HARTA SEPENCARIAN

HARTA SEPENCARIAN

Tahukah anda, bukan si isteri saja layak tuntut harta sepencarian, suami pun layak juga.

Di Mahkamah Syariah, suatu permohonan pembahagian harta sepencarian boleh dimohon apabila berlaku salah satu daripada 3 keadaan:-

1. Suami isteri bercerai
2. Suami berpoligami
3. Suami atau isteri meninggal dunia

Bila berlaku salah satu daripada perkara di atas, suatu aset yang berdaftar atas nama suami boleh dituntut sebagai harta sepencarian oleh isteri, dan dalam masa yang sama, suatu aset yang berdaftar atas nama isteri boleh dituntut sebagai harta sepencarian oleh suami.

(Dalam kes kematian, hanya pasangan yang hidup boleh menuntut harta si mati manakala si mati tidak boleh menuntut harta pasangan yang masih hidup. Sekiranya ada harta pasangan yang masih hidup ingin dituntut sebagai harta si mati, waris si mati boleh cuba menuntut sebagai pembatalan hibah kerana harta tersebut telah berdaftar atas nama pasangan yang masih hidup, tetapi hendaklah mengemukakan dokumen atau saksi untuk membuktikan bagaimana harta yang berdaftar atas nama orang lain itu adalah sebenarnya milik atau hak si mati)

Harta sepencarian ini melibatkan aset-aset berikut:-

1. Yang dibeli dalam tempoh perkahwinan; atau
2. Yang dibeli sebelum berkahwin TETAPI dibangunkan dalam tempoh perkahwinan (contohnya: tanah dibeli sebelum kawin, tetapi dibina rumah selepas kahwin, jadi pasangan boleh tuntut harta sepencarian ke atas hartanah tersebut)

Seseorang yang nak menuntut bahagian dalam harta sepencarian perlu membuktikan harta itu jatuh dalam salah satu daripada dua kategori:-

1. Sumbangan langsung – suami atau isteri ada menyumbang duit untuk harta tersebut (contohnya, jika harta adalah kereta, walaupun berdaftar atas nama suami tapi isteri ada guna duitnya untuk bayar servis, jadi isteri juga ada hak ke atas kereta).

2. Sumbangan tak langsung – harta hanya berdaftar atas nama seorang, tetapi pihak satu lagi membantu memelihara harta, atau disebabkan adanya pasangan, maka dapatlah pemilik harta membeli harta tersebut kerana pasangannya membantu menyumbang kos2 lain seperti kos sara hidup (contohnya, rumah atas nama suami tetapi isteri surirumah berhak tuntut sebagai harta sepencarian kerana isteri yang membersihkan dan menjaga rumah setiap hari. Atau, suami mampu beli kereta, walaupun isteri tak menyumbang apa2 kepada kereta tetapi disebabkan isteri membantu suami menanggung kos makan minum keluarga, maka barulah suami mampu membeli kereta tersebut, jadi isteri juga ada hak ke atas kereta itu sebagai harta sepencarian)

Macamana nak tahu peratusan pembahagian? Ia bergantung kepada banyak faktor. Antaranya:-

1. Jika sumbangan langsung, berapa banyak duit telah dibelanjakan untuk harta tersebut
2. Jika sumbangan tak langsung, berapakah tempoh perkahwinan, berapa anak hasil perkahwinan
3. Siapa yang membesarkan anak2

Pembahagian tidak semestinya 50/50. Tapi untuk sumbangan tak langsung, kebiasaannya diberi maksimum 1/3 kepada pasangan.

Wallahua’lam.

 

Ashikin Rahim
24-02-2019

Spread the word. Share this post!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *