CERAI SECARA BAIK / CERAI DALAM MAHKAMAH

torn piece of paper with divorce text and paper couple figures

Kes cerai secara baik atau cerai dalam Mahkamah boleh dikatakan merupakan jenis kes syariah yang paling banyak difailkan di Mahkamah-Mahkamah Syariah seluruh Malaysia. Kes ini melibatkan pasangan yang masih berkahwin tetapi berniat untuk bercerai, di mana suami dan/atau isteri ingin talaq dilafazkan di dalam Mahkamah.

Sememangnya sekiranya ingin bercerai, Enakmen negeri masing-masing mengkehendaki perceraian dibuat di dalam Mahkamah, tidak kira dalam bentuk talaq, fasakh, khulu’, li’an dan sebagainya. Talaq yang dilafazkan di luar Mahkamah adalah sebenarnya suatu kesalahan syariah.

Kenapa? Ada dua kebaikannya:

  1. Sekiranya lafaz talaq tersebut tidak jelas (seperti “aku pulangkan kau kepada ibubapa kau”, “aku tidak mahu bersama kau lagi”), akan berlaku banyak masalah semasa pasangan ingin mendapatkan pengesahan lafaz cerai kerana suami dikehendaki berterus-terang tentang niatnya semasa membuat lafaz tersebut. Hakikatnya, terdapat banyak kes di mana apabila ditanya Hakim, suami tidak mahu mengakui bahawa dia sememangnya berniat untuk menceraikan isteri semasa membuat lafaz tersebut. Maka isteri akan sentiasa dalam keadaan berasa serba-salah kepada Allah sekiranya suami tidak berlaku jujur semasa menjelaskan niat kepada Mahkamah dan mereka kembali hidup sebagai suami isteri dalam keadaan ketidaktentuan itu.
  2. Prosedur cerai dalam Mahkamah memberi masa kepada suami isteri untuk benar-benar memikirkan semula samaada mereka patut berpisah. Sekiranya difailkan prosedur cerai dalam Mahkamah di bawah seksyen 47, sekiranya salah satu pihak tidak mahu bercerai, Mahkamah akan memberi peluang kepada pasangan untuk berbincang di hadapan jawatankuasa pendamai (lebih dikenali sebagai “JKP”), dan jika masih tidak berjaya, kes akan dirujuk pula kepada “Hakam”, iaitu perbincangan lanjut antara wakil pihak-pihak supaya dapat berdamai atau masih meneruskan dengan cerai.

Oleh itu, eloklah sekiranya pihak yang sudah memutuskan untuk bercerai (baik isteri atau suami), memfailkan permohonan cerai secara baik atau cerai dalam Mahkamah (biasanya dirujuk sebagai cerai seksyen 47). Proses cerai sebegini (berbeza dengan fasakh) adalah lebih mudah dan kebanyakannya tidak memerlukan peguam, kerana ia tidak melibatkan proses perbicaraan. Hanya sekiranya proses ini tidak berjaya, contohnya kerana suami atau wakil enggan memberikan kerjasama atau hadir ke Mahkamah, maka Hakim sering menasihatkan isteri untuk memfailkan kes di bawah ta’liq atau fasakh (sekiranya sebab-sebab untuk ta’liq atau fasakh sememangnya wujud).

Baiklah, pada minggu ini, penulis ingin memberikan serba-sedikit panduan / proses berkenaan cerai secara baik ini. Untuk penulisan kali ini, mari kita anggap yang kedua-dua suami isteri setuju untuk bercerai. Perbincangan mengenai suami tidak setuju menceraikan (proses JKP dan Hakam) akan diteruskan di minggu yang lain.

Langkahnya mudah sahaja, dan tidak perlu peguam pun. Kadangkala boleh juga selesai dalam hari yang sama, dan di sesetengah negeri dipanggil ‘fast track’ (tapi mesti datang awal pagi lah ye, bersama pasangan, dan bawa dokumen asal dan salinan yang perlu). Step-by-step proses tersebut adalah begini (langkah-langkah di bawah adalah untuk Negeri Selangor, ia sedikit berbeza untuk negeri-negeri lain):-

  1. Tentukan siapa yang ingin jadi Pemohon (dirujuk sebagai Plaintif di Mahkamah), boleh jadi suami, boleh juga isteri;
  2. Tengok alamat yang tertera di kad pengenalan Plaintif. Penentuan Mahkamah mana yang akan mendengar kes anda bergantung kepada alamat dalam kad pengenalan Plaintif. Jika masih alamat lama (selalunya alamat kampung halaman), pergilah tukar dahulu alamat anda ke alamat mastautin yang sebenar. jika tidak, akan merumitkan keadaan kerana Mahkamah perlukan surat akuan mastautin dari masjid terdekat  sekiranya alamat kad pengenalan tidak sama dengan alamat mastautin. Cuba google lamanweb Mahkamah Syariah bagi negeri yang ingin difailkan, kebiasaannya akan disediakan borang mastautin yang boleh dimuat turun dan dilengkapkan termasuk mendapatkan tandatangan penghulu atau pegawai masjid yang mengesahkan alamat mastautin. mykad
  3. Kemudian, Plaintif boleh ke Mahkamah Rendah Syariah terdekat di mana Plaintif itu tinggal. Seeloknya call dulu Mahkamah tersebut untuk sahkan samaada sememangnya Mahkamah itu yang bertanggungjawab untuk mengadili kes tersebut berdasarkan tempat tinggal Plaintif. Sebab pernah saya jumpa seorang ibu tua yang datang all the way ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam sedangkan dia tinggal di Rawang dan sepatutnya kes dia difailkan di Mahkamah Rendah Syariah di Kuang. Kesian datang jauh-jauh tapi salah tempat. Please, call dulu ye. Semak nombor telefon di laman web Mahkamah bagi negeri masing-masing. mahkamah-syariah-1200x549
  4. Selepas sudah pasti hendak ke Mahkamah mana, kumpulkan dokumen penting (bawa salinan asal dan fotostat 4 salinan setiap satu): kad pengenalan suami, kad pengenalan isteri, surat beranak dan MyKid anak-anak, surat akuan nikah (oh ya, untuk pasangan yang bernikah di luar negara, mesti dapatkan pengesahan nikah di negeri mastautin terlebih dahulu barulah boleh failkan permohonan cerai. Jadi kena failkan kes permohonan pengesahan nikah terlebih dahulu). Sediakan juga sekitar rm30-50 tunai untuk bayaran fi Mahkamah dan lain-lain fi.
  5. Kalau nak terus bercerai hari yang sama, datang ke Mahkamah pada awal pagi bersama pasangan (elakkan hari Jumaat sebab Mahkamah biasanya tidak dengar kes pada hari Jumaat). Tetapi mesti ingat, isteri mestilah dalam keadaan suci pada masa itu, dan tidak berlaku persetubuhan sepanjang tempoh suci tersebut. Juga, hendaklah hubungi Mahkamah terlebih dahulu untuk sahkan samaada ada Hakim yang berkelapangan untuk mendengar kes anda pada hari yang dicadangkan.
  6. Isi borang cerai di Mahkamah (untuk kebanyakan negeri boleh tulis tangan tapi kalau di Kuala Lumpur, perlu bertaip, ada jurutaip di Mahkamah KL tapi perlu bayar khidmat jurutaip, jika nak taip sendiri, kena cari cyber cafe atau ambil borang dahulu dan taip di rumah siap-siap). divorceringpaper
  7. Semasa isi surat akuan, Mahkamah akan minta Plaintif tuliskan samada sudah ambil langkah untuk cuba berdamai atau belum. Sesetengah Hakim akan tolak permohonan cerai jika Plaintif hanya bagi alasan ingin bercerai kerana “tiada persefahaman” (alasan paling popular). Oleh itu, surat akuan tersebut perlu nyatakan alasan yang lebih kukuh seperti sudah tidak bersekedudukan melebihi setahun, sudah tidak bertegur sapa, berlaku kecederaan fizikal, dan sebagainya. Jika mahu menjaga aib dari menceritakan keburukan pasangan, maka sekurang-kurangnya tulislah sudah berlaku pecah-belah dalam rumahtangga yang tidak boleh diselamatkan lagi. Kemudian, semasa perbicaraan, jika Hakim meminta alasan yang lebih spesifik, barulah diterangkan sebabnya. Kadangkala ada Hakim yang boleh terus menerima apa jua alasan anda, asalkan si suami juga hadir dan memberikan persetujuan untuk bercerai.
  8. Plaintif akan dihendaki untuk tandatangan surat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah (untuk kes di Selangor) (bagi negeri lain seperti Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan, hanya perlu tandatangan borang iqrar di hadapan Pendaftar, jadi tidak perlu cari Pesuruhjaya Sumpah di luar).
  9. Failkan kes tersebut dan bayar fi yang dikehendaki.
  10. Mohon didengar terus pada hari yang sama jika pasangan hadir dan mahu terus bercerai (tapi kalau nasib anda kes Mahkamah dah penuh atau Hakim tiada pada hari tersebut, Mahkamah akan bagi tarikh lain tapi pastikan pada tarikh tersebut isteri akan dalam keadaan suci dan tiada persetubuhan selepas suci dari haid. jika haid isteri tak teratur, maka agak-agak sahajalah tarikh yang sesuai, kalau hari pendengaran nanti isteri sedang haid, kena mohon tarikh pendengaran lain). Sebaiknya datang pagi, supaya urusan pendaftaran kes boleh diselesaikan sebelum boleh diteruskan dengan permohonan bercerai di hadapan Hakim. Selalunya akan ada ramai orang di kaunter Mahkamah, jadi sampailah di sana seawal yang mungkin dan telefon terlebih dahulu untuk mendapatkan kesesuaian tarikh.
  11. Sekiranya didengar di hari yang lain atau sekiranya anda tidak datang bersama pasangan, maka Mahkamah akan minta Plaintif (atau wakil Plaintif) untuk serahkan Saman yang telah dimeterai Mahkamah kepada Defendan iaitu pasangan anda. Ada juga pilihan untuk meminta Mahkamah membuat serahan dengan sedikit bayaran tambahan semasa memfailkan kes, namun cara ini tidak dinasihatkan kerana selalunya Mahkamah akan cuba menyerahkan Saman pada waktu pejabat, dan selalunya Defendan tiada di alamat Defendan semasa waktu pejabat kerana berada di tempat kerja. Serahan mesti secara tangan ye, tak kiralah melalui orang ketiga atau secara sendiri, tetapi mesti pastikan Defendan sememangnya terima (jangan hanya letak dalam bilik tidur atau atas meja makan, walaupun anda tahu mesti Defendan akan baca). Kalau dapat dia tandatangan pada salinan Saman untuk membuktikan sudah terima adalah lebih baik, asalkan dah bagi di tangan Defendan sudah cukup. Kemudian, rekodkan masa dan tarikh dan tempat di mana anda serahkan Saman tersebut. Jika Defendan tidak mahu tandatangan pun tak apa, tapi mesti nyatakan dalam Afidavit Penyampaian nanti bahawa dia enggan tandatangan. Sebaiknya ada saksi lain semasa serahan dibuat agar saksi itu boleh memaklumkan Mahkamah sekiranya Defendan enggan menurunkan tandatangan membuktikan penerimaan.
  12. Sebelum kes boleh didengar, Mahkamah akan suruh anda isi afidavit penyerahan (atau afidavit penyampaian) Saman. Masa ini perlu nyatakan bila masa tarikh hari dan tempat anda serahkan. Kalau anda suruh orang lain tolong serah, maka orang tersebut kena datang ke Mahkamah dan tandatangan afidavit penyerahan tersebut.
  13. Kemudian semasa sebutan di hadapan Hakim, Hakim akan soal-balas tentang sebab bercerai, keadaan isteri samaada haid atau tidak, ada bersetubuh atau tidak. Jika suami tidak mahu hadir atau enggan bercerai, Hakim akan samaada menasihatkan Plaintif untuk memfailkan fasakh, atau menetapkan tarikh lain untuk memberi peluang suami hadir, atau isteri boleh memohon waran tangkap untuk memaksa suami hadir.
  14. Kalau sekiranya ada perjanjian antara suami isteri berkenaan nafkah dan penjagaan anak, elok juga dimaklumkan kepada Hakim supaya boleh direkodkan bersekali dengan perintah cerai (tapi Hakim Mahkamah Rendah hanya akan merekodkan terma-terma yang jatuh bawah bidangkuasa Mahkamah Rendah. Manakala terma berkenaan hak jagaan anak, hak lawatan anak, harta sepencarian dan mutaah melebihi suatu amaun tertentu, hendaklah direkodkan di Mahkamah Tinggi dengan memfailkan kes lain pula). Tapi penulis menasihatkan agar sebarang perjanjian hendaklah dirujuk kepada Peguam Syarie masing-masing kerana banyak masalah berlaku di kemudian hari apabila suami isteri tidak merujuk peguam terlebih dahulu atau hanya merujuk kepada satu Peguam sahaja untuk mewakili kedua-duanya. Ini kerana terma yang dipersetujui kadangkala tidak merangkumi kesemua isu antara pasangan dan tidak memudahkan urusan sekiranya berlaku masalah di kemudian hari terutamanya berkenaan hak lawatan anak.
  15. Sekiranya Hakim berpuas hati bahawa pasangan tidak boleh berbaik semula, Hakim akan memerintahkan cerai dibenarkan, dan Mahkamah akan bagi satu surat lafaz untuk dibaca oleh suami.
  16. Suami akan baca lafaz tersebut dan surat lafaz itu akan ditandatangani oleh suami dan isteri selepas suami melafazkan talaq mengikut surat itu.
  17. Hakim akan membacakan perintah mengesahkan cerai telah dilafazkan di dalam Mahkamah dan akan memerintahkan surat akuan nikah dibatalkan (mesti bawa surat akuan nikah yang asal ye!) dan cerai didaftarkan di pejabat agama yang berdekatan.
  18. Dokumen perintah cerai biasanya akan dikeluarkan Mahkamah selepas 30 hari, bila sudah terima, perlulah bawa dokumen perintah itu ke pejabat agama yang berkenaan supaya surat akuan cerai boleh dikeluarkan.

Itu sahaja prosedurnya, lebih kurang. Kalau salah satu pihak tak setuju bercerai, maka akan lebih panjang lagi artikel ini. Itu kita bincangkan di kemudian hari pula.

Sekian tulisan santai pada hari ini. Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh hubungi penulis. Klik pada ‘CONTACT US’ di dalam website ini.

Assalamualaikum.

Yang Benar,

Ashikin Rahim

27-4-2016 dikemaskini pada 3-3-2018

Sebarang pertanyaan atau untuk melantik Peguam Syarie, boleh click WhatsApp Link: https://wa.link/gnrupa

Comments (716)

  1. sheikh ali

    Reply

    Assalamualaikum nak tanya 2 soalan

    1. sekiranya saya dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik di mahkamah, adakah semasa kami berbincang tentang perkara ini sebelum ke mahkamah sudah jatuh talaq? sebeb sudah pasti ada niat dan bercakap (sama ada lafaz sorih atau kinayah) untuk berpisah sebelum bersetuju untuk teruskan perceraian di mahkamah. mohon penjelasan?

    2. saya dan isteri PJJ, saya di johor dan isteri di kelantan. boleh kah saya membuat permohonan di kelantan ataupun mesti di tempat saya bermastautin.

    terima kasih

    • admin

      Reply

      Wassalam encik,
      1. Bergantung kepada lafaz yang diucapkan, sekiranya sekadar berbincang secara baik tanpa mengucapkan sebarang lafaz cerai yang sorih, maka tidak jatuh talak.
      2. Boleh failkan kes sama ada mengikut alamat IC ataupun mengikut alamat terkini tempat mastautin mana-mana pihak. Sekiranya ingin failkan di Kelantan, maka isteri encik perlu menjadi Plaintif (pihak yang memfailkan kes) dan isteri perlu dapatkan akuan pengesahan mastautin dari kariah masjid kawasan isteri mastautin.

      • Sheikh ali

        Reply

        Klu alamat ic sama dgn alamat kelantan tu so isteri sy x perlu surat akaun pengesahan mastautin dah kan?ke perlu juga

  2. keliru

    Reply

    assalamualaikum , saya ingin bertanya , seperti saya yang sentiasa suci dan tidak akan datang haid disebabkan sy makan ubat horman bagi penyakit saya endometrosis. ubat tersebut memang untuk berhentikan haid supaya ketumbuhan tidak makin membesar. bagaimana saya dan suami utk mohon cerai secara baik dan tempoh eddah itu, adakah saya perlu dapatkan surat daripada hospital atau pun bagaimana caranya ?

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, kebiasaannya dalam kes begini, hakim akan menetapkan iddah selama 3 bulan. Sekiranya puan ada surat rujukan doktor untuk menyokong keadaan puan tersebut juga lebih baik untuk dikemukakan ke mahkamah pada sebutan kes nanti.

  3. hamba ALLAH

    Reply

    salam, saya ingin bertanya jika nak bercerai atas persetujuan bersama, tapi alasan untuk bercerai dapat mengaibkan pihak suami dan isteri, apakah alasan yang sesuai? Kemudian jika alasan yang diberi , hakim suruh terangkan lebih details, adakah kami perlu beritahu, dan menyebabkan semua orang dalam mahkamah mendengar alasan kami? bolehkah, jika kami terangkan dengan menulis di atas kertas dan memberi kepada hakim untuk baca sendiri untuk alasan tersebut?

    • admin

      Reply

      Wassalam, sekiranya perceraian adalah secara persetujuan bersama, kebiasaannya prosedur adalah lebih mudah, cepat dan boleh selesai dalam masa sehari serta tidak terlalu terperinci kerana tidak memerlukan kepada usaha untuk mendamaikan pihak-pihak. Berkenaan alasan perceraian pula, kebiasaannya pihak-pihak akan memberikan alasan sudah berlaku pecah belah, tidak sefahaman antara satu sama lain dan apa-apa alasan lain yang berkaitan dengan sebab pihak-pihak ingin menuntut cerai. Punca perceraian tersebut sememangnya perlu dibuat secara bertulis bagi tujuan mendaftarkan kes di kaunter. Semasa sebutan kes di hadapan hakim, kebiasaannya hakim hanya akan membuat pengesahan sahaja sebelum membenarkan suami melafazkan talak ke atas isteri. Dan ya, kes tuntutan perceraian adalah dijalankan secara terbuka yang mana orang awam boleh masuk ke dalam dewan untuk mendengar kes.

  4. Leha

    Reply

    Salam, saya nak bertanya bolehkah mak atau family paksa anak lelaki kahwin sedangkan anak lelaki telah mempunyai calon yang sendiri?

    • admin

      Reply

      Wassalam, dari segi peruntukkan undang-undang paksaan kahwin ke atas anak lelaki tidak memberi apa-apa kesan kerana pihak lelaki tidak perlu mendatangkan wali. Permasalahan hanya akan berbangkit sekiranya paksaan kahwin tersebut adalah ke atas bakal pengantin perempuan kerana melibatkan wali. Namun, sebaiknya berkahwinlah dengan restu keluarga dan selesaikanlah dengan cara yang baik sekiranya terdapat apa-apa salah faham di antara ahli keluarga demi kesejahteraan pihak-pihak.

  5. Waniey

    Reply

    Hye sis, sy nak tnya. ,kalau wanita dalam tempoh eddah , dea melanggar eddah nyaa contoh nyaa wanita tersebut pegi bersosial , dan bekas suami nya dapat tahu, adakah wanita tersebut boleh didenda atau disaman?

    • admin

      Reply

      Salam puan, di dalam peruntukkan undang-undang tidak menyatakan apa-apa perkara yang berkaitan dengan situasi tersebut di atas. Namun, dari segi hukum syarak, wanita dalam tempoh iddah sememangnya perlu menjaga batas-batas yang telah digariskan di dalam Islam kerana hakikatnya wanita di dalam tempoh iddah adalah masih di bawah tanggungan bekas suaminya sehingga tamat tempoh iddah.

  6. SOFEA

    Reply

    saya merupakan isteri ke-2, sebelum berkahwin saya & melalui pertemuan bersama ahli keluarga sebelum mendirikan rumah tangga, saya & keluarga telah banyak kali bertanya pada suami adakah sudah berkahwin atau tidak? Jawapan nya adalah masih BUJANG. Saya ada cuba periksa di mana-mana laman web untuk periksa status perkahwinan/bujang dengan menggunakan kad pengenalan , namun begitu di Malaysia tiada sistem tersebut. Hal ini kerana suami tiada langsung media sosial dan juga gambar whatsapp tidak menunjukkan gambar beliau jadi saya berasa sedikit musykil, namum perkahwinan diteruskan dengan restu kedua belah pihak keluarga. Setelah tiga berumah tangga rahsia suami terbongkar setelah saya menemui gambar beliau dan isteri pertama , dan telahpun berkahwin selama 15 tahun yang lalu, saya terus bersemuka dengan suami di rumah ibu mertua dan suami menceritakan hal sebenar dihadapan seluruh ahli keluarga nya, untuk pengetahuan seluruh ahli keluarga mertua tidak tahu menahu mengenai perkara ini, beliau berkahwin tanya pengetahuan sesiapa. Saya rasa telah ditipu dan tidak dapat menerima kenyataan ini, suami menjalankan tanggungjawab dengan baik, namun saya rasa tidak kuat untuk menghancurkan hati isteri pertama , saya rela untuk berundur namun suami mengugut akan menamatkan hayatnya jika saya pergi dari hidupnya. Suami beritahu beliau tidak bahagia bersama isteri pertama dan tidak dikurniakan zuriat. Saya hanya mendengar , tapi saya tidak dapat menerima bulat-bulat kerana hanya mendengar sebelah pihak. Isteri pertama merupakan seorang janda mempunyai 3 orang anak bersama arwah suami terdahulu. Saya mohon jasa baik semua apakah yang patut saya lakukan saya amat buntu , saya masih belum mempunyai zuriat bersama suami, dan saya rasa inilah masa terbaik untuk minta dilepaskan, dan saya tidak akan meminta sebarang harta sepencarian kerana raya tidak layak, suami berjaya bila bersama dengan isteri pertama bukan dengan saya. Suami pernah minta saya berhenti kerja dan menjadi suri rumah sebelum perkara ini terbongkar, untuk makluman saya masih muda berumur 29 tahun, berkerjaya dan mempunyai kereta sendiri. Saya takut jika masih bersama suami, akan mengungkit perkara ini dan menjadikan saya isteri yang biadab, sehingga hari ini saya tidak pernah menaikkan suara walaupun telah tahu penipuan suami , namun saya takut perkara tersebut bakal berlaku, saya juga mula mempersoalkan kepada Tuhan kenapa dugaan ini terjadi pada saya. mohon jasa baik semua , apakah cara penceraian untuk kes saya ini ?

    • admin

      Reply

      Salam Puan, saya amat bersimpati dengan apa yang terjadi. Sekiranya puan merasakan tiada lagi jalan lain dan berpisah adalah pilihan terbaik, maka puan boleh memfailkan tuntutan perceraian di mahkamah rendah syariah di tempat puan bermastautin. Sekiranya suami bersetuju, maka kes boleh diselesaikan pada hari yang sama dengan pendaftaran kes. Namun, sekiranya suami tidak bersetuju, pihak-pihak perlu menjalani beberapa peringkat perdamaian dan mahkamah juga akan melihat kepada aspek sama ada telah berlaku syiqaq (pecah belah) di dalam rumah tangga yang mewajarkan mahkamah untuk membenarkan talaq dilafazkan ke atas isteri. Semoga puan diberikan ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi ujian ini dan semoga segala urusan puan dipermudahkan.

  7. Hamba allah

    Reply

    Saya ingin bertanya jatuhkah talak dalam keadaan suami cakap berseorangan disebabkan ada suara halus yang brmain dikepala suruh cerai lepastu saya terlafaz ‘AKU NAK BERCERAI DENGAN BINI AKU BUAT APA BODOH KOT’.dalam keadaan pertikai.dan xdak niat cerai langsung masa bercakap tu.

    • admin

      Reply

      Salam, pada pandangan saya tidak jatuh talak kerana lafaz tersebut bukan satu pernyataan yang merujuk kepada lafaz cerai.

  8. Nurul

    Reply

    Salam, saya ingin bertanya. Saya dan suami sudah setahun 5 bulan tidak tingat bersama kerna saya breada d luar negara. Saya dan suami Judah tidal sehalian dan tidal bermusyawarrah selama lebih 7 bulan. Suami jugak tidak memberikan nafkah zahir selama 4 bulan. Kami langsung tidak berhubungan melalui telefon ataupun whatsapp. Saya telah cuba untuk embuât permohonan cerai secara mutual, tetapi suami tidak ingin melepaskan saya. Saya ingin meminta pendapat, apa yang harus saya lakukan.

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, seeloknya cubalah untuk memperbaiki rumah tangga puan bersama suami. Namun, sekiranya puan merasakan sudah tidak ada jalan lain untuk memulihkan perkahwinan puan ini dan merasakan berpisah adalah jalan terbaik, maka puan masih boleh meneruskan dengan memfailkan tuntutan perceraian di mahkamah rendah syariah walaupun suami tidak bersetuju. Namun, dalam kes perceraian tanpa persetujuan suami, pihak-pihak perlu menjalani beberapa peringkat perdamaian untuk mengenalpasti sama ada berlakunya syiqaq (pecah belah) yang mewajarkan talak dijatuhkan ke atas isteri dan dalam masa yang saman mencari titik perdamaian untuk mendamaikan pihak-pihak. Sekiranya perdamaian masih tidak dapat dicapai, maka mahkamah akan menentukan sama ada untuk membenarkan hakam menjatuhkan talak ke atas isteri atau perceraian secara tebus talak.

  9. Ika

    Reply

    Assalam maaf bertanya saya dn suami sudah bersetuju untuk bercerai.kami dh nk msuk 2 kli g pejabat kadi tapi kne ye 5/3 ni sy kne dtg smula sbb dye kata alasan kami tidak kukuh.saya nk mmpercepat kn proses cerai.bole saya thu mcam mna cara ye.

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, untuk perceraian secara persetujuan bersama, suami atau isteri boleh terus failkan tuntutan perceraian di mahkamah syariah dan boleh diselesaikan pada hari yang sama dengan syarat kes telah didaftarkan dan kedua-dua pihak hadir pada hari tersebut. Tidak perlu pergi ke pejabat agama, boleh terus berurusan di mahkamah rendah syariah di tempat puan atau suami bermastautin.

      • Ayu Idayu

        Reply

        Salam sy nk tanye.. Berape kos harga untuk penceraian secara persetujuan… Sbb sy dan suami setuju untuk bercerai. Punca tidak sefahaman.

        • admin

          Reply

          Wassalam, kami telah memberikan maklum balas di email puan. Terima kasih.

  10. Hamba Allah

    Reply

    Salam admin,

    Isteri saya telah nusyuz dan ingkar taat kepada saya. Saya yakin saya mampu mengubah dia kembali taat, saya menasihati dia minta dia berubah. Dia masih berkeras hati and cakap dia akan ke pejabat agama untuk minta fasakh atas sudah tiada hati lagi dalam perhubungan ni.

    Jadi persoalan saya, adakah pejabat agama masih membantu fail fasakh bagi pihak isteri saya sedangkan tidak pernah memukul, tidak pernah culas memberi nafkah malah membantu mengurus hal rumah.

    Apa patut saya lakukan jika dia ke pejabat agama?

    • admin

      Reply

      Wassalam Encik, berkenaan dengan nusyuz, hanya mahkamah sahaja yang berautoriti untuk menentukan sama ada isteri telah nusyuz ataupun tidak dengan cara suami memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isteri di mahkamah syariah. Berkenaan tuntutan fasakh pula, prosedur tuntutan adalah bermula di mahkamah syariah dan bukan di pejabat agama. Isteri boleh membuat tuntutan fasakh di mahkamah syariah, namun Hakim akan melihat kepada alasan, keterangan, bukti mahupun saksi yang dikemukakan oleh isteri tersebut adalah kukuh atau tidak untuk mewajarkan tuntutan fasakh tersebut diluluskan atau sebaliknya.

  11. shikin

    Reply

    ingin bertanya lah ye , jika sya dan suami memng dah setuju untuk beceraai , dan telah pun pergi ke mahkamah membuat permohonan , dan telah mendapat tarikh sebutan kes , dlam mase semggu lagi .. saya nak phamkan bahagian isteri perlulah dalam keadaan suci ? maksudnya smnggu ni sy tidak boleh bersma suami sya ? dan tidak haid ? mcmtu ke ? sbb sy dan suami msih dduk bersama .

    • admin

      Reply

      Salam puan, maksud suci tersebut adalah suci daripada haid. Dan sekiranya pihak-pihak dalam proses untuk bercerai, adalah lebih baik untuk tinggal berasingan.

  12. Afiq

    Reply

    Assalamualaikum admin,

    Baru baru ni, isteri saya sudah luahkan yang dia sudah tiada hati untuk bersama dengan saya. Ini kerana sifat endah tak endah saya dan panas baran saya terhadap isteri dan anak. Tapi sifat baran saya tidak pernah sampai memukul atau keluar ayat kesat cuma cara luahkan sehingga nampak benci tapi terus terang saya tak pernah rasa benci cuma saya biarkan diri saya penuh dengan kemarahan. Apabila saya sudah reda tapi saya tahu perbuatan saya tu tak betul, tapi disebabkan ego saya tak minta maaf setiap kali lepas kejadian itu.

    Dengan sikap endah tak endah saya, saya terus terang saya jadi bukan seorang pendengar setia kepada isteri saya. Saya mendengar tapi bila lepas saya mendengar isteri saya bercerita atau luahkan masalah, saya tak berbalas balik kalau balas pun sepatah dua saja. Sampai lah, dia luahkan masalah perhubungan kami saya masih endah tak endah.

    Sampai lah satu masa, dia berubah sehingga perubahan tu saya tak senang duduk, saya tanya kenapa dia dah berubah baru lah dia luahkan segala, tapi semua luahkan dia dah banyak kali berulang tapi kali ni baru saya terbuka hati dah rasa kesal.

    Semasa tu juga, kami ada perbincangan hati ke hati. Kali ni dia cakap dia tiada hati lagi tapi masa ni juga saya menyesal dan cuba nak memperbaiki. Cuma dia cakap dah terlambat. Malah, sekarang ni pun dia masih tunaikan tanggungjawab dia sebagai isteri tapi tanggungjawab semata-mata, keikhlasan tu sudah tiada.

    Tapi semasa perbincangan tu, tiada perbincangan samada teruskan perkahwinan atau cerai, kami tak ada pun sebut pasal itu. Dia cuma sudah tiada hati dan saya menganggap tu ada lah kemahuan untuk cerai.

    Saya tidak mahu cerai sebab saya sedar perbuatan saya selama ni ada salah dan mahu ikhlas mahu memperbaiki lagi. Tapi pada masa yang sama, saya mahu menghormati keputusan dia tiada hati untuk bersama.

    Sebagai langkah pertama, saya dah mula baiki hubungan dengan anak saya, saya minta maaf segala perbuatan saya terutama baran yang saya lepaskan kat anak saya dan cuma buang kan sifat endah tak endah dan kembali fokus luangkan masa bersama dia.

    Yang saya fikirkan sekarang ni, saya mungkin akan lafazkan cerai (walaupun bukan kehendak saya) atas menghormati keputusan isteri saya. Tapi sebelum itu, saya tak nak berpisah atas kesudahan buruk dan meninggalkan persepsi anak dan isteri terhadap saya sebagai suami dan ayah yang baran dan sifat tak nak amik tahu.

    Jadi apa patut saya lakukan mengikut prosedur undang-undang sebelum lafaz talak? Saya nak terma cara baik.

    p/s keburukan saya dalam keluarga ni adalah baran dan endah tak endah saja. Saya tak pernah mengabaikan tanggung jawab saya memberi nafkah anak dan isteri malah saya juga membantu kerja kerja rumah seperti masak, basuh, tolong uruskan anak dan dsbnya.

    • Afiq

      Reply

      Lagi satu info penting saya lupa nak bagitahu ialah perkahwinan kami ada lah perkahwinan kedua bagi isteri saya. Bila dia cakap dia sudah tiada hati tu kerana dia cakap benda ni jadi lagi dekat dia cuma bezanya ialah tanggungjawab saya tunaikan sebagai suami dan ayah dan perkahwinan pertama dia tuntut cerai dari suami dia.

    • admin

      Reply

      Wassalam Encik, pada pandangan saya, Encik boleh memfailkan tuntutan perceraian di mahkamah rendah syariah di kawasan Encik bermastautin dan sekiranya kedua-dua suami isteri setuju untuk bercerai, maka ia boleh diselesaikan pada hari yang sama dengan syarat kedua-dua suami isteri hadir dan kes telah didaftar. Namun sekiranya salah satu pihak tidak bersetuju, maka prosedur perceraian akan menjadi lebih panjang kerana ia akan melibatkan proses untuk mendamaikan pihak-pihak. Maka, saranan saya ialah sekiranya Encik dan isteri masih berkeinginan untuk memulihkan hubungan perkahwinan pihak-pihak, maka Encik dan isteri boleh menjalani sesi kaunseling di pejabat agama terlebih dahulu dan sekiranya bercerai itu adalah solusi terakhir, maka Encik boleh failkan perceraian di mahkamah rendah syariah. Semoga segala urusan Encik dipermudahkan.

      • puteri

        Reply

        Assalamu’alaikum puan/tuan, sy warga asing menikah dengan warganegara malaysia sy nak tanya soalan sikit, husb sy dah 8 bulan x bagi nafkah sy dgn anak dulu dia ada cakap bila awal tahun sy x bagi nafkah kita boleh cerai,tu kira kita dah talak ke? lepastu apa yg harus sy buat sekarang ? sebab sampai masa ni dia langsung x bagi sy dan anak nafkah , Terima kasih mohon penjelasannya puan /tuan 🙏🏻

        • admin

          Reply

          Wassalam puan, pada pandangan saya, berkenaan dengan lafaz yang diucapkan oleh suami tersebut, saya sarankan puan failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah kerana mahkamah sahaja pihak yang berautoriti untuk menentukan mengenai perceraian. Hakim akan siasat fakta kes dan keesahan lafaz tersebut dalam menentukan sama ada jatuh talak ke atas puan atau tidak. Berkenaan dengan nafkah pula, puan boleh memfailkan tuntutan nafkah tertunggak isteri dan anak terhadap suami puan di mahkamah syariah di kawasan puan bermastautin. Semoga segala urusan puan dipermudahkan.

      • Nurul Hajannah

        Reply

        assalamualaikum , sekarang saya sedang mengandung 9 bulan dan pada 15/5 saya akan masuk ke mahkamah untuk kess penceraian . masa masuk mahkamah untuk kess perbicaraan boleh ke , saya cakap tentang nafkah anak anak ? untuk pembelaan diri saya dan anak anak . atau kena bukak file yang baru ?

        • admin

          Reply

          Wassalam puan, maaf atas kelewatan memberi maklum balas, ya puan boleh masukkan juga berkenaan tuntutan nafkah anak-anak untuk direkodkan dengan kebenaran hakim.

  13. VArSy

    Reply

    Assalam admin,
    Suami telah lafaz taklik, jika dia buat lagi perkara mungkar belakang saya, dia akan ceraikan saya. Dan perkara itu berlaku lagi setelah taklik itu diucap. Kami telah buat proses pengesahan lafaz cerai. Minggu depan adalah tarikh perbicaraan. Suami taknak bercerai, tapi sy masih ragu dengan janji yg dia buat utk insaf. Soalan sy, adakah situasi ni hakim akn luluskan perceraian? Jika jatuh talak, sy taknak rujuk semula pada waktu terdekat sebab utk beri masa dia berubah dahulu. Adakah betul tindakan sy pada pandangan tuan/puan?

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, pada pandangan saya, kehendak suami sama ada ingin bercerai atau tidak SELEPAS berlakunya lafaz taklik adalah tidak relevan kerana lafaz cerai tersebut telahpun berlaku, dan sekiranya syarat-syarat takliknya sempurna, maka talak masih akan jatuh. Maka dalam keadaan ini, sekiranya hakim mendapati bahawa lafaz taklik tersebut adalah sah dan sabit, maka gugurlah talak satu ke atas isteri dan pihak-pihak adalah disabitkan bercerai. Berkenaan dengan rujuk pula, puan berhak untuk menentukan sama ada ingin bersetuju atau tidak dengan rujuk tersebut selagimana alasan-alasannya adalah dibenarkan di sisi hukum syarak. Sekiranya suami masih berterusan melakukan perkara buruk atau bertentangan dengan hukum syarak, maka boleh untuk puan tidak bersetuju untuk rujuk semula dengan suami demi kebaikan dan kemaslahatan puan sendiri.

  14. akmal

    Reply

    sy cerai taklik tidak daftar kerana esok lusa dh rujuk balik..bila kenapa tak daftar..dijawabnya kerana kena denda rm1000.00 cerai luar mahkamah..sedangkan kalau tidak cukup wang kena ditahan lokap..betulkah begitu..

    • admin

      Reply

      Salam, mengikut peruntukan undang-undang, perceraian di luar dan tanpa kebenaran mahkamah adalah perlu dilaporkan di mahkamah dalam tempoh 7 hari dari berlakunya lafaz tersebut. Ia juga merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum denda tidak lebih RM1000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-dua denda dan penjara. Kadar denda dan penjara yang diperuntukkan dalam undang-undang ini adalah kadar maksimum. Namun, mahkamah akan mengambil kira pelbagai faktor dalam menetapkan berapa kadar atau jenis hukuman yang sesuai kepada pesalah dan bukan sewenang-wenangnya jatuhkan hukuman maksimum.

      Perkara penting yang perlu diberi perhatian di sini ialah perceraian yang berlaku di luar mahkamah ini masih perlu disabitkan oleh mahkamah keesahannya dan didaftarkan di pejabat agama. Begitu juga dengan rujuk, perlu didaftarkan di pejabat agama juga. Kesemua proses ini adalah penting untuk menjaga kemaslahatan pihak-pihak dan mengelakkan berlakunya apa-apa permasalahan pada masa akan datang.

  15. Nur faiqah

    Reply

    Assalamualaikum tuan,

    1. Ada ke nafkah yang untuk isteri bagi pasangan tidak mempunyai anak bersama.

    2. Bagaimana dengan pembahagian rumah. Rumah atas nama isteri tetapi bayaran bulanan bersama.

    3. Wajarkah pasangan bercerai kerana matlamat tidak sama? Suami tidak mahu berubah ke arah lebih baik. Isteri sudah sabar, solat dan sabar lagi.

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, berkenaan nafkah isteri, di dalam Islam telah menetapkan bahawa adalah menjadi kewajipan suami untuk menunaikan nafkah kepada isteri sama ada pasangan tersebut mempunyai anak atau tidak.

      Berkenaan pembahagian rumah, sekiranya puan maksudkan mengenai harta sepencarian yang dituntut selepas berlakunya perceraian, mahkamah akam melihat kepada faktor sumbangan pihak-pihak semasa dalam tempoh perkahwinan terhadap rumah tersebut. Sumbangan termasuklah secara langsung (bayaran deposit, bulanan dan lain-lain yang berkaitan) serta sumbangan tidak langsung (hanya terpakai untuk isteri sahaja – penjagaan rumah, makan minum dan pakai seisi keluarga di rumah tersebut).

      Mengenai kewajaran untuk bercerai, saya berpendapat bahawa ia adalah atas diri masing-masing kerana suami dan isteri lebih memgetahui sama ada hubungan perkahwinan itu masih boleh dipertahankan atau tidak. Sekiranya segala cara dan jalan telah dilakukan untuk memulihkan hubungan dan masih tidak berjaya, maka tidak mengapa untuk berpisah sekiranya itulah jalan yang terbaik untuk kedua-dua pihak demi menjaga kemaslahatan dan mengelak mudarat lebih besar.

  16. Reply

    Salam puan, sy seorang suami dan ayah kepada dua ank.
    Sy nk mintak pencerahan sedikit. Jikalau seorang suami tu meminjam wang dari syarikat pinjaman selain dari bank tapan pengetahuan isteri apakah hukum. Dan bila si isteri tau hal begini patut ke si suami meminta cerai demi keselamatan ank n isteri. Sebab si suami tak melibatkan an n isteri.

    • admin

      Reply

      Wassalam encik, pada pandangan saya, tidak wajar untuk suami menjadikan perceraian sebagai solusi utama bagi permasalahan yang timbul. Sebaiknya, cuba selesaikan permasalahan ini melalui alternatif lain. Walau apa pun yang berlaku, pasangan dalam perkahwinan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk pihak-pihak dan anak-anak. Pihak-pihak juga perlu bertindak rasional dalam menentukan apa-apa keputusan berhubung perkahwinan pihak-pihak dengan teliti. Banyakkan muhasabah, berdoa dan mohon petunjuk dari Allah untuk menyelesaikan apa-apa permasalahan yang timbul.

  17. ieen

    Reply

    salam ,

    Baru2 ini isteri saya terjumpa wasup saya chating dengan wanita lain, dia mohon cerai dan bawak bukit gambar saya chat dengan wanita lai, saya kata saya dh bertaubat dan tidak buat lain,
    tetapi isteri saya tetap dengan pendirian nak bercerai,
    soalan saya, boleh tak dengan bukti screen shot wasup tu dijadikan bukit dimakamah, dah saya juga, apa perlu saya lakukan sekarg, terima kasih diatas pertolongan anda

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, ya isteri boleh kemukakan segala alasan dan bukti yang berkaitan untuk mengukuhkan alasan perceraian. NAMUN, dalam keadaan suami tidak bersetuju untuk bercerai, segalanya adalah bergantung kepada pertimbangan Mahkamah dalam meneliti alasan isteri tersebut dalam menentukan sama ada wujud syiqaq (pecah belah) dalam perkahwinan, untuk membenarkan talak dijatuhkan atau tidak. Di dalam kes tuntutan perceraian, tidak ada proses perbicaraan, ia adalah lebih kepada beberapa proses perdamaian antara pihak-pihak sekiranya sebelah pihak tidak bersetuju untuk bercerai. Maka, keputusan encik untuk bersetuju atau tidak dengan perceraian tersebut adalah hak encik sendiri. Namun, saranan saya, sekiranya masih ada ruang untuk memulihkan hubungan antara pihak-pihak, manfaatkanlah sebaiknya tanpa perlu ke mahkamah. Mungkin boleh gunakan kaedah alternatif lain seperti kaunseling atau wakil orang tengah sekiranya komunikasi secara langsung antara encik dan isteri adalah sukar untuk diteruskan.

      • Siti

        Reply

        Kes sy lebih kurang mcm tuan ni..tapi sy di side isteri.
        Suami berkali2 kantoi chat dengan wanita lain.. tapi sy tetap bg peluang. Tapi baru2 ni sy dh tak bole terima apa dia buat dan sy dah tak boleh nak pandang muka dia sebab sy rasa dia takkan berubah..sy keluar rumah dan tinggal berasingan dengan suami..
        Sy menetap di putrajaya dan suami pun sama sebab masih bekerja disini.. tetapi alamat pada ic kami adalah alamat kampung masing2 perlukah kami tukar dulu alamat pada ic sekiranya kami memilih utk perpisah di mahkamah yang terdekat.
        Berkaitan surat nikah asal pula tuan, kan ada dua salinan iaitu lelaki dn perempuan… Sekiranya salah 1 salinan dr tu tak dapat dijumpai boleh ke guna yang 1 salinan contohnya salinan lelaki.

        Mohon pencerahan tuan..

        • admin

          Reply

          Salam puan, saya bersimpati dengan apa yang puan lalui. Sekiranya puan ingin meneruskan dengan perceraian, maka tidak perlu ubah alamat ic, hanya perlu membuat akuan pengesahan tempat tinggal/mastautin di kariah masjid terdekat dengan tempat tinggal semasa pihak yang ingin memfailkan kes. Sekiranya ingin memfailkan di mahkamah syariah putrajaya, hanya perlu pergi ke masjid terdekat dengan tempat tinggal puan sekarang untuk dapatkan akuan tersebut. Berkenaan salinan sijil nikah pula, boleh sahaja gunakan salinan yang ada dalam simpanan puan sekarang kerana bagi tujuan pendaftaran kes, hanya perlu kemukakan satu salinan sahaja. Namun bagi urusan akan datang sekiranya diperlukan, puan boleh membuat permohonan salinan diperakui sah sijil nikah tersebut daripada pejabat agama di mana tempat sijil nikah tersebut dikeluarkan. Semoga segala urusan puan dipermudahkan.

  18. Fuji Itsuki

    Reply

    Salam.. saya ingin bertanya, jika suami telah failkan penceraian.. suami dan isteri dah pergi mahkamah.. di mahkamah suami setuju untuk cerai tetapi isteri tidak setuju. Hakim telah rujuk pada jawatan kuasa damai pada tarikh lain. Tiba-tiba isteri ubah fikiran tidak mau pergi ke jawataan kuasa damai tersebut kerana baginya suami betul2 takmau berdamai.Kiranya isteri telah bersetuju untuk bercerai tetapi tidak mau hadir ke jawatan kuasa tersebut. Adakah boleh? Dan bolehkah terus suami lafazkan cerai saja kerana isteri hanya ingin tunggu surat pengesahan cerai sahaja.

    • admin

      Reply

      Wassalam, sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju untuk cerai, maka pihak-pihak boleh terus mohon di mahkamah satu tarikh untuk lafaz cerai di hadapan hakim.

  19. suami risau

    Reply

    salam

    isteri saya keluar rumah , bawak anak2 barang2 rumah rumah pindah keluar, dan mintak cerai.
    dia jumpa wasup saya chat dengan perempuan lain,dia mohon cerai Seksyen 47, saya risau sebab kami ada 3 org anak bawah umur,
    sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh, dia tak kata apa2, malah kerap bersama.

    saya tiada tabiat buruk, tidak pernah pukul atau marah isteri, sentiasa menjagarumah tangga

    saya risau jika perceraian berlaku saya tidak boleh jumpa anak2 saya dengan kerap.ada kah mudah isteri saya mendapat perceraian jika saya terbukti pernah tido dengan perempuan lain???

    • admin

      Reply

      Salam encik, perceraian dia bawah seksyen 47 ini akan melalui beberapa prosedur perdamaian terlebih dahulu sebelum mahkamah memutuskan untuk pihak-pihak bercerai atau tidak. Sekiranya perdamaian tidak dapat dicapai dan mahkamah mendapati wujud pecah belah dalam perkahwinan pihak-pihak, maka mahkamah berhak memutuskan untuk pihak-pihak bercerai. Maka pada pandangan saya, keputusan itu adalah bergantung kepada pertimbangan mahkamah sendiri.

  20. Reply

    Assalamualaikum.. perlukan pencerahan.
    Sekiranya si suami telah failkan penceraian di mahkamah, adakan si isteri akan menerima surat atau notis untuk hadir ke mahmakah pada sekian tarikh/waktu yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah?

  21. Mamat

    Reply

    Salam puan.nak tanya..mcm ni..tarikh mahkamah Kami 22hb 11 2022 ni..pastu saya n isteri ada bersetubuh lepas dia suci baru2 ni..waktu haid dia dlm lingkungan 20hb setiap bulan..kalau 22hb Tu dia X uzur lagi n sy lafaz cerai d mahkamah Kira sah ke x cerai Tu??sbb sy ada baca puan ckp X boleh setubuh waktu suci Tu..

    • admin

      Reply

      Salam tuan, pada pandangan saya, ia bergantung pada kebenaran hakim kerana hakim perlu menentukan tempoh iddah dengan melihat sama ada isteri telah datang haid atau tidak selepas disetubuhi. Maka, encik wajib maklumkan kepada hakim fakta tentang bersetubuh dan haid isteri tersebut semasa tarikh kes akan datang.

  22. aida

    Reply

    salam tuan.

    saya sekadar ingin bertanya. sy dan suami sy nikah tanpa pgetahuan kluarga saya

    namun sejak nikah dan ke 6 tahun kini. suami culas nafkah. xbagi. Sy ada 2 anak. suami kurang tanggungjawab (berpantang anak ptama suami xendah sy dan bayi walhal sy sakit).. duit sruh sy cari sendiri. maki hamun saya stiap hari. alasan stress sebab berniaga kurg pendapatan. terlalu byk kiasan ayat2 sperti “Kau balik ke rumah adik kau ke bapak kau tu. kau jgn balik sini” “mnyesal kahwin dgn kau ni baik aku kwin dgn org lain” “kau nak buat apa sukati kau lah lantak lah” “bodoh babi sial pukimak”

    suami juga tidak mnyukai kluarga sbelah sy. namun hanya mementingkn persetubuhan.

    saya berumur 28 tahun suamk 38 tahun. sy bertahan 6 tahun dlm perkahwinan. namun. kini hati sy terlalu tawar dan tidak ada hati lagi sejak dia melarang sy mnjaga ibu sy yg sdg nazak waktu itu.

    apakah pilihan saya tuan? sy sudah tidak mampu utk menangis. memendam perasaan. apakah jln utk saya? yg tiada kenderaan.. anak2 nak skolah tahun dpn.

    sy mohon sgt pendapat tuan.. kalau boleh hubungi saya

    • admin

      Reply

      Salam puan, berdasarkan situasi puan, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah kerana lafaz cerai yang diucapkan suami (“Kau balik ke rumah adik kau ke bapak kau tu. kau jgn balik sini”) adalah lafaz cerai kinayah yang perlukan penjelasan niat suami sama ada berniat untuk cerai atau tidak semasa lafaz tersebut diucapkan. Hakim akan siasat fakta kes dan niat suami dalam menentukan sama ada jatuh talak atau tidak. Berkenaan nafkah pula, puan boleh failkan tuntutan nafkah anak/isteri terhadap suami atas sebab suami culas memberi nafkah.

  23. Jack Sailor

    Reply

    Apakah perkara pertama yang perlu dibuat jika kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai tanpa sebarang tuntutan dan kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai secara baik. Adakah perlu pergi ke pejabat agama atau mahkamah syariah. Mohon penjelasan. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Salam encik, sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai, suami atau isteri boleh failkan tuntutan perceraian di mahkamah syariah. Bagi kes perceraian secara persetujuan bersama, proses perceraian boleh dibuat secara fast track yang mana, ia boleh diselesaikan pada hari yang sama dengan pendaftaran kes. Dengan syarat, kedua-dua suami isteri hadir dan dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran kes telah lengkap.

    • faizal

      Reply

      hi jika suami ingin bercerai atas alasan tiada zuriat dan tiada persefahaman lg dgn isteri , berapa lama tempoh masa yg diambil

      • admin

        Reply

        Salam, sekiranya perceraian tersebut adalah secara persetujuan bersama, maka ia boleh diselesaikan pada hari yang sama dengan syarat, kedua-dua suami isteri hadir dan kes telah didaftarkan. Sekiranya salah satu pihak tidak bersetuju untuk cerai, kebiasaannya ia akan mengambil masa 9 bulan ke setahun kerana terdapat proses-proses perdamaian di antara pihak-pihak sebelum suami dibenarkan untuk melafazkan talak.

  24. hamba ALLAH

    Reply

    Assalamualaikum.. saya nak tanya pada peguam.. sekiranya saya tiada hati lagi pada isteri , kerana dia selalu lalai dalam menjalankan tanggungjawab dia sebagai isteri. Pemalas . selalu main HP bila balik rumah. sibuk nak bekerja padahal semua komitmen bulanan , kereta , barang- barang dapur , persiapan anak anak , persekolahan , SEMUA saya sediakan walaupun pangkat saya rendah dalam penjawat awam.. dan kerja kerja rumah saya sebagai suami , saya bnyk buat , senang cerita 85% kerja , komitmen saya buat. saya berasa Stress dan penat . Isteri saya seorang pendiam dan tidak bnyk bercakap . dan bila kita nasihat bantu lah sedikit kerja rumah , bagi meringgankan beban kerja saya.. selalu isteri saya pertikaikan , dia cakap , ” awak suami kena sediakan semua dan kerja rumah kena buat ” tetapi kalau hampir 7 tahun. kalau sampai 6 – 7 hari saya buat semua kebanyakan . makanan pon saya beli jika balik kerja isteri saya malas memasak.. seolalu nak kena pujuk . ISH penat la ,mcm ni. Isteri saya jugak jarang bercampur dgn saudara , dan jika saya keluar sebentar menemui mak saya , saudara ,. isteri saya akan wassap ke saya utk cepat pulang dan tgk budak budak ni . ” Dia sebuk dgn HP dia lagi” Darah saya selalu naik tahan je . solat , baca yassin utk tenangkan keadaan saya. so soalan saya , Komitmen pon 100% saya . kerja rumah 85% saya. saya pon bekerja . isteri saya tiada komitmen tapi dia bekerja bukan main gila. dgn nak OT hari sabtu . kdg kdg ahad.. abis bila masa saya utk berehat pulak. asyik saya je menjga budak dan IBU saya yg sudah uzur. saya baru kematian AYAH pada tahun lepas. Semua saya nak kena handle.. saya penat dan STRESS.. kdg kdg dah 6 bulan selalu termenung dan fikir dalam otak saya selalu cakap ” SAYA RASA NAK CERAI KAN TALAK 3 ” ISTERI tak berguna.. masak pon skali skali.. lain tiada apa yg disumbang sebagai isteri.. Mohon nasihat dan saranan tuan.. TERIMA KASIH

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, komunikasi adalah amat penting dalam hubungan perkahwinan. Mungkin encik boleh cuba untuk menjelaskan secara baik dengan isteri mengenai tanggungjawab masing-masing serta cuba untuk berkompromi antara satu sama lain, untuk meringankan beban pihak-pihak dan encik juga boleh berterus terang tentang apa yang encik rasa untuk membuatkan isteri lebih faham situasi sebenar encik. Sekiranya tidak berjaya, boleh cuba untuk mendapatkan orang tengah yang mana isteri lebih selesa dan rapat untuk mendengar nasihat daripadanya. Encik juga boleh cuba mendapatkan bantuan kaunselor rumahtangga sebagai alternatif lain untuk memulihkan permasalahan ini. Selagi masih ada jalan untuk menyelesaikan masalah, cubalah sehabis baik. Namun, jika encik merasakan tiada solusi lain selain berpisah, maka tiada masalah sekiranya itulah pilihan encik rasakan terbaik untuk encik dan isteri. Semoga encik sentiasa dikurniakan ketabahan dan ketenangan hati serta dipermudahkan segala urusan.

  25. Aqillah

    Reply

    Assalamualaikum puan, saya inginkan pejelasan tntg hal rumah tangga saya, saya telah bernikah selama 6tahun dan sekarang kami mempunyai 3 org anak dan yg pertama sebelum nikah yg 2 org lagi setelah menikah, suami berniaga sendiri , selama menikah dua tahun ini saya hanya meminta 1 hari rm20 untuk perbelanjaan saya sehari2 akan tetapi sekiranya dia tidak berniaga dia tidak akan memberi kan duit belanja saya ,saya tak minta duit belanja anak2 dan dapur kerana saya tahu dia tidak akan beri sedang dia tahu itu adalah tanggungjawabnya , duit belanja yg saya minta rm20 1 hari pon kdg2 diabaikan , saya tidak bekerja dan sekali2 habya membantu dia berniaga tanpa bayaran . Baru2 ini kami bertengkar dan dia menyama2kan saya dgn keluarga saya umpama menghina dan ink bulan pertama kali kami bertengkar , keperluan yg perlu dibeli pon terkadang pakai duit saya yg tersimpan sikit2 dan bantuan dri bkm , persoalan saya disini adalah fuit yg saya minta 1 hari rm20 hanya diberi semasa dia bekerja sahaja itu dikira nafkah ??? Adakah itu cukup?? Saya telah memberi peringatan sendiri seandainya dia tidak mampu lagi lebih baik kita membuat haluan sendiri, tapi yg membuatkan saya khawatir setelah cerai kemana saya harus pergi dan tgal bersama anak2 sekiranya anak2 dibawah tanggungjawab saya puan ?? Adakah hak keatas anak diberi ke saya anak saya bersama dia setelah menikah 3 tahun dan 4 tahun perempuan , saya buntu adakah keadilan untuk kami, ibu saya tidak sihat dan dijaga oleh kakak tiri saya, dan ayah sudah meningal yg tgal hanya nenek dan atok dikampung itupun makcik saya yg menanggunh mereka keran kurang sihat atas faktor tua , boleh kah puan beri saranan dan menjawap soalan saya
    Sekian terima kasih

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, duit RM20 yang diberikan suami setiap hari itu adalah dikira sebagai nafkah isteri. Soal sama ada cukup atau tidak itu adalah perlu kepada taksiran yang lebih terperinci sekiranya ia dijadikan kes mahkamah. Kerana soal kecukupan nafkah ini adalah perkara subjektif yang berbeza-beza bagi setiap pasangan berkahwin. Berkenaan hak puan pula, sekiranya ketidaksefahaman antara puan dan suami adalah berpunca daripada tanggungan nafkah, maka puan boleh membuat tuntutan tunggakan nafkah isteri dan anak-anak terhadap suami tanpa perlu melibatkan proses perceraian. Namun, jika puan merasakan sudah tidak ada lagi jalan untuk memulihkan hubungan dan berpisah adalah jalan terbaik, maka puan boleh teruskan dengan perceraian.

      Berkenaan hak jagaan anak, bagi anak yang lahir diluar tempoh nikah, ia adalah secara mutlaknya terletak di bawah jagaan ibu atau saudara mara sebelah ibu sepertimana diperuntukan undang-undang. Bagi anak yang lahir selepas nikah tersebut, ia juga terletak di bawah jagaan ibu, namun, mahkamah akan melihat juga kepada kelayakan ibu tersebut dalam menjaga kebajikan anak-anak tersebut. Namun, puan tidak perlu khwatir kerana, walau siapa pun yang mendapat hak jagaan itu, nafkah anak-anak masih perlu ditanggung oleh bapa kerana itu adalah kewajipan yang telah ditetapkan syarak. Semoga puan dikurniakan ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

  26. Kiki

    Reply

    Assalam..boleh ke saya mintak fasakh sebab lelaki saya dah 3x langgan pelacur..tu pun kantoi dengan saya bila saya tengok whatsapp..rumah tangga kami elok je..kiteorang baik je..dia kata nak cuba2 je..masalahnya dah 3x..takkan saya nak tanggung lagi beban perasaan ni semua..dia bodoh2 kan saya macam tu..mungkin saya terlalu baik untuk dia..sampai dia sanggup buat benda ni lagi..dia kata ketagih..asyik nak lagi..takkan sampai ketua saya nak hadap benda ni..dia kata sayang saya tapi saya tak nak dia lagi..saya nak cakap apa alasan untuk cerai..

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, puan boleh buat tuntutan fasakh. Namun, sekiranya puan nekad untuk bercerai, saya sarankan untuk puan teruskan dengan tuntutan perceraian kerana proses tuntutan perceraian adalah lebih mudah berbanding fasakh kerana tidak perlu melalui proses bicara. Di dalam tuntutan cerai tersebut, puan boleh masukkan alasan sudah tiada persefahaman antara puan dan suami.

      • People

        Reply

        Salam saya ingin bertanya, adakah dgn bukti yg ada membolehkan pihak puan di atas mendapatkan persetujuan penceraian dari mahkamah atau mahkamah akan mencadangkan untuk berdamai??

        • admin

          Reply

          Wassalam, keadaan ini bergantung kepada setiap hakim. Kebiasaannya hakim akan turut mencadangkan untuk pihak-pihak berdamai, namun sekiranya pihak-pihak sememangnya telah bersetuju untuk bercerai, maka Hakim akan benarkan suami untuk melafazkan talak di hadapan mahkamah ke atas isteri.

  27. HANMAIL

    Reply

    Selamat sejahtera ,

    Jika Suami Dan isteri setuju untuk berpisah secara damai.
    Adakah mahkamah terima perceraian tersebut.
    Alasan untuk bercerai adalah disebabkan tiada sefahaman antara satu sama lain.

    • admin

      Reply

      Salam encik, tiada masalah sekiranya kedua-dua suami isteri setuju untuk bercerai dengan alasan sepertimana yang encik nyatakan. Malah, di mahkamah ada sistem fast track bagi kes perceraian secara persetujuan bersama di bawah seksyen 47 yang mana sekiranya kedua-dua suami dan isteri datang ke mahkamah, perceraian dapat diselesaikan pada hari yang sama dengan syarat isteri adalah dalam keadaan suci pada masa itu dan dokumen-dokumen telah lengkap dibawa untuk pendaftaran kes.

  28. Ammar

    Reply

    salam. saya sudah 5 tahun berkahwin dan isteri saya tak pernah memberi saya nafkah batin. sekarang saya mahu minta cerai. apakah langkah yang patut saya ambil?

    • admin

      Reply

      Salam encik, encik boleh failkan tuntutan perceraian di mahkamah syariah di kawasan encik bermastautin.

  29. Nurul

    Reply

    Assalam. Mohon bertanya, suami saya seorang bekas banduan sebelum ini dalam kes dadah, dan saya pernah ditinggalkan semasa mengandung kerana dia ditangkap polis selama 2 tahun lebih. Kemudian selepas dia pulang, dia berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya. Saya berikan dia peluang dan selepas lebih kurang 2 tahun, dia ditangkap atas kes pecah amanah pula. Dan sekarang beliau dalam tempoh jamin kerana tidak mengaku atas kesalahannya. Saya berasa agak tertekan kerana suami melakukan banyak hal yang memudaratkan saya dan anak anak, dan kami seolah olah tidak hidup dgn perasaan yg selamat bersama dia. Saya telah meminta utk dilepaskan kerana dia masih tidak berubah. Boleh saya tahu sama ada sekiranya saya memohon fasakh. Adakah hakim boleh meluluskan kebenaran saya? Saya sudah tidak tahan kerana makin hari dia sudah kerap menipu dan banyak masalah yang dia lakukan. Bantu saya.

    • admin

      Reply

      Salam puan, berdasarkan situasi puan, pada pendapat saya, puan boleh membuat tuntutan fasakh kerana perbuatan mudarat suami yang menyebabkan puan rasa tertekan adalah termasuk dalam kategori lazim menyakiti (salah satu alasan yang diperuntukkan di dalam enakmen untuk tuntutan fasakh). Namun, saya sarankan untuk puan teruskan dengan tuntutan perceraian (seksyen 47) sahaja sekiranya masih nekad untuk bercerai kerana proses dan tempoh masa untuk tuntutan perceraian adalah lebih mudah, tidak perlu proses bicara yang memakan masa lama sepertimana fasakh.

  30. Nur rahida binti a rahman

    Reply

    Assalamualaikum…saya nak brtanya klo sy ic di putra jaya suami ic sarawak…kena tukar ke…lg di mana harus saya daftar kes cerai..tapi saya kahwin di wilayah persekutuan(k.l) bole ke saya terus daftar di mahkamah syariah wilayah persekutuan(kl)..klo tak ada sijil nikah cm ada kad nikah(bagaimana)…tlg jelas kan tau hubungi saya:017-3724347

    • admin

      Reply

      Salam puan, untuk pendaftaran kes di mahkamah (termasuk tuntutan perceraian) perlu ikut tempat mastautin puan di mana. Sekiranya alamat mastautin tidak sama dengan alamat di kad pengenalan, Puan perlu isi borang akuan mastautin. Sekiranya tiada sijil nikah, Puan perlu buat surat akuan sumpah bahawa sijil nikah telah hilang dan mohon salinan sijil nikah baru di pejabat agama di mana sijil tersebut dikeluarkan.

  31. Siti Soleha

    Reply

    Salam admin, saya nak tanya. Saya dan suami tidak bersedudukan untuk waktu yang lama, hampir 2 tahun dari hari terakhir semasa kami berbalahan perang besar. Dan dia dipenjara selama untuk 6 bulan atas kesalahan dadah. Selepas dia keluar kami masih tidak bersedudukan hingga ke hari ini. Akhirnya, kami masing2 bersetuju untuk membuat haluan masing². Kami memang betul2 ingin bercerai dan bersetuju untuk bercerai atas ketidaksefahaman kami masing².. Dan tujuan saya ceritakan semua ini sebab.. Dari 2019 kali terakhir kami tidak tinggal sebumbung.. Suami tidak memberi nafkah batin dan zahir sehingga ke hari ini.. Kerana suami tidak mampu. Saya juga tidak pernah meminta duit nafkah dan tidak pernah memaksa ape² pun.. Jadi adakah suami akan dikenakan tindakan atau saman apa² yang terlibat disebabkan kes ini? Kerana saya juga tidak mahu merumitkan hal untuk melakukan atau memfailkan ape² tuntutan padanya cuma hanya ingin bercerai secara baik,aman dan juga tidak mahu untuk meneruskan perkahwinan kami.. saya juga simpati akan suami jika dia dikenakan tindakan ape² kerana dia bekerja untuk mencari rezeki buat keluarga nya.. Kerana keluarga suami sangat baik pada saya. Dan mereka juga rajin menjaga anak saya secara bergiliran dengan saya dan jika saya terlalu sebuk.. Mereka sanggup jaga pada waktu yang lama setiap seminggu sekali. Cuma suami minta bantuan pada saya dan ingin bertanya.. Adakah kes dia tidak memberi nafkah zahir batin pada waktu yg agak lama ini.. Dia akan dikenakan tindakan ape² terutamanya dari segi bayaran yg melibatkan amaun yang banyak walaupun saya tidak menuntut apa2 langsung?

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, sekiranya puan tidak tidak memfailkan apa-apa tuntutan terhadap suami, maka suami tidak akan dikenakan apa-apa tindakan.

  32. Adam

    Reply

    Salam tuan. Sy skng tggl kt Langkawi. Istri dan anak ada kt Sabah. Soalan sy, mcm mana steps sy nk daftar cerai? Perlukah sy blk ke Sabah dan mohon disana atau sy hanya mohon di Langkawi?

    • admin

      Reply

      Salam encik, encik boleh failkan tuntutan perceraian di langkawi kerana encik bermastautin di langkawi.

  33. Amira

    Reply

    Salam puan/ tuan. Saya ingin bertanyakan pendapat. Adakah saya mempunyai hak untuk membuat tuntutan cerai jika suami saya gemar melayari dan menonton video lucah sehingga membuat beliau tiada keinginan untuk bersama dengan saya? Saya pernah menasihati suami dan suami bertaubat dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Dia semakin kerap melayari dan menonton video lucah serta beronani lebih drp dahulu terima kasih tuan/puan. Semoga jawapan tuan/puan memberi jalan keluar untuk permasalahan saya ini.

    • admin

      Reply

      Salam puan, pandangan saya berkenaan situasi puan ini, puan boleh failkan tuntutan perceraian dengan alasan sudah tiada persefahaman.

  34. BOB

    Reply

    assalamualaikum…ingin bertanya… apa harus dilakuan oleh si isteri sekiranya si suami telah lafazkan cerai di luar mahkamah dan tidak melaporkan kepada pihak majlis agama selama bertahun lamanya dan si isteri telah meminta untuk ke mahkamah bagi tujuan menyelesaikan permasalahan cerai ini tetapi pihak lelaki meminta wang cthnya rm3000 barulah si suami mahu ke mahkamah untuk sain curat cerai. Alasan si suami adalah untuk menutup aib si isteri yang berlaku curang dan bukan salah si suami kerana menceraikannya.

    • admin

      Reply

      Salam puan, untuk failkan kes pengesahan lafaz cerai, ia boleh dibuat sama ada oleh suami mahupun isteri. Maka, dalam situasi puan ini, puan sendiri boleh memfailkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah di kawasan puan bermastautin sekiranya suami enggan failkan. Puan juga tidak tertakluk untuk membayar apa-apa amaun wang kepada suami untuk membawa kes ini ke mahkamah. Walau apa pun alasan suami tersebut, hakikatnya undang-undang di Malaysia memperuntukkan pasangan yang telah bercerai untuk mendaftarkan perceraian dengan mendapatkan perintah sabitnya perceraian dari mahkamah syariah. Sekiranya puan masih belum failkan pengesahan lafaz cerai, saya nasihatkan untuk puan mengambil tindakan segera demi menjaga kemaslahatan pihak-pihak. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa. Semoga urusan puan dipermudahkan.

  35. Dewi Hamzah

    Reply

    Assalamualaikum,

    Saya nak tanya, boleh saya failkan atau minta cerai atas dasar suami saya tidak mahu memberi nafkah batin dan tidak mahu tidur sekatil atau sebilik.

    Terima kasih

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, puan boleh memfailkan tuntutan perceraian ataupun tuntutan fasakh dan masukkan alasan sedemikan di dalam tuntutan tersebut.

  36. Nufa

    Reply

    Assalamualaikum. Sy nk bertanya, suami ada melafazkan taklik kepada sy. Tetapi selepas 3 hari dia mengatakan taklik itu hanya sah selama seminggu. Semasa dia melafazkan taklik, dia tidak menyebut ianya hanya untuk seminggu. Jadi sy ingin tahu adakan taklik itu cuma sah seminggu atau akan sah selamanya Jika berlaku apa yg dilafazkan walaupun melebihi seminggu ?

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, lafaz taklik adalah tidak terikat dengan tempoh MELAINKAN semasa lafaz tersebut dibuat, suami ada menetapkan tempoh tertentu. Contoh: ‘sekiranya kau keluar dari rumah pada HARI INI, maka jatuh talak’. Lafaz taklik ini hanya sah untuk tempoh hari tersebut sahaja kerana telah dikhususkan tempoh masa. Sekiranya semasa suami lafaz taklik itu tidak ditetapkan apa-apa tempoh tertentu, maka lafaz tersebut adalah sah sehingga berlaku perlanggaran syarat yang ditaklik itu. Maka, kenyataan suami selepas 3 hari itu adalah tidak mempunyai apa-apa kesan terhadap lafaz yang telah dia ucapkan. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa.

  37. Daneil

    Reply

    Salam. Berhasilkah dan adakah diterima jika saya ingin menceraikan isteri saya kerana saya tidak mempunyai nafsu terhadap perempuan? Saya dah cuba untuk memupuk rasa tapi tak mampu. Ada kes begini berlaku ke?

    • admin

      Reply

      Salam encik, pada pandangan saya, sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai, maka tiada masalah. Namun, sekiranya isteri tidak bersetuju dan encik merasakan sudah tidak ada jalan penyelesaian yang lain dan berpisah adalah jalan terbaik, maka encik masih boleh meneruskan tuntutan perceraian dan di dalam tuntutan itu, encik boleh masukkan alasan sepertimana yang encik sebutkan itu. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa. Semoga encik diberikan ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

  38. Eyra Daud

    Reply

    Saya ada beberapa soalan.
    1) jika alamat di ic selangor , tetapi telah mendaftar kes did mahkamah syariah Kuala Lumpur Dan telah diemailkan tarikh utk kes tersebut ..bolehkah kes itu diproses?
    2) dalam proses penceraian , akan ada kah sesi kaunseling sebelum lafaz dijalankan ? Dan sesi kaunseling itu berapa lama Dan bolehkah pasangan itu menolak sesi tersebut? Mohon penjelasan

    • admin

      Reply

      Salam, untuk soalan 1, sekiranya plaintif/pemohon mempunyai surat akuan mastautin di KL, maka kes boleh berjalan. Soalan 2 pula, sekiranya perceraian itu bukan secara persetujuan bersama, maka akan ada beberapa sesi yang dipanggil sebagai jawankuasa pendamai, hakam keluarga dan hakam panel. Secara ringkasnya setiap sesi ini adalah usaha untuk mendamaikan pihak-pihak dan juga prosedur mahkamah untuk menentukan sama ada wujud pecah belah di antara suami isteri yang menyebabkan perdamaian itu sukar dicapai. Kebiasaannya, kesemua sesi ini boleh berlanjutan dalam tempoh 9 bulan ke setahun dan dalam pengetahuan saya, pihak-pihak tidak boleh menolak sesi tersebut kerana ia adalah prosedur yang telah diperuntukkan dalam undang-undang. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa.

  39. Roy

    Reply

    Salam puan..
    Kes sy mcmni. Sy dapati isteri sy curang dgn tidur bersama jantan di hotel. Dia buat bnda terkutuk smasa sy pg travel bekerja. Gmbar, voice chat & chat Whatsapp sy dh transfer ada kt sy utk bukti. Kmi ada ank kcil sorg umur 4 thun.
    Soalan sy, 1. bolehkah sy minta cerai wlaupun dia tak setuju?
    2. Brapa lama proses pencerai sekiranya isteri tak setuju cerai?
    3. Mcmna pjagaan anak, sy nak ank tapi mertua sy lbih sesuai jaga sbab rapat dgn ank sy dr kecik. 3. Isteri bekerja, bolehkh dia sama2 tlong sy tnggung blanja anak kmi? Adkah sy perlu beri nafkah pada isteri? Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Salam encik, pada pandangan saya:

      1. Ya, encik boleh failkan tuntutan perceraian walaupun isteri tak setuju.
      2. Kebiasaannya, kes boleh berlanjutan dalam tempoh 9 bulan ke setahun jika salah satu pihak tak bersetuju untuk cerai.
      3. Encik boleh failkan tuntutan hadhanah (hak jagaan anak) terhadap mak mertua dan kemukakan alasan yang kukuh mengapa encik lebih berhak untuk menjaga anak tersebut. Namun, ia juga boleh diselesaikan secara persetujuan bersama sekiranya ada persetujuan yang dapat dicapai antara pihak-pihak.
      4. Sekiranya mengikut hukum syarak, bapa adalah orang yang bertanggungjawab untuk tanggung nafkah anak. Namun jika isteri sukarela untuk bantu tanggung nafkah anak, tiada masalah. Untuk nafkah isteri pula, suami bertanggungjawab untuk tunaikan nafkah isteri selagimana pihak-pihak masih dalam ikatan perkahwinan.

      Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa. Semoga segala urusan encik dipermudahkan.

  40. Nur edayu Zainal

    Reply

    salam..saya nak tanya kalau suami mengaku bujang adakah jatuh talak?talak apakah?suami saya banyak kali mengaku bujang dekat perempuan lain..kalau jatuh talak apa perlu sy buat?

    • admin

      Reply

      Salam. Berkenaan lafaz cerai, sekiranya lafaz tersebut lafaz soreh(jelas-aku ceraikan kau/talakkan kau) akan jatuh samada ada niat atau tidak. Untuk situasi puan, pendapat saya, ianya lafaz berbentuk lafaz kinayah yang perlu kepada niat. Maka, sekiranya suami puan mengaku bujang dengan niat cerai maka, jatuh talak.

      • Shila

        Reply

        Assalamualaikum admin. Sy dan suami ada bergaduh besar. Dan dia ingin menceraikan sy tp suami sruh sy dptkn kerja trlebih dhulu sblm kmi naik kaunseling dan sererusnya nak becerai. Kmi gaduh dia ada mnyebut pasal cerai, dh tawar hari dgn sy. Utk makluman kmi mngalami gangguan luar @ sihir pemisah smpikan suami Sy brckp ego, keras hati, solat pun xnak. Masa kmi gaduh tu sy dlm keadaan kurang waras dn x brp ingt apa yg sy dh ckp dgn suami. Dan kini, dia ckp dia dh penat dgn semua ni. Kmi blm buat perdamaian, dan family pn x stuju kmi becerai. Sy demikian xnk becerai dgn suami sy masih sygkn dia😭😭.

        Sy tak tahu apa nak buat hati suami dh btul2 tawar dgn sy, bahkan xnk bckp dgn sy call wasap smua dia dh blok
        .dia masih dlm keadaan buntu dan hnya mahu mlepaskn sy. Tp dia mcm xnk melafaz cerai tu. Dia masih ckp2 bsr kata nak lpaskn sy, tggu dia pulang sbb kmi pjj dh 2 mggu.

        Apa sy nak buat ye? Suami yg nk cerai atas sbb x munasabah dlm rumahtangga. Kmi ada 2 org anak umur dua dan empat tahun. Andainya kmi becerai, blh ke sy dptkn hak pnjagaan anak? Terima kaisb admin🥲🥲

        • admin

          Reply

          Salam puan, sekiranya puan tidak bersetuju dengan perceraian, puan boleh kemukakan alasan-alasan puan di mahkamah nanti mengapa puan tidak mahu meneruskan perceraian tersebut. Mahkamah akan mempertimbangkan alasan kedua-dua pihak dalam menentukan sama ada wajar untuk pihak-pihak bercerai sekiranya perceraian tersebut tidak mutual. Berkenaan hak penjagaan pula, puan boleh mendapatkan hak jagaan anak dengan membuat tuntutan hadhanah di mahkamah syariah. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa. Semoga segala urusan puan dipermudahkan.

      • Nurul

        Reply

        Assalamualaikum. Saya nk bertanya, jika suami mengatakan “KALAU MACAM NI PERANGAI KAU, AKU AKAN PULANGKAN KAU PADA KELUARGA KAU NANTI” Dalam keadaan saya tidak bersih(haid). Adakah jatuh talak? Terima kasih.

        • admin

          Reply

          Salam, pada pandangan saya, lafaz yang diucapkan suami itu adalah lafaz cerai kinayah yang mana ia memerlukan kepada penjelasan niat suami sama ada niat bercerai atau tidak semasa melafazkan ayat tersebut. Sekiranya suami niat untuk bercerai, maka talak akan jatuh apabila isteri dipulangkan kepada keluarganya. Talak masih boleh jatuh sama ada puan dalam keadaan haid atau suci. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa.

      • Reply

        Assalamualaikum admin. Saya ingin bertanya? Jika sesuatu penceraian berlaku dan mahkamah akan keluarkan surat perintah mahkamah adakah kami perlu menghadiri satu sesi lagi dalam hal ini?

        • admin

          Reply

          Waalaikumussalam, pihak-pihak hanya perlu hadir ke mahkamah sepanjang kes berjalan sehingga kes diputuskan. Setelah mahkamah mengeluarkan perintah perceraian, maka pihak-pihak perlu pergi ke pejabat agama untuk urusan pendaftaran perceraian, pembatalan sijil nikah dan mendapatkan sijil cerai. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa dan kerja.

      • HH

        Reply

        Asslmkm, kalau suami tidak lafaz cerai tapi dalam whatsapp ade ayat2 macam mahu menceraikan saya adakah jatuh talak ye . Saya tiada masalah dengan dia cuma dia telah berkahwin lain dan perbuatan dia tidak lagi pulang kerumah sudah lebih 4 bulan dan tiada lg menelefon @ berwasap dengan saya menyebabkan saya tertanya2 tentang status saya tetapi nafkah dia tetap bagi. Saya tidak mahu mohon cerai sebab dia yang memulakan

        • admin

          Reply

          Salam puan, pada pandangan saya, jatuh talak sekiranya suami berniat untuk cerai semasa whatsapp tersebut dihantar kepada puan. Maka, saya cadangkan untuk puan failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim teliti dan siasat fakta kes, niat suami serta ayat-ayat yang dihantar tersebut sama ada jatuh talak atau tidak.

      • A

        Reply

        Salam admin, nak tanya. Saya & suami dah berkahwin 3 tahun lebih & ada anak seorang umur 2 tahun lebih tapi dari mula2 kahwin sampai skrg dia tak pernah bagi nafkah. Cuma tanggung komitmen sahaja. Tapi bukan komitmen saya. Komitmen rumah, api, air, wifi & bill phone dia je. Barang rumah semua saya & family saya yg beli termasuklah barang pampers anak. Saya dah berbincang dgn suami pasal ni dari umur anak sebelum setahun lagi. Saya minta utk suami cari pendapatan lain tp masih hangat2 tahi ayam. Tapi saya masih bagi peluang. Kali kedua saya bincang utk lepaskan saya jika tidak berkemampuan. Tp dia masih sayangkan saya. Saya beralah lagi demi anak. Kali ini saya dah tak berkemampuan utk bagi peluang sebab saya tidak berkerja lagi atas faktor anak tak ada sesiapa yg jaga. Saya terpaksa jual barang kemas motor handphone dll sebelum ini demi menampung komitmen saya termasuklah kereta saya. Sebab kereta tu je satunya kenderaan yg ada selepas jual motor. Kali ni kami terpaksa akur utk bercerai atas sebab suami tidak berkemampuan untuk memberi nafkah & nafkah anak. Kami sepakat utk bercerai secara baik. Boleh ke saya taknak tuntut nafkah yg lepas atas sebab tidak mahu bebankan suami?

        • admin

          Reply

          Salam puan, dari aspek hukum syarak, pemberian nafkah oleh suami kepada isteri dan anak adalah wajib. Dari segi perundangan, boleh sahaja sekiranya puan tidak mahu membuat sebarang tuntutan nafkah terhadap suami.

  41. Reply

    assalamualaikum saya nak tanya saya dan suami dah berpisah melalui Call dgn talak3 lepas itu saya tidak berpuas saya suruh dia voice melalui WhatsApp pun sama talak 3 kami dah tk duduk bersama dah 1thun lebih jadi macam mana yaa jika pergi ke pejabat agama nak turut kes cerai yang mcm mana yaa

    • admin

      Reply

      Salam puan. Puan perlu failkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah yang berbidangkuasa, ikut alamt tempat tinggal puan. Melalui kes tersebut, hakim akan tentukan samada lafaz cerai yang suami buat dulu jatuh talak atau tidak. Sekiranya, jatuh talak, puan boleh daftarkan perceraian di pejabat agama. Sekiranya tidak jatuh talak dan puan masih mahu meneruskan perceraian, puan perlu failkan kes baru iaiti kes permohonan cerai seksyen 47. Apa-apa pun perlu selesaikan kes pengesahan lafaz cerai terlebih dahulu.

      • Reply

        Salam admin…saya mau Tanya kalau saya sma suami sda stuju mau cerai dengan cara baik alasan x sefahaman…suami shrug sya urus cerai nanti pihak mahkamah cl dia,dia cakap dia akan iyakan saja apa yg pihak mahkamah tnya dia

        • admin

          Reply

          Salam puan, sekiranya puan dan suami bersetuju untuk bercerai, maka puan atau suami boleh failkan tuntutan perceraian di mahkamah syariah. Prosedur perceraian memerlukan kedua-dua pihak (suami dan isteri) untuk hadir ke mahkamah untuk suami lafazkan cerai kepada isteri di hadapan hakim.

  42. S

    Reply

    salam admin, 5 hari lepas suami telah melaps kan niat untuk menceraikan sya, apabila saya bertanya semula, beliau mengaku. pada waktu itu memang dia berniat untuk menceraikan saya, soalan saya, adkah saya ataupun dia yang perlu ke makamah untuk membuat pengesahan tersebut. jika sah jatuh dalam tempoh yg sama kami x bersama adakah memang sah jatuhnya, dan jika kami bersama tanpa membuat pengesahan di makamah adkah ia dikira rujuk semula. dan saya ingin bertanya jika waktu bersama saya tidak rela atau rehda dgn keadaan itu, adkah sah rujuk balik dalam fahaman bersama itu. saya sudah tawar hati dah hanya mahu jujur pada diri tidak hanya berpura2 hanya kerana sya mempunyai seorng anak hasil perkongsian bersama sebagi alsan untuk rujuk semula.

    • admin

      Reply

      Salam puan. Nasihat saya, puan perlu failkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah untuk hakim siasat fakta kes sebenar bagi menentukan jatuh talak atau tidak. Sekiranya tidak jatuh talak, puan belh failkan kes permohonan cerai sekiranya puan sudah bertekad untuk bercerai. Berkenaan rujuk melalui perbuatan terdapat khilaf, dalam mazhab Shafie tidak diterima.

  43. ZAINON

    Reply

    Salam Admin,

    Bolehkan lafaz cerai dilafazakan oleh suami di mahkamah melalui video call memandangkan suami berada di luar negara dan dalam kesulitan untuk pulang kerana situasi covid.

    • admin

      Reply

      Salam. Boleh puan dengan kebenaran hakim. Lebih-lebih lagi dengan keadaan pandemik sekarang. Berkenaan perbicaraan video call, lebih mudah sekiranya adanya peguam untuk menguruskan permohonan tersebut untuk tiga pihak (mahkamah, puan, dan suami yang di luar negara tersebut).

      • Anisa

        Reply

        Salam admin , saya dan suami selalu sangat bergaduh kerana dia selalu mengungkit kisah silam saya kerana saya seorang janda dan dia bujang ketika kami menikah. Kami nikah pun sebab anak . Tapi bila lama ii selalu sangat bergaduh , makin jelas perangai dia. Gaduh ii kena campak apa semua tu saya x kisah sangat lagi. Tapi yang saya tak boleh terima dye selalu mengungkit kisah silam saya. Sehingga saya sudah tawar hati. Saya minta untuk lepaskan saya tapi dia suruh saya curang dengan dia dulu baru dia nak lepaskan saya. Macam mana ya? Sedangkan saya dah tak ada hati dengan mana mana lelaki termasuk dia . Macam mana saya nak curang? Hmmm saya nak minta fasakh. Tapi saya buntu nak letak alasan apa. Boleh tolong saya tak? 🙁

        • admin

          Reply

          Salam puan. Saya bersimpati dengan keadaan puan. Banyakkan bersabar, berdoa, tahajud, dan teruskan melalukan amalan2 baik di hadapan suami agar lembut hatinya untuk berubah. Sekiranya masih ada ruang dan peluang untuk berbincang dan cari jalan penyelesaian, itu adalah lebih baik. Namun sekiranya puan rasakan bercerai jalan penyelesaiannya, saya nasihatkan puan failkan kes permohonan cerai di mahkamah. Bukan kes fasakh. Cukup alasan tidak bersefahaman sahaja tanpa perlu beban pembuktian seperti kes fasakh.

    • admin

      Reply

      Salam. Boleh puan dengan kebenaran hakim. Berkenaan perbicaraan video call, lebih mudah sekiranya adanya peguam untuk menguruskan permohonan tersebut untuk tiga pihak (mahkamah, puan, dan suami yang di luar negara tersebut).

  44. Izzati

    Reply

    Salam admin
    Saya ingin bertanya saya dgn suami telah 10thun mendirikn rumah tangga tetapi suami saya masih susah utk solat byk kali dinasihat dri ibu bapa mertua dan ibu bapa saya sendiri smpai saya sendiri malu bila dia berpura2 solat sedangkan tiap kali solat saya akan ajak dia skali saya buntu bukan kah dlm sebuah perkahwinan solat adalah tiang kepada rumahtangga itu sendiri jdi saya ingin menuntut penceraian bagaimana ye?? Terlalu lama masa yg saya berikan kpd suami 😭😭 saya malu dgn ank2 yg membesar dn bertanya kenapa ayah mereka tidak solat😭

    • admin

      Reply

      Salam puan. Saya bersimpati dengan keadaan puan. Banyakkan bersabar, berdoa, tahajud, dan teruskan melalukan amalan2 baik di hadapan suami agar terbuka hatinya untuk berubah. Kenalan saya turut mengalami masalah yang sama dengan puan, namun alhamdulillah atas kesabarannya dan kelembutannya mendidik suami, suaminya kini bukan sahaja tidak tinggal solat, bahkan selalu menjadi imam untuk dia dan anak-anak di rumah. In sha Allah, saya percaya puan pun mampu berbuat demikian. Namun, sekiranya puan merasakan sudah tidak bertahan, puan boleh failkan permohonan cerai di mahkamah yang berbidangkuasa kerana dalam sebuah perkahwinan perlu adanya mawaddah wa rahmah. Semoga urusan puan dipermudahkan.

  45. bungakertas

    Reply

    assalamualaikum.. boleh saya tahu apa beza permohanan cerai dgn pengesahan lafaz cerai? adakah pengesahan lafaz cerai itu sudah dikira sah bercerai ye? jika isteri enggan bercerai atas alasan yg kukuh masih boleh kah bercerai?

    • admin

      Reply

      Salam puan. Permohonan cerai ialah tuntutan oleh suami/isteri untuk bercerai dengan pasangannya dengan kebenaran Mahkamah. Manakala pengesahan lafaz cerai pula ialah untuk situasi di mana suami telahpun melafazkan lafaz cerai di luar mahkamah, jadi suami/isteri perlu faikan kes pengesahan lafaz cerai yang pernah dilafazkan oleh suami tersebut untuk hakim tentutkan samada lafaz cerai yang suami lafazkan tersebut, adalah sah atau tidak. Sekiranya sudah ada lafaz cerai yang dibuat oleh suami di luar mahkamah (rumah, pejabat, dalam kereta, di mana-mana sahaja tana kebenaran mahkamah untuk lafazkan cerai), puan hendaklah memfailkan kes pengesahan lafaz cerai secepat mungkin bagi menentukan lafaz cerai tersebut sah atau tidak. Namun, sekiranya suami belum lafaz cerai tapi puan mahu bercerai, maka puan boleh failkan kes permohonan cerai. Pemfailan kes pengesahan lafaz cerai tidak semestnya cerai itu dikira sah, ada keadaan di mana lafaz cerai tersebut tidak sah dan pasangan masih lagi suami isteri yang sah. Oleh sebab itulah, pihak-pihak perlu rujuk ke Mahkamah dengan segera sekiranya suami telah lafaz cerai di luar mahkamah. Sekiranya isteri enggan bercerai, mahkamah akan teruskan dengan prosedur seterusnya iaitu perlantikan Jawatankuasa Pendamai bagi tujuan cubaan mencari pendamaian antara pihak-pihak.

      • Bahtiar

        Reply

        Askum admin. Sy dh kawin selama 10 tahun. Sy sngt syg isteri n sanggup korban apa shj untk isteri. Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan ni sy tidak dpt nafkah batin dr isteri sebab dia bg tahu x da hati n perasaan dkt sy. Dari segi nafkah zahir sy laksanakan berterusan. Sy telah cuba berbincg secara damai dan buat bermacam cara untk berbaik tetapi isteri tetap dgn kptsan dia. Nafkah zahir zahir sy stop bg selama 4 bulan sudah sebab dia x nak n dia kata mampu sara sendiri. Dlm tempoh ini sy x blik dah rumah sebab dia tukar kunci. Sebelm ni kiranya sy blik umah, dia akan keluar dan tidak blik kiranya tahu sy berada dirumah. Dia penah bg tahu nk failkan cerai di mahkamah tp hingga skrg tiada apa2 pun. Apa yg perlu sy buat. Minta pendapat dr admin

        • admin

          Reply

          Salam encik. Saya bersimpati dengan situasi encik dan saya nasihatkan encik cuba berbincang heart to heart dengan isteri encik akan masalah yang berlaku. Cuba dengar keluhan isteri encik dan cuba dahulu selamatkan rumahtangga encik memandangkan encik masih sangat sayang pada beliau. Banyakkan doa dan tahajud. Sekiranya keadaan masih sama, encik boleh failkan tuntutan isteri kembali taat. Dalam masa yang sama, meskipun isteri menyatakan kemampuan beliau untuk menyara diri, encik masih perlu memberikan nafkah zahir buat beliau dan ambil semula hatinya. Semoga dipermudahkan urusan.

  46. Nasha

    Reply

    Salam,bagaimana jika isteri memohon cerai kerana perangai suami kuat berjudi online sehingga wang pun habis.Dapat duit berjudi semula.Bolehkah isteri memohon cerai jika suami sebegini.Dan jika suami tidak mahu berubah dan tidak mahu menceraikan isteri.bagaimana?

    • admin

      Reply

      Salam puan. Boleh puan, isteri ada hak untuk failkan permohonan cerai sekiranya merasakan tiada lagi hubungan kasih sayang dalam rumahtangga tersebut hingga menyukarkan pihak-pihak menjalankan tanggungjawab suami isteri. Pandangan saya, cuba puan dan suami berbincang sebaik mungkin dan cuba cari jalan penyelesaian berkenaan masalah judi tersebut. Mungkin susah untuk buat, namun puan cuba nasihatkan suami dengan cara yang baik tentang tabiat berjudi tersebut, share video-video tazkirah pendek berkenaan judi kepada suami, dalam masa yang sama doakan lembut hai beliau untuk berubah dan berhenti berjudi. Sekiranya masih gagal, puan boleh failkan permohonan cerai di mahkamah yang berbidangkuasa.

  47. nur atiqah afandi

    Reply

    assalammualaikum..macam kes saya nisuami dah lafazkan cerai kat sy dlm kereta,kami bersetuju untuk bercerai secara damai,mula2 suami dan pegi mhkmah untuk daftar penceraian..suami diberi beberapa krping borang untuk di isi dan sy diminta hadir pada minggu hadapan..sebelum tarikh mhkmh,suami sy kena tahan pihak polis dan dimasukkan ke dalam lokap ats kesalahan yg dia lakukan,bila tarikh mhkmh sampai suami masih belum bebas..apa yg perlu saya lakukan untuk selesaikan kes ni secepat mungkin..adakah sy perlu mendaftar semula dimhkmh??

    • admin

      Reply

      Salam puan, sekiranya suami puan sudah lafazkan cerai dalam kereta tersebut, kes yang perlu difailkan ialah kes pengesahan cerai. Sekiranya masih belum lafaz cerai, namun puan mahu bercerai, maka puan perlu failkan kes permohonan cerai. Berkenaan isu suami puan dalam lokap, tiada masalah, sekiranya kes sedang berjalan di mahkamah, suami masih boleh hadir ke mahkamah dengan proses tertentu.

    • Yan

      Reply

      Sy terkesan bila trbaca kes puan, cuma luahan sy, puan sabar lah sketika…walaupn keadaan skrg mgkn puan ingin trasa lepas dr segala2 dlm prkhwnan ini.. tp hrgailah seketika suami didlm duka/musibah.. prgi lawat suami d lokap, mklumkn pdnya puan hdir dasar rasa hrmat dn simpati.. jd saat akhir puan dgn tunjuk rasa simpati wlau tawar hati.. insyallh suami lagi terbuka dn lebih byk mmbantu utk mlepaskn puan bila dia bebas.. pcayalah kata2 saya.. buat lah baik saat2 akhir ini ..lelaki pasti lagi gentleman mlpskn wanita dia cintai.. pcayalah

  48. Reply

    Assalamualaikum
    Says telah me daftar perceraian secara fasakh sebulan yg lepas. Sebutan les pada 27/5. Selepas sebulan ni, Saya rasa Saya tidak ingin meneruskan perceraian ini. Boleh lah saya berbuat begini.

    • admin

      Reply

      Salam. Puan/Encik boleh failkan notis penarikan balik di mahkamah. Tiada masalah. Didoakan rumahtangga puan/encik kembali baik dan bahagia sampai syurga. 🙂

  49. Acuu

    Reply

    Assalam tuan/puan. Bagaimana utk selesaikn masalah dimna si suami bila marah sering mengeluarkan kata2 sperti penghinaan, makian sehingga memberi trkesan dlm hati isteri. Isteri hanyalah suri rumah. Utk tambahan, si suami pernah naik tgn ke muka isteri atas alasan utk mengajar. Si suami pulak agak sukar utk dibawa bincang. Bila mahu bincang akn ada juga keluar kata2 sprti yg dinyatakn di atas drpd suami. Si isteri sudah tak tahan mohon utk brjauhan sementara tpi si suami ugut. Kalau si isteri buka aib si suami, si suami akn bt sesuatu. Ada anak berusia 2 tahun. Boleh dikata isteri sudah tawar hati sbb si suami pernah naik tgn. Sekian, terima kasih.

    • admin

      Reply

      Salam puan. Saya bersimpati dengan keadaan puan. Sekiranya puan dan suami sudah cuba berbincang namun tiada penyelesaian, puan boleh failkan permohonan cerai di mahkamah meskipun suami tidak bersetuju. Perkahwinan perlukan hubungan yang ada kasih sayang. Sekiranya sampai mencederakan, puan boleh buat laporan polis untuk kegunaan di mahkamah kelak. Dalam masa yang sama, banyakkan doa dan mungkin boleh amalkan ayat 70 surat zukhruf masa puan sediakan hidangan untuk suami, mudah-mudahan jadi doa agar suami boleh berubah dan sama-sama bercinta hingga syurga. In sha Allah. Moga dipermudahkan urusan puan.

    • Nurul

      Reply

      Assalam. Mohon bertanya, suami saya seorang bekas banduan sebelum ini dalam kes dadah, dan saya pernah ditinggalkan semasa mengandung kerana dia ditangkap polis selama 2 tahun lebih. Kemudian selepas dia pulang, dia berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya. Saya berikan dia peluang dan selepas lebih kurang 2 tahun, dia ditangkap atas kes pecah amanah pula. Dan sekarang beliau dalam tempoh jamin kerana tidak mengaku atas kesalahannya. Saya berasa agak tertekan kerana suami melakukan banyak hal yang memudaratkan saya dan anak anak, dan kami seolah olah tidak hidup dgn perasaan yg selamat bersama dia. Saya telah meminta utk dilepaskan kerana dia masih tidak berubah. Boleh saya tahu sama ada sekiranya saya memohon fasakh. Adakah hakim boleh meluluskan kebenaran saya? Saya sudah tidak tahan kerana makin hari dia sudah kerap menipu dan banyak masalah yang dia lakukan. Bantu saya.

      • admin

        Reply

        Salam puan, berdasarkan situasi puan, pada pendapat saya, puan boleh membuat tuntutan fasakh kerana perbuatan mudarat suami yang menyebabkan puan rasa tertekan adalah termasuk dalam kategori lazim menyakiti (salah satu alasan yang diperuntukkan di dalam enakmen untuk tuntutan fasakh). Namun, saya sarankan untuk puan teruskan dengan tuntutan perceraian (seksyen 47) sahaja sekiranya masih nekad untuk bercerai kerana proses dan tempoh masa untuk tuntutan perceraian adalah lebih mudah, tidak perlu proses bicara yang memakan masa lama sepertimana fasakh.

  50. Azira

    Reply

    Assalamualaikum, admin nak tny jika si suami kahwin atas dasar paksa dari family , kemudian si suami mahu bercerai kerana tiada perasaan dekat si isteri dan tidak bersetubuh untuk beberapa bulan adakah boleh diterima ?

  51. Juneda

    Reply

    Assalamalaikum puan..
    Saya berkahwin sudah 6 tahun.. Belum ada anak.. Suami saya sudah banyak kali kena tangkap reman bersabit dgn penggunaan dan pengedaran syabu. Kali terakhir beliau masuk penjara kerana kesalahan pecah rumah. Disingkatkan cerita, beliau ada bertaklik kepada saya bahawa beliau akn berubah dan meninggalkan syabu. Jika beliau masih menggunakan syabu, maka jatuh talak satu keatas saya. Tapi tiada saksi pada masa itu, hanya kami berdua saja. Dan beliau juga ada menjunjung Quran. Tapi baru2 ni saya ada terjumpa brg2 yg beliau guna untuk mengambil syabu, maka apakah sudah jatuh talak terhadap saya? Sekiranya tidak, bolehkah saya mknta diceraikan kerana saya memang tak suka dengan benda2 mcm tu.. Harap puan boleh jelaskan. Terima kasih

    • admin

      Reply

      Salam puan. Untuk situasi puan, dinasihatkan puan untuk failkan kes pengesahan lafaz cerai terlebih dahulu kerana pernah ada lafaz taklik dari suami puan. Sekiranya hakim memutuskan talak tersebut tidak sah, maka puan boleh failkan permohonan cerai sekiranya masih ingin menruskan perceraian. Semoga urusan puan dipermudahkan.

  52. Aini

    Reply

    Saya fail kan cerai sbb suami xnk cerai kan saya. Saya dah x sefahaman.saya dh buat aduan sbb². Dh skkrg sya tgu keputusan kes saya. Sbb ustazah bgi thu dh bwk kes sy ke jg untk. Proses guaman. Berpa lama sy harus tggu. Sy dh x sanggup😭 blh bg saya cadagan untk percpt kan proses pencerai sy..

    • admin

      Reply

      Salam puan. Sekiranya sudah tidak sefahaman dan keadaan tidak dapat dipulihkan, puan boleh failkan kes permohoan cerai di mahkamah. Untuk menyegerakan proses cerai, sekiranya suami bersetuju cerai sahaja boleh selesai pada hari yang sama. Sekiranya suami tidak setuju cerai, perlu melalaui beberpa proses mahkamah. Sekiranya puan mengatakan hanya tunggu keputusan, maka proses tersebut sudah tidak lama. Hanya perlu hadir sekali lagi sahaja ke mahkamah untuk mendengar keputusan. Namun in sha Allah lambat laun, perceraian tersebut tetap akan dibenarkan sekiranya ada pihak yang masih inginkan perceraian. Berbeza dengan kes fasakh yang perlukan pembuktian di mahkamah, sekiranya berjaya membuktikan suami telah melakukan alasan-alasan fasakh yang dinyatakan semasa pemfailan kes, maka hakim boleh membubarkan perkahwinan. Sekiranya gagal membuktikan, hubungan pihak-pihak masih sebagai suami isteri yang sah. Semoga urusan puan dipermudahkan dan banyakkan bersabar In sha Allah ada hikmah atas setiap yang terjadi.

  53. liza

    Reply

    Assalamualaikum,, saya nak bertanya. Saya telah berkahwin 3 tahun yang lalu tapi perkahwinan tiada dalam mana-mana rekod sebab hanya dinikahkan oleh imam sahaja. Suami pula tiada mempunyai apa-apa dokumen diri. Jadi tiada apa-apa dokumen untuk membuktikan yang kami suami isteri. Sekarang ini saya ingin memohon penceraian berikutan saya tidak lagi mampu hidup sebegini dimana tiada apa-apa dokumen, sukar untuk saya memohon apa-apa bantuan sedia ada. Sekiranya sampai bila-bila dokumen juga tiada maka sampai bila-bila saya juga tidak boleh untuk mengandung.

    • admin

      Reply

      Salam puan. Saya nasihatkan puan untuk daftarkan pernikahan puan. Failkan pengesahan nikah di mahkamah untuk dapatkan dokumen bertulis hitam putih status pernikahan puan dan suami untuk kegunaan masa akan datang.

  54. alyna

    Reply

    assalamualaikum,
    saya sudah failkan fasakh dan telah 2sebutan,saya mohon fasakh kerana suami curang dengan saya banyak kali dan tidak menjalankan tanggung jawab sebagai suami.juka suami panas baran dan pukul isteri.suami juga banyak hutang hingga saya tidak mampu untuk tolong juga family mertua selalu tutup kesalahan anak dia dan salahkan kepada saya.suami tak setuju untuk bercerai..
    pada sebutan hakim mintak suami sebagai defendent membuat surat bela diri..saya nak tahu apa yang akan berlaku sekiranya suami gagal membuat dan berapa lama lagi kes saya akan selesai?

    • admin

      Reply

      Salam puan. Sekiranya suami puan tidak memfailkan pembelaan seperti yang diarahkan, hakim boleh memberi peluang sekali lagi kepada suami sekiranya ada alasan yang munasabah mengapa beliau tidak memfailkan pembelaan tersebut. Sekiranya suami puan masih tidak memfailkan pembelaan,kes boleh diteruskan dengan perbicaraan.

  55. Shima

    Reply

    Salam..sy nak tanya.august 2019 suami sy lafazkn talak melalui telefon.tp Masa tu sy di kl dan dia di sarawak.sy bekerja dan tiada Masa nak balik uruskan.nak uruskan sini tp kos Mahal sgt.bru sekarang 2021 nk uruskan Surat cerai.adakah kes sy ni jd sangat2 rumit nanti.tapi Kita berdua bercerai atas persetujuan sama2 dan tiada paksaan.

    • admin

      Reply

      Salam puan. In sha Allah kes puan tidak rumit dan mudah diuruskan. Sekiranya ada pihak-pihak yang tidak dapat hadir ke mahkamah atas faktor jarak yang jauh, boleh mohon kebenaran hakim untuk jalankan kes melalui video conference, di mana lebih mudah sekiranya ada peguam yang uruskan permohonan video conference tersebut.

  56. User

    Reply

    assalamualaikum, sy nak bertnya.
    Pda 3 thun lepas dlm keadaan mabuk Dan tidak sedar , isteri ckp sy telah menceraikan die , tp tidak fail pengesahan lafaz cerai. Dan selepas 3 thun ni isteri ade scandal@bf die Mula mencari Salah n pertikaikan lafaz cerai 3thun lepas sah atau tidak Dan meminta untuk fail semula pengesahan lafaz cerai atas SBB die mau becerai Dan hidup dgn scandel die. Sy xnk ceraikan die. Skrng die DH sebulan xnk blek kerumah pertikaikan mslh ni Dan mengungkit mase Silam sedangkan sudah 3thun berbalu n sy sudah berubah. Disebabkan ade jantan lain mcm2 die ungkit bende lame utk dijadikan Alasan die ade jantan lain. Mohon pandangan t.kasih.

    • User

      Reply

      assalamualaikum, sy nak bertnya.
      Pda 3 thun lepas dlm keadaan mabuk Dan tidak sedar , isteri ckp sy telah menceraikan die , tp tidak fail pengesahan lafaz cerai. Dan selepas 3 thun ni isteri ade scandal@bf die Mula mencari Salah n pertikaikan lafaz cerai 3thun lepas sah atau tidak Dan meminta untuk fail semula pengesahan lafaz cerai atas SBB die mau becerai Dan hidup dgn scandel die. Sy xnk ceraikan die. Skrng die DH sebulan xnk blek kerumah pertikaikan mslh ni Dan mengungkit mase Silam sedangkan sudah 3thun berbalu n sy sudah berubah. Disebabkan ade jantan lain mcm2 die ungkit bende lame utk dijadikan Alasan die ade jantan lain. Boleh ke sy failkn nusyuz..Mohon pandangan t.kasih.

      • admin

        Reply

        Salam. Terlebih dahulu adalah lebih baik untuk failkan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah untuk lafaz talak 3 tahun lepas untuk menentukan status perkahwinan encik dan isteri. Berkenaan nusyuz, berpandukan Surah Nisa, ayat 34, saya nasihatkan untuk mengambil langah seperti berikut : nasihatkan isteri, asingkan tempat tidur, atau pukul mereka (sekiranya perlu) dan pukul disini mestilah bukan bersifat mencederakan. Sekiranya masih sayangkan perkahwinan tersebut, encik boleh failkan tuntutan isteri kembali taat.

    • admin

      Reply

      Salam. Sebaiknya encik failkan kes pengesahan lafaz cerai terlebih dahulu meskipun lafaz tersebut dikatakan dilakukan ketika mabuk untuk menentukan status perkahwinan encik dan isteri. Sekiranya lafaz cerai tidak sah, encik boleh failkan tuntutan isteri kembali taat.

  57. Reply

    Salam
    Sy hendak bertanye.. Si isteri sudah failkan kes penceraian seblum si suami fail..si suami fikir si isteri dh nusyuz ( sudah 3 bulan tidak beri nafkah )sdngjkan si isteri dpt keizinan dr suami boleh kerja dn hntar anak di rumah pengasuh di mane si isteri duduk tempt asal sblm berkhwin..
    Si suami kata nusyuz,curang,pelacur,perempuan sial,perempuan yg dh rosak selepas bersalin… kepada si isteri sdngkan ini fitnah hnye 1 gambar saje..dalam gamabr itu bukan si isteri tp orng lain.
    Dan si suami suka maki2 family dia sendiri,mertua,serta org disekeliling, dan si suami tak reti nak buat keputusan sendiri hnye bergantung pada mak@ayah…
    Dan lebih menyedihkan si isteri kalo si suami marah @ stress di tmpt kerja @ mane2 bolehke lepaskan marah kpda si isteri dan anak?? X naik tngan cuma baling2 barang tendang2 brng..
    Dan ada mesej dr si suami bgthu dh settle proses penceraian??
    Si suami mesej demi Allah kalo boleh percepatkn kes penceraian
    Si suami mesej lg boleh percepatkn kes pencerai kalo boleh mnta tlong tok kadi ke..
    Apakah hukum bila suami mcm ni?? Dn hak pergajaaan anak2 mcm mane??

    • admin

      Reply

      Salam puan. Sekiranya terdapat pertindihan kes cerai di mana kedua-dua pihak telah memfailkan kes yang sama, maka hanya satu kes sahaja akan didengar iaitu yang telah difailkan terlebih dahulu. Untuk hak jagaan anak, puan perlu failkan kes hak jagaan anak di mahkamah tinggi syariah yang berbidangkuasa.

      • nurul

        Reply

        hi assalamualaikum. sya baru mndirikan rumah tangga dalam setahun lebih dan masih tidak mempunyai anak dan kami PJJ. Masalah disini suami saya baru mengaku yang dia mempunyai tabiat buruk iaitu kaki minum dan tidak mudah untuk berhenti. saya tidak boleh terima hubungan ini kerana memikirkan apa yang berlaku pada masa datang. suami ada memberi pilihan samada untuk terima dia atau bawa haluan masing2. saya memilih untuk berpisah kerana tidak sanggup terseksa. suami jarang datang jumpa saya, lebih mementingkan kawan2. Bole dikira berapa kali sahaja kami berjumpa dan dia tidak pernah sekalipun mengajak saya untuk tinggal bersamanya biarpun saya berkali2 ingin hidup dengannya sblm saya mengetahui tabiat buruknya. boleh ka saya buat permohonan cerai secara baik? dan bagaimana pula proses kalau masing2 PJJ ?saya perak dan dia kedah

        terima kasih

        • admin

          Reply

          Salam puan, pada pandangan saya, puan boleh teruskan tuntutan perceraian di mahkamah syariah yang berhampiran dengan tempat puan bermastautin. Sekiranya kedua-dua pihak setuju untuk bercerai, maka proses perceraian adalah lebih mudah asalkan suami hadir pada hari kes dijalankan. Maaf atas kelewatan jawapan kerana kekangan masa.

  58. Saidrolshah bin Ismail

    Reply

    Assalamualaikum tuan kes saya isteri curang ada bukti gambar dhotel bogel dgn lelaki dorg selfe , saya ada tampar bini saya . Pada masa itu saya kluar rumah lebih kurang 2 mingu anak dan isteri merayu supaya saya balik rumah . Setelah fikirkan anak saya balik rumah isteri saya cakap asalkan kau balik walaupun kau tidak layan saya dgn baik isteri sanggup itu kata isteri . Lepas kejadian itu ada perkara isteri buat selfe dgn lelaki dan video col dhp dia saya btanya jelaskan siapa dia tidak jelaskan smpi btengkar bila saya nak ambil HP dia sempat buang jadi pegelutan bila saya DPT HP gambar telah dibuang saya tampar pipi dia . Terus keluar x vlcakap cerai . Pasal saya keluar untuk elak kjafldian tidak diingini . Esoknya saya col dia blok HP saya dan buang frend FB . Bila saya cerita dgn abgnya perkara jadi rumit . Persoalan saya kalau terjadi perceraian anak boleh kah saya dapatkan pejagaan . Kerana dia curang

    • admin

      Reply

      Salam encik. Untuk hak jagaan anak, encik boleh dapatkan hak jagaan anak tersebut sekiranya encik dapat membuktikan di mahkamah ketidaklayakan isteri untuk menjadi penjaga anak tersebut antaranya apabila isteri berkelakuan buruk secara terbuka, murtad, menganiaya anak, dan menjauhkan anak dari encik. Encik boleh failkan kes custody tersebut di mahkamah tinggi syariah yang berbidangkuasa.

  59. ADA

    Reply

    Assalamualaikum
    Saya ingin bertanya bolehkah isteri memfailkan penceraian sekiranya sudah tidak sefahaman. Saya mempunyai 2 anak .Saya dah mencuba untuk memujuk hati saya ini menyayangi dia tapi saya tak boleh. Suami banyak kali cuba menjalinkan hubungan dengan perempuan lain menerusi media sosial . Suami memang kaki media sosial dengan banyak facebook,mi chat,whatapp group ,telegram,instagram dan semuanya ini untuk urusan mencari perempuan dan enjoy. Pernah kantoi dengan saya hubungan serius dia dengan wanita sehingga merancang untuk berkahwin. Saya tak sanggup untuk memadu kasih sebab saya tahu tahap kemampuan saya memang saya tak boleh berkongsi kebahagian saya. Saya pernah suarakan hasrat saya untuk bercerai kerana saya dah bosan dengan perangai dia tapi dia cakap dia takkan ceraikan saya. Saya dah tak sanggup nak hadap semua ini dan sudah bosan dengan pernagai ini. Bolehkah saya failkan penceraian?

    • admin

      Reply

      Salam. Boleh puan. Tiada masalah. Puan boleh failkan kes permohonan cerai di mahkamah rendah syariah yang berbidangkuasa meskipun suami enggan ceraikan puan. Saya doakan urusan puan dipermudahkan.

      • Kirana

        Reply

        Assalamualaikum..
        Sy ingin bertanya…berkenaan kes puan diatas, apakah boleh letak alasan tidak sefahaman atau berlalu pecah belah dalam rumahtangga?bagaimana pula jika suami tidak mahu melepaskan isterinya itu..brp lamakah anggaran masa yg diambil utk proses penceraian sebegini jika suami enggan melepaskn isterinya?

        • admin

          Reply

          Salam puan, berkenaan alasan cerai tersebut, boleh dimasukkan alasan-alasan sepertimana yang puan sebutkan itu. Berkenaan anggaran masa proses perceraian pula, sekiranya suami tidak setuju untuk melafazkan talaq, maka kes tersebut boleh berlanjutan dalam masa 2 bulan hingga 9 bulan, kadangkala lebih lama lagi, kerana ini bergantung kepada kehadiran suami dan isteri ke Mahkamah pada masa yang ditetapkan, sama ada lantikan wakil ke Jawatankuasa Pendamai dan Majlis Hakam dibuat mengikut prosedur, perjumpaan Jawatankuasa dan Majlis berjalan seperti dijadualkan, kelapangan masa Mahkamah, kelapangan masa Peguam yang dilantik (jika ada), dan pelbagai lagi faktor.

  60. adi

    Reply

    Admin, saya nak tanye. jika kami suami isteri sudah setuju untuk buat persetujuan penceraian bersama, selalu nya brp hari masa yang diambil utk dipanggil suami isteri untuk mengesahkan kat court yg kami mmg brsepakat utk bercerai cara baik?? anak pun kami mahu jagaan bersama dan adakah suami perlu bayar nafkah lagi pada isteri kerana isteri pun bekerja dan suami pun bekerja.ada cerai express ke? atau kena tggu 14 hari ? atau 21 hari utk dipanggil bicara?

    • admin

      Reply

      Salam. sekiranya ada persetujuan, kes boleh dilakukan secra fast track di mana daftar hari yang sama dan didengar/diputuskan pada hari yang sama. Berkenaan nafkah isteri, sekiranya telah bercerai tidak perlu lagi encik bayar nafkah isteri, namun isteri berhak mendapat nafkah iddah sepanjang tempoh iddah.

  61. fitri

    Reply

    salam sy nk tanya isteri sy bermastautin di kuala lumpur kerja pun di kuala lumpur,tp dia mohon cerai di mahkamah n9,ic dia alamat kampung n9.mohon penjelasan,kerana sy nk hadir ke sana agak jauh.dan memerlukan kos.

    • admin

      Reply

      Salam encik, pemfailan kes di mahkamah syariah adalah sama ada mengikut tempat mastautin ataupun mengikut alamat ic pemohon. Maka, dalam situasi ini, pihak isteri telah mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan encik selaku defendan masih perlu hadir pada tarikh yang telah ditetapkan.

  62. broken heart

    Reply

    Salam admin..
    sy dan suami tiada la sefahaman kerana sikap cemburu suami yang sangat kuat..sering menuduh saya..mengonkong saya..malah sudah 2 kali melafazkan ‘kalau kau tipu aku jatuh talak’ ‘kau bukan isteri aku lagi kalau kau tipu aku’..maksud tipu tu mcm mane??sy dan suami duduk.pjj kerana suami offshore..adakala nya sy trpaksa menipu sbb sikap cemburu dia y membuak2.sy jd tkt sendiri dengan sikap dia.sy dah kecewa sgt..sebab mudah sgt ayat tu keluar dr mulut die..sy rasa kami dah tk boleh hidup bersama lg..boleh ke sy buat tuntutan cerai..sy mohon suami lepaskan saya dengan baik..sy tknk bergaduh demi ank anak.tp.kami mmg dh tk sefahaman lg.ada saje tk kena..

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, pada pandangan saya, lafaz “tipu” itu memerlukan kepada penjelasan suami apa yang beliau maksudkan dengan perbuatan tipu tersebut. Sekiranya perbuatan tipu yang puan lakukan itu adalah sepertimana yang dimaksudkan suami semasa beliau melafazkan talak tersebut, maka jatuh talak. Maka, saya nasihatkan puan untuk memfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah (sekiranya belum) untuk kesemua lafaz cerai yang pernah dibuat suami untuk hakim siasat fakta kes dan maksud sebenar suami mengenai lafaz-lafaz yang telah dibuat untuk hakim mengesahkan sama ada telah berlaku perceraian atau tidak. Puan boleh meneruskan dengan tuntutan cerai sekiranya puan merasakan sudah tidak ada lagi persefahaman dan tiada jalan lain yang terbaik untuk puan dan suami. Namun, puan perlu memfailkan pengesahan lafaz cerai terlebih dahulu. Sekiranya hakim mendapati bahawa telah berlaku perceraian melalui lafaz yang telah dibuat suami sebelum ini, maka tuntutan perceraian sudah tidak relevan lagi. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan kerja. Semoga puan dikurniakan ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

  63. Firdaus

    Reply

    Salam,
    Awal tahun ini saya dapati hubungan perkahwinan 9 tahun saya dan isteri agak hambar dan laib dari sebelum ini. Selepas check HP isteri, saya dapat bukti (yang masih saya simpan) bahawa dia telah pun curang dengan rakan sekerja. KAmi masih lagi suami isteri ketika ini, anak 2, dan ketika ini setelah lama berfikir, saya rasa kami patut berpisah. Dia masih lagi tidak mengaku bahawa dia curang, dan jarang berada di rumah. Bolehkah hak penjagaan anak jatuh kepada saya?

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, hak penjagaan anak kebiasaannya akan dapat pada si ibu. NAMUN, sekiranya encik dapat membuktikan bahawa ibu telah hilang kelayakan sebagai penjaga (sepertimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang keluarga islam – bab penjagaan, contoh: seksyen 82 hingga 84 enakmen undang-undang keluarga islam selangor), maka hak jagaan boleh berpindah kepada bapa. Maka, encik perlu kemukakan bukti-bukti kukuh serta membawa saksi sekiranya ada untuk menguatkan lagi kes dan alasan bahawa encik adalah orang paling layak untuk menjadi penjaga kepada anak-anak. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan kerja.

  64. Faiz

    Reply

    Assalamualaikum. Saya dari P.Pinang. Saya adalah seorang bekas banduan yg dipenjarakan selama lebih 3thn atas kesalahan jenayah. Ketika hampir sebulan sebelum bebas, isteri mohon pada saya untuk berpisah. Setelah berbincang, kami bersetuju untuk berpisah secara baik dan kekal berkawan kerana anak2. Boleh tuan perjelaskan bagaimana proses dan prosedur untuk proses penceraian. Sekarang saya telah berpindah ke Terengganu dan isteri tinggal di P.Pinang. Mohon tuan dapat beri pencerahan.

    • admin

      Reply

      Wassalam, sekiranya masih belum meneruskan dengan proses perceraian, encik boleh memfailkan perceraian sama ada di tempat mastautin encik sekarang – Terengganu (perlu kemukakan surat akuan mastautin) ATAU boleh failkan di daerah yang sama dengan alamat ic encik. Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai, maka kes boleh didengar pada hari yang sama secara fast track, dengan syarat dokumen-dokumen telah lengkap, kes telah didaftar dan kedua-dua pihak juga hadir pada hari tersebut. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan kerja. Semoga segala urusan encik dipermudahkan.

  65. Nad

    Reply

    Assalamulaikum
    Suami sy telah lafazkn cerai dkt sy dalam keta. Apa yg perlu saya buat?? Apakah perbicaraan dimahkamah nnti akan terbuka??

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Ya perbicaraan di mahkamah terbuka. Perlu failkan kes pengesahan cerai di mahkamah rendah syariah terdekat

      • Aisyah

        Reply

        Assalamualaikum tuan.. Sya cuma mau tahu apa kh sya perlu buat sekarang terhadap suami sya..yang berlaku curang dalam telefon dan dia selalu video col dengan perempuan tu.. dan memperlihat kn kemaluan sesama sendiri… Sepatutnya perkara begitu tdk wajar dia lakukan .. Ada kh sya harus buat pemohonan untuk bercerai..

        • admin

          Reply

          Salam puan. Saya bersimpati dengan situasi puan. Sekiranya puan dan suami sudah berbincang sehabis baik untuk mencari jalan penyelesaian dan memperbaiki rumahtangga, namun tidak mendapat penyelesaian yang dimahukan, puan boleh failkan permohonan cerai di mahkamah rendah yang berbidangkuasa.

      • Saiful sahrizan

        Reply

        Assalamualaikum admin sy syg kn istri sy lg istri mtk cerai fasak sy x fhm dn agak keliru

        • admin

          Reply

          Salam encik. Untuk kes fasakh, pihak isteri perlu buktikan pada mahkamah berkenaan alasan yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan mengapa hakim perlu bubarkan perkahwinan tersebut. Sekiranya isteri gagal buktikan, maka sukar hakim untuk bubarkan perkahwinan tersebut. Sekiranya encik masih sayangkan isteri encik, encik cuba pujuk beliau dan sama-sama berbincang dan perbaiki kesilapan masing-masing. Sekiranya isteri berlembut hati dan boleh memberi peluang, isteri boleh tarik balik kes.

      • jonny

        Reply

        assalam admin..saya sudah berkahwin selama 6 tahun dan mempunyai 2 org anak berumur 5&6 tahun.. baru2 ni ada bergaduh besar dengan istri disebabkan istri ada curang bersama lelaki lain di laman sosial..apa yg saya fahamkan masih tidak pernah berjumpa mungkin atas pergerakkn..ape langkah terbaik untuk saya selesaikan perkara ini?dan siapa berhak atas penjagaan anak? bini gaji kcil..dan selama ni saya yang menguruskan perbelanjaan ank..tentang nafkah istri saya beri tapi tak lah banyak..terima kasih

        • admin

          Reply

          Salam encik. Pandangan saya, cuba encik dan isteri berbincang terlebih dahulu berkenaan masalah yang dihadapi, mana tahu rumahtangga encik dan isteri mungkin masih diselamatkan. Berkenaan hak jagaan anak, sekiranya encik bertekad untuk meneruskan perceraian, encik boleh failkan kes hak jagaan anak di mahkamah tinggi syariah yang berbidangkuasa, samada encik mahukan hak jagaan anak atau hak melawat & bermalam sahaja sekiranya anak diletakkan di bawah jagaan ibu. Sekiranya encik mahukan anak-anak diletakkan di bawah jagaan encik, encik perlu membuktikan kpada mahkamah bahawa isteri telah hilang hak kelayakan sebagai penjaga, antaranya si ibu telah berkahwin lain setelah bercerai nanti, berkelakuan buruk secara keterlauan/terbuka, murtad, prnah menganiaya anak, atau sengaja menjauhkan anak dari encik. Berkenaan nafkah anak, sebagai bapa, memang sudah menjadi tangungjawab encik untuk menanggung nafkah mereka tidak kira isteri bergaji kecil atau besar, namun sekiranya isteri berkemampuan, isteri boleh sama-sama membantu dalam berbelanja untuk keperluan anak.

      • admin

        Reply

        Sekiranya puan telah failkan kes di mahkamah dan kes telah diputuskan, puan boleh follow up di mahkamah sebulan dari tarikh keputusan. Kemudian, perintah tersebut hendaklah dibawa ke pejabat agama untuk tujuan pendafataran perceraian bagi mendapatkan sijil cerai.

      • Nurul asyikin binti Ismail

        Reply

        MCM mana nk dpt suruh bercerai. Suami saya ada dlm penjara

        • admin

          Reply

          Salam puan, sekiranya suami dalam penjara, puan masih boleh failkan tuntutan perceraian di mahkamah syariah. Secara umumnya, puan perlu lampirkan satu permohonan OTP (Order to produce) iaitu permohonan untuk keluarkan banduan di dalam penjara untuk hadiri kes. Pihak mahkamah akan menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai proses ini sekiranya puan ingin teruskan dengan tuntutan perceraian.

    • qisty90

      Reply

      assalamualaikum puan moga puan sihat,sy ada bbrp soalan nk bertanya tentang isi borang perceraian……dan sy nk ceritakan keadaan sebenar…..mohon sangat puan bantu sy dlm hal ni…….nombor sy 0195636544…….

      • admin

        Reply

        Salam puan. Maaf atas kelewatan. Puan boleh hubungi kami di talian 010-3520090. Semoga urusan puan dipermudahkan.

        • Snoni

          Reply

          Assalamualaikum, bagaimana pulak dengan masalah sy skg suami pernah melepaskan perkataan aku akn ceraikan kau, dan akan lepaskan kau, jika itu kau mahu…..sebab kami suami isteri jarak jauh. Bila sy minta dia dtg balik negeri saya tggl utk settle kann masalah utk cerai, skg dia tidak mau pulak ceraikan di sebabkan family sy tidak izinkan…..dan dia berkata tidak bole buat apa2 di sbbkan fmily…. Jadi skg sy di lema perkahwinan kami di atur family, aku suda tidak tidur sebilik dgn dia atas sbb tawar hati suda tidak mau dia jadi suami lagi, suda tiada perasaan syg

          • admin

            Reply

            Salam puan. Berkenaan lafaz suami puan tersebut, adanya perkatan “akan”. Maka, berdasarkan pernyataan puan di atas, lafaz talak tersebut masih tergantung dengan tempoh masa (akan), belum lagi jatuh. Sekiranya puan sudah berbincang sehabis baik dengan suami dan masih tidak mampu menyelamatkan lagi rumahtangga puan dan suami, puan boleh failkan kes permohonan cerai di mahkamah. Semoga urusan puan dipermudahkan.

    • Reply

      Assalamualaikum…
      Saya dgn suami saya dh 2 bulan tak duduk serumah… Nafkah saya dye tak bgy tpy kt acc transfer dye tulis nafkah.. Tpy duit tuh untuk beli barang ank… Dan dye sendiri ajak saya untuk naek mahkamah… Tpy saya naek kaunseling.. Pe yg perlu saya buat.. Untuk teruz kn kaunseling or mohon fail kn cerai? Sebab dye nk lpz kn saya.. Saya dn suami saya dh tak sefahaman..

      • admin

        Reply

        Salam puan. Sebelum ambil keputusan untuk bercerai, saya nasihatkan puan dan suami untuk cuba berbincang terlebih dahulu berkenaan masalah dan halatuju rumahtangga puan. Cuba berbincang heart to heart, nyatakan apa yang masalah yang berlaku antara puan dan suami, dan cuba cari jalan penyelesaian yang lain, bukannya dengan cara perceraian. Sekiranya pihak-pihak boleh memberi kerjasama untuk menghadiri kaunseling, pihak-pihak boleh jalani kaunseling dahulu di pejabat agama. Namun, sekiranya puan dan suami sudah cuba berbincang dan tiada penyelesaian, puan atau suami sendiri boleh failkan permohonan cerai di mahkamah. Antara prosedur perceraian di mahkamah sekiranya salah satu pihak tidak bersetuju untuk bercerai, mahkamah boleh arahkan pihak-pihak untuk melalui majlis perdamaian(JKP) di pejabat agama, sekiranya berjaya berdamai, pihak-pihak boleh tarik balik kes, sekiranya tidak berjaya berdamai, kes perceraian tersebut akan diteruskan dengan proses seterusnya.

  66. fendy

    Reply

    Salam ,andai Si Suami Yg buka fail penceraian,lebih mudah ke?sllu nya klu si Suami engan Bekeja sma,bgaimna plak klu si si isteri enggan bkeja sma…si suami Benar2 ingin ceraikn si isteri.tapi si isteri enggan Bersetuju untuk di ceraikan.xpunya ank dlm Hubugan Itu…..cm ne Tu?

    • admin

      Reply

      Salam, tiada masalah untuk bercerai jika suami mahu melafazkan. Hanya perlu hadir sesi jawatankuasa pendamai yg ditetapkan Mahkamah. Kemudian jika masih tak berjaya berdamai, mahkamah akan benarkan suami lafaz cerai.

  67. Reply

    Sy ingin minta pendpt akn mslh adik sy.adik sy ada mslh rumahtangga dimna tiada lgi kepersefahaman. Suami nya tidak boleh dibwa berbincang.brsua muka pon xpernh dgn keluarga adik sy.nafkah mmg diabaikn sehingga adik sy trpksa brkerja .ada dia sperti tiada.adik sy nk kemana2 tak pernh dgn dia.raya pon dah 3tahun xberaya brsama.sekarang adik sy keluar dari rmh mentua kerana rmh tangganya tlh dimasuk campur oleh mentua dan keluarga mentua.adik sy ingin bercerai .tpi suaminya tolak utk brcerai.apakah harus adik sy buat utk menyelesaikn mslh rmhtangganya.

    • admin

      Reply

      Jika adik nekad utk bercerai, beliau sendiri perlu failkan kes permohonan cerai di mahkamah rendah syariah terdekat dengan tempat tinggal semasa.

      • Ndia

        Reply

        Assalamualaikum. Saya nak tanya. Kelmarin saya dah pergi pejabat agama, tapi belum daftar kes. Imam bagi tarikh lain untuk datang lagi.
        1. Kalau suami lafaz cerai melalui voice di whatsapp itu di kira lafaz cerai luar mahkamah? Adakah suami kena bayar denda? Berapa ea?
        2. Semasa dia melafazkan cerai itu dia tidak tahu isteri nya dalam keadaan haid? Maka itu dikira talak bid’e ke?
        3. Boleh ke terus rujuk semula selepas daftar kes?

        • admin

          Reply

          Salam puan.
          1)Benar, lafaz melalui whatsapp dikira lafaz luar mahkamah, perlu segera failkan kes pengesahan cerai untuk sahkan samada jatuh talak atau tidak. Dendan tidak lebih dari RM1000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya.
          2)Hukum menceraikan isteri semasa haid haram namun sah.
          3)Boleh dan sebaiknya lakukan di pejabat agama yang boleh jelaskan ayat rujuk yang sebenar, ataupun boleh di mana-mana dan sebaiknya ada saksi.

  68. ELINA

    Reply

    Assalamualaikum,
    sy ingin bertanya, sy nak failkan penceraian dengan suami, alasan saya dah bosan bayar hutang suami kereta dan loan. keduanya hutang atas nama saya, tp yang menggunakan semuanya suami. tp suami x nak menceraikan saya. kami ada anak 2 orang dan masih kecil. suami berkerja tidak tetap, suka main games online dan berat tulang dalm urusan kerja rumah. saya dan malas nak bertekak selalu dan tekad nak bercerai secara baik. jika saya tak bercerai maka sy akan tanggung segala hutang piutang suami sampai habis.
    sy berkerja dan ada pendapatan sendiri, suami tak pernah bagi wang belanja untuk sy. segala keperluan diri sy, sy tanggung sendiri, termasuk perbelanjaan anak2.

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Boleh mohon cerai dan mohon juga tuntutan nafkah anak dan tuntutan hutang perkahwinan utk dia bayar kembali jumlah loan tersebut. Jika dia gagal bayar, mahkamah boleh masukkan dia ke penjara, namun hendaklah melalui dulu proses saman penghutang penghakiman dan jika masih gagal bayar, barulah boleh memfailkan komital ke penjara.

    • Salmah

      Reply

      Salam..sy da brkahwin 1tahun lbih , dikurniakan anak lelaki brumur 10 bulan..suami sy sorg yg pendiam & tidak mesra dgn sy, dri awl brkahwin hingga skrg, dia mcm x berminat bila diajak bersama..bila brsama pulak, seolah2 dia terpaksa bersama sy, dia mcm tak bernafsu dgn sy, baru2 ini kami bergaduh mengenai bab2 nafkah batin ni..& suami tuduh sy pernah bersama lelaki lain, & sudah tiada dara lagi sblm berkahwin dgnnya…sy sungguh sedih dgn tuduhannya, bolehkan sy mohon cerai??? Suami rayu pd saya& dia mtk maaf, katanya , dia kata mcm 2, sbb dia terlampau marah ..sy x blh terima maaf dri nya, sy nekad untuk bercerai!!!

      • admin

        Reply

        Salam puan. Permohonan cerai itu adalah hak isteri untuk melepaskan dirinya dari perkahwinan yang tiada mawaddah baginya. Nasihat saya, puan dan suami cuba dahulu untuk berbincang heart to heart, luahkan apa yang terpendam selama ini dan cuba dapatkan penyelesaian yang baik antara kalian. Tempoh awal perkahwinan kebiasaanya fasa ujian untuk pasangan belajar untuk kenal pasangan masing-masing. Namun, sekiranya hubungan puan dan suami masih tidak baik hingga masing-masing tidak berupaya lagi menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri dengan baik, puan boleh failkan permohonan cerai di mahkamah yang berbidangkuasa.

  69. Noor Shatiqah

    Reply

    Salam
    Saya nak tahu bolehkah bercerai atas sebab tiada perasaan terhadap hubungan disebabkan suami yang tidak berubah dan proses cerai ambik masa berapa lama?

    • admin

      Reply

      Salam. Boleh proceed mohon cerai tapi jika negeri tiada proses hakam panel, maka perlu failkan fasakh atau khuluk iaitu tebus talaq. Jika fasakh berjaya, hakim akan bubarkan perkahwinan. Tapi jika tiada alasan fasakh, maka perlu mohon tebus talaq di mana Perlu bayar kepada suami jumlah yg diputuskan mahkamah, biasanya beberapa ratus sahaja. Proses bergantung samaada kes ada peguam, dokumen lengkap etc. Banyak faktor. Paling cepat satu hari selesai jika suami setuju lafaz. Paling lama sehingga tiga tahun juga ada jika proses tidak lengkap dipatuhi mengikut arahan mahkamah. Dapatkan khidmat peguam jika mampu dan nak selesaiKan segera.

  70. gee

    Reply

    assalamualaikum .sy nak tnya. semasa sy mgdung 5 bulan, sy dan suami ada salah faham, dan suami sy bkata kita cerai selepas sy lahirkan anak. tetapi dlm masa itu sy dan suami penah bersama. dan skrg sy dah lahirkan anak. dan sy dan suami xada bukak fail cerai. dan xbercakap lagi soal cerai. jd apakah stutus kami ye .

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Pendapat saya belum jatuh talaq kerana dia bersyarat masa tapi tidak dilakukan. Jika masih belum
      Yakin, boleh failkan kes pengesahan cerai di mahkamah untuk dengar pertimbangan hakim.

  71. Ahmad

    Reply

    Assalamualaikum & selamat pagi. Saya ingin bertanya tentang proses penceraian di peringkat mahkamah syariah. Semasa proses penceraian yg mana suatu tarikh perbicaraan ditunda ke suatu tarikh yg baru (oleh kerana dlm keadaan haid) yg mana ia mengambil masa sekurang-kurangnya 2 atau 3 minggu (katakanlah), adakah salah sorang suami isteri berhak utk tinggal di rumah keluarga masing2? Hal ini kerana apabila suami isteri berkesedudukan dlm rumah yg sama sewaktu tempoh perbicaraan, ianya dikhuatiri berlaku pertelingkahan & pergaduhan yg boleh menyebabkan keretakan rumah tangga. Mohon pencerahan.

    Selain itu, dalam tempoh perbicaraan atau perbicaraan telah dimuktamadkan, bagaimana kita nak pastikan yg pasangan kita tidak mengambil kesempatan ke atas diri kita? Sbg contoh, pasangan saya mempunyai semua maklumat username & password utk semua akaun peribadi saya yg melibatkan akaun emel, akaun bank, akaun pelaburan dan sbg nya. Saya khuatir sekiranya dlm tempoh perbicaraan, pasanga akan mengambil kesempatan seperti memindahkan kesemua duit gaji saya yg baru diterima utk kepentingan beliau. Bagaimana utk atasi masalah ini? Adakah kita perlu mohon perlindungan maklumat peribadi semasa proses perbicaraan?

    Yg seterusnya, saya dan pasangan masing2 berkerja di pejabat masing2. Tetapi setiap kali saya dan pasangan dapat gaji, kita akan satukan gaji kami dan akan membuat pembayaran komitmen sehingga semuanya dibayar tanpa tunggakan. Oleh yg demikian, selepas segala komitmen dibayar, jumlah yg tinggal pada kami adalah cukup2 utk kami berbelanja pada bulan tersebut. Namun, saya khuatir sekiranya pasangan menuntut nafkah semasa hari perbicaraan nnti walhal kami dah bersetuju dgn jumlah yg ada pada kami yg mana akan digunakan utk perbelanjaan makanan harian kami. Saya tidak dapat memberikan nafkah tersebut kerana khuatir tidak dapat meneruskan hidup sehingga hujung bulan. Dlm keadaan ini, pasangan mengetahui akan keadaan tersebut. Jadi, apa yg saya perlu buat utk membuktikan yg saya tak dapat bagi nafkah kerana kami berdua bersetuju duit tersebut digunakan utk perbelanjaan kami. Dan adakah pasangan kita berhak mendapat nafkah tersebut selepas penceraian?

    Saya akhiri pertanyaan saya dgn ucapan jutaan terima kasih kpd pihak yg sentiasa membantu orang di luar sana tentang kefahaman berkaitan hal rumah tangga ini. Terima kasih atas keprihatinan tuan/puan dlm menyelesaikan masalah ini. Terima kasih sekali lg.

    • admin

      Reply

      1. Boleh duduk serumah, boleh juga duduk asing, asalkan sudah failkan kes cerai terlebih dahulu.

      2. Tukar semua password

      3. Boleh maklumkan berkenaan Persetujuan aturan nafkah jika ada bicara / perbincangan berkenaan perkara ini.

      4. Selepas cerai, wajib bayar nafkah iddah kepada isteri dan nafkah anak kepada anak2. Mahkamah akan putuskan jumlah yg wajar, melihat kepada pendapatan suami dan keperluan bekas isteri dan anak2

  72. Ira

    Reply

    Assalamualaikum saya nak tanya. Saya dh kahwin 6 tahun lebih.
    Pada 1.4.2020 sy n suami bergaduh besar. Sebab kn suami ada pempuan lain..dalam pergaduhan tu ada suami cakap kalau (awak tak percaya lagi kita buat je haluan masing2) ni belum jatuh talak ke sbb saya MMG dah tak percaya..walaup saya cube percaya. tapi lama2 saya dapat tahu dia tidur dengan pempuan tu… Tapi saya masih maaf kn dia.. tapi hati Allah je tahu.. saya ada anak 2 org 9 bualan n 3 tahun..
    Bila dia cakap dia dh tak berhubung dengan pempuan tu lagi susah nak percaya.
    Sekarang ni sy tak tahu nak buat apa. Ada masa saya rasa nk cerai dengannya ada masa sy kesian dengan anak2….
    Saya perlu perjabat agama untuk kaunseling ke?

    • Ira

      Reply

      Kalau bercerai saya nak ambik hak jagaan untuk anak2 n saya simpan bukti salah dia boleh ke?
      Tanya sahaja.

      • admin

        Reply

        Memang perlu buktikan ketidaklayakan pasangan utk menjadi penjaga sekiranya ingin menang kes hak penjagaan di mahkamah.

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Boleh mohon kaunseling di pejabat agama terdekat dengan tempat tinggal.

      Jika masih tak berjaya damai, boleh mohon cerai di mahkamah rendah syariah terdekay

  73. HANA

    Reply

    Assalamualaikum Puan,

    saya nak bertanya sekiranya isteri ingin memfailkan penceraian atas alasan sudah tawar hati atau tidak lagi persefahaman dan disebab kan suami curang perlukan bukti ke? atau bukti dengan adanya gambar boleh ke? Dan sekiranya suami tidak bersetuju untuk bercerai, bagaimana ye? kemungkinan suami tidak akan bekerjasama.. saya harap puan dapat membantu. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, boleh untuk puan failkan tuntutan perceraian dengan alasan-alasan tersebut. Lagi bagus jika dapat kemukakan bukti untuk menguatkan lagi alasan bahawa telah berlaku pecah belah dalam perkahwinan. Pembuktian ini penting dalam keadaan yang mana sekiranya suami tidak bersetuju, hakam akan mengambil kira alasan dan bukti yang dikemukakan dalam mempertimbangkan sama ada wajar untuk talak dijatuhkan ke atas isteri. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan kerja.

  74. Siti

    Reply

    Salam..saya nk bertanya bahwa baru2 ini saya telah menfailkan cerai kepada suami saya dalam satu proses hakam setelah beberapa bulan proses itu berjalan dan tinggal beberapa proses sahaja lagi tapi kami pilih untuk berdamai tetapi kami bergaduh kembali dan kali ini memang betul2 nk bercerai dan ia terjadi baru lepas seminggu pendamaian ….Jadi soalan saya disini adakah saya perlu failkan semula penceraian atau teruskan sahaja dengan baki proses yg ada atau ada jalan lain yg bole digunakan supaya masa yg diambil tidak terlalu lama untuk bercerai

    • admin

      Reply

      Wassalam, sekiranya pihak-pihak bersetuju untuk cerai dalam tempoh kes sedang berjalan di mahkamah, pihak-pihak boleh sahaja mohon ke mahkamah satu tarikh untuk suami lafazkan cerai di hadapan hakim.

  75. Mdm megat

    Reply

    Salam..sy nk btnya sekiranya Kita dh bcerai tpi kad kahwin tu Kita simpan lagi boleh ke x?taw kad kahwin tu Kita Kena pulangkan dkt pjbt agama?

    • admin

      Reply

      Salam. Mengikut pengalaman saya di JAWI, kad kahwin boleh dipegang dan tidak dikembalikan. Pejabat agama akan batalkan sijil nikah dan keluarkan sijil cerai.

  76. Melur

    Reply

    Adakah undang2 seorang isteri yg nusyuz kene bayar denda atau saman??

    • admin

      Reply

      Kes nusyuz adalah untuk mahkamah menentukan samada isteri tersebut layak disabitkan sebagai seorang isteri nusyuz atau tidak. Ianya memberi kesan kepada nafkah puan, sekiranya nusyuz, tidak layak diberi nafkah, bukan puan yang perlu membayar denda. Istilah “saman” dalam dokumen mahkamah antaranya ialah saman agar puan hadir ke mahkamah kerana suami telah memfailkan kes di mahkamah, bukan saman untuk membayar denda.

  77. Ema

    Reply

    Assalammualaikum, saye nak tanye, selain suami saye nak. Denda hukuman rm*****, saye tak mampu dengan nilai gitu. Apakaha ada cara lain untuk saye terus kan berceraian ni

    • admin

      Reply

      Salam puan. Puan failkan sahaja permohona cerai di mahkamah dan tidak perlu runsing dengan ugutan suami. Hakim akan dengar kes puan dengan adil, sekiranya suami puan meminta suami amount untuk puan dilepaskan(cerai khuluk), hakim sendiri akan menilai amount tersebut munasabah atau tidak. Puan tidak perlu risau.

  78. Reply

    Saya bermastatutin di kajang dan alamat ic di putrajaya. Di mahkamah syariah manakah sepatutnya saya membuat permohonan perceraian.

  79. Mohd

    Reply

    Baru je pergi mahkanah syariah johor bahru. Nak mohon cerai atas persetujuan kedua2 pihak tp kne pasang lawyer. Xboleh ke tanpa lawyer?

    • admin

      Reply

      Boleh sangat encik. Sebab dua-dua pihak setuju, mudah. Semoga dipermudahkan.

  80. Eswart

    Reply

    Saya dah 1tahun 7bulan khawin…Kami nak bust penceraian dgn Cara baik….skrg I nak tau boleh apply kah skrg atau pun tunggu sampai 2tahun

    • admin

      Reply

      Salam, sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk cerai, boleh sahaja suami dan isteri pergi ke mahkamah dan failkan tuntutan perceraian. Tidak perlu menunggu tempoh tertentu untuk failkan kes.

  81. Farah

    Reply

    salam admin.

    saya akan berkahwin hujung tahun ini dengan seorang duda. atas nasihat kawan, saya cuba menyemak status bakal suami di esyariah.gov mengenai status nya (duda / masih berkahwin) memandangkan kami pjj (saya menyambung pelajaran di luar negara). hasil semakan esyariah, status beliau ialah “permohonan selesai” bukannya “persetujuan bersama”. adakah bermaksud bakal suami saya masih beristeri dan dalam masih dlm proses penceraian? saya buntu

    • admin

      Reply

      Salam. Permohonan selesai bermaksud kes yang difailkan telah selesai diputuskan. Manakala persetujuan bersama ialah istilah sekiranya kes diselesaikan secara sulh/penyelesaian bersama tanpa melalui proses bicara. Puan boleh semak status perkahwinan di pejabat agama bukan di mahkamah.

  82. AQILAH

    Reply

    salam , admin sy nak tanya . adakah jatuh talak jika suami dlm keadaan marah minta cerai melalui whatsapp ‘ aku ceraikan kau . itu sahaja .. adakah jatuh talak ? dan selepas beberapa jam suami whatsapp semula dan mengatakan takde niat dan mahu kembali .

    • admin

      Reply

      Wassalam, lafaz ‘aku ceraikan kau’ adalah lafaz cerai soreh (jelas) yang bermaksud talak tetap akan jatuh sama ada suami berniat cerai atau tidak. Talak juga masih boleh jatuh walaupun melalui suami melafazkannya melalui whatsapp. Maka, dalam situasi ini, saya berpandangan telah jatuh talak ke atas isteri dan saya nasihatkan untuk puan atau suami failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim siasat fakta kes dan mengesahkan sama ada berlaku perceraian di antara pihak-pihak.

  83. Fazi

    Reply

    assalamualaikum.. sy nk bertnya,.. adkh sy bole dptkn hak pnjgaan ank, slepas berpisah, nti? Krne smse pergaduhn berlaku,, sy ad kata ” klu nk ank ni, ambik” sy luahkn ketika marah. Pergaduhn juga berlaku krn suami ad org ketiga.
    Kami dah berbincang scre baik dn suami minta hal org ketiga tdk dibngkitkan dimhkamah sbgai pnca pnceraian,. Dgn alsn tdk mahu pnjngkn kes. Dia memnta penceraian berlaku krn kami tdk sefahaman spnjng 3tahun berumah tangga. Sy jg mngaku slh, krna sy slalu mnta cerai wlupon bergado hal yg kecik.
    Tp disini sy nk pnjlasan tntang hak pnjagaan ank. Krn ank sy adlh tdk sah taraf. Yg berusia 2 thun 10bln. Ank lelaki. Bolehkah sy mnuntut keras berknaan ini?? Krn ap yg sy tau, sy mmg berhak spenuhnya ke ats ank sy.
    Kami bernikah ketika usia kndungn 4bln.. ank dilhirkn ketika 37mggu. Minta pnjelasan scpatnya.

    • admin

      Reply

      Wassalam, maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa dan kerja. Pada pandangan saya, sekiranya anak tersebut adalah anak tak sah taraf, maka peruntukan undang-undang telah menyatakan bahawa hanya ibu atau saudara mara ibu sahaja yang berhak ke atas jagaan anak tersebut. (boleh dirujuk dalam enakmen undang-undang keluarga islam – penjagaan anak-anak tak sahtaraf).

  84. asiah

    Reply

    Assalamualaikum admin. Boleh ke kalau suami isteri bercerai di luar mahkamah tetapi mereka tak bawa ke mahkamah syariah selepas itu. Si isteri tak nak tuntut apa-apa dari suami asalkan suami ceraikan si isteri. Boleh ke admin?

    • admin

      Reply

      Salam puan. Saya nasihatkan untuk failkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah kerana sudah ada lafaz cerai di luar mahkamah. Lafaz tersebut perlu ditentukan dahulu sah atau tidak untuk tujuan pendaftaran cerai, dptkan sijil cerai. Berkenaan puan tidak mahu tuntut hak puan, ianya terpulang pada puan.

  85. Wanie

    Reply

    Assalam, saya dan suami akan ke mahkamah pada 12/11 setelah saya membuat permohonan cerai..suami tak setuju utk cerai..saya trpaksa buatkerana dia telah memudaratkan harta saya dan keluarga saya..keluarha saya juga tidak boleh menerima suami lagi..jika suami tidak seruju utk cerai secara baik..apa patut saya buat..dan saya nk tnya mcm mana suasana didalam mahkamah..adakah orang lain boleh masuk atau hnya kami suami isteri sahaja..jika org lain boleh msuk boleh x saja minta utk prbicaraan secara trtutup..terima kasih tuan..

    • admin

      Reply

      Kes cerai adalah terbuka kepada semua. Kes orang lain juga puan boleh dengar semasa menunggu kes puan dipanggil. Kes tertutup hanya untuk kes tertentu yg hanya diizinkan hakim. Kebiasaannya kes cerai tidak dibenarkan buat tertutup. Bicara itu tidaklah secara detail membincangkan fakta kes puan, hanya sekadarnya yang perlu untuk hakim tahu fakta ringkas. Jika nak bercerai, tapi suami enggan lafaz, selepas prosiding jawatankuasa pendamai, puan boleh cerai melalui hakam.

  86. Surianah

    Reply

    Assalamualaikum.. Jika saya ingin membuat pengurusan dlm proses fasakh, adakah tandatangan dari defendan wajib ada untuk mendaftar kes ni di mahkamah?? Sekian, trima ksih..

    • admin

      Reply

      Salam. Untuk tujuan pendaftaran, tidak perlu tandatangan Defendan. Cukup tandatangan Plaintif sahaja.

  87. Sha

    Reply

    Assalamualaikum..

    Kad perakuan nikah kena pulang semula ke selepas sudah bercerai?

  88. Izzat

    Reply

    Assalmualaikum Admin,
    Kami pernah bercerai dalam makhamah suatu ketika dahulu dan rujuk kembali setelah 2 bulan bercerai. Ketika proces penceraian, sijil nikah telah dibatalkan. Pertanyaan saya, bagaimana jika kami mahu sijil nikah tanpa cop batal disebabkan sijil nikah biasanya diperlukan ketika process pendaftaran persekolahan anak2 .

    Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Salam. Sekiranya telah rujuk, perlu daftar rujuk pula untuk dapatkan sijil rujuk. Jadi, urusan selepas ini kan gunakan sijil rujuk, bukan sijil nikah lagi kerana pernah bercerai dan telah dibatalkan.

  89. Nurin

    Reply

    Assalamualaikum…..

    Jika sya bercerai dengan suami secara baik.. siapakah yg berhak atas penjagaan anak2? Umur anak2 10 thn & 6 thn lelaki…

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Anak2 yg sudah mumayyiz akan diberi peluang utk memilih. Kebiasaannya umur begini sudah boleh memilih. Jika si bapa tidak layak menjaga, puan kena buktikan di Mahkamah dengan cara buktikan jika dia ada berkelakuan buruk secara terbuka seperti melanggan pelacur, menagih dadah dan sebagainya

      • Nur

        Reply

        Slm ,suami saya curang mencari pelacur selepas itu saya terjumpa bukti dia dah booking perlacur.saya kena buat laporan polis ke utk bukti di mahkhamah utk proses cerai

        • admin

          Reply

          Salam. Tidak perlulaporan polis, namun puan boleh simpan bukti tersebut sekiranya puan failkan kes fasakh. Untuk kes cerai, tidak perlukan bukti, cukup pihak-pihak sudah tidak bersefahaman membolehkan kepada perceraian.

      • Reply

        Salam admin nak tanya,saya nak mohon cerai,dimana kah saya boleh dapatkan surat cerai di kawasan kl,kalau ambik surat cerai tu,ade ape2 tk kena mntk?

        • admin

          Reply

          Salam. Sekiranya puan belum mendaftarkan kes, puan perlu ke mahkamah syariah kl telebih dahulu (penentuan mahkamah adalah mengikut tempat tinggal puan, sekiranya tinggal di selangor, mahkamah berbidangkuasa adalah di selangor). Puan failkan permohonan cerai dan apabila kes telah selesai, puan bawa perintah mahkamah tersebut di jawi untuk daftarkan cerai bagi mendapatkan sijil perceraian.

  90. Reply

    Asalamualaikum,, saya ingin buat pertanyaan
    Saya telah bercerai selama 6 tahun…. Dengan cara damai… Talak satu di mahkamah syariah…. Tetapi saya tidak memberi tahu yg bekas isteri saya yg paksa minta penceraian terserbut di mahkamah. Lepas pada Itu bekas isteri saya berkahwin… Selepas setahun kemudian…. saya pun dah berkahwin pada 2016..Pada waktu sekarang bekas isteri saya membuka fail di mahkamah untuk pemjagaan anak anak… Dan dengan masa yang sama membuat tuntutan nafkah Dan sebagai nya…. Apakah kah sepatut nya saya perlu buat

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Isu cerai takde kaitan dgn hak penjagaan anak2. Jadi jika isteri mohon hak jagaan, encik boleh buat tuntutan balas dalam kes yg sama utk mohon hak jagaan anak atau hak melawat dan bermalam.

      Nafkah anak wajib dibayar jika isteri yg menjaga anak. Jumlah nafkah bergantung pada keperluan anak dan kemampuan si bapa.

      • Muhammad daniel

        Reply

        untuk mohon hak jagaan anak atau hak melawat, bermalam dan bercuti permohonan dibuat di bahagian mane?

        • admin

          Reply

          Assalamualaikum encik, untuk tuntutan hak jagaan anak dan kesemua yang encik sebutkan, boleh difailkan di mahkamah tinggi di kawasan encik bermastautin.

  91. IDA

    Reply

    Assalamualaikum Admin.. Saya nak tanya, para pertengahan tahun 2016, Sy telah menfailkan kes tuntutan cerai tetapi dalam proses tuntutan cerai tu, sy telah berbaik semula dgn suami dan mengambil keputusan untuk terus pertahankan rumahtangga kami…
    Jadi, perlu ke saya membuat pembatalan penceraian, setelah kita menfailkan penceraian?

    • admin

      Reply

      Salam. Sekiranya ingin berbaik semula, pada tarikh sebutan tersebut puan perlu failkan notis tarik balik kes. Namun kerana kes ini sudah lama, mahkamah sendiri berhak membuang kes dan tiada lagi kes cerai puan di mahkamah.

  92. Syafikah

    Reply

    Salam puan…maaf mengganggu..sy ada soalan yg nk diberikan..sy agak keliru skt..misalan suami dh lafazkan talaq di hadapan kita…prlu ke lgi prgi ke mahkamah untuk perceraian..?dan lps tu apa yg prlu kita buat slps suami dh Lafazkn talaq?

    • admin

      Reply

      Salam. Sekiranya ada lafaz cerai luar mahkamah, perlu failkan kes pengesahan cerai di mahkamah untuk tentukan lafaz tersebut sah atau tidak. Hal ini penting bagi menentukan status perkahwinan pihak-pihak dan hukum-hukum yang terlibat selepas itu.

  93. Miela

    Reply

    . Assalamualaikum. Saya nak tanya.
    Si istri dan si suami sudah d jatuh kan talak 3 dan sudah d sah kan oleh hakim (jatuh talak d rumah depan keluarga) ,
    Fail Cerai d sebabkan si istri tersebut ada lelaki lain, hanya sebab si suami tidak perna membimbing si istri kearah yg betul, bahkan tidak pernah sembahyang, dan jarang balik ruma , tidak perna bagi nafkah untuk si istri,
    Akan tetapi masa perintah kedua si istri dan suami tidak hadir ,
    Baru2 ini si istri ada datang ke makamah untuk bertanya kan soal status , dan dalam sistem masih d sahkan suami istri ,
    Apa kah yg perlu si istri lakukan ? C istri nak tuntut nafkah anak .
    Dan selama 2 tahun. 2 org anak tinggal degan c istri , d ruma ibu c istri.

    D sini si istri nak pastikan juga adakah c istri boleh dapat hak penjagaan ank sepenuhnya ?
    Ada ka si istri boleh tutut hak nafkah si istri sebab selama bersa si suami tidak pernah bagi nafkah untuk si istri .

    Adakah si istri boleh tuntut nafkah istri, anak dan penjagaan jika si suami yang memfaillakn cerai bersebabkan si istri curang?

      • admin

        Reply

        Isteri curang boleh dimohon suatu sabitan nusyuz terhadapnya bagi menafikan hak membayar nafkah isteri dan nafkah iddah

    • admin

      Reply

      Salam. Boleh dapati di mahkamah atau boleh download di laman web mahkamah yang berkaiatan. Sekiranya di selngor, lawan web JAKESS (sekarang semuanya perlu download sendiri)

  94. Riduan

    Reply

    Sya ada soalan,
    Harap2 soalan saya terjawap.,
    utk mengelak dri sebarang keraguan bagi pasangan masing2 sebelum membuat tindakan sendiri.,

    * Sekiranya SEPASANG SUAMI ISTERI
    telah membuat lafaz cerai di luar
    Makhamah,@ tidak di depan hakim.,
    Maksudnya, kedua2 pasangan itu telah membuat
    lafas cerai di rumah Mereka,tanpa Ada seorang
    saksipun yg menyaksikan @ mendengar pasangan
    Berkenaan menyebut lafas cerai..
    Dan penceraian itu di buat atas keralaan hati
    Bagi pasanggan tersebut,Dengan niat pasangan
    Suami isteri,bercarai secara baik,dn dalam masa
    Yang sama,pasangan tersebut ingin manjaga aib
    bagi Kedua2 pasanggan tersebut..
    adakah lafaz cerai pasanggan tersebut itu sah..?

    * Dan slpas beberapa bulan, dari hari
    pertama pasanggan itu melafaskn cerai di
    depan pasanggan mereka, Barulah kedua2
    pasanggan itu dtg kepejabat muis untuk bertujuan
    inggin mendaftar untuk penceraian pasanggan
    tersebut,dan dalam masa yang sama,
    Pasanggan itu juga telah menceritakan yg mereka
    Telah membuat Lafas cerai di luar makamah @
    di depan hakim.,

    APAKAH TINDAKAN YANG AKAN DI AMBIL OLEH JABATAN MUIS,TERHADAP PASANGAN TERSEBUT.?

    • admin

      Reply

      Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Setiap lafaz cerai di luar mahkamah hendaklah disahkan di mahkamah terlebih dahulu samada jatuh talak atau tidak Salah satu pihak perlu failkan kes pengesahan lafaz cerai. Sekiranya talak itu sah, pihak pendakwaan JAIS akan menfailkan tuduhan kepada suami atas kesalahan lafaz cerai tanpa kebenaran mahkamah. Suami boleh didenda tidak lebih dari RM1000 atau penjara 6 bulan atau kedua-dua, namun masih boleh mohon pengurangan akan kesalahan tersebut.

  95. Kimi

    Reply

    Salam.. Nak bertanya.. Perlu ke isteri bawa saksi kalau menggunakan ‘fast track’ ni? Mohon percerahan

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Tidak perlu

  96. Nur

    Reply

    Assalamualaikum….
    sy nak bertanya, Seandainya Suami Ada main ice/syabu & berjudi.
    adakah sy boleh menuntut fasakh kerana dah tak tahan dengannya.
    duit gaji rm500 – rm1000 khas utk berjudi.
    sampai anak n isteri terabai segala2 nya.

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Boleh puan sekiranya puan ada cukup bukti untuk dikemukakan semasa bicara. Namun, pendapat saya, permohonan cerai adalah lebih mudah dari fasakh.

  97. Rabia

    Reply

    Assalamualaikum..
    Saya telah ditinggalkan selama 13 tahun oleh suami sehingga kini tanpa sebarang perceraian.Saya pernah memfailkan kes ke mahkamah namun tanpa pengetahuan saya kes ini telah ditutup. Adakah saya perlu failkan semula proses cerai tersebut?. Soalan ke-2. Saya mempunyai seorang anak yang jugak telah disahkan sebagai OKU selepas 3 tahun kelahiran. Apakah yang perlu saya tuntut dalam proses penceraian ini.

    Allahualam..

    • admin

      Reply

      Salam puan. Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Sekiranya suami puan tidak dapat dikesan keberadaannya. Saya nasihatkan untuk failkan kes fasakh di mahkamah yang tidak memerlukan kehadiran suami berbanding kes permohonan cerai yang memerlukan kehadiran suami untuk lafaz cerai di mahkamah.

  98. Tyaroslan

    Reply

    Salam saya ingin bertanya… walaupun pendaftaran sudah dibuat pada tahun 2015 dan sudah selesai sesi pendengaran kes sebanyak tiga kali. Persoalannya kemungkinan sebab apa yang mahkamah boleh menolak permohanan cerai tersebut?

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Kebiasaannya untuk kes permohonan cerai, walaupun lama, sekiranya salah satu pihak tetap ingin meneruskan perceraian, hakim akan benarkan perceraian. Melainkan sekiranya kedua-dua pihak tiba-tiba bersetuju untuk berbaik semula, dan Plaintif memfailkan notis tarik balik kes, maka kes tidak diteruskan.

  99. syahdennie bin sulung

    Reply

    assalamualaikum saya syahdennie bagai mana klu istri minta cerai tak bersepahaman kerana saya tidak mkn mlm saja..dan istri saya telah lari dari rumah selama 4hari.apa patut saya buat

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Saya berharap rumahtangga encik dan isteri masih kekal hingga ke hari ini. Sekiranya masih bermasalah, saya syorkan encik berbincang heart to heart, biarkan isteri meluahkan perasaannya yang mungkin terpendam, dan cari jalan penyelesaian terbaik. Sekiranya isteri telah memfailkan perceraian di mahkamah, akan ada satu peringkat untuk perdamaian, di sana encik cuba dapatkan perdamaian dengan isteri agar isteri berubah hati dan menarik semula kes. Semoga dipermudahkan

  100. Normazuin binti amir

    Reply

    Assalamualaikum… sy nak taye.. sy bru diceraikn suami.. di dlm mahkamah secara baik.. dan pihak mahkamah telah mengeluarkn surat untuk dibawa ke pejabat agama.. sy nk tye.. nk pergi pejabat agama to perlu pergi bersama bekas suami ke sndri sahaja.. sbb bekas suami lepas becerai tidak beri kerjasama dan menghilangkn diri… nafkah ank pon tidak diberikan… kami dh 6 bln tidak ddk sebumbung sampai la mahkamah putuskn cerai… skunk sy dlm edah 3 bln… mcm mne to ye.. xpe ke pergi mahkamah sendri.. ke perlu pergi besama bekas suami… time kasih..

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Mungkin masalah puan kini telah selesai memandangkan soalan ini dari tahu 2017 lagi. Walaubagaimanapun, untuk makluman umum, setelah menerima perintah mahkamah, boleh terus ke pejabat agama untuk daftarkan cerai secara sendiri, tanpa perlu bersama bekas suami/isteri. Bawa bersama perintah asal, salinan ic, sijil nikah asal untuk dibatalkan.

  101. Rohaniza

    Reply

    salam sy hendak tanya jika perlu ambil sijil cerai yang telah siap boleh ke hanya bawa salinan sahaja sijil nikah sahaja?

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Sijil nikah asal wajib dibawa untuk dibatalkan.

  102. Ahmad fabil

    Reply

    Nak tanyer admin,pakcik saye nak bercerai dgn istrinya,dia pakcik saye menetap di melaka,istri menetap diseremban,boleh tak pck saye daftar cerai di melaka,ape syarat yang diperlukan

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Sekiranya pakcik encik masih belum bercerai dan masih mahu bercerai, ye pakcik boleh failkan di melaka. Tiada masalah. Sekiranya ic pakcik bukan di melaka tersebut, perlu dapatkan surat pengesahn mastautin untuk dilampirkan sekali.

  103. ina

    Reply

    assalam..sy nk tnya kalau tak ada surat nikah asal tp salinan surat nikah boleh tak bercerai

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Perlu kepada sijil nikah asal. Sekiranya telah hilang, puan boleh buat akuan sumpah hilang dan mohon salinan baru di pejabat agama yang mengeluarkannya.

  104. SITI SAHIDAH MOHAMAD PAUZAN

    Reply

    Salam Admin
    Saya cuba email dialamat email yang admin berikan
    Malangnya “failed”
    Ada beberapa soalan yang mahu saya ajukan secara peribadi
    Ada alternatif lain tak untuk saya berbicara bersama admin

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf sangat puan atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Sekiranya masih diperlukan, Puan boleh hubungi kami di talian 0103520090.

  105. ina

    Reply

    assalammu’alaikum…saya nak mntak pendapat dari admin, saya dah berkahwin lbh dari 5 tahun dan baru dikurniakan anak dan sekarang berusia 4 bulan. masalah saya sekarang saya tak sanggup lagi hidup berpoligami, suami saya mndirikan rumahtangga kali ke ‘2’ tahun lepas dan kini genap setahun usia perkahwinan mereka, ketika bulan ke 2 mereka berkahwin saya disahkan mengandung. selama saya mengandung sehingga saat kelahiran suami saya still menjalankan rutin giliran seperti biasa sehingga saya sarat mngandung dan meminta suami saya menemani saya sehingga saya bersalin beliau masih menolak dan madu saya ada menghantar mesej dan memarahi saya kerana mengajar suami utk tidak berlaku adil sedangkan hakikatnya keadaan saya sudah tidak mengizinkan untuk hidup seorang. sehingga lah saat saya bersalin ketika anak kami demam kebanyakan masa saya sahaja yang bnyak bersama anak suami tetap dengan rutin giliran nya dan kadang-kadang meminta saya memberitahu saja keadaan anak tanpa datang menjenguk. saya dah lama makan hati sehingga hilang segala perasaan terhadap suami dan kami juga sudah lama tidak bersama start dari saya mengandung 7 bulan lagi sehingga lah sekarang. lagi satu saya tidak boleh tahan dengan perangai , perbuatan dan kata-kata madu saya. sehingga hari ini saya tidak dapat menerimanya dalam hidup saya walaupun ada jugak beberapa kali madu saya meminta maaf atas perbuatannya yang banyak menyakitkan hati saya. adakah saya boleh menuntut cerai dengan keadaan saya sekarang, saya mohon pertolongan. terima kasih

    • admin

      Reply

      Puan kena buktikan yang suami tidak adil dalam poligami barulah layak memohon fasakh atas alasan tersebut. Jika faktor anak yg menjadi alasan, agak sukar untuk membuktikannya kerana ketidakadilan itu patut dibuktikan berlaku oleh suami kepada isteri. Manakala berkenaan nafkah batin hendaklah dibuktikan yg suami sengaja tidak memberi nafkah batin kepada puan barulah boleh dikatakan beliau telah mengabaikan nafkah batin. Sebaiknya cubalah berbincang dulu dgn suami.

      • Tini

        Reply

        Assalamualaikum, saya nak tanya, saya dah diceraikan talak satu diluar mahkamah dan suami sudah pun memfailkan penceraian..boleh ke kalau isteri tidak perlu pergi ke mahkamah untuk pengesahan..lagipun sudah sah cerai dengan niat oleh suami

        • admin

          Reply

          Salam. Adalah baik untuk puan turut hadir ke mahkamah bagi memberi keterangan dan memasstikan keterangan suami tidak bercanggah dengan fakta sebenar.

    • annoynamous

      Reply

      Salam . Saya nak bertanya
      Suami saya mengaku dia dah bercerai dengan saya kepada pihak ketiga pada bulan januari . Tapi saya cuma mengetahui hal ini selepas 6 bulan . Suami saya mengaku dia duda anak 2 . Tapi sepanjang 6 bulan yang saya tak tahu . Kami memang ada berbincang kami nak bercerai cara baik . Patut ke saya failkan pengakuan dia atau teruskan bercerai secara baik ?

      • admin

        Reply

        Wassalam, pada pandangan saya berdasarkan situasi puan ini, puan perlu memfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah terlebih dahulu. Hal ini kerana sekiranya perceraian yang didakwa oleh suami itu sememangnya berlaku dan disabitkan oleh mahkamah, maka perceraian kali kedua sudah tidak perlu dilakukan lagi kerana talak telahpun jatuh. Namun, jika mahkamah tidak mensabitkan berlakunya perceraian, maka barulah pihak-pihak boleh memfailkan permohonan perceraian di mahkamah untuk bercerai secara persetujuan bersama.

  106. NELLISA

    Reply

    Salam Admin.

    Saya telah memohon tuntutan fasakh dan sudah 3sebutan dia tidak hadir walaupun dia terima saman dan maklum mengenainya dan juga kos guaman adalah rm5k, saya tak mampu. Ada cara lain tak yang lebih mudah?saya telah ditinggalkn selama 11bulan tanpa nafkah dan tidak tahu dimana si suami berada.tapi dia masih sms saya bertekak. saya mintak dilepaskan dengan cara baik tapi dia enggan. kalau ingin memohon cerai taqliq, adakah saya perlu membawa saksi?apakah cara2 dan syarat2nya?

    • admin

      Reply

      Salam, puan boleh teruskan dgn fasakh kerana telahpun difailkan, jika sabit alasan fasakh, sama saja kesannya dgn taklik, maka lebih menjimatkan masa utk teruskan dgn kes yg ada. Fasakh atau taklik kedua2 nya perlu kepada saksi, yg tahu bahawa puan telah diabaikan sejak 11 bulan lalu. Sebaiknya ada dua saksi lelaki atau saksi yg tinggal serumah dgn puan.

  107. TAMINA

    Reply

    salam,

    Admin, saya nak tanye. jika kami suami isteri sudah setuju untuk buat persetujuan penceraian bersama, selalu nya brp hari masa yang diambil utk dipanggil suami isteri untuk mengesahkan kat court yg kami mmg brsepakat utk bercerai cara baik?? ada cerai express ke? atau kena tggu 14 hari ? atau 21 hari utk dipanggil bicara?

  108. Laila

    Reply

    Assalamualaikum w.b.t

    Saya ingin memfailkan cerai terhadap suami. Tetapi sekarang saya bekerja tetap diluar negara dan suami duduk menyewa bersama kawan lelaki di kuala lumpur. Jika saya ingin memfailkan cerai. Perlukah saya mengikut alamat ic saya atau saya perlu failkan di kuala lumpur?

    Terima kasih.

  109. syu

    Reply

    Tengok alamat yang tertera di kad pengenalan Pemohon. Penentuan Mahkamah mana yang akan mendengar kes anda bergantung kepada alamat dalam kad pengenalan Pemohon. Jika masih alamat lama (selalunya alamat kampung halaman), pergilah tukar dahulu alamat anda ke alamat mastautin yang sebenar. jika tidak, akan merumitkan keadaan kerana Mahkamah perlukan surat akuan mastautin dari masjid terdekat sekiranya alamat kad pengenalan tidak sama dengan alamat mastautin.

    Puan, merujuk kepada perkara diatas. Bukan kah perkara ini sangat merumitkan untuk golongan yang berkerja jauh dari kampung halaman. tak boleh ke nak failkan kes di mana-mana sahaja mahkamah syariah?

    • admin

      Reply

      Puan, mahkamah perlu cara untuk mengesahkan yang ia berbidangkuasa untuk dengar kes seorang plaintif kerana setiap mahkamah hanya boleh membicarakan kes orang2 yg bermastautin di tempatnya sahaja. Berbeza dengan mahkamah sivil.

      Pentadbiran agama islam di malaysia juga mengikut negeri masing2, jadi orang yg duduk di KL tidak boleh memilih untuk mendengar kesnya di negeri lain seperti johor, melainkan dia adalah defendan.

      Kad pengenalan atau akuan mastautin adalah cara mahkamah menentukan ia ada bidangkuasa. Jadi seorang plaintif boleh pilih samaada menukar alamat kad pengenalan ke alamat tempat tinggal semasa atau mencari masjid kariah terdekat untuk membuat akuan mastautin.

  110. Noname

    Reply

    Assalamualaikum.
    Saya ingin bertanya berkenaan alamat maustatin dan alamat ic. Saya dan suami tinggal di rumah sewa di selangor tetapi alamat ic di kuala lumpur. Saya tak boleh update alamat ic kpd alamat maustatin kerana rumah sewa. Dan jika perlu minta surat dpd mukim masjid, apakah syarat dan isi kandungan surat tersebut?
    Terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya. Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati.

    • admin

      Reply

      Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

      Dalam keadaan ini, puan perlu ambil borang akuan mastautin dari mahkamah yang ingin puan failkan kes tersebut dan bawa borang itu ke masjid kariah yang ada pegawai masjid untuk mengesahkan. Biasanya pegawai masjid akan minta bukti seperti bil utiliti atau perjanjian sewa.

  111. Laila

    Reply

    Assalamualaikum w.b.t

    Saya mohon admin untuk berikan personal email untuk memohon pendapat dari admin.

    Sekian terima kasih

  112. Nurain

    Reply

    Assalamualaikum…
    Saya ingin bertanya sekiranya suami saya terlafaz cerai tanpa segaja disebabkan berlakunya pertengkaran besar sewaktu itu dia dlm keadaan yang tidak sihat disebabkan kemalangan dan memakan ubat tahan sakit adakah talak tersebut jatuh…. untuk pengetahuan tuan kami bernikah di thailand dan belum mendftr perkahwinan kami di sini… dan bagaimana klau selepas itu kami rujuk dan dia penah bertaklik sekiranya dia keluar rmh hari itu jatuhnya talak pada saya.. jadi adakah talak sudah jatuh dua kali atau talak pertama tidah sah disebabkan dia dalam keadaan tidak sedar dgn lafaz yg disebut itu…

    • admin

      Reply

      Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh

      Tahap “tidak sedar” itu ada tafsirannya, sesetengah hakim memutuskan selagi mana dia faham akan maksud ayat yang dilafazkan, talaq tetap jatuh, berbeza jika dia hanya meracau seperti orang gila. Sebaiknya buatlah pengesahan nikah diikuti pengesahan cerai dan rujuk supaya puan sendiri yakin yang nikah dan rujuk puan sah di sisi agama. Lambat laun ia perlu dilakukan juga terutama jika ada anak atau berlaku kematian dan memerlukan pembuktian waris untuk perwarisan harta. Jika ia dibuat lambat, ia akan menidakkan hak puan sebagai isteri dan hak anak yang ada atau yang bakal lahir.

      Lafaz taklik kedua itu boleh jatuh talaq kedua kerana ia lafaz berbeza. Jadi boleh disekalikan pengesahan cerai utk kedua2 lafaz bagi menentukan samaada sudah jatuh dua talaq atau tidak.

  113. j

    Reply

    Aslmkm
    bagaimana jika suami tidak bersetuju untuk bercerai?..si isteri mahu bercerai kerana perangai suami yang sgt teruk…pernah memukul isteri….namun si suami telah bertaubat dan memohon ampun pada tuhan dan memohon ampun pada isteri…suami merayu utk x bercerai tetapi si isteri mahu bercerai juga dan bagitahu klu ada jodoh akan bersama semula…perasaan kasih syg mereka masih kuat cuma isteri mahu becerai kerana mahu melupakan dahulu segala yang menyakitkan hatinya dulu dan menerima si suami itu dalam hidup y bru..

    • admin

      Reply

      Jika isteri mohon cerai dan suami tidak setuju, mahkamah akan rujuk pasangan ke jawatankuasa pendamai. Jika masih tak berjaya barulah akan diteruskan ke peringkat hakam dan jika mahkamah memutuskan masih perlu bercerai, mahkamah akan beri kuasa kepada hakam untuk melafazkan cerai bagi pihak suami.

  114. TAMINA

    Reply

    Salam Admin…

    Saya dan suami duduk di rumah ibu mertua (ibu tunggal) sejak kami kawin dalam rumah tersebut hanya ada Ibu Mertua, Kakak Ipar, Suami dan Saya sendiri. Usia perkahwinan kami masuk tahun kedua. Sehingga ke hari ini, saya masih belum mendapat kunci pendua rumah tersebut. Soalan saya adalah:

    1. Saya ada hak tak untuk mendapat kunci pendua bagi memudahkan urusan keluar dan masuk saya dalam rumah tersebut memandangkan saya duduk dalam rumah tersebut?

    2. Apa yang perlu saya lakukan sekarang, memandangkan sudah 2x saya tanyakan (melalui message) untuk mendapatkan kunci pendua dari ibu mertua saya, tetapi dia senyap tanpa membalas apa2 tentang permintaan saya dan bercakap dengan saya seperti macam tak ada apa2. Dan bila saya minta pada suami untuk buatkan saya kunci pendua untuk saya, dia kata “TAK BOLEH, SEBAB INI BUKAN RUMAH SAYA.. NI RUMAH UMI”… dan kami suami isteri akan bertengkar setiap kali saya minta selesaikan isu tentang hal kunci rumah tersebut.

    Kadang saya terfikir, siapa saya ni dalam rumah tersebut.. kalau org lain dengar cerita saya pon, mereka rasa pelik.. tapi inilah hakikat yang saya hadapi..

    • admin

      Reply

      Puan, hak isteri hanya dalam harta milik suami jadi utk rumah mertua, tiada tuntutan boleh dibuat melainkan suami sudah mewarisi rumah tersebut selepas kematian ibunya.

  115. Eiyad

    Reply

    Assalamualaikum admin…Nak tanya,bagaimana pula kalau isteri yang ingin suami menceraikan isterinya,tetapi isteri tak nak menfailkan penceraian tersebut? Si isteri ingin suami menceraikan dan kalau suami yang failkan penceraian atas alasan kehendak isteri,adakah dibolehkan?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Boleh sesiapa saja memfailkan cerai, suami mahupun isteri. Tetapi apabila hakim tanya samaada suami mahu menceraikan, suami perlu jujur samaada mahu atau tidak. Jika suami tidak mahu bercerai, hakim akan rujuk ke jawatankuasa pendamai.

      • Muhamad

        Reply

        Kalau suami dah ceraikan isteri di dalam rumah dengan talak 1,
        Kalau di makamah suami tidak mahu mencerai kan..adakah sah penceraian itu sah?

        • admin

          Reply

          Sekiranya suami sudah menceraikan isteri di rumah, kes yang perlu difailkan ialah pengesahan lafaz cerai. Maka, tiada isu suami tidak mahu menceraikan di mahkamah kerana isu tersebut hanya untuk kes permohonan cerai bukan pengesahan cerai.

  116. Izzati

    Reply

    Salam Admin,

    Saya dan suami baru berkahwin dua tahun. Sepanjang berkahwin kami sering bertengkar. Suami baru failkan penceraian dan menyuruh saya untuk datang ke mahkamah dlm masa 2 minggu melalui whatsapp. Saya ingin bertanya. Pertama, apakah sudah jatuh talak sekiranya suami menyatakan “I’m drawing the line here”. Dan “For the last time, this is goodbye”? Apakah kedua2 ayat ini menyebabkan sudah terjatuhnya talak terhadap saya? Dan kedua saya cuba hubungi suami dan ibu mertua tetapi suami tidak dpt dihubungi. Saya balik ke rumah ibu dan ayah saya dan menginap di rumah mereka. Soalan saya perlu kah saya meminta izin kepada suami untuk tinggal ke rumah ibu dan ayah saya sehingga hari prosiding penceraian? Soalan ketiga. Suami tidak menyatakan hasrat untuk berjumpa kaunselor atau berbincang. Adakah khidmat kaunseling akan di tawarkan sewaktu prosiding penceraian? Terimah kasih dan selamat berpuasa.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.
      1. Tidak jatuh melainkan suami sendiri mengatakan dia sudah ada niat cerai pada masa membuat lafaz. Wallahua’lam.

      2. Tidak boleh keluar dari rumah kelamin melainkan dengan izin suami atau ada sebab2 yang dibenarkan syarak seperti bimbang keselamatan diri atau ada sejarah dipukul suami.

      3. Sekiranya tidak setuju bercerai, mahkamah akan merujuk pasangan ke jawatankuasa pendamai di hadapan pegawai di jabatan agama islam. Fungsinya sama seperti kaunseling.

  117. John doe

    Reply

    Salam admin.. penceraian sy secara khuluq kerana sy tidak bersetuju untuk becerai tetapi isteri tetap mahu becerai..oleh yg demikian hakam telah memutuskan isteri perlu membayar RM5000 kepada sy..hakim bertanya kepada isteri dan dia tidak setuju dgn bayaran tersebut..kemudian hakim memutuskan isteri hanya perlu membayar rm300 sahaja..tanpa bertanya kepada sy setuju atau tidak.. disini sy rasa tidak adil dan buang masa sy dlm sesi perbincangan dgn hakam..jika hakim bole buat keputusan tanpa merujuk kepada hakam..apa guna sesi dgn hakam? Apa fungsi hakam kalau hakim tidak ikut..lebih baik hakim terus bt keputusan mengikut suka hati hakim..adakah sah jika penceraian ini tidak diadili dgn adil? salah siapa dalam situasi ni?

    • admin

      Reply

      Peruntukan undang2 memberi kuasa kepada hakim untuk mengubah jumlah khuluk asalkan pihak2 sudah bersetuju untuk bercerai secara khuluk dan hanya tidak bersetuju soal amaun. Peruntukan undang2 syariah ada sandaran hukum syarak di belakangnya dan tidak digubal sesuka hati. Jadi, jika hakim membenarkan, itu tandanya ada sebab2 yang membolehkan hakim mengubah amaun tersebut seperti isteri dapat membuktikan tidak mampu membayar jumlah yang diminta dsb. Jika encik tidak berpuas hati, buatlah rayuan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan.

  118. lin

    Reply

    assalamualaikum..
    saya nk tanye..
    saya dh disahkan bercerai pada 8/5/2017..
    dan sekarang saya dlm tempoh iddah..
    saya tak duduk serumah dengan bekas suami atas alasan xselesa sebab dirumah tu ada kawan lelaki dia yang menyewa bilik bersama 2orang ank perempuan..
    saya mempunyai seorang anak lelaki dan sekarang dibawah jagaan bekas suami tanpa persetujuan bersama..bekas suami ambik anak dari saya dan tak bagi jumpa dengan anak dengan alasan dia tak tahu alamat tempat tinggal saya sekarang..dia nak tahu alamat saya sbb takut saya tipu dia dgn cara tak pulangkan anak semula kepada dia..dh sebulan lebih saya tidak berjumpa dengan anak..
    persoalan saya bolehkah saya nk tuntut hak penjagaan anak?
    bolehkan saya nk tuntut nafkah iddah,mutaah walaupun saya tidak tinggal bersama dengan bekas suami semasa dlm iddah?
    dan ada ape² kos yg perlu dibayar tak semasa mengambil sijil cerai nnt?
    terima kasih…

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warahmatullah. Puan boleh tuntut hak jagaan anak, mutaah dan harta sepencarian. Utk nafkah iddah, puan berpindah atas kerelaan sendiri jadi saya tidak nasihatkan puan tuntut. Kos sijil cerai bergantung kepada pejabat agama, selalunya sekitar rm20 sahaja. Tapi sebelum boleh mengambil sijil cerai, puan perlu ada dokumen perintah cerai dari mahkamah. Bayaran dokumen itu sekitar rm25.

  119. dayah

    Reply

    Assalamualaikum,
    Saya merupakn ibu kpd 4 orang anak dan telah berkahwin selama 13 tahun. Masalahnya skrg sy ingin berpisah dengan suami. Dia tidak mempunyai kerje yang tetap dan tidak dapat memberi nafkah zahir. semua perbelanjaan keluarga dan anak2 sy yang tanggung . sepjg perkahwinan kami tinggal bersama mak saya di kg dan pd masa yang sama dia juga tidak hormat pada mak saya .sy jadi sgt tertekan dan mengganggu pekerjaan dan kehidupan saya seharian. Pada tahun 2014 sy dan suami begaduh besar. sejak dari itu kami tidak tinggal bersama sehingga skrg. sy dan dia mmg tidak bertegur sapa. sy mmg ingin bercerai dengan suami. Jadi apa harus sy lakukan. Mohon pencerahan

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warahmatullah. Jika sudah tidak tinggal bersama sebegitu lama, puan boleh memohon fasakh atau taklik. Tetapi saya nasihatkan berbincang dulu dengan suami agar suami bersetuju menceraikan secara baik agar puan hanya perlu ke mahkamah sekali sahaja dan terus boleh dapat perintah cerai. Manakala fasakh atau taklik memakan masa kerana memerlukan perbicaraan dan pembuktian.

  120. Assalamualaikum

    Reply

    Salam. Saya dah berkahwin selama 12 tahun. Suami saya mualaf. Kami ada 3 org anak berusia 10, 9 dan 5 tahun. Sejak usia perkahwinan kami masuk ke thn 5, suami mula bersikap dingin, mencari kesalahan saya dan banyak menyakitkan hati saya. Namun saya bersabar memikirkan anak2 yg masih kecil. Suami tidak pernah memberi nafkah kerana saya bekerja. Dan saya juga tidak pernah meminta kerana saya faham kewangan suami. Kami sering berselisih faham. Suami pernah sampai setahun lebih tidak bercakap dengan saya. Hubungan kami berterusan begitu. Baik sekejap gaduh semula. Tak bercakap. Pernah dia menyuruh saya berpindah keluar namun saya enggan memikirkan anak2 kerana dia tidak membenarkn saya membawa anak2 bersama. Sekarang sekali lagi dia memulaukan saya. Saya rasa saya ingin bercerai kerana perkahwinan kami sebenarnya tiada makna. Sepatutnya sebagai seorang suami yang juga pemimpin dalam keluarga, dia sepatutnya terbuka untuk berbincang dan bukan bersikap begitu. Bolehkah saya memohon cerai? Saya juga mahu semua anak2 saya tinggal dgn saya.

    • admin

      Reply

      Puan perlu berbincang dgn suami tentang halatuju perkahwinan ini. Jika suami masih sayangkan puan, sebaiknya cuba perbaiki hubungan dengan cara kaunseling dan menggunakan orang tengah, demi kebaikan anak2.

      Jika suami setuju menceraikan puan, bolehlah bercerai secara baik di bawah seksyen 47, ikut prosedur dalam artikel cerai secara baik dalam website ini.

      Jika ingin memohon cerai di bawah taklik atau fasakh atas alasan suami tidak beri nafkah, itu mungkin agak sukar kerana puan tidak pernah meminta dan mahkamah boleh menganggap bahawa puan redha membantu ekonomi keluarga apabila bekerja.

      Manakala anak2 yang sudah mumayyiz berhak memilih untuk bersama ibu atau bapa, mahkamah akan menentukan berdasarkan faktor ini dan lain2 faktor yang berkaitan dengan kebajikan anak. Jadi utk anak2 pertama dan kedua, mereka perlu memilih untuk bersama siapa.

      Manakala anak bongsu yang masih di bawah umur 7 tahun kebiasaannya akan diberi kepada ibu.

  121. Alia

    Reply

    Assalamualaikum,
    Saya Ibu Kepada 2 org anak , saya ada bergaduh dgn suami pada dua hari lepas dan suami ada menghantar watsap kpd saya mengatakan dia nak menceraikan saya pada talak tiga secara tidak sedar dalam keadaan yg amat marah dan hilang pertimbangan malam itu tetapi bile die reda die tidak berniat untuk menulis begitu. Apa saya harus lakukan dlm situasi begini ?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Puan, jika suami ada gunakan perkataan “nak” ia hanya berbentuk cadangan dan belum lagi jatuh talaq jika berbentuk sedemikian. Namun utk lebih yakin lagi, puan perlu berikan lafaz sebenar yang diperkatakan beliau.

  122. Reply

    Macamana uruskan cerai dgn suami yg perangai panas baran,pemalas? Isteri yg bekerja,suami tidak bekerja tp suami tidak mbantu kerja rumah,24jam hadap game. Isteri pulang dr kerja dia tidur.isteri tidur dia main game smpai siang. Nafkah batin pun ala kadar,sekadar melepaskn batuk di tangga. Suami marah kalau anak mengganggu dia main game sdgkn anak perlukn perhatian. Tidak membantu kerja di rumah. Isteri plg dr lerja,isteri yg kemas rumah dan masak. Mohon pencerahan.

    • admin

      Reply

      Puan, tugas isteri yang hakiki sememangnya menjaga rumahtangga dan anak2 manakala mencari rezeki adalah tugas hakiki suami. Jika suami tidak menjalankan tugas tersebut, adulah kepada pejabat agama atau buat tuntutan nafkah isteri dan nafkah anak terhadap beliau. Banyak suami yang mengambil ringan soal nafkah kerana menyangka isteri redha menanggung keluarga dari pendapatan isteri. Jika puan tidak nyatakan masalah ini secara jelas melalui perbincangan dengan beliau, aduan atau kaunseling, suami akan terus memandang ringan. Sebaiknya puan elakkan dari terus menuju perceraian kerana ianya amat tidak disukai Allah. Jika masih tidak berjaya sekalipun puan sudah mencuba menggunakan orang tengah dan sudah cuba berbincang dengan suami secara baik, maka barulah langkah terakhir adalah dengan mengadu di mahkamah. Jika suami dapat menceraikan dengan rela kerana dia sedar dia tidak lagi mampu menanggung keluarga, itulah yang terbaik. Tetapi jika suami enggan menceraikan, puan perlu melalui proses perceraian yang panjang dan perlu turun naik mahkamah sehingga selesai.

  123. Puan Dee

    Reply

    Assalamualaikum,

    Jika si suami dan isteri telah bersetuju untuk berpisah cara baik apakah proses seterusnya untuk kami selesaikan??? Perlu rujuk ke Pejabat agama berdekatan atau mengikut alamat di ic pemastautin….

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Puan sila rujuk artikel kami tentang cerai secara baik untuk prosedur secara detail. Terus ke mahkamah syariah terdekat dengan tempat mastautin,tidak perlu kaunseling.

  124. Wawa

    Reply

    Pernikahan sy dan suami sudah 3tahun dan mempunyai seorang anak … Kalau Suami dan Isteri sama sama setuju untuk bercerai haruskah ada bayaran lain ? Tujuan ingin bercerai kerana tiada persefahaman antara satu sama lain dan kurang bertegur sapa … Admin cakap hakim tidak terima alasan Tiada persefahaman … Jadi apa yg harus sy isikan dalam surat cerat tersebut ?

    • admin

      Reply

      Bayaran di mahkamah utk memfailkan kes cerai secara baik sehingga mendapat perintah adalah tidak sampai rm100 kebiasaannya.

      Bukanlah hakim tidak terima alasan tidak sefahaman tetapi sesetengah hakim tidak mudah memberi kebenaran bercerai kerana “tidak sefahaman” itu berpotensi untuk didamaikan. Tugas hakim adalah untuk mengelakkan perceraian melainkan itu adalah langkah terakhir kerana Allah tidak suka kepada perceraian. Jadi, untuk mengelakkan kes dirujuk ke jawatankuasa pendamai, maka jika sememangnya tiada ruang lagi untuk berdamai, berterus terang sahaja dengan hakim tentang alasan sebenar untuk bercerai seperti suami sudah tidak mampu membayar nafkah atau suami dan isteri ingin berkahwin dengan pasangan lain dan sebagainya mengikut kes masing2.

  125. Hakimi

    Reply

    Assalamualaikum…saya ingin bertanya mengenai syarat yg di letak oleh suami tentang talak. Suami bergaduh dengan isteri mengatakan yg isteri berlaku curang, kemudian berbaik sementara itu suami meletakkan syarat sekiranya berlaku sekali lagi kecurangan ” sekali lgi kau curang aku cerai talak 3″ . Dari ungkapan itu…cara yg bagaimana boleh di tafsirkan Curang dan bila kah talak tersebut terpakai? adakah suami mengetahui isteri curang baru di katergori kan jatuh talak?…

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Untuk lafaz sebegini, saya nasihatkan encik/puan terus merujuk kepada mahkamah rendah syariah terdekat kerana hakim akan meminta suami mengesahkan lafaz itu ada dibuat dan mahkamah akan meminta suami menjelaskan niatnya semasa membuat lafaz tersebut. Barulah akan jelas kesan daripada lafaz itu sekiranya berlaku perbuatan curang. Malah “curang” itu sendiri perlu kepada pentafsiran kerana adakah ianya hanya perbuatan bermain cinta atau perlukah melibatkan hubungan kelamin. Semua ini akan ditentukan oleh mahkamah apabila kes ini difailkan.

  126. Reply

    salam, sy nk bertanya.. adik sy telah keluar umah tnpa izin pda bln januari/17 & menaiki emergency flight ke semenanjung, laporan polis juga telah dibuat kerana org tua bimbangkn keselamatan adik sy krna dia kuar sehelai sepinggang.. setelah bbrpa hri menatap di semenanjung, adik sy tlh menikah dgn sepupu belah mak sy, iaitu ank kpd adik emak sy. nenikah di thailand tnpa pengetahuan family.. kami bru saja dimaklumkn pgi tdi 17mei2017 setelah mendpt pgglan dri pejabat agama melaka krna mrka memerlukan persetujuan dri wali yg Sah.. persoalannya skrg, family semua x setuju lgi² ayah, krna pihak lelaki telah menipu kami.. ketika siasatan polis dijlnkn pihak family lelaki menafikn bhwa mrka lsgn x thu ape² tentang adik sy malah mereka menghina kami mcm² krna x reti jga adik sy. stlh diviralkn di media sosial bru kami thu adik sy mmg ade dgn mereka.. adik sy juga ade membuatkn laporan polis dgn alasan utk perlindungan diri di kemudian hari krna takut family dtg semenanjung utk pukul dia. adakah logik sorg ank kndg melaporkan ayah sndri just because utk memuaskn hati family si lelaki.. umo adik sy masa menikah 20thn, bln Nov/17 nie bru ckp 21thn.. adakah mahkamah mempunyai kuasa yg membolehkn mereka bercerai?? family trlalu kecewa dgn sikap adik & family si lelaki krna mereka menipu & memalukn semua family di media sosial.. mcm² fitnah yg dipost shgga ramai jiran² memandang hina pda org tua sy.. APA yg perlu kami lakukan

    • admin

      Reply

      Pihak ketiga selain suami atau isteri tidak boleh memohon agar pasangan itu diceraikan melainkan ada bukti perkahwinan itu tidak sah. Jika tidak beri kerjasama sekalipun, mahkamah akan mengesahkan perkahwinan jika semua rukun nikah dipatuhi semasa berkahwin di thailand. Untuk masalah antara keluarga, eloklah dibincangkan secara bersemuka menggunakan orang tengah yg sama2 dihormati kedua pihak, kerana dosa memutuskan silaturrahim ini adalah antara dosa yang paling besar di sisi Allah. Mereka yang beralah walaupun teraniaya itu lebih mulia insyaAllah. Saya simpati tetapi mendoakan pihak keluarga perempuan menjadi yang lebih bersabar dalam hal ini demi mencari keredhaan Allah. Itu lebih utama dari air muka di mata manusia.

  127. Che

    Reply

    Suami tidak adil dalam poligami kerana isteri lain mengugut untuk serang dan malukan dirumah jika balik rumah madu lebih dr sekali dlm dua minggu..suami takut dan pd masa sama tidak berusaha mengatasi masalah ini.jika nk bebincang,suami lebih cenderung marah dan mengelak..sudah berlarutan 4 tahun.bolehkah mohon cerai tanpa perlu rujuk pendamai di pjbt agama

    • admin

      Reply

      Permohonan cerai memang tidak perlu rujuk ke pejabat agama. Kaunseling hanyalah secara sukarela sahaja, jika tidak mahu, tidak perlu ke kaunseling. Boleh terus failkan fasakh di mahkamah rendah syariah terdekat.

  128. Khalil bin Ahmad

    Reply

    Salam… Islam … just nk tanyakn perihal ttg hukum Dan dasar kerajaan keatas rakyatnya terutama wanita / ibu yg berkerja… cth guru… kalau x silap ddlm ikrarnya ada menyebutkn ttg menjaga hak kepentingan individu… Islam menyatakn bahawa tanggungjawab seorang isteri itu adalah hak mutlak terhadap keluarga / suaminya.. persoalannya, wajarkah seorang isteri meninggalkn suami Dan anakya cth pergi kursus, program yg dianjurkn kementerian / pihak sekolah dmana ianya tidak mengikut waktu, keadaan Dan perlakuan yg kadangkala tidak molek dpandang dlm hukum agama islam’ serta mengikut masa/waktu yg dperuntukan dlm Islam sesuai ddlm menjaga adab,akidah Dan sebagainya… sehingga bilakah perkara ini mesti dibiarkan Tanpa mengikut syariat yg telah dwajibkn…. ini kerana, saya sebagai suami terasa system … ini adalah punca kepada keretakkan Dan kehancuran sesebuah keluarga yg mgkin akan berlaku kepada saya dan sesiapa shj… Beban tugas masa yg panjang dtempat kerja tidak cukup malah rumah djadikn tempatnya utk melakukn kerja2nya… saat yg paling menyedihkn dmana anak2 mcm kurang perhatian kasih seorang ibu… dmana suami ketika ini masih ada kesabaran lg… apakah hukum seorang suAmi melarang isteri pergi kursus meninggalkn rumah tangga berhari2… ini kerana demi memenuhi tuntutan system atau dasar, seseorg itu baik perempuan atau lelaki adalah terikut dgn sumpah ikrar Dan taat setianya… adakah Terpaksa atau dipaksa….? Diharapkn kepada mahkamah syariah Dan kepada pemegang amanat Islam disini, ingin saya minta supaya menilai Dan seterusnya mengubah system yg sedia ada ini kerana ternyata acuannya tidak berlandaskan syariat dan syariah Islam… dlm hidup berkerjaya pada hemat saya biarlah berlandaskan tatacara Islam … hidup ini bukannya mengikut atau mengejar pangkat semata2 kecuali ianya berdasarkn cara Islam demi kebaikkan bg seluruh umatnya…. bukannya utk memenuhi sesuatu agenda atau plan tindakan atas nama dasar Dan kepentingan individu Dan organisasi… Islam adalah agama Allah swt… begitu juga hukum Dan syariatnya …. ( pandang sesuatu masalah pada dasarnya, bknnya luaran sterussnya individu ) harapnya mendapatkan pencerahan dan komen Dari admin… wassalam… tqvm..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Apabila seseorang menerima sesuatu jawatan, sudah menjadi tanggungjawab untuk memenuhi setiap syarat dalam tugasan termasuk ke kursus. Jika tidak boleh menyesuaikan diri dengan keadaan ini kerana tidak mendapat izin suami, maka isteri patut berbincang dengan majikan (spt guru besar atau pengetua) atau jika masih tidak berjaya, carilah pekerjaan lain yang diredhai suami.

      Namun, bukan semudah itu mencari pekerjaan sekarang ini, dan hakikatnya bebanan ekonomi menuntut kedua2 pasangan untuk bekerja. Jadi mahu atau tidak, terpaksa dilalui juga perkara2 sulit seperti kursus dan kerja overtime. Jadi suami isteri perlu saling bertimbang rasa, jika rumahtangga memerlukan isteri bekerja untuk membantu ekonomi keluarga, perlulah keperluan itu diiringi pengorbanan, begitu juga di pihak isteri perlu berkorban untuk suami juga. Bertolak ansur itu yang utama dalam kehidupan islam antara suami isteri. Tetapi jika keadaan ekonomi suami bekerja seorang sudah mencukupi, bolehlah isteri duduk di rumah sahaja jika itu yang diredhai suaminya.

  129. Mama

    Reply

    Salam…sya nk tnye cam mna proses yg prlu sya smbil utk brcerai jika si suami sdah jrang memberi nafkah pda isteri,ade ketika cma utk ank2…kemudian,dy berani ambil brang kemas ibu sya&memajak scara diam2…bile di minta,dy ingin menjual kereta yg ibu sya belikan tpi di daftarkan ats nma dy…sdangkn kami tggal dengan org tua sya..bgaimana pula dengan hak pnjagaan ank2 perempuan sya yg berusia 4tahun&7bulan??ade msa sya perlu meminta pda ibu bapa sya,utk membeli kperluan sya&ank2…tmpat tggal,pkai,minum some sya&org tua sya yg sdiakn..mohon pencerahan..trima ksih..

    • admin

      Reply

      Puan, jika boleh bincang dgn suami supaya melepaskan cara baik di bawah seksyen 47 secara lafaz talaq dalam mahkamah kerana itu lebih cepat. Jika suami enggan, boleh failkan fasakh atas alasan cuai nafkah dan melupuskan harta isteri.
      Manakala hak penjagaan utk anak2 kecil yang belum mumayyiz jatuh kepada ibu melainkan si bapa boleh buktikan yg ibu hilang kelayakan atas sebab2 seperti ibu berkelakuan buruk secara terbuka dan sebagainya.

  130. Pn Yana

    Reply

    Assalamualaikum

    Harap maaf, kisah rumahtangga saya tak pernah saya cerita kepada sape2 kerana bagi saya kalau saya ceritakan kepada adik beradik , akan ada hilang rase hormat kepada suami dan juga menjaga maruah suami, saya dan suami berkahwin hampir 4 tahun dan dikurnikan seorang puteri yg berumur 3 tahun, masalah saya sekarang suami saya dah hampir 2 tahun tanpa bagi sesen nafkah keapda saya, saya memang akui gaji saya besar dan mampu menanggung perbelanjaan rumah seperti rumah sewa, makan pakai, dan belanjer anak tetapi setakat gaji saya seorang saya tidah bole menyimpan duit untuk masa depan, suami saya hanya makan dan tidur saya, saya sudah lama ingin berceraI tetapi saya tak tahu macam mane cara kerana saya tak pernah mengadu kepada sesiapa malah kepada karan karib saya kerana saya menjaga maruah suami, saya tak pernah cite kepada adik beradik saya dan saya sanggup menipu ibubapa mengatakan suami kerja bagus , setiap kali saya balik kerja melihat dia tengok TV aatau tidur, saya jadi sakit hati, tetapi hati saya cepat berubah, bila hilang marah kami baik semula, dah hampir dua tahun suami tanpa segan tak bagi saya nafkah, saya yang kena tanggung makan dan minum dia, saya tidak tahu macam mane untuk saya bercerai , bole tak tolong saya apa yang perlu saya buat untuk mulakan langkah pertama untuk bercerai, saya sangat buntu >

    • admin

      Reply

      Puan, jika masalah utama puan dan suami adalah isu wang, saya tidak syorkan untuk terus menuju perceraian terutama apabila puan ada anak kerana ia akan menjejaskan kebajikan anak yang perlukan kedua org tuanya. Sebaiknya puan berbincang secara terbuka dengan suami berkenaan ketidakpuasan hati ini, boleh ajak suami ke kaunseling atau jika masih tak berjaya, failkan tuntutan nafkah isteri dan anak di mahkamah, tidak perlu terus kepada cerai.

  131. Wati

    Reply

    Soalan saya: Isteri sudah sudah hilang sayang pada suami, maka isteri hilang hormat pada suami, hubungan seks pun jadi dingin. Ini menyebabkan suami terasa hati tetapi masih lagi banyak bersabar. Si isteri inginkan perceraian kerana tak sanggup menanggung dosa terhadap suaminya. Tapi, si suami tidak bersetuju. Dalam kes ini, ape yang perlu si isteri lakukan, bila tiada sayang maka tiadalah kerukunan rumah tangga.

    • admin

      Reply

      Puan, kasih sayang itu subjektif manakala tanggungjawab dalam perkahwinan itu adalah satu kewajipan bagi pasangan berkahwin. Sebab itu tiada alasan bercerai secara fasakh atas alasan tiada kasih sayang. Saya nasihatkan puan dan suami berbincang secara terbuka dahulu berkenaan apa sebenar masalah yang menyebabkan hilangnya mawaddah, pasti ada punca yang belum diselesaikan atau dipendamkan. Jika boleh selesai tanpa bercerai, itulah yang sebaiknya dalam Islam. Cuba dapatkan orang tengah yang sama2 dihormati pasangan, jika tidak boleh berbincang secara berdua saja.

  132. Pn. Fid

    Reply

    Assalamualaikum…
    Baru-baru ni suami tertangkap mempunyai hubungan dengan wanita lain melalui fb messanger & applikasi whatsapp….dengan ayat manis & kata2 cinta. Suami dulu pernah mentaklik ke atas dirinya sendiri iaitu “jika aku ada hubungan dengan perempuan lain, maka jatuh talak 1 keatas kau” tanpa saksi. Hanya saya & suami sahaja yang ada pada ketika itu. Pertanyaan saya….adakah sah taklik tersebut dan adakah talak telah jatuh. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Puan, lafaz taklik suami itu agak kabur kerana “hubungan” boleh membawa banyak maksud, adakah niat suami hubungan sulit kelamin atau sekadar hubungan cinta. Jadi sebaiknya perlu kepada pengakuan bersumpah suami di hadapan Hakim tentang niat beliau semasa membuat lafaz taklik tersebut, failkanlah kes pengesahan cerai di mahkamah rendah syariah terdekat.

  133. Askar sedih

    Reply

    Assalamualaikum. Kamisudah hampir 21 tahun berkahwin dan mempunyai 3 orang anak perempuan 20,18 dan 12. Isteri selalu meminta cerai dengan alasan saya tidak ada perasaan kasih sayang lagi terhadapnya. Saya selalu bertahan sahaja. Isteri seroang surirumah. Baru baru ini pergaduhan berlaku lagi atas alasan yang sama (walaupun saya tiada orang ketiga). Alasan dia saya selalu tidur dahulu walaupun jam sudah melebihi tengahmalam. Sekrang semua jenis kesalahan saya semasa awal perkahwinan habis dia ungkit. Isteri selalu bangun lewat, tidak menyediakan makan pagi anak ke sekolah dan jarang berkemas rumah dan mengharapkan saya membuat semuanya dengan alasan dia sudah penat membuat semuanya. Semuanya saya lakukan denmi perkahwinan ini. Tetapi kali ini saya sudah tidak tahan lagi, saya ingin sahaja bersetuju dengan permintaan beliau untuk berpisah. Bernikah di Pasir Mas dan kad pengenalan isteri adalah beralamat di sana juga. Saya tentera. Apa nasihat tuan

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Saya tidak nasihatkan cerai dalam keadaan ini. Kemungkinan isteri sedang mengalami gangguan emosi dan perlu mendapatkan rawatan pakar. Kemungkinan suami isteri ada masalah lain yang belum habis dibincangkan secara terbuka dan patut dirujuk ke kaunseling keluarga. Cubalah dulu semua cara ini barulah membuat keputusan utk berpisah atau tidak, kerana masalah ini boleh ditangani dengan komunikasi yang berkesan. Mungkin juga isteri hanya mengalami sindrom ini kerana menghampiri umur menopause. Sebagai wanita, saya faham yang golongan isteri selalu menggunakan cerai sebagai method untuk menguji samaada suami akan mempertahankan perkahwinan atau tidak, hakikatnya mereka tidak mahu berpisah.

  134. linda84

    Reply

    assalammualaikum.
    sesungguhnya sy telah tawar hati utk mneruskn rumahtgga ni krna suami asyik melarikan diri dari rumah tnpa pengetahuan, selalu bgi duit nafkah kurang, lepasstu asyik berhenti kerja dgn mcm2 alasan..tiada inisiatif lain untk tmbh pndptn. Sekiranya dia kerap henti kerja, sy yg cover semuanya. Rumah mmg sy yg bayar. Dia hnya uruskan nafkah makan minum saje. Itupn xbolh konsisten.Kerap menipu tp berjanji sampai bersumpah mmegang alquran xkn ulangi.tpi ulangi lagi. Paling memalukn bila dia tinggalk sy hilgkn diri dri rumah kg sy smpi abah mak sy tertanya mana dia.Rupa2 nya dah lari. skrg ni ni mcm2 dia tuntut nk balik brg2 dlm umah sy. dia bgtau dah xnk sy lgi. Skrg ni sy mmg dah xnk perkhwinan ni lagi. Boleh ke sy minta cerai..mohon pndgn.tkasih

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.
      Puan, jika suami mengakui sudah tidak mahu meneruskan perkahwinan, bincanglah dengannya utk datang ke mahkamah bersama puan dan bercerai secara baik yang boleh diselesaikan dalam masa beberapa jam sahaja kerana itu yg paling pantas untuk menyelesaikan status puan dan suami berbanding puan memohon cerai cara lain kerana ia akan memakan masa.

  135. Reply

    Assalamualaikum admin… nak tanya,kalau suami cakap “aku terima kau kerana allah,maka aku buang kau kerana allah”itu dikira niat @ x yer… sebab dia bckp melalui whatsapp jee..tq admin

  136. lunamaya

    Reply

    assalammualaikum.. sy telah di ceraikn dgn suami sy pd 12.12.2016. ketika itu sy sdg mgandung. dan pd 18.4.2017 sy tlh selamat mlahirkn ank llk. sepanjang dr tarikh suami ceraikn sy sehingga sekarang sy tidak disentuh dan suami sy xbalik rumah. suami sy xde buat failkn kes penceraian. soalannya apakah status sy sekarang?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Jika lafaz suami adalah lafaz soreh seperti aku ceraikan kau, maka sudah habis tempoh iddah selepas puan melahirkan anak. Failkan permohonan pengesahan cerai di mahkamah tetapi suami wajib hadir untuk mengesahkan lafaz yang dibuat.

  137. Az

    Reply

    Assalamualaikum puan,
    Saya dah 8 tahun berkahwin tapi xpernah tinggal sebumbung disebabkan pekerjaan suami dan kami weekend husband n wife la maksudnya..kami berumur 34 tahun.baru-baru ni telah berlaku pertengkaran antara kami sehingga suami bertindak memukul saya.saya terus keluar rumah dan balik ke rumah ibu bapa saya.suami tidak datang langsung untuk memujuk malah minta saya yang pulang semula ke rumah untuk selesaikan masalah.kerana ada rasa sayang saya pulang semula setelah 3 minggu xbalik umah kami.namun suami saya sudah tidak seperti sebelum ini.memang saya yang selalu ingkar dan bantah dengan dia..tapi dia byk bersabar.sekarang dah jadi terbalik..dia pula yang selalu nak marah dan langsung tidak bertimbang rasa atas sesuatu isu…2 minggu saya cuba untuk rendahkan ego saya dan sesekali tentu perangai ingkar saya datang tapi respon suami agak keterlaluan bagi saya..saya xdpt terima dan rasa tidak diperlukan.semalam suami saya balik mcm biasa di hujung mggu dan saya mesej dia adakah dia nak saya balik rumah…tapi tiada jawapan yang mna saya anggap dia mmg xnak sya balik la kan..saya tanya sebab tidak mampu untuk menanggis dan dimarah selalu.jadi adakah saya dikira nusyuz jika terus tinggal di runah ibu bapa walaupun pada hari suami balik??tapi saya dah bertanya dahulu kepada dia.dan adakah dengan tidak membantu dari segi kewangan tu tanggungjawab isteri?sebab suami setiap bulan minta duit tapi saya anggap sbg hutang dan dia pun akur serta membyr jika ada duit.tapi saya tidak membantu utk perbelanjaan rumah dan suami telah mengungkit baru-baru ini.kami tiada anak sebab suami memang mati pucuk.dia langsung tiada inisiatif untuk berubat.saya bertahan selama ini kerana sayang dan sifat sabar dia kerana tahan dengan karenah saya.kami sama- sama ada cakap xkisah untuk bercerai namun masih lagi binggung.saya masih sayangkan dia…saya nak cuba berubah tapi disebabkan mati pucuk dan tindakan dia sejak akhir2 ini menyebabkan saya lagi kuat untuk mohon penceraian..kalo saya bercerai adakah saya boleh tuntut rumah yang kami duduki bersama walaupun saya tiada sumbangan? Apakah sekarang saya dikira nusyuz? Apakah kekebihan untuk diri saya dalam hal ini..terima puan

    • admin

      Reply

      Puan,

      Tempat isteri di sisi suaminya jadi setiap kali suami pulang, puan wajib pulang ke rumah kelamin walaupun tidak disuruh kerana itu tanggungjawab sbg isteri. Melainkan suami sendiri menghalau puan atau ada menyakiti puan secara fizikal. Taatilah suami atas dasar mencari keredhaan Allah tidak kira apa reaksi suami, bukan hanya apabila merasakan suami menghargai dan menyayangi.

      Berkenaan masalah pergaduhan dan emosi, eloklah cuba dibincangkan secara baik terlebih dahulu dan bersifat terbuka serta sama2 perbaiki diri agar tidak saling melukakan hati pasangan. Isteri wajib mengalah dan tidak membantah suami. Dalam masa yang sama, nasihatilah suami dengan baik agar turut menghormati puan sebagai isteri.

      Nafkah isteri boleh dituntut di mahkamah. Jika dianggap sebagai hutang, nyatakan secara jelas kepada suami.

      Masalah mati pucuk suami hendaklah dicuba perubatan terlebih dahulu sebelum dijadikan alasan bercerai. Melainkan ianya tidak dapat diubati, barulah berbincang agar masing2 setuju dengan halatuju seterusnya.

      Boleh tuntut hak harta sepencarian dalam apa2 aset yang dibeli atau dibangunkan semasa tempoh perkahwinan sekalipun pasangan tiada sumbangan langsung. Tetapi hanya boleh dituntut jika sudah bercerai.

      Manakala mutaah dan nafkah iddah mungkin tidak dpt dituntut jika puan diisytihar nusyuz kerana enggan balik ke rumah suami.

  138. Zue

    Reply

    Assalamualaikum puan,

    Saya buntu dengan status saya sekarang. Dipertengahan april yg lalu, suami telah melafazkan cerai melalui telefon. Kami telah daftar kan kes tersebut. Tetapi belum di bicarakan lagi. Dalam tempoh menunggu tarikh perbicaraan, kami telah bersama 2 kali atas kerelaan saya. Tetapi suami tetap mahukan kami berpisah. Pada mulanya saya ingin pendamaian dan mengharap berbaik semula dengan suami. Tapi semakin saya cuba semakin banyak petunjuk yang saya dapat untuk tidak meneruskan perkahwinan ini.

    Alasan suami ingin berpisah kerana tidak sefahaman dan sudah tidak ada perasaan sayang pada saya. Perasaan itu berpunca dari kesalahan saya yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri (kurang masak,mengemas) sedangkan saya berkerja. Tetapi suami tidak menegur malah tidak ajak berbincang tentang ini semua.

    Sedangkan saya tahu suami telah berlaku curang terhadap saya. Malah kini berbahagia dengan kekasih barunya. Penipuan demi penipuan yang di lakukan demi menutup kesalahan nya. Suami juga mengaku yang perpisahan ini bukan sebab orang ketiga. Ia nya kerana hal kami berdua. Tetapi suami tidak pernah mengajak berbincang untuk perbaiki hubungan kami. Malah dia semakin dingin dan menjauh.

    Kini kami tidak tinggal sebumbung lagi dan menyatakan dia bukan suami saya lagi.

    Apakah yang perlu saya lakukan? Apakah yang akan berlaku ketika perbicaraan nanti? Adakah perlakuan bersama menunjukkan sudah rujuk semula?

    • admin

      Reply

      Lafaz pertama melalui telefon itu jatuh jika lafaz soreh dan bersama itu menjadi rujuk secara kiasan.

      Manakala apabila suami mengatakan dia bukan suami puan lagi, itu boleh menjadi lafaz kedua jadi puan perlu memberitahu hakim berkenaan perkara ini.

      Jika suami mengakui ada niat cerai semasa mengucapkan lafaz kedua, hakim akan memutuskan jatuh talaq kedua.

  139. Lin

    Reply

    Assalam..

    Adakah isteri boleh membuat tuntutan saman malu kepada suami di atas perceraian yang disebabkan oleh suami tidak mahu lagi berterusan dan juga perkahwinan tersebut terlalu pendek? Apakah yang harus saya lakukan?

    • admin

      Reply

      Di mahkamah syariah, isteri boleh cuba buat tuntutan ganti rugi perkahwinan untuk kos perkahwinan yang terlibat. Tetapi saman malu bukanlah bidangkuasa mahkamah syariah tetapi adalah mahkamah sivil. Perlu lantik peguam sivil dan failkan kes di mahkamah sivil.

  140. DANIA

    Reply

    Assalamualaikum

    Saya ingin bertanya. Sekiranya suami saya dan saya bersetuju utk cerai secara baik , adakah hakim akan bantah jika perkahwinan kami baru sahaja nak masuk 4 tahun , dan dikurniakan anak baru setahun lebih? Kami ingin berpisah kerana tidak lagi bersefahaman. Dia mahukan benda lain, saya mahukan benda lain dalam hidup. Apa alasan paling sesuai ya utk diberikan? Terima kasih

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Bergantung kepada hakim, sesetengah hakim agak strict dan tidak mudah membenarkan cerai sekiranya berpendapat pasangan masih boleh berdamai. Tetapi jika masing2 sudah tiada kasih syg, jelaskan kepada hakim bahawa kalian sudah tidak mahu menjadi suami isteri atas kerelaan masing2 dan sudah tiada sayang.

  141. Azira

    Reply

    Assalam Admin,
    Saya ada seorang sahabat, mempunyai 3 orang anak berumur 6, 4 dan 1 tahun.
    tidak bekerja dan tiasa sumber pendapatan, tanpa dia sedari diceraikan dengan talak 3 pada dan penceraian ini hanya dia ketahui pada bulan Mac 2017 melalui seorang perempuan iaitu bakal isteri suaminya yang sekarang ni mereka telah berkahwin.. .Salinan surat cerai tersebut bertarikh 22hb Februari, melaporkan yang suaminya (Plaintif) ada melafazkan cerai pada 13.10.2016 dengan talak 3.
    dalam surat tersebut “Kes ini diselesaikan pada hari ini dengan kehadiran Plaintif secara bersendirian dan Defenden tidak hadir”

    Persoalannya, boleh ke lafaz cerai tanpa kehadiran Defenden dihadapan Tuan Hakim?
    dan sahabat saya kata, suaminya tidak pernah lafazkan cerai di hadapannya, dan tidak pernah terima 1 surat pon dari mahkamah syariah atau pejabat agama islam yang beliau perlu hadir untuk kes perceraiainnya ini.
    dan lagi, sebelum suaminya berkahwin pada bulan Mac lalu, dan sebelum sahabat saya tahu yang dia dah diceraikan, suaminya masih pulang ke rumah seperti biasa dan masih tidur bersama dengannya,.
    Apakah hukumnya di sini.
    dan juga, suaminya sudah tidak memberi nafkah pada anak-anak lagi.

    Apa pandangan Puan, dan apa yang perlu sahabat saya lakukan.
    Saya ingin membantunya tapi saya tidak tahu caranya.

    • admin

      Reply

      Suami boleh menceraikan isteri tanpa kehadiran isteri tetapi mahkamah kebiasaannya tidak membenarkan lafaz talaq tiga, hanya talaq satu. Mungkin ada berlaku kesilapan atau suami sengaja mengucapkan sekalipun mahkamah tidak membenarkan. Jika itu berlaku, tetap mahkamah akan merekodkan perceraian talaq 3 telah berlaku.

      Suami berdosa besar kerana masih pulang dan bersama isteri jika benar telah melafazkan talaq 3 jadi isteri boleh melaporkan kepada pejabat aGama tentang hal ini supaya suami boleh disoalsiasat dan didakwa di mahkamah jika ini benar berlaku.

      Nafkah anak tetap boleh dituntut dari si bapa tidak kira apa status antara suami isteri tersebut.

  142. Adwiah

    Reply

    Bru2 ini sy mempunyai masalah r.tangga dgn suami..krn kesilapan yg sy lakukan.dan buat masa skrg,suami menyurh sy tggl di rumah kedua ibu ayah sy..dia mengemukakan beberapa syrat jika sy mahu plg ke rumh..namun begitu trdapat 1 syarat di mna beliau mminta sy bertukr tmpt kerja tnpa ada apa2 alasan…skranya sy gagal memenuhi syarat itu,dia akan ters memmulngkan sy kpd ayh ibu sy..sy pnjawat awm dn bkn mudh utk bertukr dlm tmpoh 2 hri slps tarikh 1 Mei ini…jdi bgaimana status sy,skranya sy gagal butk brtukar tmpt keje spertimana yg disyaratkn olh beliau…adkh jtuh talk ke atas sy?

    • admin

      Reply

      Jika beliau guna ayat “pulangkan” ini cerai kiasan dan perlu kepada pengesahan niat oleh suami. Jika beliau mengaku utk cerai, maka barulah jatuh. Jadi failkan pengesahan cerai di mahkamah untuk hakim panggil suami dan buat pengesahan niat beliau.

      • Reply

        Assalamualaikum wbt… admin saya dan isteri telah setuju untuk bercerai….tapi sekarang dia masih dalam pantang…..anak kami telah pun menghadap Illahi…boleh kami cerai ka lepas isteri habis pantang

  143. Isteri Malang & Keliru

    Reply

    Assalamualaikum , puan .

    Saya tengah tiada arah tuju kepada siapa saya ingin mengadu tentang kesalahan yang telah saya lakukan .

    LAFAZ CERAI PERTAMA 2012 :
    Saya telah meminta suami menceraikan saya kerana saya tidak tahan dengan sikap kaki perempuan , bawa perempuan balik kerumah keluarga suami tanpa pengetahuan keluarga suami . Untuk bersetubuh dan juga tidur bersama .
    Suami saya telah menceraikan saya dikhalayak ramai , ketika saya mengandung 7 bulan

    Namun kami bersetubuh ketika saya mengemas pakaian saya untuk kembali kerumah keluarga saya . Sepanjang kami bergaduh saya duduk dirumah keluarga saya kerana rumah mertua saya sempit dan tidak sesuai untuk membesarkan anak anak .

    Kesilapan saya kerana tidak memfailkan cerai tersebut dimahkamah
    Adakah penceraian saya sah ? Adakah sah lafaz talak 1 ?

    LAFAZ CERAI KEDUA 2013@2014 :
    Waktu itu kami tidak menegur sapa kerana kesilapan dia lakukan , kerana dia ada perempuan lain . Tidak pasti sama ada dia membawa perempuan balik ke rumah keluarga suami waullahuallam .

    Saya berchatting dengan kawan lelaki saya yang sama sama berlajar dikolej yang sama . Suami dapat tahu dan cemburu , dan saya ungkit perbuatan dia sama dan lebih teruk daripada saya . Walaupun saya tahu saya berdosa . Saya menyuruh suami ceraikan saya . Dan suami pun menceraikan saya di laman sosial iaitu chattng . Tetapi silap saya kerana saya telah memadam bukti tersebut kerana saya geram .

    Kami rujuk semula dengan bersetubuh tetapi tanpa kerelaan saya .

    Untuk pengetahuan puan setelah saya melahirkan anak ke dua , suami saya telah melakukan setubuh diluar tabii tanpa kerelaan saya sendiri . Sebanyak 5x . Apabila dia meminta bersetubuh diluar tabii , saya cuba mengelak .

    Bukan itu sahaja , kami telah bergaduh besar dimana saya memarahi dia kerana dia menyimpan dan memeluk baju yang diberi oleh kekasihnya . Dan dia memarahi saya kerana menyimpan barang bekas kekasih saya (sebelum nikah) . Dan dia mencabar saya untuk membakar barang tersebut . Jadi saya membakar didepan matanya . Barang tersebut cair lalu terkena tilam , dan mula merebak . Suami pula nampak dan membiarkan . Tetapi dia terus memadamkannya dengan segera

    Lalu dia memarahi saya kerana saya cuba membunuh dia dan membakar rumah keluarga saya . Kerana saya amat tertekan dan beremosi tidak stabil ketika itu .

    Suami saya memukul saya dikepala belakang dan depan juga dibelakang badan lalu dia membaringkan saya dan mengambil tuala dan tekup muka saya dimana saya sukar bernafas . Selama 5minit atau kurang tidak silap . Saya mula tercungap cungap . Suami terus alihkan tuala tersebut dan menenangkan saya .

    Silap saya kerana tidak buat report polis dan memberitahu kepada keluarga saya

    Kerana kesilapan saya saya tidak memfailkan kes cerai saya di mahkamah
    Adakah penceraian saya kedua sah ? Adakah jatuh talak 2 ?

    LAFAZ CERAI KE TIGA 2016 :
    Kejadian ketiga , dimana suami saya menipu mengatakan dia kerja tetapi tidak . Kenderaan yang dimilikinya ialah pemberian ibu saya untuk kemudahan kami kemana sahaja . Tetapi suami memanfaatkan untuk berjumpa dan membawa kekasihnya .

    Suami saya telah melafazkan cerai dihadapan ibu saya . Saya yang minta suami menceraikan saya kerana saya sudah tidak tahan lagi dengan janji palsu dan tidak memberi nafkah selama hampir 4tahun ( 2012 – 2016 )

    Bukan itu sahaja ketika saya diceraikan saya tidak sedar yang saya telah mengandung 3bulan .

    Saya telahpun memfailkan kes cerai saya dimahkamah dengan talak 1 . Saya sedar saya silap . Lafaz saya telah pun sah . Semasa eddah , saya mendapat tahu kekasih suami telah mengandung sama dengan saya . Tetapi pihak perempuan tersebut tidak membuat laporan polis .

    Tetapi suami saya hanya melafazkan “AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK 1”
    Adakah penceraian saya ini ini jatuh talak 3 ?

    Sepanjang eddah suami menganggu saya setiap malam datang kerumah keluarga saya , merayu memohon untuk kembali . Memerhati saya dari jauh melihat kegiatan yang saya lakukan .

    Suami juga bersetubuh saya ketika saya mengandung 6@7bulan tanpa kerelaan saya . Ketika raya , makcik saya memaksa saya kembali dengan suami kerana kesiankan anak anak saya membesar tiada ayah . Keluarga saya semua tidak tahu tentang penceraian saya lepas lepas .

    Jadi saya membuat keputusan bodoh untuk kembali dengan suami tidak berguna . Kerana alasan saya tidak mahu dia merosokkan mana mana perempuan dan membuat mereka mengandung anak luar nikah . Saya sanggup menanggung dosa besar dan perkara bodoh sekali .

    Kini kami bergaduh besar kerana dia sering menyakit anak anak ketika anak anak asyik bergaduh atau tidak sengaja menyakit ayahnya .

    Suami menolak anak perempuan saya ketika mereka bergurau lalu anak perempuan saya tidak sengaja menyakit dagu ayahnya . Lalu suami saya menolak kuat sehingga anak perempuan terbaring meniarap lalau menangis . Saya nampak dan saya menangis .

    Suami juga sering memukul belakang badan juga menampar di muka anak lelaki dengan kuat ketika anak lelaki saya suka berkasar dan melawan cakapnya (umur hampir 3tahun) yang terbaharu suami menolak anak lelaki saya dengan kaki dengan kuat. Ketika anak lelaki cuba menutup tv waktu itu masa untuk tidur .

    Sepanjang kami bersama (hubungan tidak sah) , suami bagi duit untuk barang anak anak sahaja . Nafkah untuk saya tidak diberi tiap bulan .

    Kini keluarga saya tahu tentang status talak saya . Mertua juga sudah tahu , tetapi suami tidak mengaku bahawa sudah lafaz cerai 3x .

    Jadi apa yang harus saya lakukan , saya nak dia “melepaskan saya cara baik” . Agar saya dan anak dapat menjalani kehidupan lebih baik tanpa sebarang masalah dimasa hadapan .

    • admin

      Reply

      Puan, saya simpati sekali membaca cerita puan. Saya doakan Allah beri ketabahan kepada Puan.

      Berkenaan pertanyaan puan, lafaz pertama sah tetapi oleh kerana suami telah menafikan, puan perlu buktikan dengan bawa saksi yg melihat suami melafazkan.

      Lafaz kedua pula dibuat secara bertulis, jadi suami wajib datang beri keterangan bahawa dia mengaku menghantar mesej itu dan bahawa dia ada niat cerai semasa menghantar mesej chat itu.

      Lafaz ketiga tiada masalah kerana sudahpun disahkan mahkamah.

      Sebaiknya puan teruskan dengan pemfailan kes pengesahan cerai lafaz pertama dan kedua, suami perlu hadir dan mengesahkan dia ada melafazkan. Mohon hakim keluarkan waran tangkap jika dia dengan sengaja enggan hadir. Sekiranya dia memberi keterangan palsu dan menafikan ada membuat lafaz pertama dan kedua, maka hakim akan mensabitkan tidak berlaku cerai, tetapi dosa berbohong dan menjalinkan hubungan haram dengan isteri akan ditanggung olehnya sehingga akhirat. Manakala puan sudah tiada tanggungan kerana puan sudahpun melaporkan lafaz itu dengan memfailkan kes pengesahan. Hakim juga tidak bertanggungan kerana dia memutuskan berdasarkan keterangan yg zahir di depannya sahaja. Selebihnya adalah antara suami dan Allah.

      Jika lafaz cerai pertama dan kedua itu sudah diputuskan, dan puan dikira masih suami isteri, puan mohonlah perceraian fasakh atau taklik. Jika suami tak pernah beri nafkah walau satu sen atau langsung tidak pernah bayarkan duit rumah atau bil2 atau belikan makanan, maka taklik lebih sesuai. Jika suami ada menyumbang walaupun sedikit, maka fasakh lebih sesuai. Beritahu dalam tuntutan itu semua masalah antara puan dan suami. Hakim akan memutuskan yang sewajarnya.

      Sebaiknya jika tidak mahu lagi duduk bersama, failkan dulu laporan polis bahawa puan bimbang keselamatan diri dan laporkan kejadian2 lama walaupun sudah lama berlaku. Rekod ini penting sebagai bukti di mahkamah nanti. Berikan butiran sebanyak mungkin supay ada rekod bertulis dalam laporan. Jika polis ingin menyiasat lanjut, biarkan mereka panggil suami ke balai dan teruskan siasatan. Jika ada dakwaan di mahkamah oleh pendakwaraya, itu juga boleh dijadikan bukti nanti untuk menyokong tuntutan fasakh.

      Wallahua’lam. Tabah dan sabarlah ye puan. Mengadu kepada Allah dan mohonlah Dia memudahkan urusan puan mencari keadilan. InsyaAllah akan dipermudahkan.

      • Isteri Malang & Keliru

        Reply

        Terima kasih puan kerana sudi membalas .

        Saya telah cuba berbincang secara baik dengan suami , keluarga saya pun suruh kami ke kaunseling ceritakan masalah kami sebenar .

        Suami saya sekarang dalam keadaan kurang sihat akibat kurang darah . Jadi agak memakan masa untuk kami pergi ke jabatan agama

        Kami ada berbincang macam mana bila kami naik mahkamah , suami saya menyarankan untuk saya failkan kenapa
        – Seperti dia pernah memukul saya
        – Tidak memberikan saya nafkah

        Adakah itu perlu ? Atau cuma perlu sahaja saya failkan fasakh . Saya kurang arif dalam hal mahkamah , saya harap puan dapat membantu saya sedikit sebanyak agar saya mudah paham

      • Isteri Malang & Keliru

        Reply

        Lagi 1 puan , adakah sah rujuk kami kerana sudah 3x suami melafazkan cerai ?

    • Reply

      Assalamualaikum….kalau Saya minta cerai dengan Suami….sbb saya tidak ada hati dgn suami lagi macm mne.

      • admin

        Reply

        Wassalam puan, sebaiknya cubalah untuk mencari cara bagi memulihkan hubungan kasih sayang antara puan dan suami. Namun, sekiranya sudah tidak ada jalan lain dan berpisah adalah solusi terakhir, maka puan boleh memfailkan tuntutan perceraian di mahkamah rendah syariah. Sekiranya perceraian tersebut adalah berdasarkan persetujuan bersama puan dan suami, maka ia boleh diselesaikan pada hari yang sama dengan syarat kedua-dua pihak perlu hadir dan kes telah didaftarkan. Sekiranya suami tidak bersetuju, maka terdapat beberapa proses perdamaian yang akan dilakukan sebelum mahkamah membenarkan talak dilafazkan kepada isteri. Semoga puan dikurniakan ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

  144. rose

    Reply

    assalam..sy ingin bertanya sekiranya suami memberi sms dengan ayat berbunyi ” kalau tak balik abg cerai talak 3″ maka jth ke talak nya?? selepas sms itu sy ada balik ke rumah tetapi mengambil brg2 sy sahaja..sy juga sudah pergi ke pejabat agama dan sudah memohon memfailkan pencerian dan akan bicara pd mggu hadapan..sekarang yang menjadi masalah skg kami suami isteri tidak mahu bercerai adakah boleh sdgkan sy sudah memfailkan pencerian??

    • admin

      Reply

      Puan, sebaiknya tunggu selesai kes pengesahan cerai barulah puan dan suami boleh kembali bersama jika hakim mensabitkan tidak jatuh talaq. Berdosa besar dan haram sekiranya lafaz itu dikira jatuh tetapi puan dan suami tidak mempedulikan status tersebut dan masih terus hidup bersama. Nasihatkan suami datang ke mahkamah bersama dan berikan keterangan supaya hakim boleh memberikan keputusan.

  145. farhah binti fadzil

    Reply

    assalam..puan saya hendak bertanya jika suami sudah menghantar sms berbunyi ” kalau x balik abg cerai talak 3″ maka jatuh ke talak itu??sy ada balik rumah tp sy balik amik brg2 saya shaja kemudian sy balik semula ke rumah emak sy..sy juga sudah membuat fail penceraian di pejabat agama..skg ini sy sudah menjadi serba slh sy x tahu apa sy nk lakukan..sy rasa menyesal..boleh ke sy menarik balik kes ini..bicara akan di lakukan pd 8.5.17 ini…sy hndak bersama suami kembali..

    • admin

      Reply

      Suami perlu mengesahkan apakah maksud syarat talaq yang dinyatakan. Jika perbuatan puan balik sekali sahaja sudah memadai, maka tidak jatuh kerana puan ada balik ke rumah. Sebaiknya jangan tarik balik kerana penting untuk mengesahkan status puan dan suami memandangkan ini talaq 3. Haram hukumnya meneruskan hubungan sekiranya memang hukumnya jatuh talaq.

  146. Reply

    Assalamualaikum…

    Sy ada mslh sikit untuk dirujuk..sebab sy tiada pengalaman dlm hal2 begini..begini,sy sudah berkahwin hampir 4tahun dan ada seorang anak..dipendekkan cerita,sebulan lps kami ada bergaduh besar dan kami sepakat untuk bercerai(pengetahuan kedua dua belah pihak keluarga)..dan sy ade minta dokumen2 supporting dr isteri sy spt surat nikah,ic dan surat branak anak sy..tp dia mcm mengelak..sy kalau boleh nak selesai cpt hal ni..dan sy rasakan ade muslihat dia cuba lakukan..sy pun xpasti muslihat apa..soalan sy..adakah boleh sy terus ke mahkamah syariah utk buat kes cerai fast track di mahkamah tanpa dokumen2 tersebut since smua dokumen tersebut my wife mmg dah xnk bg kat sy..

    • admin

      Reply

      Encik boleh teruskan dengan permohonan cerai tetapi wajib kemukakan sekurang2nya salinan ic encik dan salinan surat nikah. Ic dan surat nikah ini wajib bawa yang asal semasa kes dipanggil depan hakim. Dokumen lain tidak wajib. Jika isteri tidak mahu datang, kes tidak akan jadi fast track, ia akan ikut prosedur biasa dan ada jangka masa tertentu akan diberi, tidak boleh selesai hari yang sama melainkan dua2 pihak hadir dan kedua2nya setuju bercerai. Jika tiada Sijil nikah asal boleh mohon salinan asal dari pejabat agama yg mendaftarkan perkahwinan encik dahulu.

  147. Loqman

    Reply

    Assalamualaikum Puan
    Saya telah menceraikan isteri saya melalui pesanan whatsup seperti ini ( saya nama…tarikh…ceraikan ..nama isteri dengan talak satu)..
    Masa itu saya dlm keadaan marah dn tidak puas hati atas sikap isteri kpd saya
    Isteri tidak manu bercerai
    Slps itu saya terus ke mahkamah syariah shah alam untuk daftar perceraian tapi di minta ke daerah klang sbb status Mustaitin tapi x sempat buat sebab masa dh PTV
    Selepas dua hari kami Berbincang dn saya ambil keputusan utk berbaik semula dn melafazkn niat ruju dgn lafaz (abg Ingin ambik kamu semula)..dgn niat utk ruju tapi isteri hanya Dian
    Kami tidur bersama slps lafaz itu(lakukan hubungan kelamin
    Persoalan yg mohon d jelaskan
    1. Adakah talak itu jatuh
    2. Jika jatuh adakah lafaz rujuk itu say
    3. Persetubuhan slps itu adakah haram
    4. Perlu di daftarkan tak percerain terse but
    5. dikenakan denda tan jika d sabitkan cerai luar mahkamah
    6. Ada tempoh until mendafrtar tak jika perlu buat pendaftaran
    Mengharapkan penjelasan dari Puan yang arid, teima kasih

  148. Ejah

    Reply

    Saya ingin minta pendapat suami saya tidak bekerja Dan panas bran, pernah memukul .suami tidak pernah laku kan tggjwb ny sepenuh, saya bertekad bekerja. Setahun 3bulan saya bekerja menanggung sendiri blnja ank Dn byr upah ibu. Kadang shja Dia bli. Sy bertekad untuk bawa diri Dan bekerja Di johor. Dia mengizinkan. Tetapi setelah sampai johor. Dia menuduh, mengaibkan kn.satu masa Dia mengatakan jika saya tdk pulang ujung bln tga Dia memilih untuk berpisah. Melafazkan scara Kia’s. Dan wktu kmi berdebat melalui tlfn Dia mngata kn, Baikla Kalau Kau nak mcm ni dn tak nak pulang jadi jatuhla Sudah lafazku. Kemdian Dia Ada mnghantar ke pesan SMS ke ayah sya, jika sy X pulang masa terdekat Dia akan mnceraikan. Tetapi Dia sdh melafazkan jatuh dn saya tidak pulang sewaktu Dia mnta pulang ketika ujung bulan tiga. Dia juga perna mengugut sya mengatakan nasib saya Jauh Dari Dia, Kalau tak. Dia kn kerjakan sy, dahulu pun Dia pernah memukul sy atas sbb sy xmmpu bertahn mengalah sy meminta untuk berpisah. Dan semasa saya Di johor kini dia mengugut untuk bunuh ank sy jika sy hntr blnja. Sy telah mmbuat laporan polis untuk anak2 dn sy untuk keselamtan diri jika apa2 trjd . Sy mmnta Dia untuk mencerai kn yg d lafaznya untuk selesai di mahkamah. Tetapi kini Dia enggan Dan sdh xmnghubungi saya selama 5hari.apa Perlu saya buat, sy xmmpu teruskan. Saya Sekarang berada Di johor. Dia Dan anak2 d sabah. Bagaimna hendak mnyelesaikan masalah ini. Dia nak menyesal tetapi Sudh terlambat. Rumah tngg kmi 7tahun.,saya buntuh.

    • admin

      Reply

      Puan, jika suami tidak mahu hadir untuk kes pengesahan cerai, mohonlah hakim keluarkan waran tangkap agar mahkamah boleh memaksa dia datang dan memberi keterangan berkenaan lafaz2 yang telah dibuat. Jika masih tidak berjaya, puan failkanlah permohonan cerai di bawah fasakh dan buktikan salahlaku suami di mahkamah. Sebaiknya utk kejadian pukul dan ugut, buatlah laporan polis dan laporan perubatan jika ada kecederaan.

      • Ejah

        Reply

        Maaf admin. Sekali lagi bertanya. Ada ke jika Dia telah menyebut jika tidak pulang ujung bulan tiga ,kita berpisah dan kami berdebat mllui pesan SMS Dan ia mngata kan baik LA. Kalau engkau taknak balik masa terdekat jadi jatuh LA sudah lafaz ku. Dan Dia juga Ada menghantar pesan SMS kpd Ayah sy Bahawa mnyuruh saya pulang masa terdekat jika tidak Dia mnceraikan nya. Adakah jatuh talak?.
        Jika saya menuntut cerai fasakh Ada ka kukuh sebab Selama saya berkerja Dia tak pernah bagi nafkah kepda sya dengan secukup begitu juga belanja anak Dan pernah tak bagi langsung sampai sekarang. . Saya juga telah membuat laporan polis atas ugutan. Adakah kukuh untuk saya menuntut fasakh?

  149. Patung

    Reply

    Salam puan,
    Awal tahun ini, suami saya telah keluar rumah, dan telah adukan masalah kami kepada ibunya. Namun masih tidak selesai. Semua masalah yang ditimbulkan saya telah perbaiki walaupun perangai malas dan tidak ambil tahu terhadap keluarga masih sama. Dia memuatnaik status seolah2 tiada isteri dan tidak menjaga hati saya. Puas saya bersabar. Dan dia mmg tidak sayang lagi pada saya. Dia mmg mahu ceraikan saya, tp kenangkan ibunya dan anak2, dia x jadi. Saya sangat sakit hati diperbuat seperti patung yg tiada perasaan. Cuma saya nak tanya, jika saya buat permohonan cerai, ada ke hak2 yg sy nak tuntut tak dapat sbb saya yg failkan cerai bukan dia.

    • admin

      Reply

      Puan, jika mendapat cerai secara fasakh atau taklik, puan masih boleh menuntut semua hak selepas cerai kerana perceraian cara fasakh atau taklik hanya berlaku kerana suami telah melakukan kesalahan di bawah hukum syarak. Tetapi jika tiada alasan kukuh, dan puan memohon bercerai secara talaq atau khuluk, maka suami boleh menolak tuntutan mutaah, nafkah iddah dan nafkah tertunggak isteri. Begitu juga suami boleh menolak hak puan sebagai isteri dan bekas isteri jika berjaya mendapatkan perintah nusyuz terhadap puan. Manakala hak2 seperti hutang dalam perkahwinan, hak jagaan anak, hak nafkah anak, tidak terjejas dengan perceraian dan tidak bergantung kepada siapa yg memohon cerai dan samaada ada perintah nusyuz atau tidak.

  150. Srwar

    Reply

    Assalamualaikum… sy nak tanya lah..sblm ni sy ade tuntut fasak..setahum turun naik mhkmah..tp tibe2 hben sy bsetuju utk bcerai cara baik..date utk lafas cerai dah diberi oleh hakim..pindaan dpd fasak pd psetujuan bsama..kami ada 2 ank 2thn dan 7bln…
    1.Tp blh ke tiba2 hben berubah fikiran n tiba2 xnak lafas cerai pd tarikh tsebut??
    2. Ade yg sy baca..kuasa rujuk adalah hak mutlak suami even wife tak bsetuju..betul ke??
    3. Kalau hakim dah bg date mmg kne bcerai jgk kan??
    Sy jd risau sb enakmen da x blh pinda lg dah…
    Thanks…

    • admin

      Reply

      1. Boleh ubah fikiran

      2. Kuasa rujuk memang hak suami sepertimana kuasa talaq, tidak perlu isteri setuju, tetapi di malaysia, jika isteri tak setuju, suami perlu failkan permohonan rujuk ke mahkamah dan pasangan akan dirujuk ke jawatankuasa pendamai. Jika isteri masih enggan dirujuk, pasangan akan bercerai secara hakam pula dan tidak boleh dirujuk.

      3. Tidak semestinya mesti dipaksa bercerai kerana talaq itu hak suami. Jadi hakim akan suruh teruskan bicara fasakh jika suami ubah fikiran.

  151. Reply

    Assalamualaikum..

    Selang beberapa hari sebelum ni sy dan isteri ada bergaduh..dan isteri sy telah melibatkan pihak ke3 iaitu ahli keluarga kami..semua bertengkar utk memenangkan hak masing2..dan sy buat keputusan utk becerai dgn isteri sy scpt mungkin di mahkamah..soalan sy..sebelum ni,isteri sy sering bersikap dingin terhadap sy(hubungan intim)..pernah dlu sampai 7.8bulan kami tak bersama..sy puas meminta tp tak dpt..bermacam alasan diberikan..kalau dpt pun ibarat mcm merogol..kemudian isteri sy ni jenis suka menengking..maki hamun sy walaupun hanya mslh kecil..tp sy tiada bukti yg kukuh utk mensabitkan hal2 gni pd isteri sy..dan pada mata org lain..sy sahaja yg nmpk bersalah..dan dia dianggap suci…pdhal org lain xpernah lalui apa yg sy rasa..pd pendapat tuan/puan apa yg perlu sy lakukan??adakah terus bercerai atau sy perlu buat aduan di pejabat kadi dulu ttg apa dia lakukan pd sy sebelum ni??TQ

    • admin

      Reply

      waalaikumussalam warah matullah,

      Suami isteri sepatutnya bermuasyarah dengan baik, hubungan intim juga hendaklah secara rela, jika isteri menolak tanpa sebab yang dibenarkan syarak, suami boleh memfailkan tuntutan nusyuz. Cerai boleh diteruskan jika hubungan ini sudah pecah belah dan tidak boleh dibaiki.

  152. einashaabdul

    Reply

    assalam..salam sejahtera..di sini sy mnta pndangan anda bagaimana cara yg terbaik tuk sy selesaikan mslh ini..suami sy pnh meluahkn kata2 yg “dia lbh baik dr sy..dia boleh melayani lbh dr seorg isteri”..suami pnh meluahkn kata2 yg die mmg tdk mahukan sy lg & tdk akan meneruskn perkahwinan ini lg..bg sy phmn yg ckp jelas suami membezakan isteri n wanita lain yg ditemui skrg yg sy xpnh jmpa & tahu asal usul wanita itu..adakah kata2 yg di luahkn tlh membuktikn talak itu tlh jatuh tnpa jelas..sy tlh mmberi peluang pdnya tuk berubah & bertaubat bg membaiki kesilapan dirinya..suami msh lg tdk mahu mndgr & mngikut mahupon nmpk perubahan pd dirinya..malahan sy mntk suami pergi ke mahkamah failkan penceraian tp smpi ke hari ini msh tdk mahu mnguruskan atas alasan yg mcm2..kami msh tggl bersma cm bila suami inginkn sy melayani batin nya sy tdk mahu atas sbb sy sdh mngetahui yg suami ada wanita lain..wanita itu adalah pelacur ..sy ada mnyuruh suami pegi mnjalani ujian kesihatan tp dia enggan tuk melakukan..bg sy stakat balik & berlakon tuk berpura2 di dpn anak2 & kuarga yg kami msh suami isteri & tiada masalah ckp memeningkan & mnyakitkan hati sy..perlukah sy memberi peluang lg tuk dirinya sdgkn sy xnmpk die tuk kearah kebaikkn..mmg sy kasihan pd dirinya sbb die leka dlm dunia yg dia ada skrg cm biler sy berpikir jln terakhir berpisah tp suami enggan tuk memberi kerjasama..slama 22 thn kami nikah suami mmg berkira bg memberi nafkah walaupon sy tau die mampu n pendapatan yg suami dpt tiap2 bulan lbh dr kemampuan nya..sy ade beri keizinan tuk suami bernikah lg atas sbb2 tertentu shj..di sbbkn wanita yg dipilih ini sy sndri tdk tahu asal usul & pekerjaan yg dilakukan skrg mmg memberi kemudaratan pd diri kami skuarga..mohon penjelasan supaya sy x rasa tindakan yg sy ambil ini slh..

    • admin

      Reply

      Lafaz itu bukan lafaz cerai dan saya berpendapat tidak jatuh talaq melainkan suami sendiri mengakui sebaliknya.

      Jika puan ada bukti bahawa suami memang melanggan pelacur, boleh failkan fasakh dan kemukakan bukti tersebut. Jika tiada bukti, failkan perceraian bawah seksyen 47 sahaja.

  153. bro din

    Reply

    assalamualaikum puan…maaf gnggu pg puan…sy nk tnya mengenai kes cerai…isteri sy akn menfailkn cerai… sedang kn sy xnk bercerai… puan boleh jelas kn

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Encik tunggu sehingga diserahkan dengan dokumen mahkamah dari isteri kerana itu akan menunjukkan apakah cara perceraian yg isteri pilih, samada seksyen 47 (talaq) atau fasakh atau taklik. boleh rujuk jawapan-jawapan saya sebelum ini untuk setiap satu prosiding ini setelah encik mengetahui tuntutan isteri.

  154. liana zainudin

    Reply

    Assalamualaikum
    mohon pncerahan ,

    1)Sekiranya lafaz talaq dilafazkan secara sorih oleh suami kpd isteri ‘saya talakkan awak dengan talak 1 @ 2 @ 3 di rumah.Adakah masih perlu berjumpa dgn JKP,bila hadir ke mahkamah untuk failkan perceraian ? Sebab lafaz tu dah menunjukkan lafaz talaq.Saya ada baca tentang,melafazkan talaq di luar mahkamah adalah salah satu kesalahan syariah kn.,cuma kes ni byk juga berlaku pada masy awam di luar.Ada sebarang denda kah untuk kes2 talaq luar mahkamah?

    2)Kes di Mesir,sebahagian ulama’ cuba membatalkan talaq syafawi (talaq yg dilafazkan secara lisan) tnpa ada wathaiq rasmiah (dokumen rasmi)dari hakim, dengan alasan untuk mengurangkan kadar talaq tapi fatwa ni telah ditolak majlis kibar ulama’ mesir kerana dikhuatiri psgn suami isteri tu sudah lafazkan talaq,tetapi berlengah ke mahkamah sedangkan talaq dah jatuh dan dikhuatiri pasangan itu hidup sebumbung dlm keadaan haram..so apa beza dgn malaysia ya?dari sudut kita punya akta mahkamah syariah ,

    sbnrnya tajuk assignment sy pasal percubaan meneruskan kehidupan berumahtangga,jdi sbb tu nk tnya.syukran ya 🙂 jzkillah

    • admin

      Reply

      1. Jawatankuasa pendamai hanya utk kes cerai yg belum berlaku. Jika sudah berlaku lafaz di luar, failkan pengesahan cerai. Jika sah talaq, suami akan didenda 1k.

      2. Malaysia tiada halangan utk sebarang jenis talaq cuma talaq tanpa kebenaran mahkamah terlebih dahulu akan didenda. Itu sahaja

  155. Bunga

    Reply

    Assalamualaikum.. saya dan suami sudah 4tahun menikah dan dikaruniai 2 orang anak usia 3tahun dan 2bulan. Saya bukan warga negara malaysia, kami menikah diluar negara dan sudah mendaftarkan pernikahan kami di malaysia.
    1tahun lepas menikah saya mendapati dia berbuat curang, lepas tu dia meminta maaf dan berjanji tidak mengulangi lagi. Lepas 6bulan dia buat curang lagi dengan perempuan yang sama. Tp saya masih memaafkan dan memberi kesempatan lagi.
    Masa saya hamil anak kedua, saya mendapati resit2 karaoke, minum minuman beralkohol dan resit booking hotel. Sampai akhirnya minggu lepas dia kantoi. Cakap dengan saya pergi outstation ternyata dia booking hotel dan pergi karaoke dengan perempuan lain.
    Saya sdh berbincang untuk minta lepaskan sebab saya sudah tidak tahan dengan perangai dia yang selalu berbohong, tp dia tidak mau dengan alasan aayang dengan anak-anak.
    Dia meminta untuk berikan kesempatan lagi untuk memperbaiki diri. Tp saya sudah hilang kepercayaan dan tawar hati.
    Dalam kes macam ini apa yang patut saya buat?

    • admin

      Reply

      Puan boleh mohon fasakh atas alasan kecurangan suami tetapi hendaklah bawa bukti seperti resit2 yg puan jumpa dan sebaiknya ada saksi yang dipanggil.

  156. raihanah

    Reply

    assalamualaikum puan.. sy ada seorang kakak yg sudah lama tidak bhgia dgn pkhwinan nya. memiliki seorg cahaya mata 8thn dan dbesarkn oleh keluarga saya d kpg sejak kcil lg. pblanjaan kluarga hmpir semua d tggung oleh kakak sy menyebabkn kakak sy jd tertekan. dia terpaksa bkerja shingga lewat mlm. akhirnya dia tdk lg mahu menunaikn tgjwb sbg isteri spt mberi nfkh btin n memasak. kmi sgt kshnkn kakak. satu masa, kakak btukar tempat kja dan tiada duit utk byr upah n blnja ank. suaminya hanya mjwb tiada duit dan tidak brusaha mnyelesaikn mslh. thn ini kakak pnh mengadu d mhkmh tetapi suami enggan utk bcerai n mengemukakan sebab2 d pihak dia pulak. akhirnya,kakak bhenti mengadu d mhkmah. slps itu, kwn2 skerja kakak d ancam, kakak d intip bkerja mhupun d rmh. kmudian, dia mengugut utk mbkr pkaian kakak n dia hmpir mjerut kakak sy dgn tuala mndi. sbg adik sy sgt kasihan kpd kakak. apa yg mampu sy nshatkn kakak supaya pceraian mjadi lebih mudah..

    • admin

      Reply

      Sila nasihatkan kakak untuk memfailkan perceraian secara fasakh. Kes boleh diteruskan dengan bicara sekalipun suami enggan bercerai, jika suami tidak datang dengan sengaja, bicara boleh diteruskan sebelah pihak. Kekasaran yg berlaku patut dilaporkan kepada pihak polis diiringi dengan pengesahan medical report oleh pihak hospital, supaya menjadi bukti yang boleh diterima mahkamah.

  157. LARA

    Reply

    Salam puan. Saya nak tanya proses penceraian muslim dgn non-muslim sama kah?

  158. puan ida

    Reply

    aslm.sy tidak mempunyai masalah besar dgn suami.tp ibu mertua sering memburukkan saya depan suami dan masyarakat sekeliling.suami hanya berdiam diri bimbang derhaka kerana ibu mertua suka menyumpah anak,menantu dan cucu.ibu mertua sudah menghalau saya dr rumah suami dan menyuruh kami bercerai namun suami melarang saya bertindak luar batas.saya rasa tertekan kerana anak2 turut mendengar laungan dan teriakan mertua pada saya sedangkan suami hanya mendiamkan diri.mertua sering memfitnah saya walaupun dalam keadaannya yg lumpuh.saya malu dengan masyarakat sekeliling.saya tidak melawan tapi sedikit sebanyak hubungan saya dan suami keruh.suami jenis ambil mudah perasaan saya.baru-baru ini,suami tertinggi nada dgn mertua tetapi saya pula yg disalahnya.mertua saya semakin melampau apabila menuduh saya mahu membunuhnya kerana dia mengidap strok dan lumpuh separuh badan.saya tau mertua adalah tanggungjawab suami.saya tidak pernah menyuruh suami mengabaikan ibunya.tapi nampaknya segala masalah kecil dlm rumahtangga,saya juga disalahkan.perkara ini terjadi juga kepada menantu sulung.mertua menyuruh anak sulungnya menceraikan isterinya disebabkan tidak dapat menerima kekurangan menantu.masalahnya di sini,saya setuju utk menurut hasrat mertua sbb dah tak tahan difitnah.tapi suami memandang ringan dan ini akan menyebabkan proses cerai akan lebih sukar.

    • admin

      Reply

      Puan, saya tidak menasihatkan puan memohon cerai jika masalah ini bukan diakibatkan suami secara langsung tetapi masalah mertua. Permohonan cerai secara fasakh sekalipun tidak membenarkan cerai atas alasan mertua. Jadi bersabarlah puan, sekalipun pahit, tetapi bincangkan dengan suami secara terbuka agar suami faham penderitaan puan dan mengurangkan perjumpaan puan dengan ibu mertua agar risiko dimalukan akan berkurang. Mungkin ibu mertua ada masalah psikologi di samping kebiasaan org tua yg sensitif.

  159. Ahmad

    Reply

    Salam Tuan/Puan,

    Saya sudah berkahwin hampir 2 tahun. Kami berdua masing2 ada salah. Kesalahan saya adalah dia mengatakan saya meminta seks dimana keadaan dia kurang sihat. Kesalahan kedua, saya pernah mengacukan pisau ke arah saya dihadapan dia kerana saya sudah tidak tahan lagi kerana dia tidak melayan saya dan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Tetapi dengan kuasa Allah, saya mendapat tahu dia berhubung dengan lelaki lain dan bermain kata cinta dari awal perkahwinan. Dan itulah sebab dia x melayan saya dengan baik kerana dia sudah angau dengan lelaki tersebut. Saya ada segala bukti menyatakan dia curang. Persoalannya, jika isteri saya memfailkan perceraian tetapi saya mempertahankan dengan sebab dia sudah berlaku curang, adakah dia boleh meminta cerai dengan mudah ataupun saya terpaksa memanggil peguam untuk mempertahankan saya supaya dengan ini saya blh membuktikan dia bersalah dan mengarahkan dia untuk taat dan patuh kepada saya? Didalam kes ini, siapa yg mempunyai kelebihan. Kerana kesalahan dia CURANG adalah lebih berat berbanding dengan apa yang telah saya lalukan. Mohon penjelasan.

    • admin

      Reply

      Encik boleh failkan kes nusyuz dan tuntutan kembali taat. Hakim akan meminta encik membuktikan dakwaan curang tersebut dan jika berjaya, hakim akan memaksa isteri taat atau jika dia masih enggan, hakim akan mensabitkan dia nusyuz. Kesannya, dia tidak dapat menuntut mutaah dan nafkah dari encik.

      Sekalipun demikian, Isteri masih berhak tuntut cerai kerana prosiding cerai itu boleh diputuskan berasingan dari kes nusyuz kerana isteri yang bertanggungan untuk membuktikan bahawa encik ada melakukan sebarang perbuatan yang membolehkan isteri mendapat cerai di bawah hukum syarak. Jika isteri tidak dapat membuktikan alasan cerai di bawah fasakh atau taklik, dia tidak boleh mendapat cerai, melainkan encik sendiri melafazkan talaq terhadapnya jika isteri memfailkan cerai secara talaq atau cerai seksyen 47. Boleh jadi juga isteri boleh mendapat cerai jika prosiding dirujuk ke majlis hakam (selepas jawatankuasa pendamai) dan hakim memberi kuasa kepada hakam untuk melafazkan talaq bagi pihak encik.

  160. Mazelin

    Reply

    Aslmkum, sy ingin bertanya jika sy sdg mgandung 4bulan. Dan suami ingin mceraikn sy. Adakah jtuh talak jugak walaupun blom bsalin? Sy dah cuba untuk prtahankn rmhtgga,tp sy bputus asa sgt2 stelah suami sy lebih menyebelahi bekas kekasih yang memporakperanda kn hubungan kami. Sbb bekas kekasih dia ada berhutang bank kereta guna nama suami sy, smpai skrg tidak selesai. Hti isteri mana tak sakit suami msih bhubung dan ada ptalian dgn bekas kekasih yg secara jelas tu erti bekas kekasih yg smemangnya haram dlm islam! Jtuh ke talak ketika sy mgndung zuriatnya? Dan jika terjadinya talak, hak anak ini memihak kepada sy atau suami? Tolong jawab sy hrus pergi dptkn khidmat kaunseling atau redha dgn ketentuan Allah bhwa bkal mjd ibu tunggal di usia yg muda.

    • admin

      Reply

      Jika suami lafaz talaq di luar mahkamah, sekalipun isteri mengandung adalah sah, cuma tempoh iddah puan akan habis setelah melahirkan anak. Jika permohonan cerai dibuat di Mahkamah, mahakamh tidak akan benarkan suami lafaz talaq sehingga isteri sudah bersalin, kerana walaupun talaq sah, ia berdosa dan haram. Namun jika puan ada alasan yang kuat untuk mohon cerai secara fasakh atau taklik, puan boleh failkan kes tersebut walaupun sedang mengandung kerana perceraian cara ini tidak melibatkan talaq.

      Jika bercerai, anak yang kecil dan belum mumayyiz akan diberi kepada ibu atau nenek sebelah ibu. Hanya selepas anak itu mumayyiz barulah dia dibenarkan pilih untuk dijaga ibu atau bapa.

  161. Eya

    Reply

    Assalamualaikum…
    saya dan suami telah berkahwin hampir 6 thn.. sepanjang perkahwinan kami, kami belum dikurniakan anak.. suami saya sorang yang agak panas baran. penah sekali saya dipukul ditolak sehingga jatuh menyebabkan pinggang sy sakit teruk. dan semenjak itu dia berjanji yang dia tidak akn menaikkan tgn ke atas saya lagi. dan selepas itu dia tidak pernah lg menaikkan tgn ke atas sya, tapi mulut dia jika marah, x penah nk memikirkan perasaan orang.. x kira tempat xkira depan siapa.. kwn2 dia ke family dia ke.. kalo rasa dia nak marah dia marah. banyak kali saya menegur tentang hal ini. bila ditegur, dia akan jwb marah boleh tahan2 ke? saya hanya mampu menahan dan bersabar. saya malu dihadapan family dan kwn2 dia bila dimarah diherdik depan2 mereka.
    dan sepanjang 6 thn perkahwinan.. setiap dua thn kami akn bergaduh besar. suami saya selalu terkantoi dengan saya yang dia ada perempuan lain diluar sana. selepas saya luahkan apa yang saya rasa.. dia akan merasa menyesal dan berubah. tapi selepas dua tahun benda yang sama jdi lagi. hingga laa tahun ni.. saya buat copy wassap dari suami saya, mcm2 yang saya bca melalui wassap suami saya. hati saya hancur remuk dgn kata2 suami saya. saya mmg dh hilang kesabaran. saya mmg dh tawar hati dengan dia dan saya rse tidak mahu lagi hidup bersama dia. saya minta dia untuk lepaskan saya tapi dia enggan, dia minta untuk saya berikan peluang terakhir untuk dia dan dia berjanji akan berubah dan tidak akan ulang semula apa yang dia lakukan kepada saya lg.
    saya memang tidak bole menerima dia semula. sebab hati saya dh banyak kali disakiti. dan saya sudah serik ditipu berkali-kali dan tidak ada kepercayaan lagi kepada suami saya. saya ingin meminta fasakh dan suami tahu tentang saya ingin menfailkan fasakh ke ats perkahwinan kami ini. dia berkata yang dia tidak akan melafazkan jika hakim meminta dia untuk lafazkan. apa yang harus saya buat. saya merasa sangat tekanan sekarang ini dengan masalah yang saya alami.
    Sekian, wasalam.

    • admin

      Reply

      Puan, jika suami tidak mahu lafaz talaq, puan boleh teruskan mohon fasakh tetapi puan wajib membuktikan alasan fasakh. Jika suami mendera emosi, dapatkan pengesahan pakar psikiatri beragama islam tentang keadaan mental puan. Permohonan fasakh tidak perlu kepada persetujuan suami kerana ia tidak perlu kepada lafaz talaq. Jika alasan fasakh berjaya dibuktikan, hakim akan membubarkan perkahwinan melalui perintah mahkamah, dan bukan melalui talaq.

      • Eya

        Reply

        Assalamualaikum. cik/puan
        Segala mesej2 telah saya skrin shot kan untuk saya buat bukti. Tapi tempoh saya copy wassap itu tidak telalu lama. hanya beberapa bukti sahaja yang saya perolehi.
        Disini saya masih ada beberapa soalan:-
        1.Adakah boleh untuk kami tinggal bersama selepas saya membuat permohonan fasakh tersebut dan sepanjang tempoh untuk hakim tentukan?
        2.Suami saya telah membuat perjanjian ta’liq jika dia melakukan lagi kesilapan lalu dia maka akan terjatuh talaq?? adakah saya masih bole memohon fasakh?
        3.Adakah perlu untuk saya melantik peguam kerana saya mahu menang dalam kes saya ini.. kerana saya memang tidak mahu hidup bersama suami saya lagi.

  162. Noor

    Reply

    Asslamualaikum, saya ingin bertanya. Suami telah bernikah melalui negara Thailand tetapi urusan pernikahan dilakukan di Malaysia. Suami bernikah baru 4 bulan dan kini dia ingin berpisah dengan isteri kedua nya itu kerana suami tidak mampu untuk memberi nafkah zahir dan juga tidak mampu berlaku adil. Saya juga meminta suami berfikir dan saya ingin membuat tuntutan nafkah untuk saya dan anak. Walau bagaimanapun, suami berhasrat ingin berpisah dengan isteri kedua atas sebab suami tidak dapat memberi komitmen yg sepenuhnya dan berlaku adil dalam rumahtangga. Suami hanya berfikir sekarang setelah semua ini telah berlaku dan tidak berfikir panjang semasa dia berlaku curang dan membohongi saya ketika itu. Jadi, apakah yang perlu suami saya lakukan untuk memfailkan penceraian. Suami telah daftarkan pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah. Tetapi, suami maklumkan, dia masih menunggu dokumen pernikahan dari Songkla. Adakah proses untuk penceraian itu dilakukan atau bagaimana?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Suami perlukan pengesahan nikah dari mahkamah terlebih dahulu barulah dia boleh failkan permohonan untuk bercerai. Semasa membuat pengesahan nikah, puan juga akan dipanggil kerana ia menjadi kes poligami. Suami perlu selesaikan kes nikah terlebih dahulu sebelum beralih ke kes cerai pula.

  163. Mohd nazir

    Reply

    Assalamualaikum..puan. Jika sy tidak berpuas hati dgn keputusan mahkamah rendah syariah bole kah sy rujuk Ke mahkamah tinggi syariah.berape lama proses utk Ke mahkamah tinggi syariah, perlukah utk sy mengambil peguam syarie utk membantu kes sy..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Encik boleh merayu tetapi hendaklah dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan mahkamah rendah diberikan. Sebaiknya lantik peguam kerana rayuan melibatkan hujahan undang2 dan prosedur agak rumit yang perlu kepada khidmat guaman.

  164. LARA

    Reply

    Salam. Sy dan suami sudah 2 tahun lebih tak tinggal sebumbung dan jarang skali bertegur sapa, kami da dikaruniakan seorang anak. Kami berkahwin disebabkan terlanjur, sy ingin meminta cerai dengan suami kerana sy betul2 tawar hati dengan dia, sejak anak lahir hingga sekarang family sy yg tanggung. Dia pernah juga beri duit utk perbelanjaan anak tapi kadang2 300 utk 2/3 bulan. Semua perbelanjaan makan minum anak sy dn sy family saya yg tanggung. Sekarang ni saya tengah sambung belajar dn anak saya dibawah jagaan family saya. saya betul2 tak ingin lagi ada apa2 hubungan dengan suami kerana dia pernah menuduh saya yg bukan2 sedangkan 1 perkara yg dia cakap tu sy tak pernah buat pun smua duit yg dia pernah bagi kat saya dia ungkit even duit untuk anak juga dia ungkit start dari haritu sy dah tawar hati dengan dia. Dia minta maaf dan saya mmaafkan dia ,tidak mahu kami bercerai namun hati saya betul2 tak boleh terima dah sebap asal sy ingat dia semua perkara yg lalu dia buat dengan saya saya ingat. Boleh ka saya failkan cerai dengan alasan di atas dan boleh kah penceraian kami diselesaikan dalam masa 1 hari? Kerana saya btl2 tak boleh da mahu ada apa2 hubungan mahupun ikatan dengan dia. Dan bolehkah sy dapat hak penjagaan sepenuh keatas anak kami yg baru berumur 3tahun ?

    • admin

      Reply

      Puan, kes hanya boleh selesai dalam hari yang sama jika suami setuju melafazkan talaq. Jika suami tak setuju, puan perlu lalui proses yang mungkin makan masa 3~6 bulan. Saya nasihatkan puan failkan fasakh dalam kes sebegini. Gunakan alasan yang sudah puan nyatakan. Sebaiknya cerai jadi penyelesaian terakhir demi kebaikan anak, tetapi jika masih tidak berjaya berdamai, puan bincanglah dengan suami agar boleh melepaskan puan secara baik kerana itulah lebih mudah dan cepat untuk puan. Anak yg kecil memang lebih berhak kepada ibu kandung, puan.

  165. im

    Reply

    salam

    saya dan isteri bergaduh semalam. saya di dalam keadaan marah di mana tidak sihat dan memakan ubat.
    Niat di hati ingin menakutkan isteri kerana tidak membuat kerja.
    berikut adalah perbualan:-

    suami : kita putus je la ye (niat menakutkan isteri). awak pun tak buat ape2. masih mengadap laptop.

    isteri : saya tak tahu nak buat apa. awak masih tidur tak sihat.

    suami : awak janji nak buat tapi tak buat. amacam, awak setuju atau tak?

    isteri : tak nak putus.

    suami : minta putus tak setuju pulak

    isteri : maksud putus tu cerai ke?

    suami : aah. awak setuju ke tak?

    isteri : tak setuju.

    persoalannya adalah:-

    1) adakah jatuh talak;
    2) dan perlu ke mahkamah syariah?

    saya dan isteri tidak mahu bercerai kerana masih menyayangi tetapi kami bingung disebabkan ayat perbualan di dalam pergaduhan kami.

    mohon jasa baik nasihat tuan/puan kerana kami resah dengan status kami.

    • admin

      Reply

      Encik, niat semasa mengatakan “kita putus lah ye”, adakah niatnya untuk berkuatkuasa serta-merta? Jika ya, sebaiknya rujuk ke mahkamah untuk pengesahan cerai dan mohon didengar segera supaya jika hakim memutuskan jatuh talaq, encik mahu terus rujuk semasa masih dalam tempoh iddah.

  166. hash

    Reply

    Assalamualaikum..
    Saya mmeluk agama islam setelah bkhwin. Dh bkahwin selama 17thn d Swk. 2org anak2 soleh solehah, 16thn, 17thn.. syukur alhamdulilah. Suami drpd semenanjung. Sejak bkhwin hgga skrg suami x jga solat.  Suami akn rahsiakn apa yg dbuat dluar (urusan dgn org luar, etc.). Suami x bgitau apabila dtnya malah akn cepat marah.
    Sblm ni suami keja tp skjap2 bhenti atau dbhentikan. Kdg2 bgi duit blnja rmh, kdg2 x bgi. Ringkasnya, sya x blh bgantung harap pd nafkah yg dberi sdgkn blnja smkin btmbh.
    Suami dh x keja 8thn slps sakit pitam bbrapa kali dulu. Skrg x keja w/pun pnyakit tu dh xde slps berubat secara islam. Saya reda dia x keja & sanggup bantu kluarga dgn gaji sya. Sya bsyukur suami ada bantu sdikit keja rmh. Hgga skrg sya yg tggung smuanya. Rmh, kereta sya belikan. Blnja skolah anak2 dri kecik hgga besar sya uruskn. Sejak kecil anak2 rapat dgn sya.
    Suami sering minta duit drpd sya sblm ini. Mula2 sya bgi tp lama klamaan sya x bgi sb suami pernah selongkar handbeg sya ambik duit tnpa bgitau sya.Brg2 rmh yg dibelinya djual utk dptkn duit. Hp anak2 dpinta utk dgunakan. Suami juga mta duit drpd kwn2/kluarganya, kdg2 guna alasan bhwa sya yg mmerlukan. Sya dpt tahu drpd bekas rakankerja dia bhw dia bhutang atas alasan saya mmerlukan duit. Sya kenal bks rkn keja dia & rasa amat malu bila bjmpa.
    Pernah mta kluarganya nasihatkn dia. Dia ckp sya mgaibkan dia & berdendam dgn saya. Pbincangn x kan ada pyelesaian dgn dia, malah marah bterusan & bdendam.
    Kmi dh x btegur sapa drpd nov 2016 hgg skrg. Kmi duduk serumah. X bsama lebih 2thn. Sblm ini sya usahakn slmtkn kluarga kmi. Sya x blh teruskn lgi & x nk hbgn dgn anak2 tjejas dgn hbgn yg tiada psfhman ini.
    Bgaimna blh sya :
    1 mohon cerai ta’liq atau fasakh
    2 pmbhagiaan harta
    3 hak pnjagaan anak
    4 hak nafkah
    Mohon pencerahan, terima kasih

    • admin

      Reply

      Puan boleh mohon fasakh menggunakan alasan2 yg puan nyatakan. Pembahagian harta perlu difailkan dalam kes berbeza, dan nyatakan siapa yg menyumbang kepada harta tersebut, harta didaftarkan atas nama siapa, dan mahkamah akan memutuskan berapa bahagian suami isteri dalam harta masing2. Hak jagaan anak akan bergantung kepada pilihan anak2 kerana mereka sudah dewasa jadi hakim akan tanya anak2 apabila kes dipanggil untuk bicara, tetapi juga bergantung kepada berapa kuat puan boleh buktikan yang suami seorang yang tidak layak menjadi penjaga. Nafkah anak boleh dituntut dari suami sekiranya puan dapat perintah jagaan mana2 anak, tapi boleh juga dituntut sebelum kes hadhanah selesai dengan syarat anak2 memang tinggal serumah dengan puan

  167. Mohd nazir

    Reply

    Assalam..sekiranya sy tidak berpuas hati dgn keputusan mahkamah syariah Kita bole merayu kepada mahkamah tinggi utk membuat semakan keputusan tersebut..soalan sy bagaimana kah cara utk membawa Kes Ke mahkamah tingi, document ape yg d perlukan, proses mengambil masa berape lama utk proses bicara n keputusan, mohon pencerahan.t.kasih

    • admin

      Reply

      Sebaiknya encik buat rayuan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan. Jika sudah lebih masa, semakan hanya disyorkan jika ada kesalahan prosedur atau ketidakadilan yang nyata. Proses mungkin ambil masa sehingga 6 bulan. Encik sebaiknya dapatkan khidmat peguam kerana peguam akan tahu semua dokumen yang perlu difailkan. Ia melibatkan proses yang agak rumit untuk dilakukan sendiri oleh orang awam kerana melibatkan borang yang teknikal dan hujahan undang2.

  168. Sal

    Reply

    Assalamualiakum saya nak tanya adakah boleh saya fail kan pencaraian kerana suami gagal manjalankan tanghungjawab sebagai seorang suami dan juga ketua keluarga
    Suami saya kerap tidak memberi nafkah kpd saya q. Suami juga seorang yg meninggalkan solat dan tidak berpuasa utk pengetahuan pihak puan/tuan usia perkahwinan kami dah 18 thn dan mempunyai 3 org anak
    Suami juga sering menonton gambar lucah, anak juga pernah terlihat ayah mereka menontannya ketika keluar utk ke blk air sbb suami akan menonton apabila kami semua dah tidur
    Suami juga pernah meliwat saya. Hal ini saya x pernah cerita kan pd sesiapa
    Harap pihak puan/ tuan dapat memberi pencerahan

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Ye puan boleh failkan perceraian atas alasan2 yang puan nyatakan. Cuma lebih baik dan pantas untuk berbincang dgn suami agar suami melepaskan puan dengan rela kerana itu lebih cepat. Jika dia enggan, puan boleh memfailkan fasakh.

  169. PN. SITi

    Reply

    assalam ..
    sy nak btanya pendapat
    usia pkahwinan kami hampir 3 tahun .. sy bcadang ingin bcerai dgn suami sbb tak tahan bila dpt tahu dia menyimpan perasaan pd perempuan lain . sy x tolak hukum poligami … sy pernah bsabar n mohon moga allah lembutkn hati sy utk izinkn suami sy bkahwin lg . sblm tu kami ada bgaduh dan janji itu ini , tp dlm tempoh hati sy nak blembut tu tup tup dpt tahu dia tipu tipu tipu blkg sy .. hati sy bkeras balik ! sy bsabar sejak kandungan anak sulong kami (feb,2016) ……… sy ingatkan slps bkeluarga dia akan lupakan perempuan tu , rupanya makin galak . walaupun skrg sy sdg mengandungkan anak dia yg kedua ni ..
    sy dah cukup tension keadaan mcm ni .. sepanjang tempoh pkahwinan kami pun sy takde rasa diri ni taqarrub (dekat) dgn allah .. sdgkn suami tu pemimpin keluarga …. suami sy anak ustaz , seorang businessman thats why la dia jenis workaholic (tp kdg² sampai takde masa dgn family pun buat sy tension , ade mcm takde je rasa)
    sy pernah kongsikan masalah dgn FiL (sy lebih selesa dgn FiL bbanding MiL) dan FiL pun ada nasihatkan sy n suami .. tp nampaknya tak tahan lama …… dgn family sy sendiri sy tak pernah cerita (walaupun bff sy adalah ibu sy) tp utk jaga hbgn n aib suami sy pendam jgk sehingga skrg .. mata , dah bkali² bengkak pun tak jd …..
    perasaan syg , entahlah sy sendiri dh mula keliru .. tp yg pasti x sama mcm dulu …… kurng yg amat … jd sy mohon pandngn mcm mana nak leraikan masalah kami .. yg sy nampak cuma cerai sje ..

    • admin

      Reply

      Puan, sebaiknya puan ajak suami ke kaunseling dan bincangkan perasaan puan secara terbuka. Suami patut tahu penyeksaan emosi yang puan alami. Dia juga perlu pastikan dia adil sekiranya berpoligami. Perceraian sepatutnya jadi langkah terakhir, dan hanya jika semua usaha berdamai tidak berhasil.

  170. Rushdee Ibrahim

    Reply

    Assalamualaikum.Saya(suami) telah melafazkan cerai talak 3 ke atas ister sayai di hadapan rakannya serta org gaji kami di kediaman kami.Telah berlaku pergaduhan besar dan atas alasan emosi tidak boleh dikawal serta didorong perasaan marah..saya telah menceraikan isteri saya dengan talak 3.Kami telah berkahwin lebih kurang dalam 11 tahun dan mempunyai dua orang anak.Sebelum ini pernah pergi ke pejabat agama di Shah Alam untuk sessi kaunseling.Kami memutuskan untuk tidak meneruskan niat untuk bercerai selepas itu.Akan tetapi…hari hari serta bulan bulan berikutnya…kehidupan kami sentiasa dipenuhi dengan pergaduhan.Dan kemuncaknya adalah ketika saya telah melafazkan talak 3 ke atas isteri saya di hadapan rakannya serta orang gaji kami di kediaman kami kerana dicabar oleh isteri saya.Saya akui…sepanjang perkahwinan kami…saya tidak pernah memberikan wang belanja dapur ataupun nafkah kepada isteri saya tetapi ada membayar kos untuk sewa rumah,bil Astro dan sebagainya khususnya di pertengahan tahun perkahwinan kami.Kini..tiada lagi kerana saya sudah hilang mata pencarian saya.Isteri yang kini membayar untuk segala-galanya kerana di awal perkahwinan kami pun…sememangnya dia berkemampuan dari saya khususnya dari segi pelajaran serta kewangan kerana mempunyai ijazah dan perniagaan sendiri.Saya hanyalah seorang yang berkelulusan SPM dan bekerja di bawah naungan syarikatnya sepanjang perkahwinan kami.Persoalan saya…apakah implikasinya serta proses seterusnya setelah saya melafazkan cerai talak 3 ke atas isteri saya atas dasar marah walaupun niat di hati saya tidak bermaksud dengan sepenuhnya dan masih sayangkan isteri dan perkahwinan kami.Tolong bantu saya.

    • admin

      Reply

      Encik, jika lafaz talaq tiga itu jelas seperti “aku cerai kau talaq tiga”, maka tidak kira apakah niat encik pada masa itu, talaq itu tetap jatuh. melainkan encik boleh buktikan encik dalam keadaan gila pada waktu itu (perlu pengesahan doktor) atau encik dipaksa melibatkan ugutan cedera atau ancaman bunuh. selain dari keadaan-keadaan seperti ini, adalah agak mustahil untuk menarik kembali lafaz yang telah dibuat. sebaiknya failkan pengesahan cerai seberapa segera di mahkamah rendah syariah terdekat dengan tempat mastautin, beri keterangan bersumpah depan hakim, dan hakim akan mensabitkan apakah talaq telah jatuh dan jika ya, berapa talaq yang jatuh, berdasarkan keterangan encik.

  171. as

    Reply

    salam,
    saya dengan suami sudah bersama selama 8tahun. semasa saya sarat mengandungkan anak kedua suami saya menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. semasa anak saya berusia 4bulan baru saya mengetahui yang dia ada perempuan lain. saya di pukul di sepak disebabkan dia menafikan yang dia ada org lain. Dengan kuasa Allah..akhirnya semuanya terjawab.. saya berikan peluang dan berbincang dengan suami dan inginkan hubungan ini terus berpanjangan. selepas setahun sya mensyaki yang dia ada sembunyikan sesuatu daripada saya akhirnya saya membaca sms2 cintanya dengan wanita lain. hancur luluh hati saya. saya ingin memohon penceraian..tetapi kerana sayang saya masih berikan peluang untuknya. dia berjanji akan setia dan berubah. selepas balik ke pangkuannya.. dia sering pulang kerumah lewat malam..setiap hari bekerja dan katanya tiada cuti, tiada masa untuk saya dan anak2. setiap kali waktu cuti saya dan anak2 yang kesana kemari seperti tiada ayah dan tiada suami. setiap hari suami akan membawa balik arak dan minum didalam rumah. saya sudah nasihatkan dia tetapi tidak diendahkan. Akhirnya saya sudah tidak tahan lagi dengan keadaan hidup sebegini..umpama suami hanya nama diatas sekeping kertas. saya melarikan diri kerumah ibu dan ayah selepas dia menendang saya di bahagian perut..mlm kejadiaan sehingga skrg saya tidak balik..sudah hampir 5bulan, saya juga sudah menfailkan kes penceraian tetapi suami tidak mahu melepaskan saya. saya bukanla dari keluarga senang. disebabkan gaji saya melebihi dari syarat saya perlu mengambil lawyer sendiri yang memerlukan kos sbyk 5k. suami tidak memberi nafkah utk anak2 dan saya menyara anak2 dengan kudrat termampu. saya ingin memohon bantuan atau pendapat..apakah yang harus saya lakukan kerana dia mmg tidak mahu melepaskan saya. Dia ada jugak memujuk saya melalui SMS, bila saya jawab saya tidak akan balik lagi..dia memaki dan menuduh saya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain untuk menutup kesalahan dia. tolongla saya wanita yang buntu.
    Terima Kasih.

    • admin

      Reply

      puan boleh memfailkan tuntutan secara fasakh atau taklik. cerai cara ini tidak perlu persetujuan suami untuk melepaskan puan atau tidak. puan hanya perlu buktikan kegagalan dia menunaikan nafkah dan bukti keganasan fizikal terhadap puan (kemukakan laporan polis dan laporan perubatan). puan tidak perlu peguam, hanya isi borang perceraian cara fasakh atau taklik dan ikut arahan yang diberikan hakim. jika hakim masih menyuruh puan melantik peguam, puan terpaksa cari peguam. insyaAllah akan ada yang boleh membantu, cuba cari beberapa peguam yang pejabat mereka berdekatan dengan mahkamah rendah syariah di mana puan memfailkan kes tersebut, dan bandingkan harga, juga cadangkan pembayaran ansuran setiap bulan.

  172. Puteri

    Reply

    Assalammualaikum wbt admin..

    Saya ade kemusykilan n nk mohon pendapat pd yg arif.. Sekiranya suami tidak memberi nafkah 3 bulan berturut2 sehingga si bapa isteri terpksa memberi pinjam wang, apakan si isteri bole utk memoton tuntutan nafkah pd si suami? Si isteri tidak mahu bercerai lagi cuma ingin dapatkan tuntutan nafkah dari suami utk 3 bln yg lepas dan akan datang. Suami bekerja tapi tak tahu apa masalah tak bole nak beri nafkah dan tak balik rumah 3 bulan. Apakah langkah yg sepatutnya bole diambil krn sedikit sebanyak kewangan isteri terjejas dan menggangu rutin harian.

    T.Kasih

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah wabarakatuh.

      Puan boleh memfailkan tuntutan nafkah tanpa perlu melalui proses perceraian. isi borang tuntutan nafkah isteri dan nafkah anak, di mahkamah rendah syariah terdekat dengan tempat puan mastautin sekarang.

      • Puteri

        Reply

        Untuk urusan di mahkamah syariah adakah apa2 kos yg sy perlu bayar?

  173. Yus

    Reply

    Assalamualaikum..
    Adakah dokumen perintah cerai akan di pos oleh pihak mahkamah atau perlu diambil oleh pasangan yg bercerai di mahkamah utk dibawa kepejabat agama?jika dipos,bagaimana jika pasangan tersebut sudah tdk tggl dialamat tersebut?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Encik perlu ambil sendiri kertas perintah di mahkamah rendah syariah yang mengeluarkan perintah cerai. Nyatakan nombor kes cerai tersebut. Kemudian bawa perintah tersebut ke pejabat agama terdekat. Barulah pejabat agama akan proses utk keluarkan sijil cerai.

  174. Mimi

    Reply

    Salam..suami saya banyak menyeksa emosi saya sepanjang perkahwinan. Kalau ada kesalahan kecik, dia akan silent treatment kan saya minimum seminggu. sepanjang silent treatment tu dia tak akan angkat call, xjawab mesej, xpandang langsung saya kat rumah, bila saya cuba pujuk dia akan tepis tangan saya.
    Saya dah 2x ajak dia pergi kaunseling untuk ubah perangai tu tapi dia taknak.
    Saya minta berpisah tapi dia dah blok phone number saya.
    Dan sekarang dah sebulan lebih saya tinggal di rumah mak saya sbb haritu masa dia marah dia cakap kalau saya keluar dari rumah dia dan balik rumah mak saya, saya jangan balik rumah dia lagi.
    Dah sebulan tak dapat nafkah.
    Kalau dia tanak hadir mahkamah lepas saya da failkan ss47 ni, apa perlu saya buat?

    • admin

      Reply

      Puan, jika suami tidak mahu datang, mahkamah boleh keluarkan amaran atau puan mohon keluarkan waran tangkap. Setelah suami hadir tapi enggan melafazkan talaq, puan teruskan saja dengan proses yang ditetapkan mahkamah iaitu melantik wakil ke jawatankuasa pendamai kemudian jika tidak berjaya berdamai, lalui proses hakam. Sekiranya masih tidak berjaya berdamai, mahkamah boleh memberikan kebenaran bercerai dan akan minta hakam melafazkan talaq bagi pihak suami. Untuk kes puan, jika tiada alasan kuat di bawah fasakh atau taklik, lebih baik teruskan dengan cerai seksyen 47.

  175. Reply

    Assalammualaikum saya nak tanya. Saya baru setahun berkahwin dgn suami. Pada mulanya suami ada bisnes sendiri tapi telah ditipu oleh rakab baiknya. Apabila kami susah kami sering bergaduh sebab saya salahkah suami sy sbb selama ni x pernah dengar nasihat sy dan lebih percaya pada kwn baiknya hingga dia jatuh dalam bisnes.

    Suami tidak bekerja sejak jatuh bisnes. Kami hidup berbekalkan hasil penjualan kek kami bersama. Seperti kais pagi makan pagi shaja kehidupan kami. Kereta dan sewa rumah ditanggung oleh bapa mertua saya. Suami tak nak kerja makan gaji sebab bapa mertua janjikan akan memberi modal bisnes pada suami sy bulan 11 ni. Disebabkan itu kami hanya hidup dengan menggunakan hasil pjualan kek yang pada mulanya diusahakan oleh saya seorang shaja.

    Selain tu suami sangat jarang sentuh saya..disentuh bila dia inginkan sahaja. Sebulan sekali pun susah nak bersama. Disebabkan itu kami juga sering bergaduh krn tidak mempunyai zuriat krn suami endah tak endah dlm hal dapatkan anak. Puas merayu puas menangis tapi hanya sedar sekejap.

    Setiap kali sy tegur dia tentang sifat dia yang hanya bergantung pada ayah mertua dan sifat dia yang seolah tidak mahu anak dia akan melenting semula pada saya. Dia sering bercakap kasar dengan saya sebab bagi dia saya tak hormat dia sebagai suami. Dan baru-baru ni kami bergaduh dan dia ada cakap “pergi balik rumah mak awk sekarang, kalau hidup hanya menyusahkan orang saja”. Adakah jatuh talak kias? Tahun lepas kami pernah juga gaduh dan dia ada cakap “selesai je hutang saya pd ayah awk kita bercerai” adakah ini juga talak kias? Kalau melebihi 3 kali dia ucapkan kami kira tidak boleh bersama dah ke? Saya takut dia tak nak mengaku niat dia yang sebenar di mahkamah nanti.

    Apa patut sy buat ye? Sy rasa tidak dihargai.. Wlaupun dia sbnrnye ok xpernah pukul sy tapi bila gduh dia tidak fikir sebelum bercakap. Kami selalu gaduh sebab nafkah zahir dan juga batin. Takut saya telah ditalakkan

    • admin

      Reply

      Puan, mengikut pendapat saya, belum jatuh talaq jika lafaz sebegitu dibuat kerana lafaz suami bersyarat dan tidak jelas. Jika suami menafikan niat juga tidak mengapa, kerana dosa menipu itu akan ditanggung olehnya, di pihak puan, adalah selamat utk bergantung kepada keputusan hakim jika puan memutuskan untuk memfailkan pengesahan cerai untuk lebih yakin. Jika puan benar2 tidak mahu bersama suami lagi, berbincanglah berkenaan cerai secara baik, jika suami tidak setuju, eloklah rujuk ke kaunseling dulu, atau jika puan failkan cerai di bawah seksyen 47, hakim akan rujuk puan dan suami ke jawatankuasa pendamai.

  176. Sudina

    Reply

    Salam puan ..bukti air ketum ke saya bawa..saya WNI sblmnya saya non muslim..lepas berkawin saya masuk islam..saya sudah tlp ke mahkamah dorang cakap kena ambil borang permasutian kl x silap..

  177. Puteri

    Reply

    Slm..sy dh 5thun bkwen..ada sepsang ank..kmi nk bcerai ats alsan sy sudah tawar hti dengan sikap die..tidak serumah lg sjk bbrape buln yg lalu..dlu die prnah curg..pristiwa itu sntiase brmain di fkirkn sy..xpnh lupe kn ape yg jd..kmi dh stju utk bcerai cre baik..tp die ugut pulak utk bunuh diri..sy bingung skrg nih..tlg bg pnjelsan..

    • admin

      Reply

      Puan, jika suami setuju cerai secara baik, boleh terus ke mahkamah untuk buat permohonan cerai dan suami boleh terus melafazkan. Jika puan ingin pulihkan hubungan kerana bimbang suami mencederakan diri, boleh ke kaunseling di pejabat agama islam terdekat.

  178. Sudina

    Reply

    Salam..saya dan suami 8 thn menikah n mempunyai 4 anak..awal perkawinan kami Baik-baik saja..tp lepas kami ada usaha sendiri kami sering bergaduh..dia selalu salah kan saya pasal anak2.pasal ibu mertua.ipar2 n banyak lg.. hampir hari2 skrg suami minum air ketum..saya udh nasihat berkali2 tp suami x dengar..saya coba utk WhatsApp ibu mertua supaya bg nasehat ke suami saya. .malah saya yg kena marah dgn kata saya busuk hati..sebenarnya dlm masa perkawinan saya sering bergaduh dan udh lama saya minta cerai.tp suami x na ceraikan saya..saya ingin failkan cerai..tq

    • admin

      Reply

      Puan boleh cuba mohon fasakh, tetapi buktikan dulu kesalahan suami seperti yang dinyatakan dalam seksyen berkenaan fasakh. Ada banyak alasan di bawah seksyen tersebut, telitinya, pilih yang paling relevan dengan situasi Puan dan bawakan bukti2 yang puan ada untuk menyokong alasan fasakh puan.

  179. Mimi

    Reply

    Assalam admin,
    Perkhawinan kami baru setahun, dan dikurniakan seorang anak lelaki. Kami masih mencari rumah utk didiami, kini menetap dirumah mertua saya dahulu.

    Situasi bermula apabila saya merasa seperti org gaji dan meminta suami menghantar saya balik ke rumah ibu saya pada esoknya selama seminggu utk menghilangkn rasa tidak puas hati ini. (sebelum ni mmg kami pernah buat perjanjian seminggu rumah mertua seminggu rumah mak saya). Dgn rasa yg begitu sedih saya terus luahkan perasaan ketika itu pada suami. Reaksi beliau yg sgt marah kerana salah saya beranggap sebegitu. Walhal saya sudah akui ia mmg salah saya. Lalu suami meminta saya mengemas baju dan ingin menghantar pulang petang itu juga.

    Adakah telah jatuh talak pada saya apabila suami melontarkan ayat kiasan seperti itu? Selepas kejadian ini suami bersikap dingin dgn saya. Saya buntu. Saya juga merasa ingin berpisah dgn suami. Kerana acap kali bergaduh hal yg sama. Mohon admin dpt membantu permasalahan saya ni.

    • admin

      Reply

      Lafaz yang tidak jelas samaada bermaksud cerai atau tidak, belum menjatuhkan talaq, melainkan suami memang berniat untuk bercerai. Puan berbincanglah dengan suami tentang niat beliau apabila mengatakan ingin menghantar Puan pulang bermaksud apa. Sekiranya ada niat untuk menceraikan, failkan kes pengesahan cerai di Mahkamah dan Hakim akan menentukan samaada talaq jatuh atau tidak disebabkan lafaz tersebut.

  180. Amy

    Reply

    Assalamualaikum admin… maaf brtnya,dalam situasi sy… sy punya usia perkahwinan nak masuk 4 tahun dah… tetapi sy sudah 3 tahun tidak bersama kerana sudah tawar hati ats sebab2… sy ada anak sorg… sy sudah 3 tahun duduk brsama keluarga sendiri…

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam Puan, jika sudah tidak tinggal bersama sebegitu lama, berbincanglah dengan suami tentang apa halatuju perkahwinan Puan. Tidak wajar Puan menjauhkan diri dari suami sekiranya suami tidak redha kerana Puan akan berterusan dalam dosa kerana boleh dikira nusyuz, melainkan ada alasan yang dibenarkan syarak untuk berpindah seperti suami memukul Puan dan sebagainya. Jika suami ingin bercerai, eloklah selesaikan status Puan dan suami secepat mungkin.

  181. Jamil

    Reply

    Salam,

    Sy ingin mendapatkan pencerahan. Sy dan isteri telah berkahwin selama 4thn lebih dan dikurniakan 1org anak berusia 2thn. Kami mmg sudah tidak bersefaham lg. Sy pernah membawa isteri ke JAWI untuk mendapatkan kaunseling pd thn lepas kerana tidak tahan dgn perangai die asyik menghadap telefon dirumah. Sy ingin daftar cerai. Soalan sy 1) jika kami bercerai cara baik bagaimana dgn pembahagian harta 2) adakah sy boleh mendapatkan hak penjagaan anak memandangkan isteri selalu melanggar perintah sy dgn tidak menutup aurat, tidak solat wlpn sy selalu menasihati 3) apakah perkara yg wajib sy perlu lakukan selain memberi nafkah anak sikiranya isteri mendapat hak jagaan 4) adakah mahkamah akan memberikan sy hari utk menjaga anak seperti 4hari dgn isteri dan 3hari dgn suami 5)bagaimana cara sekiranya sbg pemohon yg berlamat negeri lain di dlm IC tetapi memohon utk bercerai di KL.

    Terima kasih.

    • admin

      Reply

      1) pembahagian harta tertakluk kepada keputusan mahkamah apabila permohonan harta sepencarian difailkan selepas atau semasa bercerai.
      2) penentuan hadhanah bergantung kepada umur anak, kelayakan ibu dan pelbagai faktor terutamanya yang melibatkan kebajikan anak. Eloklah encik failkan tuntutan hadhanah untuk mendapatkan hak menjaga anak. kebiasaannya bapa hanya boleh menjaga setelah anak tersebut mumayyiz dan memilih untuk tinggal bersama bapa.
      3) encik wajib bayar mutaah dan nafkah iddah selama tempoh iddah isteri, melainkan encik berjaya buktikan isteri ada melakukan nusyuz.
      4) hak menjaga anak bergantung kepada persetujuan bersama semasa majlis sulh selepas encik memfailkan tuntutan hadhanah. sekiranya tiada persetujuan, hakim akan menentukan masa yang sesuai untuk encik dan isteri berkongsi menjaga anak, selepas selesai perbicaraan hadhanah.
      5) tidak boleh failkan kes selain di tempat encik bermastautin. jika alamat ic belum dikemaskini, eloklah berbuat demikian.

  182. dina

    Reply

    Assalamualaikum admin. Saya ada masalah dengan suami yang tidak bekerja dan saya rasa dia agak memilih kerja. Puas saya nasihatkan tetapi dia marah saya balik. Masalahnya dia ada hutang dari 2 bank yang perlu di bayar. Setiap pinjaman yang dia buat tak pernah dia beritahu saya sampailah dah jadi masalah. Saya takut dia akan jatuh muflis sebab dah 2 tahun lebih dia tidak bekerja. Saya ada rumah yang penama kedua adalah dia. Boleh dikatakan 90% saya yang bayar rumah tu. Saya takut rumah tu tergadai. Dia langsung tak kisah apatah lagi nk bagi nafkah kepada saya. Saya jadi buntu, segala tanggungjawab kewangan seperti membayar loan rumah bergantung pada saya. Saya hanya bekerja sendiri sahaja. Saya rasa dia sangat menyeksa saya dan anak2. Anak2 pun kena cari kerja walau pun masih dalam tanggungan. Terdetik untuk saya meminta cerai. Adakah dibenarkan saya meminta cerai atas sebab2 yang di atas. Sesungguhnya saya tidak tahan dengan sikap tidak bertanggungjawab dia.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah Puan, Puan boleh memohon cerai secara baik dari suami, tetapi jika suami enggan menceraikan secara talaq, sebaiknya failkanlah tuntutan fasakh dengan menggunakan alasan cuai nafkah dan melupuskan harta isteri.

  183. Nas

    Reply

    Assalamualaikum…
    Saya baru 8 bulan berkahwin.
    Sy ingin brtanya, apa harus sy buat jika, sy sudah rasa tawar hati dengan suami. Saya ada beli rumah sebelum kahwin, tapi belum siap, cuma bayar progressive payment. Perjanjian sebelum kahwin ingin bahagi pembayaran 50/50. Tetapi selepas berkahwin, saya membayar 80% (800 tiap bulan) harga rumah selepas siap 2300
    1.Suami tidak solat apa tah lg mngajak kami besolat. Saya yang selalu ajak solat. Kalau saya tak ajak, dia tak buat.
    2. Yg dia fikir dia belanja makan setiap kali kami keluar itu sudah cukup.
    3. Dia dulu kerja di agensi dengan gaji pendapatan 4500 (before tax) saya lebih kurang gaji yang sama.
    Tetapi sebelum berkahwin dia beehenti dengan alasan nak kerja dgn bapa dia supaya boleh membayar majlis perkahwinan kami. Saya bising kenapa berhenti kerja. Dia hanya menjawab, “kalau i tak kerja dengan papa, i tak akan dapat kahwin dengan u” Masa perjanjian sebelum kerja dgn bapa dia, dia akan dapat gaji bersih rm2k (bapanya akan membayarkan duit kereta nya yang berjumlah rm750) tetapi selepas 4 bulan berkahwin dia selalu complain tak cukup duit. Saya bertanya kenapa dan suruh dia bentangkan perbelanjaan bulanan nya, tiba2 ada kena bayar kereta. Saya cakap janji 2k bersih duit belanja je, now kenapa kena bayar kereta. Dia jawab, ‘papa takde duit nak bayat kereta i’
    4. Dan disebabkan perkara diatas Saya selalu makan hati. Gaji saya cukup untuk diri saya dan segala perbelanjaan saya. Commitment saya seorang sj. Saya terasa seperti belum berkahwin sebab semua saya masih bayar sendiri.
    5. Sekarang saya masih duduk dirumah mak saya. Dia cuma hanya perlu membayat duit elektrik rm250 tiap bulan. Tetapi, saya akan terasa sangat terbeban sekiranya kami berpindah kerumah baru.
    6. Saya suruh dia tukar kerja, dia tak nak.
    7. Nafkah yang diberi rm50 tiap bulan
    8. Tidur sekatil tapi tidak peluk sesama sendiri apatah lagi memberi nafkah batin tidak kerap.
    9. Saya sekarang buat 2 kerja sebab nak ada duit lebih untuk membiayai bayaran rumah yang akan dtg nanti.
    10. Balik rumah berdiam sahaja sepanjang masa

    Disebab perkara di atas, saya kurang respect pada dia.

    Boleh kah saya failkan cerai dengan alasan saya dah tawar hati dengan perkara di atas? Sy tak nak tberdosa disbbkan ni. Baik saya lepaskan dia dan tidak rasa terbeban dan menambahkan lgi dosa saya.

    Saya memang sudah tawar hati.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Puan patut berbincang dengan suami berkenaan perkara ini agar dia faham perasaan dan dilema yang Puan hadapi. Ajak dia ke kaunseling di pejabat agama terdekat jika perlu bantuan orang tengah untuk menyelesaikan masalah ini. Sebaiknya perceraian hanyalah langkah terakhir, mana tahu dia sanggup cari kerja lain jika tahu Puan mahu bercerai disebabkan masalah tidak cukup wang. Tetapi jika sudah tidak boleh diselamatkan lagi, bincanglah agar Puan diceraikan cara baik. Perlu suami bersetuju barulah Hakim akan memberikan kebenaran untuk bercerai.

  184. Liana

    Reply

    Assalamualaikum. Saya dan suami baru lagi berkahwin dalam setahun lebih. Sepanjang alam perkahwinan saya tidak pernah diberikan nafkah zahir. Nafkah batin dah masuk 4 bulan. Suami saya juga berhutang dengan lintah darat. Dan dia meminta saya untuk menjelaskan hutang-hutang dia. Tapi saya tiada duit untuk langsaikan hutang dia. Dalam pada masa yang sama saya juga takut nyawa saya dalam bahaya. Kami sering bergaduh. Saya minta dia untuk ceraikan saya. Tetapi suami enggan lafazkan cerai. Boleh bantu macam mana saya nak buat ye?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Puan, saya nasihatkan Puan failkan permohonan cerai secara taklik jika suami langsung tidak pernah beri nafkah zahir walau satu sen atau langsung tidak pernah memberikan barang sebagai ganti wang nafkah (seperti membelikan barang dapur atau membayar sewa rumah). Jika suami ada beri sedikit, mohon pula cerai di bawah fasakh atas alasan nafkah yang tidak cukup, nafkah batin yang tidak diberi, dan sikap suami yang meminjam dengan lintah darat. Buktikan perbuatan suami tersebut melalui dokumen seperti perbualan WhatsApp dan failkan laporan polis mengenai kebimbangan Puan akan keselamatan diri yang terancam.

  185. Nurul

    Reply

    Assalammualaikum.. sy pun nak tnya pendapat admint. Kami dah berkahwin hampir 5thn. Kami dua2 bekerja. Alhamdullillah sy sndri tiada mslh duit.
    Tiap2 bln suami ada beri duit(tuk nursery ank, byrkan duit insurance dia n anak, dan beli brg2 ank). Adakah itu dikira nafkah isteri?
    Suami agak kedekut bila sy minta duit if xckup walaupun rm10. Mmg pergaduhan kecil tu dah jd asam garam rumah tangga. Tp bila terjadi pergaduhan suami akn pujuk kembali. Tapi dlm beberapa bln kebelakangan ni suami jd sgt panas baran. Selalu mencarut bila marah sy dpn anak2. Kadang2 kt kedai makan pun bole tengking sy. Dia pernah ckp walau apepun jd sy ni ttap bkn darah daging dia seolah2 xpernah hargai status sy sbg sorg isteri dan ibu pd anak dia. Dia slalu ckp maruah sy sgt hina n letaknya kt tapak kaki die. Bila gaduh dia akn ckp suruh sy pg mampos cepat2. Sy didera dr segi mental dan batin. Bila suami berkehendak dia akn mendatangi dan slps itu dia akn trus tengking dan kami gaduh kmbali tanpa mempedulikan keadaan sy. Sy sgt keliru. Dia pernah juga ckp, ‘aku xrs ko nih mcm isteri aku’. Adakah jth talak?
    Dah beberapa mggu kami xckp kecuali pd yg penting. Dia juga selalu keluar lepak dgn kawan dan balik kul1,2 pagi. Solat makin lm makin lewat dan kdg2 culas. Ape yg perlu sy buat? Sy dah sgt2 terrtekan..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, saya simpati dengan keadaan puan. Puan layak memohon fasakh atas alasan suami mendera puan secara emosi, namun perlu dibuktikan dengan laporan pakar psikiatri oleh itu berjumpalah dengan doktor pakar psikiatri beragama islam dan dapatkan medical report untuk menerangkan keadaan mental puan supaya boleh digunakan untuk menyokong fasakh.

  186. Syazni Atiqah

    Reply

    Assalamualaikum.
    Saya juga menghadapi masalah dalam perkahwinan. Usia perkahwinan kami hampir 3tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata. 2 minggu lepas saya baru lepas keguguran. Saya dan suami kerap menghadapi persilisihan. Kerap juga tidak bertegur sapa walau duduk sebumbung. Saya bertahan sampai sekarang kerana anak. Tapi saat ni, saya dah tak mampu. Mungkin kami berdua tidak ada keserasian lagi. Mungkin juga saya bukan yang terbaik untuk dia, tak mampu jadi seorang isteri yang solehah. Jadi saya ada mesej pada suami menyatakan untuk membuat permohonan cerai. Suami balas ‘Ikut suka la mana yang terbaik’. Bagi saya dia sendiri dah tak nak teruskan perkahwinan ni. Saya ada beritahu dia untuk hadir ke mahkamah pada 10/4/2017 nanti. Boleh ke proses penceraian kami selesai dalam tempoh sehari jika saya dan suami hadir ke mahkamah sekitar jam 9 pagi ? Saya juga ingin meminta pendapat tuan berkenaan masalah yang kami hadapi sekarang.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Jika Puan merasakan sudah tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan cara lain tetapi hanya dengan cerai, dan suami sanggup melafazkan talaq, maka kes akan terus selesai selepas suami lafazkan talaq pada pagi itu juga di Mahkamah. Tetapi jika Puan merasakan yang perkahwinan masih boleh diselamatkan, eloklah tarik balik permohonan cerai dan ajak suami ke kaunseling untuk berbincang masalah ini sebaiknya.

  187. Han Abr

    Reply

    Isteri saya telah membuat permohonan penceraian dan menuntut pemeliharaan dan penjagaan kedua-dua anak saya. Saya tidak mahu menyerahkan anak kepada beliau kerana selama ini saya yang menguruskan anak-anak. Di dalam surat saman ada menyatakan sekiranya saya ingin membela diri terhadap tuntutan itu, saya hendaklah memfailkan di Mahkamah dalam satu borang sebelum tarikh untuk hadir ke mahkamah. Adakah saya perlu mengisi borang tersebut terlebih dahulu atau hadir terus ke mahkmah tersebut pada tarikh mendengar tuntutan. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Untuk kes cerai, tiada pembelaan perlu difailkan melainkan isteri menuntut fasakh atau taklik.

      Bagi tuntutan hak jagaan, Encik boleh hadir dulu dan mohon kepada Hakim sedikit masa untuk memfailkan pembelaan terhadap tuntutan isteri, gunakan borang untuk pembelaan seperti yang disediakan Mahkamah.

  188. AZIAN

    Reply

    Salam.. saya telah mengetahui bahawa suami sy mempunyai hubungan sulit dgn wanita lain. Sy telah berbincang secara baik dgn suami dan dan bersedia untuk mengundur diri sebaliknya suami berjanji utk tidak lg menhubungi wanita tersebut dgn melafazkan taklik melalui wassap. Antara kandungan lafaz tersebut..sekiranya suami sy berjumpa atau menjalinkan semula hubungan dgn wanita terbabit maka akan jatuh talak 1 ke atas sy.. Dan baru2 ini wanita tersebut menghubungi saya dgn mengatakan bahawa dia dan suami sy masih berhubung dan berjumpa..bahkan wanita tersebut memberikan gambar sbg bukti. Adakah telah jatuh talak 1 ke atas sy? Bagaimana cara utk sy mengesahkan status perkahwinan sy dan suami?

    • admin

      Reply

      Puan perlu ke Mahkamah Rendah Syariah terdekat dan buat pengesahan cerai taklik. nyatakan butiran lafaz tersebut dan sertakan bukti menunjukkan telah berlaku pelanggaran syarat taklik tersebut oleh suami.

  189. shiraz

    Reply

    Salam,
    Jika penceraian itu telah disahkan di mahkamah tetapi pihak tersebut belum pergi untu mendapatkan surat tersebut, akan adakah denda yang akan dikenakan? dan sekiranya ada berapakah jumlah untuk mendapatkan surat tersebut?

    • admin

      Reply

      Salam, setahu saya tiada denda yang dikenakan kerana lambat ambil sijil cerai tetapi peraturan di setiap pejabat agama kadangkala berbeza-beza. jika sijil cerai tersebut sudah dilupuskan kerana lambat ambil, mohon saja sijil cerai yang baru, tetapi mestilah mengemukakan semula perintah mahkamah berkenaan perceraian tersebut.

  190. Mizz Mina

    Reply

    Salam…
    Saya juga tidak terkecuali di dalam masalah ini… sy dan suami kerap bertengkar, dan suami sy seorang yg jenis pendiam n seorang yg pendam… kadang2 tu perkara yg 2-3 bulan dh berlalu, bila kami gaduh dia akn ungkit… bagi dia, sy ni kawin dgn dia sbb harta.. padahal dia bukan nye kaya pon,, sy sedar sy bkn golongan org yg mewah.. tpi sy bersyukur sy lahir dlm keluarga yg sederhana dan sy seorg yg berdikari sendri.. setiap kali gaduh dia akn maki sy,, halau sy … dia kata sy ni kena sedar diri sbb sy ni menumpang di rumah nya..padahal tu rumah mak dia.. kami duduk sekali dgn mak dia.. mmg sy akui sy selalu melawan cakap dia, sbb hati sy memberontak.. dia x penah akui kesalahan dan kelemahan diri dia.. dalam rumah tu semua org takot dgn dia.. cume sy selalu melawan dia… kalo gaduh tu dia sampai hati biarkan sy, x bercakap dgn sy.. bila sy minta utk bercerai, dia suruh sy tuntut fasakh.. tapi mcm ne sy nak tuntut fasakh?? dia bg sy nafkah utk mengelakkan konon dia tetap lakukan tanggungjwb sebagai suami… dia dera mental sy… bila bergaduh je dia asyik angkat tangan, tapi tak pernah kena muka sy, sbb sy cepat2 lari… perhubungan keluarga kami pon x mesra.. dia x penah amek tahu ttg ibu sy.. kalo balik kg sy, dia tergesa2 nak balik ke kl.. padahal sy jarang dapat jumpa ibu sy… smpai ibu sy makan hati tpi pendam,,, sbb sy terpaksaakur ckp suami… dia mungkin x dera fizikal sy… tpi dia dera mental n perasaan sy…sy tidak dibenarkan keluar berjumpa dengan kawan2.. sy stress… sy x nak org buat sy sampai gila… bab duit mmg dia berkira dgn sy.. sampaikan sy malas nak bergaduh, sy kluarkan belanja pakai duit sy sendri… tolong laa sy yang buntu ni,,,

    • admin

      Reply

      Puan perlu dapatkan pengesahan dari pakar psikiatri beragama Islam (sebaiknya lelaki) bahawa puan mengalami penderaan mental akibat perbuatan suami kemudian barulah bukti tersebut boleh dijadikan sokongan untuk alasan fasakh “lazim menyakiti” isteri. Boleh juga tambahkan dengan alasan nafkah yang tidak cukup, tetapi mesti disertakan dengan bukti resit yang puan belanjakan guna duit sendiri, dan tunjukkan kepada Mahkamah berapakah jumlah yang puan terpaksa tambah sendiri.

  191. Reply

    Salam. Saya nak tanya. Bagaimana kalau isteri dan suami sudah setahun berkahwin tetapi tidak mencintai antara satu sama lain. Kahwin kerana tuntuan keluarga. Duduk bilik asing-asing . nafkah zahir suami beri. Tapi nafkah batin suami tak beri. Akhirnya isteri dapat tahu yang suami kahwin lain. Bila isteri dah tawar hati, tak bahagia dalam rumah tangga, isteri nak minta cerai. Suami pula tak nak ceraikan isteri. Katanya suami sudah mula menyayangi isteri dan mahu menjalankan tanggungjawab sbg suami dalam erti kata sebenar. Sedangkan isteri tetap mahu bercerai. Apa isteri perlu buat? Kalau tuntut fasakh, hakim boleh terima ke?

    • admin

      Reply

      Ada alasan fasakh berkenaan tidak mendapat nafkah batin sejak berkahwin dan tiada nafkah batin selama setahun. boleh buktikan perkara ini di mahkamah dan berikan keterangan isteri, jika hakim terima, barulah akan disabitkan tuntutan fasakh.

  192. Su

    Reply

    Assalamualaikum.

    Saya sudah berkahwin hampir 3 tahun dan belum dikurniakan anak. Suami saya ada masalah apabila ‘bersama’ dan sudah 4 bulan dia tidak menyentuh saya. Tiada inisiatif yg diambil utk mengubati penyakitnya walaupun saya mahu membantu utk keharmonian rumahtangga kami. Alasan,dia tak cukup duit utk berubat tapi duitnya habis kerana dia ketagihan sesuatu. Setiap kali bergaduh,dia akan ungkit wang hantaran masa kami kahwin dahulu. Dia ugut saya jika saya failkan cerai,dia akan melambatkan proses penceraian tersebut. Bolehkah saya failkan fasakh atas sebab2 yg saya sebutkan tadi?
    1. Tidak ikhtiar merawat kesihatan dalaman
    2. Ketagihan sesuatu
    3. Sentiasa ungkit wang hantaran

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Puan perlukan bukti yang kukuh dan bukan hanya sangkaan sekiranya mahu menuntut fasakh atas alasan masalah batin atau ketagihan. dapatkanlah pengesahan doktor untuk penyakit batin, atau bukti ujian air kencing untuk ketagihan dadah. mengungkit wang hantaran bukanlah alasan fasakh, tetapi jika suami cuai dalam memberi nafkah bulanan isteri, alasan nafkah boleh digunakan dalam permohonan cerai. jika alasan puan tidak kukuh mengikut seksyen berkenaan fasakh, saya nasihatkan puan berbincang dengan suami untuk bercerai secara baik dengan cara dia melafazkan talaq di hadapan hakim. ia boleh selesai dalam hari yang sama. alasan-alasan bercerai tidak perlu dibuktikan dalam kes talaq.

  193. Isteri Kecewa

    Reply

    Assalamualaikum…
    Sy ingin brtanya, apa harus sy buat jika, sy sudah rasa tawar hati dengan suami. Suami seorang yg suka bermain games. Sehinggakan tidak peduli dgn sy dan ank². Suami tidak pernah solat apa tah lg mngajak kami besolat. Yg dia fikor dh bg makan itu sudah cukup. Perhatian, kasih sayang tolak tepi… bila sy marah, katanya sy suka cari pasal, katanya sy kurang ajar. Sebenarnya sy benci dengan dia, benci dengan perangai dia dh 11 tahun kawin, perangai x pernah berubah. Apa harus sy buat….

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Puan, saya nasihatkan puan ajaklah suami ke kaunseling di pejabat agama berdekatan. Cuba membaiki hubungan itu adalah lebih baik dalam situasi puan kerana suami tidak melakukan perkara yang menjadi alasan boleh menuntut fasakh atau taklik. Jika masih tidak berjaya, berbincanglah samaada suami ingin bercerai secara baik.

  194. bella

    Reply

    assalamualaikum sis sy baru nk mohon peceraian dah tawar hati nak hidup bersama.. suami saya ni drive teksi selama perkahwinan dia cukup kedekut nk bagi duit pada sy brg dapur sewa rumah sy yg byar..wahal gaji saya hnya 1k lebih aje..lagi satu suami sy ni jenis tak nak lansung terima pandangan dari saya,asyik dia je betul bila saya suarakan apa2 dia akan bercakap saya ni budak2 dan tak matang? silap sikit bodoh la macam2 lagila yg dia cakap..jadi macam mana ye??

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah Puan. Saya nasihatkan puan cuba failkan dulu tuntutan nafkah di mahkamah, tidak perlu melalui proses perceraian jika masalah antara puan dan suami hanyalah berkenaan nafkah. tetapi jika dia mendera emosi puan sehingga disahkan oleh pakar psikiatri bahawa puan mengalami penderaan emosi yang teruk, maka puan layak memohon fasakh.

  195. Farah

    Reply

    Assalamualaikum.saya farah. Saya dah kawin 7tahun.saya bahagia sbelum ni suami saya baik sangat.byk buat kerja rumah dan bantu uruskan anak.cume bab berkawan dengan budak dadah.suami sy kalau keluar dgn kawan tu mesti amik bijik tudan balik lmbat.saya stress bl kelakuan cm tu.sepanjang kawin baru 2x saya pernah kena pjul semasa hamil anak 3 dan 4.kalau nak tuntut cerai xde bukti die amik dadah tu sbb xde akta.hanya pil goyang.kne pukul dlu pun xde bukyi sbb sy xbuat report polis.saya sayang die sgt tpi die xkan insaf selagi sy xbertindak.mcm mne saya nak buat?gaji saya pun die amik beli ubat tu.atau bli brang2 rumah.mcm mne nak buat cerai hakam.saya duduk di n9.samakh proses?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Puan, untuk mendapatkan fasakh, puan wajib kumpul bukti yang kukuh seperti laporan perubatan untuk kes pukul dan ujian air kencing untuk dadah. jika tiada, perceraian hanya boleh didapatkan dengan cara mohon talaq suami, dan jika suami enggan melafazkan talaq, mohonlah kuasa hakim melantik panel hakam untuk melafazkan talaq bagi pihak suami. proses ini akan mengambil masa, tetapi itulah yang terpaksa dihadapi sekiranya alasan bercerai tidak disokong bukti kukuh. berkenaan nafkah, puan perlu buktikan kecuaian suami beri nafkah, jika langsung tidak pernah beri nafkah walau sesen atau langsung tidak pernah beli barang dapur atau bayar sewa rumah, maka bolehlah gunakan alasan nafkah sebagai alasan fasakh.

  196. Nurin

    Reply

    Assalamualaikum tuan,
    Jika si isteri meminta cerai drp suaminya secara baik dgn alasan berpisah itu lebih baik utk kami berdua dan kedua org anak kami, adakah ianya boleh diselesaikan dlm masa yg singkat di mahkamah?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, puan. Jika suami dan isteri boleh hadir bersama di mahkamah pada hari yang sama dan suami mengesahkan setuju melafazkan talaq, cerai boleh terus dibenarkan hakim pada hari yang sama, dengan syarat dokumen puan lengkap dan hakim berkelapangan untuk mendengar kes puan pada hari tersebut.

  197. NA

    Reply

    Assalamualaikum,
    Masalah saya ialah suami ingin berpoligami sedangkan dia tidak mampu dari segi kewangan, selama ini kami berkongsi untuk semua perbelanjaan rumah dan anak2. Andai tiada sokongan dari pendapatan sy, memang dia tak mampu. Sy telah meletakkan syarat sekiranya dia nak berpoligami, dia perlu tanggung semua nafkah tanpa berkongsi dengan saya. Adakah mahkamah akan mengizinkan dia berpoligami dalam keadaan kami sekarang. Bagaimanakah cara saya untuk convince hakim semasa memberi keterangan di mahkamah nanti? Saya tahu saya tak akan boleh meminta cerai kerana dia tidak ada melakukan kesalahan2 yang melanggar syarak. Boleh ke saya minta cerai kerana khuatir akan ketidak mampuan dia sekiranya berpoligami? Jika ye, bagaimana caranya?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam Puan, terima kasih kerana menghubungi kami dan diharapkan pertemuan tempoh hari telah memberi penjelasan kepada Puan.

  198. Ieja

    Reply

    Assalammuailaikum admin,sy ada ckit kekeliruan disini,sy bekerje sendiri,suami sy plak seorg tenterA,blh ke sy minta cerai dgn suami sy atas sbb2 ni,suami sy langsung tak pernah share dgn sy ape2 pasal dia,dia plak tak pedulikan perasaan sy,kami selalu sgt bergaduh,apatah lg nak peduli pasal sy,anak2 langsung tak ambil peduli,susu anak langsung tak ambik tahu,sewa rmh dan segala bil sy yg tanggung,perbelanjaan dapur sy yg tanggung,dah nafkah zahir pon tak sempurna,apatah lg batin,sy pernah dipukul dgn dia masa mengandung,tp sy tak pernah la buat report pois,sy ada minta cerai dgn dia,tp dia takank ceraian sy,mcm ne ye…tp sy memqng nak bercerai,sy dah tak tahan dgn dia lg…hr2 kami asyik gadun je,duk dlm rmh mcm org asing…apa patut sy buat,talak ape yg blh tu tut,dan dgn siapa sy perlu jumpa dulu..sy buntu sgy dlm masalah sy ni,niat sy cuma nak berpisah cara ba8k,dan mungkin dgn berpisah dia blh berubah hati dan perbaiki slh masing2.?apakah jenis talak yg sy blh tuntut,terima kasih…

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah Puan. Puan boleh cuba berbincang dengan suami secara baik melalui kaunseling di pejabat agama berdekatan jika masih ingin memulihkan keadaan kerana dari kata-kata Puan, saya merasakan Puan masih ingin dia berubah menjadi suami yang lebih baik. Perceraian sepatutnya menjadi langkah terakhir demi kebajikan anak-anak.

      Sekiranya tiada jalan penyelesaian lain, dan hanya cerai langkah terakhir, cubalah bincang jika suami sanggup melafazkan talaq depan hakim supaya kes dapat selesai dengan cepat.

      Jika suami enggan melafazkan talaq, puan boleh tuntut fasakh atau taklik. Syarat taklik mestilah puan boleh membuktikan puan isteri yang taat dan suami gagal beri nafkah walau satu sen (jika suami ada bayar untuk rumah atau belikan barangan dapur, masih dikira ada beri nafkah) untuk tempoh lebih 4 bulan.

      Jika taklik sukar dibuktikan, puan boleh cuba tuntut fasakh. oleh kerana puan tiada bukti kukuh untuk kes pukul, puan perlu buktikan kecuaian nafkah oleh suami seperti penyata akaun bank puan menunjukkan suami tidak pernah masukkan nafkah dan resit2 perbelanjaan rumah yang puan belanjakan membuktikan puan yang menanggung semuanya.

  199. Nisa

    Reply

    Assalamualaimum…saya sudah berkahwin dan berpoligami selama 9 tahun. Ingin membuat permohonan berpisah dengan suami. Saya telah bernikah dalam negara tetapi kemungkinan telah ditipu sindiket kerana saya pernah cuba untuk memeriksa sijil nikah saya tetapi tidak wujud. Saya mempunyai seorang anak berumur 7 tahun. Saya dan suami sudah tidak tinggal bersama selama 4 bulan. Suami seorang yang tidak menjalankan perintah agama,kaki perempuan dan membiarkan saya menanggung diri sendiri selama saya berkahwin dia hanya memberikan duit setiap bulan untuk perbelanjaan anak tapi tidak mencukupi. Bercakap bila perlu sahaja, dia banyak menghabiskan masa bersama kawan2 atau pun keluar. Perangai kaki perempuannya sudah keterlaluan dan berulang kali. Suami hanya mengambil tahu keadaan anaknya sahaja. Apakah yang harus saya lakukan ? Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Puan perlu membuat pengesahan nikah terlebih dahulu barulah Puan boleh memfailkan kes lain di mahkamah yang berkaitan dengan perkahwinan puan. pastikan puan ada bukti dan maklumat lengkap berkenaan pernikahan seperti maklumat jurunikah, saksi, wali dan gambar2 semasa pernikahan.

      Berkenaan nafkah, selepas nikah disahkan, puan boleh terus buat tuntutan nafkah isteri jika masalah adalah berkenaan wang, tidak perlu tunggu kes cerai selesai atau tidak. Puan juga boleh membuat permohonan bercerai jika sudah tiada jalan penyelesaian lain. oleh kerana suami ada beri duit walaupun sedikit, puan tidak sesuai failkan taklik tetapi sewajarnya failkan fasakh. buktikan kelakuan tidak baik suami seperti bukti bergambar atau saksi.

  200. Reply

    Assalamualaikum Admin..
    Saya mempunyai masalah rumahtangga dengan isteri disebabkan saya sudah tidak tahan lagi dengan perangai isteri saya yang keras kepala sehinggakan isteri saya keluar rumah tanpa meminta kebenaran dan tanpa memberitahu kepada saya sehinggakan setiap kali isteri keluar saya tidak tahu ke mana.sebelum ini isteri saya telah beberapa kali minta saya untuk ceraikan dia tetapi saya tidak akan ceraikan diluar mahkamah.apabila saya mengajak ke pejabat agama untuk mengikut saluran penceraian dengan betul,isteri saya pula tidak mahu berikan kerjasama (tidak hadir ke pejabat agama).sebelum ini telah banyak perbincangan antara saya dengan isteri tetapi tidak menemukan jalan penyelesaian dan tergantung begitu sahaja.saya dapati saya dan isteri sudah tidak ada bersefahaman lagi dan saya ingin berpisah dengan isteri.saya nak minta pendapat admin apa yang perlu saya lakukan untuk menyelesaikan penceraian saya dengan isteri?? Terima kasih admin..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam, sekiranya encik ingin bercerai, pergilah ke mahkamah rendah syariah terdekat dengan tempat mastautin, beritahu isteri jika ingin dapatkan perintah cerai dengan segera, dia perlu hadir bersama, pastikan dokumen yang disenaraikan telah lengkap dan mahkamah boleh mendengar kes tersebut pada hari yang sesuai untuk encik dan isteri.

      • Reply

        Terima Kasih Admin.. 1 lagi pertanyaan daripada saya,bolehkah saya memohon penceraian secara “fast track” dimahkamah tanpa melalui sesi kaunseling dan sebagainya? kerana saya dan isteri memang sudah tidak sefahaman lagi dan saya dan isteri sudah berbincang serta pihak isteri sudah pun bersetuju untuk berpisah.

  201. Reply

    Assalamualaikum puan,saya bersangka buruk kepada suami sy,sy tuduh dekat dia yang dia whatapps dengan perempuan lain,sedangkan dia tidak pernah whatapps perempuan lain..jadi dia marah pada sy kerana tuduh bukan2 pada dia..masa dia balik kerja saya masih lagi tuduh dia..masa dia balik kerja dalam keadaan penat dan tengah marah dengan yang saya brsangka buruk pada suami..dan suami terus ucap saya talak tiga awak..masa itu dia keadaan marah pada saya..tetapi dia memang tiada niat untuk ceraikan saya..selepas itu saya mintak maaf kepada suami..kami dah berbaik semula..tetapi suami perlu pemohonan pengesahan di mahkamah..tarikh bicara 7 mac nanti..tetapi kami dah berbaik puan..dan suami buat pengesahan cerai dan ingin beritahu pada hakim yang kami mahu teruskan bersama..adakah boleh macam tu puan?boleh beri penjelasan..kejadian terjadi saya dalam nifas…anak kami kecil lagi puan..kami mahu besarkan anak kami sama2

    • admin

      Reply

      waalaikumussalam, seperti yang dikatakan tadi, hanya Mahkamah boleh memutuskan berkenaan hal puan, bergantung kepada kenyataan bersumpah puan dan suami di hadapan hakim. Jika kena semua syaratnya, lafaz talaq tiga tetap boleh jatuh walaupun keadaan keluarga puan memerlukan puan dan suami terus bersama. Jadi, saya harap puan dan suami bersabar dan redha dengan apa jua keputusan yang diberikan hakim dalam kes puan kerana sememangnya lafaz oleh suami tidak boleh dibuat main-main sekalipun dalam keadaan marah.

  202. hafiz

    Reply

    Assalamualaikum, bagaimana jika salah seorang pasangan menghidapi ganguan misteri/mahkluk halus (sihir pemisah)…mendesak supaya cerai…lebih kurang 5 tahun… Mempunyai 3 org anak…. Masih tinggal sebumbung tetapi tidak bertegur sapa…. Apakah tindakkan mahkamah dalam situasi ini?? Adakah perceraian diteruskan juga walaupun sebelah pihak yg normal tidak mahu cerai… Tapi dipaksa untuk cerai…

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, sihir amat sukar dibuktikan di mahkamah. perlukan saksi dan pengakuan pihak yang terlibat. jika suami atau isteri memfailkan perceraian secara talaq di bawah seksyen 47 atau kod kes 055, pihak yang tidak mahu bercerai hendaklah menyatakan sedemikian kepada hakim dan kes akan dirujuk ke jawatankuasa pendamai. inilah peluang untuk pihak yang tidak mahu bercerai untuk memujuk pasangan agar kembali hidup sebagai suami isteri.

  203. Salmah

    Reply

    salam
    saya nak tanya, kalau bercerai secara baik, pihak perempuan boleh tuntut nafkah tak, sebab masa bicara tadi tak disebut tentang nafkah

    • admin

      Reply

      Salam puan, kes di mahkamah syariah perlu difailkan berasingan bagi setiap perkara yang ingin dituntut. jadi, kes cerai hanya berkenaan cerai, melainkan pihak2 telah terlebih dahulu ada perjanjian berkenaan nafkah selepas cerai. jika tiada, maka perlu mohon nafkah iddah, mutaah, harta sepencarian, nafkah anak, hadhanah, hutang (jika ada) dan lain-lain tuntutan yang relevan secara kes berasingan setiap satu.

  204. Fy

    Reply

    Saya nak bertanya saya dah khawin dengan suami hampir 4 tahun saya tak tahan dengan perangai suami yang asik keluar lepak selalu tak ada dirumah,nafkah anak dan saya selalu diabaikan tetapi mak mertua saya dan anak tiri saya dia tidak pernah abaikan adakah saya boleh menuntut fasakh? Sebab saya pernah minta dilepaskan tetapi suami tidak mahu ceraikan..

    • admin

      Reply

      Puan perlu buktikan kecuaian suami beri nafkah. sebaiknya jika masalah hanya berkaitan nafkah, buatlah tuntutan nafkah di mahkamah tanpa perlu bercerai. alasan berkenaan keluar malam tiada dalam alasan fasakh, melainkan suami berkelakuan keji seperti berkawan dengan orang jahat atau melanggan pelacur, itupun perlu kepada bukti seperti saksi atau bukti bergambar yang jelas.

  205. Liza azura

    Reply

    As salam..suami sy hampir 2 bulan xkerja…selama tu jugak la sy tanggung semua perbelanjaan dgn keadaan sy yg tgu hari nk brsalin ank no 2…keadaan mnjd lebih truk semua komitmen dia xmmpu byr..rumah kereta..tiap tahun mslh yg sama…skrg ni sy dah rasa takut nk teruskn lagi hbgn ni…sikit pun dia x de rasa nak ubah semua..semua hutang sy yg settle kan sendri..sy dh berbincang dgn suami bercerai cara baik.dgn alasan bab nafkah .bgmana cara prosesnye..shgga kini dia msh x berkerja dgn sy dlm keadaan pantang….

    • admin

      Reply

      Puan boleh buat tuntutan nafkah kepada suami di mahkamah tanpa perlu melalui proses cerai kerana berdamai demi anak2 itu lebih baik. Tetapi jika masih tidak berjaya, cubalah berbincang jika suami setuju ceraikan secara baik. jika suami enggan, puan perlu tunggu sekurang2nya 4 bulan genap barulah boleh mohon taklik atas alasan gagal beri nafkah selama tempoh 4 bulan atau lebih. perlu pastikan juga puan isteri yang taat dan tidak pernah ingkar. jika agak sukar melalui taklik, carilah alasan yang kuat di bawah fasakh (rujuk contoh dalam seksyen 53 enakmen keluarga islam selangor), dan pastikan ada bukti kukuh untuk mana-mana alasan yang puan pilih untuk bersandar dalam permohonan fasakh tersebut.

  206. moana

    Reply

    ASSALAM,
    setiap bergaduh dengan suami, sya minta cerai sebab tidak tahan dengan deraan emosi dan mental oleh nya. untuk makluman sya telah berkahwin 14 tahun dan mempunyai anak. Sepanjang perkahwinan sya yang banyak menanggung perbelanjaan keluarga. rumah kereta bil air astro perbelanjaan harian adalah tanggungan saya. dia bekerja tpi malas turun kerja sehingga baru-baru ini sya dapat tahu gaji bulanan dia ditahan. dan sebelum ini sya dapat tahu dia terlibat dengan penyalahan dadah. dia pernah ditahan pihak berkuasa dan dalam kes mahkamah. Bila sya dapt tahu mengenai penyalahan tersebut sya mengamuk dan dia memujuk dan berjanji akan berhenti. mengenangkan anak yg semakin menbesar sya turuti dan memberi peluang kepada nya. tpi ternyata saya salah dia tetap dengan pemgambilan dadah. ssya mohon nasihat dari pihak tuan/puan . tq in advance.

    • admin

      Reply

      Puan perlu dapatkan bukti sabitan kes di mahkamah tersebut dan bolehlah gunakannya untuk menyokong alasan fasakh, di samping membuktikan kegagalan dia beri nafkah yang cukup (kemukakan resit puan belanjakan untuk keperluan rumahtangga, dan penyata akaun menunjukkan suami tidak pernah memasukkan wang kepada puan). bawa juga saksi sekurang2nya dua orang lelaki untuk menyokong kes puan.

  207. Yaya

    Reply

    Assalammualaikum . Sy nk tnya dan minta pendapat sikit . Sy telah berkahwin selama setahun. Di pksa kahwin oleh keluarga sbb dia berduit . Sy berkahwin di siam dan masa itu suami masih lg dgn isteri pertama . Sy berumur 25 dan suami berumur 56. Selepas sebulan berkahwin suami telah menceraikan isteri pertama . Sejak dari awl perkahwinan sy dgn suami kerap bergaduh . Suami sy suka cerita keburukkan sy dan hal dlm rumah tangga dkt org lain . Suami sndri bkk aib isteri dkt org lain . Tak kira kwn , family atau org yang dia x kenal . Asalkan boleh di luah . Pernah sekali kami menjalinkn hbgn keesokkan harinya dia pergi cerita dkt org yg kami melakukan hbgn . Selama berkahwin hnya sekali sahaja kami melakukan hbgn . Dri awl perkahwinan kami tido berasingan .Dan sy dpt tau jgk suami telah menjampi sy mengunakan bomoh siam . Dia jgk pernah pukul sy di dpn khalayak ramai . Dan dia suka mengungkit psl harta . Bila gaduh dia akn mntk balik hrta duit yg dia pernah bg . Pernah sekali dia berjanji kalau gaduh lpstu dia mntk balik brg brg , dia akn lpskn sy . Dan benda tu terjadi byk kali . Setiap kali gaduh dia akn mntk kereta , duit dan brg yg dia pernah belikan . Dia xbg sy bekerja . Dia nk sy bergantung pd dia saja . Duit belanja kdg kdg je bg . Bila mntk duit sy rasa mcm mngemis dgn suami sndri . Sy dah xboleh tahan lg . Sy dh byk kali mntk cerai . Dia kata dia xkn ceraikan sy . Kalau cerai pon dia mntk sy byr rm60k . Sy tnya dia rm60k untk apa . Dia x jawap . Sy dh pergi mahkamah untk siasat stataus perkahwinan sy dan suami . Ramai yg kata nikah sindiket . Tp x lama slps mahkamah sahkan . Skrg sy nk failakn cerai . Tp sy xtau mcm mna . Sy nk mntk fasakh . Tp mcm mna sy nk byr duit suami yg dia mntk rm60k . Sy x bekerja dan x ada simpanan .apa yg perlu sy bt ..?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Fasakh bukan tebus talaq, Puan. Jadi, Puan tak perlu bayar suami jika Puan berjaya buktikan suami ada melakukan mana-mana perbuatan yang jatuh sebagai alasan fasakh. rujuklah seksyen berkenaan fasakh dalam enakmen keluarga islam di negeri tempat puan mastautin.

  208. Reply

    Salam sejahtera, saya WNI non muslim telah menikah 11 tahun dengan suami saya orang malaysia non muslim juga. Saya ingin bertanya bolehkah saya nuntut cerai suami atas dasar tidak memberi nafkah batin hampir 1tahun. Suami saya sudah 2 tahun kerja ke KL, tiap bln dia ada kirim nafkah buat 3 ank tp kadang tidak menckupi. Tiap bulan saya mesti minta duit baru dia kirim. Suami saya jarang pulang alasan banyak kerja. Terakhir dia pulang ke penang 2 x atas urusan kerja dan tak mau nginap. Dia juga tidak mau sentuh saya. Walaupun saya sudah bugil didepan dia, dia tetap tak mau sentuh saya. Alasannya dia mau cepat2 balik KL krn byk kerja.selama kerja di KL, suami saya tak pernah telepon menanyakan kabar saya maupun anak. Selalu saya yang telepon dia. Dia marah saya karena sering telepon padahal saya telp 1 x satu hari atau 3 hari sekali itupun gak cakap melebihi 5 menit. Saya syak dia ada perempuan lain tapi saya tak ada bukti. Pernah kami gado pasal masalah ini. Semasa suami saya balik ke penang, (hp suami saya pake pin). Saya curi ambil memori card suami saya. Saya buka di hp saya. Saya nampak ada foto perempuan. Suami saya ngaku pernah berhubungan badan dengan perempua tu tapi tak mungkin akan bersama. Mungkin karena perempuan tu ada suami juga. Saya tidak terima. Suami saya cakap mereka cuma kawan. Setelah gado suami saya langsung balik KL, dia tidak kisah saya tengah nangis tersedu sedu. Setelah kejadian tu dia macam apa apa tak terjadi, klo dia ada kirim duit baru dia telp saya. Hari raya cina yang lalu, suami saya tidak pulang alasan dia kereta rusak belum siap service. Setelah sebulan dari tarik terakhir dia kirim duit. Sampe sekarang dia tak ada kirim lagi. Saya seminggu lalu telp dia mau clearkan masalah. Saya tahu disana dia ada perempuan lain tapi saya tak ada bukti. Saya tanya dia by phone, klo dia masih mau saya tinggalkan perempuan tuh. Tapi dia minta 3 hari berpikir. Setelah 3 hari saya telp dia lagi. Dia suruh saya jangan ribut soal ini. Dia maunya saya tidak cerai dirumah jaga anak2. Dia di KL tiap bulan kirim duit gak mau pulang lagi ke penang. Dia mau bebas. Klo saya gak setuju permintaan dia ini, dia cakap suka hati saya nak buat macam mana. Ini semua gak adil buat saya. Saya minta dia ceraikan saya. Dia bilang ke saya klo lu mau sign, pergi sign dulu. Nanti dia ada masa baru sign. Dari cerita diatas sudah terbukti suami saya tidak mau saya. Saya ingin bertanya bolehkah saya bkn warga negara ajukan cerai?. Apakah saya boleh dapat hak jaga anak? (anak saya 9 tahun perempuan, 6 tahun laki laki dan 2 thn lebih laki laki). Klo saya cerai apakah saya masih dapat visa ijin tinggal? Klo saya dapat hak jaga anak apakah saya boleh nuntut suami beri saya nafkah kepada anak2 sebab saya tidak bekerja. Sebelumnya saya ucapkan trima kasih atas jawabnya kepada admin.
    NB: sebelum suami saya ke KL, tepatnya juli 2014 saya dapat tahu suami selingkuh dgn TKW dari indonesia. Saya dapat tahu apabila tidak sengaja hp suami saya sedang main game sampe tertidur biasanya hpnya pake pin. Lalu saya ambil kesempatan ini chek hp suami saya. Benar saja saya nampak akun fb ada foto mereka peluk2. Mereka sudah 3 bln jalin hubungan. Saya bangunkan suami tanya soal foto tuh awalnya tak ngaku, saya tunjukkan foto suami mereka peluk2. suami baru ngaku. Saya nak lari dari rumah, masa tuh saya baru start hamil yang ke3. Suami saya peluk saya dan janji tidak akan begini lagi. Saya memberi sekali peluang untuk suami.

    • admin

      Reply

      Puan perlu failkan perceraian di mahkamah sivil untuk perkahwinan non-muslim. gunakan alasan adultery. jika suami setuju failkan petisyen bersama untuk bercerai adalah lebih baik dan cepat.

  209. Muhammad nul

    Reply

    Assalamualaikum….Saya Mohd.. saya terlafaz cerai diluar mahkamah..Sebab isteri saya selalu dekat dgn lelaki..Saya jadi marah.. bila saya tanya kenapa syg buat ayah begini.. dia menjawab.. cuba abg ingat apa salah abg pada saya… Jadi saya pun ingat juga apa salah saya pada isteri saya.. saya kurang perhatian terhadap dia..Kurang bawa dia bercerita.. saya selalu main game.. klw tidur tu X peluk dia.. sebab tu isteri saya buat begitu.. saya dah larang jgn rapat sgt dgn lelaki.. tapi isteri saya buat juga.. sampai satu tahap.. saya marah sgt.. sehingga saya terlafaz cerai..Depan adik ipar saya.. sangkakan saya… Isteri saya ada hubungan…Rupanya² x ada hubungan cuma dia anggap abg angkat je…X lebih dari tu… Jadi saya bertanya dgn isteri saya.. mcm ni.. abg dah terlafaz cerai..!! Nak buat mcm mana.. abg dah lafaz cerai..Jadi isteri saya pun balik kerumah org tuanya.. sebulan dia tinggal di rumah orang tua nya.. saya dah pujuk nak nikah balik.. tapi isteri saya kata nak tenang fikiran dulu.. sebab dia malu..Saya tuduh dia yg bukan2..Lepas tu.. org tua isteri saya panggil saya dtg rumah…Dia tanya saya.. Mohd.. kau masih mahu sama bini ku lagi kah…!! Saya jawab masih mahu.. lepas tu dia tanya pada isteri saya.. kau mahu sama laki ku lagi kah?? Lama dia Berfikir… Dia menangis.. Sambil menjawab.. aku x mahu sama laki ku… Dua hari kemudian.. isteri ku dah minta tuntutan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah….. Dlm masa 2 minggu lagi kami kena pergi ke mahkamah.. saya tak berputus asa.. saya cuba pujuk isteri saya lagi.. Akhirnya isteri saya nak balik dgn saya….. Saya nak tanya.. bolehkah saya rujuk balik isteri saya selepas kami bercerai..Hari itu juga

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Jika isteri setuju rujuk dan masih dalam tempoh iddah, boleh beritahu hakim dan hakim akan rekodkan rujuk tersebut selepas membuat pengesahan cerai. kadangkala sesetengah mahkamah akan minta encik failkan kes pengesahan rujuk terlebih dahulu barulah akan direkodkan perintah rujuk tersebut.

  210. Reply

    Assalammualaikum puan maaf bertanya,pasangan ni baru berkhwin,selepas semingu bersama tiba2 si istri minta cerai kerana kasih syg dan cinta tu telah tiada yg peliknya kenapa mahu nikah..suami bertahan bersabar,berusaha berubat iktiar mna mampu, dan selidik apa punca sebenarnya,bila diselidik suami tahu istrinya curang dan ada kekasih lain sewaktu bertunang dahulu,dan kes ini sudah dekat setahun,dan dekat 9bulan tidak sebumbug…si istri pernah berjumpa lelaki itu di luar sambut hari jdi bersama tampa pegetahuan suami…..kauseling sudah dibuat di pejabat agma istri ttp tidak mahu berubah,dan megaku ada org lain..patut ka suami membuat kes saman atau tuntutan psda istri dan org 3 itu????apa tidakan yg wajar pihak suami ambil megikut kes undang2??si suami terasa amat teraniaya…..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, jika suami ingin bercerai, failkan permohonan cerai dan lepaskan isteri dengan cara baik. kemudian boleh buat tuntutan nusyuz tetapi mesti buktikan isteri ada curang, kemukakan bukti. untuk mendakwa, perlu buktikan dengan buat aduan kepada pegawai syariah di jabatan agama islam yang akan merujuk kepada pendakwa syarie, jika pendakwa merasakan cukup bukti untuk mendakwa, barulah dia akan mendakwa lelaki tersebut kerana mengganggu perkahwinan encik.

  211. Inayri

    Reply

    Assalamualaikum,

    Pn Asyikin
    Boleh kah sy dptkan perintah mahkamah agar suami tdak menganggu saya di tmpt kerja. Kami dlm proses penceraian. (Fasakh) . Kegilaan dia bole buatkan sy hilang kerja dn itu je punca rezeki utk sy besarkan anak sy memandangkan dia tdak bekerja.
    Mohon bantuan.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Puan boleh buat permohonan perintah tegahan dan buktikan gangguan oleh suami. buat laporan polis untuk menyokong kes puan. hakim akan memutuskan samaada perintah tegahan boleh diberikan.

  212. Me

    Reply

    Assalamualaikum sis. Sy marliana ingin bertanya mengenai proses perceraian. Usia perkahwinan 1 tahun 6 bulan. Suami sy seorg yg panas baran dan asyik mengungkit bahawa dia sorg shj bayar rumah, kereta, barang dapur (walaupun dia mampu). Dia selalu menengking sy wlwpun dgn hal kecik. Dia mempunyai masalah kesihatan dan itu menyebabkan kami sukar mendapat zuriat. Sy betul2 inginkan zuriat dan kami telah mencuba rawatan kesuburan namun usaha suami hanya 60/100 walhal sy ingin usaha 100%. Sy mempunyai masalah curiga dengan suami sy kerana banyak kali kantoi mesej perempuan lain sebelum kawen dan setelah kawen sy tidak pernah check mesej or fb suami kerana bimbang akan terjumpa kecurangan dia. Sy semakin tertekan kerana dia kerap menengking sy (dgn alasan x sihat) dan mengungkit mengenai kewangan. Gaji sy sedikit berbanding dia kerana beza umur kami 12 tahun. Sy berumur 28 tahun dan suami 40 tahun. Sy masih sayang dia tetapi sy tidak sanggup menangis hampir setiap hari kerana tertekan. Sy tidak pernah mengabaikan tggjwb terhadap suami kerana sy masak, kemas rumah, basuh baju dan jaga suami di hospital jika warded. Sy berasa sgt berkecik hati dgn dia. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Puan. Jika suami terbukti tidak mampu memberi zuriat, Puan layak memohon fasakh tetapi hendaklah mengemukakan bukti kukuh berdasarkan medical report.

  213. Liza

    Reply

    Assalamualaikum. Sy sudah tidak ada hati utk suami sy. Kerana sepanjang 6 tahun perkahwinan kami dia hanya menghabiskan masa dgn game. Sudah banyak kali sy tegur tp masih sama. Dia sebenarnya businessman tp sejak kahwin dia spt tiada pekerjaan. Hidup kami ditanggung oleh bapa mertua saya. Sy malu. Bnyk perkara yg menyebabkan sy tawar hati. Sy tidak dibenarkan bekerja tp dia juga tidak bekerja. Sepanjang perkahwinan kami, sy tau dia pernah menjalinkan hubungan dgn bekas kekasihnya. Sy dah maafkan tp perangai dia tetap tidak berubah. Sy sgt sakit hati dgn sikap malasnya. Kami juga jarang berkomunikasi. Sy sunyi. Berkali- kali sy suarakan hal ini tp masih sama. Akhirnya tahun lepas sy berkawan dgn sesorg.. slps dia tau dia janji utk berubah tp sy sudah tidak sayangkan dia. Ape perlu sy buat? Sekarang hubungan kami sangat rapuh. Dia masih sayangkan sy tetapi saya tidak.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Puan. Tanggungjawab seorang suami sememangnya untuk menyediakan nafkah kepada isteri tetapi jika suami tidak mampu, waris suami boleh membantu, jadi tetap dikira suami telah menjalankan tanggungjawab nafkah zahir tersebut. Puan, “berkawan” dengan lelaki lain adalah haram dilakukan seorang isteri tanpa keizinan suaminya. Jika suami Puan tidak melakukan sebarang perbuatan yang diharamkan Syarak, seorang isteri akan berdosa besar jika memohon cerai. Namun, dalam kes sebegini di mana suami tiada kesalahan yang terlalu berat, Puan boleh menawarkan khuluk, supaya suami bersetuju melepaskan puan secara baik dengan syarat Puan membayar beliau dengan satu jumlah yang dipersetujui, kebiasaannya dengan memulangkan kembali pemberian semasa perkahwinan seperti jumlah wang hantaran dan kos barang hantaran. Jika suami menawarkan jumlah yang terlalu tinggi, Puan boleh memohon agar mahkamah menilai semula jumlah yang selayaknya dibayar kepada suami.

  214. ALIM

    Reply

    Asalmualikum
    Sye nk bertanya urusan penceraian yg paling senang mcam mana…sebab isri sya ingin memita cerai disebab kn masalah keungan kami tidak setabil..saye cube memujuk,tp ttap juga meminta cerai,bagai mana cara nye…dan makamah mana yang harus saye pergi, kerana saya duduk rawang mana pula istri saya sg.buloh…
    Saya ingin pendapat yg terbaik…

    • admin

      Reply

      Sekiranya encik bersetuju melafazkan talaq terhadap isteri, boleh failkan kes perceraian secara baik di mahkamah rendah syariah kuang dan apabila mahkamah memberikan tarikh, encik dan isteri hendaklah hadir dan bolehlah terus melafazkan talaq pada hari yang sama. Itulah cara perceraian yang paling cepat.

  215. MR

    Reply

    Sy pernah minta cerai dgn suami kerana sering bertengkar. Suami kerap ugut sy sbg isteri derhaka, isteri kurang ajar ketika kami bergaduh. Sy dah xthn dgn mulut lepas & makian2 suami. Sy pernah dipukul sekali ttp tdk memudaratkan. Mmg xdinafikan sy kerap tinggikan suara & melawan sbb xthn dgn makian yg diberikan. Suami juga berhutang dgn saya & baru2 sy terpaksa buat personal loan utk langsaikan hutang dia. Sy tertekan sbb beban hutang mkn byk2. Sy bekerja tetap & skrg kami tinggal di rmh arwah ayah saya. Dah lama nak tuntut cerai ttp sy takut xdpt penjagaan anak2. Adakah sekiranya sy buat tuntutan cerai, hak penjagaan akan diberi kpd sy? Anak sy berumur 11, 9 & 7thn. Untuk makluman, suami sy berpangkat & bergaji 5angka ttp beliau byk hutang termasuk hutang pinjaman berlesen.

    • admin

      Reply

      Puan, puan perlu buktikan puan mengalami penderaan mental dan emosi dengan mendapatkan penilaian pakar psikiatri barulah puan ada alasan yang kuat untuk memohon fasakh dari suami atas alasan suami lazim menyakiti puan. Puan juga boleh menggunakan alasan fasakh bahawa suami melupuskan harta isteri dengan sebab puan terpaksa mengambil loan untuk menjelaskan hutang beliau. Berkenaan hak jagaan anak, puan perlu buktikan yang puan penjaga lebih baik berbanding suami. Bawa bukti2 yang kuat beserta saksi tentang karakter suami. secara umumnya, anak lelaki berumur atas 7 tahun dan anak perempuan atas 9 tahun jatuh ke tangan si bapa, tetapi jika anak2 memilih untuk bersama ibu dan ibu terbukti lebih layak menjaga, ibu boleh mendapat hak jagaan tersebut. semuanya bergantung kepada keputusan hakim selepas kes dibicarakan nanti.

      • ana

        Reply

        Assalammualaikum…sye ana berusia 26 thun mempunyai 5 cahaya mata.sye dan suami telah pun berpisah dua tahun lepas tanpa perceraian.kami berpisah di sebabkan dia mengambil barang terlarang(ice).selalu bertengkar dan memukul sye.selepas berpìsah suami di masukan ke pusat serenti selama setahun dan bru keluar pda oktober 2016.sekarang dia tidak mempunyai pekerjaan dan bergantung pde mak dia saja.apakah cara yg sesuai untuk sye memohon cerai kerana sye dh x sanggup menunggu perubah dia yg x kn pernah berubah

        • admin

          Reply

          Waalaikumussalam, untuk kes puan, jika suami langsung tidak pernah beri nafkah dalam apa jua bentuk (seperti beri wang atau sediakan tempat tinggal), adalah lebih mudah untuk failkan taklik.

  216. wardah

    Reply

    Assalam admin,sy ingin brtya…jika isteri hilang rsa hormat,tawar hati dan tiada lg rsa trhdp suami kerana sering bgduh dan suami pns baran. suami juga jrng solat. on off,bila dtgur katanya penat,xnak solat.kdng buat kdng x. slain itu suami n isteri dr awl prkhwinan tido tmpt yg bransingan,suami jrng ingin brsama shnnga isteri hilang rsa trhdp suami dan tiada lg syg.. suami pnh byk kali mghalau isteri dr umah bila brtya niatnya katanya skdar ingin mnakutkn…bgaimna ea admin. si isteri slu mmikirkn akn dosanya krana tiada lg rsa trhdp suami,dan risau akn amalannya akn dtrma atau tdk…jika trus brsama tp sudah tiada rsa syg dan ikhlas adakah perlu dtruskn atau sbaiknya hentikn shja.

    • admin

      Reply

      bincanglah dengan suami jika sudah tiada kasih sayang dalam perkahwinan. Jika dia juga ingin bercerai, maka ikutlah prosedur yang dinyatakan dalam artikel ini agar masing-masing boleh meneruskan hidup selepas itu. tetapi jika suami enggan bercerai, eloklah cuba perbaiki perkahwinan itu dengan berbincang, gunakan orang tengah dan hadir ke sesi kaunseling.

  217. Puannor

    Reply

    Assalam.saya telah berkahwin selama 12 tahun dgn 2 puteri.kami sama sama berkerja.suami seorg tentera, maka dia perlu membuat potongan paksa bulanan untuk isteri mengikut tangga gaji dan pangkat dan sekarang potongan tersebut bernilai rm500 sebulan, masalah saya dri mula kawin hingga lah sekarang adalah suami tidak mengambil kisah hal2 perbelanjaan dapur, bil bil, belanja harian, yuran sekolah/belanja harian sekolah ank.berbekal kan rm500 itu lah saya perlu gunakan untuk semua perbelanjaan.ye betul saya berkerja, gaji saya pula saya perlu bayar kereta, ptptn.sesen saya x pernah minta pada suami untuk belanja keperluan sya.minyak motor kereta topup hp, mekap baju anak dan saya semua dari gaji saya.suami langsung x amik kisah hal perbelanjaan.kadang2 suami mengambil duit tabungan anak saya untuk belanja dia dan pernah dia mencuri barang kemas saya kemudian menggadai nya.suami pernah di tahan kerana tuduhan mengambil dadah.saya dapat tahu dari kakak suami dan siapa yang menjamin dia keluar, saya x tahu.suami berjanji akan meninggal kan tabiat nya.namun saya x pernah percaya.saya langsung tiada perasaan selepas kejadian tersebut.suami pernah kata tidak akan menceraikan saya melaiankan saya yang meminta cerai.saya kasihakan anak2 yang masing2 berusia 11 dan 9 tahun sekiranya perceraian terjadi.tetapi saya seolah2 membela biawak hidup, potongan paksa sepatutnya untuk belanja isteri x pernah saya rasa.dia izinkan saya berkerja kerana dia nak saya bantu dia.tapi nampknya saya mengambil alih peranan dan tanggungjawab suami pula.
    Harap bagi pendapat dan nasihat.terima kasih.

    • admin

      Reply

      Puan, jika Puan masih mahu menyelamatkan perkahwinan demi anak-anak, eloklah cuba dapatkan orang tengah untuk menyedarkan suami dan jika perlu beri rawatan, hantarlah dia ke pusat pemulihan agar pulih sepenuhnya.

      Tetapi jika sudah tiada cara lain untuk berdamai, mohonlah suami ceraikan cara baik agar proses cerai selesai dengan cepat. Jika dia enggan melafazkan talaq, barulah failkan permohonan fasakh tetapi buktikan kelakuan suami berkenaan cuai nafkah dan dadah tersebut.

  218. Ace

    Reply

    Assalamualaikum …Kalau isteri bekerja di luar negara dan sudah bersetuju becerai secara baik bagaimana pula?
    Apa proses yg perlu dilakukan?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Suami perlu memfailkan permohonan cerai dalam Mahkamah, dengan menamakan isteri sebagai Defendan. apabila kes dipanggil di hadapan Hakim, maklumkan isteri berada di luar negara. Kemukakan bukti bahawa isteri setuju diceraikan seperti surat yang ditandatangani isteri atau akuan bersumpah isteri di hadapan Notary Public di luar negara. Hakim akan memutuskan samada suami boleh melafazkan cerai tanpa kehadiran isteri. Jika Hakim tidak berpuas hati, berkemungkinan Hakim akan memanggil semula kes apabila isteri pulang bercuti.

  219. Aisyah

    Reply

    Assalamualaikum,saya telah diceraikan pada 16/8/2014 dihadapan ibu mertua dan adik ipar saya. Dan,saya telah diusir keluar daripada rumah. Semenjak itu saya tinggal bersama kawan-kawan sekerja.ramai yang menasihati saya untuk memfailkan kes tersebut di jabatan agama.namun pada ketika itu,bekas suami memaklumkan kepada saya supaya tidak perlu buat laporan.3 bulan kemudian,dia meminta sy kembali kepada dia.andai tidak,dia akan membawa satu-satunya anak lelaki saya untuk pergi jauh tanpa mampu saya jejaki.dek kerana takut.saya kembali juga kepada dia.dalam tempoh sebumbung dengan dia.kami telah melakukan persetubuhan.namun,dalam beberapa tempoh kami telah berpisah semula.tinggal secara berasingan disebabkan suasana dan hubungan semakin renggang.selama 2 tahun lebih,kami duduk berasingan.dan pada hujung jan 2017,saya telah memfailkan kes cerai pada 2016 kepada mahkmah syariah.berikutan,pernah membuat laporan ke jabatan agama.dan mereka putuskan kes saya dipanjangkan terus ke mahkamah kerana pihak jabatan agama tidak boleh memberikan keputusan cerai yang telah dilakukan pada 2014.apakah masih cerai atau sudah sah rujuk……

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Hakim sahaja layak memutuskan sah atau tidak cerai dan rujuk Puan, kerana banyak faktor perlu diambil kira seperti lafaz yang diucapkan dan niat suami dan sebagainya. Eloklah teruskan dengan pengesahan dan dapatkan perintah sewajarnya. jika cerai tidak jatuh atau rujuk telah sah, maka puan boleh tuntut cerai di mahkamah.

  220. ingin tahu

    Reply

    Assalamualaikum admin..
    Sewaktu sy kenal suami dia mmg xada ape2..kami kahwin pun fmily sy support.. 3tahun perkahwinan kami mmg susah.. Suami xbkerja n sy tanggung smua nye.. Suami sy dulu sllu pukul sy.. Maki hamun n suami sy curang.. Tp sy xkisah dan xde masalah pun tntg tu.. Sy maaf kan dia.. Suami lebih pntingkan adik beradik dia.. Suami hanya dengar pendapat adik beradik dia.. Segala masalah sume dia beritahu adik beradik dia.. Sng cite sy org terakhir baru dia beritahu.. Kami suami isteri xmcm psgn lain ber wassup mesej.. Call..mmg suami xpernah wassup / call.. Tp suami sgt mnongkong sy dgn sikap dia alasan nye takut sy tinggalkan dia..

    Tp tahun ke 4 sehingga hari nie rezeki suami melimpah ruah.. Dari zero suami skrg ada bisnes sndiri.. Ada 1bji kereta beli cash.. Dan ada van untuk bisnes.. Suami juga menyewa rumah yg mewah utk kami.. Suami xbg sy kerja dgn alasan takut sy kumpul duit n minta cerai dgn dia.. Tahun ke 4 suami byk berubah lebih baik layan sy.. Xpernah pukul.. Kdg2 je maki2 n suka bndingkan sy dgn org lain.. Sy xkecil hati…

    Sy bkerja dgn suami tp xdi byar gaji alasan sbb suami xnak sy beri duit kpada ayh mak sy sdgkan jika ada pekerja suami byr pekerja gaji rm2,500 sebulan..

    Cuma yg wat sy amik hati suami sy xsuka dgn family sy.. Dia xpernah hormat ayh mak sy.. Suka hati je nak marah2 ayh mak sy.. N sy sgt3 kecik hati.. 5thun perkahwinan kami baru kami dpt cahaya mata.. N yg mnguruskan semua ayh mak sy.. Suami cuma bg duit saja tp dia langsung xpernah tolong sy dlm urusan rumah n ank.. Sy bersalin di hospital private.. Suami tanggung semua perbelanjaan..

    Sy tahu suami skrg ada byk duit.. Hidup senang.. Sy xkisah tu.. Sy xde masalah kehilangn suami yg xnk terima ayah mak sy cuma sbb ayh mak sy hidup susah.. Tp sy xnk kehilangan ayh mak sy.. Sy syg suami sy.. Tp sy kecewa dgn sikap suami..

    Boleh sy mnta cerai ats sebab suami sy xpernah nak menghormati ayah mak saya???wlwpun suami lyn sy dgn baik?? Sdg kan ayh mak sy yg byk membantu kami.. Keluarga suami sy mmg xlyn sy dgn baik..

    Boleh sy mnta nafkah sepencarian??

    Terima kasih..

    • admin

      Reply

      Puan, kelakuan suami kepada keluarga bukan alasan cerai di bawah fasakh. hanya perbuatan aniaya suami terhadap isteri secara langsung yang akan diambil kira. jika tetap ingin bercerai dan tiada jalan berdamai lagi, bincanglah dengan suami agar dia melepaskan cara baik. sebaiknya cuba berterus-terang dan pulihkan dulu hubungan, mana tahu suami akan berubah apabila tahu puan ingin berpisah disebabkan sikapnya terhadap ibubapa puan.

      jika bercerai juga, boleh tuntut harta sepencarian. tetapi mesti buktikan apa harta yang didaftarkan bawah nama suami dengan mengemukakan dokumen harta yang berkenaan.

  221. Fiqa

    Reply

    Assalamualaikum..
    Saya ingin bertanya bolehkah isteri menfailkan cerai apabila suami membebankan hutang ke atas isteri? Sedangkan isteri langsung tidak mengetahui suaminya berhutang?
    Sebelum ini suami, sering bertangguh untuk membayar hutang dan Saya terpaksa menggadai barang kemas kerana tidak mahu melihat suami dikenakan tindakan.
    Baru- baru ini berlaku lagi kejadian yang sama dan saya telah membantu suami dengan meminjam drpd ipar duai. Tetapi nampaknya suami masih berkepala batu.jadi admin, bolehkah saya menfailkan cerai tersebut.?saya tiada hati lagi terhadap suami kerana perbuatan nya ini.byk masalah yg sedang saya hadapi dan makin bertambah dengan masalah suami.
    Saya tidak ingin lagi bersama suami. Saya penat jiwa dan raga.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Memang ada alasan fasakh bahawa suami telah melupuskan harta isteri, salah satunya, dengan bebanan hutang ini.

      Namun jika suami sanggup melafazkan talaq, adalah lebih mudah memohon cerai secara baik dan ikutlah prosedur yang dinyatakan dalam artikel ini. Fasakh melibatkan bicara dan pembuktian jadi ia memakan masa dan tiada jaminan mendapat cerai. Oleh itu, fasakh sepatutnya jadi pilihan terakhir.

  222. Hanya pasrah

    Reply

    Assalamualaikum..
    Sy berkahwin selama 4thn lebih.
    Suami sy tidak suka berbincang jika hubungan kami bermasalah. Tidak mampu menerima teguran mungkin kerana ego jika isteri menasihatinya. Tak dinafikan sy lebih bijak dan byak urusan harian dan perniagaan kami sy yg uruskan. Dia seorang yg rajin membantu dlm urusan kerja rumah. Tapi sy dan dia akan bergaduh jika berbincang apa2 masalah. Dia tidak mahu mndapatkan khidmat kaunseling walupun sy sering memberi cadangan. Memang sudah “basi” alasan tidak sependapat namun itu hakikat sebenar.
    Ibu mertua pula memang kurang suka kpd sy mungkin kerana suami sy adalah satu2nya anak lelaki dia dan sy bkn menantu pilihan. Ibu mertua sering masuk cmpur dlm Urusan kewangan dan rumahtangga kami. Sy rindukan keluarga sy kerana setelah brkahwin sy jarang pulang ke kampung kerana sy menguruskn segala urusan pernigaan. Suami tidak pandai dan tidak mahu belajar dan lebih suka sy uruskan. Ini membuatkan sy lebih trtekan dan berasa sedih. Apa patut sy lakukan. Memang sejujurnya sy ingin becerai utk mendapat ketenangan. Tetapi suami tidak mahu dan sy berasa kesian kpdnya kerana dia tidak pandai berdikari atas sbb ibunya selalu menguruskan segala urusan hidup dia sebelum ini. Bagaimana nak bagi seorang suami faham tggjawab sebagai ketua rumahtangga?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Puan, jika masih boleh diselamatkan, eloklah cuba selamatkan dulu perkahwinan ini dengan berbincang hati ke hati dengan suami, dapatkan bantuan orang tengah, pergi ke kaunseling dan sebagainya.

      Tetapi jika cerai langkah terakhir, mohonlah suami melepaskan puan dengan sukarela melafazkan talaq depan hakim. jika masih tidak mahu, puan ikut sahaja proses ke jawatankuasa pendamai dan hakam. selalunya di akhir peringkat hakam, mahkamah akan membenarkan cerai dengan lafaz dibuat oleh wakil hakam suami.

  223. Miss

    Reply

    Assalamualaikum admin, sy ingin bertanya… Bagaimana situasi sy,kalau sudah 3 tahun tidak tidur sekatil…. Sy pnh meminta suami ceraikan sy 3 tahun lepas tapi suami enggan… Jadi skrg sudah 3 tahun ,sy sudah tawar hati pd suami & nafsu sudah tidak ada trhadap suami… Sy mmpunyai seorang chya mata berusia 2 tahun… Dah 3 tahun kami menumpang rumah emak…. Suami tiada inisiatif nk pindah,jdi skg sy sudah penat menasihati…. & Sudah tidak ada sefahaman…Ape perlu sy buat.. sy mahu berpisah secara baik.. tq admin

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Puan boleh bincang dengan suami berkenaan niat bercerai dan pujuk suami melafazkn cerai secara baik kerana itu lebih pantas. Ada juga alasan tiada nafkah batin di bawah fasakh, tetapi fasakh patut jadi pilihan terakhir iaitu hanya jika suami tidak setuju cerai secara baik.

  224. Amiirul

    Reply

    Amiirul
    As Salam Admin,sy Ingin bertanya… Sy sudah berkahwin selama 25thn…Diawal thn Jan2017…Isteri sy telah minta cerai dgn sy sebab nak kawin dgn kekasih dia ,dimna dia telah menjalin hubungan hampir setahun (thn 2016) tanpa pengetahuan sy… Hanya skrg sy tahu bila dia minta sy CERAIKAN dia..(awal Jan 2017).Kalau sy x mahu cerai dia…Dia akan mohon fasakh…
    *Skrg ni sy Dan isteri tidak bertegur / tidur berasingan / keluar rumah sesuka hati …. Walaupun kami masih serumah.
    Soalan sy :
    1-isteri sy telah curang dgn sy, APA yg perlu sy buat sekiranya ISTERI sy tidak mohon fasakh tetapi Masih melakukan Perbuatan curang bersama kekasih nya.
    2-sy dah bawa isteri ke Majlis Agama Islam, Klang… Sessi kaunsling tetapi isteri sy tetap tidak mahu berubah… tetap mahu BERCERAI.
    3-berapa lama sy perlu bersabar …Utk Bertindak diatas kecurangan dia._(Dgn mengikut procedure mahkamah Syariah,)
    4-dosa maksiat yg isteri sy buat dibelakang sy ada dia yg tanggun_(dimana sy telah puas memberi nasihat diatas berbuatannya bersama kekasih nya.

    Tolong bantu saya…T.kasih

    • admin

      Reply

      Encik, jika ada bukti isteri curang, boleh adukan kepada pejabat agama islam terdekat supaya isteri dan kekasih boleh didakwa atas kesalahan jenayah syariah. Jika tiada bukti kukuh, sebaiknya ajak isteri berbincang secara baik tentang halatuju perkahwinan. Kebiasaannya bila telah berlaku kes curang, sukar untuk kembali hidup sebagai suami isteri dan perceraian lah cara terbaik. Encik boleh buat tuntutan nusyuz terhadap isteri jika ada bukti dia curang, nusyuz boleh dituntut sekalipun sudah bercerai, tujuannya agar encik tidak perlu bayar nafkah isteri, nafkah iddah dan mutaah kepada bekas isteri nanti.

  225. Amy

    Reply

    Assalamualaikum… maaf nak brtanya,sy nk masuk 3 tahun tidak bersama suami,mksudnya tidak sekatil.. sy sudah tawar hati pada suami…. & 4 thun usia prrkahwinan kami & mempunyai seorg chaya mata… ape perlu sy buat??

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Puan perlu berbincang dengan suami apakah masih boleh menyelamatkan perkahwinan kalian. jika suami juga rela bercerai, maka mohonlah perceraian mengikut prosedur yang saya nyatakan dalam artikel ini.

  226. Inayri

    Reply

    Assalamualaikum,

    Pn Asyikin
    Boleh kah sy dptkan perintah mahkamah agar suami tdak menganggu saya di tmpt kerja. Kami dlm proses penceraian. (Fasakh) . Kegilaan dia bole buatkan sy hilang kerja dn itu je punca rezeki utk sy besarkan anak sy memandangkan dia tdak bekerja.
    Mohon bantuan.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,
      Puan boleh mendapatkan perintah tegahan terhadap suami tetapi hendaklah membuktikan butiran gangguan terhadap puan. jika Hakim berpuas hati, dia akan mengeluarkan perintah yang dipohon.

  227. Azlan hussin

    Reply

    Assalmaualaikum admin..saya ingin bertanya..apabila isteri sudah mngfailkn fasakh atau takliq..adakah isteri tidak boleh lagi tido bersama suami?adakah mnjadi haram hal tersebut??

  228. pak bil

    Reply

    Assalamualaikum
    kami baru berkahwin 2bulan , tetapi isteri tidak melayan suami atas alasan tidak sedia dan sudah tiadak bertegur sapa.

    soalan 1 :
    Isteri saya mahu tebus talak , saya (suami) setuju akan jatuhkan talak sekiranya pihak isteri mahu membayar ganti rugi wang hantaran RM13k dan barang kemas (hadiah perkahwinan) .. jika kami sudah buat prsedur mahkamah . Adakah mahkamah akan minta saya lafaz talak dahulu atau selapas isteri tunaikan syarat saya tetapkan kemudian isteri dijatuhkan talak ?

    soalan 2 :
    jika pihak isteri enggan tunaikan syarat saya tetapkan , bolehkah dia tuntut fasakh sedangkan saya beri nafkah makan,tempat tinggal dan wang .Nafkah batin isteri yang menolak (tidak mahu disentuh) . ?

    saya tak mahu ceraikan isteri selagi dia tidak bayar ganti rugi segala perbelanjaan kahwin saya tanggung selama ini

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      1) Encik boleh memohon syarat agar wang dibayar dahulu barulah talaq akan dilafazkan encik.

      2) isteri ada banyak alasan di bawah seksyen berkenaan fasakh, tetapi itu beban isteri untuk membuktikan encik ada atau tidak melakukan mana-mana alasan yang dinyatakan dalam seksyen tersebut.jika encik tiada melakukan sebarang perbuatan tersebut, mahkamah tidak akan meluluskan perceraian tersebut.

  229. Azizah

    Reply

    Assalamualaikum puan…sy dn suami kahwin dah setahun lebih..tp sejak 7 bulan lalu kami dh tak sefahaman dn x tinggal sebumbung…bila jumpa pn xbertegur sape..dn selalu gaduh…sy ada minta suami lepaskn sy sbb dia dh abaikn sy..dia dh xpedulikn sy lg..nafkah pn dia dh xbg…sejak berkahwin ni hidup sy sama je mcm sblm kahwin..sy masih kena cari duit sendiri utk keperluan sy…sy mcm xbersuami je.. .suami sy nafkah ssh sangat nk bg tp bila sy persoalkn mngenai hukum baru dia akn bg..tu pn xmnentu kdg2 je…dia xsuka bila sy tegur jika sy ada xpuas ht..dia akn mula tengking sy smp sy dh takut nk hadap dia…selalu sgt dia tinggi suara hnya sebab salah kecik…hbgn kami ni jarak jauh dsebabkn kerja….sy mnta dia lpskn sy..dia nk ceraikn sy tp dengan syarat dia minta sy bayar 20k utk dia lepaskn sy…utk gnti rugi katenye…tp sy rasa xberbaloi utk sy byar semua tu..ape yg ptut sy buat?sy inginkn penceraian tp suami sy xnk..sy dh tawar hati dgn suami sy…terima kasih…

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Puan boleh nyatakan kepada Hakim yang suami setuju cerai tebus talaq cuma amaun saja tidak dipersetujui. Hakim akan menilai kembali amaun yang sepatutnya layak untuk dibayar kepada suami dan jika puan setuju bayar, hakim akan menyuruh suami melafazkan talaq terhadap Puan.

  230. Diyalove

    Reply

    Assalamualaikum..
    Sy sudah berkahwin selama 8 thn brsama suami..Dikurniakan 3 ank..Sejak awal kawin suami tidak menjalankan tanggungjawab menguruskan hal anak Dan mengabaikan perasaan saya.Dia berhubung dengan perempuan lain sejak awal kahwin sehingga kini..Saya Selalu ke mana2 dengan anak2 sahaja Dan terbiasa berdikari..Dia juga tidak menunaikan kewajipan menunaikan solat Dan puasa dengan sempurna kerana sibuk bisnes..Saya bimbang ank2 mengikut perangainya meremehkan solat Dan puasa krn anak sudh berumur 8,7 Dan 3 thn sedang membesar..Bayaran rumah Dan kereta ditanggung Oleh Saya seorang..Nafkah ank2 diberi suami jika diminta..Saya mulq tawar hati sejak 3 Bulan lepas kerana kurang perhatiannya terhadap ank Dan isteri..Kurang bertegur kerana dia mementingkan Kerja Dan pulang jam 3 hingga 4 PG..dan tidak bangun pg ..Tidak membantu urusan ank ke sekolah.Timbul juga pertembungan budaya antara kami krn dia berasal Pantai Timur..Saya kerap bersendirian Dan tawar hati untuk Bersama.Sy ingin memfailkan cerai..Namun suami enggan .Apa perlu sy lakukan

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Puan layak mohon fasakh tetapi mestilah membuktikan setiap alasan fasakh yang Puan nyatakan semasa bicara di hadapan Hakim. sila rujuk seksyen berkenaan fasakh dalam enakmen keluarga islam di negeri di mana puan bermastautin sekarang.

  231. Insan Derita

    Reply

    Assalamualaikum puan. Saya bercadang untuk memfailkan perceraian terhadap isteri saya kerana tiada lagi sefahaman dan tiada lagi hati dan perasaan terhadap beliau. Salah satu sebab kerana sy mengetahui isteri sy tidak mempunyai dara selepas berkahwin dengan saya kerana kehidupan beliau sebelum kahwin agak terlanjur. Saya merasa stress dan buntu adakah betul isteri sy sebegitu sehingga dia mengaku sendiri selepas berlaku pergaduhan. Saya hidup dengan perasaan tanda tanya n terumbang ambing serta tidak terurus selama 8 bulan. Saya meneruskan perkahwinan ini hanya berpura-pura kerana ingin menjaga hati kedua org tua kami masing-masing.Selain itu juga saya berasa curiga yang isteri ada melayan lelaki lain secara senyap-senyap dimana saya ada terpandang whatsapp serta melihat cara layanan dia terhadap lelaki tersebut agak sangsi. Pada masa yang sama faktor-faktor yang lain yang menguatkan saya untuk memfailkan perceraian. Sebelum berkahwin saya tidak bercinta dengan isteri sy kerana sy nekad berkahwin dengan beliau apabila mengetahui keluarga beliau dari kalangan yang baik-baik. Selepas berkahwin hati saya punah dan hancur kerana beliau menipu saya dan sekarang hati saya sudah jauh perfi dan tiada langsung pada beliau.

    Saya ingin bertanya boleh tak saya tidak perlu ambil kaunseling kerana saya tahu tidak berjaya juga dan jika saya dan isteri sudah bersepakat ingin bercerai secara baik ada apa2 isu ke yang hakim tidak membenarkan kami berxerai sebab saya sudah nekad benar-benar ingin bercerai.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Encik. Kaunseling tidak wajib dan tidak perlu pergi jika tidak mahu. Jika suami dan isteri sudah setuju bercerai, Hakim kebiasaannya akan terus membenarkan suami melafazkan talaq terhadap isteri. cuma, pastikan alasan bercerai dinyatakan bahawa isteri penyebab ingin bercerai supaya isteri tidak memohon mutaah dan nafkah iddah dari encik selepas bercerai. jika isteri mohon juga, encik boleh buktikan isteri ada nusyuz, tetapi hendaklah bawa bukti yang mencukupi.

  232. Zulaika

    Reply

    Assalamualaikum,
    Sy bertanya bg pihak akk sy..dia dan suami berkhwin 9 tahun..dikurniakan 3cahaya mata..tetapi 2chya mata telah meningal semasa dibwah jagaan pihak suami beliau.namun selma 9thun perkhwinan suami tidak pernah bkerja..segala perbelnjan rumah,pinjaman rumah,pinjaman kereta,mkn pakai suami,pakai ank2,sekolah anak2 ditanggung si istri.apabila istri keluar bkerja suami akan menghntar pesanan mesej menuduh istri berlaku curang,melakukan perkara tidak senonoh di blkng suami.sehinga istri tertekan.satu hari suami menghantar pesanan mesej jika istri keluar rumah maka jatuh talak..kes telah dibawa ke makamah,tetapi si suami tidak mngaku,hakim sah kn perceraian tidak sah..istri ingin membuat tuntutan fasakh..namun perkara y dirisau kan hak penjgaan anak seorg y masih hidup dan dijaga oleh ibu suami

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, isteri boleh mohon fasakh. dalam masa yang sama, mohonlah hak jagaan anak dan buktikan isteri lebih layak jaga anak berbanding suami kerana kelalaian dan kecuaian suami menjadikannya bukan bapa yang baik untuk anak tersebut.

  233. Nur

    Reply

    Assalamualaikum..
    Masalah sy disini lebih kpd tanggungjawab/peranan suami..usia prkahwinan kami hampir 10 tahun.dan dikurniakan 3 Anak lelaki..Suami xpenah jalankan peranan sebagai suami n bapa yg baik..kami jarang Bersama penah hampir 10bulan..Lau Bersama pn sy xikhlas sebab perangainya yg gna sy utk nafsu je!
    1.awal prkahwinan suami Suka layan video lucah,main no ekor..penah kantoi ada mesej pompuan lain.Dah tu main no ekor sekali dgn bapa nya sendiri sy ada smpan perbualan dorg dalam HP sygnya HP sy rosak teruk.utk makluman family belah suami krg pengetahuan agama.
    2.semasa mengandung Anak pertama hingga ke3 suami hnya 1@2 Kali Sy ikut tupun tpaksa sebab sy berleter.psiapan ank ke3 pn gna spnuhnya duit sy. selama usia perkahwinan xpenah sekali suami Anak sy Dan anak pergi bercuti,pergi beli barang dapur atau mana2pn sy pergi dgn Anak je..Alasan suami sibuk keja.sedangkan waktu cuti pn sanggup g pejabat..Suami juga xbole memandu sebab darah gemuruh.pendek kata kemana
    Pn hnya sy Dan anak je..
    3.suami terlalu berkira kedekut utk beri belanja keperluan Rumah Dan anak2.padahal selalu buat pinjaman hingga sy tpaksa guna peruntukan yg dia beri setiap Bulan utk bayar hutang suami..(DLM Masa ni sy dh 4 Bulan tanggung keluarga disebabkan gaji suami yg semakin xmcukupi)hingga tpaksa pinjam dr Adik sendiri utk Sara Anak disebabkan sy xbkeja,sy juga tpaksa buat pinjaman utk bli kelengkapan sekolah Anak Dan yuran sekolah gna peruntukan dberi..Ank sy yg slung pn Masih ada tunggakan yuran tahun lepas Selama 6 Bulan(sekolah agama swasta)suami xamik berat ttg pdidikan anak2.Keadaan ni buat sy lagi tertekan dgn suami..sume pkara sy yg kna uruskan Sikap suami mcm orang bujang xamik peduli ttg keluarga.banyak hutang tertangguh!
    Skrang sy dah tawar Hati Sgt dgn suami sebabkan Sikapnya.Suami Banyak hutang dgn sy.. Sikap dia buat sy benci.kami tggal srumah Tapi jarang bcakap.
    Suami adalah tentera,tahun lepas sy penah mengadu di kagat Dan peg beri suami tempoh utk berubah Dan DLM pemerhatian sehingga kini makin teruk Dan buat sy makin tertekan dgn sikap suami yg xmatang n hipokrit!!
    Sy mengadu semula kpd Ustazah di kagat Dan Minta kaunsling Bersama suami malangnya seperti xdiendahkan pula.suami pn selalu mngelak Dan marahkan sy,suami juga ssah nak bbincang ..sy xnak menanggung dosa krn selalu bgduh dgn suami Dan makin tertekan dgn Keadaan ni..bolehkah sy mohon fasakh??Tlgla bg Jalan yg patut sy lakukan..Sy rsau Masa depan anak2 dpat bapa yg xendahkan mereka..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Puan boleh mohon fasakh tetapi mesti buktikan alasan yang puan gunakan sebagai alasan fasakh. Dapatkan bukti dokumen dan saksi-saksi yang menyokong alasan puan dan kemukakan semasa bicara fasakh nanti.

  234. Nur

    Reply

    Assalamualaikum..
    Masalah sy disini lebih kpd tanggungjawab/peranan suami..usia prkahwinan kami hampir 10 tahun.dan dikurniakan 3 Anak lelaki..Suami xpenah jalankan peranan sebagai suami n bapa yg baik..kami jarang Bersama penah hampir 10bulan..Lau Bersama pn sy xikhlas sebab perangainya yg gna sy utk nafsu je!
    1.awal prkahwinan suami Suka layan video lucah,main no ekor..penah kantoi ada mesej pompuan lain.Dah tu main no ekor sekali dgn bapa nya sendiri sy ada smpan perbualan dorg dalam HP sygnya HP sy rosak teruk.utk makluman family belah suami krg pengetahuan agama.
    2.semasa mengandung Anak pertama hingga ke3 suami hnya 1@2 Kali Sy ikut tupun tpaksa sebab sy berleter.psiapan ank ke3 pn gna spnuhnya duit sy. selama usia perkahwinan xpenah sekali suami Anak sy Dan anak pergi bercuti,pergi beli barang dapur atau mana2pn sy pergi dgn Anak je..Alasan suami sibuk keja.sedangkan waktu cuti pn sanggup g pejabat..Suami juga xbole memandu sebab darah gemuruh.pendek kata kemana
    Pn hnya sy Dan anak je..
    3.suami terlalu berkira kedekut utk beri belanja keperluan Rumah Dan anak2.padahal selalu buat pinjaman hingga sy tpaksa guna peruntukan yg dia beri setiap Bulan utk bayar hutang suami..(DLM Masa ni sy dh 4 Bulan tanggung keluarga disebabkan gaji suami yg semakin xmcukupi)hingga tpaksa pinjam dr Adik sendiri utk Sara Anak disebabkan sy xbkeja,sy juga tpaksa buat pinjaman utk bli kelengkapan sekolah Anak Dan yuran sekolah gna peruntukan dberi..Ank sy yg slung pn Masih ada tunggakan yuran tahun lepas Selama 6 Bulan(sekolah agama swasta)awal tahun pn Masih xbyar lg disebabkan gaji suami makin kecil.suami xamik berat ttg pdidikan anak2.Keadaan ni buat sy lagi tertekan dgn suami..sume pkara sy yg kna uruskan Sikap suami mcm orang bujang xamik peduli ttg keluarga.banyak hutang tertangguh!
    Skrang sy dah tawar Hati Sgt dgn suami sebabkan Sikapnya.Suami Banyak hutang dgn sy.. Sikap dia buat sy benci.kami tggal srumah Tapi jarang bcakap.
    Suami adalah tentera,tahun lepas sy penah mengadu di kagat Dan peg beri suami tempoh utk berubah Dan DLM pemerhatian sehingga kini makin teruk Dan buat sy makin tertekan dgn sikap suami yg xmatang n hipokrit!!
    Sy mengadu semula kpd Ustazah di kagat Dan Minta kaunsling Bersama suami malangnya seperti xdiendahkan pula.suami pn selalu mngelak Dan marahkan sy,suami juga ssah nak bbincang ..sy xnak menanggung dosa krn selalu bgduh dgn suami Dan makin tertekan dgn Keadaan ni..bolehkah sy mohon fasakh??Tlgla bg Jalan yg patut sy lakukan..Sy rsau Masa depan anak2 dpat bapa yg xendahkan mereka..

    • admin

      Reply

      Puan boleh memohon fasakh atas tiga alasan utama; pertama, suami telah cuai dalam memberi nafkah dan kedua, suami melupuskan harta isteri dan ketiga, suami berperangai keji kerana sering melakukan aktiviti maksiat seperti judi. Puan perlu nyatakan butiran untuk kesemua alasan ini apabila membuat tuntutan dan semasa bicara nanti, bawalah bukti dalam bentuk dokumen dan keterangan saksi yang mengetahui berkenaan perkara2 yang dilakukan suami ini.

  235. Nur Cahaya

    Reply

    assalamualaikum puan.saya ada persoalan berkenaan dengan situasi suami isteri yang bertengkar pasal isu lain,kemuncak pertelingkahan si isteri telah meminta untuk dilepaskan.si suami menjawab dalam keadaan marah dia boleh lepaskan dengan syarat dia mahukan hak jagaan anak.adakah jatuh talak dengan lafaz sebegitu?mohon pencerahan.terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah Puan. Kebiasaannya bila lafaz tersebut bersyarat, masih belum jatuh. Wallahua’lam.

  236. ITA

    Reply

    Assalamualaikum puan. sy mengalami masalah suami yang curang. banyak kali sy minta di lepaskan tp suami tidak mahu. sy juga buntu adakah penceraian adalah jalan yang terbaik kerana sy dh banyak kali bagi peluang pada suami namun dia masih lagi membuat masalah yang sama sehingga hatimenjadi tawar dan segala tanggungjawab tak mampu sy laksanakan. andai kata sy mohon penceraian cara baik adakah keberangkalian kami akan berpisah??? kalau sy pergi ke mahkamah adakah permohonan sy akan terus di proses?? boleh kah sy membawa borang pulang utk pikirkan semula dengan mendalam. mohon bantuan puan, sy kekeliruan dan takmampu buat apa2 keputusan demi anak2.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Puan. Puan boleh mohon untuk bercerai secara baik dengan mengambil borang terlebih dahulu dan mengikut prosedur yang dinyatakan dalam artikel kami. Mahkamah hanya akan proses selepas Puan buat bayaran dan menghantar dokumen lengkap. Jadi Puan masih ada masa untuk memikirkan. Jika suami tidak bersetuju melafazkan talaq, Hakim akan merujuk puan dan suami ke jawatankuasa pendamai. Jika Puan masih mahu meneruskan dengan cerai, Puan perlu ada bukti tentang kecurangan tersebut seperti gambar, perbualan whatsapp, pengakuan suami secara bertulis dan sebagainya, barulah Puan boleh memohon fasakh atas alasan suami telah curang.

  237. Insan yg lemah

    Reply

    Assalamualaikum,

    Saya isteri kedua. Ada sijil yg sah & berkahwin ikut prosedur. Masalahnya sekrang Boleh tak saya failkan penceraian.
    Atas sbb²
    Suami sy menipu sy selama ni..dia da berkahwin dgn perempuan indonesia dan berkahwin di indonesia.baru kenal 3 bulan dan terus berkahwin.dan sekarang usia perkahwinan dia da 8 bln.Sy dapat tahu pun isteri pertama suami sy yg bgth..hati sy mmg da hancur!! Dan xnak teruskan perkahwinan ini lagi.. Sy suruh die buat pilihan..antara kami 2 keluarga atau indonesia tu.tapi jawapan die . dia akan lepaskan semua . apa maksud dia pun sy x paham..
    Sy ada cakal nak pergi ke pejabat agama. Tapi dia xnk lepaskan sy..die xnak ceraikan sy..maslahnya skng ni..sy sndri yg nak bercerai..

    • Insan yg lemah

      Reply

      Sebenarya byk sbb² kenapa sy nak bercerai..tapi sy hanya beri salah 1 sebab yg kuat seperti dia atas..kenapa sy nak bercerai.supaya admin boleh tlg masalah sy.

      • admin

        Reply

        Puan boleh mohon fasakh jika suami tidak mahu melafazkan talaq. jadi gunakan alasan suami telah gagal untuk adil dalam poligami. tetapi puan mestilah dapat membuktikannya dengan membawa saksi-saksi, bukti dokumen dan sebagainya.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Puan boleh mohon fasakh dan terus ke mahkamah rendah syariah terdekat dengan tempat mastautin, alasan fasakh: suami gagal adil dalam poligami.

  238. Aishah

    Reply

    Assalamualaikum wmt.. Admin . Saya dan husband pernah bercerai. Kini berkahwin kembali
    Bulan sept 2016 yg lepas saya berhenti kerja akibat stress husband tak membantu selama hidup berkeluarga. . Husband beri duit nafkah dan beLanja barangan dapur tapi tak membantu dlm urusan anak dan serba serbi dirumah serta nafkah batin. Pernah sekali saya terlihat didalam telefonnya ada gambar bogel perempuan dan video lucah. Bergaduh besar ketika itu. . Saya tanya baik-baik tp balasannya dengan maki hamun. . Juga pernah dia menyatakan hasrat berkahwin dengan seorang janda, mereka pernah terlanjur beberapa kali. Dan selepas itu saya tak tahu cerita janda itu dan husband sy . Saya tak berapa ambil tahu kerana telefonnya sentiasa lock password. Saya ada niat nk mendapatkan kaunseling Di pejabat agama tp belum berkesempatan. Semalam sy Cuba berbaik dengannya tp dibalas ungkitan tak hargai barangan yg diberi. .. saya rasa hidup saya tak kn kekal lama.Rasa syg semakin terhakis. bila sy minta dicerai cara baik tp husband tak mahu. Mohon pandangan admin

    • admin

      Reply

      Jika Puan masih mahu berbaik dgn suami, maka mintalah wakil keluarga masing-masing yang dihormati kedua2 pihak untuk berbincang bagi pihak Puan dan suami. dan ajaklah suami ke kaunseling di pejabat agama jika dia mahu.

      Jika Puan ingin bercerai, pastikan puan ada bukti kecurangan suami dalam bentuk saksi atau gambar atau perbualan telefon atau mesej dan sebagainya, atau bukti pengakuan suami. tanpa bukti ini, puan hanya boleh mendakwa suami curang tetapi mahkamah mungkin masih tidak membenarkan cerai kerana tidak cukup bukti.

  239. min

    Reply

    Assalammualaikum admin, saya telah berkahwin selama 20 tahun anak sulung berumur 19 tahun dan anak kedua berumur 16tahun ,sejak dari tahun 2008 suami saya ada masalah lemah tenaga batin yang tidak dapat untuk meneruskan nafkah batin terhadap saya ,suami saya ada ikhtiar dengan cara traditional dan hospital tapi tiada perubahan dan saya rasa tidak dapat menerima kebahagiaan dari segi batin ,sejak dari itu kami tidak pernah tidur sekali tapi kami tinggal sebumbung ,suami saya seorang yang penyayang dan bertanggungjawab akan hal2 kekeluargaan.saya amat tertekan dan menderita batin dengan keadaan ini sampai bila saya harus begini,saya sudah berbincang dengan suami supaya dia melepaskan saya adakah prosess sebegini akan mendapat tentangan dari mahkamah syariah

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam Puan, oleh kerana puan telah dinafikan nafkah batin, walaupun tanpa sengaja oleh suami disebabkan keadaannya, Puan layak memohon fasakh atas alasan suami tidak berupaya memberi nafkah batin, kerana tujuan perkahwinan tidak tercapai akibat masalah suami tersebut, melainkan puan sendiri redha dengan keadaan tersebut. mahkamah akan meminta puan membuktikan keadaan suami ini dan dapatkanlah laporan perubatan yang mengesahkannya.

      Namun, saya menasihatkan berbincanglah secara baik dengan suami agar puan diceraikan secara baik dengan cara suami melafaz talaq di dalam mahkamah supaya isu batin suami tidak perlu didedahkan kepada umum sehingga mengaibkan beliau. ini kerana proses fasakh melibatkan bicara dan diketahui umum manakala proses cerai secara baik melalui talaq adalah proses yang tidak perlu kepada bicara.

  240. Earnie Suzie bt Baharudin

    Reply

    Assalamualaikum..tuan,usia perkahwinan sy hampir 23thn..sy mmpunyai 5org ank lelaki,.yg sulung berumur 22thn dan bongsu 5thn..suami sy baik..solat..bkn kaki perempuan,berjudi,mnum arak,,tp mulut dia yg buat sy dan ank2 tertekan..diawal perkahwinan sy pernah dicederakzn dgn sikap panas barannya..sudah sebulan sy dan ank2 tak balik rumah dan tinggal bersama dgn ibubapa sy dikampung..nafkah dia bg selama ni mngikut kemampuan dia sbb dia tidak mempunya pekerjaan yang tetap.Jika dia marah abis sume diungkit nya termasuk memanggil sy sbg betina,pelacur,sundal sial..sejak akhir2 ini perangai yang lain pulak timbul..dia akn sorokkan kunci kereta,sorok beras,botol susu anak..smpai ank sy yg kecil menangis semalaman sbb tak dpt botol susu.Sy dan ank2 didera mental..dan tak mampu nk bertahan..bkn setahun dua dah berpuluh tahun sy menanggung…syg maseh ada cuma nk hormat dan patuh tu dah xde.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah Puan, sebaiknya Puan cuba ajak suami ke kaunseling di pejabat agama terdekat untuk memulihkan keadaan rumahtangga memandangkan anak2 yang turut menderita akibat isu antara puan dan suami.

      Jika Puan nekad utk bercerai dan suami tidak mahu menceraikan secara baik, maka Puan boleh tuntut fasakh atas alasan suami telah lazim menyakiti puan, tetapi hendaklah puan dapatkan laporan perubatan pakar psikiatri untuk membuktikan yang puan telah didera secara mental dan emosi.

  241. Azlan hussin

    Reply

    Assalamualaikum admin..sye nak bertanya..isteri saya telah failkn cerai takliq..tapi saya belom menerima surat saman dari mahkamah..niat saya memang tak nak bercerai dengan isteri..ye betol saya mintak mak mertua bawa balik isteri ke rumah mereka..kerana tidak tahan dengan kurang ajar isteri terhadap saya dan mak saya..sebulan sbelum sya minta isteri keluar rumah..saya telah bergaduh dengan isteri..kerana saya minta bersama..tapi isteri menolak dengan cara kasar..puas saya pujuk..dan isteri mengeluarkn kata2 kesat..seperti..”aku kahwen dengan kau semata nak puaskan nafsu kau je ke??salah ke saya mnta untuk bersama sedangkan sudah sebulan lebih tidak bersama..berlaku pergaduhan..sampai la isteri cuba tikam saya dengan gunting..tetapi saya dapat elak..saya telah ketuk kepala isteri..di bahagian dahi..sya mngetuk mngunakan kotak makanan..saya tiada pilihan..kerana terkejut isteri bertindak cuba menikam saya..berlaku kecerderaan dibagian dahi isteri..menerima jahitan..isteri telah failkn cerai takliq..sya cuba bncang dengan isteri..tapi dihalang keras oleh pihak keluarga isteri..tidak dibenarkan jumpe isteri dan ank..ape perlu saya lakukan admin..isteri pernah mngalami tekanan perasaan dan pernah menerima rawatan..dihospital kerana tekanan perasaan..saya cuba untuk selamatkan rumah tangga sya..saya buntu admin..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Encik. Saya bersimpati dengan masalah yang menimpa Encik dan isteri. Namun sekiranya memang telah berlaku kecederaan, isteri encik berhak memohon taklik kerana perkara tersebut memang telah berlaku. jika encik ingin mengelakkan perceraian, encik perlu berbincang secara baik dengan isteri, dapatkanlah ahli keluarga encik yang dihormati pihak isteri untuk tolong berbincang bagi pihak encik. atau encik boleh mohon sesi kaunseling di pejabat agama islam dan mohon isteri hadir supaya encik dapat berbincang secara langsung dengan beliau.

      jika masih tidak berjaya, beritahulah hakim dalam prosiding taklik itu nanti bahawa encik menyesal dengan perbuatan encik dan hanya bertindak demikian kerana isteri encik yang memulakan pergaduhan dan encik masih sayangkan perkahwinan dan tidak mahu bercerai. jika hakim tidak membenarkan taklik, encik boleh mohon mahkamah memerintahkan isteri kembali ke rumah encik seperti sediakala.

  242. fareza

    Reply

    Assalamualaikum..sy nak tnye..berapa lama tempoh untuk mendapatkan sijil cerai yg sah..setelah mendapatkan Surat cerai sementara? Sy bercerai pada 14nov2016,sy bercadang untuk berkahwin semula dgn psgn sy yg lain pada 18march2017 ..adakah pihak jabatan agama sudah boleh mngeluarkan sijil penceraian sy? ..sbb sy perlukan sijil tersebut untuk urusan pernikahan syg sblom 18march tarik pernikahan sy…mohon encik/cik dpt membantu sy

    • admin

      Reply

      waaalaikumussalam warah matullah, Puan perlu dapatkan dulu perintah meterai dari Mahkamah yang mengeluarkan perintah cerai. proses ini bergantung kepada mahkamah tersebut, ada mahkamah boleh keluarkan dalam masa seminggu, ada yang mengambil masa lebih sebulan kerana kesibukan dengan bilangan kes yang banyak di mahkamah tersebut. setelah mendapat perintah tersebut, barulah puan boleh bawa perintah itu bersama sijil nikah asal ke pejabat agama berkenaan untuk mendaftarkan cerai. kebiasaannya sijil cerai akan dikeluarkan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan. sebaiknya puan rancanglah pernikahan baru selepas mendapat sijil cerai kerana tiada jangkaan masa yang tepat boleh diberikan untuk kesemua urusan ini selesai, semuanya bergantung kepada mahkamah dan pejabat agama yang berkenaan.

      • Mika

        Reply

        Assalam admin, mcm mana kalau isteri curang? Kalau dia mohon cerai. Bagaimana caranya. Adakah senang jalan kerja nya. Atau banyak prosuder

        • admin

          Reply

          Baik isteri atau suami boleh mohon cerai. Jika isteri yg mahu cerai tanpa kesalahan di pihak suami, isteri patut failkan cerai talaq/hakam atau cerai khuluk (tebus talaq)

  243. j

    Reply

    Assalammualaikum,

    Salam, kebanyakan saya baca disini wanita tuntut cerai sebab nafkah. Mmg nafkah itu wajib. tp ianya bergantung pada kemampuan suami. Dengan keadaan sekarang yang harga barang makin naik kalau nak cakap pasal nafkah mmg akan berlaku banyak penceraian jika takde tolak ansur dari isteri untuk membantu suami. Pihak makamah syariah lebih patut menasihati suami isteri untuk dorang bekerjasama dalam membina keluarga. Bukan mengalakkan lagi penceraiaan. Soalan saya jika suami ttba jatuh sakit, adakah boleh si isteri meminta cerai? Sbb dia nafkah zahir tak diberi.

    • admin

      Reply

      waalaikumussalam warah matullah, kami bersetuju dengan encik, sememangnya suami hanya memberi nafkah setakat kemampuan beliau dan isteri yang baik akan redha dan saling membantu.

      namun, sekiranya perbelanjaan asas pun tidak mencukupi seperti makan minum, maka tujuan perkahwinan di mana suami perlu melindungi dan menjaga isteri dan anak2 sudah tidak tercapai, malah memudaratkan isteri dan anak2 pula. maka dalam hal ini, menjadi hak isteri untuk redha atau memilih untuk berpisah atas alasan tidak cukup nafkah tersebut. suami hendaklah berbincang dengan isteri agar isteri memahami keadaan beliau, dan suami hendaklah mencuba meningkatkan taraf hidup keluarga atau berpindah ke lokasi yang lebih rendah kos sara hidup.

      jika suami jatuh sakit sehingga tidak mampu menanggung, isteri berhak memohon fasakh. mahkamah akan menentukan samaaada cerai patut diberikan melihat kepada keadaan suami, samaada kekal tidak mampu atau hanya sementara sahaja.

  244. Loqman

    Reply

    Saya ingin bertanya sekiranya ingin membuat permohon bercerai ..makamah syariah mana yang saya kena pergi..alamat saya d shah Alam..isteri saya tinggal d daerah ulu langat tapi alamat d ic nya d Petaling jaya…untuk makluman isteri adalah isteri kedua..permohonan saya yg akan buat

    • admin

      Reply

      Mahkamah yang terlibat adalah mahkamah rendah syariah yang terdekat dengan tempat mastautin pihak yang memohon. jika suami tinggal di shah alam, maka pergilah ke mahkamah rendah syariah shah alam.

  245. ad_maisara86@yahoo.com.my

    Reply

    Nor

    Assalamualaikum admin,
    saya ingin menfailkan cerai keatas suami saya disebabkan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorg suami.
    segala keperluan makan, bill, loan kereta, susu anak saya yg tanggung.sehingga ia menjadi 1 bebanan keatas saya disebabkan gaji saya tidak mencukupi.Suami hanya membayar rumah, sekolah & penjaga anak.
    Suami banyak mengharap pada saya.padahal saya adalah isteri dan hanya membantu dia.
    boleh x saya menuntut cerai? dan alasan ape yg patut saya gunakan.

    Terima Kasih

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Puan. Jika suami ada memberi nafkah dengan membayar tempat tinggal, walaupun tidak cukup, masih belum menjadi alasan yang kuat untuk memohon cerai. Puan masih boleh membuat tuntutan nafkah di mahkamah rendah syariah tanpa perlu memohon cerai. mahkamah akan melihat keperluan puan dan anak2 dan memerintahkan suami meningkatkan kadar nafkah jika perlu.

  246. soleil

    Reply

    Assalammualaikum,

    Saya mahu bercerai dengan isteri. Kami tak duduk sebumbung hampir setahun. Saya masih membayar nafkah setiap bulan melalui deposit ATM kepada akaun isteri atas dasar tanggungjawab. Ada banyak perkara yang isteri lakukan daripada segi percakapan dan perangai sepanjang perkahwinan membuatkan saya tawar hati/sakit hati. Saya sudah tegur tetapi tiada perubahan. Kami memang tak serasi. Lama-lama saya mendiamkan diri. Isteri ada juga banyak kali ajak berbincang untuk berdamai tetapi saya tak layan dan tetap dengan keputusan untuk cerai. Saya tak berminat nak pergi kaunseling sebab saya memang dah nekad nak cerai. Saya dah ajak isteri untuk bercerai secara baik tapi beliau enggan. Masalahnya saya memang dah tak nak berkahwin dengan isteri sebab dah nekad. Saya dah tak ada perasaan dan nafsu langsung pada isteri.

    Saya ingin tahu:
    1) Adakah menjadi satu kes jenayah sekiranya saya lafaz diluar mahkamah contoh guna sms, whatsapp, emel, telefon, dan sebagainya? sebab isteri berdegil tak mahu diceraikan dengan cara baik dan saya agak tertekan dan buntu.
    2) Sekiranya saya lafaz diluar mahkamah kemudian failkan penceraian di mahkamah dengan bukti contohnya sms atau whatsapp dan bayar penalti RM1000, adakah masalah saya untuk bercerai akan terus selesai?
    3) Adakah kos-kos lain yang terlibat?
    4) Berapa lamakah urusan turun naik mahkamah jika lafaz diluar mahkamah?

    Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      1) jika encik lafaz di luar mahkamah, adalah satu kesalahan, dan walaupun talaq boleh jatuh, encik perlu membayar denda seribu apabila ingin mendapatkan sijil cerai.

      2) selesai dengan pemfailan kes pengesahan cerai dan pembayaran denda.

      3) kos-kos lain hanyalah fi mahkamah dan fi peguam jika encik ingin melantik peguam.

      4) urusan turun naik sekitar 3 bulan atau kurang, bergantung kepada kesibukan mahkamah tersebut. lebih banyak kes yang perlu didengar hakim, lebih lama masa yang encik perlu tunggu untuk setiap sebutan di hadapan hakim.

  247. ANA

    Reply

    Assalamualaikum,
    1) Adakah setelah dirujuk kepada jawatankuasa pendamai yang dilantik oleh mahkamah, akan ada peluang untuk berbaik semula tanpa melafazkan talak?
    2) Apakah prosedur yang diambil oleh jawatankuasa pendamai yang dilantik oleh mahkamah?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      1) tujuan ke jawatankuasa pendamai, seperti namanya, sememangnya untuk mendamaikan suami isteri dan tidak perlu meneruskan dengan talaq.

      2) jabatan agama islam yang berkenaan akan memanggil suami,isteri dan wakil mereka masing-masing ke satu perjumpaan di hadapan seorang pegawai jabatan agama, dan kelima-lima mereka akan berbincang seperti dalam sesi kaunseling.

  248. Sarah

    Reply

    Assalamualaikum..
    Adakah jatuh talak jika suami sebut “aku dah tak ada hati lagi dkt kau..aku taknak tgk muka kau lagi dlm rumah ni..pergi cari tempat lain”
    Mohon penjelasan..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Lafaz sebegini adalah lafaz tidak soreh dan perlu kepada niat suami jika ingin bercerai. maka sebaiknya failkan kes pengesahan cerai di mahkamah supaya hakim boleh mendapatkan maklumat secukupnya untuk memutuskan samaada jatuh talaq atau tidak.

  249. Mysha

    Reply

    Sy sda brkhwin sejak sept,2008 iaitu 8 tahun dikurniakn 2 anak..tahun 2016 sy mminta izin suami utk bkja jauh dr sbh..suami membenarkn sy.spnjg bkja sy mnjalin hubungan dgn seorg lelaki.lelaki itu tdak tahu yg sy sda brkhwin dab suami d kg jga x mngetahui tntang hbngan itu.kmi plg sbh pd awal jan d kg bf sy.smnggu kmdian sy plg ke rmh suami.tp sy prgi ke kg bf sy smnggu slps itu.suami mngetahui perkara itu lalu memviralkn kmi d facebook.lbh seribu share di facebook.kluarga btl2 malu apatah lg sy.tp nasi sudah mnjadi bubur.sy memfailkan perceraian d mahkamah syariah pd 26 jan.sbnarnya dlm kes ini sy sangat sygkn anak2 sy dan jga kluarga kmi.tetapi sy tdak blh melawan hati sy yg masih terlalu kuat mncintai bf sy itu.tlgla sy dlm kes ini.

    • admin

      Reply

      Puan, curang dengan suami adalah satu kesalahan besar seorang isteri dan suami berhak menceraikan puan jika dia tidak boleh memaafkan puan apatah lagi jika puan masih belum berpisah dengan kekasih.

      sebaiknya Puan berbincang dengan suami secara baik dan puan perlulah memilih untuk berpisah dengan kekasih jika mahu suami memaafkan puan atau bercerai dan berkahwin dengan kekasih untuk menghalalkan hubungan puan.

  250. zura

    Reply

    assalammualaikum
    saya bercerai dengan bekas suami september 2016. Talak dilafazkan oleh Hakam yg dilantik dan tanpa kerelaan bekas suami. kami mempunyai seorang anak lelaki berumur 8tahun yang dijaga ibu saya di kampung. saya akan menjenguk anak saya setiap kali cuti hujung minggu. Masalahnya minggu lepas saya dapat surat saman dari mahkamah tinggi syariah berkenaan majlis sulh hadanah. bekas suami ingin mengambil hak penjagaan anak . Bolehkan bekas suami dapat hak penjagaan anak sedangkan dia tidak pernah memberi nafkah kepada ank?? dan walaupon dia tidak memberi nafkah saya tidak pernah menghalang dari dia mengambil anak pada bila-bila masa asalkan tidak mengganggu waktu persekolahan. terima kasih

    • admin

      Reply

      Walaaikumussalam, bekas suami boleh memohon hadhanah kerana anak lelaki lebih 7 tahun sememangnya menjadi hak bapa untuk menjaga melainkan ibu boleh membuktikan ibu lebih layak. jika bekas suami telah gagal bayar nafkah selama ini, puan boleh tuntut tunggakan nafkah dari bekas suami.

      • zura

        Reply

        Sy tak sanggup berpisah dengan ank. semasa perbincangan sulh, bks suami mengatakan sekiranya dia dpt hak penjagaan, dia tdk akn bagi sy bermlm dgn ank tanpa ada keluarganya dgn alasan bekas suami tdk percaya pd sy (bwk lari ank). bagaimana harus sy buat?? sy susah ati sbb kemungkinan besar bks suami akn dpt hak penjagaan disebabkn umur ank sy 8 tahun. Anak sy memilih utk tggl bersama ibu sy. adakah hakim akn memberi peluang ank sy memilih ??

  251. Rizzman

    Reply

    Salam..
    Sy nak tanya utk kes sy dengan isteri….kami pernah bercerai kali pertama dan kembali rujuk kerana isteri mengandung..Isteri selamat lahirkan anak ke3. Setelah setahun berlalu, isteri telah menfailkan cerai tanpa pengetahuan saya…saya terkejut menerima surat tersebut utk kali ke 2. Isteri menyatakan sebab tiada persefahaman..tetapi sebab yg jelas dia ingin berpisah kerana saya memberi teguran secara baik supaya tidak lagi menyanyi di khalayak ramai, meminta isteri supaya tidak boros dan meminta sama2 mengajar anak supaya mengaji al quran.
    Selepas teguran itu, reaksi isteri mula berbeza dan sy pujuk dan bercakap seperti biasa. Akhirnya sy menerima surat utk hadir perbicaraan..bila sy berbincang dengan isteri, dia tidak mahu sy kongkong hidupnya. Sy sebagai suami fikirkan nasib anak anak selepas ini jika berlaku penceraian.
    Apa yang perlu sy lakukan jika jawatankuasa pendamai pon tidak berjaya memujuk utk isteri kembali taat kepada sy. Atau ade cara lain sekiranya isteri terus tidak sayangkan hubungan ini kerana sy tak pernah memukul, mengabaikan tangungjawab nafkah pd isteri dan anak2 dan nafkah zahir dan batin. Bagaimana pula dengan hak penjagaan pada anak oleh sy. TQ

    • admin

      Reply

      Saya bersimpati dengan kisah encik. namun jika isteri berkeras untuk bercerai dan jawatankuasa serta hakam masih tidak dapat mendamaikan, mahkamah mungkin masih akan memihak kepada isteri kerana perkahwinan itu dikira sudah pecah-belah. sebaiknya encik cuba lagi untuk berbincang hati ke hati dengan isteri untuk menyelesaikan isu ini di luar mahkamah.

      hadhanah anak2 yang masih kecil (lelaki bawah 7 tahun, perempuan bawah 9 tahun) hak ibu untuk menjaganya, selepas usia ini, encik boleh memohon hadhanah anak2 encik dan membuktikan encik lebih layak menjaga mereka.

  252. nik

    Reply

    assalamualaikum.
    saya sejak awal bulan lepas. saya dan isteri jarang duduk sebumbung disebabkan ayah isteri sakit. dan pada hujung bulan lepas. ayah isteri saya meninggal dunia. sepelas itu. isteri saya lebih suka tinggal di rumah keluarga nya dari duduk dengan saya. dengan alasan mahu menemani ibu nya. isteri saya anak sulong. dia da menjadi semakin malas bila tinggal bersama saya. tinggal dengan saya 2 hari je. pas2 minx balik kampung balik. saya seorang peniaga kecil kecilan. saya x mampu nak tanggung kos berulang alik dari hospital ke rumah saya. (2 jam perjalanan) ketika ayah nya sakit. isteri saya menganggap saya berkira ketika saya mmberitahu die tentang masalah kewangan saya ketika itu. keadaan perniagaan saya agak buruk ketika ini. sebab banyak tutup kedai mase menjaga arwah ayah isteri saya sakit. isteri di kampung sering minta wang belanja untuk anak2 dan dia. sedangkan saya berusaha mencari duit tok sewa kedai ( 2 bulan tertunggak ). saya terpaksa ikat perot tok makan dan hanya makan waktu malam. sebab nk jimat. bila saya lewat bg duit.. dia mengganggap saya da tak sayang dia dan anak2. saya tertekan. dengan tuan kedai datang minx duit sewa hari2. saya da segan nk minx tempoh bayaran dari tuan kedai. die ad minx nk blik mgu lepas. tp jadual saya padat. sebab saya perlu berjumpa cust untuk membincangkan tempahan. jd saya xnk berulang alik ambil dia. 2-3 hari nanti kne hantar blik ke kampung. sebab die x suke duduk rumah saya. kereta pon rosak. saya pakai moto adik die je skrg ni. bila saya jumpe cust. die anggap saya berseronok. smpai dia anggap saya lupa die dan anak2. pas2 dia minta saya pulangkan moto adik dia. dan tinggalkn duit. saya pulangkan moto 2. sekarang dia mcm da xnk layan saya bila saya call. senyap bila saya chat. mungkin dia anggap saya da x mampu nk jg dia dan anak2. dalam otak saya ni. saya da anggap spt die da mula minx cerai. ape yg perlu saya buat.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah Encik,

      Kami bersimpati dengan masalah yang menimpa Encik. Sebaiknya Encik failkan tuntutan kembali taat / nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah terdekat, isteri wajib kembali kepada Encik jika sudah keluar Perintah Mahkamah. Jika tidak, dia boleh dikenakan tindakan menghina Mahkamah.

  253. Nadia

    Reply

    Assalammualaikum.bagaimana nk tuntut cerai dr suami..dgn alasan tidak bertegur sapa walau pun masih tinggal sebumbung..dalam 7bln hanya 2 kali bersama.suami pernah memukul muka bertubi tubisemasa mengandung dan sering maki hamun semasa bergaduh..adakah alasan tu cukup kuat utk bercerai?macam mana dgn hak penjagaan anak..

    Mohon bantu.sekian

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Puan patut berbincang dulu dengan suami samaada boleh menceraikan puan secara baik, dengan melafazkan talaq dalam Mahkamah di depan Hakim. Jika suami tidak bersetuju, Puan boleh memohon fasakh atas alasan pernah dicederakan suami, tetapi hendaklah ada bukti seperti laporan polis dan laporan perubatan. Jika tidak cukup bukti, Puan boleh memohon cerai jika suami ada lalai dalam memberi nafkah zahir. Manakala mengenai nafkah batin, hendaklah tidak diberi nafkah batin melebihi setahun barulah boleh memohon fasakh menggunakan alasan nafkah batin.

      Hak penjagaan anak yang kecil akan diberi kepada ibu, Puan layak untuk memohon nafkah anak daripada suami setelah berpisah.

  254. Nurul

    Reply

    Assalamualaikum
    Saya dan suami telah berkawin di thailand tahun 2014, sekarang saya baru memberi dokumen2 kepada peguam untuk daftar di malaysia cuma tunggu untuk naik mahkamah..saya isteri kedua dan mempunyai seorang cahaya mata yang berumur 7 bulan.soalannya boleh atau tidak saya menfailkan penceraian di malaysia?proses untuk daftar di malaysia agak lama saya sudah tidak tahan untuk pertahankan hubungan ini.. Kerana saya dan suami kerap bergaduh dan tidak bersefahaman dari mula berkawin sehingga sekarang dan adakah saya seorang ibu dapat penjagaan anak ?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Puan perlu mendapatkan pengesahan nikah dulu barulah boleh membuat permohonan cerai di Mahkamah. Puan boleh berbincang dengan peguam untuk mendapatkan cara mempercepatkan pengesahan nikah Puan. Hendaklah cukup bukti dan saksi yang membuktikan nikah tersebut sah barulah cepat selesai kes Puan. Ibu memang layak mendapat hak penjagaan anak yang masih kecil, Puan. dan Puan boleh tuntut nafkah anak dari suami selepas berpisah.

  255. ila

    Reply

    Assalamukalaikum puan..

    Saya seorng isteri kedua. Telah berkahwin dgn suami 9 bln lalu. Pd awl perkhwinan suami berlaku adil dlm membuat giliran. Tapi sejak 2 bln lps dia sudah tidak balik lg kerumah sy. Dia jgk seolah menghilangkan diri. kerana dia sudah blok semua pnggilan fan wasap sy. Saya telah membuat permohonan untk bercerai. Masalh sekarang suami tdk hadir pd perbicaraan tersebut. Dia tahu dan sudah sain afidavit saman tersebut. Hakim telah bg satu tarikh lain. Dan hakim ada bgtau jika suami tdk jgk hadir pd tarikh tersebut hakim akan gugurkan permohonan tersebut.

    Apa yang patut saya buat? Boleh kah saya menuntut nafkah untk diri sy. Kerana selama berkhwin suami hnya bg rm300. Semasa dia bt permohonan poligami dia ada nyatakn bahawa dia akan bg nafkah kpd isteri pertama sbnyak rm600. Tap spnjng pengetahuan saya dia tidak tunaikan pun. Adakah sya layak untuk menuntut jumlah tersebut.

    Selain nafkah. Boleh kah sy menuntut hutang dan saguhati. Bagaimana kah step atau cara untuk membuat tuntutan tersebut.

    Dan berbalik pd mslh suami tidak hadir ke mahkamah. Ada tak cara lain untuk sy berpisah dgn dia.. Saya xnak hidup digantung xbertali mcm dia sedng bt skrg ni.

    Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Puan patut membuat tuntutan fasakh, dan bukan talaq dalam Mahkamah, kerana jika suami tidak hadir sekalipun, Hakim boleh menjatuhkan cerai jika alasan fasakh tersebut dapat Puan buktikan.

      Boleh tuntut nafkah isteri pada bila2 masa sekalipun masih belum bercerai. Hakim akan tentukan jumlah yang layak untuk Puan.

      Utk hutang dan saguhati (mutaah) perceraian, perlu ada perintah cerai dulu kemudian barulah Puan buat tuntutan dengan memfailkan kes di Mahkamah. Puan perlu ada bukti berkenaan hutang tersebut. mutaah akan bergantung kepada budi bicara hakim melihat kepada usia perkahwinan Puan.

      • Orkid

        Reply

        Assalamualaikum puan..saya ada persoalan..saya telah berkahwin selama 15 thn.saya mempunyai ank seramai 5 org dan saya adalah wanita yg bekerja..utk makluman puan,saya ingin berpisah dengan suami kerana saya sudah tawar hati dengan sikap suami.nafkah yg beliau beri utk kami sebanyak rm400 dan banyak perbelanjaan lain saya bantu termasuk bil2 hospital .saya juga seorang isteri yg berdikari.saya adalah isteri kedua beliau.masalahnya suami tidak mahu melepaskan saya.Bagaimana cara yg perlu saya lakukan jika masih memilih utk berpisah.

        • admin

          Reply

          Waaalaikumussalam warah matullah, Puan. Puan perlu rujuk alasan-alasan fasakh untuk mengetahui samaada puan layak memohon fasakh. jika tiada satu pun alasan tersebut jatuh dalam kes puan, mahkamah tidak akan membenarkan puan mendapat cerai, melainkan suami sendiri dengan sukarela melepaskan puan secara talaq. oleh itu, berbincanglah dengan suami agar dia memahami dilema puan sepenuhnya.

  256. Iron Chef Pozzo

    Reply

    Assalamualaikum puan..
    Saya ada pertanyaan..Utk pengetahuan,saya dan adik beradik saya sepakat untuk memisahkan mak kami dgn suaminya yg jauh lbh muda dr kami kerana lelaki tersebut bermasalah. Kami dpt tahu bahawa mak kami telah disihir & berkahwin sah dgn lelaki tersebut pada tahun 2003,dan tujuan lelaki tersebut ingin mndapat segala harta bnda & wang ringgit hasil titik peluh mak kami yg juga pengusaha kedai & mmpunyai sbidang tanah waris dr arwah nenek. Duit bulanan yg kami beri utk mak juga diberi kepada lelaki trsebut,seolah-olah mak kami cuma mesin atau mayat hidup yg bekerja mncari duit semata-mata utk lelaki tersebut. Hidup mak kami tidak teratur dr segi kebersihan,solat etc.

    Jadi persoalan saya,bagaimana kami dpt memisahkan ibu kami dr lelaki tersebut secara sah dari ikatan perkahwinan?Alasannya utk mengelakkan maksiat syirik,& utk kemaslahatan ibu kami sndiri. sekian terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Tuntutan perceraian hanya boleh dibuat oleh isteri atau suami sahaja, dan tidak boleh oleh mana-mana pihak lain. Sebaiknya emak dibawa berubat dan disedarkan dulu jika dia memang disihir dan kemudian barulah emak sendiri memohon perceraian dari suaminya.

  257. shaz

    Reply

    Salam,sy nk tnye mcm ne klau suami kje ikot ske n bg nafkah tp ble bg dye ungkit blik pe yg dye bg,sy xthn la idop mcm ni..ni pn sy pkir ank je…

    • admin

      Reply

      Suami wajib memberi nafkah yang mencukupi atau konsisten kepada isteri dan anak, dan jika dia gagal, isteri boleh membuat tuntutan nafkah dari Mahkamah.

      • Sha

        Reply

        Assalammualaikum admin..

        Kes ni dh lama berlaku dlm 6thn lbh.. Tp sya masih x blh trime dgn ape yg die buat pda sya..

        Msa tu sya tgh pregnant, sya dpt tau hsbnd ade org lain. Siap tipu sya kata kwn laki nk jumpa die kat dpn umah pdhal pmpn tu yg dtg.. Msa ni sya kat blik je sbb xlarat nk turun naik tangga bawa perot. Lps dorg jumpa bpe ari kemudian sya bca msj hp hsbnd. Tgk pmpn tu msj. Abg syg bagai. Sya tnya ape hbgn korg.. Pmpn tu ckp awek die. Syg kn hsbnd. Dia siap hina sya. Dan dr sni sya dpt tau yg mlm tu pmpn ni yg dtg umah utk jumpa hsbnd. Sakit hati sya.. Kes ni kak ipar sya tau. Jd die tlg usir pmpn tu. Dlm msa yg sma hsbnd msj lucah dgn pmpn lain dkt web sosial.. Bertimpa2 dugaan sya hadap.. Mmg hati sakit sgt..

        Start dr tu sya brubah.. Xlayan hsbnd sgt.. Die ckp nk brubah tp xda pon.. De gak pmpn lain.. Sya diam kan je.. Sya xpnh d ajak solat. Ngaji.. Skali pon xpnh.. Rasa tekilan sbb dr awal kawen smpai skg xpnh ajak.. Sya tau berdosa bla xjalankan tanggungjwb (batin) tapi hati sya x blh trime dgn perlakuannya tu..

        Smpai 1 tahap sya rajin buka web sosial. Knl dgn org. Bla knl timbul 1 prasaan.. Tp hbgn tu xlama. Stakat dlm msj.. Dan dalam masa yg sma hsbnd dpt tau. Die amek msj2 tu sbg bukti.. 1 ari sya buka hp hdbnd n delete bukti2 tu.. Sbb msa sya kena die x pk perasaan sya.. Sya tau sya salah tp kalau die x buat prangai sya xkan brubah..

        3x sya minta die lepas kan.. Sbb sya xnk dah hbgn suami isteri yg mcm ni.. Xda hati perasaan dkt hsbnd.. Hanya ade rasa sakit je.. Dh byk kli kami cuba berbaik tapi gitu juga hati sya.. Smpai de 1 tahap emosi sya terganggu sgt.. Sya nk bhgia tp xda..

        Skg ni sya pk smpai bla kami nk mcm ni? Smpai bila dua2 nk tanggung dosa? 6thn sya tahan.. Tp skg sya dh xblh nk tahan hati sya ni..

        Ttg ank sya ok klau nk gilir2 jaga.. Asalkan adil n jga sebaik mungkin..

        Jd kat sni persoalannya sya nk minta cerai yg mcm mna? Pe pendapat admin ttg mslh sya? Ttg ank sape dpt penjagaan?

        • admin

          Reply

          Puan, jika suami bercinta tanpa ada bukti terlanjur, belum cukup serius untuk puan tuntut cerai secara fasakh, tambahan pula puan pernah melakukan perkara yang melibatkan lelaki lain. Sebaiknya berbincang dulu dengan suami agar tahu pendirian beliau tentang perkahwinan ini. Jika masing2 sudah tidak boleh menjalankan tanggungjawab suami isteri, suami boleh menceraikan secara baik. Jika suami enggan, bermakna dia masih sayangkan puan, eloklah cuba baiki hubungan ini demi anak2.

          Jika bercerai, hak jagaan anak2 akan mengikut umur anak. Anak belum mumayyiz kebiasaannya akan dijaga ibu. Jika sudah mumayyiz, mahkamah akan tanya kehendak anak.

  258. Dadu

    Reply

    Assalamualaikum puan…
    Minta maaf..saya nk tanya..
    Jikalau suami ada pernah lafazkan cerai pada tahun 2014 disebabkan desakan dan pergaduhan.
    Tetapi baru memberanikan diri mendaftar cerai pada tahun ini. Boleh saya tahu cara prosedur bagaimana?
    Saya dan suami masih bersama dan belum dikurniakan anak. Seingat saya suami tidak rujuk semula. Kami baru sedar yang dikira jatuh talak jikalau lafaz..tapi tidak pasti rujuk itu bagaimana..
    Sekarang keduanya binggung dan tidak bersama untuk elakkan perkara ini berpanjangan.
    Jadi boleh saya tahu ke procedure bagaimana?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam,

      Puan dan suami boleh terus memfailkan permohonan pengesahan cerai dan pengesahan rujuk di mahkamah rendah syariah terdekat dengan tempat mastautin. Mahkamah akan memberi panduan kepada Puan.

  259. Fazura

    Reply

    Assalamualaikum, saya isteri kedua bernikah di luar negara tanpa pengetahuan isteri pertama. Kami telah sah kan perkahwinanan di malaysia. Awalnya perkahwinan kami aman damai tetapi setelah isteri pertama tahu, suami saya bersikap tidak adil dan abaikan tanggungjawab. Walaupun saya mengandung, dia tetap jarang datang jumpa saya jauh sekali bermalam.

    Saya melahirkan anak sendirian tanpa dia datang. Sehingga umur anak saya 3 bulan dia telah melafazkan cerai kpd saya.
    Saya menangis terkejut diceraikan. Mungkin kesian kan saya dia macam nak berbaik dengan saya dan kami telah melakukan sekali persetubuhan.

    Tetapi selepas itu dia tetap tegaskan bahawa dia tidak rujuk malah mengatakan persetubuhan tersebut adalah zina.

    Sejak itu dia tidak datang lagi berjumpa saya atau anak. Tidak pernah beri nafkah.. kalau beri hanya rm100 dalam 3 atau 4 bulan sekali. Malah dia selalu tegaskan antara saya dan dia tidak ada apa2 lagi hubungan dan dia tidak mahu ambil tahu anak saya.

    Sekarang anak saya dah berumur 1 tahun. Saya telah anggap dia ceraikan saya. Dan saya tak mahu dia lagi.

    Saya mahu sahkan perceraian saya. Dari segi hukum islam, adakah talak itu sah?

    Sekiranya mahkamah tentukan saya masih isteri dia, boleh kah pada perbicaraan mahkamah tentang pengesahan cerai saya mohon mahkamah minta suami saya itu lafazkan cerai kerana dia mmg mahu ceraikan saya?

    Terima kasih

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam, Puan. Bergantung kepada lafaz cerai bagaimana yang diungkapkan, hanya Hakim boleh mensabitkan samaada sememangnya telah jatuh cerai dan begitu juga keesahan rujuk Puan. Sekiranya Hakim mendapati cerai memang berlaku dan rujuk itu sah melalui perbuatan, Hakim boleh membenarkan suami Puan melafazkan cerai sekiranya dia bersetuju dan permohonan cerai dalam Mahkamah dibuat terlebih dahulu dan dipanggil di hadapan Hakim yang sama.

  260. mathu

    Reply

    I dan bekas suami da pisah…da 6 thn…i da Khawin lain..dia pun khawin lain .belum cerai gi…dua dua nak cerai macam mana nak settle

    • admin

      Reply

      Puan, selagi perkahwinan pertama belum dipisahkan dengan perceraian, pernikahan kedua tidak sah. Sebaiknya Puan dan suami pertama selesaikan status perkahwinan dengan memohon perceraian dan dia terus melafazkan di depan Hakim. Kemudian Puan boleh bernikah semula dengan suami kedua selepas tamat iddah.

  261. Yang buntu

    Reply

    Assalamualaikum puan

    Saya ingin menuntut cerai tapi suami tak setuju. Dia kata kalau nak mohon di mahkamah sendiri. Masalahnya saya dag tawar hati selama 18thn perkahwinan kami ni. Bolehkan saya menuntut cerai atas sebab2 berikut :

    1. Suami tidak solat. Tidak mengajak isteri dan anak2 solat. Isteri saje yang mengingatkan anak2 utk bersolat. Bila sy bising dia jwb xpe dosa dia yang tanggung. Anak kami 6 org usia antara 17 – 7 thn.

    2. Suami terlalu sibuk bekerja dan terlalu aktif berpolitik. Boleh dikatakan waktu dia di rumah hanya maghrib dan sllunya pulang lewat antara 1-2pagi… waktu tidur dan pagi sibuk dgn urusan beliau lagi. Boleh dikatakan setiap hari!

    3. Saya dah mula berani jadi kurang ajar, melawan cakap dan memberontak kerana rasa dianiaya. Rasa beban dlm rumah saya tanggung seorang. Hal anak2 sy yang kena uruskan. Saya rasa lagi lama kami bersama lagi bertambah dosa saya.

    4. Suami tak pernah membantu kerja2 rumah, tak ringan tangan utk menolong. Langsung tiada kerja rumah dia bantu. Dari memasak, mengemas, berus baju sekolah anak, cuci pinggan, cuci tandas, semua saya kena urus sendiri. Alasan dia skrg anak2 dah besar… boleh membantu saya. Tapi dia mmg tak menolong dari awal berkahwin.

    5. Yang terakhir… oleh krn jarak umur kami 11thn… saya rasa dia dah tak mampu nak penuhi nafkah batin saya. Saya pernah bertanya samaada dia hilang nafsu dgn saya atau dia ada org lain atau dia terlalu letih berkerja spnjg siang sibuk.. dia jawab krn faktor umur. Sedang kan nafsu sy masih ada.

    Apa yang perlu saya lakukan puan?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Puan.

      Apabila suami tidak setuju menceraikan, saya nasihatkan Puan cuba berbincang dengannya untuk berterus-terang dengan semua perkara yang Puan tidak puas hati dengan beliau. Sebaiknya perceraian adalah langkah terakhir.

      Tetapi jika masih tidak berjaya, dan suami boleh menceraikan secara talaq di depan Hakim, itu lebih baik kerana memudahkan proses perceraian kerana boleh difailkan di Mahkamah secara ‘fast track’ dan boleh selesai dalam masa beberapa jam sahaja.

      Jika suami masih enggan, Puan boleh memfailkan fasakh atas alasan suami tidak solat dan tidak menunaikan nafkah batin (syaratnya hendaklah nafkah batin tidak ditunaikan suami melebihi 1 tahun). Alasan-alasan lain (no. 2, 3 dan 4) yg Puan kemukakan tidak diperuntukkan dalam undang2 untuk tuntutan fasakh dan agak sukar dibuktikan.

      Wallahua’lam. Saya harap jawapan ini membantu

  262. Muhammad Zarifi

    Reply

    Assalamualaikum,bagaimana cara sekiranya si isteri meminta cerai sedangkan si isteri masih belum melunaskan hutangnya. Dan pada masa yg sama si suami tidak lg memberi nafkah atas alasan ingin membayar hutang dgn pihak bank tersebut (si isteri menggunakan kad kredit utk membuat modal perniagaannya) adakah layak si suami tidak memberi nafkah atas dasar toleransi.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,
      Suami wajib memberi nafkah kepada isteri untuk memastikan isteri ada tempat tinggal, makan minum dan pakaian serta kesihatannya terjaga. Tetapi jika isteri sendiri yg bersetuju untuk nafkah ditukar ganti dengan hutang yang dilunaskan suami, maka tidak menjadi masalah, tetapi mestilah ada persetujuan terlebih dahulu tentang cara hutang tersebut ingin dilunaskan. Suami tidak boleh juga menolak hutang sehingga membiarkan isteri kelaparan, melainkan isteri memang ada pendapatan sendiri.

  263. ORKID

    Reply

    Assalamualaikum…puan,

    Usia perkahwinan saya dan suami 12 tahun dikurniakan 4 puteri solehah, masalah yang saya hadapi adalah suami saya adalah seorang penagih dadah..saya mengetahui nya dari sebelum berkahwin disebabkan cinta yang teramat sangat saya sanggup terima seadanya kerana suami berjanji untuk berubah…Tapi semua janji dan peluang yang yang saya beri disia-siakan. Suami pernah bekerja tapi dibuang dan mulakan bisnes kecil-kecilan tetapi tidak berjaya kerana terlibat dengan dadah habis semua modal yg dilaburkan akibat dadah. selepas itu suami tidak bekerja sehinggalah sekarang…

    Suami pernah 2 kali ditangkap oleh polis dan AADK dan saya terpaksa membuat rayuan dan hanya dikenakan pengawasan sebanyak 2 kali selama 3 tahun. Pernah juga saya dan keluarga sebelah suami hantar ke pusat pemulihan rawatan dadah swasta sebanyak 2 kali tapi dia baik hanya sekejap dan terus mengulanginya… dari tahun ke tahun saya cuba dengan mengambil methadon sebagai gantian tetapi tidak juga berjaya. Saya seorang sahaja yg bekerja menanggung semua kos persekolahan anak-anak, suami, utiliti, rumah, kereta dan lain-lain.

    Semua dugaan itu saya tempuh dengan penuh kesabaran dan rela hati, walaupun perit utk dilalui…adakalanya pernah beberapa kali saya x pernah disentuh selama lebih dari 6 bln..tapi itu tidak menjadi masalah kepada saya kerana telah biasa. Tapi pada bulan puasa 2016, suami berbalik dengan perangai lama sehingga sekarang dah lebih dari 6 bulan dia on off (skrg dah sebulan x balik rumah)..saya dah jadi tawar hati kepada suami. Saya nekad untuk bercerai tetapi saya dah bertemu dgn ustaz d pej agama tetapi utk tuntutan fasakh saya perlu bukti terkini suami seorg penagih dan smpai skrg tiada apa2 tindakan yg boleh dibuat… saya buntu.. memikirkan perkara ini…

    Tolong saya beri pencerahan bagaimana sepatutnya saya buat…

    • admin

      Reply

      Puan, eloklah jika Puan terus tuntut perceraian secara taklik kerana sudah terbukti bahawa suami tidak memberi nafkah melebihi 4 bulan kepada Puan. tidak perlu di bawah fasakh kerana isu Puan boleh diringkaskan kepada isu nafkah di bawah taklik sahaja. Tetapi mestilah buktikan yang Puan sudah cuba mencari suami untuk menyerahkan dokumen taklik setelah difailkan di mahkamah itu nanti, kemudian bolehlah kes diteruskan walaupun suami gagal hadir ke mahkamah.

  264. ezlin

    Reply

    Assalamualaikum,puan sy bertanya bg pihak adik prmpuan sy.sjak bernikah suaminya tidak prnah bgi nafkah zahir(mkn minum,pkai,tmpt tggl),tidak prnah solat wlau adik prmpuan sy mngajak,tidak mnjga hati nya sbgai seorg isteri(biarkn abg ipar brckp mcm2 tntng adik sy tanpa dpt prlindungan dr suami). Adik sy ada mngadu pd mak & sy yang dia tak slesa dduk drumah mertua,terlalu penat,tdak ckup mkn.suami nya ada brjmpe sy & ibu sy brbincang sb adik sya ade mminta dia cerai.kmi dh bg nsihat trbaik tp adik prmpuan sy brtegas x blh lgi hdup brsama.adik sy ungkit tntng jnji suaminya beri nafkah,mas kawinnya pn hbis pkai utk suaminya.alasan suami sb mse tu die x bkerja,x dpt gaji.tp sblm kahwin pn dia tak bkerja dgn alasan tggu lpas nikah.slama itu,adik prmpuan sy guna duitnya sndri utk teruskn hidup atau pulang ke rumah mak nya utk lpaskn lelah,mkn mnum & rehat.suaminya ttap x mahu cerai knnya.tp adik sy ttap dgn pndirian untuk brpisah dgn suami nya.apa y patut sy bantu.sya ada bgi nsihat pd suaminya utk bri nafkah,jga mkn mnum,perubatan,tapi adik prmpuan sy msih ttap dgn pndirian mahu dilepaskn dgn alasan sdh tiada perasaan.blh ke adik sy bt tntutan fasakh atau taqlik? Trime ksih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah Puan.

      Jika mengikut cerita Puan, maka adik Puan ada kes yang kuat untuk tuntut taklik, dengan syarat suami memang tidak pernah beri nafkah walau satu sen pun sepanjang tempoh 4 bulan qamariah sebelum kes taklik difailkan. Jika ada beri duit walaupun sedikit, maka lebih sesuai tuntut fasakh menggunakan alasan-alasan seperti nafkah tidak cukup, menyeksa perasaan, abai perintah agama dsb.

      Sekiranya perkahwinan itu menyeksakan adik puan dan suaminya memang tidak mampu menyara beliau, maka berdosa suami itu, dan sebaiknya diselesaikan dengan perceraian bagi mengakhirkan penderitaan si isteri, melainkan suami memang berubah dan berusaha menyara keluarga dan mengubah dirinya menjadi patuh agama.

  265. Yaya

    Reply

    Assalamualaikum
    Saya berkahwin sudah 2 tahun tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Terpaksa berjauhan dan tidak pernah tinggal bersama suami sejak awal perkahwinan atas sebab urusan kerja.

    Sejak tahun lepas kami sering bertengkar sehingga saya tidak tahan dan meminta untuk dilepaskan. Tetapi bila fikir semula sebenarnya saya tidak mahu penceraian. Saya berharap ada jalan selain perceraian. Tetapi suami sudah tawar hati. Suami sudah tidak mengambil tahu hal saya. Suami sudah memohon dimahkamah untuk perbicaraan. Sudah puas saya memujuk tapi tidak diendahkan.

    Saya sudah mati akal. Saya beritahu suami untuk lafazkan perceraian tanpa kehadiran saya. Bolehkah perceraian tanpa kehadiran defendan? Mohon penjelasan. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Sekiranya isteri dengan sengaja tidak mahu hadir, Mahkamah masih boleh membenarkan suami melafazkan talaq di depan Hakim kerana kuasa talaq di tangan suami dan tidak wajib untuk isteri hadir dan talaq masih sah tanpa kehadiran isteri (situasi berbeza jika yg tidak hadir ialah suami).

      Jika isteri tidak mahu bercerai, maka sebaiknya, beritahu kepada Hakim bahawa ingin merujuk perkara tersebut ke jawatankuasa pendamai. Tetapi jika suami berkeras ingin menceraikan, tiada apa yang dapat menghalang suami untuk melafazkan talaq di luar Mahkamah. Sebaiknya cuba pujuk suami dan berterus-terang dengan perasaan si isteri. Jika perlu, hiduplah berdekatan kerana tempat isteri semestinya di sisi suaminya melainkan suami dengan sendirinya redha membenarkan isteri berjauhan.

  266. nurul

    Reply

    Assalamualaikum,

    Saya cuma nak tanya jika saya nak failkan permohonan di bawah seksyen 52(h)(ii) di mana-mana pejabat agama selangor/kuala lumpur, tetapi ic dan saya bernikah di alamat pahang, boleh ke?
    kalau tak hadir sesi kaunseling, prosedur akan terus delay sampai dua-dua hadir?

    Terima kasih

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Puan.

      Persoalannya di manakah alamat mastautin / tempat tinggal Puan sekarang? Jika di selangor, maka di mahkamah rendah syariah selangor terdekat. begitu juga jika di Kuala Lumpur barulah ke Mahkamah di Kuala lumpur.

      Jika alamat tidak sama dengan IC, maka perlu dapatkan sijil kariah dari masjid terdekat dengan tempat tinggal semasa untuk mengesahkan mastautin (borang ada di Mahkamah). apa yang lebih mudah ialah tukar saja alamat IC supaya menunjukkan alamat semasa, dengan syarat sudah tinggal di alamat semasa tersebut melebihi 6 bulan.

      Tempat bernikah tidak kisah di mana sahaja, dan tidak mempengaruhi tempat di mana perceraian ingin difailkan, asalkan ada surat perakuan nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam mana-mana negeri di Malaysia.

      Seksyen 52 (atau seksyen 53 bagi sesetengah negeri) adalah berkenaan fasakh. Jika yang tidak hadir itu ialah suami, maka ya, kebanyakan Mahkamah akan tangguh kes sehingga suami hadir, dan akan keluarkan waran tangkap jika perlu. Jika suami masih dengan sengaja tidak hadir sedangkan dokumen sudah diserahkan secara sempurna mengikut kehendak undang-undang, maka Mahkamah akan meneruskan dengan kes tersebut secara sebelah pihak tetapi di akhir perbicaraan, isteri hendaklah mengangkat sumpah istizhar atau sumpah melaknat diri sendiri jika dia berbohong dalam keterangannya.

  267. mohd

    Reply

    salam puan.saya ingin tahu mengenai nafkah kepada isteri. isu ini sering menjadi topik pergaduhan sehingga ingin di jadikan isu utk bercerai. kondisi kami seperti berikut :
    1) saya bekerja dgn pendapatan rm 4500 sebulan, isteri tidak bekerja dan anak seorang 5 tahun.
    2) tanggungan bulanan saya sewa rumah rm 750 + ansuran kereta rm800 + bil dan lain lain(tnb,loan bank,astro,bil phone,courts,dll) rm 1450 di mana jumlahnya ialah RM 3000.
    3) setiap awal bulan saya akan sediakan segala keperluan rumah, barangan dapur dan barang anak saya (average rm 500)
    4) saya juga akan bank in rm 150 utk belanja isteri saya dan selebihnya utk belanja sepanjang bulan (makan)
    5) pakaian utk keluarga sy akan sediakan ikut keperluan dan sy tak mampu utk menyediakan tiap tiap bulan (hari raya, dsb).
    persoalan saya :
    1) adakah saya di kira tidak memberikan nafkah yg secukupnya kepada isteri sedangkan itu saja kemampuan saya.
    2) bolehkan mahkhamah membenarkan alasan tidak cukup nafkah oleh isteri saya utk memohon penceraian dan adakah isteri saya boleh menuntut harta sepencarian jika dia yg memohon utk bercerai
    3) utk makluman puan kami sudah lebih 12 bulan tidur berasingan (dalam satu bilik tp katil berbeza)
    4) saya masih ingin mempertahankan rumah tangga saya kerana mimikirkan masa depan anak saya.

    • admin

      Reply

      Salam.

      1) nafkah adalah mengikut kemampuan suami. Jika difailkan kes di mahkamah, mahkamah akan minta suami kemukakan bukti pendapatan, bukti tolakan hutang yang dibuat setiap bulan, dan bukti nafkah yang telah dibayar. kemudian mahkamah akan menilai kemampuan suami yg sebenar.

      2) jika isteri mengadu tidak cukup nafkah, isteri perlu membuktikan apakah bahagian yang tidak cukup tersebut. Jika suami boleh memberi bukti bahawa nafkah sememangnya cukup dan mahkamah juga berpendapat sedemikian, maka alasan nafkah semata tidak boleh mensabitkan alasan cerai.

      Ya, semua harta yang diperolehi semasa suami isteri masih berkahwin layak dituntut sebagai harta sepencarian kerana walaupun isteri tidak bekerja tetapi dia membantu menjaga suami (sehingga suami boleh bekerja dan mengumpul harta) dan isteri juga menjaga harta suami seperti membersihkan rumah.

      3) alasan sudah tidak bersama lebih dari setahun adalah alasan yg membolehkan fasakh dan isteri boleh menuntut cerai atas alasan ini

      4) sebaiknya encik berbincang dengan isteri dan pujuklah isteri untuk ke kaunseling di jabatan agama islam berdekatan. kebanyakan perempuan hanya ingin isi hatinya didengar dan bebanan emosinya dipikul bersama dengan suami. nafkah batin juga tidak harus diabaikan oleh suami isteri kerana ia berlawanan dengan fitrah perkahwinan.

  268. Mia

    Reply

    salam admin. nak tnya, mcm mna kalau suami terpaksa cerai kan isteri kerana isteri memaksa utk menceraikan dia sdg kan ketika itu isteri dlm keadaan emosi tidak terkawal. dan suami lafaz ‘aku ceraikan kau’ dlm keadaan marah dan terpaksa. suami dan isteri masih syg kan keluarga mereka. cuma lafaz cerai ketika marah dan emosi tidak terkawal dari isteri bt suami tak tahan dan scara tdak sengaja lafaz cerai. jatuh talak ke?? dan skrg suami dan isteri ingin berbaik smula. perlu ke utk rujuk ke mahkamah?? suami tidak berniat utk berpisah. kalau rujuk ke mahkamah, perlu utk daftar kes lafaz luar mahkamah? krana suami dan isteri tidak ingin di saman. kalau mereka daftar sbagai kes persetujuan bersama boleh tak? dan proses rujuk mengambil masa brapa lama? perlukah peguam? kalau dlm masa proses rujuk boleh tak suami dan isteri tinggal bersama? maaf bnyk sgt soalan. terima kasih admin

    • admin

      Reply

      Salam,

      Cerai tetap jatuh kerana lafaz tersebut adalah lafaz soreh yang tidak memerlukan kepada niat.
      Failkan lah permohonan pengesahan cerai dan pengesahan rujuk (jika telah rujuk sebelum ke Mahkamah melalui lafaz atau perbuatan).
      Saman tetap akan dikenakan kerana lafaz telahpun dibuat di luar Mahkamah. Denda kebiasaannya adalah RM 1,000.

  269. Hani

    Reply

    Salam tuan, suami sy lebihkan bekas isteri. Beliau mempunyai 3 org anak dengan bekas isteri, nafkah utk anak dipotong bulan-bulan, xtermasuk perbelanjaan bila anak nak masuk asrama/ bila berjumpa anak2. Sedangkan saya menanggung semua perbelanjaan seorg anak saya sendiri. Saya ingin bercerai sebab dah xtahan bergaduh dengan dia. Baru2 ni saya minta berpisah, die cakap berambus gi la kalau nak. Adakah sudah jatuh talak?

    • admin

      Reply

      Assalamualaikum Puan,

      Percakapan berambus itu tidak jatuh melainkan suami memang ada niat menceraikan. Jadi kena tanya niat suami bagaimana.

  270. aminah

    Reply

    assalamualaikum admin…sy sudah dapat tarikh untuk bercerai pada awal tahun 2017..ini kerana tiada persefaman dengan suami lagi..
    tapi jauh dlam hati sy xinginkan perceraian…saya sayangkn perkhawinan saya walaupun tidak bahagia…sy dan suami tiggal berasingan sejak awal kawen…sbb tuntuan kerja….berkawen bukan sbb cinta tp tp xde pilihan lain…dr hujung bulan 7 sehngga skrg suami melarikan diri wlupun kami tggal berdekatan..sy tidak tahu alamat baru suami cume th daerah…suami dpt kerja baru pada bulan 7..suami ckap die sudah tawar hati dan tertutup pintu hati…sgala proses penceraian suami yg buat…dulu sy slalu ugut suami minta cerai krn suami tidak pernah ambil tahu pasal sy..sy dah minta bantuan kluarga suami…tapi tidak berhasil…perlukah saya setuju bercerai atau tidak setuju bila depan hakim..sy dlm dilema tlg bantu sya…sya ingin skali jumpa kaunseling tp sy th suami mesti melarikan diri …hati sy perit mengenagkan nasib jadi janda…

    • admin

      Reply

      Assalamualaikum Puan,

      Jika suami sudah nekad menceraikan, maka sukar untuk mengubah fikiran beliau kerana kuasa talaq di tangannya dan bila-bila masa saja dia boleh melafazkan talaq sekalipun tanpa kebenaran Mahkamah. Namun, jika dia memfailkan tuntutan bercerai secara talaq dalam Mahkamah di depan Hakim, maka beritahu Hakim bahawa Puan menukar fikiran dan mahu terus berkahwin. maka Hakim akan merujuk Puan dan suami ke Jawatankuasa Pendamai.

  271. mohd kareem

    Reply

    assalamualaikum…
    sy mohd kareem…di sini sy ingin bertanya sedikit tentang kes sy…
    1)isteri sy telah failkan cerai bersama di mhkamah tetapi sy tetap xmahu menceraikan isteri sy…jd bolehkah isteri mendapat talak walaupun suami tidak melakukan kesalahan2 besar dlm islam?
    2) kes nusyuz sy sudah berjalan dan mahkamah telah memutuskan sabitan nusyu terhadap isteri sy.adakah kes nusyu ini boleh di gunakan pakai untuk hujah membantah kes yg di failkan isteri sy?
    mohon pencerahan dr pihak tuan..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah Encik Kareem,

      1. Isteri masih boleh dapat jika Hakam yang dilantik oleh Encik sendiri atau Hakam panel yang dilantik oleh Mahkamah mencadangkan perceraian diteruskan dan Hakim atau Encik memberikan kuasa kepada Hakam tersebut untuk melafazkan talaq bagi pihak Encik. Cuma prosedur ini memakan masa, yang paling cepat pun di Selangor, itupun mengambil masa sehingga 6 ~ 9 bulan jika suami tetap tidak mahu menceraikan. Manakala kebanyakan Hakim di negeri2 lain akan terus mencadangkan kepada si isteri untuk menarik balik permohonan cerai secara talaq dan memohon secara fasakh atau takliq, bergantung kepada alasan yang digunakan, kerana proses fasakh dan taklik lebih cepat selesai berbanding proses talaq jika suami tidak mahu melafazkan. Namun, jika isteri gagal membuktikan alasan fasakh atau takliq yang dikatakan, maka isteri tetap tidak boleh mendapat cerai.

      2. Jika sudah ada perintah nusyuz, ia akan menghalang isteri mendapat nafkah iddah, nafkah isteri dan mutaah. Namun, ia tidak menghalang mendapat perceraian kerana alasan untuk bercerai tidak bergantung kepada samaada wujud atau tidak perintah nusyuz.

      Wallahua’lam

      • mohd kareem

        Reply

        Terima kasih sy ucapkan pada admin kerana menjawab soalan2 sy.
        Di sini sy ada sedikit lagi soalan pada jawapan admin…

        1)jika hakam pihak yg dilantik suami pun tidak bersetuju untuk bercerai?

        2)jika pihak suami tidak mahu hadir dan tidak mahu beri kerjasama utk kes cerai
        bersama,adakah hakim masih meneruskan juga kes tanpa pihak suami?

        3)jika hakam yg di lantik mahkamah mencadangkan utk bercerai,tetapi suami masih tidak mahu bercerai,dan tidak mahu melafazkan…adakah talaq itu boleh di jatuhkan?

        (*Kes cerai bersama telah di failkan di mahkamah Jln Duta Kuala Lumpur)

        Maaf sekiranya saya banyak bertanya.Terima kasih sekali lagi pada pihak admin kerana telah menjawab persoalan sy sebelum ini.

  272. Nurul

    Reply

    Saya merancang untuk membuat tuntuan cerai secara fasakh kerana yakin suami takkan hadir ke pejabat agama/mahkamah kerana ego & ada beberapa alasan:
    1) Suami Isteri sudah tidak bercakap, tidak tidur sebilik kerana suami suka meninggikan suara, suka menuduh isteri mengamalkan ilmu hitam (padahal tak pernah langsung)
    2) Suami ada berhutang dengan isteri semasa zaman kejatuhan & ada surat perjanjian yang dah stamp mati. Sudah lebih 10 tahun masih tak bayar walaupun mampu.
    3) Suami ber whatsapp dengan isteri orang (ada bukti screenshot) dengan perkataan berahi walaupun belum berzina.
    4) Suami hendak kenakan isteri dengan
    ilmu hitam (ada bukti snapshot whatsapp perbualan dengan bomoh, beserta gambar isteri)
    5) Suami sudah 2 kali menampar isteri semasa bergaduh. Kali pertama di hadapan anak berusia 4 tahun & kali ke dua di dalam bilik. Malangnya tidak ada bukti pemeriksaan hospital/laporan polis.

    Adakah alasan-alasan & bukti di atas kukuh untuk mengelakkan sesi kaunseling & mempercepatkan perceraian sebelum bimbang keselamatan isteri? Bolehkan testimoni anak-anak (sudah 20an) yang melihat kekejaman suami digunapakai?

    • admin

      Reply

      Puan,

      Perceraian secara lafaz talaq dalam Mahkamah patut difailkan jika suami memberikan kerjasama dan sanggup melafazkan talaq sahaja, kerana ia proses yang cepat jika mendapat kerjasama suami untuk hadir dan bersetuju cerai.

      Jika suami enggan menceraikan, sebaiknya kes Puan diteruskan secara fasakh. Setelah Puan memfailkan tuntutan fasakh, kemukakan dokumen-dokumen dan saksi yang tahu secara langsung berkenaan masalah rumahtangga Puan. Anak bukanlah saksi yang bebas, jadi tidak digalakkan, kerana keterangan terhadap bapa sendiri boleh menjadi tohmah sekalipun anak itu tahu keadaan sebenar. Sebaiknya cari saksi selain anak sendiri.

      Manakala sekiranya Puan bimbangkan keselamatan diri, Puan boleh terus memohon injunksi terhadap suami sementara menanti proses perceraian selesai. walau bagaimanapun, untuk mendapat injunksi ini, puan perlu bukti yang kukuh seperti laporan polis dan laporan perubatan. tanpa bukti ini, susah untuk puan mendapat perintah injunksi supaya suami tidak mencederakan puan.

  273. Wanita

    Reply

    Sekiranya suami lafaz ” satu hari nanti aku akan ceraikan kau juga ” adakah jatuh talak ? Dgn niat untuk menggertak sy semasa bergaduh . Dulu dia pernah lafaz , di pendengarN sy dia ckp ” aku ceraikan kau dgn talak 3 ” tp xberapa jelas sbb masa tuh dia tmpar pipi kena telinga sy skli berulang kali hgga sy xberapa jelas pkataan yg di sebut .. tp bila sy tye dia .. dia ckp dia hye lafaz ” aku xkan cerai kau dgn talak 3 ” tujuan dia pon sme untuk menggertak sy

    • admin

      Reply

      Lafaz “akan” tidak menjatuhkan talaq sekalipun perkataan “cerai” disebut.

      Manakala lafaz talaq tiga yang dibuat oleh suami tidak akan dapat dibuktikan di Mahkamah sekiranya suami menafikan ada menyebut demikian, sepertimana yang suami sudahpun katakan kepada Puan.

      Oleh yang demikian, saya nasihatkan sekiranya berlaku lagi lafaz berbunyi cerai dibuat suami, Puan terus rekodkan tarikh, masa, tempat, cara lafaz dibut dan perkataan yang tepat diucap oleh suami. Selepas semua butiran ini lengkap, barulah Puan failkan tuntutan pengesahan cerai di Mahkamah.

      Suami perlu lebih berhati-hati dalam membuat sebarang lafaz berbunyi cerai, kerana khuatir ia menjejaskan kehalalan hubungan suami-isteri sekiranya talaq sememangnya jatuh.

  274. Cik Lizz

    Reply

    As’sallamualaikum..
    Pd 24/12 ini, usia rmh tangga sy baru 3 bln.. spnjang tempoh ini, suami sy tidak pernah memberi nafkah kepada sy dn kebanyakan brg rmh dari perabot smpai ke barang dapur sy y sediakn.. ktanya dy akan byr semula duit y sy dlukn utk bli brg2 trsebut tp smpai sy sndiri tidak ada duit belanja, sy rsa trtekan n trsiksa.. dy sndri tidak bekerja tetap.. dlm tmpoh 3bln ni, sudah 4x berenti kerja dn dy seperti ambik mudah dlm semua urusan.. dy seperti “masih bujang”, dy buat sy rasa mcm tunggul, dy seperti tiada semasa sy perluakn dy.. walaupun usia perkahwinan bru 3 bln, sy dh xsanggup nk harungi semua ini.. tiada nafkah, tiada duit belanja, hutang makin bertambah.. apakah prosidur y sesuai bg sy sekiranya sy ingin memohon cerai?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Saya nasihatkan Puan tuntutlah dulu tuntutan nafkah isteri tanpa perlu melalui proses cerai. Mahkamah akan memaksa suami menyediakan nafkah untuk Puan setiap bulan. Sekiranya dia tidak mampu, maka warisnya yang wajib menanggung Puan.

      Sekiranya tuntutan nafkah ini masih tidak berjaya menyelesaikan masalah Puan dan suami, maka selepas genap empat bulan kegagalan suami memberi nafkah walau satu sen, melayakkan Puan untuk menuntut perceraian di bawah taklik.

      Sebaiknya perceraian menjadi penyelesaian terakhir dalam masalah rumahtangga.

      Wallahua’lam

  275. Aisyah

    Reply

    Assalamualaikum
    Sy nak bertanya. Sy berniat untuk memohon cerai drpd suami sy dan beliau pon telah bersetuju. Alasannya adalah kerana tiada lg persefahaman dan kepercayaan antara kami. Sepanjang 4 tahun perkahwinan kami beliau sering tertangkap bermain whatsapp dgn perempuan. Dan skrg beliau sdg menggilai kawan sekerja yg berstatus isteri org. Sudah setahun dia berkawan dgn perempuan itu dan dah berkali2 berjanji dgn sy utk tidak berkawan lg tetapi tetap berkawan secara sorok2 di blkg sy. Beliau juga pernah mencederakan sy. Kami jrg bertegur sapa, tidak tidur skali dan sy tidak boleh menghormati beliau lg kerana sering ditipu. Sy terlalu tawar hati.

    Tetapi dr segi tanggungjawab, beliau memberikan nafkah tempat tinggal, belanja dapur, pampers dan susu anak yg cukup pada tiap bln. Beliau juga bertanggungjawab pada anak2 sy yg berumur 2 dan 3 tahun.

    Sy dah x sanggup untuk hidup bersama dgn suami yg bertuhankan handphone. Kemana saja pergi, hp x pernah lekang. Bahkan sy x dibenarkan utk pegang atau periksa handphone beliau.

    Kukuh kah alasan sy utk memohon cerai? Beliau pun telah bersetuju. Yg menjadi masalah skrg ialah hak penjagaan anak? Dia mengugut sy dia boleh ceraikan sy sekiranya sy memberi anak2 kepada dia. Bagaimanakah mahkaman menentukan hak jagaan anak? Adakah sy tidak layak mendapat hak jagaan anak? Utk makluman pihak tuan sy surirumah sepenuh masa dan tidak bekerja. Harap tuan dpt membalas terima kasih

    • admin

      Reply

      Sekiranya suami sudah bersetuju untuk menceraikan, Mahkamah akan biasanya membenarkan sahaja permohonan tersebut. Berilah saja alasan bercerai kerana pihak-pihak sudah bersetuju untuk bercerai dan sudah tidak bersama sejak tempoh berapa lama.

      Puan layak mendapat hak jagaan anak untuk anak-anak yang masih kecil, iaitu anak lelaki sehingga umur 7 tahun, dan anak perempuan sehingga umur 9 tahun. Namun tidaklah bermakna Puan hilang hak jagaan sekiranya sudah sampai umur 7/9 tahun tersebut (mengikut jantina anak). Sekiranya anak-anak yang sudah mumaiyiz memilih untuk tetap tinggal bersama Puan, Mahkamah masih boleh membenarkan Puan terus menjaga mereka.

      Walaupun Puan tidak bekerja, suami wajib membayar nafkah anak kepada Puan selaku penjaga anak2. Jadi isu pekerjaan tidak menjadi masalah dalam menentukan hak jagaan.

  276. rie

    Reply

    assalamualaikum.. saya seorang suami mempunyai seorang cahaya mata, usia perkahwinan kami memasuki tahun kedua, tpi baru baru ini perkahwinan saya mempunyai masalah kerana isteri saya selalu berprasangka buruk terhadap saya menuduh saya mempunyai perempun lain.. isteri saya meminta saya menceraikan dia. sudah banyak kali dia ingin saya lafazkan cerai kepadanya namun saya tidak mempedulikannya, sampai dia memberitahu keluarganya niat untuk bercerai. dia sering berprasangka buruk dengan saya, dan memberitahu saya tiada hak ke atas anak saya. saya suda beberapa kali menasihati dia tetapi dia tidak mendengar dan sering mencari salah saya. apa yang harus saya lakukan.. jika dia ingin betul betul meminta cerai daripada saya.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam Encik,

      Sekiranya isteri memfailkan tuntutan cerai secara talaq dalam Mahkamah, encik boleh memberitahu Hakim bahawa encik tidak mahu menceraikannya. Hakim akan merujuk kes Encik kepada Jawatankuasa Pendamai diikuti dengan Majlis Hakam. Kedua-dua perjumpaan ini bertindak sebagai forum untuk cuba menyelesaikan isu suami isteri sebelum cerai patut atau tidak diteruskan.

      Saya juga mencadangkan Encik terlebih dahulu mengajak isteri ke kaunseling di pejabat agama islam terdekat supaya Encik dan isteri boleh cuba menyelesaikan masalah secara bersama-sama, kerana mungkin banyak isu yang masih dipendam dan tidak diselesaikan menyebabkan isteri memilih untuk bercerai.

  277. Azlina

    Reply

    Assalaamualakum
    Saya isteri yang bekerja dan mempunyai 2 org cahaya mata berumur 13thn dan 7 thn.
    Suami telah berhenti kerja pada Okt 2013 dengan alasan penat (pemandu peribadi dan syarikat) kerana menuntut kerja seawal subuh dan kdg kala balik lewat malam (berbayar-overtime).
    Dia mahu membawa teksi dengan alasan byk masa bersama keluarga. Saya telah berbincang sebelum suami mahu berhenti kerana komitmen perbelanjaan (hutang rumah dan kereta) masih belum langsai. Namun suami tidak mengendahkan.
    Nafkah yang diberi kepada saya dan anak2 tidak menentu.
    Terakhir nafkah yang diberi pada Sep 2015 sebanyak rm870. Dia beri saya tunai yang mana saya catit setiap kali dia beri nafkah.
    Kemudian dia mula tidak memberi nafkah dimana saya sertakan butiran seperti dibawah :
    Okt 2015 – rm100
    Nov 2015 – rm200
    Dec 2015 – rm100
    Feb 2016 – rm100
    Mar 2016 – rm100
    Apr 2016 – rm465
    May 2016 – tiada
    Jun 2016 – rm50
    Julai 2016 sehingga ke hari ini dia tidak memberi walau satu sen pun kepada kami.
    Suami seorang yang panas baran. Saya pernah meminta nafkah namun makian yang saya dapat.
    Belanja bulanan sekiranya tidak mencukupi saya terpaksa meminta bantuan ibu saya.
    Suami bekerja tidak menentu masa. Ada kalanya petang baru keluar mencari penumpang. Dia pulang subuh2. Tiada masa bersama kami. Semua tanggungjawab di rumah terpikul dibahu saya sendiri. Dia tidak pernah mengambil tahu tentang urusan saya dan anak2. Sekiranya saya tidak masak dia akan mengeji dengan berbagai tuduhan. Saya bangun awal untuk bekerja tetapi dia masih tidur. Seperkara lagi, dia tak pernah solat. Pernah sekali anak saya sulong saya mengajak dia solat, dia memukul anak saya.

    Persoalannya sekarang apa yang perlu saya lakukan? saya tidak mahu berbaik dengan suami lagi kerana telah terlalu lama saya dan anak2 menderita. saya ingin memfailkan cerai dan adakah saya wajib melalui proses kaunseling terlebih dahulu?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Puan.

      Proses kaunseling tidak wajib, Puan boleh terus menuntut cerai secara fasakh atau taklik.

      Oleh kerana suami sememangnya sudah tidak memberi walau satu sen wang nafkah sejak bulan Julai, lebih mudah Puan tuntut taklik sahaja kerana semasa perbicaraan nanti Puan hanya perlu membangkitkan berkenaan isu nafkah sahaja. Dalam hal ini, suami yang perlu membuktikan dia ada memberi nafkah kepada Puan. Oleh kerana hakikatnya dia memang tidak memberi apa2 duit belanja, maka Mahkamah akan memutuskan dia telah melanggar taklik dan cerai boleh dijatuhkan. Semuanya bergantung kepada keterangan yang diberi oleh Puan dan suami semasa perbicaraan depan hakim nanti.

      Wallahua’lam

  278. Mohon Tunjukkan Jalan

    Reply

    Assalamualaikum…Suami saya tidak berlaku adil dalam poligami,datang sekali dalam seminggu,tu pun kadang2 tak datang langsung. Nafkah batin saya terabai,apatah lagi meluangkan masa untuk saya dan anak. Kami tak pernah beraya bersama dan suami tak pernah berlaku adil dalam giliran termasuklah cuti raya,cuti haji dan segala cuti2 yang lain,langsung tak pernah. Walaupun telah banyak kali saya cakap dan tegur tapi keadaan masih sama. Suami juga tak perna belikan saya pakaian tapi suami pula selalu berbaju baru ketika datang. Saya bukan jenis meminta2 tapi jujurnya memang terasa hati. Saya dah banyak kali minta cerai pada suami. Suami kata dia akan ceraikan saya jika saya ambil borang dari mahkamah dan dia hanya tinggal tandatangan sahaja. Ada atau tidak prosedur seperti itu dan macam mana caranya…saya nak akhirkan semua ini sebab da bertahun2 saya bertahan positif walaupun menangis terluka dan selalu menanti. Dan sekarang hati saya dah tertutup. Dan macam mana caranya saya nak tuntut nafkah untuk saya dan anak2 saya

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah Puan,

      Kami bersimpati dengan dugaan yang menimpa diri Puan dan diharap Puan bersabar menghadapinya. Sekiranya Puan bernikah secara sah di Malaysia, Puan boleh terus memohon perceraian secara talaq dalam Mahkamah atau bercerai secara fasakh (Jika Puan bernikah di sempadan, Puan perlu memfailkan permohonan pengesahan nikah terlebih dahulu di Mahkamah Rendah Syariah terdekat dengan tempat mastautin).

      Suami WAJIB hadir ke Mahkamah sekiranya Puan memohon bercerai secara talaq dalam Mahkamah, ikutlah prosedur seperti yang telah saya nyatakan dalam artikel tajuk “cerai secara baik/cerai dalam mahkamah”. Ini kerana, talaq hanya boleh dilafazkan di hadapan Hakim oleh suami. Proses talaq dalam Mahkamah ini adalah proses mudah yang tidak melibatkan perbicaraan jadi perceraian Puan boleh diselesaikan dalam masa beberapa jam sahaja, DENGAN SYARAT suami mesti hadir bersama Puan ke Mahkamah. Tidak ada prosedur di mana suami hanya tandatangan borang dan tidak perlu hadir ke Mahkamah.

      Manakala jika Puan menghadapi masalah untuk memohon cerai secara talaq kerana suami enggan hadir ke Mahkamah, maka mohonlah bercerai secara fasakh, dan gunakan alasan suami gagal memberi nafkah dan gagal berlaku adil apabila berpoligami. Dalam kes fasakh, Puan wajib melalui proses bicara, dan jika suami enggan hadir sekalipun, Puan masih boleh mendapatkan cerai dari Mahkamah, dengan syarat, Puan membawa bukti yang mencukupi dan saksi-saksi yang menyokong keterangan Puan di Mahkamah. Rujuklah bantuan peguam sekiranya Puan perlukan nasihat lebih lanjut berkenaan hal ini, atau jika Puan ingin diwakili peguam di Mahkamah bagi melancarkan proses tuntutan perceraian ini.

  279. Ainol

    Reply

    Assalam.

    Sy berhasrat untuk bercerai dengan isteri saya. Alasan untuk bercerai kerana keluarga mertua dan ipar duai saya. Alasan pertama keluarga isteri tinggal di kawasan yang tak sesuai iaitu di tengah kawasan kebun getah yang mana tidak ada jiran tetangga jadi saya tidak berasa selesa setiap kali balik ke rumah mertua dan isteri selalu mengajak saya balik seperti sebulan sekali. Alasan kedua ipar duai selalu mempergunakan isteri saya seperti meminjam duit, meminjam kereta dan sebagainya. Alasan ketiga keluarga isteri kurang bab agama. Adakah alasan ini kukuh untuk saya menceraikan isteri saya? Untuk makluman saya pernah bincang semua ini dengan isteri tapi isteri menyebelahi keluarga nya. Usia perkahwinan saya sudah 4 tahun dan mempunyai seorang anak. Terima Kasih

    • admin

      Reply

      Assalam.

      Encik Ainol, saya menasihatkan Encik berbincang terlebih dahulu di kaunseling pejabat agama islam terdekat untuk cuba mendamaikan hubungan Encik dengan isteri, demi kebajikan anak yang ada. Jika keadaan masih keruh, kuasa talaq ada di tangan Encik, dan teruslah rujuk perkara ini ke Mahkamah Rendah Syariah terdekat dan nyatakan sahaja yang hubungan Encik dan isteri sudah tidak boleh didamaikan lagi.

      Jika isteri masih tidak mahu bercerai, maka Mahkamah akan merujuk perkara ini ke Jawatankuasa Pendamai diikuti Majlis Hakam untuk cuba mendapatkan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak. Perceraian akan akhirnya berlaku jika pihak-pihak masih belum dapat berdamai setelah melalui kesemua proses ini.

  280. Nurhasni

    Reply

    Assalamualaikum..
    Saya sering menghadapi tekanan sepanjang usia perkahwinan dengan sikap suami…
    1.Suami banyak menyerahkan kebanyakan perbelanjaan isi rumah dan tanggungjawab yang lain seperti yuran sekolah,belanja sekolah anak anak dan yang lain2 kepada saya..dan tidak pernah memberi nafkah berbentuk wang kepada saya sepanjang tempoh perkahwinan kami..pernah sekali disebabkan dia terpukul saya ketika mengandung anak ke 3 dia memberi RM200 kepada saya namun diminta oleh beliau semula.Adakalanya saya yang menanggung duit poket dan kos minyak keretanya.
    2.Suami juga sering tinggikan suara terhadap saya didalam perbincangan ataupun pada isu2 yang kami bincangkan.Hal ini membuatkan saya berasa malu kepada anak2.Selau saya ingatkan beliau agar tidak berbuat demikian jika bercakap tetapi saya lebih suka menganggap bahawa suami saya berperangai buruk dan tidak berubah.
    3.Dalam tempoh 3 tahun lepas saya selalu dipukul dan diancam dengan bermacam macam cara oleh suami disebabkan dia gila berjudi.Tidak kiralah saya dalam keadaan mengandung sekalipun tetapi saya tidak membuat aduan disebabkan saya masih sayangkan rumahtangga kami kecuali atas 2 kes.
    4.Saya beberapa kali untuk cuba memfailkan cerai di mahkamah tetapi suami saya sering mengugut untuk memberi anak2 saya minuman racun.Dan suami saya juga mengugut kalau saya menuntut cerai suami bersetuju dengan syarat saya sign up atas satu surat perjanjian yang kesemua anak2 diambil dan dijaga oleh beliau.
    5.Kami selalu bergaduh disebabkan saya selalu tidak berpuas hati dengan sikap suami saya yang memang sangat pemalas.Selalu tidur yang panjang selepas subuh dan selepas zohor terutama waktu hujung minggu padahal sepatutnya beliau boleh cari kerja part time
    6.Saya juga sangat terkilan dengan sikap suami saya yang suka berbohong dan menipu saya dalam banyak hal.
    7.Sehinggalah sekarang saya tidak menghormati,tidak mempercayai dan saya kehilangan 70% kasih sayang dengan suami saya disebabkan sikapnya.Disebabkan itu saya selalu melawan dengan suara yang lantang apa2 pun pandangan atau apa2 pun tingkahlakunya.Tetapi saya juga sangat takutkan suami disebabkan sikap baran dan banyak ugutannya.
    Pada masa sekarang usia perkahwinan kami sudah mencecah ke 17 tahun..Suami saya bekerja sebagai kerani sekolah dan saya pula seorang guru.Dan saya melaui tekanan dari hari ke sehari.Keluarga saya mengetahui semua hal ini namun tudak suka mencampuri hal rumahtangga saya dan mereka menyerahkan keputusan ditangan saya.Tolonglah saya apa patut saya lakukan saya sudah tidak mampu melalui semua ini..?
    Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah Puan,

      Sungguh berat dugaan yang Allah beri kepada Puan, ingatlah orang-orang yang sabar akan diangkat darjatnya di sisi Allah.

      Kami menasihatkan Puan mendapatkan perceraian secara ta’liq, atas alasan suami tidak memberi nafkah melebihi 4 bulan berturut. Manakala untuk dakwaan pukul, Puan perlu membuat laporan polis diikuti dengan laporan perubatan dari hospital kerajaan yang dirujuk oleh pihak polis. Dapatkan juga laporan perubatan dari hospital swasta untuk menyokong, kerana laporan perubatan kerajaan mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Tanpa bukti-bukti ini, agak sukar untuk Puan mendapatkan cerai atas alasan Puan telah dikasari.

      Bukti yang sama juga boleh Puan gunakan untuk membuat permohonan injunksi terhadap suami, pada masa yang sama Puan menuntut perceraian. Tujuan permohonan ini adalah supaya dia menjauhkan diri dari Puan dan anak-anak kerana bimbangkan keselamatan Puan dan anak-anak. Permohonan ini boleh dibuat secara segera di Mahkamah Tinggi Syariah terdekat, sebaiknya dapatkanlah khidmat guaman jika ingin mendapatkan proses yang lancar berkenaan perkara ini kerana ianya melibatkan proses yang agak rumit.

  281. Zakiah

    Reply

    Assalammualikum pn. Saya mengalami masalah suami yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan memberi nafkah kepada saya dan anak2. Saya hidup berpoligami. Segala perbelanjaan dirumah saya terpaksa tanggung. Suami juga kerap meminta duit daripada saya membuatkan saya terlalu tertekan. Saya terpaksa berkerja lebih masa demi memenuhi tuntutan kehidupan. Ini mengakibatkan saya hilang rasa sayang terhadap suami. Kami jg tidak bertegur sapa. Saya pernah minta dilepaskan tetapi suami tidak bersetuju. Sekarang dia ambil jalan mudah tinggalkan saya dan anak2 serta madunya bekerja di Pulau Pinang. Suami jg seorang yang panas baran dan tidak menjalankan perintah agama. Saya bercadang memohon cerai secara fasakh. Masalahnya saya pasti suami tidak akan mahu hadir ke makamah dan memberikan pelbagai alasan. Bagaimanakah dan apakah jalan terbaik yang boleh saya lakukan. Sekiranya cerai secara fasakh tidak memerlukan suami hadir bolehkah saya membuat tuntutan nafkah untuk anak2. Perlukah saya sediakan bukti untuk tuduhan saya terhadap suami kerana bukti bertulis mmg tiada. Yg mengetahui hanyalah anak2. Terima kasih puan kerana membantu menyelesaikankemelut saya ini

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah Puan,

      Fasakh boleh dituntut walaupun tanpa kehadiran suami kerana ini bukan perceraian yang memerlukan kepada lafaz talaq. Hakim yang akan membuat perintah memutuskan ikatan perkahwinan. Cuma Puan perlulah berusaha menyerahkan dokumen Mahkamah kepada suami, dan jika suami masih enggan hadir walaupun setelah menerima dokumen tersebut, Mahkamah akan meneruskan dengan prosiding tersebut secara sebelah pihak, setelah berpuas hati bahawa semua usaha untuk memaklumkan suami akan prosiding itu telah dibuat di pihak Puan.

      Kumpulkanlah saja apa jua bukti yang Puan ada seperti perbualan WhatsApp, penyata akaun bank Puan yang menunjukkan tiada wang dimasukkan oleh suami setiap bulan, dan apa jua bukti lain yang mungkin ada. Kemudian failkan saja permohonan cerai secara fasakh tersebut atas alasan suami gagal memberi nafkah dan tidak adil berpoligami.

      Jika Puan bernikah di luar Malaysia, dapatkan dahulu pengesahan nikah dari Mahkamah Rendah Syariah terdekat, kemudian barulah Puan boleh meneruskan dengan permohonan fasakh.

      Puan boleh memfailkan tuntutan nafkah anak dalam masa yang sama Puan memfailkan tuntutan cerai. Selepas cerai selesai, Puan juga boleh membuat tuntutan mutaah, harta sepencarian, hadhanah dan nafkah iddah dari suami.

  282. syamiera

    Reply

    sy pon nak tanyelahh , memandangkan sy dan bekas suami dan setahun bercerai , alhamdulillah mnkin jodoh kami masih panjang , dan ingin berkahwin semula . cume sy lupe samaada sijil nikah dan kad akad nikah pejabat agama dah tarik balik kan ?? betul takk .. heheheee .. betul betul dh x amik port dh , and sekrg dh peningg …
    yg diperlukan untuk berkahwin semula adakah sama prosuder yseperti mula mula nak kahwin , sy ada tanye dgan pejabat agama , dan memng prosuder nyee same mcm mane nk kawen duluw , cume beza kena bwak sijil cerai . yg keliru kat sini , sijil nikah ( memng mase cerai pulangkan balikk , atau ade dgan kite ?? )
    huhuu , terima kasih …

    • admin

      Reply

      Alhamdulillah, tahniah Puan, kerana dapat kembali berdamai dengan bekas suami. Selepas Puan mendapatkan perintah cerai dari Mahkamah, Puan perlu bawa sijil nikah lama bersama perintah cerai ke pejabat agama islam yang dinyatakan dalam perintah cerai tersebut. Pejabat berkenaan akan membatalkan sijil nikah lama Puan DAN mengeluarkan sijil cerai. Semasa membuat permohonan berkahwin semula, Puan bawalah sijil cerai tersebut sebagai dokumen sokongan.

  283. Mastura

    Reply

    Assalamualaikum wbt..

    Memisahkan sy dan keluarga, tidak pernah menghormati keluarga sy, tidak pernah beri nafkah (hanya susu dan pampers anak shj) sepanjang 4 tahun berkahwin, hal2 rumah, makan pakai diri dan anak sy tanggung, sering bertengkar, pernah mencederakan sy, sudah 3 kali ke Pej Agama, diasing tmpt tidur sejak mula berkahwin, “cari” bila perlu, tapi masih tiada penyelesaian. Sy bersabar kerana anak. Tp kini sy nekad utk pentingkan diri.

    Adakah alasan sy kukuh utk mendaftarkan perceraian? Sy kini hamil 5 bulan anak kedua. Adakah sah bercerai semasa hamil. Mohon pencerahan.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam w.b.t.

      Alasan-alasan Puan boleh digunakan untuk bercerai secara fasakh (dan bukan prosedur cerai dalam mahkamah iaitu melalui lafaz talaq yang wajib dengan kehadiran suami kerana hanya suami berkuasa melafazkan talaq). Untuk kes fasakh, tidak perlu kehadiran suami jika suami dengan sengaja enggan hadir walaupun Puan telah menyerahkan dokumen Mahkamah kepadanya. Boleh mendapatkan cerai walaupun semasa hamil.

  284. Faris

    Reply

    Salam….
    Saya sudah berkahwin selama 3 tahun..diberi cahaya mata 2 orang… Semasa di awal perkahwinan sy yg baru masuk sebulan, isteri sy telah curang dgn sy.. Dan telah bersama dgn lelaki lain sebelum dan selepas kahwin…isteri telah diberi peluang.. Sy maafkn tok kali pertama walaupun perit hati nk menerimanya.. Selepas 3 tahun, isteri curang sekali lg… Sy mmg xleh maafkn.. Dan xleh terima isteri sy…
    Sy ingin bercerai dgn isteri sy tetapi isteri sy xnk… Dan sy nk hak penjagaan anak2… Adakah sy dpt hak penjagaan anak2 sy??

    • admin

      Reply

      Salam Encik Faris,

      Encik Faris boleh menceraikan isteri dengan memfailkan permohonan melafazkan talaq dalam Mahkamah atau jika isteri enggan bercerai, failkan permohonan cerai secara fasakh. Bawalah bukti-bukti yang mencukupi untuk menyokong dakwaan-dakwaan ini seperti gambar, mesej telefon, saksi-saksi, dan sebagainya.

      Hak penjagaan anak-anak juga boleh dituntut atas alasan yang sama, dan perlu kepada bukti yang kuat. Mengikut undang-undang, bapa berhak mendapat hak jagaan anak lelaki yang berumur 7 tahun ke atas, dan anak perempuan yang berumur 9 tahun ke atas. Untuk anak-anak yang lebih kecil, Encik perlu buktikan yang isteri berkelakuan buruk yang menjejaskan kebajikan anak2 tersebut.

  285. marimar

    Reply

    assalamualaikum,

    saya nk bertanya, sy baru berkahwin hampir 3 tahun dan kami di kurniakan sepasang cahaya mata sepanjang perkahwinan kami,,sy ad masalah skrng,suami sy seorang yg panas baran,selalu berjudi,, tp die tidakla kaki judi dgn alasan berjudi kerana mahu melunaskan hutang,tp sy rasa makin menbebankan disebabkan duit di buang mcm tu je,pd suatu mlm, die telah pg berjudi online “mesin”. tp kalah n semua wang nye abis, n menalipon saya meminta pin no kad bank ibu sy,, duit dlm akaun tersebut adalah untuk membayr kereta ibu sy tiap2 bulan,, tp mlangnya kad tu rosak die masukkan pin npin yg telah sy bg tu salah,, bukan mksud sy nk tipu pin no tersebut tp sy btoi2 xegt.. die blik rumah dlam keadaan marah pkul 3pg.. n telah memaki hamun sy dgn perkataan ” ak sial sbb kawen dgn kau” “ko mmg celaka”.. sy n ank sgt ketakutan., die masuk dlm bilik n ambik bantai pukul sy dgn sgt kuat.. n die berkata ” ko klua dr rumah ni skrg,, ak xnk tgok ko,bwk ank2 skli” n sy dlm keadaan tkt mengemas brng n turun(rumah flat).. sesampai di bwh die memanggil sy suruh naek dgn menggugt akan membuat bising kalu sy xnek balik ke rumah.. sy naek sbb teramat tkt,, pada keesokkan pg nye sy klua dr rumah untuk pg berkerja n tidak blik lg ke rumah itu selama 3 ari.. sy tkt sgt dgn die,, ape yg ptot sy lakukan puan,,, sy keliru,, sy takut,, sy mmg knal die akal pendek,, once die da sejuk die akan minta maaf tp sampi bile sy harus bersabr diperlakukan sedemikian? pls tolong sy

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Puan.

      Puan patut berbincang dengan suami untuk cuba mengubah tabiat buruk beliau. dapatkan juga bantuan kaunseling di pejabat agama islam terdekat atau bantuan ahli keluarga dari kedua-dua pihak. Jika masih tidak berjaya, tuntutlah perceraian secara fasakh, dan dapatkan juga perintah tegahan (injunksi) dari Mahkamah sekiranya berlaku kekasaran fizikal terhadap Puan atau anak-anak.

  286. wahida

    Reply

    Assalamualaikum puan,
    sy sering bergaduh dgn suami di sebabkan dia berkwn dgn perempuan dan sbbrnya p’puan bukanlah kekasih dan tiada sbrng hubungan tp disbbkan pernah dulu dia ada hubungan dgn seorg p’puan dan abaikan sy dan ank2 dan ingin berkahwin dgn p’puan itu. disebbkan itu sy sentiasa berasa was2 terhdp dia dan sy menjd seorg fobia. apa shj suami buat sy selalu fikir bukan padahal tiada apa yg berlaku. baru2 ni dia ada msg sy “aku nak bercerai dgn kau.” dan “aku dah bebaskan kau” alasan dia sy x tenang jika kita bersama lg dan dia pun terbatas utk lakukan apa2 dan sentiasa berfikir sy akan fikir yg bukan2.. adakah jatuh cerai? bila sy tnya suami adakah dia mmg berniat nak ceraikan dia ckp tak tahu je.. pe yg perlu sy buat skrng..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah Puan,

      Perkataan “aku nak bercerai” masih belum jatuh cerai tetapi “aku dah bebaskan kau” boleh jatuh cerai walaupun tanpa niat, tetapi ini juga tertakluk kepada takrifan oleh Hakim. Puan failkanlah seberapa segera permohonan pengesahan cerai luar Mahkamah dan dapatkanlah perintah sewajarnya dari Mahkamah, ini adalah lebih baik untuk menjamin kesucian hubungan Puan dan suami.

      Manakala mengenai masalah Puan was2 dengan suami, rujuklah ke kaunseling di pejabat agama islam terdekat kerana mungkin banyak lagi isu yang masih Puan pendamkan dan suami tidak tahu, yang menyebabkan Puan masih bersangka dengan beliau.

  287. Wardayati

    Reply

    Salam..

    Saya dan suami kerap bergaduh.. Usia perkahwinan memasuki tahun ketiga dan saya tidak dikurniakan anak lagi.. Saya juga mendapat tahu suami saya mempunyai hobi menonton video lucah dan pernah menghantar Whatsapp berunsur lucah kepada wanita lain.. Saya juga sudah hilang rasa hormat dan sayang kepada suami.. Bolehkan saya memfailkan penceraian berdasarkan alasan yang disebutkan diatas.. Saya pernah meminta suami saya melepaskan saya tetapi beliau enggan.. Kerana saya bimbang lebih banyak dosa yang saya akan tanggung sekiranya saya masih lagi bertahan..

    • admin

      Reply

      Assalamualaikum Puan Wardayati,

      Kami bersimpati dengan ujian yang Allah berikan kepada Puan dan berharap Puan dapat bersabar dalam menghadapinya.

      Sekiranya suami Puan tidak mahu menceraikan Puan dengan cara baik, kami menasihatkan Puan untuk memfailkan perceraian secara fasakh (atas alasan suami telah berkelakuan buruk melanggari Hukum Syarak) atau secara ta’liq (jika suami ada melakukan perbuatan-perbuatan yang dinyatakan dalam lafaz ta’liq seperti dalam sijil nikah Puan).

      Ini kerana, jika Puan memfailkan kes di bawah seksyen 47 iaitu cerai dalam mahkamah secara talaq atau selalunya dirujuk sebagai “cerai secara baik”, kes Puan akan berpanjangan jika suami enggan melafazkan talaq di hadapan Hakim. Hakim akan terlebih dahulu menetapkan kes Puan ke Jawatankuasa Pendamai diikuti Majlis Hakam, dan proses-proses ini boleh memakan masa yang agak panjang.

      Wallahua’lam.

      Ashikin Rahim
      29-11-2016

  288. intan

    Reply

    Assalamualaikum..perkahwinan saya dgn suami telah menjangkau ke 18 thn.saya Dan suami berkahwin pada usia yg muda belasan tahun..kami dikurniakn 5 cahayamata..3 dh berusia 11 hingga 17 thn manakala 2 masih kecil..saya seorang surirumah..semasa kehamilan ank ke 5 rumah tgga kami diuji..sehingga sekarang kami sering bertengkar..saya dh putus asa nk pertahankn lagi..Dan membuat keputusan ingin berpisah secara baik..suami sekejap setuju sekejap tak setuju..Dan die berkata saya tak mampu nk menjaga 5 orang ank saya..saya ingin kn hak penjagaan ank2 saya..saya tak kisah kalau suami ingin mengambil yg besar..tapi yg berumur 4 thn Dan setahun masih memerlukan saya..perkara ini membuat saya takut nak berpisah..saya betul2 merasa tertekan..Kami tiada lagi sefahaman..

  289. Azi

    Reply

    Suami sy ingin bercerai dgn saya tp sy tak nak bercerai..apa penyelesaian yg boleh dilakukan?

    • admin

      Reply

      Sebaiknya, Puan ajak dulu suami berbincang hanya berdua. Kemudian jika tidak berjaya, Puan dan suami boleh melantik wakil dari keluarga masing-masing untuk berbincang bagi pihak puan dan suami. Jika masih tidak berjaya, Puan boleh ajak suami untuk berunding di hadapan kaunselor/pegawai agama di Jabatan Agama Islam terdekat. Cuma realitinya, sekiranya suami yang ingin bercerai, agak sukar untuk isteri menukar fikiran mereka kerana kuasa talaq di tangan suami. Jadi hanya perbincangan sahaja cara terbaik. Sekiranya suami memfailkan tuntutan cerai di mahkamah, Hakim juga akan meminta Puan dan suami melalui proses rundingan di Jawatankuasa Pendamai dan seterusnya Majlis Hakam.

  290. No more chance

    Reply

    Salam… Saya dan suami sering bergaduh di awal perkahwinan. Saya isteri kedua. Nikah di luar negara. Tetapi sudah didaftarkan di malaysia. Sebelum daftar, suami pernah cederakan saya beberapa kali. Dengan alasan saya kurang ajar dan tak hormat dia. Saya jenis yg suka melawan dan memberontak bila dia tidak adil. Tapi selepas daftar, kami semakin ok. Saya pun dah ada baby berumur 6 bulan. Tapi sekarang saya makin hilang hormat pada dia sebab dia dah tak bagi nafkah dan lain2. Mungkin dah setahun lebih. Saya pun tak ingat dah. Keluarga isteri pertama dia pun same. Sebab dia buat bisnes sendiri. Bisnes dia tgh down. So income pun tak ada sangat. Mula2 saya redha. Tapi saya gaji kerani je. Madu saya gaji besar. So maybe dia tak kisah. Sejak 2 minggu lepas kami selalu bergaduh. Tapi dgn cara tidak bertegur. Saya dah tak berperang mulut sebab taknak baby dengar. Tapi smlm, sebab hal yg kecik, dia naik hantu mengamuk. Tarik dan tolak saya ke lantai. Dia nak lempang muka tapi saya terus cover. Dia ambik baby. Tak bagi saya pegang. Tapi takde kecederaan fizikal. Maybe sebab dia teringat yg saya takkan maafkan dia lagi kalau dia cederakan saya. Hari tu saya dah bagi dia peluang terakhir. Tapi sekarang saya dah trauma. Saya nekad nak bercerai. Dan saya tahu dia boleh bersetuju. Adakah kami boleh buat secara fast track? berdasarkan alasan2 di atas, adakah kukuh?

    • admin

      Reply

      Ya, jika suami bersetuju, Puan boleh terus mohon ke Mahkamah untuk bercerai pada hari yang sama, secara fast track. Berkenaan alasan yang Puan nak berikan, hanya beritahu Mahkamah yang Puan dan suami setuju bercerai kerana sudah tidak boleh berdamai lagi dan Puan tidak sanggup berpoligami. Sekiranya suami menukar fikiran dan tidak mahu melafazkan cerai, Puan ada kes yang kuat untuk menuntut fasakh atas alasan kegagalan suami untuk adil apabila berpoligami. Berkenaan kejadian pukul, melainkan Puan ada laporan perubatan, agak sukar untuk Puan buktikan kepada Mahkamah bahawa suami memang ada pukul, hanya laporan polis belum memadai. Jadi jika berlaku lagi kejadian pukul, teruslah buat laporan polis, dan terus buat pemeriksaan perubatan di hospital kerajaan dan hospital swasta, dapatkan laporan perubatan dari kedua-dua hospital.

  291. ida

    Reply

    3 thn lalu mahkamah dah luluskan suami sy berpoligami bersyarat nafkah wajib diberi pada sy ngan ank ank mengikut yg tertulis .dlm 3 thn ni suaimi sy bg nafkah sy ngan ank ank sgt jarang sekali. Sy dah tidak lagi mempunyai perasaan syg pada suami sy boleh ke dlm kes ni sy mohon cerai .
    Dan bagaimana pula ngan ank ank serta nafkah anak anak saya

    • admin

      Reply

      Puan Ida boleh menuntut di Mahkamah di bawah Saman Penghutang Penghakiman untuk mendapatkan bayaran balik kesemua nafkah tertunggak di bawah perintah kebenaran poligami yang menyatakan berkenaan peruntukan nafkah untuk puan dan anak-anak. Kemudian, jika Puan ingin bercerai, Puan boleh memfailkan fasakh di bawah alasan suami tidak adil berpoligami.

  292. Ana

    Reply

    Assalammualaikum.
    Saya ingin bertanya. Berapa lama masa yang diambil untuk sampai ke hari perbicaraan setelah pendaftaran dibuat? Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Selepas pendaftaran dibuat, puan boleh terus bercerai pada hari yang sama, dengan syarat suami turut hadir dan suami setuju melafazkan talaq. Tetapi jika suami tidak setuju melafazkan talaq, maka kes tersebut boleh berlanjutan dalam masa 2 bulan hingga 9 bulan, kadangkala lebih lama lagi, kerana ini bergantung kepada kehadiran puan dan suami ke Mahkamah pada masa yang ditetapkan, samaada lantikan wakil ke Jawatankuasa Pendamai dan Majlis Hakam dibuat mengikut prosedur, perjumpaan Jawatankuasa dan Majlis berjalan seperti dijadualkan, kelapangan masa Mahkamah, kelapangan masa Peguam yang dilantik (jika ada), dan pelbagai lagi faktor.

  293. FATIN

    Reply

    salam, saya nak tanye kalau isteri tak bersetuju untuk becerai tapi si suami tetap berkeras untuk becerai mcm mana ? alasan si suami kerana isterinya tidak menunaikan tanggungjawab seperti jrang masak (kerana selalu jln mkn diluar bersama), tidak menyediakan pakaian suami, tidak hormat suami (sperti jrg memakai tudung), namun tidak pernah ditegur oleh suami, bila berlaku pertelingkahan baru si suami mengungkit semua silap isterinya sedangkan isterinya baru sedar akan salah silapnya dan meminta peluang untuk ubah diri si isteri, namun si suami tetap tidak memberi peluang dan tetap ingin bercerai….

    • admin

      Reply

      Sebaiknya, Puan ajak dulu suami berbincang hanya berdua. Kemudian jika tidak berjaya, Puan dan suami boleh melantik wakil dari keluarga masing-masing untuk berbincang bagi pihak puan dan suami. Jika masih tidak berjaya, Puan boleh ajak suami untuk berunding di hadapan kaunselor/pegawai agama di Jabatan Agama Islam terdekat. Cuma realitinya, sekiranya suami yang ingin bercerai, agak sukar untuk isteri menukar fikiran mereka kerana kuasa talaq di tangan suami. Jadi hanya perbincangan sahaja cara terbaik. Sekiranya suami memfailkan tuntutan cerai di mahkamah, Hakim juga akan meminta Puan dan suami melalui proses rundingan di Jawatankuasa Pendamai dan seterusnya Majlis Hakam. Saya doakan suami Puan mengubah keputusannya. Kadangkala si suami hanya mahu keluhannya didengar, begitu juga si isteri, dan selepas meluahkan perasaan, pasangan boleh mencari cara terbaik untuk berdamai. InsyaAllah

  294. mimi

    Reply

    Sy nak tanya kalu ada salah 1 pihak yg x setuju utk bercerai mcm mana pulak. Contohnya si suami dh hantar isterinya balik ke rumah mak bapa perempuan.Maksud saya si isteri telah di suruh oleh si suami untuk keluar dari tempat tinggal dan sekarang si isteri menetap di rumah ibu dan bapa si isteri. untuk rekod, saya dan suami sudah tiada persefahaman lagi untuk bersama setelah banyak peluang yg di berikan. Mcm mana pula dengan kes mcm ni? thanks

    • admin

      Reply

      Puan Mimi,

      Jika salah satu pihak tidak bersetuju untuk bercerai, kami sarankan pihak yang tidak mahu bercerai mengajak pasangan yang satu lagi ke kaunseling di Jabatan Agama Islam berdekatan untuk cuba mendamaikan kembali hubungan kedua-duanya.

      Sekiranya tidak berjaya juga, maka failkan lah kes perceraian dalam mahkamah untuk bercerai secara baik. Sekiranya suami bersetuju di hadapan Hakim untuk melafazkan cerai, maka lafaz boleh dibuat pada hari yang sama. Tetapi jika suami atau isteri masih tidak bersetuju, kes akan dirujuk ke Jawatankuasa Pendamai dan jika tidak berjaya, ke Majlis Hakam pula. Proses ini mungkin mengambil masa yang agak panjang, terutamanya jika yang enggan bercerai adalah si suami kerana talaq hanya boleh dilafazkan oleh suami atau wakilnya yang diberi kuasa.

      Hakikat bahawa suami dan isteri sudah tidak tinggal sebumbung perlu dimaklumkan kepada Hakim semasa memfailkan kes cerai dalam mahkamah, kerana Hakim boleh memujuk suami untuk melafazkan cerai dan tidak memanjangkan kes tersebut ke JKP atau Hakam.

      Namun sekiranya terdapat alasan lain yang terpakai kepada keadaan Puan seperti yang dinyatakan dalam seksyen berkenaan fasakh (rujuk enakmen atau akta keluarga islam negeri masing-masing), atau seksyen berkenaan ta’liq, maka si isteri boleh memohon perceraian dengan salah satu cara ini. Jika bukti dan saksi di pihak isteri kuat, dan prosedur Mahkamah ditepati menurut arahan Hakim dan peruntukan undang-undang, perceraian cara ini boleh diselesaikan dengan lebih pantas.

      Wallahua’lam.

      16-11-2016

  295. the lonely

    Reply

    assalam. puan, saya bercadang untuk hadir bercerai secara baik pada 17/11/2016. namun demikian, kesan kepada ubat perancang keluarga yg saya ambil membuatkan waktu period saya lebih daripada kebiasaan. ini adalah kali kedue saya menangguhkan tarikh untuk prosiding fast track. esok adalah hari ke10 period. jadi ape pandangan puan? adakah saya dibolehkan menghadiri prosiding fast trasck esok?

    • admin

      Reply

      Assalam.

      Tujuan Hakim tidak membenarkan lafaz talaq dibuat semasa dalam keadaan uzur adalah kerana cerai pada masa haid adalah haram walaupun sah. Sekiranya Puan masih uzur pada 17/11/2016, Puan masih tetap perlu hadir ke Mahkamah kerana Puan perlu memaklumkan perkara tersebut kepada Hakim. Saya cadangkan Puan mohon tarikh sebutan seterusnya di hadapan Hakim dalam masa seminggu lagi, ini kerana jika sekalipun Puan masih uzur, haid puan sudah dikira darah istihadah, dan insyaAllah tidak berdosa jika bercerai pada masa itu.

      Hanya pastikan Puan dan suami tidak menjalankan hubungan intim selepas Puan suci dari haid sehingga ke tarikh hadir ke Mahkamah.

      Wallahua’lam.

      16-11-2016

  296. Su

    Reply

    Assalamualaikum.

    Jika suami tidak mahu hadir ke mahkamah..kemudian tidak mahu menghantar wakil utk JKPendamai dan Hakam, maka isteri terpaksa membuat tuntutan fasakh/ta’liq?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah wabarakatuh,

      Jika suami tidak mahu hadir, Mahkamah tidak boleh meneruskan dengan prosiding cerai secara baik kerana prosiding ini melibatkan lafaz talaq yang hanya boleh dilafaz oleh suami atau oleh wakil suami yang diberi kuasa melakukannya. Masalah di sini adalah jika suami enggan hadir sejak awal dan tidak sempat melantik wakil ke Jawatankuasa Pendamai diikuti dengan Majlis Hakam, maka prosedur cerai secara baik tidak dapat diteruskan menurut Enakmen negeri masing-masing.

      Oleh kerana itulah Mahkamah akan menasihatkan isteri menukar tuntutan cerai menggunakan cara lain seperti ta’liq atau fasakh. Cara-cara ini tidak memerlukan kehadiran suami untuk melafazkan talaq. syaratnya, suami mestilah telah melakukan kesalahan-kesalahan yang disenaraikan dalam alasan untuk mendapat ta’liq atau fasakh. Jika suami tidak pernah melakukan sebarang perlanggaran tersebut, maka perceraian tidak boleh berlaku melainkan isteri berbincang kembali dengan suami supaya melafazkan talaq dengan sukarela. Kadangkala isteri terpaksa menawarkan harta benda sebagai balasan untuk mendapat lafaz talaq, inilah pula cara yang dipanggil khulu’.

  297. Aisyah

    Reply

    Jika masalah adalah di sebabkan masalah ekonomi. Maksud di sini suami malas berusaha untuk mencari pekerjaan lain walaupun telah bertahun tahun saya memberi peluang untuk dia berusha tetapi ego suami yg terlalu tinggi sehingga tidak mengendahkan apa yg saya katakan sehingga menyusahkan saya. Sehingga kami jarang bertegur sapa dalam tempoh beberapa tahun sehingga hari ini.Saya sangat rasa tertekan sehingga mengganggu pekerjaan dan harian saya. Dan saya tidak mampu menghormati suami saya lagi.Usia perkahwinan kami adalah 7 tahun.

    • admin

      Reply

      Puan Aisyah,

      Kami bersimpati dengan masalah Puan. Puan boleh membuat tuntutan di Mahkamah Syariah untuk nafkah isteri dan nafkah anak, sekiranya jumlah nafkah semasa tidak mencukupi. Mahkamah akan meneliti satu-persatu tuntutan puan, dan akan melihat kemampuan suami. Sekiranya suami boleh berusaha lebih kuat untuk menambah ekonomi keluarga, Mahkamah mungkin akan mengeluarkan arahan sedemikian. Jika tidak, eloklah Puan bersabar dan berbincang dengan suami supaya memahami keadaan Puan dan anak-anak yang memerlukan lebih pendapatan. Jika masih tidak berjaya, silalah ke kaunseling rumahtangga di pejabat agama islam berdekatan. Perceraian sepatutnya menjadi cara terakhir dalam masalah rumahtangga.

      Wallahu’alam.

  298. anas

    Reply

    Sy nak tanya kalu ada salah 1 pihak yg x setuju utk bercerai mcm mana pulak. Contohnya si suami dh hantar isterinya balik ke rumah mak bapa perempuan. Lepas tua perempuan tue datang semula ke rumah dan tinggal sebumbung. Sedangkan si suami dh ckp cara baik utk berpisah. Alasan berpisah x mempunyai anak dan si isteri x menghormati mak mertua.

    • admin

      Reply

      Assalamualaikum.

      Selalunya apabila suami yg memohon cerai, Hakim akan membenarkan lafaz dibuat di Mahkamah. Failkan sahaja permohonan untuk melafazkan talaq di hadapan Hakim. Jika isteri hadir bersama suami semasa memfailkan permohonan tersebut, kes boleh terus selesai pada hari yg sama.

      Tapi, jika isteri masih enggan bercerai secara baik, maka apabila suami memfailkan permohonan untuk bercerai dalam Mahkamah, Mahkamah akan merujuk pasangan tersebut ke jawatankuasa pendamai di mana suami isteri dan wakil masing-masing akan berjumpa di hadapan seorang pegawai di jabatan agama islam terdekat. sekiranya perbincangan untuk berdamai itu tidak berjaya, Mahkamah akan menetapkan pula kes tersebut ke majlis hakam di mana hanya suami isteri dan wakil-wakil mereka akan berjumpa untuk berbincang berkenaan perdamaian atau tidak. Wakil-wakil ini akan membuat recommendation kepada Hakim berkenaan samaada perceraian perlu diteruskan atau tidak. Jika Hakim berpuas hati dengan laporan yg diterima dari Majlis Hakam bahawa perlu diteruskan dengan cerai, maka Hakim akan membenarkan suami untuk membuat lafaz cerai.

  299. Reply

    Mahkamah syariah malaysia tidak membantu pasangan untuk bersama semula malahan tidak bertindak keras dan selalunya akan memenuhi kehendaj wanita walaupun pihak lelaki tidak bersalah….dengan alasan pihak wanita sudah tidak mahu dengan pihak lelaki..sepatutnya pihak mahkamah harus bertindak keras supaya ramai orang takut untuk bercerai..tapi malangnya mahkamah sendiri yang melanggar hukum wallahualam

    • admin

      Reply

      Encik Earlmod,

      Memang benar perlu ada ketegasan dalam mempertimbangkan setiap kes perceraian supaya tidak sewenang-wenangnya perceraian boleh disabitkan, kerana itulah setiap enakmen/akta negeri-negeri di Malaysia sudah menggariskan alasan yang kukuh untuk mendapat perceraian secara fasakh, ta’liq, lian dan sebagainya.

      Manakala perceraian secara talaq adalah sepenuhnya keputusan suami dan tiada Mahkamah boleh memaksa, kerana paksaan dalam Islam adalah berbentuk ugutan terhadap nyawa atau cedera sahaja. Saranan oleh Hakim secara lisan hanyalah satu bentuk dorongan dan sekiranya suami mengikut kehendak tersebut, maka itu dikira atas kerelaan suami jua. Sekiranya ada alasan yang diterima Hukum Syarak, barulah Hakim boleh memerintahkan wakil suami iaitu Hakam untuk melafazkan talaq bagi pihak suami.

      Dalam masa yang sama, Islam juga membenarkan wanita untuk memohon perceraian atas apa jua sebab, sekalipun atas dasar tidak suka pada wajah suami seperti dalam kisah pada zaman Rasulullah yang membenarkan cerai secara khulu’ iaitu dengan meminta si isteri memulangkan harta pemberian suami sebagai balasan mendapatkan perceraian secara khulu’. Tetapi perceraian secara ini hendaklah atas dasar persetujuan suami jua.

      Tanpa mengetahui fakta kes yang Encik rujuk berkenaan isu yang Encik maksudkan, kami tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut. Yang pasti, insyaAllah setiap keputusan Mahkamah Syariah ada sokongan Hukum Syarak yang menjadi dalangnya, dan sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan sebarang keputusan Hakim, pihak tersebut bebas merayu kepada Mahkamah yang lebih tinggi dalam masa 14 hari dari keputusan, atau membuat semakan keputusan tersebut.

      Wallahu’alam.

      • Balqis

        Reply

        Salam. Sekiranya permohonan penceraian telah didaftarkan, adakah suami isteri masih boleh duduk sebumbung atau tidak? Jika boleh, sehingga bila? Dan sekiranya suami isteri bersetuju bertolak ansur dalam hak penjagaa anak, anak yang dijaga oleh pihak isteri wajib diberi nafkah oleh suami atau tidak? Bagaiman pula dengan hak isteri selepas penceraian seperti tempat tinggal, penggangkutan, belanja makan, belanja anak seperti nursery, makan minum,etc?
        Dan normally berapa fees lawyer untuk kes penceraian sekiranya suami enggan bercerai sedangkan telah berlaku curang, dan mengabaikan hak isteri serta mengakibatkan masalah mental, emosi dan kesihatan ke atas isteri?
        Mohon pencerahan, terima kasih

        • nur

          Reply

          assalamualaikum..

          sy nak tanya. saya nak mohon perceraian secara baik disebabkan kecederaan fizikal dan kelakuan suami saya dan dalam masa yg sama saya tengah mengandung 5 bulan. agak2 perceraian sy diterima atau tidak? dan berapa kos bercerai dalam mahkamah?

          • admin

            Reply

            Waalaikumussalam warah matullah, jika suami setuju menceraikan sekalipun, puan tidak akan dibenarkan bercerai secara baik oleh Mahkamah kerana talaq haram dilafaz semasa puan masih mengandung sekalipun ianya sah. Jadi perlu tunggu sehingga puan sudah bersalin.

            Jika tidak mahu tunggu, puan boleh failkan perceraian secara fasakh tetapi hendaklah ada bukti laporan polis dan laporan perubatan yang mengesahkan kecederaan puan. Jika tidak serius, mahkamah tidak akan memberi perintah memfasakhkan perkahwinan puan.

            Manakala kos bergantung samaada puan ingin melantik peguam atau tidak. Jika hanya fi mahkamah adalah tidak mahal, sekitar rm100~rm200 secara keseluruhan sahaja. Jika melantik peguam, kebiasaannya rm3 ribu dan ke atas.

        • Ani

          Reply

          Assalammualaikum… saya ingin bertanya… saya sudah mendirikan rumah tangga selama 11 tahun. Tetapi 2 tahun kebelakangan ini, saya sudah tidak ada ikhlas lagi pada suami saya, kerana dalam rumahtangga kami, saya yang berkerja lebih waktu untuk menampung perbelanjaan sekeluarga. Saya sudah tawar hati kerana saya penat bekerja tetapi suami tidak mahu mencari pekerjaan tambahan melainkan bekerja pekerjaan nya sahaja. Suami saya sedang berada dalam kedudukan selesa kerana dia tahu saya ada duit untuk menampung keluarga. Saya sudah berbincang minta dia lepaskan saya secara baik, tetapi dia bertegas tidak mahu lepaskan saya. Saya tidak mahu terus hidup dalam keadaan berdosa kerana saya memang sudah tawar hati dan tidak ikhlas. Admin boleh bantu saya apa yang perlu saya lakukan?

          • admin

            Reply

            Waalaikumussalam warahmatullah. Puan, dalam keadaan suami sudahpun bekerja dan memang menampung keluarga cuma tidak cukup, dan suami pula tidak mahu menceraikan puan, saya tidak menasihatkan puan terus memfailkan perceraian. Kerana hakikatnya tugas mencari nafkah adalah tanggungjawab suami dan jika puan sudah tidak ikhlas berbuat demikian, puan tidak perlu bekerja lebih masa lagi dan biarkan suami memikul beban yang ada, dia akan sedar bahawa dia perlu mencari pendapatan tambahan. Tugas hakiki isteri sememangnya menjaga keluarga di rumah dan tidak sepatutnya tekanan kerja ini menjadi punca perceraian sekiranya ia asalnya dilakukan dengan rela oleh seorang isteri. Saya percaya perbincangan penting dalam hal sebegini kerana tiada isu lain yang lebih serius melainkan isu duit sahaja, yang lebih penting adalah amanah Allah kepada setiap pihak dalam perkahwinan untuk menjaga tanggungjawab masing2. Mungkin puan patut gunakan orang tengah seperto wakil keluarga atau kaunseling untuk meluahkan rasa tidak puas hati ini. Jika masih tidak mendapat penyelesaian, puan buatlah tuntutan nafkah dari suami, tidak perlu memohon cerai untuk memohon nafkah isteri dan nafkah anak di mahkamah.

        • sofia

          Reply

          Salam , sekiranya isteri berada di luar negara dan hnya mewakilkan lawyer utkmenguruskan lea cerai boleh ke ?

          • admin

            Reply

            Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Boleh puan dan ada kes kami aturkan secara video conference sahaja dengan kebenaran hakim.

      • Maidhia

        Reply

        Salam. Boleh ke sy tahu klau lelaki dalm proses perceraian.. boleh ke dia berkahwin dgn perempuan lain?tq so much

        • admin

          Reply

          Suami boleh kawin lain dalam tempoh bercerai tetapi di malaysia, wajib memfailkan permohonan poligami jika masih belum bercerai dgn isteri pertama pada masa itu.

      • ahmad aizat

        Reply

        Salam,saya ad pertanyaan,sijil cerai bagaimana untuk diperolehi,perlu ke dua2 pasangan hadir untuk mengambil sijil tersebut setelah mahkamah declare cerai?

        • admin

          Reply

          Sijil cerai tidak perlu diambil serentak, pejabat agama akan beri mengikut individu yang datang, tapi hendaklah suami/isteri itu datang sendiri untuk collect, jika tidak dapat, hendaklah sediakan surat kuasa wakil.

      • Amy

        Reply

        Salam
        Saya nak tanya
        Saya sudah mendirikan rumah tangga selama 7 tahun..
        Sudah mempunyai dua orang anak..
        Suami saya tidak prnah memenuhi kebutuhan rumah tangga dan kebutuhan anak..
        Malah suami saya meminta semua uang gaji saya untuk membantu nya..
        Jika suami dan saya sudah sama2 bekerja tapi masih lagi tidak mencukupi kebutuhan..
        Salah ke kalau saya meminta suami untuk berusaha lebih/mencari kerja sambilan??
        Salah ke saya enggan memberikan bantuan kepad Suami saya??
        Saya juga tidak pernah d berikan duit belanja selma saya kahwin melain kan kalau saya minta itu pun 10/20 sehari..
        Dia juga gagal mendidik saya dan anak2
        Dia melepaskan tanggung jawab itu kepada saya sahaja..
        Apa yang patut saya buat??
        Saya sudah tidak ikhlas lagi bersma dia..
        Apakah alasan saya ini bisa di kemukakan di mahkamah??
        Dan macam mana syarat2 nya?

        • admin

          Reply

          Puan, jika puan tidak redha memberi wang puan utk keperluan keluarga, puan perlu nyatakan kepada suami. Jika suami masih enggan menanggung, boleh ke mahkamh rendah syariah yg terdekat dgn tempat tinggal dan buat tuntutan nafkah isteri. Tidak perlu terus kepada bercerai jika isu nafkah adalah yg utama. Jika suami masih enggan menanggung, barulah berbincang berkenaan cerai. Sebaiknya cerai dgn kerelaan suami agar cepat selesai tetapi jika suami enggan kerjasama, barulah memohon fasakh.

    • Hyzer

      Reply

      Sangat setuju. Maaf tapi undang undang kita macam mengalakkan pulak. Semuanya suami salah. Isteri tak pernah salah.

      • admin

        Reply

        Encik, sebenarnya ada banyak kes yang isteri salah, terutamanya dalam kes nusyuz dan hadhanah di mana isteri juga ramai yang kalah dalam tuntutan penjagaan anak kerana suami terbukti adalah penjaga yang lebih baik berbanding isteri. Semuanya case-to-case basis, atas kehendak Allah jua. Wallahua’lam

    • Sukor

      Reply

      Setuju dgn saudara. Mahkamah lebih memihak pada perempuan dan tidak menegakkan hukum Allah Dan Hak 2 suami

      • admin

        Reply

        Saya nasihatkan encik lihat dulu fakta kes setiap satu sebelum membuat penyataan umum begini. Ini kerana setiap keputusan hakim perlu berlandaskan kepada hukum syarak. Jika ada ketidakadilan yg berlaku, suami boleh merayu keputusan hakim atau membuat semakan kehakiman. Insya Allah suami dan isteri yang adil dan tidak bersalah di sisi Hukum Syarak tidak akan dianiaya.

    • umie

      Reply

      Assalamualaikum

      Saya ingin bertanya sekiranya si suami telah mengisi borg untuk bercerai di mahkamah & si isteri telah terima surat tuk hadir ke hadir ke mahkamah bersama suami, dan alasn nya adalah “tiada lagi persefahaman”…adalah kes tersebut tidak diterima Hakim…kalau si isteri & si suami telah membuat keputusan tuk tidak membuka aib sesiapa & memberikan alasan tersebut agar dapat bercerai cara baik, kes camni Hakim boleh terima tak?harap admin faham soalan saya…trima kasih…

      • admin

        Reply

        Waalaikumussalam warah matullah. Kebenaran untuk bercerai bergantung kepada hakim masing2, sesetangah hakim lebih cenderung kepada cuba mendamaikan pihak2 oleh itu tidak menerima alasan tidak sefahaman manakala sesetengah hakim tidak mahu masuk campur dan akan membenarkan cerai sekiranya kedua2 pasangan sudah bersetuju untuk berpisah. Jadi, Boleh teruskan dengan alasan yg diberi cuma sekiranya hakim ingin mengetahui lebih lanjut atau enggan membenarkan lafaz talaq dibuat kerana merasakan suami isteri patut dirujuk ke jawatankuasa pendamai, maka beritahulah hakim masalah sebenar secara ringkas sahaja sehingga hakim menerima alasan tersebut untuk membenarkan talaq diberikan.

    • salina

      Reply

      Apa kah hak lelaki sebagai suami jika suami tidak bersalah,bukankah bubarkan rumah tangga Org satu dosa.sedangkan suami yang menanggung dosa selama ini

    • Aslinah abas

      Reply

      Sama jugak dgn pihak wanita kadang kene ugut.. supaya tidak bercakap benar.. agar segala proses perceraian berjln lancar

Leave a Reply to Mohd nazir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *