CERAI SECARA TA’LIQ

Kali ini, kami ingin berkongsi secara ringkas berkenaan satu jenis perceraian yang agak biasa didengar tetapi mungkin tidak semasyhur fasakh. Ini kerana fasakh mempunyai berbelas-belas alasan yang diterima Mahkamah untuk mensabitkan berlakunya pembubaran perkahwinan, manakala ta’liq lebih tertumpu kepada sesuatu syarat ta’liq yang dilanggar menyebabkan jatuh talaq.

Ta’liq hanya sah jika dilafazkan suami (dan bukan isteri), kerana sepertimana talaq itu hanya hak suami, begitu jugalah dengan ta’liq.

Ta’liq semasa nikah

baca-taklik

Perkataan ta’liq mungkin tidak asing kepada pasangan yang baru berkahwin mengikut undang-undang syariah negeri masing-masing kerana lafaz ta’liq akan dibaca suami sejurus selepas akad nikah dilafazkan. Lafaz ini akan direkodkan dalam sijil nikah suami dan isteri, untuk rujukan mudah sekiranya berlaku perlanggaran ta’liq.

Dalam hal ini, setiap negeri menetapkan ‘skrip’ lafaz ta’liq yang sedikit berbeza antara satu sama lain, tetapi maksudnya adalah hampir sama jika kita bandingkan antara negeri-negeri ini. Satu syarat yang sering kita dengar dalam lafaz ta’liq semasa nikah adalah sekiranya suami tidak memberikan nafkah selama 4 bulan berturut-turut maka isteri boleh mengadu ke Mahkamah dan jatuhlah talaq khulu’ jika Mahkamah mensabitkan aduan tersebut dan suatu bayaran diterima dari isteri.

Adakah sekiranya suami gagal bayar nafkah selama 4 bulan secara automatik jatuh talaq?

Jawapannya TIDAK, hanya sekiranya si isteri mengadu ke Mahkamah, barulah boleh jatuh talaq sekiranya Mahkamah mendapati aduan itu berasas. Untuk mensabitkan aduan tersebut, Mahkamah akan meminta suami datang untuk menunjukkan bukti bahawa dia ada memberi nafkah kepada isteri dalam tempoh 4 bulan, atau jika suami tidak hadir, isteri boleh membawa saksi-saksi (sebaiknya dua orang lelaki muslim) yang boleh memberi keterangan bahawa memang si suami tidak memberikan nafkah kepada isteri selama 4 bulan berturut. Kebiasaannya saksi yang mengetahui fakta ini adalah bapa atau adik beradik yang tinggal serumah dengan pasangan suami isteri tersebut (jika ada). Jika tiada saksi yang tahu berkenaan hal ini, bawalah bukti dokumentari seperti akaun bank yang menunjukkan tiada wang dimasukkan ke dalamnya oleh si suami, atau apa-apa bukti lain seperti perbualan WhatsApp dan sebagainya. Jika Mahkamah menerima bukti tersebut, talaq mungkin boleh dijatuhkan oleh Mahkamah mengikut lafaz ta’liq.

Ta’liq secara umum

Perlu kita ketahui bahawa bukan ta’liq semasa nikah sahaja merupakan ta’liq yang diperuntukkan oleh Hukum Syarak. Terdapat juga ta’liq yang tidak direkodkan dalam mana-mana dokumen, iaitu lafaz ta’liq yang dibuat suami secara lisan atau bertulis, yang boleh membawa kepada jatuh talaq sekiranya berlaku perlanggaran syarat ta’liq. Sebagai contoh “jika kamu keluar dari rumah malam ini, jatuh talaq tiga”.

step

Bagi tujuan mengawal daripada suami dengan sewenang-wenangnya membuat lafaz ta’liq umum ini, kebanyakan enakmen negeri memperuntukkan denda sebagai hukuman bagi suami yang membuat lafaz ta’liq umum ini.

Bila jatuh talaq?

Dalam hal ini, sekiranya telah berlaku lafaz ta’liq umum ini diikuti dengan perlanggaran ta’liq oleh mana-mana pihak sepertimana yang dinyatakan dalam lafaz tersebut, maka hendaklah perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah. Sekiranya Mahkamah mendapati lafaz ta’liq itu memang telah dibuat oleh suami, dan telah berlaku perlanggaran, maka Mahkamah akan mensabitkan jatuh talaq PADA MASA ta’liq tersebut dilanggar.

Ini lah perbezaan dengan ta’liq semasa nikah, kerana dalam kes ta’liq semasa nikah, talaq tidak jatuh sehinggalah Mahkamah mensabitkan aduan si isteri bahawa suami telah melanggar syarat yang dinyatakan dalam ta’liq semasa nikah tersebut. Sedangkan untuk ta’liq selain itu, talaq jatuh sebaik sahaja berlaku perlanggaran ta’liq, maka iddah isteri akan dikira dari tarikh talaq tersebut jatuh pada masa ta’liq dilanggar, dan bukan dari tarikh Mahkamah memberikan pensabitan.

Pandangan

Ta’liq sebenarnya lebih mudah diputuskan berbanding fasakh jika cukup bukti atau saksi yang menunjukkan perlanggaran ta’liq telah dibuat, contohnya, suami telah hilang melebihi 4 bulan dan tidak memberi nafkah sepanjang tempoh itu dan isteri ada saksi-saksi lelaki yang membuktikan perkara tersebut. Maka, penulis berpendapat para isteri yang teraniaya boleh menuntut pengadilan di Mahkamah di bawah perceraian ta’liq jika mereka terjatuh di bawah kategori ini.

Wallahu’alam.

Pandangan dan komen dialu-alukan.

Sekian.

ASHIKIN RAHIM

12/10/2016

Sebarang pertanyaan atau untuk melantik Peguam Syarie, boleh click WhatsApp Link: https://wa.link/gnrupa

Comments (86)

  1. Johan

    Reply

    Assalamualaikum

    Sekadar ingin bertanya. Jika seseorang (suami atau isteri) telah melanggar taklik sehingga jatuh talak. Kemudian mereka rujuk dan menjadi pasangan yang sah semula. Adakah hukum taklik (yang dibuat sebelum itu) yang telah dilanggar, masih terpakai selepas rujuk itu? Atau taklik yang telah dilanggar, kemudian selepas rujuk ia telah terbatal? Terima kasih

    • admin

      Reply

      Wassalam, syarat taklik hanya sah sehingga ia dilanggar yang menjadikan berlakunya talak. Sekiranya telah dilanggar, maka secara automatiknya ia sudah terbatal dan tidak terpakai lagi selepas pihak-pihak rujuk. Walaubagaimanapun, setiap lafaz taklik dan lafaz rujuk perlu dibuat pengesahan di mahkamah syariah untuk dipastikan keesahannya.

  2. Aliff haikal

    Reply

    Assalamualaikum puan,kes saya,isteri saya lari dari rumah kerana saya telah menamparnya sebab dia bercakap kasar dengan saya.dan mak mertua saya tak bagi saya lihat anak dan isteri saya.saya dalam keadaan tertekan bersumpah didepan ibu bapanya kalau saya pukul isteri saya lagi maka jatuh talak 3 dengan niat nakkan balik isteri dan anak saya.tetapi saya tidak tahu itu taqliq dan saya menarik balik apa yg saya sumpah ,sebab saya hanya niat nk ambil anak dan isteri saya balik sahaja.tetapi malang tidak berbau di malam hari Sabtu saya balik kerja penat isteri memarahi saya dan memukul saya dikepala badan menggunakan penyapu.lalu terkena anak niat saya nk mempertahankan saya dan anak saya lalu saya angkat kaki lalu terkena dada isteri saya.lepas kejadian itu 3 bulan seterusnya baru saya tahu yg saya bersumpah itu adalah taqliq.adakah sudah jatuh talak?dan jika jatuh adakah ia talak 3.terima kasih

    • admin

      Reply

      Wassalam encik, pada pandangan saya, lafaz yang diucapkan tersebut sememangnya lafaz cerai taklik yang mana sekiranya syarat yang diletakkan tersebut telah dilanggar, maka jatuh talak ke atas isteri. Maka saya nasihatkan encik untuk failkan kes pengesahan lafaz cerai dengan kadar segera di mahkamah rendah syariah di kawasan encik bermastautin untuk tindakan hakim membuat siasatan lebih mendalam terhadap fakta kes untuk memastikan sama ada syarat taklik tersebut telah dilanggar dengan sempurna atau tidak dalam mensabitkan talak tersebut telah jatuh atau sebaliknya.

      • Aliff haikal

        Reply

        alhamdulillah puan saya dh rujuk ke mahkamah dan tidak disabitkan talak kerana ingin mempertahankan diri dan anak

  3. Ika

    Reply

    Assalamualaikum. Saya mohom untuk bertanya berkenaan situasi saya.

    Suatu malam saya bergaduh dengan suami dalam bilik tidur kami di kampung. Bila tengah bergaduh saya rasa nak keluar dari bilik sebab tak tahan sakit hati tapi suami tak izinkan sebab tak mahu mak/ayah perasan yang kami sedang bergaduh. Tapi saya degil dan nak keluar juga. Masa nak buka pintu bilik, suami ugut “kalau kau keluar aku ceraikan kau”. Dan saya pun tak jadi keluar. Selepas itu kami berbincang selesaikan masalah apa yang patut dan berbaik semula. Jadi persoalan saya, adakah masih jatuh talak jika selepas dah berbaik tue, saya keluar dari bilik?

    Suami saya cakap, die ucap ayat “kalau kau keluar aku ceraikan kau” untuk situasi yang sedang berlaku ketika bergaduh itu sahaja.

    Mohon pencerahan. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, pada pandangan saya, lafaz ‘kalau kau keluar’ tersebut memerlukan penjelasan dari suami berkenaan apakah yang beliau maksudkan dengan ‘keluar’ tersebut. Sama ada keluar dari bilik, keluar rumah dan apa-apa kemungkinan lain. Sekiranya syarat yang disebut dan dimaksudkan suami itu telah dilanggar, maka jatuh talak. Dalam keadaan ini, saya nasihatkan puan atau suami failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah untuk hakim sendiri siasat fakta kes dan pengakuan niat suami berkenaan apa yang beliau maksudkan mengenai lafaz cerai yang diucapkannya itu. Hanya hakim di mahkamah sahaja yang berautoriti untuk menentukan keesahan talak yang dilafazkan oleh suami.

    • bell

      Reply

      puan, boleh saya tahu, status taklik puan ni macam mana ye? sah atau tidak

  4. Hamba Allah

    Reply

    Assalamualaikum…sy ada kekeliruan berkenaan syarat talak taklik…perkara ni dah berlaku lbh kurang 3tahun lepas..sy dan suami pernah bergaduh berkait masa silam sy…suami kata sy pernah pergi bercuti di (sy dah tak ingat nama tmpt yg dia cakap tu) 2 3 hari tdow di hotel dgn kekasih lama sy(kekasih sblm sy bkahwin dgn dia), sy cakap sy xpernah tidur hotel 2 3 malam..tp dia tak percaya..dia kata tipu jatuh talak sy tanggung la..(saya xingat sama ada perkataan ‘kalau awak tipu’ tu dia cakap ke tak)..lepas dia cakap tu sy terus diam sbb sy mmg xtipu dia berkait dgn apa yg dia cakap tu..slps itu kami jalani hidup spt biasa sbgai suami isteri kerana sy tak tipu dia berkait dgn apa yg dia cakap dan beranggapan talak tidak terjadi.slps itu suami sy tidak lg bertanya atau mengaitkan kisah silam sy lg..skrg ni perkara itu menggangu fikiran sy..
    soalan sy : 1.talak yg di lafaz oleh suami sah atau tidak mengikut syarat
    2.kalau saya menipu suami tanpa sengaja(dsbb kan terlupa dgn talak yg pernah dia cakap) berkaitan perkara lain bukan berkaitan dgn yg suami ckap td) adakah jatuh talak
    3. perkataan tipu tu umum adakah di kira jatuh talak jika saya tersalah cakap (menipu) dengan org lain @ berkaitan perkara lain..

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, pada pandangan saya, secara umumnya, sekiranya syarat yang dilafazkan suami itu telah dilanggar, maka talak akan jatuh. NAMUN, maksud syarat-syarat yang dilafazkan suami itu perlu diteliti dan disiasat terlebih dahulu dengan terperinci dan siasatan serta sabitan cerai ini hanya boleh disahkan oleh institusi berautoriti iaitu Hakim di Mahkamah Syariah. Maka, saya nasihatkan puan untuk memfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah untuk tindakan hakim membuat siasatan dan mensabitkan sama ada telah berlaku perlanggaran taklik dan jatuh talak atau tidak ke atas puan.

      • Hamba Allah

        Reply

        Assalamualaikum..smbg dr persoalan diatas..maaf sy masih keliru/was2..
        sy ada tanya suami sy mengenai maksud ‘NIPU’ yg suami sy lafaz tu, dia cakap maksud tu hanya berkait dgn perkara yg kami gaduh pada hari tu je dan pada masa tu je..(psal pergi tidur hotel gan kekasih lama bukan utk perkara lain, nipu pasal lain dia tak kisah..dia bkn letak syarat kat sy yg lain tu tiada kaitan..suami sy pun dah xingt pasal lafaz dia tu…
        Adakah sy masih perlu ke mahkamah utk buat pengesahan didepan hakim ? suami sy pun dah xingt pasal lafaz tu, bila sy tnya baru dia cakap yg menipu pasal lain dia tak kisah dan tak ada niat pun utk ltk syarat..
        2. Adakah sah syarat yang dikaitkan tu dengan perkara yang dah berlaku ? (‘NIPU’ pasal pkra yg dah berlaku)
        Terima Kasih..

        • admin

          Reply

          Wassalam puan, pengakuan niat semasa melafazkan cerai hanya boleh dibuat dihadapan hakim kerana hakim di mahkamah sahaja yang mempunyai autoriti untuk menentukan keesahan lafaz cerai yang telah dibuat termasuk juga pengakuan niat suami tersebut. Maka, saya nasihatkan untuk pihak-pihak teruskan juga memfailkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah di samping dapat menghilangkan sebarang perasaan was-was dan mendapatkan keputusan yang muktamad daripada pihak mahkamah sendiri. Berkenaan syarat taklik pula, ia tidak boleh dikaitkan dengan perkara yang telah berlaku.

  5. Admin

    Reply

    Assalamualaikum saya nak tanya, kes ni telah berlalu selama 8 tahun, saya teringat semasa pergaduhan dulu, suami ada cakap “sekali lagi kau cakap aku, jatuh talak” (tiada saksi)…dan semasa mahu membidas saya tidak sengaja mengeluarkan perkataan aku semasa bercakap…adakah ianya jatuh talak? Selepas daripada itu setelah 2-3 hari suami ada melafazkan lafaz rujuk pada saya (tanpa saksi), adakah ianya sah?

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, berdasarkan situasi puan ini, saya nasihatkan puan untuk memfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah. Hakim akan membuat siasatan terperinci mengenai apa yang dimaksudkan oleh suami semasa menyebut lafaz cerai tersebut dan membuat pensabitan cerai sekiranya lafaz cerai yang dibuat itu adalah sah. Berkenaan rujuk pula, ia hanya dapat disahkan sekiranya perceraian benar-benar telah berlaku di antara suami dan isteri. Maka, dalam keadaan ini, pensabitan cerai daripada mahkamah syariah perlu dibuat terlebih dahulu sebelum menentukan keesahan rujuk yang dibuat oleh suami tersebut.

  6. Shah

    Reply

    Salam puan,
    Sy telah lafazkan taklik: jika aku trpandang, brcakap dan brjumpa sifulan, jatuhla talak 1 ke atas isteriku. Ini janji ku kepada isteriku. Taklik yg sy lafazkn diatas paksaan isteri sy (tiada ugutan dr segi kecederaan badan & nyawa) dan bkn kehendak serta niat sy. Sekiranya sy melanggar taklik trsebut, adakah jatuh talak? Boleh ke sy rujuk diatas persetujuan brsama?

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, sekiranya telah berlaku perlanggaran terhadap syarat-syarat taklik yang dilafazkan tersebut, maka jatuh talak. Oleh itu, saya nasihatkan Encik untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah untuk hakim siasat fakta kes dengan teliti dalam menentukan sama ada jatuh talak atau tidak ke atas isteri. Berkenaan rujuk pula, ya boleh rujuk secara persetujuan bersama yang mana Encik dan isteri perlu pergi ke pejabat agama untuk tujuan merekodkan rujuk tersebut. Namun begitu, proses pengesahan cerai perlu diselesaikan terlebih dahulu kerana rujuk hanya sah sekiranya benar-benar telah sabit wujudnya perceraian di antara pihak-pihak melalui perintah dari mahkamah syariah.

  7. Linda

    Reply

    Jika ayatnye ” jika awak pergi keje naik kete kita x ade ape².. tp bile di tanya ada niat ke? Dia ckp x de niat nak bercerai.. adakah itu lafaz cerai taklik

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, lafaz yang diucap oleh suami (kita x ada apa²) itu adalah lafaz ta’liq tetapi berbentuk kinayah kerana tidak jelas maksudnya sama ada suami berniat untuk cerai atau tidak semasa mengucapkan lafaz tersebut. Sekiranya, suami niat untuk bercerai, maka talak akan jatuh apabila berlaku perlanggaran ta’liq (pergi kerja naik kereta). Maka, saya sarankan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim siasat dengan teliti fakta kes dan niat suami untuk menentukan keesahan lafaz cerai tersebut.

  8. Firdaus

    Reply

    Assalamualaikum,maaf nak bertanya,sy ada situasi melafazkan tahlik pada isteri,tp nak dijadikan cerita sy tetap lafazkan cerai pada isteri tp bukan cerai kerana isteri telah melanggar tahlik dan selepas itu kami buat keputusan utk rujuk semula. soalan sy,adakah lepas rujuk semula,lafaz tahlik yg disebut sebelum cerai masih akan terjadi jika dilanggar?

    • admin

      Reply

      Salam encik, berdasarkan situasi ini, saya nasihatkan encik untuk failkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah syariah. Di dalam tuntutan tersebut, encik masukkan juga fakta mengenai lafaz ta’liq yang encik telah ucapkan. Di mahkamah, hakim akan siasat mengenai fakta kes dengan lebih teliti untuk mengesahkan sama ada berlakunya perceraian dan juga rujuk.

  9. Nur

    Reply

    Assalam. Sy nk tnya. Kalau suami ada bagitahu melalui whatsapp,sekiranya sy ada msj lelaki lain,,jatuh talak. Tp sy seorang online seller. Jadi sy x pasti sama ada yg msj itu lelaki or perempuan. And sy reply jela customer tu. And last dapat tahu dia lelaki. Adakah jatuh talak kalau mcm tu?

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, sekiranya syarat ta’liq (mesej lelaki lain) tersebut telah dilanggar, maka jatuh talak. Oleh itu, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim siasat fakta kes dan mengesahkan sama ada jatuh talak atau tidak.

      • fakr

        Reply

        Salam, saya mahu bertanya, semalam saya dan isteri ada bertengkar sehingga isteri menggugut untuk keluar dengan lelaki lain untuk membeli makanan, dan saya melafazkan jika isteri keluar dengan lelaki lain, saya akan kira talak dengan niat untuk menghalangnya.

        Persoalan saya, adakah ini dikira lafaz talak taklik, dan jika ya, adakah jika isteri keluar dengan adik beradik lelakinya, dia dikira jatuh talak

        • admin

          Reply

          Wassalam, pada pandangan saya, lafaz yg telah diucapkan suami ini adalah bersifat terlalu umum yg perlu kepada penjelasan niat suami mengenai apa yang dimaksudkan dengan ayat yang dilafazkan itu. Maka, saya nasihatkan encik untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim siasat fakta kes dan pengakuan niat suami dalam menentusahkan sama ada berlaku perceraian atau tidak.

  10. Warhound90

    Reply

    Kalau sebut ‘kalau aku kaya nanti aku ceraikan kau’??…Jatuh taliq ke??

    • admin

      Reply

      Salam encik. Pada pandangan saya, berkenaan situasi ini, lafaz yang dibuat oleh suami tersebut terikat dengan dua perkara iaitu “kalau aku kaya” dan masa iaitu “nanti aku ceraikan kau”. Maka, semasa lafaz tersebut dibuat, talak masih belum jatuh, namun talak boleh jadi jatuh apabila suami sudah kaya (bergantung pada niat suami apa yang dimaksudkan dengan kalau aku kaya) dan seterusnya melafazkan cerai terhadap isteri.

  11. Reply

    Salam,
    Suami sy tlg membuat lafaz taklik (sekiranya kedua pihak mesej lelaki/perempuan lain dgn niat curang) akan jatuh talak 1,

    Baru2 ni suami cek telefon sy dan mendapati sy text lelaki lain (rakan sekerja) tetapi dgn tiada niat nak curang. Adakah sy telah melanggar perjanjian?

    Mohon penjelasan

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, perlanggaran ta’liq akan berlaku apabila puan mesej lelaki lain DENGAN niat curang. Sekiranya tiada niat curang, maka tidak jatuh talak.

  12. Siti

    Reply

    Salam puan,
    Saya nak tanya, saya dan suami melihat satu video wanita curang .Dan suami bagi tahu saya.jika isteri dia sebegitu maka dia akan tinggalkan..dan saya tanya adakah talak tiga dan suami saya mengiyakan..adakah itu lafaz taklik kepada saya?

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, ia adalah lafaz ta’liq yang terikat dengan syarat dan masa. Namun, perlu juga ditentukan maksud ‘tinggalkan’ yang dinyatakan suami tersebut sama ada berniat cerai atau tidak. Maka, dalam keadaan ini, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim siasat fakta kes dan juga keesahan lafaz tersebut sama ada merupakan lafaz yang mempunyai kesan untuk jatuh talak ke atas isteri atau tidak.

  13. Reply

    Salam isteri memaksa saya melafazkan taklik semasa saya bergaduh dengan isteri pada pukul 2 pagi dengan mengikut lafaz yang beliau lafazkan seperti betikut ” saya tidak akan bercakap bohong lagi sekiranya saya berbohong jatuh talak” saya ikut apa yang isterikan cakap kan tanpa kerelaan untuk mengelakkan pergaduhan saya pada jam 2 pagi jiran2 dengar. Kemudian saya ada berbohong dgn isteri seminggu berikutnya…adakan jatuh talak? Mohon pencerahan

    • admin

      Reply

      Salam encik, pada pandangan saya, lafaz ta’liq tersebut terikat dengan perbuatan bohong. Maka, apabila encik melakukan perbuatan berbohong maka berlaku perlanggaran ta’liq yang menyebabkan jatuhnya talak. Jadi, saya nasihatkan encik untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah untuk hakim siasat fakta sama ada benar-benar berlaku perlanggaran ta’liq dan jatuhnya talak atau tidak.

  14. Reply

    Salam puan.. Nak bertanya.. jika isteri buat salah sbelum lafaz ta’liq dilakukan. adakah jatuh talak ? Contoh nya mcm ni. Dia pernah terlanjur dgn lelaki. Slepas itu kantoi dgn suami chat2 antara mereka. Dan si suami berkata kalau kau terlanjur dgn lelaki lain, aku ceraikan kau dengan talak 1. Adakah dikira sah n jatuh talak?

    • admin

      Reply

      Salam puan, berdasarkan situasi ini, talak hanya akan jatuh sekiranya isteri terlanjur SELEPAS lafaz ta’liq diucapkan. Situasi di mana isteri terlanjur sebelum lafaz ta’liq diucapkan adalah tidak dikira kerana antara syarat sah lafaz ta’liq ialah, perkara yang dita’liqkan itu masih belum berlaku. Maka dalam situasi ini, talak masih belum jatuh.

  15. AMY

    Reply

    Assalammualaikum puan .. maaf saya menggangu.. saya nak tanya.. jika seseorang telah melafazkan talaq dan dah rujuk, adakah masih akan jatuh talak jika mengulangi perkara yang sama.. contoh :
    Suami : jika kau keluar dari rumah malam ni jatuh talak.
    Isteri melanggar dan telah rujuk kembali.. masih terpakai ke lafaz takliq tu selepas itu?

    • admin

      Reply

      Salam, pada pandangan saya, lafaz ta’liq tersebut sudah tidak terpakai apabila syaratnya telah dilanggar. Namun begitu, pihak-pihak masih perlu membuat pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah syariah untuk hakim siasat keesahan lafaz cerai dan juga rujuk berkenaan.

  16. azmi

    Reply

    Salam..saya nak tanya..jika suami melafazkan Ta’liq ,jika kau berhubung lagi dengan lelaki itu maka jatuh talak..tetapi isteri masih lagi berhubung dengan lelaki tersebut..tetapi suami tidak tahu,sehingga sekian lama barulah suami tahu..adakah jatuh talak ketika suami baru tahu atau jatuh talak ketika si isteri mula melanggar taliq tersebut?bagaimana jika tempoh tersebut melebihi iddah?

    • admin

      Reply

      Salam, pada pandangan saya, talak telah jatuh apabila isteri telah melanggar syarat ta’liq tersebut iaitu apabila isteri berhubung dengan lelaki tersebut. Maka, suami/isteri perlu failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah secepat mungkin untuk hakim siasat fakta kes dan mengesahkan berlakunya perceraian atau tidak. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa dan kerja.

  17. Reply

    ALIF
    Salam puan ,
    Skg ni sya ada fail pengesahan lafaz kinayah luar mahkamah dlm waktu terdekat ni,,dan baru2 ni saya ada terlafaz talak lagi sekali,saya ajak dia berbincang cara baik.,tapi disebabkan ada pihak ketiga (keluarga)..saya dalam keadaan yg x waras,mental,sebab dia x langsung fkir anak2,,dlm masa sama dia cabar sya utk ceraikan dia..dngan perkataan “pulan bt pulan aku akan ceraikan kau talak 3..dlm keadaan mental..ada kah lafaz yg saya sebut tu sah jatuh ataupun tidak,,sebab sya ada tanya mana ustaz, dia kata klaw ada sekali lafaz “AKAN,x sah jadi boleh mohon jawaban x puan,,sbab masalah sya ni da masuk 4 bulan da,,

    • admin

      Reply

      Salam encik, pada pandangan saya, talak tidak jatuh disebabkan perkataan ‘akan’ tersebut yang bermaksud talak hanya akan jatuh apabila encik melafazkan semula cerai kepada isteri. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa dan kerja.

  18. sue

    Reply

    Salam puan..suami sy pernah cakap,kita duduk asing dan akn pergi tggalkan isteri..dan hanya datang tgk anak shj..adakah jatuh talak..

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, lafaz yang diucapkan oleh suami tersebut adalah berbentuk kinayah yang memerlukan penjelasan niat suami sama ada berniat untuk bercerai atau tidak semasa melafazkan ayat tersebut. Sekiranya suami berniat untuk cerai, maka jatuh talak. Maka, puan atau suami perlu failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim teliti dan siasat fakta kes dan niat suami untuk mengesahkan sama ada berlaku perceraian atau tidak. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa dan kerja.

  19. Mazidah dahalan

    Reply

    Salam.. sy nak tny, suami sy pnh menjatuhkn talak kepada saya disbbkn sy telah mengambil dia lambt dr tmpt keja.suami suruh ambil dia dlm pukul 6 – 6.30 pagi tetapi sy telah sampai pukul 6.45 pg.. semasa sy sampai dipaking kereta dia datang terus menjatuhkn talak dgn berbunyi “lepas ini kalo awak dtg amek sy lambat lagi saya ceraikn awak dgn talak 3,demi allah.. mslhnya disini sy sudah beberapa kali dtg amek dia lambat.. dlm pukul 7.05.. kdg² 7.10 min.. disini sy nak tny, jatuh ke tidak talak tersebut, dan apakah tindakan selanjutnya yg perlu sy buat??.

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, sekiranya suami maksudkan datang lambat itu adalah pada waktu-waktu yang puan nyatakan di atas (6.45, 7.05 dan 7.10) maka syarat ta’liq tersebut telah dilanggar dan jatuh talak. Maka, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah di kawasan puan bermastautin (sekiranya belum) untuk hakim siasat fakta kes dan maksud lafaz cerai suami tersebut dengan lebih teliti untuk mengesahkan sama ada berlaku perceraian atau tidak. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa. Semoga segala urusan puan dipermudahkan.

  20. mat

    Reply

    slm puan sy suami dan 1 hari bergaduh dgn isteri sy dan dia ada kata nak tampar sy..sy ada lafaz jika awak tampar saya,sya akan ceraikan awak..tapi dia hanya sentuh bukan tampar..adakah talak jatuh dan perlu rujuk ke mahkamah?

    • admin

      Reply

      Salam encik, pada pandangan saya, talak adalah tidak jatuh kerana lafaz yang diucapkan itu adalah terikat dengan perkataan ‘akan’ yang bermaksud talak akan jatuh apabila suami melafazkan semula cerai terhadap isteri. Namun, sekiranya encik masih was-was, tiada masalah untuk dirujuk permasalahan ini di mahkamah syariah untuk mendapatkan jawapan yang lebih jelas melalui siasatan hakim. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa. Semoga encik dikurniakan ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

  21. salwa

    Reply

    salam..sy buat perjanjian dgn suami,sekiranya suami berhubung dgn mana2 ppoan(scandal/niat curang) jatuh talak ke atas sy.kami hanya buat perjanjian di dalam wasap,dan hanya diketahui family.suami tiada lafaz cuma membalas wasap berkata SETUJU.sekiranya suami langgar jatuh x talak ke atas sy?

    • admin

      Reply

      Salam. Pandangan saya, taklik umum ini hanya dibenarkan dibuat oleh suami sahaja kerana hanya suami yang berkuasa untuk melafazkan talak. Sekiranya pasangan telah melanggar syarat taklik tersebut, maka boleh jatuh talak. Dinasihatkan agar puan memfailkan kes pengesahan lafaz cerai sekiranya puan merasakan syarat taklil telah dilanggar.

  22. aishah

    Reply

    Assalam puan, suami saya pernah bertakliq, jika saya buat carian bekas skandalnya dl media sosial, jatuh talaq. Saya telah melanggar taklik tersebut dgn melihat skandalnya di media sosial. Saya tahu talaqnya sudah jatuh. Jadi saya meminta maaf kepadanya hari itu juga dan dia telah rujuk saya semula dgn lafaz rujuk. Persoalan saya, bolehkah setelah cerai taklik , kami rujuk semula? Ini adalah kali pertama semua ini berlaku

    • admin

      Reply

      Salam puan. Saya nasihatkan puan untuk failkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah yang berbidangkuasa. Ianya penting untuk menentkan samada telah sabit talak ataupun tidak. Kiraan jumlah talak juga penting untuk ditentukan oleh hakim. Sama ada puan telah ditalak dengan satu talak atau puan serta suami sebenarnya masih suami isteri. Rujuk juga perlukan pengesahan di mahkamah. Berkenaan cerai ta’liq tersebut, ianya talak rajie. boleh rujuk dalam tempoh iddah. Sekiranya sudah melebihi tempoh iddah, perlu kepada akad baru.

  23. Mohammad

    Reply

    Salam Puan
    sy pernah lafaz kpd isteri “kalau keluar dr pintu ni, aku ceraikan kau” tp niat utk saat tu shj. Ada baca kes2 lain if keluar esk hari xdikira jatuh dh talak tu.. mohon pencerahan

    • admin

      Reply

      Salam. Bergantung pada apa niat suami sebenar. Lebih baik encik failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah untuk hakim siasat fakta kes yang sebenar untuk mengelakkan isu pada masa akan datang. Sekiranya, lafaz cerai sabit an masih selamatkan rumahtangga, encik perlu rujuk untuk kembali sebagai suami isteri, sekiranya sudah habis iddah, perlu kepada akad baru.

      • -

        Reply

        Salam,
        Saya dan suami ada bergaduh dan suami ada melafazkan perkataan talak tapi kami berdua tak ingat apa yang dilafazkan.

        Bagaimana kalau saya ada terbuat perkara yang mungkin menyebabkan perkataan talak itu dilafazkan? Ada kah talak itu boleh diguna pakai?

        • admin

          Reply

          Wassalam puan, pada pandangan saya, sekiranya lafaz cerai itu dilafazkan dengan jelas seperti ‘aku ceraikan kau’, maka jatuh talak, tanpa perlu melihat kepada niat atau sebab suami melafazkan cerai. Sekiranya, lafaz tersebut samar-samar maksudnya sama ada ia membawa maksud cerai atau tidak, ia perlu merujuk kepada penjelasan niat suami sama ada niat untuk bercerai atau tidak semasa melafazkan ayat tersebut. Sekiranya suami berniat cerai, maka jatuh talak. Maka, dalam situasi puan ini, sekiranya perkataan talak yang disebut suami itu memang difahami jelas bahawa ia bermaksud cerai, maka jatuh talak.

  24. Rj

    Reply

    Salam puan kalau sy ada ucap kn KALAU KAU KELUAR DARI RUMAH NI JATUH TALAK DAN DIA SENDIRI KELUAR DGN RELA HATI TIADA ADA PAKSAAN MANA MANA, ada kah jatuh talak tersebut

    • admin

      Reply

      Salam. Benar, boleh jatuh talak. Apa-apa pun boleh failkan dahulu kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah untuk hakim buat siasatan lanjut tentang kejadian tersebut.

  25. Ridhuan

    Reply

    Assalamualaikum puan..

    Berapa denda yg dikenakan mahkamah atas saya jika sah sabit lafaz taklik tersebut? Keluar umah tanpa kebenaran, jatuh talak 3.

  26. Farez

    Reply

    Salam, sy telah lafazkan ta’liq kpd isteri saya ” jika awak main lagi game online tu, make jatuh TALAK antara Kita dan saya Tak akan tarik balik sehingga saya BENARKAN” soalan saya:
    1) boleh ke saya tarik balik lafaz ta’liq sy sekiranya isteri sy sudah meminta maaf dgn kesalahan dia YG selalu main game online tengah2 malam?
    2) Dan sekiranya sy sudah BENARKAN isteri sy main game online kembali setelah sy memaafkan dia, adakah jatuh TALAK?

    • admin

      Reply

      Lafaz taklik tidak boleh ditarik balik walaupun encik meletakkan syarat boleh tarik balik dan ya, ia boleh jatuh sekiranya encik sudah membenarkan kerana taklik berterusan sehinggalah berlaku perlanggaran syarat (main game). Sila rujuk ke mahkamah syariah jika ingin mengesahkan berkenaan lafaz tersebut kerana ada sesetengah lafaz yang dikira bukan taklik dan hanyalah sumpah ancaman. Tetapi ianya bergantung kepada pertimbangan hakim. Sebaiknya, rujuk ke mahkamah dan nasihatkan isteri jangan langgar taklik selagi belum dapat kepastian dari hakim.

  27. sharifah

    Reply

    salam. suami sy lafazkan taklik jika dia mesaj lagi pelacur,akan jatuh talak 3. semalam sy cek fon dia,dia masih mesaj pelacur.. apakah prosedur yg perlu sy lakukan?semua bukti telah sy screenshot dan lafaz talak 3 juga saya simpan. terima kasih

    • admin

      Reply

      Salam. Failkan kes pengesahan cerai dan lampirkan bukti penghantaran sms. Nanti suami kena declare pada mahkamah berkenaan lafaz yg dibuat. Kena buktikan juga perempuan itu seorang pelacur.

  28. Mar

    Reply

    Assalamualaikum, puan.
    Sy sudah daftarkan kes penceraian biasa ke mahkamah. Antara sebab yang sy nyatakan adalah suami gagal membayar nafkah selama lebih 4 bulan. Perbicaraan pertama telah diadakan pada 4hb julai, tetapi suami tidak hadir. Hakim menangguh ke tarikh 6hb bulan berikutnya. Tetapi, pada 7hb julai, suami telah memasukkan wang ke dalam account saya. Soalannya, adakah saya masih boleh menukar tuntutan taklik jika suami masih tidak hadir/ enggan menceraikan saya pada Perbicaraan seterusnya? Tq.

  29. na

    Reply

    assalamualaikum puan,
    jika saya telah membayar duit waran tangkap, adakah kes perceraian saya sudah selesai?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,
      Saya tidak faham tujuan waran tangkap tersebut. Jika untuk memaksa puan hadir ke perbicaraan, maka kes belum selesai sehingga perintah dikeluarkan. Adakah denda yang dibayar untuk perceraian yang dibuat di luar mahkamah atau denda kerana melanggar waran yang dikeluarkan mahkamah bermakna puan ada gagal hadir ke mana2 prosiding?

  30. Hnez

    Reply

    Puan,
    Bagaimana pula jika sy sudah tidak ada perasaan syg terhadap suami disebabkan perangai beliau seperti contoh tidak menunaikan solat? Pernah sy menegurnya berkenaan ini tetapi beliau mnyatakan bahawa solat tidak boleh di paksa dan atas masing-masing. Bukankah mendidik isteri dan anak menjadi salah satu tanggungjawab seorg suami & ayah?
    Selama 10 tahun perkahwinan tidak langsung pernah beliau mengimamkan sy.
    Banyak lagi kelakuan beliau yg kurang menyenangkan hati sy sebagai seorg isteri. Sy tahu berpisah adalah perkara yg dibenci dalam agama. Tapi sampai bila sy harus bertahan sedangkan hati sy memberontak. Pernah dulu sy terfikir untuk lari dr semua ni tp sy tidak tahu mcmana jalannya.
    Sy juga takut untuk berbincang dgn beliau tentang perkara ini kerana khuatir diapa apakan. Pernah sekali beliau mngambil pisau dan mnyuruh sy utk membunuhnya. Sy menjadi takut lalu terpaksa untuk slow down.
    Sy tak tahu apa yg harus sy lakukan.
    Mohon bantuan untuk penjelasan.

    • admin

      Reply

      Keengganan suami solat sepatutnya cuba dibetulkan dengan cara mengajak suami ke kaunseling atau berjumpa dengan guru agama, kerana kesalahan ini antara dirinya dengan Allah sedangkan tugas puan selaku isteri perlulah berdoa dan berusaha agar Allah memberikannya hidayah. Selagi mana suami menjaga tanggungjawabnya terhadap puan dengan tidak mengabaikan nafkah dan tidak menganiaya puan, dan tidak pula dia menghalang puan untuk melakukan suruhan agama, maka puan wajib taat kepadanya sebagai isteri dan didiklah hati agar tidak mudah dipengaruhi syaitan yang memang suka memecahbelahkan perkahwinan. Sebaiknya puan dapat sama2 membawa suami agar selamat dunia dan akhirat, jika puan meninggalkan beliau, dikhuatiri beliau akan lebih sesat lagi dari jalan yang lurus.

  31. Niz

    Reply

    Puan,
    Bagaimana pula jika sy sudah tidak ada perasaan syg terhadap suami disebabkan perangai beliau seperti contoh tidak menunaikan solat? Pernah sy menegurnya berkenaan ini tetapi beliau mnyatakan bahawa solat tidak boleh di paksa dan atas masing-masing. Bukankah mendidik isteri dan anak menjadi salah satu tanggungjawab seorg suami & ayah?
    Selama 10 tahun perkahwinan tidak langsung pernah beliau mengimamkan sy.
    Banyak lagi kelakuan beliau yg kurang menyenangkan hati sy sebagai seorg isteri. Sy tahu berpisah adalah perkara yg dibenci dalam agama. Tapi sampai bila sy harus bertahan sedangkan hati sy memberontak. Pernah dulu sy terfikir untuk lari dr semua ni tp sy tidak tahu mcmana jalannya.
    Sy juga takut untuk berbincang dgn beliau tentang perkara ini kerana khuatir diapa apakan. Pernah sekali beliau mngambil pisau dan mnyuruh sy utk membunuhnya. Sy menjadi takut lalu terpaksa untuk slow down.
    Sy tak tahu apa yg harus sy lakukan.
    Mohon bantuan untuk penjelasan.

    • admin

      Reply

      Selagi mana suami menjalankan tanggungjawab kepada puan selaku suami, wajiblah puan patuh kepadanya. Berkenaan solat, itu antara dia dengan Allah dan puan masih wajib terus berdakwah kepadanya agar sedar ke jalan yang benar. Gunalah pendekatan lain seperti orang tengah atau ahli keluarga yang dihormati beliau. Sebaiknya elakkan perceraian melainkan ada perkar lain yang dia telah abaikan sebagai suami seperti isu nafkah, ada memukul dan sebagainya.

  32. Hnez2209

    Reply

    Puan,
    Bagaimana pula jika sy sudah tidak ada perasaan syg terhadap suami disebabkan perangai beliau seperti contoh tidak menunaikan solat? Pernah sy menegurnya berkenaan ini tetapi beliau mnyatakan bahawa solat tidak boleh di paksa dan atas masing-masing. Bukankah mendidik isteri dan anak menjadi salah satu tanggungjawab seorg suami & ayah?
    Selama 10 tahun perkahwinan tidak langsung pernah beliau mengimamkan sy.
    Banyak lagi kelakuan beliau yg kurang menyenangkan hati sy sebagai seorg isteri. Sy tahu berpisah adalah perkara yg dibenci dalam agama. Tapi sampai bila sy harus bertahan sedangkan hati sy memberontak. Pernah dulu sy terfikir untuk lari dr semua ni tp sy tidak tahu mcmana jalannya.
    Sy juga takut untuk berbincang dgn beliau tentang perkara ini kerana khuatir diapa apakan. Pernah sekali beliau mngambil pisau dan mnyuruh sy utk membunuhnya. Sy menjadi takut lalu terpaksa untuk slow down.
    Sy tak tahu apa yg harus sy lakukan.
    Mohon bantuan untuk penjelasan.

  33. Hnez2209

    Reply

    Salam..
    Sy ingin mohon penjelasan. Apakah yang dimaksudkan nafkah suami terhadap isteri dan anak. Sepanjang perkahwinan sy kebanyakan per belanjaan rumah ditanggung oleh saya tmasuklah makan n minum. Sy tidaklah berkira dlm soal mkn ni cuma suami seperti mngambil ringan ttg Hal ini.
    Sampai satu tahap sy seperti hilang rasa hormat kpdnya dsbbkan semua Hal keluarga dtanggung oleh sy. Bila berlaku perselisihan faham beliau slalu bkata sy xjlnkan tnggungjawab sbg isteri kerana tidak melayannya. Kdg kala sy terasa spt sy xpernah berbuat apa2 utk keluarga.
    Pernah juga dia kata sekiranya sy sudah jemu dgn beliau die mnyuruh sy memberinya minum racun (psycho) Di situ sy nmpk beliau hanya bergantung harap kepada sy sdgkan sepatutnya sy yg bergantung kepadanya.
    Dalam Hal ini bolehkah sy Menüntut cerai? Kerana keihlasan sy sudah tidak wujud lg.
    Mohon pencerahan.

    • admin

      Reply

      Kewajipan suami menanggung isteri dan anak adalah bergantung kepada kemampuan suami dan keredhaan isteri. Jika isteri sudah redha untuk sama2 membantu kewangan keluarga, tidak mengapa jika suami tidak menanggung secukupnya. Tetapi jika isteri tidak redha, isteri sepatutnya berbincang secara terang dgn suami dan jika masih tidak selesai, isteri boleh failkan tuntutan nafkah isteri dan anak, tidak perlu terus kepada cerai. Inilah yang terbaik demi kebajikan anak2 yang perlukan kedua ibubapa dalam hidup mereka.

  34. Nia

    Reply

    Assalammualaikum, saya Dan suami sering bergaduh
    Saya keluar dari rumah yang di huni oleh saya dan suami bersama ibu mertua dan abang ipar

    Separuh hati saya sedih sebab suami saya tidur d luar bilik dan tidak menghiraukan saya.
    Pertanyaan saya dan W. App pun tidak berbalas

    Selepas seminggu saya keluar rumah
    Saya ada w. App suami sebab ada berita menyatakan suami saya mencerita kan masalah rumah tangga kami

    Akibat Dari itu
    Suami saya ada membalas W. App saya
    ‘saya bebaskan kau ‘
    ‘supaya ko boleh cari kebahagian ko ‘

    Bila saya tanyakan maksud W. App tersebut dan adakah dia berniat mahu menceraikan saya

    Dia membalas – itu adalah keinginan saya

    Walhal saya tidak pernah menuntut cerai dari nya

    Adakah jatuh talak?
    Apakah yang patut saya adukan kepada pejabat agama?

    • admin

      Reply

      Lafaz suami ini perlu kepada pengesahan niat, Puan. puan perlu failkan kes pengesahan cerai di mahkamah rendah syariah terdekat dengan tempat mastautin dan suami perlu dipanggil untuk beri keterangan depan hakim.

  35. Hnez2209

    Reply

    Salam..
    Sy ingin mohon penjelasan. Apakah yang dimaksudkan nafkah suami terhadap isteri dan anak. Sepanjang perkahwinan sy kebanyakan per belanjaan rumah ditanggung oleh saya tmasuklah makan n minum. Sy tidaklah berkira dlm soal mkn ni cuma suami seperti mngambil ringan ttg Hal ini.
    Sampai satu tahap sy seperti hilang rasa hormat kpdnya dsbbkan semua Hal keluarga dtanggung oleh sy. Bila berlaku perselisihan faham beliau slalu bkata sy xjlnkan tnggungjawab sbg isteri kerana tidak melayannya. Kdg kala sy terasa spt sy xpernah berbuat apa2 utk keluarga.
    Pernah juga dia kata sekiranya sy sudah jemu dgn beliau die mnyuruh sy memberinya minum racun (psycho) Di situ sy nmpk beliau hanya bergantung harap kepada sy sdgkan sepatutnya sy yg bergantung kepadanya.
    Dalam Hal ini bolehkah sy Menüntut cerai? Kerana keihlasan sy sudah tidak wujud lg.
    Mohon pencerahan.

      • admin

        Reply

        Maaf, kami cuba membalas seberapa segera namun masa amat terhad dan persoalan ada banyak. Jika ada pertanyaan urgent, boleh whatsapp ke nombor telefon bimbit yang dinyatakan dalam “contact us”

    • admin

      Reply

      Apa yg patut puan lakukan adalah buat tuntutan nafkah isteri dan nafkah anak terhadap beliau. Tidak perlu bercerai jika isu utama adalah nafkah. Sebagai isteri tanggungjawab hakiki adalah melayan suami dan mengurus keluarga manakala suami wajib menyediakan nafkah. Jadi berbincanglah secara baik agar masing2 faham tugas ini. Puan tidak perlu menanggung jika puan tidak redha dan tidak perlulah bekerja jika pendapatan suami mencukupi untuk menampung keluarga. Tetapi jika suami memang tidak mampu menanggung, puan patut berbincang dengannya agar bertolak ansur dengan tugasan puan kerana puan sudah sama2 memikul tugasan suami mencari nafkah.

  36. Ummu

    Reply

    Assalamualaikum,
    Suami saya tinggal bersama saya namun sejak kahwin dia sgt jarang menghulurkan wang kpd saya. sewa rumah dan bil2 semua saya tanggung. sekarang sudah setahun dia tidak ada pendapatan kerana tidak bekerja. Dia melayan saya dengan baik namun sikapnya yg suka mengambil duit saya tanpa pengetahuan saya (dan mengaku apabila ditanya) benar2 membuat saya rasa kecewa. Saya juga terpaksa menanggung hutangnya. Adakah permohonan fasakh dalam kes saya ini boleh dibuat?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam. Boleh, puan. Puan juga boleh mohon taklik atas alasan yg sama. Jika suami langsung tidak pernah beri walau sesen dalam jangka masa lebih 4 bulan, sedangkan puan tidak pernah ingkar sebagai isteri, lebih baik failkan taklik berbanding fasakh kerana ini kes straight forward.

      Sebaiknya bincang dulu dgn suami kerana mungkin suami ingin berubah jika tahu puan kecewa dengan sikapnya, jika masih mahu bercerai, minta suami lepaskan cara baik dengan lafaz talaq kerana boleh terus selesai dalam satu hari.

      Jika masih tidak berjaya dapat kerjasama barulah failkan taklik atau fasakh.

  37. Mar

    Reply

    Assalamualaikum.
    Puan, jika suami tidak memberi nafkah selama lebih 4 bulan, tapi kemudian, pada bulan kelima, suami memberi nafkah. Adakah isteri masih layak menfailkan taklik?
    Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, puan, untuk memohon taklik hendaklah berterusan kecuaian membayar nafkah tersebut. Jika bulan kelima ada bayar maka tidak boleh mohon lagi. Apa yg puan boleh mohon adalah fasakh atas alasan suami cuai nafkah tapi kes begini tidak kuat, kerana suami masih ada beri nafkah, perlukan alasan fasakh lain untuk menguatkan tuntutan.

  38. aishah

    Reply

    Asssalammualaikum puan..suami saya nak lafaz tp sye cuma dgr nama saya aje..sye xdgr ap yg dye lafazkan
    Sbb sye trus tutup fon..adakah jatuh talak tu

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Talaq masih boleh jatuh walaupun isteri tidak mendengarnya, asalkan ia dilafaz. Sila Puan berbincang dengan suami dan dapatkan kepastian samaada ia dilafaz sepenuhnya dan jika ya, perlu buat pengesahan cerai di mahkamah rendah syariah terdekat

  39. Fara

    Reply

    Salam Puan,

    Suami telah meninggalkan saya dan anak selama 6 tahun ke Australia dan tidak pulang langsung ke Malaysia. Nafkah juga tidak penah diberikan dengan secara tetap malah saya terpaksa merayu kepada suami untuk meringgankan beban perbelanjaan. Tetapi pada tahun lepas saya berhenti berbuat demikian dan ingin memohon penceraian. Layakkah kes saya ini sekiranya saya memohon cerai secara Taliq

    • admin

      Reply

      Puan, untuk memohon taklik, puan perlu buktikan yang suami langsung tidak memberi nafkah walau sesen selama tempoh yang dinyatakan dalam lafaz taklik, dan puan juga masih isteri yang taat iaitu tidak dengan sengaja berjauhan darinya tetapi suami yang memilih berbuat demikian. Jika sukar membuktikan ini berlaku, sebaiknya puan memohon fasakh atas alasan telah ditinggalkan suami selama 6 tahun.

Leave a Reply to aishah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *