuk berbincang dgn beliau tentang perkara ini kerana khuatir diapa apakan. Pernah sekali beliau mngambil pisau dan mnyuruh sy utk membunuhnya. Sy menjadi takut lalu terpaksa untuk slow down.
    Sy tak tahu apa yg harus sy lakukan.
    Mohon bantuan untuk penjelasan.

    • admin

      Reply

      Selagi mana suami menjalankan tanggungjawab kepada puan selaku suami, wajiblah puan patuh kepadanya. Berkenaan solat, itu antara dia dengan Allah dan puan masih wajib terus berdakwah kepadanya agar sedar ke jalan yang benar. Gunalah pendekatan lain seperti orang tengah atau ahli keluarga yang dihormati beliau. Sebaiknya elakkan perceraian melainkan ada perkar lain yang dia telah abaikan sebagai suami seperti isu nafkah, ada memukul dan sebagainya.

  10. Hnez

    Reply

    Puan,
    Bagaimana pula jika sy sudah tidak ada perasaan syg terhadap suami disebabkan perangai beliau seperti contoh tidak menunaikan solat? Pernah sy menegurnya berkenaan ini tetapi beliau mnyatakan bahawa solat tidak boleh di paksa dan atas masing-masing. Bukankah mendidik isteri dan anak menjadi salah satu tanggungjawab seorg suami & ayah?
    Selama 10 tahun perkahwinan tidak langsung pernah beliau mengimamkan sy.
    Banyak lagi kelakuan beliau yg kurang menyenangkan hati sy sebagai seorg isteri. Sy tahu berpisah adalah perkara yg dibenci dalam agama. Tapi sampai bila sy harus bertahan sedangkan hati sy memberontak. Pernah dulu sy terfikir untuk lari dr semua ni tp sy tidak tahu mcmana jalannya.
    Sy juga takut untuk berbincang dgn beliau tentang perkara ini kerana khuatir diapa apakan. Pernah sekali beliau mngambil pisau dan mnyuruh sy utk membunuhnya. Sy menjadi takut lalu terpaksa untuk slow down.
    Sy tak tahu apa yg harus sy lakukan.
    Mohon bantuan untuk penjelasan.

    • admin

      Reply

      Keengganan suami solat sepatutnya cuba dibetulkan dengan cara mengajak suami ke kaunseling atau berjumpa dengan guru agama, kerana kesalahan ini antara dirinya dengan Allah sedangkan tugas puan selaku isteri perlulah berdoa dan berusaha agar Allah memberikannya hidayah. Selagi mana suami menjaga tanggungjawabnya terhadap puan dengan tidak mengabaikan nafkah dan tidak menganiaya puan, dan tidak pula dia menghalang puan untuk melakukan suruhan agama, maka puan wajib taat kepadanya sebagai isteri dan didiklah hati agar tidak mudah dipengaruhi syaitan yang memang suka memecahbelahkan perkahwinan. Sebaiknya puan dapat sama2 membawa suami agar selamat dunia dan akhirat, jika puan meninggalkan beliau, dikhuatiri beliau akan lebih sesat lagi dari jalan yang lurus.

  11. na

    Reply

    assalamualaikum puan,
    jika saya telah membayar duit waran tangkap, adakah kes perceraian saya sudah selesai?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,
      Saya tidak faham tujuan waran tangkap tersebut. Jika untuk memaksa puan hadir ke perbicaraan, maka kes belum selesai sehingga perintah dikeluarkan. Adakah denda yang dibayar untuk perceraian yang dibuat di luar mahkamah atau denda kerana melanggar waran yang dikeluarkan mahkamah bermakna puan ada gagal hadir ke mana2 prosiding?

  12. Mar

    Reply

    Assalamualaikum, puan.
    Sy sudah daftarkan kes penceraian biasa ke mahkamah. Antara sebab yang sy nyatakan adalah suami gagal membayar nafkah selama lebih 4 bulan. Perbicaraan pertama telah diadakan pada 4hb julai, tetapi suami tidak hadir. Hakim menangguh ke tarikh 6hb bulan berikutnya. Tetapi, pada 7hb julai, suami telah memasukkan wang ke dalam account saya. Soalannya, adakah saya masih boleh menukar tuntutan taklik jika suami masih tidak hadir/ enggan menceraikan saya pada Perbicaraan seterusnya? Tq.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *